BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

dokumen-dokumen yang mirip
BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

LAPORAN PENYELIDIKAN

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

ARAHAN: ( )

BAB KELIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. kebanyakan kesilapan yang dilakukan responden adalah dalam bentuk membezakan

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

Model Pengurusan Strategik

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

KAEDAH KUMPULAN KECIL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

SK (2) TAMAN KERAMAT

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

3756/1 PRINSIP AKAUN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

LAPORAN INOVASI INOVASI : FLIP NOTE

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Transkripsi:

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA 4.0. Pendahuluan Dalam pungutan data yang di ambil penulis mendapati ramai pelajar yang dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Penulis juga mendapati responden mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza dan keputusan peperiksaan peringkat menengah ( PMR ) yang tidak sama. Hasil pemerhatian penulis, faktor persekitaran dan disiplin pembelajaran telah menyebabkan sebahagian besar responden dapat menjawab soalan penulis dengan betul. 4.1. Perbincangan data yang terkumpul Setelah diteliti dan dianalisis data-data yang terkumpul, penulis akan menghuraikan dapatan kajian ini mengikut apa yang telah disusun dalam soalan yang telah pun diajukan kepada responden. Setiap pembahagian soalan yang ditanya kepada responden akan dibincangkan mengikut ilmu pengetahuan dan pengalaman penulis semasa berkhidmat di SMU ( A ) di bawah Yayasan Islam Kelantan selama hampir enam tahun. 4.1.1. Pengaruh jantina dan latarbelakang terhadap kajian. Keputusan pungutan data ini dianggap baik kerana jumlah responden wanita mengatasi lelaki iaitu seramai 10 responden menyamai 20 %. Rata-rata realiti masyarakat yang ada dewasa ini menunjukkan kaum Hawa lebih baik dari kaum Adam. 86

Ramai kaum Hawa berada di Universiti dan kaum Adam berada di Pusat Serenti. Ini terbukti bila kita merujuk kepada jadual bilangan penagih mengikut peratus jantina dan kaum, 1970-1989 ( Jun ) ( Wan Azmi Bin Ramli 1998, Petaka Abad Ke-21 ). Peratus bilangan penagih wanita sepanjang tempoh kajian tak pernah melebihi 4 %. Latar belakang keputusan peperiksaan lepas juga mempengaruhi keputusan kajian ini. Sebagai contoh peperiksaan PMR, seramai 20 responden daripada 50 responden telah mendapat pangkat yang cemerlang dan baik iaitu A dan B ( rujuk jadual 3.3 ). Ini bermakna hampir separuh responden yang di buat kajian adalah yang terbaik. 4.1.2. Pengaruh minat terhadap kajian Namun begitu jika dirujuk kepada soalan satu bahagian C, pada pandangan penulis sepatutnya semua responden akan menjawab dengan betul. Kesilapan ini berlaku kemungkinan ada responden yang kurang memberi perhatian kepada apa yang diberitahu oleh guru atau mereka merasakan itu tidak penting untuk diingati, sedangkan itu adalah satu perkara pokok dan pengenalan asas kepada tajuk KK. Bila dilihat kepada jadual 3.4 ada seramai 14 daripada 50 responden yang menyatakan kurang berminat dan sangat kurang berminat untuk menjadi ahli persatuan bahasa Arab. Ini adalah satu fenomena yang kurang memuaskan berlaku pada pelajar di sekolah agama dan Arab. Pengalaman penulis semasa berada di sekolah menengah agama Arab di Kelantan sepanjang berkhidmat selama hampir enam tahun, semua pelajar adalah secara automatik (langsung) menjadi ahli persatuan bahasa Arab apabila mereka mendaftarkan diri mereka di sekolah itu. Ini secara tidak langsung boleh 87

menggalakkan pelajar-pelajar untuk mengenali dan seterusnya menanam minat untuk menjadi ahli persatuan bahasa Arab yang lebih aktif dan efektif. Apa yang di lakukan oleh Sekolah Menengah Agama Arab di Kelantan patut di contohi agar pelajar lebih menyedari kepentingan menguasai bahasa Arab melalui persatuan bahasa Arab. Melalui jadual 3.5 penulis berpandangan ada segelintir responden yang kurang berminat sama ada kepada pelajaran bahasa Arab atau guru bahasa Arab itu sendiri. Ada seramai 6 responden yang kurang berminat untuk meneruskan pelajaran. Masalah ini kemungkinan berlaku disebabkan sikap responden itu sendiri atau kaedah pembelajaran yang disediakan oleh guru. Sikap pelajar yang kurang berminat kepada sesuatu perkara itu menyebabkan mereka terkebelakang khususnya dalam konteks bahasa Arab. Menurut Mohd. Yunus Noor ( 1990: 24 ) beliau menyatakan : minat kita juga mempengaruhi kesan pembelajaran.kita akan memahami pelajaran yang diminati lebih cepat jika dibandingkan dengan pelajaran yang tidak diminati". Minat Tidak minat Faham Tidak Faham Perjalanan Masa Rajah 4.1: Minat Mempengaruhi Pelajar Dalam Menguasai Pelajaran. 88

