1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

dokumen-dokumen yang mirip
8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

015/025/035 MATEMATIK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

KRM3023 ASAS UKURAN GROUP : UPSI08 PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BT ABDULLAH TAJUK TUGASAN :

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK. Nombor dan Operasi TAHUN 2.

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

kita tidaklah selalunya seronok dengan keputusan yang telah kita ambil.

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK: SATU KAJIAN TINDAKAN. oleh

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

PBS MATEMATIK TAHUN 3 ( BUKU AKTIVITI )

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

2.0 PENYATAAN MASALAH

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

P6 Meet-the-Parents Session (SESI TAKLIMAT P6) 23 Januari

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

KESTABILAN CERUN (ANALISIS TEGASAN JUMLAH)

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Pengurusan Bilik Darjah

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PELAN BERTINDAK MATEMATIK UPSR 2009 SK. JLN. SG. BESI ( 1 )

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

Bab 2. Perwakilan Data. 2.1 Sistem Nombor Perduaan. (b) Kaedah ambil daripada baki:

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

PEMBELAJARAN MASTERI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

DIY GRAF KOMBINASI. Oleh. Ho Wei Wei ABSTRAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

Transkripsi:

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan SK Bukit Ceria (SKBC)(nama samaran) adalah sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Muda / Yan, iaitu 5 km dari Bandar Gurun, Kedah. Kajian tindakan ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya menjalankan praktikum fasa III. Tujuan kajian ini dijalankan bagi menilai kesesuaian teknik Enactive - Iconic - Symbolic (ENIS) untuk membantu beberapa murid Tahun 3 yang belum dapat menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5. Empat orang didapati gagal menghafal sifir yang pernah diajar serta tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan pendaraban. Tambahan lagi, tinjauan analisis dokumen dilakukan terhadap lembaran kerja murid didapati bahawa murid tidak memahami konsep pendaraban yang sebenar iaitu kumpulan darab dengan bilangan ahli dalam setiap kumpulan. Pengesanan awal terhadap masalah menguasai pemahaman konsep pendaraban yang dihadapi oleh murid telah memberi ruang kepada saya untuk menambah baik amalan pengajaran saya sebagai seorang bakal guru Matematik. 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Sebagai seorang guru pelatih Matematik, saya telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 3. Kelas yang diberikan oleh pihak sekolah merupakan kelas yang ketiga daripada empat kelas dalam Tahun 3. Saya telah menemu bual dengan beberapa orang guru untuk memahami tentang latar belakang kelas yang bakal saya ajar. Mereka memberitahu saya bahawa 1

kebanyakan murid ini mengalami masalah mengira. Keupayaan mereka dalam pembelajaran adalah lemah dan agak lembap. Guru perlu meluangkan banyak masa untuk memberi bimbingan secara individu atau berkumpulan kepada murid-murid tertentu. Cuma masalah yang biasa ditimbulkan dalam kelas tersebut iaitu murid sering lupa membawa buku teks dan buku latihan, murid tidak menyiapkan latihan yang diberi, murid suka bergerak aktif semasa guru sedang mengajar dan murid suka bersembang dengan rakan yang duduk di sebelahnya. Apabila mendengar reaksi dan maklumat yang diberi oleh guru-guru, saya berasa bimbang kerana takut tidak dapat mengawal kelas dengan baik dan berkesan. Oleh itu, saya bertekad untuk menjadi seorang guru yang tegas semasa memberi arahan yang jelas dan memastikan murid saya faham setiap arahan yang diberi serta dapat mengikutinya dengan baik supaya dapat mengurangkan masalah disiplin dalam kelas. Pada minggu pertama, proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan disebabkan guru pembimbing memerlukan masa untuk menghabiskan topik pengajaran pada minggu tersebut. Selepas itu, saya diamanahkan untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik Tahun 3 pada minggu dua iaitu 27 Januari 2013. Topik pengajaran baru yang saya mula ajar iaitu topik Operasi yang melibatkan tambah, tolak, darab dan bahagi. Setelah seminggu saya mengajar topik tambah tanpa mengumpul semula, saya telah mendapati beberapa murid lemah dalam mengira. Pada permulaan, saya beranggapan bahawa murid cuai dalam membuat latihan. Misalnya kesilapan yang muncul dalam latihan seperti 0 + 8 = 0, 2 + 7 = 8, 3 + 5 = 6 dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, saya pun menjalankan kuiz topik tambah bagi menguji kemahiran tambah murid sebelum saya mengalih ke topik tambah dengan mengumpul semula. Apabila 2

