ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

dokumen-dokumen yang mirip
SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PROGRAM PEMULIHAN AKHLAK WANITA: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PUSAT PERLINDUNGAN WANITA MEMBANTU PROSES PEMULIHAN?

MELEPAK DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI JOHOR

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Penyelewengan tingkah laku remaja: punca & rawatan. Sinopsis:

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

ffiegeqo.mo.to.tl do.tl ffiegiko.to.tl CPeke/[1o.m,: guo.tu CPe/[kOtlggio.tl V o.tl99utl91o.wo.b

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

SULIT 1103/1. Modul Kecemerlangan Akhir Tahun TAHUN 2016 TINGKATAN 4 SKEMA BAHASA MELAYU. Kertas 1

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

Kesannya Kepada Pengguna

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

Sustainable Education 54

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan


1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

SULIT 1225/1 Pendidikan Moral Sept 2012 PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 PENDIDIKAN MORAL

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Pekerja industri : isu & teknik penyelesaiannya. Sinopsis:

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

LAPORAN KAJIAN KES KELAB TAMAN KITAR SEMULA SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH 2

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

FACT SHEET

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Pendekatan Humanistik : Teori Hierarki Keperluan Maslow

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

Pengurusan Bilik Darjah

LAPORAN PROJEK KUMPULAN LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH SESI 2016/2017 TAJUK: KEMPEN JOM SIHAT NAMA PENSYARAH: DR NORA MUDA

SENARAI TUGAS GURU BESAR

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Pengenalan Sjkkblk Sejak kebelakangan iikd ini kadar jenayah hd dan masalah lh sosial ildi kalangan remaja semakin meningkat dengan begitu ketara seka

Emosi dan Perkembangan


Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanakkanak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB V KESIMPULAN. Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang kedapatan atau

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

ARAHAN: ( )

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Transkripsi:

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH FAKTOR Seorang guru di Puchong, Bibiana John mengatakan bahawa terdapat beberapa punca yang menjadi peluru kepada berlakunya sikap ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Antaranya ialah mereka tidak mempunyai minat atau motivasi yang mendalam untuk pergi ke sekolah. Hal ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka mengambil ringan tentang perkara ini dan menganggap sekolah sebagai suatu tempat yang membosankan. Mereka lebih menjurus kepada perkara-perkara yang menyeronokkan seperti melepak di pusat hiburan dan melayari internet di siber kafe. Hasil daripada kajian beliau menyatakan bahawa kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah juga dapat menyumbang kepada aktiviti ponteng sekolah. Keadaan ini berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna akibat daripada kelemahan diri mereka sendiri. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas. 3

Menurut beliau, pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi oleh guru biasanya akan ponteng dan bersembunyi dengan melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil. Keadaan ini memberikan rangsangan kepada pelajar berkenaan untuk terus memontengkan diri sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Ibu bapa yang tidak mengambil tahu tentang aktiviti-aktiviti anak-anak mereka juga turut menyumbang ke arah masalah ponteng sekolah ini. Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu tidak mendapat respon yang diharapkan. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa pelajar berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Ibu bapa mereka lebih mementingkan urusan harian atau kerja daripada anak mereka sendiri. Selain itu, beliau menambah bahawa terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja secara sambilan. Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat pelajar yang bekerja secara sambilan sebagai pembantu di kedai makan, dan tidak kurang pula yang bekerja sebagai peniaga makanan di pasar malam. Malah masih ramai dalam kalangan pelajar yang bekerja secara sambilan di pasar raya dan mereka terlalu keletihan sehingga tidak berdaya untuk bangun awal ke sekolah terutamanya yang bekerja pada waktu malam. 4

Melalui pandangan umum, Gee Wai Cheak mengatakan bahawa punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah disebabkan oleh keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Hal ini demikian, timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak dihiraukan. Gee Wai Cheak menegaskan lagi bahawa dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Seterusnya, Gee Wai Cheak juga mengatakan pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktiviti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiran menjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi salah satu faktor berlakunya ponteng sekolah dalam kalangan pelajarpelajar sekolah. 5

