GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

dokumen-dokumen yang mirip
PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN UNIT PERUNDINGAN UNIVERSITI MALAYA ISI KANDUNGAN. Bil Perkara Mukasurat. 1.0 Pemakaian Definisi Perundingan 2. 3.

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

POLISI, PERATURAN DAN PROSEDUR PENYELIDIKAN KONTRAK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PEKELILING PENDAFTAR

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN UNIVERSITI

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1 3. BENTUK PROGRAM SABATIKAL 2-3

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP09

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

PROSEDUR & GARIS PANDUAN PENUBUHAN SYARIKAT TERBITAN DAN SYARIKAT SPIN OFF/ START-UP

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

PERATURAN PEMBAYARAN YANG MEMERLUKAN KEBENARAN KHAS (AP58)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

GARIS PANDUAN DANA PADANAN KOLABORASI

SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

LAPORAN NILAIAN KERJA KAKITANGAN

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

CARTA ALIR PROSEDUR PELETAKAN JAWATAN

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN JAWATAN

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT BENDAHARI

DASAR HARTA INTELEK RAKAN SEKUTU UKM (TAMBAHAN)

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

Garis Panduan Permohonan Mengelola Latihan Akademik oleh Pusat Tanggungjawab (PTj)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Transkripsi:

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH) Page1

Isi Kandungan 1. Tujuan 3 2. Tadbir Urus Geran Penyelidikan 3 2.1 Pendaftaran 3 2.2 Tatacara Pembayaran Honorarium 4 2.3 Implikasi 5 3. Tadbir Urus Khidmat Perundingan 5 3.1 Pendaftaran 5 3.2 Tatacara Bayaran Berkaitan Khidmat Perundingan 6 3.3 Implikasi 7 4. Tadbir Urus Penyelidikan Kontrak (Contract Research) 8 4.1 Pendaftaran 8 4.2 Tanggungjawab Penyelidik 9 4.3 Tatacara Pembayaran Honorarium 10 4.4 Implikasi 10 5. Penamatan Geran Penyelidikan / Khidmat Perundingan 11 5.1 Penamatan Geran Penyelidikan/ Khidmat Perundingan/ Contract Research 11 6. Konflik Kepentingan 12 Page2

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH) 1. TUJUAN Garis Panduan ini disediakan sebagai rujukan menguruskan pendaftaran dan tatacara pembayaran honorarium bagi Geran Penyelidikan, Projek Perundingan dan Geran Penyelidikan Kontrak (Contract Research) di Universiti Malaya. 2. TADBIR URUS GERAN PENYELIDIKAN 2.1 PENDAFTARAN 2.1.1 Setiap geran penyelidikan yang diperolehi oleh mana-mana penyelidik atas kapasiti sebagai staf Universiti Malaya WAJIB diletakkan di bawah tadbir urus IPPP. 2.1.2 Geran yang diperolehi perlu dibuka akaun dalam RGMS (Research Grant Management System) untuk maksud tadbir urus kewangan. 2.1.3 Pihak PTj tidak dibenarkan melaksanakan tadbir urus dana penyelidikan yang diterima oleh staf PTj dari mana-mana sumber yang diperolehi. 2.1.4 Geran Penyelidikan dari agensi kerajaan atau penaja yang disalurkan melalui IPPP akan diurus berdasarkan peraturan dan garis panduan sedia ada. 2.1.5 Bagi geran penyelidikan sumber luar yang tidak disalurkan melalui IPPP iaitu yang diurus secara terus antara penyelidik dengan penaja, prosedur berikut adalah terpakai: (a) Penerima geran perlu memaklumkan penerimaan geran penyelidikan kepada Ketua PTj dengan melengkapkan Borang Permohonan Pembukaan Akaun seperti di Lampiran A. (b) Penerima geran perlu memaklumkan geran penyelidikan yang diterima kepada Penolong Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) beserta dokumen seperti berikut bagi tujuan pembukaan akaun dalam Research Grant Management System (RGMS): (i) (ii) (iii) (iv) Borang Permohonan Pembukaan Akaun Geran Luar Salinan proposal penyelidikan bagi geran yang diterima Salinan Terma Rujukan perbelanjaan geran penyelidikan yang meliputi tarikh keseluruhan projek Maklumat pecahan peruntukan mengikut vot dan jumlah peruntukan yang diterima Page3