menyemak kuiz itu, saya telah mendapati kesilapan tersebut masih diperhatikan seperti di dalam latihan-latihan yang diberi. Masalah ini telah menunjukkan bahawa murid masih lemah dalam membuat pengiraan yang melibatkan operasi tambah. Oleh itu, saya telah menjalankan sebanyak lima kali sesi bimbingan secara berkumpulan dalam kelas untuk membantu murid menguasai topik tambah dengan baik. Setelah itu, saya menjalankan sesi temu bual dengan murid-murid yang membuat kesilapan itu. Saya telah mengemukakan soalan kepada tiga orang murid tentang jumlah hasil daripada penambahan tiga dengan lima. Murid A dan murid C telah mengambil masa lama untuk memikirkan jawapan, manakala murid B tahu menggunakan jejari tangannya untuk membilang dan memberi jawapan yang betul. Situasi ini telah menunjukkan bahawa murid B tahu mengira dan hanya cuai dalam menulis jawapannya dalam kuiz tersebut. Sedikit kecewa dalam hati saya kerana topik ini baru sahaja diajar dengan menggunakan kaedah jejari tangan dan latihan juga diberikan serta sesi bersoal jawab semasa dalam proses pengajaran. Saya pun berasa hairan sedangkan ketika murid A dan murid C diminta membuat soalan di papan putih, mereka dapat menjawab dengan betul. Namun, kesilapan yang sama masih wujud dalam kuiz dan latihan yang diberikan. Pada sesi pengajaran, saya juga menunjukkan setiap kesilapan yang sering dilakukan oleh murid supaya mereka dapat mengenal pasti kesilapan tersebut yang tidak patut diulangi semasa menjawab soalan. Untuk mendapat kepastian daripada semua murid, saya cuba bertanya lima orang murid untuk membetulkan kesilapan yang diberi di papan tulis. Jawapan yang diberi adalah betul. Murid dapat berjaya mengenal pasti kesilapan yang ditimbulkan dalam soalan tersebut. Saya juga berasa puas hati apabila semua murid dapat memberi sebab-sebab tentang kesilapan yang muncul dalam soalan yang dibincangkan. Masalah ini dapat berjaya diselesaikan dan 3

dilihat tidak begitu serius dalam kalangan murid-murid setelah saya memberi lima kali sesi bimbingan kepada mereka. Selepas dua minggu, saya telah mengajar topik baru iaitu tajuk Operasi Tolak. Dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, timbul lagi satu masalah yang berlaku dalam kalangan murid iaitu menolak dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim. Terdapat contoh kesalahan yang dilakukan oleh murid seperti di Rajah 1. Kesalahan 1 Kesalahan 2 Kesalahan 3 Rajah 1. Contoh kesalahan murid. Bagi kesilapan 1, murid tidak mengetahui konsep mengumpul semula yang melibatkan operasi tolak. Mereka telah menggunakan nombor besar menolak nombor kecil untuk mendapatkan jawapan. Manakala, murid yang melakukan kesilapan 2 tersebut telah membuatkan saya terkejut disebabkan murid telah mengetahui konsep mengumpul semula tetapi masih melakukan kesilapan. Saya pun hairan dan menemu bual dengan murid tersebut. Saya bertanya Berapakah jumlah apabila sebelas tolak empat?. Pada ketika itu, murid membilang sambil menggunakan jejari tangannya. Murid telah memberitahu saya jawapannya adalah 7. Jadi, saya pun bertanya Kenapa kamu tulis jawapannya adalah 6?. Murid memberitahu bahawa dia cuai kerana selepas mengumpul semula terus menolak 4 dan lupa menambah 10 dengan 1. 4

