Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

dokumen-dokumen yang mirip
Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Sustainable Education 54

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

Soalan Kaji Selidik. Langsa. Berkenaan Pengajian Usul Fiqh. kosong bergaris yang disediakan. Semua maklumat akan dirahasiakan.

KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN (CRT) PENSYARAH IPG

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

CHIA CHONG YANG A143398

SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

ARAHAN: ( )

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Pengantar Qira at dan Hafazan di UKM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SENARAI TUGAS GURU BESAR

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Siti Nor Azzila Amit

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

Transkripsi:

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik A. Ahmad 1, S. M. Idrus 2, N.N. N. A. Malik 3, N.A. Murad 4, N. H. Ngajikin & M. R. M. Esa 6 Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia, 813 UTM Skudai anita@fke.utm.my 1, sevia@fke.utm.my 2, noordini@fke.utm.my 3, asniza@fke.utm.my 4, nhafizah@fke.utm.my, mona@fke.utm.my 6 Abstrak: Aktiviti dan cara hidup banyak mempengaruhi pencapaian semasa termasuklah pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Kajian ini merangkumi gaya hidup pelajar di kolej kediaman Universiti Teknologi Malaysia iaitu waktu tidur, waktu belajar, kekerapan keluar kampus dan jawatan ko-kurikulum yang disandang. Perbincangan kertas kerja ini juga merangkumi kaedah pembelajaran dan pendapat pelajar tentang bagaimana mereka mengagihkan masa untuk belajar dan beriadah, pengaruh rakan sebaya terhadap proses pembelajaran dan kesan aktiviti kolej kediaman terhadap corak pembelajaran yang diamalkan. Selain daripada itu, perbincangan hasil soal selidik ini juga melibatkan gaya pembelajaran pelajar untuk melihat keberkesanan belajar berkumpulan, persediaan sebelum kuliah, bantuan rakan samada senior atau junior. Kajian sampel soal selidik telah dilakukan atas 87 pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada semester 1, sesi 2/26. Objektif kajian ini adalah untuk melihat pengaruh gaya hidup pelajar kejuruteraan di universiti dan juga kolej kediaman terhadap pencapaian akademik. Perbincangan dalam kertas kerja ini memberi fokus kepada perbandingan di antara gaya hidup pelajar yang mempunyai PNGK tinggi dan pelajar yang mempunyai PNGK rendah. Kata Kunci: Gaya hidup, bumiputera, pelajar kejuruteraan, aktiviti pelajar, pencapaian akademik 1. PENGENALAN Dasar sistem pendidikan Malaysia sentiasa berhasrat memastikan kecemerlangan pencapaian akademik dan bukan akademik di kalangan para pelajar samada di peringkat rendah, menengah mahupun universiti. Dengan itu, pelbagai tindakan telah dijalankan bagi memastikan keseimbangan akademik dan aktiviti ko-kurikulum bagi melahirkan pelajar yang serba boleh. Kertas kerja ini melihat corak aktiviti pelajar yang merangkumi gaya hidup pelajar di peringkat universiti dan juga kolej kediaman. Seterusnya bagaimana aktiviti ini memberi pengaruh terhadap pencapaian akademik. Sikap individu dalam mengadaptasikan usaha dan ketekunan diri dalam pembelajaran boleh memberi kesan dalam usaha mencapai matlamat bagi menjulang nama bangsa. Aktiviti dan cara hidup banyak mempengaruhi pembangunan individu, begitu juga pencapaian dalam akademik. Kajian ini merangkumi gaya hidup pelajar di kolej kediaman Universiti Teknologi Malaysia iaitu waktu tidur, waktu belajar, kekerapan keluar kampus dan jawatan ko-kurikulum yang disandang. Selain daripada itu, perbincangan kertas kerja ini juga merangkumi kaedah pembelajaran dan pendapat pelajar tentang bagaimana mereka mengagihkan masa untuk belajar dan beriadah, pengaruh rakan sebaya terhadap proses pembelajaran dan kesan aktiviti kolej kediaman terhadap corak pembelajaran yang diamalkan. Selain daripada itu, perbincangan hasil soal selidik ini juga melibatkan gaya pembelajaran pelajar untuk melihat keberkesanan belajar berkumpulan, persediaan sebelum kuliah, bantuan rakan samada senior atau junior. Responden soal selidik adalah terdiri dari 87 pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada semester 1, sesi 2/26. Responden terdiri daripada pelajarpelajar FKE tahun 2 hingga. Objektif kajian ini adalah untuk melihat pengaruh gaya hidup pelajar kejuruteraan di kolej kediaman terhadap pencapaian akademik. Perbincangan dalam kertas kerja ini memberi fokus kepada perbandingan di antara gaya hidup pelajar yang mempunyai PNGK tinggi dan pelajar yang mempunyai PNGK rendah, dan perbezaan mengikut kaum.

