UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Bahagian Pembangunan Sahsiah, BHEP Kampus Sultan Azlan Shah 35900 Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan S.P. Pentadbiran BPS UPSI Bilangan 2 Tahun 2017 (Surat Pemberitahuan) Semua Kakitangan Bahagian Pembangunan Sahsiah (BPS) Tuan, Tarikh: 22 Februari 2017 INFO TAMBAHAN: LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN TENAGA DI PUSAT PELAJAR DAN KEMPEN HARI JIMAT TENAGA DI PUSAT PELAJAR SETIAP HARI RABU Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tenaga JHEPA Bil 1/2017 pada 22 Februari 2017 telah membincangkan mengenai pengawalan dan pemantauan penggunaan tenaga di Pusat Pelajar dan Blok A. Untuk makluman, mesyuarat tersebut mengingatkan kembali mengenai kempen Hari Jimat Tenaga di Pusat Pelajar dan Blok A pada hari Rabu bermula 7 Disember 2016 berdasarkan maklumat berikut: Minggu Pertama Penyaman udara dibuka bermula jam 9 pagi dan ditutup pada jam 4 petang. Minggu Kedua Lampu di pejabat/bilik masing-masing ditutup bermula jam 11 pagi hingga 2 petang. Minggu Ketiga Penggunaan sebahagian penyaman udara dan lampu di Bilik Mesyuarat Minggu Keempat Lampu di bilik air, surau dan tempat umum ditutup bermula jam 2 petang hingga jam 5 petang. Ini termasuk penyaman udara/kipas bagi lokasi yang terlibat. Minggu Kelima Menutup semua sumber di Blok A dan Pusat Pelajar (terutama penyaman udara) 30 minit sebelum tamat waktu bekerja *bagi penjimatan penggunaan air, kakitangan diminta membuat pemantauan berterusan Bersama-sama ini juga info tambahan langkah-langkah penjimatan tenaga yang akan dibuat di Pusat Pelajar yang memerlukan komitmen setiap kakitangan BPS. Timbalan Pendaftar Bahagian Pembangunan Sahsiah * dokumen ini merupakan cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan
LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN TENAGA DI PUSAT PELAJAR OBJEKTIF: AURA KEMPEN JIMAT TENAGA PERLU DISEMARAKKAN DI PUSAT PELAJAR. MAKLUMAT DAN RISALAH BERKAITAN KEMPEN PERLU DILETAKKAN DI TEMPAT-TEMPAT STRATEGIK. Bil Perkara 1. Pemantauan harian penggunaan tenaga 2. Menggunci pintu laluan setiap jam 5 petang 3. Pelantikan ahli MPP sebagai AJK Kecil bagi membantu urusan pemantauan di Pusat Pelajar termasuk permohonan pelajar yang menggunakan bilik di Pusat Pelajar sebagai AJK Kecil 4. Bunting berkaitan Jimat Tenaga "Anda Kini Berada di Zon Jimat Tenaga" 5. Menyediakan stand sebelum pintu masuk bilik air yang mengandungi info berkaitan menutup suis lampu agar dapat diambil perhatian oleh pengguna. Meletakkan info tersebut juga dipintu sebelah dalam agar sebelum pengguna keluar ia dapat diambil perhatian olehnya. 6. Poster tentang penjimatan tenaga perlu diletakkan di kawasan berhampiran cermin di sinki bilik air. 7. Menutup semua sumber tenaga elektrik di Pejabat Am dan Bilik Pegawai selepas meninggalkan pejabat. 8. Meneruskan amalan terbaik bagi penjimatan tenaga yang terpakai di Universiti ini. Tindakan Aras 1- Aras 2: Puan Siti Hasinah ASM Nagoor Gany Aras 3: Encik Hashim Dahalan Jika staf bercuti: 1)Puan Siti Hasinah ASM Nagoor Gany 2)Encik Hashim Dahalan (menggantikan Encik Noor Azmi Osman) Puan Marlina Manja Che Baharum -mekanisme pemantauan menerusi laporan Staf membantu: Encik Azwina Shazwin Mohd Zaki -Bunting perlu diperoleh daripada Unit Pentadbiran dan Kewangan -rujuk contoh poster yang ditampal pada 28 Disember 2016 -rujuk contoh poster lain Maklumat perlu diperoleh daripada Unit Pentadbiran dan Kewangan Semua Kakitangan BPS Pemantauan dibuat oleh Puan Marlina Manja Che Baharum. Semua Kakitangan BPS
CONTOH POSTER
ANDA KINI BERADA DI ZON JIMAT TENAGA semua sumber suis ditutup semua sumber air ditutup selepas digunakan Jadikan amalan apabila berada di bangunan ini sepertimana anda berada di rumah Bertarikh: 22/2/2017
KEMPEN JIMAT TENAGA DI PUSAT PELAJAR SUDAHKAH ANDA MENUTUP SUIS LAMPU TADI? JIKA YA? TERIMA KASIH Anda Pengguna Prihatin Bertarikh: 28/12/2016
KEMPEN JIMAT TENAGA DI PUSAT PELAJAR SUDAHKAH ANDA MENUTUP SUIS LAMPU TADI? JIKA YA? TERIMA KASIH Anda Pengguna Prihatin Bertarikh: 28/12/2016