BAB 1 PENGENALAN. Kemasukan leksis dari satu bahasa ke dalam bahasa lain menyebabkan berlakunya

dokumen-dokumen yang mirip
Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan

BAB 1 PENGENALAN. pembentukan kata dalam akhbar harian bahasa Tamil. Seterusnya, pernyataan masalah,

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini menghuraikan kaedah pengumpulan data serta cara penganalisisan data yang

BAB 1 PENGENALAN. Menurut Sapir, E. (1921), bahasa merupakan seni kolektif terbesar yang diketahui oleh

PEMINDAHAN LEKSIS BAHASA INGGERIS DALAM CERPEN TAMIL JAYANTHI A/P PALANANDY FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERISITI MALAYA KUALA LUMPUR

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

Bab 6: Kurikulum di Malaysia. Hasil Pembelajaran

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. segi proses-proses pembentukan kata dan item leksikal (KIL) berserta beberapa

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU MODEN (Soalan Sebenar STPM: )

PROJEK WARGA: KERJA SOSIAL YANG DIPERTANDINGKAN. Noor Azam bin Abdul Rahman, Mohd Azmir bin Mohd Nizah, Mohd Ariff Ahmad Tarmizi, Mohd Zin Mokhtar.

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PERBANDINGAN PENCAPAIAN PEMBELAJARAN BAHASA TAMIL DI DALAM KELAS BIASA DAN KELAS POL

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN. Perakuan Keaslian Penulisan. Abstract Penghargaan Kandungan Singkatan Panduan Sebutan Senarai Jadual. 1.1 Pengenalan 1

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

PERPADUAN ETNIK MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU. Siti Norayu Mohd Basir

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

D.R. 35/95 RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1995

SOALAN DAN MAKLUMBALAS BERKAITAN PELAKSANAAN MPU

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

ýii _5 ý ýs ýý ý ýý KAJIAN PENGESANAN GRADUAN UNIMAS 2006 LAPORAN KAJIAN Disediakan Oleh : Pusat Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

MAJLIS PERMAUFAKATAN KESATUAN DAN PERSATUAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN BTPE

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

Oleh. Nurnee Bukehmatee Idris Mohd Radzi Abu Hassan Abdul Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris

Lampiran I ம ணவர வ பரப ப வம 1. : 2. : 3. / 4. : 5. : : 6... (UPSR) : A B C D E 7. : : ( ) 8. :

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

10 JUN Y.B. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG minta PERDANA MENTERI menyatakan:

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Transkripsi:

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Kemasukan leksis dari satu bahasa ke dalam bahasa lain menyebabkan berlakunya perubahan bahasa (Thomason, Sarah, G. (2000). Perubahan bahasa ini, pada kebiasaannya berlaku apabila wujudnya pertembungan bahasa (Heah, 1989). Perubahan ini boleh berlaku dalam semua aspek bahasa, termasuk sebutan, kata dan struktur ayat. Perubahan dalam setiap aspek ini berlaku pada kadar yang berlainan. Perubahan yang berlaku pada bahasa boleh dikatakan berlaku dalam bentuk pertambahan atau pengurangan (Fromkin, 2007:474). Pada kebiasaannya leksis baru yang terhasil dalam sesuatu bahasa memperlihatkan unsur-unsur istimewa yang terdapat pada zaman itu (Thomason, Sarah G. (2000). Leksis baru digunakan untuk memperkenalkan benda baru dan konsep baru yang tercipta atau terhasil dalam masyarakat (Weinreich, 1967). 1.1 Latar Belakang Kajian 1.1.1 Masyarakat Tamil di Malaysia dalam Situasi Multilingual Pedagang-pedagang Tamil dipercayai telah melawat Tanah Melayu sejak kira-kira 2000 tahun dahulu (Azizi, 1983). Terdapat bukti-bukti penempatan awal orangorang India di Tanah Melayu sejak abad ke-4 di sepanjang muara Sungai Bujang, Sungai Merbok dan Kuala Muda (Arasaratnam, 1970:3). Kebanyakan orang India yang tinggal di kawasan ini adalah para pedagang yang datang dari India Selatan yang telah menetap di muara-muara sungai sementara menunggu peralihan angin 1