(v) Salinan surat tawaran geran penyelidikan daripada agensi terlibat (vi) Salinan surat penerimaan tawaran (vii) Bukti pemindahan peruntukan kepada Universiti Malaya (viii) Perjanjian (MoA/ MoU/ LoA atau yang setaraf) (ix) Dokumen lain yang diperlukan dari semasa ke semasa 2.1.6 Carta Alir Proses Pendaftaran Geran Penyelidikan adalah seperti di Lampiran B. 2.2 TATACARA PEMBAYARAN HONORARIUM 2.2.1 Honorarium merujuk kepada bayaran saguhati atau upah yang dibayar kepada mana-mana pihak untuk menyempurnakan satusatu tugasan/projek yang ditetapkan. Bagi maksud pembayaran honorarium daripada peruntukan geran penyelidikan dan dana perundingan, Universiti telah menerima pakai beberapa garis panduan sebagai satu ketetapan meliputi yang berikut: (a) Guidelines for Postgraduate Research Grant (PPP) Application (b) Garis Panduan Permohonan Bantuan Kecil Penyelidikan (Pindaan 1/2016) (c) Garis Panduan Geran Penyelidikan Universiti Malaya (d) Manual Perolehan Perkhidmatan Perunding Edisi 2011 (Pindaan Kedua), Perbendaharaan Malaysia. (e) Garis Panduan Unit Perundingan Universiti Malaya Edisi 2008 2.2.2 Honorarium dari geran penyelidikan untuk kumpulan profesional merangkumi ketetapan berikut: (a) (b) Mana-mana dana penyelidikan yang telah diperolehi oleh penyelidik tidak dibenarkan untuk digunakan atas manfaat peribadi seperti bayaran honorarium kepada Ketua Penyelidik/Principal Investigator (PI) atau Penyelidik Bersama atau kepada mana-mana Penolong Penyelidik yang telah dilantik melebihi tempoh tiga (3) bulan. Honorarium boleh dibayar kepada staf UM yang tidak terlibat secara langsung sebagai penyelidik dalam projek berkenaan, yang memberi khidmat berdasarkan kepakaran atau kemahirannya. (c) Setiap pembayaran honorarium yang diterima oleh staf UM yang memberi khidmat berdasarkan kepakaran atau kemahirannya, perlu direkodkan dalam penyata saraan penggajian tahunan (Borang EA/EC). Page4

2.2.3 Honorarium dari geran penyelidikan untuk Penolong Penyelidik (Sementara) merangkumi ketetapan berikut: (a) Honorarium tidak boleh dibayar melebihi tiga (3) bulan berturutturut atau tiga (3) kali kepada orang yang sama dalam peruntukan tahun semasa. (b) Bayaran honorarium yang melebihi RM500.00 tidak boleh dibayar secara tuntutan tunai (reimbursement). (c) Ketua Penyelidik hendaklah mengemukakan surat pelantikan sebagai Penolong Penyelidik (Sementara) untuk pembayaran honorarium. (d) Had maksimum pembayaran honorarium Penolong Penyelidik (Sementara) adalah RM3,000.00 sebulan. 2.3 IMPLIKASI Penyelidik yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di Perenggan 2.1 dan 2.2 di atas tidak akan diluluskan sebarang tuntutan pembayaran yang berkaitan dengan geran penyelidikannya termasuk pembayaran honorarium. 3. TADBIR URUS KHIDMAT PERUNDINGAN 3.1 PENDAFTARAN 3.1.1 Setiap Khidmat Perundingan yang diperolehi oleh mana-mana staf pada apa-apa kadar dan bagi apa-apa maksud perundingan, atas kapasiti beliau sebagai staf Universiti atau terikat dan mendapat manfaat dengan perjawatan Universiti atau nama Universiti WAJIB didaftarkan dengan pihak Unit Perundingan Universiti Malaya (UPUM). 3.1.2 Penerima Khidmat Perundingan perlu memaklumkan dan mendapat perakuan Ketua PTj untuk Khidmat Perundingan yang diterima. Perakuan ini melibatkan keperluan untuk melengkapkan Borang Kebenaran Menjalankan Khidmat Perundingan seperti di Lampiran C. 3.1.3 Perunding luar UM juga perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada agensi/majikan masing-masing untuk melaksanakan Khidmat Perundingan dengan UM. Page5