Sumber; ( Mohd Yunus Noor ( 1990 ), Psikologi dan Teknik Belajar Yang Berkesan. Perasaan pelajar juga hendaklah positif dengan apa yang akan dihadapi pada hari tersebut. Mereka tidak boleh meletakkan atau menanam perasaan yang negatif dalam diri. Sebagai contoh, guru A kurang pandai berjenaka jika dibandingkan dengan guru B atau guru B lebih berumur dari guru A dan tidak kurang juga pelajar yang lebih memandangkan kelulusan guru-guru mereka. Ada guru yang lepasan luar negara dan ada guru yang lepasan dalam negeri. Ini semua boleh menimbulkan perasaan tidak tenteram dalam diri pelajar dan lebih serius akan membawa kepada tekanan perasaan yang membawa kepada kegagalan individu pelajar itu sendiri. Sebaliknya jika perasaan itu ditukar dengan perasaan ingin tahu dan bimbang ( ambil perhatian ) dengan apa yang bakal dipelajari sudah tentu ianya akan menghasilkan suasana yang positif. Keadaan yang tenteram atau tenang juga boleh mempengaruhi pembelajaran. Jika keadaan sangat tenteram atau tenang atau tidak terdesak, keinginan belajar mungkin tidak ada, dan jika adapun,kesannya sangat sedikit. Jika kita bimbang atau khuatir, keinginan belajar akan meningkat dan pembelajaran akan menjadi sangat berkesan. Sebaliknya, jika kita terdesak atau panik atau berada dalam keadaaan tegang, kesan pembelajaran akan merosot dan mungkin hilang sama sekali. ( Mohd. Yunus Noor ( 1990: 25 ) Dewasa ini peranan dan fungsi guru telah berubah, guru-guru lebih banyak bertindak sebagai fasilitator ( pemudah cara ) dan bukannya penceramah yang mana pelajar-pelajar bertindak sebagai pendengar yang setia dan jumud. Peredaran masa dan arus teknologi maklumat yang berkembang dengan pesat telah memaksa pendidik untuk 89

mengubah cara pembelajaran. Seorang guru yang bersifat fasilitator akan menarik minat pelajar untuk belajar seterusnya membawa kepada penguasaan pelajaran tersebut dan kejayaan kepada pelajar itu sendiri. Fasilitator sepertimana yang telah ditakrifkan oleh kamus oxford ( 1980 ) Fasilitator membawa definisi orang yang membantu ataupun memudahkan serta mempromosikan sesuatu.fasilitator biasanya digambarkan sebagai mereka yang membantu dan bukanya yang mengarah pelajar. Fasilitator umpama artis yang bergantung pada daya dan kemampuan kreativiti, inovatif,sensitiviti dan sebagainya. Merujuk kepada jadual 3.6, ada seramai 14 orang responden yang tidak suka atau kurang berminat bila ada guru yang mengajar dalam bahasa Arab. Penulis membuat andaian guru mestilah bersikap sebagai fasilitator untuk menarik minat pelajar-pelajar. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid ( 2004 : 163,164 ) beliau telah menggariskan beberapa ciri yang perlu ada pada seorang fasilitator, antaranya ialah kemahiran. Kemahiran itu merangkumi beberapa aspek : 1. Kemahiran lisan: Kebolehan bercakap dengan berkesan. 2. Kemahiran interpersonal: Kebolehan bekerjasama dengan orang lain. 3. Kepimpinan : Kebolehan memimpin bagi menyempurnakan objektif tanpa mewujudkan permusuhan. 4. Kemahiran mendengar dan mencerap: Kebolehan menganalisis fakta secara simpati dan empati. 5. Kebolehan membaca : Kebolehan membaca dan memahami bahan-bahan kursus. 6. Merancang dan mengatur: Kebolehan merekabentuk perancangan, berkebolehan menetapkan matlamat. 90