monsun supaya mereka dapat belayar pulang ke India setelah siap berdagang. Selain itu, terdapat juga penempatan masyarakat Tamil di Melaka sejak abad ke-15. Penempatan tersebut dikenali sebagai Tanjung Kling. Orang Tamil yang tinggal di Kampung Kling bekerja sebagai pegawai istana, guru, pedagang dan tukang (Arasaratnam, 1970:8). Kedatangan orang-orang India sebagai buruh bermula sejak tahun 1786 setelah pembukaan Pulau Pinang oleh Sir Francis Light. Ramai antara mereka dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang tebu, kopi, dan kelapa di Pulau Pinang dan Seberang Prai serta menjadi pembantu-pembantu domestik. Penjajah British memerlukan pekerja yang sanggup bekerja keras dengan upah yang sedikit. Pada pandangan mereka buruh dari India, khususnya yang berasal dari India Selatan adalah orang yang paling sesuai untuk memenuhi kehendak mereka (Murasu Nedumaran 1997:54). Menurut Azizi (1983:143), menjelang tahun 1870 bilangan orang Tamil di Tanah Melayu (hampir kesemuanya terdiri daripada kaum buruh India Selatan) melebihi 30,000 orang. Masyarakat India yang berhijrah atau yang dibawa masuk ke Malaya dari India pada kebiasaannya tinggal di sini buat sementara waktu iaitu akan pulang ke India setelah mengumpulkan wang yang secukupnya. Niat sedemikian telah mendorong mereka untuk sanggup bekerja di kawasan-kawasan terpencil yang baru dibuka untuk penanaman kopi, getah dan tebu (Kulandasamy 1989/90:20). Tetapi sebilangan besar daripada mereka telah membuat keputusan untuk tidak pulang ke negara asal mereka. 2

Selepas Perang Dunia Kedua masyarakat Tamil mula menetap di Tanah Melayu. Peratus orang India yang dilahirkan di Tanah Melayu pada tahun 1957 telah meningkat ke 62.1%. Pada tahun yang sama (1957) bilangan masyarakat Tamil di Tanah Melayu ialah 685,985 orang dan ini merupakan 11.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu (Arasaratnam, 1970:16). Jadual 1.1: Penduduk di Semenanjung Malaysia dari 1957 hingga 2010 Kaum 2010 2006 1996 1987 1970 1957 Bumiputera 18,362,825 (65%) 16,451,820 (63%) 9,757,095 (59.2%) 7,823,204 (57.3%) 4,695,916 (53.3%) 3,064,014 (48.8%) Cina 7,345,130 (26%) 6,789,640 (26%) 4,746,695 (28.8%) 4,382,633 (32.1%) 3,118,863 (35.4%) 2,447,096 (38.2%) India 2,005,786 (7.1%) 2,089,120 (8%) 1,532,787 (9.3%) 1,365,306 (10.0%) 933,897 (10.6%) 685,985 (11.1%) Lain-lain 536,759 (1.9%) 783,420 (3%) 445,002 (2.7%) 81,918 (0.6%) 61,672 (0.7%) 81,623 (1.3%) Jumlah 28,250,500 26,114,000 16,481579 13,653,061 8,810,348 6,278,718 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia Jadual populasi di atas menunjukkan bahawa Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2010), sebanyak 7.1% peratus daripada jumlah populasi di Malaysia ialah masyarakat India 2,005,786. Walalupun terdapat etnik-etnik yang terdiri daripada golongan bukan Tamil seperti Telugu dan Malayalee dalam golongan masyarakat India, tetapi kebanyakan daripada mereka dapat bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Tamil. Jadual di atas menunjukkan kaum India merupakan golongan etnik yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia. Situasi kehidupan pelbagai kaum ini di Malaysia telah menyebabkan wujudnya pelbagai situasi bahasa (multilingual). 3

