NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 1/7 DAN KAUNSELING Disediakan oleh Diluluskan oleh Nama TENGKU ADLI B. RAJA OMAR Nama DATO MISRAH BIN HJ. IBRAHIM Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH Jawatan PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Tarikh 15 FEBRUARI 2008 Tarikh 15 FEBRUARI 2008 SALINAN TERKAWAL Dokumen ini ialah salinan digital dan tidak memerlukan tandatangan - Jawatankuasa Dokumentasi Induk
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 2/7 1.0 OBJEKTIF Prosedur ini bertujuan memastikan Program Pengembangan dan Khidmat Kaunseling serta Program Tutorial Peribadi untuk pelajar Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Kursus Persediaan dirancangkan dan dilaksanakan sepanjang tempoh pelajar berkursus mengikut kaedah seperti yang ditetapkan di bawah prosedur ini. 2.0 SKOP Prosedur ini disediakan untuk memastikan program Tutorial Peribadi serta pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat membimbing pelajar bagi menyelesaikan masalah pembelajaran dan peribadi mereka. 3.0 DOKUMEN RUJUKAN 3.1 Manual Kualiti MK-PPK-BPG-01 3.2 Buku Panduan Perkhidmatan Kaunseling oleh JPA 3.3 Buku Panduan Program Tutorial (peribadi) IPG 3.4 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) 3.5 Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah - KPM 1993 3.6 Buku Perancangan Tahunan terkini
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 3/7 4.0 DEFINISI 4.1 Istilah 4.1.1 Jawatankuasa Kerja Unit Pengembangan & Khidmat Kaunseling Jawatankuasa yang dibentuk oleh KJ HEP dianggotai oleh Ketua Unit Pengembangan & Khidmat Kaunseling (UPKK), Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling, Penyelaras Tutorial dan Tutor. 4.1.2 Program Pengembangan & Khidmat Kaunseling Program ini memberikan peluang kepada pelajar menambahkan dan meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka sebagai bakal guru. Program ini merangkumi aktiviti yang dirancangkan oleh BPG dan institut perguruan seperti kursus motivasi, aktiviti simulasi kumpulan, Kursus Biro Tatanegara, Program Pelayaran Tunas Samudera dan Aktiviti Kepemimpinan. 4.1.3 Tutorial Peribadi Program yang dirancangkan sepanjang tahun untuk pelajar agar mereka dapat berkongsi maklumat, kemahiran dan pengalaman di bawah bimbingan tutor masing-masing. 4.1.4 Pensyarah Bimbingan atau Kaunselor Pensyarah yang ada kelulusan ataupun latar belakang dan pengalaman sebagai pembimbing yang dilantik oleh Pengarah IPG untuk memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar.
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 4/7 4.1.5 Tutor Tutor ialah pensyarah yang dilantik oleh Pengarah IPG yang berperanan sebagai penasihat dan pembimbing pelajar semasa menuntut di IPG. 4.2 Singkatan B & K Bimbingan dan Kaunseling BPG IPG KDPM KPLI KJ HEP KU P & KK MPPP P PISMP TP Bahagian Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru Kursus Diploma Perguruan Malaysia Kursus Perguruan Lepas Ijazah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Ketua Unit Pengembangan dan Khidmat Kaunseling Majlis Profesional, Pentadbiran dan Pengurusan Pengarah IPG Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Timbalan Pengarah IPG
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 5/7 5.0 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Tanggungjawab Tindakan PROGRAM PENGEMBANGAN KHIDMAT KAUNSELING Pengarah IPG 1. Melantik Ketua Unit Pergembangan dan Khidmat Kaunseling, Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling, Penyelaras Tutorial dan Tutor (LAM-PT23-01) menganggotai JKK UPPK. (Pelantikan Tutor dibuat dengan menggunakan borang LAM PT-07-06 ) AJK Kerja 2. Menyediakan senarai aktiviti tahunan Unit Pengembangan dan Khidmat Kaunseling. KJ HEP 3. Mencadangkan program dan aktiviti tahunan Unit Pengembangan dan Khidmat Kaunseling dimasukkan dalam Takwim Institut semasa Mesyuarat MPPP dan mengisi borang LAM-PT23-03. Pengarah IPG 4. Meluluskan program/ aktiviti tahunan Unit Pegembangan dan Khidmat Kaunseling dalam mesyuarat MPPP. KU P & KK AJK Kursus/Latihan KU P & KK 5. Mengadakan mesyuarat bersama AJK Kerja bagi membincangkan pelaksanaan program yang telah diluluskan oleh pengarah mengikut Takwim Tahunan IPG. 6. Memantau keberkesanan kursus / latihan yang telah dijalankan (Rujuki LAM-PT23-06). AJK B & K 7. Melengkapkan bilik kaunseling untuk memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar. 8. Menyediakan dan mempamerkan jadual bertugas pensyarah B & K. 9. Menerima nama dan maklumat pelajar yang bermasalah daripada Jabatan HEP untuk diberi perkhidmatan (LAM-PT23-05).