Jadi, saya berasa lega hati kerana murid dapat mengenal pasti kesilapannya dengan jelas dan tepat. Bagi murid yang melakukan kesilapan 3 tersebut, saya berpendapat bahawa murid tidak mengerti konsep tolak dan tidak tahu nilai sifar sebenar semasa melakukan soalan berbentuk lazim. Hal ini disebabkan murid telah melakukan kesilapan seperti 2-2 = 2, ia telah menunjukkan bahawa murid tidak faham konsep tolak dan tidak tahu nilai sifar sebenar apabila kesemua nilai telah ditolak akan mendapat nilai kosong dalam jawanpannya. Hasil jawapan yang harus diberi oleh murid adalah 2-2 = 0. Akan tetapi, murid tidak faham nilai sifar sebenar dan menyebabkan mereka gagal menjawab soalan yang diberi. Saya juga mula bimbang kerana lima orang murid melakukan kesilapan 3 yang sama dalam latihan yang saya berikan. Bagi membantu murid menguasai konsep tolak saya telah menggunakan bahan konkrit seperti blok asas, dekak-dekak dan bola supaya murid dapat membayangkan nilai sifar sebenar melalui sentuhan bahan konkrit yang digunakan. Semasa saya menggunakan bahan konkrit dalam proses pengajaran, murid dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dan mempunyai semangat ingin tahu yang kuat untuk mencuba dan mencari jawapan. Secara tidak langsung, penggunaan bahan konkrit dapat memberi gambaran yang jelas kepada murid dan membantu mereka lagi menguasai konsep tolak dengan baik dan mantap. Pada minggu yang seterusnya, saya mula mengajar topik pengajaran baru iaitu operasi darab. Sebelum memulakan pengajaran, saya cuba membantu murid mengingat semula sifir darab seperti sifir 2, 3, 4 dan 5 yang mereka pernah belajar pada Tahun 2 yang lalu. Kebanyakan murid dapat melafazkan sifir 2 dan 5 manakala separuh daripada kelas masih tidak dapat melafazkan sifir 3 dan 4 dengan baik. Saya pun berasa hairan lalu menemu bual murid-murid yang tidak dapat melafazkan sifir. 5

Saya pun bertanya Mengapa kamu tidak dapat melafazkan sifir 3 tadi itu?. Alasan yang diberi oleh murid ialah mereka sudah lupa sifir yang dihafal dan ada yang memberitahu saya bahawa hafal sifir adalah perkara yang sangat susah. Apabila saya mendengar reaksi dan maklum balas daripada murid- murid, saya berasa amat terkejut kerana sebelum ini, saya beranggapan murid telah menguasai penghafalan sifir darab dan saya boleh meneruskan pengajaran sifir 6, 7, 8 dan 9 dalam semester ini. Selepas waktu pengajaran tersebut, saya pun berbincang masalah ini dengan guru pembimbing Matematik saya. Beliau telah memberitahu saya bahawa murid kelas ketiga mengalami masalah serius dalam memahami konsep sifir darab. Murid tidak berupaya berimaginasi dan menggambarkan hasil daripada darab walaupun sesetengah murid dapat melafazkan sifir. Guru juga berpendapat bahawa punca masalah ialah murid malas untuk menghafal sifir semasa guru mengajar di kelas. Justeru itu, topik ini juga sering merunsingkan guru-guru sekolah tersebut. Beliau juga berkongsi pengalamannya tentang cara mengajar sifir melalui kaedah hafalan dan nyanyian. Hasil daripada penggunaan kedua-dua kaedah tersebut, murid yang mempunyai kecerdasan muzik dapat menghafal sifir melalui nyanyian dan juga dapat menjawab soalan dengan cepat dan tepat. Manakala bagi murid yang mempunyai kecerdasan verbal linguistik, mereka dapat menghafal sifir secara spontan tetapi mereka perlu sentiasa latih tubi untuk mengukuhkan lagi kemahiran menghafal sifir dengan lancar. Memandangkan perkara ini sangat serius, saya pun menjalankan satu ujian diagnostik kepada semua murid kelas 3 Yakin di dewan sekolah pada 24 Feb 2013. Murid hanya boleh membawa pensil dan pemadam semasa menduduki ujian diagnostik tersebut. Soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan sifir 2, 3, 4, 6