1.1.2 Kedudukan Bahasa Tamil dalam Perlembagaan Malaysia Bahasa Tamil menjadi bahasa pertuturan dan tulisan sejak 2513 tahun dahulu (Kaliaperumal: 1997:69). Menurut Kothandaraman, Pon. (2001:4), bahasa Tamil mempunyai khazanah tatabahasa yang terunggul. Di Malaysia penggunaan bahasa Tamil adalah meluas dalam kalangan masyarakat India dan juga merupakan salah satu bahasa yang kedua di Malaysia selain bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Rakyat Malaysia berpeluang mempelajari bahasa Tamil tanpa halangan. Di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, walaupun perkara 152 menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu, tetapi dalam perkara 152 (1a dan 1b) menyatakan bahawa: tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak kerajaan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan (Perlembagaan Persekutuan Malaysia) Perkara ini memberi peluang kepada kaum India dan Cina untuk terus mempelajari bahasa ibunda mereka. Oleh itu kerajaan telah membenarkan kewujudan sekolahsekolah rendah yang menggunakan bahasa Tamil dan Cina sebagai bahasa pengantar. Dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia, perkara 152 (Fasal 2), telah memperlihatkan keutamaan diberikan juga kepada bahasa Inggeris. Hal ini jelas seperti berikut: 4

Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain (Perlembagaan Persekutuan Malaysia) Secara tidak langsung fasal ini menjelaskan bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa yang kedua penting selepas bahasa Melayu. Dengan ini, rakyat berpeluang untuk mempelajari dan menggunakan bahasa Inggeris dalam segala urusan rasmi dalam situasi multilingual. Hal ini juga terbukti dalam Sistem Pendidikan Malaysia, yang mana mulai tahun 2003 mata pelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris. Hal ini menunjukan bahawa bahasa Inggeris adalah yang kedua penting selepas bahasa Melayu. Hal ini juga telah menyebabkan peningkatan kadar peminjaman kata Inggeris ke dalam bahasa Tamil dalam kalangan para pendidik Tamil dan murid-murid sekolah Tamil. Penggunaan bahasa Inggeris juga telah menjadi lebih luas dalam sektor swasta berbanding dengan bahasa Melayu. Oleh itu, dalam keadaan pelbagai bahasa, pinjam-meminjam sesuatu unsur bahasa ke dalam satu bahasa yang sudah pasti berlaku. Dalam pada itu, bahasa Tamil menjadi bahasa penghantar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Bahasa Tamil juga diajar sebagai mata pelajaran tambahan di sekolah menengah. Pelajar juga diberi peluang untuk mengikuti pengajian bahasa Tamil di Universiti. 1.2 Bahasa Tamil dalam berbagai-bagai Bidang Di Malaysia bahasa Tamil digunakan dalam berbagai-bagai bidang seperti pendidikan, media, keagamaan dan kebudayaan. 5