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 6/7 Tanggungjawab KU P & KK AJK B & K / KU UPKK Tindakan 10. Memantau keberkesanan pengurusan bimbingan dan kaunseling daripada persepsi pelajar, KJ HEP / KU B & K (LAM-PT23-07 (a), LAM-PT-07-(b), LAM-PT23-08 (a) DAN LAM-PT-08(b). 11. Membuat rujukan terhadap pihak luar bagi kes-kes tertentu. Penyelaras Tutorial 12. Mempamerkan nama tutor dan tutee pada papan kenyataan HEP. 13. Memantau untuk memastikan pelaksanaan aktiviti tutorial berjalan mengikut perancangan dan memaklumi KUP & KK jika terdapat kes atau masalah yang melibatkan jadual setiap minggu. 14. Menyemak dan memastikan borang LAM-PT23-04 disempurnakan oleh tutor. 15. Memantau keberkesanan program dan aktiviti tutorial menggunakan borang LAM-PT23-06 dan melaporkannya kepada KU P & KK. 16. Melaporkan nama pelajar yang perlu diberi khidmat kaunseling. (Borang LAM-PT23-05). Tutor 17. Mengendalikan sesi tutorial peribadi mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak institut. 18. Merekodkan setiap sesi tutorial yang dijalankan dalam borang laporan perjumpaan tutorial sebanyak dua salinan (LAM-PT23-04), satu salinan dihantar kepada Jabatan HEP dan salinan kedua disimpan oleh tutor. KJ HEP/KU P&KK 19. Membentangkan laporan dan analisis penilaian keberkesanan Program P&KK dan Program Tutorial Peribadi dalam mesyuarat MPPP dan menghantar laporan tersebut kepada Unit HEP BPG.
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 7/7 6.0 REKOD KUALITI Bil. Rekod Lokasi Tempoh Disimpan Lampiran 1. Surat Lantikan JKK Unit Perkembangan dan Khidmat Kaunseling 2. Rekod Laporan Pelaksanaan Aktiviti 3. Rekod Laporan Perjumpaan Tutorial Peribadi 4. Buku Atur Cara Program Unit P & KK 5. Slip Kebenaran Meninggalkan Kelas HEP 5 tahun LAM-PT23-01 HEP 5 tahun LAM-PT23-03 HEP 5 tahun LAM-PT23-04 HEP 5 tahun - HEP 5 tahun - 6. Buku Rekod Sesi Kaunseling HEP 5 tahun - 7. Surat Pelantikan Kaunselor dan AJK Unit Pengembangan & Khidmat Kaunseling 8. Surat pelantikan penyelaras tutorial 9. Borang rujukan khidmat kaunseling 10. Borang keberkesanan kursus dan latihan 11. Borang penilaian Keberkesanan tutorial peribadi dari persepsi pelajar 12. Borang penilaian Keberkesanan tutorial peribadi dari persepsi KJ HEP/KU B&K HEP 5 tahun - HEP 5 tahun LAM-PT23-02 HEP 5 tahun LAM-PT23-05 HEP 5 tahun LAM-PT23-06 HEP 5 tahun LAM-PT23-07 HEP 5 tahun LAM-PT23-08