7. Kemahiran perantara: Kebolehan mengukuhkan dan mengekalkan kontak mata, pergerakan secara semulajadi dan bertutur menggunakan pelbagai imbuhan. 8. Membuat keputusan : Berkebolehan membuat keputusan dan berdasarkan maklumat sedia ada. 9. Fleksibel : Berkebolehan mengubah perancangan bagi mencapai objektif. 10. Kemahiran analisis : Berkebolehan memahami dan mentafsir maklumat. 11. Menyelesaikan masalah : Berkebolehan mengendalikan masalah-masalah yang tidak dijangka secara membina. 12. Maklum balas : Berkebolehan membangunkan dan memotivasikan maklum balas. 13. Menguruskan pelbagai kumpulan : Berkebolehan menguruskan pelbagai tahap umur dan pengetahuan peserta. 14. Sanggup menghadapi risiko : Berkebolehan menghadapi situasi yang tidak di jangka bagi menyempurnakan objektif. 15. Penulisan : Berkebolehan menulis dengan jelas dan ringkas serta padat. Ramai responden yang berminat untuk bercakap bahasa Arab, namun ada juga sebahagian pelajar yang kurang beminat untuk bercakap, sedangkan percakapan satu proses dua hala. Ini menyebabkan proses komunikasi akan gagal dan tidak boleh bertahan lama. Jadual 3.7 membayangkan betapa susah untuk mewujudkan satu kumpulan pelajar yang mempunyai satu pandangan dan sikap positif yang sama terhadap satu-satu perkara. Pada pandangan penulis jadual 3.8 dan 3.9 adalah satu fenomena yang ada pada setiap buah sekolah di Malaysia. Lebih dari separuh responden menyatakan mereka tidak berminat untuk membaca akhbar dan melayari enternet dalam bahasa Arab. Inilah 91

realiti yang patut diubah dengan segera agar kemajuan ICT dapat dimanfaat bersama khususnya pelajar-pelajar sekolah agama. Jadual 3.10, 3.11 dan 3.12 merupakan satu kesimpulan awal yang terhasil akibat dari sikap dan pandangan mereka terhadap isu-isu yang terdapat pada jadual lepas. Kegiatan mereka dalam aspek ko-kurikulum bahasa Arab amat tidak menggalakkan. Hanya 19 responden dari 50 responden yang sangat berminat dan berminat dalam pidato bahasa Arab. 22 sahaja dari 50 responden yang pernah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti bahasa Arab yang lain seperti kuiz, mengarang, syarahan dan lain-lain. Pada pandangan penulis pelbagai faktor boleh menyebabkan perkara ini berlaku, antaranya ialah aktiviti yang kurang menarik, promosi yang kurang, ganjaran yang tidak setimpal atau hebat, kurang kemampuan dan kurangnya kerjasama antara guru dan murid. Jadual 3.13 menunjukkan sebahagian besar pelajar sangat suka dan berminat jika guru-guru menggunakan LCD, Komputer, dan internet dalam P&P mereka. Seorang guru perlu fleksibel iaitu berkebolehan mengubah perancangan dan teknik mengajar bagi mencapai objektif. Kurangnya guru yang berkemahiran dalam bidang ICT dan menggunakannya dalam pengajaran menyebabkan pelajar-pelajar kurang berminat untuk belajar nahu bahasa Arab. Setelah penulis meneliti bidang kerjaya yang dipilih oleh responden dalam jadual 3.14, penulis mendapati lebih dari separuh atau seramai 38 dari 50 responden yang memilih bidang pendidikan dan melanjutkan pelajaran sebagai landasan cita-cita mereka. Namun begitu terdapat juga kerjaya lain yang dipilih oleh responden seperti 92