KESAN Menurut cikgu Bibiana, kesan yang paling ketara sekali akibat daripada ponteng sekolah ialah pelajar berkenaan akan ketinggalan pelajaran yang sepatutnya diajar kepada mereka. Seterusnya mereka akan hilang minat untuk belajar dan menceburkan diri dalam perkara-perkara yang tidak memberi faedah kepada mereka. Berdasarkan pengalaman beliau, akibat pelajar ponteng bukan sahaja ketinggalan dalam pelajaran, malah lebih teruk lagi mereka juga terbabit dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme, minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak. Seterusnya, perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat bertanggungjawab. Hal ini akan menyebabkan prestasi akademik pelajar itu merosot. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjejaskan imej serta kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan kerana sekolah tidak lagi dianggap sebagai tempat yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran dan juga tempat untuk menjalankan aktiviti yang berfaedah. Sementara itu, Tan Soo Hooi (2002) mengatakan bahawa kesan daripada aktiviti ponteng sekolah ini akan menyebabkan pelajar tersebut sering menghadapi masalah konflik kendiri. Mereka kurang jelas dengan peranan diri sendiri sebagai seorang pelajar terutama yang mempunyai masalah pelajaran dan peribadi. Mereka akan berhadapan dengan masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah. Di samping itu, natijah daripada keadaan ini menyebabkan negara kita kekurangan pemimpin pelapis negara yang berwibawa untuk memacu negara ini pada masa akan datang. Fenomena ini juga akan menyebabkan pelajar tersebut dipandang hina oleh masyarakat dan tidak diberi kepercayaan untuk memerintah negara yang sudah mencapai kemerdekaan setengah abad ini. Seterusnya, pelajar akan disisih oleh masyarakat dan sukar untuk memperoleh pekerjaan untuk meneruskan kehidupan. 6

LANGKAH Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran bagi membasmi gejala ponteng sekolah ini. Namun pun begitu, peratusan bilangan pelajar yang terbabit dengan gejala ini semakin meningkat. Cikgu Bibiana telah menegaskan bahawa pembentukan sahsiah seseorang pelajar bermula daripada institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi mendidik anak-anak mereka tentang perkara yang betul dan yang salah. Tanggungjawab ibu bapa sangat jelas iaitu dengan cara memastikan anak-anak selamat dalam perjalanan ke sekolah dan selamat sampai ke sekolah. Ibu bapa perlu memastikan walau dengan apa cara sekalipun, agar anak mereka tidak melencong ke tempat lain, seperti pusat hiburan dan kompleks membeli belah jika di bandar dan rumah kosong atau tepi sungai bagi pelajar di luar bandar. Ibu bapa perlu memerhatikan gerak geri anak-anak mereka, kerap berhubung dengan pihak sekolah dan sering bertanyakan rakan anak-anak mereka. Selain itu, pihak-pihak pengusaha pusat hiburan juga perlulah lebih bertanggungjawab dan tidak menjadikan notis melarang pelajar sekolah memasuki pusat hiburan sebagai hiasan dinding semata-mata. Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan menguatkuasakan undang-undang yang diwartakan. Umpamanya mendirikan tempat-tempat pengaduan HEP, melarang pelajar-pelajar berpakaian sekolah mengunjungi pasaraya, pusat hiburan, dan cybercafe pada waktu sekolah. 7

Beliau juga menambah bahawa masalah ponteng sekolah ini dapat ditangani dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajarpelajar yang mempunyai kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif perlu dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Seterusnya, khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi agar langkah membantu boleh dilaksanakan. Tambahan pula, masyarakat sekeliling turut bekerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis dalam kalangan masyarakat. Kerjasama ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajarpelajar mengenai keburukan gejala ponteng. Beliau menyatakan lagi bahawa pihak sekolah juga perlu bekerjasama dan sama-sama membendung masalah ini. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti luar sekolah seperti perkhemahan dan lawatan. Guru-guru juga perlu mesra dengan para pelajar dan berkebolehan dalam menyampaikan ilmu dengan berkesan serta ada kalanya bergurau senda. Hal ini dapat menambah minat pelajar untuk ke sekolah. Justeru, mata pelajaran yang membosankan perlu diajar dengan cara yang pelbagai. 8