3.1.4 Penerima Khidmat Perundingan perlu menyerahkan kepada Pengarah UPUM borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen seperti berikut: (a) Surat Lantikan daripada penaja; (b) Deraf Perjanjian (jika berkaitan); (c) Borang Kebenaran Menjalankan Khidmat Perundingan. (d) Dokumen yang mengandungi cadangan teknikal dan kewangan kajian; (e) Dokumen lain yang diperlukan oleh UPUM dari semasa ke semasa. 3.1.5 Sebarang Khidmat Perundingan yang tidak didaftarkan dengan UPUM, tidak dianggap sebagai Khidmat Perundingan Universiti yang rasmi dan Universiti tidak akan bertanggungan ke atas apa-apa tuntutan, kerugian, liabiliti dan sebagainya daripada mana-mana pihak. 3.1.6 Khidmat Perundingan untuk staf Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan PPUM yang melibatkan pesakit PPUM atau terdapat keperluan untuk menjalankan ujian klinikal (clinical trial) perlu dirujuk kepada Clinical Investigation Centre (CIC) dan tertakluk kepada peraturan dan garis panduan CIC. 3.1.7 Pihak PTj tidak dibenarkan melaksanakan tadbir urus dana perundingan bagi kerja-khidmat Perundingan yang diterima oleh staf PTj dari mana-mana sumber yang diperolehi. 3.1.8 Carta Alir Proses Pendaftaran Khidmat Perundingan adalah seperti di Lampiran D. 3.2 TATACARA BAYARAN BERKAITAN KHIDMAT PERUNDINGAN 3.2.1 Perunding tidak boleh menerima apa-apa bayaran tambahan berbentuk honorarium kepada diri sendiri atau kepada mana-mana staf yang dinamakan secara bersama untuk satu-satu Khidmat Perundingan selain jumlah yang telah dipersetujui dalam dokumen perjanjian/cadangan kewangan. Pengagihan keuntungan dari projek di akhir tempoh projek boleh dibuat kepada perunding seperti yang telah dipersetujui dengan pihak UPUM (jika ada). 3.2.2 Sekiranya berlaku pertukaran perunding atau apa-apa perkara yang memerlukan pindaan pada perkara di Perenggan 3.2.1 pada bajet Khidmat Perundingan asal yang ditetapkan, ketetapan dalam surat lantikan/kontrak/perjanjian boleh disemak kembali. Keputusan adalah tertakluk kepada perbincangan antara Ketua Projek dan Page6