perniagaan, pentadbiran, politik dan kepimpinan. Harapan penulis agar responden dapat mengiltizamkan pilihan mereka, seterusnya dapat mencapai cita-cita. Jadual 3.15 merupakan satu bukti yang menunjukkan, ramai responden menyedari hakikat kepentingan bahasa Arab pada masa hadapan. Seramai 41 dari 50 responden yang menjawab bahasa Arab penting setelah mereka tamat pengajian. Merujuk kepada jadual 3.16, aspek yang paling susah dikuasai oleh pelajar tertumpu pada nahu ( tatabahasa ). Rata-rata pelajar mendapat pencapaian yang rendah bahkan gagal dalam subjek nahu tetapi lulus dan kadang-kadang cemerlang dalam subjek yang lain seperti karangan bahasa Arab ( insya' ), balaghah, sajak ( nusus ) dan lain-lain. Ini mungkin berpunca dari sikap pelajar itu sendiri yang telah pun menanam kefahaman dalam diri mereka bahawa subjek nahu adalah subjek yang paling susah dan seterusnya menghilangkan minat ( tumpuan ) mereka untuk mempelajari dan mendalaminya. Ini di buktikan lagi dengan bilangan pelajar yang mengikuti atau melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi. 4.1.3. Perbincangan soalan Setelah penulis meneliti daripada 50 soalan yang dikemukakan mengenai KK, satu jadual jumlah responden yang menjawab betul pada sesuatu soalan dibina dengan mengikut kategori. 93

Jadual ( 4.1 ) : Jumlah Responden Yang Menjawab Betul Mengikut Soalan. ( Kategori 1 ) Nombor Soalan Jumlah Responden Yang Menjawab Betul 1 31 2 20 3 25 4 23 5 19 6 29 7 26 8 34 9 35 10 11 11 29 12 26 Kategori 1 ialah soalan-soalan yang menguji pengetahuan responden dari sudut bilangan tunggal, duaan ( ) dan jama' serta dari sudut gender dan juga dari sudut masa ( lepas. kini dan depan ) Merujuk kepada jadual ini lebih satu pertiga pelajar tidak dapat menjawab dengan betul pada setiap soalan. Ini bermakna pelajar-pelajar lemah dalam menggunakan kata kerja apabila bersambung dengan wau jama: ah, alif ithnain dan nun niswah. Sebagai contoh, soalan 10 yang mana 39 pelajar telah menjawab salah. Mereka lebih yakin untuk menjawab daripada kerana mereka melihat perkataan sebelumnya adalah muannath ( perempuan ) iaitu. Ramai juga responden telah 94

dapat menjawab soalan 9 dengan betul yang mana jumlahnya lebih separuh daripada jumlah responden sebenar iaitu sebanyak 70 %. Ini menunjukkan responden telah mengingati kaedah KK yang sedia ada dalam diri mereka. Namun begitu ada juga yang menjawab silap. Ini. mungkin disebabkan mereka kurang membuat latihan atau latih tubi di sekolah atau di rumah. Jadual ( 4.2 ) : Jumlah Responden Yang Menjawab Betul Mengikut Soalan. ( Kategori 2 ) Nombor Soalan Jumlah Responden Yang Menjawab Betul 13 10 14 13 15 29 16 24 17 21 18 24 19 10 20 8 21 35 22 15 23 18 24 27 25 16 26 18 27 19 95

Penulis telah membahagikan kategori 2 kepada dua bahagian. Bahagian A ( 13 17 ), soalan yang menguji pengetahuan responden dari sudut pengecaman huruf tambah dalam sesuatu kalimah. Bahagian B ( 18 27 ) pula ialah soalan yang menguji calon mengenai makna KK bila ditambah dengan huruf-huruf tambah. Merujuk kepada jadual ini, secara purata tidak sampai separuh responden dapat menjawab dengan betul pada setiap soalan. Ramai responden keliru untuk memilih jawapan samada huruf yang ditambah itu alif atau hamzah. Sebagai contoh soalan 13, ramai responden yang menjawab B iaitu hamzah sebagai huruf tambah sedangkan jawapan sebenar ialah alif. Pada pemerhatian penulis juga, responden lupa atau kurang menguasai wazan atau pola-pola huruf tambah. Sebagai contoh perkataan atas wazan, jika diperhatikan dari sini jelas kelihatan yang mana satu huruf tambah. Pada bahagian B pula ramai responden yang tidak memahami makna sebenar bila berlaku penambahan huruf. Sebagai contoh soalan 20, hanya 8 responden yang menjawab betul. Penulis beranggapan ramai responden lemah dalam mentafsirkan kalimah yang ditambah huruf-huruf tambah kerana ( saling berperang ) adalah jawapan yang paling tepat untuk soalan 20. Penulis berkeyakinan seandainya responden didedahkan dengan latihan percakapan dan latih tubi kepada soalan-soalan peperiksaan, lebih ramai lagi responden yang akan menjawab dengan betul. Jadual ( 4.3 ) : Jumlah Responden Yang Menjawab Betul 96