2. GAYA HIDUP PELAJAR Aktiviti dan cara hidup banyak mempengaruhi pencapaian semasa, tidak terkecuali pengaruh pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Sikap dan disiplin pelajar itu sendiri dalam pengurusan masa adalah penting dalam mengatur perjalanan aktiviti harian agar tidak mengenepikan perkara penting tanpa disedari. Kebanyakan pelajar mungkin mengulangkaji pelajaran di waktu malam setelah menjalani kuliah dan aktiviti lain di waktu siang. Daripada kajian yang dilakukan, merujuk kepada Rajah 1 hampir keseluruhan pelajar melayu () dan pelajar bukan melayu() mula tidur lebih daripada pukul 12 tengah malam. Walaupun corak tidur pelajar dan tidak berbeza tetapi pencapaian PNGK(CPA) kedua-dua responden adalah berbeza seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Ini menunjukkan pola tidur kedua-dua subjek tidak memberi kesan terhadap pencapaian akademik mereka. Persoalannya adakah masa sebelum tidur digunakan untuk mengulangkaji ataupun melakukan perkara yang tidak berkaitan dengan akademik. Walaupun kelewatan masa tidur dapat memberi peluang yang lebih kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran, namun begitu, gaya hidup sebegini sebenarnya boleh mempengaruhi keberkesanan penumpuan seseorang pelajar ketika menghadiri kuliah pada esoknya. Begitu juga, didapati sebahagian kecil pelajar lebih selesa tidur awal sekitar jam 8 malam. Mungkin golongan minoriti ini akan bangun mengulangkaji di awal pagi. Persoalannya adakah mereka ini melakukan demikian. 9 8 7 6 4 3 2 92 91 7 1 1 1 2 8pm 9pm pm 11pm 12pm< 7 6 4 3 2 1.7-2.3 2.3-2.7 2.7-3. 3.-3.7 3.7-4. CPA Rajah 1: Perbandingan waktu tidur pelajar dan Pencapaian akademik responden Bagi menjawab persoalan di atas, adalah perlu dilihat masa yang diperuntukkan untuk mengulangkaji pelajaran bagi. Rajah 2 menunjukkan masa yang digunakan oleh mengulangkaji pelajaran, dimana PNGK rendah adalah responden yang mendapat PNGK 2.99 kebawah dan PNGK tinggi adalah responden yang mendapat PNGK lebih dari 3.. Kebanyakan yang cemerlang (6%) mengulangkaji pelajaran lebih daripada 3 jam sehari. Manakala lebih kurang % daripada mereka yang mempunyai PNGK rendah hanya akan mengulangkaji pelajaran antara 1 jam hingga 2 jam sehari atau kurang 1 jam sehari. Ini menunjukkan pelajar melayu yang mempunyai PNGK rendah tidak menunjukkan usaha yang gigih untuk cemerlang dalam pelajaran mereka. Mereka hanya bergantung kepada kuliah dan tidak menggunakan masa yang lebih untuk mengulangkaji pelajaran. Merujuk kepada Rajah 2, jika diberi pemberat kepada setiap skala masa, didapati min taburan adalah 2.8 manakala 2.1, ini menunjukkan sebenarnya memperuntukkan masa yang lebih lama untuk belajar. Daripada statistik ini juga, menunjukkan rata-rata pelajar melayu juga telah berusaha gigih untuk cemerlang. Persoalannya adakah pelajar kita ini benar-benar menggunakan waktu belajar mereka dengan sebaik-baiknya. Kemungkinan, kuantiti masa bukan satu ukuran, tetapi teknik dalam pembelajaran perlu diambilkira. Tidak dinafikan kemungkinan besar sebahagian kecil pelajar tidak menggunakan masa sebelum tidur untuk mengulangkaji, tetapi melakukan aktiviti lain.