1.2.1 Bahasa Tamil dalam Sistem Pendidikan di Malaysia Pada mulanya masyarakat Tamil yang dibawa masuk ke tanah-tanah jajahan British dan Perancis tidak diberi peluang untuk menerima pendidikan formal. Pada tahun 1905, pentadbir British telah membuat keputusan untuk memberikan pendidikan Tamil kepada anak-anak pekerja India sebagai ganjaran untuk menarik pekerjapekerja India Selatan yang baru dan untuk mengekalkan pekerja-pekerja India yang sedia ada di Tanah Melayu (Kulandasamy 1989/90:22). Pendidikan Tamil di Tanah Melayu mendapat nafas baru dan perkembangan pesat selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun tanggal 31 Ogos tahun 1957. Laporan Razak yang telah dilaksanakan pada tahun 1957 telah menggabungkan semua sekolah vernakular yang terdapat di Tanah Melayu pada masa itu di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan. Dengan ini wujudlah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di Malaysia. Malahan Laporan Razak juga membuka peluang kepada sekolah-sekolah Tamil di Malaysia untuk mendapat peruntukan kewangan daripada kerjaan. Dengan ini, pendidikan Tamil mendapat satu status dalam sistem pendidikan Malaysia. Pada masa kini terdapat sebanyak 523 sekolah Rendah Kebangsaan Tamil di Malaysia (Kementerian Pendidikan, 2010). Kurikulum Sekolah Tamil di Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan dari semasa ke semasa sejajar dengan kemajuan dan keperluan negara. Walaupun bahasa Tamil tidak mendapat status yang sama tinggi seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, seperti mana termaktub dalam perlembagaan, tetapi telah mendapat nafas baru dengan terlaksananya Laporan Razak yang mana bahasa Tamil dijadikan sebagai bahasa pengantar di SJK Tamil sejak tahun 1957. 6

Berdasarkan cadangan laporan ini, bahasa Tamil juga diajar sebagai mata pelajaran pilihan kepada murid-murid di sekolah menengah di Malaysia. Ekoran daripada laporan ini, sistem pendidikan kebangsaan telah menawarkan bahasa Tamil sebagai mata pelajaran dalam peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pelajar India dibenarkan mempelajari bahasa Tamil sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah, jika terdapat permintaan daripada sekurangkurangnya 15 orang ibu bapa untuk membuka kelas bahasa Tamil. Perkara ini terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952. Maka, tanpa kewujudan Laporan Razak 1957, tidak mungkin bahasa Tamil mendapat status yang sama tinggi dengan bahasa-bahasa seperti bahasa Cina dalam sistem pendidikan negara kita. Tujuh buah Institusi Pendidikan Guru (IPG) di negara ini menawarkan Kursus Diploma Perguruan Khas bahasa Tamil, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Sarjana Muda Pendidikan Tamil. Selain itu, Program Sarjana Muda Pendidikan juga diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bahasa Tamil juga menjadi bidang pengkhususan major dan minor di Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya pada peringkat Sarjana Muda. Selain itu Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya juga menawarkan Program Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Tamil) sejak tahun 1998. Bahasa Tamil juga diajar sebagai bahasa kedua di Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Sabah Malaysia. 7

1.2.2 Bahasa Tamil dalam Media Cetak di Malaysia Masyarakat India, khususnya golongan etnik Tamil, mempunyai peluang untuk meningkatkan penguasaan bahasa Tamil melalui surat khabar dan majalah. Kini tiga buah surat khabar harian bahasa Tamil iaitu Tamil Nesan, Malaysia Nanban dan Makkal Osai diterbitkan di Malaysia. Selain ini, terdapat pelbagai majalah Tamil mingguan dan bulanan dari dalam dan luar negara dalam pasaran. Semua jenis penerbitan media cetak ini telah membantu untuk mengembangkan bahasa Tamil dalam kalangan penutur bahasa Tamil dari peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat dewasa. 1.2.3 Bahasa Tamil dalam Media Elektronik di Malaysia Media elektronik juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan bahasa Tamil. Bidang penyiaran seperti radio dan televisyen Malaysia (RTM) turut memainkan peranan penting dalam usaha mengembangkan bahasa dan budaya masyarakat India, khusus masyarakat India Selatan. Saluran Minnal FM dan THR Raaga adalah dua saluran radio yang menggunakan bahasa Tamil. Saluran televisyen kerajaan iaitu RTM 2 adalah saluran yang menyiarkan rancangan-rancangan tertentu dalam bahasa Tamil. Tidak ketinggalan juga, saluran televisyen swasta seperti TV3, NTV7, dan Astro Vanavil dalam usaha menyiarkan program-program bahasa Tamil. Astro Vanavil pula, menyiarkan program Tamil selama 24 jam sehari dan 75% daripada programnya adalah dari negara India. 8