Mengikut Soalan. ( Kategori 3 ) Nombor Soalan Jumlah Responden Yang Menjawab Betul 28 17 29 9 30 22 31 24 32 21 33 24 34 33 35 36 36 46 37 43 38 45 Kategori 3 penulis telah membahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian A ( 28-30 ), soalan yang menguji pengetahuan responden dari sudut wazan KK yang mempunyai huruf illah, bahagian B ( 31-35 ) ialah soalan yang menguji calon tentang istilah KK yang mempunyai huruf illah. Bahagian C pula ( 36 38 ) responden diuji dengan pembahagian KK sahih yang mengandungi hamzah atau tidak dan juga tad i:f. Pada bahagian A, kebanyakan responden lupa kepada pengecualian yang ada dalam topik ini. Apa yang penulis sebut pada bab pertama ( muka surat 3 ) memang betul berlaku. Kaedah-kaedah yang yang terdapat dalam KK dan pengecualian dari kaedah itu sendiri, menyebabkan kaedah yang asal mengelirukan pelajar ( intralingual problem ). Contohnya soalan 29, hanya 9 responden sahaja yang menjawab betul. Perkataan atas wazan, bukannya. 97

Pada bahagian B pula, ramai responden yang tidak ingat atau keliru kepada istilah-istilah yang ada dalam KK mu tal. Sebagai contoh, soalan 31 hanya 24 responden yang menjawab betul berbanding yang menjawab salah 26 responden. Mereka lupa kepada istilah KK bila huruf illah berada di awal atau di tengah atau di akhir kalimah dan apabila dua huruf illah berada dalam satu kalimah samada berturutturut atau berpisah. Pada bahagian C, penulis dapati masih ada lagi responden yang memberi jawapan yang silap. Walaupun bilangannya kecil tetapi ia adalah satu kesilapan yang tak sepatutnya berlaku. Soalan 37, ada 7 responden yang menjawab silap. Ini menunjukkan sebahagian kecil pelajar lupa atau kurang faham istilah itu sendiri serta kurang mengulangkaji pelajaran. Daripada pengamatan penulis dalam kategori ini responden perlu memberi perhatian apa yang diajar oleh guru semasa di dalam kelas dan melakukan kerja rumah sepertimana yang diarahkan oleh pihak guru. Jadual ( 4.4 ) : Jumlah Responden Yang Menjawab Betul Mengikut Soalan. ( Kategori 4 ) 98

Nombor Soalan Jumlah Responden Yang Menjawab Betul 39 24 40 37 41 36 42 26 43 25 44 34 45 23 46 21 47 23 48 33 49 20 50 38 Penulis telah membahagikan Kategori 4 kepada 2 bahagian. Bahagian A ( 39-44 ), soalan ini menguji pengetahuan responden dari sudut makna KK itu sendiri samada memerlukan objek atau tidak. Bahagian B ( 45 50 ) pula ialah soalan yang menguji pengetahuan calon dari sudut makna KK tetapi KK tersebut berada dalam ayat yang lengkap ( sempurna ) berbeza dengan bahagian A KK tidak berada dalam ayat yang lengkap. Di bahagian A penulis dapati soalan 26 adalah yang paling sedikit dapat dijawab dengan betul. Hanya 25 responden sahaja yang menjawab betul. Ini menunjukkan kekurangan pengetahuan perbendaharaan kata menyebabkan responden tidak mampu untuk memberi jawapan yang betul seterusnya untuk bertutur dengan betul dari sudut nahu Arab. Begitu juga dengan soalan-soalan lain dalam bahagian ini. 99

Di bahagian B pula jumlah calon yang paling sedikit menjawab dengan betul ialah soalan nombor 49. Responden menganggap objek yang dimaksudkan itu boleh nampak dengan mata kasar seperti kalimah ( buku ) dan ( tetamu-tetamu ) (rujuk soalan 47 dan 48). Mereka lupa kalimah ( kebenaran ) juga adalah objek ( dari sudut nahu ) walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kurang bertanya atau malu serta takut untuk melontarkan soalan kepada guru adalah punca kepada kesilapan yang berlaku. 4.2. Penutup Selepas mengamati kemampuan responden menjawab soalan yang diberikan, penulis dapati beberapa perubahan perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam mempelajari bahasa Arab. Rajin bertanya, tidak malu dan segan untuk bercakap dengan kawan sebagai praktikal ( ulangkaji tidak langsung ) dan selalu membaca buku atau majalah dalam bahasa Arab akan dapat menambah pengetahuan seorang pelajar. 100