Pengarah/Timbalan Pengarah UPUM. Kelulusan akhir akan dibuat oleh UPUM. 3.2.3 Pengiraan yuran perundingan bagi projek perundingan kerajaan, adalah berdasarkan Manual Perolehan Perkhidmatan Perunding Edisi 2011 (Pindaan Kedua), Perbendaharaan Malaysia (tertakluk kepada pindaan). Manakala bagi projek dari pihak swasta, pengiraan yuran perundingan adalah berdasarkan persetujuan kedua belah pihak. 3.2.4 Mana-mana perunding yang dilantik secara one-off untuk membantu satu-satu Khidmat Perundingan, boleh dibayar pada kadar yang bersesuaian mengikut kepakaran atas nama yuran khidmat perunding pakar. Kadarnya ditentukan oleh Ketua Projek dengan persetujuan Pengarah UPUM dan akan dinyatakan dalam penyata saraan penggajian tahunan (Borang EA/EC). 3.2.5 Perunding UM adalah tertakluk dan ditentukan bayaran syer UM dan caj yuran UPUM pada kadar seperti jadual di bawah: Jumlah Honorarium Tahun Semasa *Syer Universiti Kadar Diterima Perunding **Caj Yuran UPUM RM50,000 pertama - 100% 10% RM50,000 kedua 25% 75% 10% Honorarium seterusnya 50% 50% 10% Nota: *Syer Universiti adalah tidak termasuk caj yuran perunding yang dikenakan oleh UPUM. ** Caj yuran UPUM daripada kadar yang diterima Perunding 3.2.6 Bayaran honorarium kepada perunding luar (selain staf UM) boleh dibayar kepada penama dan salinan maklumat pembayaran dikemukakan kepada agensi/majikan perunding tersebut. 3.2.7 UPUM adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan jumlah pembayaran perundingan yang diterima oleh setiap staf kepada Jabatan Bendahari untuk direkodkan di dalam penyata saraan penggajian tahunan (Borang EA/EC) sebelum 15 Januari tahun berikutnya. 3.3 IMPLIKASI Penyelidik yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di Perenggan 3.1 dan 3.2 seperti di atas tidak akan dianggap sebagai khidmat perundingan yang tidak berdaftar dengan Universiti sepertimana yang telah dijelaskan pada perkara di Perenggan 3.1.5. Page7

4. TADBIR URUS PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH) 4.1 PENDAFTARAN 4.1.1 Definisi: Penyelidikan Kontrak (Contract Research) merujuk kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dihasilkan melalui kolaborasi dua atau lebih pihak, yang dilaksanakan atas permintaan dan tawaran yang dibayar oleh syarikat, agensi, pihak luar atau penyumbang dana (penaja) daripada Universiti Malaya. Penyelidikan ini dikaitkan dengan objektif tertentu yang biasanya melibatkan penemuan baru dan hasil penyelidikan diserahkan dalam bentuk produk, laporan dan/atau hak harta intelek kepada pihak penaja. Penyelidikan ini lazimnya melibatkan persetujuan bersama yang dimeterai menerusi kontrak dan mungkin melibatkan kawalan kerahsiaan dan penerbitan. 4.1.2 Bagi penyelidikan kontrak yang diterima, prosedur berikut adalah terpakai: (a) (b) (c) (d) Setiap penyelidikan kontrak yang diperolehi oleh mana-mana penyelidik/staf atas kapasiti beliau sebagai staf Universiti atau terikat dan mendapat manfaat dengan perjawatan Universiti atau nama Universiti perlu dimaklumkan kepada pihak IPPP (PPGP). Setiap PTj yang mengetahui atau menerima sebarang dana untuk contract research adalah bertanggungjawab memaklumkan kepada IPPP (PPGP) dengan melengkapkan Borang Permohonan Pembukaan Akaun sepertimana diberikan dalam Lampiran A. Pihak PTj tidak dibenarkan menguruskan dana berkaitan penyelidikan atau perundingan bagi contract research yang diterima oleh staf PTj dari mana-mana sumber pada peringkat PTj masing-masing. Mana-mana kontrak penyelidikan yang ditawarkan kepada Universiti, surat perlantikan Ketua Perunding/Perunding akan dikeluarkan oleh UPUM. (e) Sekiranya terdapat staf UM atau Ketua Penyelidik yang meletak jawatan, ditamatkan atau bersara dari perkhidmatan, adalah menjadi tanggungjawab pihak Pendaftar UM untuk memaklumkan kepada pihak IPPP. Page8

4.2 TANGGUNGJAWAB PENYELIDIK 4.2.1 Penyelidik perlu memastikan bahawa kerja penyelidikan tidak bercanggah dengan peraturan Universiti dan kerajaan. 4.2.2 Ketua Penyelidik (PI) bertanggungjawab menubuhkan kumpulan penyelidikan projek bagi melancarkan pelaksanaan projek penyelidikan kontrak tersebut. Staf daripada agensi-agensi luar boleh dilantik mengikut kesesuaian projek. 4.2.3 Ketua Penyelidik perlu memastikan bahawa penglibatan dalam kerjakerja penyelidikan kontrak tidak akan menjejaskan tanggungjawabnya sebagai staf Universiti dan tidak membebankan rakan-rakan lain di fakulti. 4.2.4 Semua penyelidik yang terlibat mesti menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan mematuhi semua peraturan dan polisi yang digunapakai oleh Universiti Malaya. 4.2.5 Ketua Penyelidik (PI) yang telah berjaya mendapatkan contract research bertanggungjawab untuk mengagihkan projek kepada dua (2) bahagian iaitu: (a) mana-mana jumlah dana yang melibatkan kerja-kerja penyelidikan perlu didaftarkan di IPPP untuk dibuka akaun dalam sistem RGMS. Jumlah ini turut melibatkan pembiayaan gaji dan/atau honorarium kepada Penolong Penyelidik (RA) dan Penolong Penyelidik Siswazah (GRA); (b) mana-mana jumlah dana yang melibatkan bayaran honorarium atau apa-apa bayaran kepada Ketua Penyelidik (PI), Penyelidik Bersama dan mana-mana staf UM dan/atau Penyelidik luar yang menyokong kerja-kerja projek tersebut perlu didaftarkan di bawah UPUM. Bayaran honorarium yang diterima adalah juga tertakluk kepada perkara 3.2.5 dalam garis panduan ini. 4.2.6 Agihan ini hanya dibenarkan sekali sahaja pada peringkat awal penerimaan dana. 4.2.7 Masa penglibatan penyelidik dalam penyelidikan kontrak adalah tertakluk kepada persetujuan pihak pengurusan fakulti dan Universiti. 4.2.8 Carta Alir Proses Pendaftaran Penyelidikan Kontrak (Contract Research) adalah seperti di Lampiran E. Page9

4.3 TANGGUNGJAWAB PEMBAYARAN HONORARIUM 4.3.1 Honorarium dari geran penyelidikan kontrak untuk kumpulan profesional merangkumi ketetapan berikut: (a) (b) Penolong Penyelidik yang telah mendapat kelulusan pelantikan melebihi tempoh 3 bulan tidak layak mendapat bayaran honorarium dari geran penyelidikan yang sama. Honorarium boleh dibayar kepada staf UM yang tidak terlibat secara langsung sebagai penyelidik dalam projek berkenaan, yang memberi khidmat berdasarkan kepakaran atau kemahirannya. 4.3.2 Honorarium dari geran penyelidikan untuk Penolong Penyelidik (sementara) merangkumi ketetapan berikut: (a) (b) (c) (d) Honorarium tidak boleh dibayar melebihi 3 bulan berturut-turut atau 3 kali kepada orang yang sama dalam peruntukan tahun semasa. Bayaran honorarium yang melebihi RM 500.00 tidak boleh dibayar secara tuntutan tunai (reimbursement). Ketua Penyelidik hendaklah mengemukakan surat pelantikan sebagai Penolong Penyelidik (sementara) untuk pembayaran honorarium. Had maksimum pembayaran honorarium Penolong Penyelidik (sementara) adalah RM 3,000.00 sebulan. 4.4 IMPLIKASI Penyelidik yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di Perenggan 4.1 hingga 4.3 di atas tidak akan diluluskan sebarang tuntutan pembayaran yang berkaitan dengan geran penyelidikan contract research termasuk pembayaran honorarium. Page10

5. PENAMATAN GERAN PENYELIDIKAN / KHIDMAT PERUNDINGAN / CONTRACT RESEARCH 5.1 Penamatan Geran Penyelidikan/ Khidmat Perundingan/ Contract Research (a) Penamatan Geran Penyelidikan/ Khidmat Perundingan/ Contract Research sekiranya timbul keperluan, hendaklah dibuat secara bertulis oleh penyelidik melalui Ketua Jabatan/ Dekan PTj dengan menyatakan alasan/ justifikasi kukuh serta memberi notis sekurangkurangnya sebulan sebelum tarikh cadangan tamat kontrak Geran Penyelidikan/ Khidmat Perundingan/ Contract Research untuk pertimbangan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). (b) Perjanjian bagi mana-mana Geran Penyelidikan/ Khidmat Perundingan/ Contract Research yang telah ditandatangan bersama Penaja hendaklah tidak melewatkan atau ditangguhkan tanpa sebarang alasan yang kukuh. Pihak Berkuasa Universiti berhak untuk mengarahkan Penyelidik atau mana-mana Penyelidik untuk memberi tunjuk sebab diatas sebarang kelewatan atau penangguhan bagi mana-mana Geran Penyelidikan/ Khidmat Perundingan/ Contract Research dan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk menamatkan Perjanjian Geran Penyelidikan/ Khidmat Perundingan/ Contract Research. (c) (d) Pihak Berkuasa Universiti berhak meminda syarat ditetapkan seperti dalam Geran Penyelidikan/ Khidmat Perundingan/ Contract Research mengikut ketetapan yang diputuskan oleh pihak Pengurusan Universiti. Sekiranya penamatan Geran Penyelidikan/ Khidmat Perundingan/ Contract Research terpaksa dilaksanakan disebabkan oleh pelanggaran terma-terma yang pada pandangan pihak Universiti disebabkan oleh kelemahan atau kecuaian atau ketidaktanggungjawaban atau kurang cekap atau kurang berusaha, sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada mana-mana penyelidik atau kumpulan penyelidik, pihak Universiti berhak untuk menuntut ganti rugi mengikut jumlah kerugian dan apa-apa kos lain yang ditanggung oleh pihak Universiti sama ada secara pentadbiran atau menurut peruntukan Akta, Perlembagaan, Statut, Kaedah- Kaedah, Peraturan-Peraturan, Pekeliling, Arahan dan sebagainya yang berkuatkuasa di Universiti. Page11

6. KONFLIK KEPENTINGAN 6.1 Penyelidik dan/atau mana-mana kumpulan Penyelidik wajib mendedahkan atau mengisytiharkan sebarang konfik kepentingan dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam Geran Penyelidikan/ Khidmat Perundingan/ Contract Research termasuk (tetapi tidak terhad kepada) sebarang penaja. 6.2 Konflik kepentingan tersebut adalah termasuk mempunyai hak milik kepentingan yang mungkin menjejaskan hasil sesuatu projek Penyelidikan/ Khidmat Perundingan/ Contract Research. 6.3 Setiap Penyelidik atau mana-mana kumpulan penyelidik wajib mematuhi standard dan etika yang tinggi dalam menjalankan sesuatu projek Penyelidikan/ Khidmat Perundingan/ Contract Research. Page12

BORANG PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN LAMPIRAN A No. Akaun BORANG PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN GERAN LUAR Pusat Pengurusan Geran Penyelidikan (PPGP) BUTIR-BUTIR A Nama Ketua Penyelidik: Jabatan : Akademi/Fakulti/Institut/Pusat: No. Tel Pejabat: No. H/P: Email: Sumber peruntukan: Swasta Antarabangsa Agensi Kerajaan Agensi pemberi dana: Dokumen permohonan pembukaan akaun: 1 2 3 4 5 6 7 Salinan proposal penyelidikan bagi geran yang diterima Salinan TOR perbelanjaan geran penyelidikan yang meliputi tarikh keseluruhan projek Maklumat pecahan peruntukan mengikut vot dan jumlah peruntukan yang diterima Salinan surat tawaran geran penyelidikan daripada agensi terlibat Salinan surat penerimaan tawaran Bukti pemindahan peruntukan kepada Universiti Malaya Dokumen perjanjian (MoA/MoU/LoA) Tandatangan: Tarikh: PERAKUAN B Dekan / Pengarah Diperakukan Tidak Diperakukan (ulasan): Tarikh: Tandatangan dan cop: UNTUK KEGUNAAN PPGP C Keputusan: i. ii. Diluluskan. No. projek : Tuan/puan diminta untuk menggunakan Sistem Kewangan RGMS dengan mengakses login ke laman web Portal Universiti Malaya http://portal.um.edu.my/ bagi membuat sebarang transaksi perbelanjaan bagi projek ini. Tidak diluluskan kerana: a) Tiada sebarang peruntukan yang akan disalurkan ke Universiti Malaya b) Tidak disokong oleh Ketua Jabatan / Dekan / Peng c) Lain-lain : Pengarah, Pusat Pengurusan Geran Penyelidikan Tandatangan dan cop: Tarikh: * Sila tandakan yang berkenaan Page13