6 4 3 2 7 36 33 41 <1hr 1-2hrs 3-4hrs -6hrs <7hrs Jam Belajar 3 12 6 CPA Rendah CPA Tinggi 1 1 an 4 4 3 3 2 2 9 39 3 29 46 12 9 <1hr 1-2hrs 3-4hrs -6hrs <7hrs Jam Belajar 4 1 Rajah 2: Jumlah waktu belajar bagi dan Perbandingan jumlah waktu belajar dan Pelbagai aktiviti adalah lebih bebas bagi pelajar universiti di luar waktu kuliah berbanding semasa diperingkat sekolah. Justeru adalah menjadi pilihan mereka sendiri untuk menentukannya samada hendak menghabiskan masa tersebut untuk kegiatan positif atau negatif. Ada yang lebih suka melibatkan diri dengan aktiviti berpersatuan sama ada di universiti, fakulti ataupun di kolej kediaman. Ada juga sebahagian yang lebih gemar melakukan aktiviti sosial sendiri seperti keluar bersama rakan-rakan untuk berseronok di luar kampus. Daripada sampel yang diambil, didapati mereka yang lemah dalam akademik kurang penglibatan dalam aktiviti pelajar seperti berpersatuan kerana min pendapat yang mempunyai PNGK rendah adalah kurang daripada yang mempunyai PNGK tinggi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 dan 3. 4 4 3 3 2 2 CPA Rendah, Min=3.23 CPA Tinggi, Min=3. 4 4 3 3 2 2 CPA Rendah, Min=3.13 CPA Tinggi, Min=3.27 Rajah 3: Pendapat tentang sumbangan aktiviti pelajar untuk kerjaya dan aktiviti pelajar sebagai nilai tambah Manakala, daripada Rajah 4 menunjukkan masa yang diperuntukkan oleh pelajar keluar daripada kampus. Kebanyakkan keluar kampus kurang daripada 2 kali seminggu seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 4. Ini jelas dinyatakan dalam kajian ini dimana lebih kurang 7% yang mempunyai PNGK tinggi hanya keluar kampus kurang daripada 2 kali seminggu. Kekerapan keluar kampus ini adalah bilangan kekerapan yang paling sesuai untuk menyeimbangkan antara akademik dan bukan akademik. Kegiatan bukan akademik juga penting untuk mengurangkan ketegangan pembelajaran tetapi kekerapannya hendaklah disesuaikan agar ia tidak memberi impak yang negatif kepada kehidupan pelajar tersebut. Merujuk kepada Rajah 4, didapati bahawa lebih lebih kerap keluar kampus berbanding. Namun begitu, yang mempunyai PNGK tinggi masih lagi mempunyai kekerapan keluar kampus yang lebih rendah daripada yang mempunyai PNGK rendah. Ini mungkin juga lebih banyak mempunyai aktiviti santai diluar kampus berbanding. mungkin lebih sibuk dengan aktiviti pelajar dikolej seperti yang dipaparkan oleh Rajah dimana terdapat perbezaan min yang ketara.