dan 5 sahaja. Tujuan menjalankan ujian diagnostik adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah murid menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5. Pada masa yang sama, saya membuat permerhatian atas cara murid menjawab ujian diagnostik, seperti murid mengira sifir dengan menggunakan jejari tangan, menyanyi lagu sifir, meniru jawapan rakan, menunjukkan ketidakyakinan pada diri sendiri, dan menulis jawapan ikut suka hati dengan berniat menyiapkan soalan. Selepas menyemak ujian diagnostik, terdapat empat orang murid yang sangat ketara lemah dalam menjawab soalan sifir darab 2 hingga 5. Tiada seorang pun antara empat orang tersebut yang dapat menjawab soalan ujian diagnostik dengan betul. Jadual 1 menunjukkan hasil dapatan analisis markah ujian diagnostik antara murid yang lemah dengan murid yang sederhana dan baik. Jadual 1 Hasil Dapatan Analisis Markah Ujian Diagnostik Bil Markah ujian Bilangan murid (Peratusan, %) 1. 75 100 13 2. 40 74 10 3. 0 39 4 Jadual 1 jelas menunjukkan bahawa empat orang murid telah memperolehi markah ujian yang terendah dalam kelas. Hasil keputusan ujian diagnostik telah menunjukkan bahawa murid tidak tahu konsep asas pendaraban iaitu kumpulan darab dengan bilangan ahli dalam setiap kumpulan dan penambahan secara berulangan. Ada seorang murid menganggapkan simbol darab sama seperti simbol tambah semasa menjawab soalan pendaraban. Salah seorang murid meninggalkan kosong sahaja kerana dia tidak tahu menjawab soalan yang melibatkan sifir darab. Rajah 2 menunjukkan contoh kesilapan dalam ujian diagnostik. 7

Bil Gambar Analisis kesilapan dalam ujian diagnostik 1. Murid mengalami masalah dalam pemahaman konsep kumpulan. Terdapat empat kumpulan dalam rajah tersebut, murid telah melakukan kesilapan dengan menulis 5 kumpulan dalam soalan tersebut. Murid juga meninggalkan kosong kerana tidak tahu jumlah jawapannya dalam bentuk pendaraban. 2. Walaupun murid dapat menulis jawapan dengan betul, murid telah melakukan kesilapan menjawab konsep kumpulan. Terdapat tiga kumpulan dalam soalan 2, murid telah menulis 4 kumpulan dan ia menunjukkan bahawa murid tidak mengetahui konsep kumpulan dalam pendaraban dengan baik. 3. Kesilapan yang ditunjukkan dalam gambar rajah 3 ini menunjukkan bahawa murid tidak tahu konsep mendarab dan kemahiran sifir serta menulis jawapannya dengan ikut suka hatinya untuk tujuan menyiapkan ujian diagnostik ini. Rajah 2. Contoh kesilapan dalam ujian diagnostik. Oleh itu, prestasi bagi keempat-empat orang murid tersebut telah membimbangkan saya serta mengerakkan saya melakukan suatu tindakan intervensi untuk membantu murid menguasai kemahiran sifir darab. Walaupun saya telah menerangkan konsep asas pendaraban dalam kelas, saya pun tanya kepada murid, Adakah kamu faham apa yang saya terang tadi?. Gerak balas yang diberi oleh murid ialah mereka masih tidak dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan. Saya juga berasa sedikit kecewa kerana cara pengajaran dan penerangan saya terhadap konsep pendaraban kurang sesuai dengan tahap kebolehan dan pemikiran murid. Selain itu, kemungkinan cara penerangan saya terlalu abstrak dan murid Tahun 3 sukar menggambarkannya secara jelas. 8