LAMPIRAN B PROSES PENDAFTARAN GERAN PENYELIDIKAN Terima geran penyelidikan dari penaja Lengkapkan borang: Borang Permohonan Pembukaan Akaun (Bagi tujuan permakluman penerimaan kepada ketua PTj) Maklumat kepada PNC (P & I) untuk pembukaan akaun RGMS disertakan dengan dokumen berikut: a) Borang Permohonan Pembukaan Akaun Geran Luar b) Salinan proposal penyelidikan bagi geran yang diterima c) Salinan Terma Rujukan perbelanjaan geran penyelidikan yang meliputi tarikh keseluruhan projek d) Maklumat pecahan peruntukan mengikut vot dan jumlah peruntukan yang diterima e) Salinan surat tawaran geran penyelidikan daripada agensi terlibat f) Salinan surat penerimaan tawaran g) Bukti pemindahan peruntukan kepada Universiti Malaya h) Perjanjian (MoA/ MoU/ LoA atau yang setaraf) i) Dokumen lain yang diperlukan dari semasa ke semasa Page14

LAMPIRAN C BORANG KEBENARAN MENJALANKAN KHIDMAT PERUNDINGAN Page15

Page16

LAMPIRAN D PROSES PENDAFTARAN KHIDMAT PERUNDINGAN Bersetuju untuk membuat khidmat perundingan Lengkapkan borang : Borang Kebenaran Menjalankan Khidmat Perundingan (Bagi tujuan mendapat perakuan dari ketua PTj) Borang dan dokumen yang lengkap diserahkan kepada Pengarah UPUM: Perunding luar perlu mendapat kebenaran bertulis daripada agensi/majikan masing-masing a) Surat Lantikan daripada penaja; b) Deraf Perjanjian (jika berkaitan); c) Borang Kebenaran Menjalankan Khidmat Perundingan. d) Dokumen yang mengandungi cadangan teknikal dan kewangan kajian; e) Dokumen lain yang diperlukan oleh UPUM dari semasa ke semasa. Page17

LAMPIRAN E PROSES PENDAFTARAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH) Penyelidik menerima penyelidikan kontrak Penyelidik melengkapkan Borang Permohonan Pembukaan Akaun dan melampirkan dokumen berikut: a) Salinan proposal penyelidikan bagi geran yang diterima b) Salinan Terma Rujukan perbelanjaan geran penyelidikan yang meliputi tarikh keseluruhan projek c) Maklumat pecahan peruntukan mengikut vot dan jumlah peruntukan yang diterima d) Salinan surat tawaran geran penyelidikan daripada agensi terlibat e) Salinan surat penerimaan tawaran f) Bukti pemindahan peruntukan kepada Universiti Malaya g) Perjanjian (MoA/ MoU/ LoA atau yang setaraf) h) Dokumen lain yang diperlukan dari semasa ke semasa i) Borang Kebenaran Menjalankan Khidmat Perundingan (untuk penyelidikan kontrak) PPGP memaklumkan kepada UPUM untuk proses pelantikan UPUM mengeluarkan surat pelantikan Ketua Perunding/ Perunding UPUM akan menguruskan urusan pembayaran honorarium kepada Ketua Perunding/Perunding Page18