an 4 4 3 3 2 2 4 47 28 24 14 13 CPA Rendah CPA Tinggi <1 2 3 4< Kekerapan 14 an 4 4 3 3 2 2 26 46 27 26 37 14 13 <1 2 3 4< Kekerapan Rajah 4: Kekerapan keluar kampus dalam seminggu dan Perbandingan kekerapan keluar kampus dalam seminggu dengan. 6 4 3 2, Min=1.67, Min=2.7 Rajah : Perbandingan Pelajar dan dalam aktiviti pelajar diperingkat kolej Kedua dan bersependapat bahawa pengaruh rakan sebaya tidak memberi kesan yang tidak baik ke atas pencapaian akademik mereka, seperti yang ditunjukkan Rajah 6 dan 6. 8 7 6 4 3 2 YA TIDAK 4 4 3 3 2 2, Min=2.99, Min=3.2 Rajah 6: Pendapat pelajar mengenai kesan negatif Rakan Sebaya dan Tahap pengaruh rakan Rajah 7 tidak menunjukkan perbezaan ketara antara pelajar melayu dan pelajar bukan melayu dalam penggunaan masa yang dihabiskan bersama kawan-kawan di luar waktu kuliah. Begitu juga dalam Rajah 7, jika dilihat perbandingan mempunyai PNGK tinggi mempunyai min yang lebih besar dari segi penggunaan masa bersama rakan diluar waktu kuliah. Ini mungkin juga cemerlang ini mengadakan perbincangan akademik bersama rakan dan ini disokong oleh keputusan Rajah 7(c).

4 4 3 3 2 2, Min=3., Min=3.8 4 4 3 3 2 2 CPA Rendah, Min=3.4 CPA Tinggi, Min=3.11 2 2 CPA rendah, Min=3.42 CPA tinggi, Min=3. (c) Rajah 7: Pengaruh rakan sebaya dalam pencapaian akademik; masa bersama rakan-rakan diluar waktu kuliah; masa bersama rakan-rakan diluar waktu kuliah dan (c) bantuan akademik dari rakan bagi. Rajah 8 menunjukkan lebih kerap menghadiri kuliah dengan min 4.2 berbanding pada min 4.39. dengan PNGK tinggi juga memberikan perbezaan ketara dengan perbezaan min.33 melebihi daripada dengan PNGK rendah. Keputusan dalam Rajah 8 menunjukkan sikap tidak ambil berat tentang kehadiran ke kuliah menyebabkan kemerosotan akademik dikalangan pelajar. Fokus hendaklah diberikan kepada pelajar yang mempunyai PNGK rendah yang masih lagi tidak menyedari hakikat akan kepentingan kehadiran ke kuliah. 7 6 3 3 2 CPA rendah, Min=4.21 CPA tinggi, Min=4.4 4 2 3 2 Rajah 8: Kehadiran ke kuliah dan Kehadiran ke kuliah Rajah 9 memperlihatkan majoriti dan melakukan persediaan belajar sebelum ke kuliah dengan kekerapan yg sederhana. Namun begitu, perbezaan min antara dan agak ketara iaitu.27. dengan PNGK rendah juga melakukan persediaan kuliah yang lebih iaitu 2.69 berbanding 2.64 oleh dengan PNGK tinggi. Keputusan ini ditunjukkan dalam Rajah 9 dan ini memberikan gambaran bahawa penggunaan masa belajar yang efisien dan sistematik adalah perlu bagi mencapai kecemerlangan akademik, dan bukan diukur daripada jumlah masa yang ditentukan. Terdapat beberapa punca yang memungkinkan

