Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Oleh : Firdaus bt Abdul Fatah, Norlela bt Ali & Mohd Aminuddin b Ab Rahaman

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Sustainable Education 54

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PENGENDALIAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

LAPORAN PERLAKSANAAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT JANUARI-JUN Prosedur Objektif Kualiti Pencapaian Catatan

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

Kajian Impak Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (BPPT)

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

2. PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Kursus Pengajian Lepasan Ijazah Maktab Perguruan Batu Lintang. oleh. Nazamud-din Bin Alias Jabatan Penyelidikan ABSTRAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN (SSKP)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PROSEDUR, KRITERIA DAN STANDARD KUALITI KURSUS PENGAJIAN YANG DIKENDALIKAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH BAGI IPTS

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Kursus Bahasa Melayu Berakreditasi Sektor Perkhidmatan Kewangan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN (SSKP)

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Laporan. Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. LAPORAN SKPG 2015 (Graduan 2014)

Program Doktor Pendidikan Tinggi

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Transkripsi:

TAHAP KEPUASAN PELAJAR PISMP TESL TERHADAP KURSUS KOMUNIKATIF DI IPG KAMPUS ILMU KHAS Oleh: Thahir bin Nuruddin, Amat Tarop bin Sumo&Hjh. Rahmah bt Idris Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ilmu Khas thahir07@yahoo.com.my BAHASA MELAYU Abstrak Kajian ini mengenal pasti sejauh mana pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) TESL Tahun 1 berpuas hati terhadap kursus Bahasa Melayu Komunikatif I (WAJ 3115) dan Bahasa Melayu Komunikatif II (WAJ 3116) yang ditawarkan kepada mereka.kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Sebanyak 60 orang sampel daripada 132 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan temu bual. Sebanyak empat konstruk telah dinilai berdasarkan tahap kepuasan pelajar iaitu dari segi kesesuaian kursus, isi kandungan, minat pelajar dan pengajaran pensyarah. Data dianalisis melalui soal selidik secara deskriptif dengan mencari nilai min dan secara inferen berdasarkan ujian t. Melalui temu bual terhadap pelajar didapati kekuatan yang diperoleh ialah pensyarah yang mengajarkan subjek ini mempunyai sifat prihatin, bersedia serta komited dalam proses pengajaran. Hasil kajian juga mendapati pelajar berminat dengan kursus yang ditawarkan.dapatan keseluruhan kajian ini mencapai min 3.98 dan ini menunjukkan kepuasan pelajar berada pada tahap yang memuaskan dan tidak terdapat perbezaan pada tahap kepuasaan antara pelajar lelaki dan perempuan berdasarkan ujian t. Pengkaji mencadangkan kajian ini melibatkan jumlah sampel yang lebih besar supaya hasil dapatan lebih menyeluruh. PENGENALAN Latar belakang Kajian Pelaksanaan ke arah memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI) di Institut Pendidikan Guru adalah ekoran pemansuhan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009.Kurikulum Pakej Elektif Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (TESL) yang digubal adalah selaras dengan Kurikulum Standarad Bahasa Inggeris yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Malaysia. Bagi memantapkan pelajar TESL dengan apresiasi dan kecekapan berbahasa Melayu dua kursus wajib iaitu Bahasa Melayu Komunikatif 1(2 kredit) dan Bahasa Melayu Komunikatif II ( 1 kredit ) ditawarkan bagi program PISMP dengan kepujian TESL Sekolah Rendah. Kedua-dua kursus ini diharapkan dapat membantu pelajar TESL meningkatkan kecekapan berbahasa. Kursus WAJ 3155 (Bahasa Melayu Komunikatif I)dan WAJ 3116 (Bahasa Melayu Komunikatif II ) adalah satu kursus wajib bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) TESL di semua Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM). Kursus ini ditawarkan kepada mereka pada Tahun 1. Di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPG IK), sebanyak 132 orang pelajar PISMP TESL Tahun 1 mengambil kursus ini. Kursus tersebut diajarkan oleh empat orang pensyarah yang dipilih oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu mengikut kelayakan dan kehendak Malaysian Qualification Agency (MQA).