1.2.4 Bahasa Tamil dalam Bidang Keagamaan dan Kebudayaan di Malaysia Di Malaysia terdapat kuil-kuil yang menggunakan bahasa Tamil, selain bahasa Sanskrit, bagi pengendalian upacara sembahyang. Selain itu, berbagai-bagai aktiviti keagamaan dan kebudayaan diadakan di tempat-tempat ibadat dengan menggunakan bahasa Tamil bagi menggalakkan penglibatan generasi muda. Kesemua aktiviti ini adalah bertujuan bagi menggalakkan generasi muda menggunakan bahasa Tamil serta menghayati kebudayaan India (Saravanan, 1993:151). Persatuan-persatuan seperti Malaysia Hindu Sanggam dan Persatuan Bell Belia Tamil Malaysia turut menganjurkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan perbahasan, kuiz dan nyanyian yang berunsurkan kebudayaan dan keagamaan bagi memotivasikan serta menggalakkan remaja India mencintai dan menggunakan bahasa Tamil. Persatuan Temple Of Fine Arts pula menganjurkan pelbagai aktiviti bercorakan kebudayaan India seperti muzik tradisional, tarian tradisional dan nyanyian klasik Tamil bagi menggalakkan generasi muda menghayati budaya kaum di samping menggunakan bahasa Tamil (Saravanan,1993). 1.2.5 Pemilihan Bahasa dalam Kalangan Masyarakat Tamil Bahasa Tamil merupakan bahasa komunikasi utama yang digunakan oleh masyarakat India di Malaysia. Kadar penggunaan bahasa Tamil adalah sangat tinggi di kawasan luar bandar (Lim Ann Lay, 1997). Menurut Jamalih Mohd. Ali (1995), di bandar, penggunaan bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan penukaran kod bahasa Inggeris ke dalam bahasa Tamil kerap digunakan oleh golongan Tamil berpendidikan Inggeris. Menurut Jamaliah (1995: dalam tesis Lim Ann Lay, 1997), bahasa Inggeris telah menjadi bahasa pertama bagi sesetengah kumpulan etnik India, khasnya di bandar. 9

Menurut P.Balasubramaniam (1989), kebanyakan keluarga India, khasnya di bandar mencampuradukkan banyak perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu semasa berkomunikasi dalam bahasa Tamil. Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam domain kekeluargaan merupakan pengaruh daripada bahasa pengantar yang digunakan di sekolah hingga ke universiti. Hal ini adalah kerana, penggunaan perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam bahasa Tamil melancarkan lagi komunikasi dan pemahaman. Penggunaan kata-kata pinjaman daripada bahasa asing dikatakan lebih berkesan berbanding penggunaan kata-kata bahasa Tamil tulen (Balasubramanim, P.1989). Setelah meneliti pendapat-pendapat pengkaji di atas maka boleh membuat kesimpulan bahawa pada masa kini masyarakat India memang menggunakan bahasa Tamil dalam komunikasi intraetnik. Tetapi bahasa Tamil yang digunakan oleh masyarakat India tidaklah bahasa Tamil yang tulen sebaliknya telah dicampuradukan dengan bahasa-bahasa lain yang dituturkan di Malaysia. 1.3 Pengaruh Bahasa Asing dalam Cerpen Tamil Malaysia Pengaruh peminjaman kata daripada bahasa asing, terutamanya daripada bahasa Inggeris tidak terhenti-henti pada tahap pertuturan sahaja, malah sudah menular sehingga bidang penulisan kreatif bahasa Tamil iaitu dalam penulisan cerpen Tamil tempatan. Daripada penelitian pengkaji didapati para penulis Tamil di Malaysia sangat gemar menggunakan kata-kata asing dalam penulisan kreatif mereka, terutamanya dalam cerpen-cerpen yang mereka hasilkan. Penggunaan bahasa Inggeris dalam penulisan cerpen mungkin bertujuan untuk menimbulkan perasaan situasi sebenar mengenai kehidupan penduduk tempatan dalam hati para pembaca. 10