senario ini berlaku. Di antaranya ialah disebabkan oleh beban akademik (tutorial/tugasan/persediaan ujian) yang agak tinggi bagi setiap subjek sehingga menyebabkan kurang tumpuan terhadap topik yang akan dipelajari bagi kuliah berikutnya. Ianya mungkin juga disebabkan oleh sikap pelajar yang sambil lewa atau kurangnya minat dalam subjek tersebut. Kurangnya persediaan akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami keseluruhan isi kuliah dengan baik. 6 4, Min=2.69, Min=2.42 3 2 2 CPA rendah, Min=2.69 CPA tinggi, Min=2.64 3 2 Rajah 9: Persediaan belajar sebelum kuliah dan Persediaan belajar sebelum kuliah mengikut PNGK Sebahagian besar pelajar bagi kedua-dua kategori pencapaian akademik di atas tidak mempraktikkan cadangan masa ulangkaji 1 jam kredit bersamaan 2 jam masa belajar walaupun mereka sependapat dengan cadangan ini. Min statistik menunjukkan kurang daripada min 3, pelajar yang mempraktikkan gaya hidup tersebut bagi kedua-dua pelajar PNGK rendah dan tinggi. Keputusan dalam Rajah,,(c) dan (d) menunjukkan pendapat pelajar tentang masa ulangkaji ini dan sejauh mana mereka mempraktikkannya. dengan PNGK tinggi menunjukkan min 2.68 manakala dengan PNGK rendah hanya sebanyak 2.6. Hal ini mungkin disebabkan oleh masalah pengurusan masa dikalangan pelajar. Pelajar juga turut terlibat dalam pelbagai aktiviti lain seperti kelab dan berpersatuan. 4 3 3 2 2, Min=3.28, Min=3. 4 3 2, Min=2.66, Min=2.63 2 2 CPA rendah, Min=3.27 CPA tinggi, Min=3.34 2 2 CPA rendah, Min=2.6 CPA tinggi, Min=2.68 (c) (d) Rajah : Pendapat 1 jam kredit kuliah=2 jam belajar sendiri; Mempraktikkan 1 jam kredit kuliah=2 jam belajar sendiri; (c)pendapat bagi 1 jam kredit kuliah=2 jam belajar sendiri dan (d) Mempraktikkan 1 jam kredit kuliah=2 jam belajar sendiri Belajar berkumpulan membolehkan pelajar berkongsi idea dan pemahaman tentang sesuatu topik. Perkongsian ilmu adalah penting kerana setiap individu mempunyai kelebihan yang berbeza dan melalui kaedah ini, mereka dapat membantu menyelesaikan masalah rakan-rakan yang lain. Daripada kajian yang

dilakukan, majoriti pelajar tidak mempraktikkan belajar secara berkumpulan walaupun mereka berpendapat bahawa belajar secara berkumpulan dapat meninggikan kefahaman mereka dalam pembelajaran. Hanya 32.74% dan 3.23% yang menyertai kumpulan belajar. Atau hanya min 2.72 dan 2.4 yang terlibat dalam belajar berkumpulan. Ini dapat dilihat dalam Rajah 11 dan 11. 4 3 2, Min=2.72, Min=2.4 3 2 2 CPA Rendah, Min=2.7 CPA Tinggi, Min=2.71 Rajah 11 : Belajar berkumpulan dan Belajar berkumpulan Daripada segi perhubungan antara pelajar senior dan pelajar junior, menunjukkan ikatan perhubungan senior-junior yang lebih baik. Berdasarkan Rajah 12, kira-kira 6.1% junior meminta bantuan senior dalam pembelajaran berbanding dengan 3% memohon bantuan senior. lebih cenderung meminta bantuan senior dan ini menunjukkan kesan yang positif terhadap akademik mereka kerana mendapat bimbingan yang lebih baik daripada pelajar yang lebih berpengalaman. Walau bagaimanapun, daripada statistik yang ditunjukkan dalam Rajah 12 didapati kedua-dua pelajar senior melayu dan bukan melayu tidak memberikan kerjasama sepenuhnya dengan 34.26% memberi bantuan kepada juniornya dan 42.3% membantu junior dalam pembelajaran. 7 6 4 3 2 7 6 YA TIDAK YA TIDAK 4 3 2 Rajah 12 : Pelajar senior membantu pelajar junior dan Pelajar junior yang memohon bantuan pelajar senior 3. PENDAPAT DAN PANDANGAN PELAJAR Dalam kajian ini, pendapat dan pandangan pelajar juga diambil kira dalam menganalisa faktor-faktor yang mengganggu pencapaian akademik. Berdasarkan kepada maklumbalas pelajar didapati bahawa antara faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian akademik adalah keberkesanan pensyarah, infrastruktur, kewangan dan kesedaran pelajar itu sendiri. Sebilangan besar pelajar menyatakan bahawa terdapat pensyarah yang tidak menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Ini termasuklah kaedah penyampaian kuliah dan penguasaan pensyarah dalam topik yang diajar. Keseluruhan ini menyebabkan pelajar kurang berminat dan sukar untuk memahami apa yang diajar. Ini mungkin merupakan faktor yang menyumbang kepada tahap pencapaian pelajar. Faktor kedua yang dilihat menganggu akademik pelajar adalah kekurangan infrastruktur bilik kuliah. FKE terpaksa menanggung beban bilangan pelajar yang besar berbanding bilangan dan saiz bilik kuliah yang disediakan. Rata-rata pelajar menyatakan bahawa keadaan sebilangan bilik kuliah adalah tidak selesa disebabkan oleh ruang yang sempit, tiada kemudahan penghawa dingin, paparan papan putih yang kecil dan