Dalam kursus ini, pelajar diajarkan tentang fungsi bahasa Melayu,konsep budi bahasa,kesantunan berbahasa, laras bahasa dan tatabahasa bahasa Melayu. Seterusnya, pelajar juga dikehendaki mengadakan simulasi bagi mengaplikasikan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dalam sesi tutorial. Pelajar juga dibimbing untuk mendalami kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan semua aspek gaya dan laras bahasa yang betul. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengetahui tentang kesesuaian kursus, isi kandungan, minat dan tahap kepuasan pelajar terhadap pengajaran pensyarah berdasarkan penggunaan borang soal selidik. Selain itu, kajian ini juga dapat melihat sejauh mana pelajar telah berpuas hati terhadap pelaksanaan keseluruhan kursus WAJ 3115 dan WAJ 3116. Penyataan Masalah Dalam era globalisasi ini, penggunaan teknologi kian pesat berkembang yang sedikit sebanyak memberikan impak terhadap penggunaan bahasa Melayu. Pelajar lebih cenderung menggunakan kemudahan teknologi dalam urusan berkomunikasi. Kemahiran komunikasi secara lisan kurang dipraktikkan terutama dalam urusan rasmi. Hal ini menyebabkan penguasaan kemahiran berbahasa pelajar kurang memuaskan. Selain itu, terdapat juga segelintir pelajar yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris semasa berkomunikasi.oleh itu, kajian yang dijalankan ini adalah untuk meninjau tahap kepuasan pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu Komunikatif yang dijalankan di Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas. Kajian dijalankan kerana pengkaji ingin mengetahui tahap kepuasan pelajar terhadap kursus Bahasa Melayu Komunikatif I dan II sama ada memuaskan hati pelajar yang mengikutinya. Di bawah sistem pengurusan kualiti institut, setiap pensyarah yang mengajar dinilai oleh pelajar mereka sekali setahun. Kajian ini perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam pelaksanaan kursus Bahasa Melayu Komunikatif di institut ini. Sebelum ini, belum ada kajian seumpama ini dilaksanakan di IPG ini. Daripada penilaian pelajar, beberapa cadangan penambahbaikan boleh dibuat supaya pelajar PISMP TESL Tahun 1 akan datang mendapat manfaat dan berpuas hati dengan pelaksanaan dan pengendalian kursus Bahasa Melayu komunikatif 1 dan Bahasa Melayu Komunikatif II. Objektif kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut: Mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap kursus Bahasa Melayu Komunikatif. Melihat perbezaan tahap kepuasan pelajar terhadap kursus Bahasa Melayu Komunikatif mengikut jantina. Soalan Kajian Berdasarkan objektif objektif kajian yang telah dinyatakan di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut ;- 1. Apakah tahap kepuasan pelajar PISMP TESL terhadap kursus Bahasa Melayu Komunikatif berdasarkan;- i. Kesesuaian kursus ii. Isi kandungan iii. Minat iv. Pengajaran pensyarah 2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kepuasan pelajar mengikut jantina terhadap:- i. Kesesuaian kursus ii. Isi kandungan iii. Minat iv. Pengajaran pensyarah Kepentingan kajian Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap kursus bahasa Melayu Komunikatif. Kajian ini penting dilaksanakan kerana dapatan kajian boleh membantu pensyarah yang mengajar dapat menilai tahap penguasaan pelajar terhadap kesesuaian kursus, menilai isi kandungan dan minat pelajar. Di samping itu

dapat membuat penambahbaikan prestasi kerja dan cuba meningkatkan kualiti pengajaran pada semester akan datang. Justeru boleh membantu untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya pelajar berpuas hati dengan kursus Bahasa Melayu Komunikatif I dan Bahasa Melayu Komunikatif II.Ini adalah kerana kursus ini diajarkan secara teori dan diikuti dengan tutorial.melalui kajian ini, peluang untuk penambahbaikan boleh dilaksanakan kepada mana-mana bahagian yang lemah dalam kursus WAJ 3115 dan WAJ 3116. Batasan kajian Kajian ini melibatkan 60 orang pelajar dari empat kumpulan pelajar PISMP TESL Tahun I di IPG Kampus Ilmu Khas yang diajarkan oleh empat orang pensyarah.proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik kuliah di blok TESL IPG Kampus Ilmu Khas. KAJIAN LITERATUR Terdapat beberapa kajian yang melaporkan tentang kepuasan pengguna terhadap sesuatu aspek atau perkara yang dikaji. Nizam, Rosmidah, Zainol dan Zamrah (2009) telah mengkaji tentang kepuasan pengguna atau warga institut IPG Kampus Raja Melewar, Seremban terhadap kemudaan asas yang disediakan di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban. Dalam kajian itu melaporkan banyak aspek atau kemudahan yang sedia ada sudah lama dan usang dan perlu mendapat penggantian yang baru.staf Institut bersetuju dan mengatakan mereka berpuas hati pada tahap sederhana sahaja terhadap hanya tiga aspek yang ada di Institut iaitu kepuasan terhadap iklim organisasi, kepuasan bekerja di Institut dan kepuasan terhadap kemudahan di Pusat Sumber. Manakala kakitangan Institut tidak berpuas hati terhadap 14 aspek lain yang dikaji. Pihak Institut sudah memanjangkan perkara ini kepada pihak pengurusan atasan khususnya Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan seterusnya pihak Institut berharap dan menunggu peruntukan baru untuk tujuan penggantian kemudahan yang lama dan usang. Nizam (2004) juga telah menjalankan kajian tentang kepuasan pengguna terhadap sistem maklumat pelajar yang digunakan di semua Jabatan Hal Ehwal Pelajar di IPGM.Kajian ini melaporkan tentang status sistem maklumat pelajar yang ada iaitu belum dikemaskinikan atau disempunakan dengan baik dan kajian telah mencadangkan perlunya ada sistem maklumat pelajar yang lebih relevan untuk memudahkan kerja pengurusan pelajar.dewasa ini sistem maklumat pelajar yang lebih baik telah berjaya dibangunkan oleh pihak BPG dan sedang digunakan oleh semua Jabatan Hal Ehwal Pelajar di IPGM.Kedua-dua kajian di atas menjelaskan tentang tahap kepuasan pengguna dan laporan tentang kekuatan dan kelemahan aspek atau sistem yang dikaji.kajian beliau itu melaporkan juga beberapa cadangan yang disarankan kepada pihak pengurusan institut untuk tujuan penambahbaikan terhadap sistem yang digunakan itu. Cho (2008) pula melaporkan pelajar yang mengambil kursus Kemahiran Hidup di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban menunjukkan minat yang tinggi terhadap subjek ini dan berpuas hati dengan kemudahan fizikal serta peralatan bengkel yang disediakan.mereka juga bersetuju bahawa mereka mudah mendapat bimbingan daripada pensyarah untuk menyiapkan kerja kursus, projek dan tugasan yang diberikan. Pelajar juga berpuas hati dengan Program Kemahiran Hidup Bersepadu yang terbukti boleh membantu guru dalam tugas pengajaran, membantu mengamalkan kaedah dan teknik pengajaran guru, menambah pengalaman, meningkatkan kemahiran baru dalam pengajaran, minat dan keyakinan guru pelatih. Dalam kajian Cho (2008) ini, terdapat aspek yang pelajar tidak berpuas hati antaranya ialah pensyarah kurang memberi latihan praktikal yang mencukupi dalam kerja amali dan pelajar berpendapat bahan rujukan untuk subjek Kemahiran Hidup masih kurang dan perlu ditambah di Pusat Sumber Institut.Kajian beliau mencadangkan dua penambahbaikan iaitu peralatan bengkel yang terhad perlu ditambah dan bahan rujukan di Pusat Sumber juga perlu ditambah. Manakala Nizam Abd Latif, Rosmidah Hashim dan Mohd Fuad Yusoff (2011) dalam seminar Penyelidikan Pendidikan Zon Sarawak melaporkan kajian mereka terhadap 39 orang pelajar PISMP Semester 4 terhadap pelaksanaan kursus EDU 3105 di IPG Kampus Raja Melewar menjelaskan bahawa dalam kursus EDU 3105 tahap kepuasan mereka terhadap proses Pengajaran dan pembelajaran pensyarah adalah tinggi. METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian

Kajian berbentuk kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan pengumpulan data daripada 60 orang pelajar B.ED TESL ambilan Januari 2013. Sampel Kajian Kajian ini melibatkan sebanyak 60 orang pelajar dari empat kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan TESL Tahun 1. Sampel kajian terdiri daripada 22 orang pelajar lelaki dan 38 orang pelajar perempuan yang diambil secara rawak. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh empat orang pensyarah. Instrumen Kajian Pengkaji telah menggunakan satu set instrumen untuk mengkaji Tahap Kepuasan Pelajar TESL terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu Komunikatif. Inventori ini mengandungi empat konstruk iaitu : Bahagian A mengandungi 6 item yang berkaitan dengan aspek kesesuaian kandungan kursus. Bahagian B mengandungi 10 item yang berkaitan dengan kandungan kursus. Bahagian C mengandungi 10 item yang berkaitan dengan minat pelajar dan bahagian D mengandungi 10 item yang berkaitan dengan pengajaran pensyarah. Prosedur Pengumpulan Data Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Pengkaji juga menjalankan sesi temu bual terhadap beberapa orang pelajar bagi tujuan menyokong data kuantitatif. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Pengkaji ingin mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap kursus WAJ 3115 dan WAJ 3116 yang mereka ikuti pada Semester 1 dan Semester II dalam program PISMP TESL di IPG Kampus Ilmu Khas Data yang dikumpul daripada 60 orang guru pelatih telah dianalisis untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan.pekali kebolehpercayaan bagi kajian ini adalah merujuk kepada saranan Grorge dan Mallery (2001). Nilai kebolehpercayaan Crombach alpha yang diperolehi bagi kesemua konstruk ialah 0.88. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Penentuan Tahap Memandangkan skala pengukuran yang digunakan bagi item-item dalam soal selidik adalah skala 5 mata, maka tahap pengukuran bagi kepuasan adalah menggunakan panduan seperti dalam Jadual 1(Rosma,2004) Jadual 1: Tahap kepuasan responden Julat Skor Kategori Tahap Kepuasan 1.00 1.99 1 Amat Tidak Memuaskan 2.00 2.99 2 Tidak Memuaskan 3.00 3.99 3 Memuaskan 4.00 5.00 4 Sangat Memuaskan Sumber : Rosma (2004) Dapatan kajian mendapati kesemua 60 pelajar telah menunjukkan tahap kepuasan yang baik bagi kesemua kontruk yang diuji dalam Kursus WAJ 3115 dan WAJ 3116 seperti dalam Jadual. Jadual 2: Min dan Sisihan Piawai Tahap Kepuasan Pelajar berdasarkan Kesesuaian Kursus, Kandungan, Minat, dan Pengajaran. Konstruk Min Sisihan Piawai Tahap Kesesuaian 4.13 0.63 Sangat Memuaskan