Kini telah menjadi perkara biasa dalam masyarakat India di Malaysia bertutur menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian mereka. Penulis-penulis cerpen mungkin memilih watak-watak sedemikian dalam penulisan cerpen mereka untuk menghidupkan suasana sebenar dalam penulisan mereka. Walaupun suasana ini mengetengahkan realiti hidup masyarakat India Malaysia, tetapi sesetengah pihak berpendapat ia juga akan mengakibatkan kehilangan ketulenan sesuatu bahasa apabila kata-kata asing banyak digunakan dalam penulisan kreatif. Oleh yang demikian pengkaji membuat keputusan untuk mengkaji penggunaan leksis Inggeris dalam cerpen-cerpen Tamil yang diterbitkan dalam akhbar Tamil tempatan sebagai sumber data kajian ini. 1.4 Pernyataan Masalah Pemindahan leksis dari satu bahasa ke bahasa lain berlaku dalam situasi multilingual. Ia bukan sahaja berlaku dalam bahasa pertuturan tetapi juga dalam bahasa kesusasteraan sesuatu bahasa dalam situasi multilingual (Haugen, E. 1972). Daripada hasil tinjauan kepustakaan, didapati bahawa sehingga sekarang belum ada kajian dilakukan tentang pinjaman leksis bahasa Inggeris dalam cerpen Tamil. Hanya Maniyarasan, M. (2007) melakukan kajian tentang kata pinjaman bahasa Melayu dalam teks kesusasteraan dengan memfokuskan pada sudut semantiknya. Memandangkan pinjaman leksis bahasa Inggeris berlaku secara ketara dalam cerpencerpen Tamil tempatan, maka penyelidik berhasrat untuk mengkaji penggunaan leksis bahasa Inggeris dalam cerpen Tamil Malaysia. Kajian ini adalah usaha pertama tentang pemindahan leksis bahasa Inggeris dalam kesusasteraan Tamil Malaysia. 11

Sejarah cerpen Tamil di negara kita kini mencapai usia 70 tahun. Dalam jangka masa ini, lebih daripada 100 antologi cerpen Tamil Malaysia telah diterbitkan (Sababathy, V. 2006). Namun demikian sehingga kini belum ada sarjan-sarjana Tamil tempatan yang benar-benar berminat untuk membuat kajian mengenai pemindahan leksis bahasa Inggeris ke dalam cerpen Tamil. Kajian ini akan menjadi perintis bagi kajiankajian akan datang yang dibuat berdasarkan pendekatan ini. 1.5 Objektif Kajian Secara umum, kajian ini bertujuan untuk meninjau pemindahan leksis bahasa Inggeris yang berlaku dalam cerpen Tamil yang diterbitkan dalam akhbar Tamil tempatan. Objektif kajian ini adalah: 1. Untuk mengenal pasti jenis-jenis penggunaan leksis bahasa Inggeris dalam cerpen Tamil. 2. Untuk menentukan kekerapan penggunaan leksis bahasa Inggeris dalam cerpen Tamil. 3. Mendapatkan maklum balas daripada penulis tentang sebab-sebab kecenderungan mereka menggunakan leksis bahasa Inggeris dalam cerpen Tamil. 12