Berdasarkan ketiga-tiga masalah tersebut yang saya hadapi sepanjang empat minggu saya mula mengajar di SKBC, saya dapat menyimpulkan bahawa masalah ketiga merupakan masalah yang serius dalam kalangan murid. Saya berpendapat bahawa sekiranya murid masih tidak dapat menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5, ia akan mempengaruhi murid dalam mempelajari subtopik yang seterusnya seperti sifir darab 6 hingga 9 yang melibatkan nilai nombor yang semakin besar dan rumit. Impak negatif tersebut juga akan memberi kesan kepada topik lain seperti topik Pecahan, Wang, Ukuran dan sebagainya. Saya juga khuatir keadaan murid yang tidak menguasai konsep pendaraban jika dibiar begitu sahaja berkemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah apabila mereka melanjutkan pelajaran di peringkat yang tinggi. Oleh itu, saya merasakan saya perlu membantu murid yang lemah untuk memahamkan konsep pendaraban dengan memikirkan satu teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan dan pemikiran murid tersebut. 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Setelah saya membuat pemerhatian dan tinjauan mengenai kes kajian ini, saya mendapati murid menghadapi masalah menguasai konsep mendarab dan kemahiran sifir dalam topik Pendaraban. Hal ini dapat dikenal pasti selepas melalui ujian diagnostik, masalah murid ialah tidak mengetahui sebarang hubungan asas pendaraban antara kumpulan dengan bilangan ahli dalam setiap kumpulan. Maklumat yang saya kumpulkan melalui hasil temu bual dengan murid, saya difahamkan mereka belajar sifir melalui kaedah hafalan. Salah seorang murid menyatakan Cikgu, saya tak ingat apa yang saya hafal. Perkara ini juga dilihat serius apabila murid gagal mengingati sifir yang telah dihafal dan menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan pendaraban dengan baik. 9

Berdasarkan kenyataan ini, saya berpendapat kaedah hafalan tidak efektif untuk membantu murid menguasai sifir darab dengan baik. Ia membuatkan murid berasa susah mengingat dan langsung tidak menunjukkan minat dalam penghafalan sifir darab. Lanjutan daripada perkara tersebut, murid tidak dapat membayangkan apa-apa nilai yang mewakili kumpulan ataupun bilangan ahli dalam setiap kumpulan. Mereka hanya diajar untuk menghafal dan menjawab soalan ujian sahaja. Menurut Joni (2011) telah berpendapat bahawa walaupun penghafalan adalah satu proses mengingati jawapan fakta asas pendaraban, tetapi penghafalan tanpa memahami konsep asas pendaraban dahulu adalah tidak menguasai kefahaman konsep mendarab dengan sepenuhnya. Apabila murid hanya diajar untuk menghafal sifir tanpa memahami konsep sebenarnya, mereka tidak membina kefahaman konsep asas secara menyeluruh. Kesannya, murid mudah lupa sifir yang telah dihafal dan secara tidak langsung mereka gagal menjawab soalan yang diberi serta melahirkan rasa tekanan dan benci apabila hendak menjawab sebarang soalan yang berkaitan dengan pendaraban. Kesan yang negatif ini juga menyebabkan kebanyakan murid hilang minat dalam pembelajaran Matematik disebabkan mereka tidak diajar untuk memahami konsep asas Matematik yang sebenarnya. Selain itu, kaedah hafalan tidak mementingkan kepada pembinaan kefahaman konsep pendaraban. Ia lebih menumpukan kepada mencari jawapan dengan pantas dan tepat serta mengabaikan kepentingan mengenali konsep asas. Sekiranya murid tidak dapat mengingat sifir yang dihafal, mereka mengalami kesukaran untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab. Sebagai guru matematik, saya tidak setuju menggunakan kaedah hafalan dalam mengajar murid menguasai kemahiran sifir darab. 10

Menurut pandangan O Connell & Giovanni (2011), matlamat pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Matematik kini telah bertukar daripada kaedah penghafalan sifir kepada peningkatan pemahaman konsep mendarab dan kemahiran sifir. Kita haruslah mengajar murid cara membina kefahaman tentang konsep sifir darab dengan mewujudkan jaringan antara idea dan fakta yang diajar. Justeru itu, murid harus diajar menguasai kemahiran sifir darab dan pemahaman konsep secara berperingkat. 11