Isi Kandungan 4.18 0.53 Sangat Memuaskan Minat 3.87 0.62 Memuaskan Pengajaran 3.96 0.58 Memuaskan Keseluruhan 3.98 Memuaskan Berdasarkan jadual di atas, menunjukkan bahawa keempat-empat konstruk yang diuji telah menunujukkan tahap kepuasan yang memuaskan dan sangat memuaskan. Tahap kepuasan pelajar terhadap kesesuaian kursus ( Min : 4.13 )dan isi kandungan kursus ( Min ; 4.18) ditahap yang sangat memuaskan. Ini menunjukkan pelajar sangat berpuas hati dengan kursus yang diikuti. Manakala tahap kepuasan pelajar terhadap minat mereka terhadap bidang kursus menunjukkan ( Min : 3.87) dan pengajaran pensyarah (Min : 3.96) agak kurang tetapi masih berada ditahap yang memuaskan. Pada keseluruhannya tahap kepuasan pelajar memuaskan berdasarkan nilai (Min 3.98) terhadap kursus Bahasa Melayu Komunikatif. Perbandingan tahap kepuasan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap lima kontruk iaitu kesesuaian, kandungan, minat dan pengajaran pensyarah dapat dilihat daripada respons mereka terhadap setiap item dalam instrumen seperti dalam jadual di bawah. Jadual 4: Perbandingan Persepsi Antara Pelajar Lelaki dan Perempuan berdasarkan aspek kesesuaian, isi kandungan, minat, pengajaran dan keseluruhan. Jantina Konstruk lelaki perempuan t p Kesesuaian 3.93 4.25-1.93 0.06 Isi Kandungan 3.99 4.29-2.17 0.04 Minat 3.92 3.84 0.47 0.64 Pengajaran 3.95 0.96-0.01 0.99 Signifikan pada aras p < 0.05 Berdasarkan jadual di atas, tahap kepuasan antara pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan bahawa keputusan ujian t bagi konstruk kesesuaian ialah nilai ( t = -1.93, p = 0.06), konstruk isi kandungan pula nilai( t = -2.17, p = 0.04), bagi konstruk minat nilai (t =0.47, p= 0.64) dan bagi konstruk pengajaran pensyarah pula nilai ( t= -0.01, p=0.99). Berdasarkan keputusan ujian t tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan berdasarkan konstruk kesesuaian, konstruk minat dan konstruk pengajaran pensyarah. Manakala konstruk isi kandungan pula wujudnya perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. KESIMPULAN DAN CADANGAN Rumusan Dapatan dan Perbincangan Berdasarkan dapatan kajian, didapati pelajar dari program PISMP TESL yang mengikuti kursus Bahasa Melayu Komunikatif telah menunjukkan tahap kepuasan yang memuaskan dan sangat memuaskan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3 dan jadual 4. Keempat-empat konstruk yang dibina memberi gambaran jelas tentang tahap kepuasan pelajar terhadap kursus Bahasa Melayu Komunikatif.Kesuaian kursus dan isi kandungan kursus berada ditahap yang sangat memuaskan. Begitu juga dengan konstruk minat pelajar dan kaedah pengajaran pensyarah menunjukkan pada tahap kepuasan yang memuaskan. Namun begitu, terdapat faktor lain yang boleh dikaji dan kajian lanjutan juga boleh dilaksanakan bagi memantapkan penyelidikan ini. Berdasarkan dapatan temu bual dapat dirumuskan bahawa kursus ini sesuai dengan pelajar TESL memandangkan kemahiran komunikasi ini sangat penting untuk meningkatkan profesionalisme keguruan pelajar.hal ini selaras dengan matlamat pendidikan yang ingin melahirkan guru yang berketerampilan untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Seterusnya, pelajar juga memberikan pandangan yang positif terhadap isi kandungan kursus.pada pandangan mereka, isi kandungan kursus sangat menepati keperluan dan banyak memberikan maklumat yang berguna kepada mereka.mereka juga berpendapat bahawa ilmu yang dipelajari mudah untuk diaplikasikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kursus ini juga sangat bersesuaian dengan minat pelajar. Kursus ini didapati tidak memberikan tekanan dan pelajar dapat belajar dalam keadaan santai dan menyeronokkan.pengajaran pensyarah juga tidak membosankan mereka dan kepelbagaian teknik telah digunakan sebagai bahan pengajaran. Implikasi dan Cadangan Kajian Kajian seperti ini boleh dijalankan disemua IPG yang menawarkan kursus Bahasa Melayu Komunikatif terhadap pelajar-pelajar PISMP TESL. Kesan kajian ini menunjukkan peningkatan terhadap penguasaan bahasa pelajar.selain itu, pelajar lebih yakin dan berketerampilan dalam penggunaan bahasa. Dicadangkan supaya responden yang terlibat merangkumi keseluruhan pelajar TESL Tahun 1 dan bukan melibatkan unit-unit tertentu sahaja. Bilangan responden yang besar akan menunjukkan dapatan kajian yang lebih berkesan dan menyeluruh. Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd.(2001) Teori dan Teknik Pengucapan berpengaruh. Kuala Lumpur :PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Mua ti & Zamri Ahmad.(2011) Santun Komunikasi. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd. Syukur Shaari,Nuraiani Yusoof &Mohd Ishak Awang.(2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Kuala Lumpur : PTS Publication and Distributors Sdn.Bhd. Ahmad Naim Jaafar.(2004). Kuasa karisma: Teknik membina ketokohan dan keterampilan diri. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.