1.6 Soalan Kajian Kajian ini bertujuan mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan berikut: 1. Apakah jenis-jenis leksis bahasa Inggeris yang dipindahkan ke dalam cerpen Tamil yang diterbitkan dalam surat khabar harian di Malaysia? 2. Apakah kekerapan pemindahan leksis bahasa Inggeris ke dalam cerpen Tamil? 3. Apakah faktor-faktor yang mendorong para penulis cerpen Tamil untuk menggunakan leksis Inggeris dalam penulisan mereka? 1.7 Kepentingan Kajian Seperti yang kita ketahui, bahasa bukanlah sesuatu yang statik (Karunakaran, K. 1975). Sejarah membuktikan bahawa setiap bahasa akan mengalami perubahan dari suatu masa ke suatu masa yang lain mengikut peredaran zaman (Thanga Manian. 1983). Setiap bahasa sentiasa berkembang atau berubah mengikut perubahan yang berlaku dalam masyarakat penutur bahasa tersebut dalam arus peredaran masa. Kajian ini amat bermakna kerana ia membantu para pengkaji bahasa Tamil memperoleh maklumat terkini mengenai perkembangan bahasa Tamil dalam karya sastera. Penyelidik berharap hasil kajian ini dapat memberi maklumat baru kepada penulis-penulis cerpen, para pensyarah dan guru mata pelajaran bahasa Tamil. Penulisan cerpen adalah salah satu kemahiran yang ditekankan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Tamil di peringkat Sekolah Menengah dan dinilai dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 13

Kajian linguistik yang sedemikian ini sangat kurang dilakukan di Malaysia. Kajian seumpama ini perlu dilakukan dari masa ke masa untuk meneliti perkembangan yang dialami oleh sesuatu bahasa terutama bahasa Tamil di Malaysia. Penyelidik juga berharap maklumat terkini dalam perkembangan bahasa Tamil dapat memberi sumbangan kepada pihak media cetak dan media elektronik dalam penggunaan leksis bahasa Tamil dan penyelidik tempatan yang berminat untuk menjalankan kajian dalam bidang ini pada masa akan datang. 1.8 Batasan Kajian Kajian ini hanya memberi fokus kepada leksis pinjaman bahasa Inggeris ke dalam karya sastera Tamil, iaitu cerpen-cerpen Tamil tempatan sahaja. Data kajian dikumpul daripada surat khabar harian Tamil iaitu Malaysia Nanban, Makkal Osai dan Tamil Nesan. Sebanyak 93 cerpen dikumpul untuk kajian dalam tempoh masa enam bulan. Setiap minggu pengkaji telah mengumpul semua cerpen yang diterbitkan dalam ketiga-tiga akhbar harian. Aspek yang diteliti adalah jenis-jenis pinjaman leksis, kekerapan penggunaan leksis dan pandangan serta pendapat penulis cerpen tentang sebab-sebab menggunakan leksis pinjaman. 1.9 Definisi Operasional Istilah-istilah Penting Berikut merupakan definisi operasional bagi beberapa istilah penting yang digunakan dalam kajian ini agar kekaburan makna tidak berlaku. 14

1.9.1 Kata Pinjaman Kata yang dipinjam dari bahasa lain disesuaikan dengan kaedah bahasa sendiri (Harimurti, 1982:77). Unsur-unsur yang dipinjam dari satu bahasa ke bahasa lain mungkin leksis-leksis, frasa-frasa, ungkapan-ungkapan dan peribahasa. Dalam proses peminjaman, bahasa penderma tidak perlu memberi kebenaran untuk meminjam darinya. 1.9.2 Pemindahan Leksis Pemindahan leksis berlaku apabila pertemuan bahasa (language contact) berlaku dalam sebuah masyarakat yang bertutur lebih daripada satu bahasa (Thomason, Sarah, G. 2000),). Proses pemindahan leksis dari satu bahasa ke bahasa lain berlaku berdasarkan pada keupayaan persaingan antara bahasa-bahasa. Proses tersebut dikenali sebagai metabolisme bahasa dalam linguistik moden. Lazimnya, pemindahan leksis berlaku bersesuaian dengan keperluan sesebuah masyarakat. 1.10 Kesimpulan Keseluruhan Bab 1 telah membincangkan sedikit sebanyak tentang latar belakang kajian yang meliputi bahasa Tamil dalam pelbagai bidang, pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian serta definisidefinisi operasional. Dengan itu, diharap bab ini dapat memberikan pengenalan yang secukupnya tentang kajian ini. 15