skrin yang tidak jelas. Faktor ini bukan sahaja mengganggu pelajar malah memberi ketidakselesaan kepada pensyarah yang mengajar. Sebahagian besar mengakui bahawa kemerosotan pencapaian akademik mereka adalah berpunca daripada diri sendiri. Sikap malas dan tidak tahu membahagikan masa dinyatakan sebagai punca utama kemerosotan ini. Sebilangan pelajar juga menyuarakan kewangan adalah faktor yang menyumbang kepada pencapaian akademik. Kadar pinjaman yang diterima pada setiap semester secara umumnya hanya mencukupi untuk keperluan sara hidup. Disebabkan kos sara hidup setempat yang meningkat menyebabkan pelajar tidak dapat menggunakan wang yang secukupnya untuk tujuan pembelajaran. Contohnya pembelian buku rujukan, kos menghadiri seminar dan sebagainya. 4. KESIMPULAN Kita seringkali disogokkan dengan kenyataan bahawa pencapaian jauh ketinggalan berbanding dengan. Daripada kajian ini didapati beberapa faktor turut mempengaruhi senario ini. Aktiviti kelab dan persatuan berbentuk akademik dan bukan akademik dilihat sebagai faktor utama. Perbezaan amat ketara daripada aspek penglibatan pelajar melayu dan pelajar bukan melayu terutama aktiviti di peringkat kolej kediaman. Selain itu, hubungan antara pelajar senior dan junior juga memainkan peranan penting dalam menggarap kecemerlangan akademik. Namun demikian sikap sebahagian besar tidak mengambil peluang untuk mewujudkan kerjasama dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik. Justeru, usaha dalam menerapkan budaya kerjasama dan saling membantu di antara perlu dilakukan secara berterusan. Integrasi antara dan juga perlu dititikberatkan untuk mencapai keseimbangan pencapaian akademik mereka. Usaha-usaha berterusan perlu dilakukan dalam mengkaji faktor-faktor yang memberi kesan terhadap perbezaan pencapaian mereka. Antaranya faktor kewangan, sistem, sikap, cara berfikir, latar belakang budaya dan sebagainya. Begitu juga dari segi sampel yang diambil. Kaji selidik ini hanya menggunakan sampel daripada pelajar-pelajar FKE sahaja. Adalah lebih menyeluruh sekiranya sampel pelajar melibatkan kesemua pelajar UTM. Usaha pembaikan berterusan perlu dilaksanakan bagi mengoptimumkan hasil kajian seperti ini.. RUJUKAN [1] Mark L. Berenson, et.al, Intermediate Statistical Methods and Applications, Prentice Hall, 1983. [2] Hal Ehwal Pelajar, UTM, Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Persatuan dan Kelab Pelajar UTM Tahun 21,23,2 2. [3] Rekod Keputusan Akademik Pelajar 2, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM.