Pengenalan kepada Pengurusan Strategik

dokumen-dokumen yang mirip
Model Pengurusan Strategik

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Inovasi dan Perubahan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Pengenalan Makroekonomi

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Kesetiaan kepada Syarikat

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

KERTAS SOALAN CONTOH 946/1 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1. (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Pengenalan kepada Kewangan

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Kod pengendalian perniagaan

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 3 BAGI PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (N44)

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengenalan kepada Ekonomi

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LONPAC INSURANCE BHD Tinjauan Insurans Euromoney 2010 Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau - Asia

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

KURIKULUM TAHAP KECEKAPAN 4 (TK4) PEGAWAI PERTANIAN GRED G48

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KRITERIA AKNC 2017 Berdasarkan Kriteria Pendidikan Malcolm Baldridge 2011

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

ECN3005 Prinsip Makroekonomi 3(3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi topik yang berkaitan dengan isu asas ekonomi agregat.

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

TADBIR URUS BAIK UNTUK PEMBANGUNAN

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

ULTAN IDR!s..:>Lk1...1.:..00-' _'1 SULT.AN IDRIS EDUCATION UNIVERSI.TY KOD. : KKP3053 KURSUS : PENGURUSAN DAN KONSULTASISEKOLAH ARAHAN

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Amanah Saham Panduan Pelabur

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

HARI MISI KESINAMBUNGAN BISNES 2017 : JCORP INTRAPRENEUR 2.0 CHALLENGE

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

BAB 14 AUDIT DALAMAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

Transkripsi:

Topik 1 Pengenalan kepada Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan evolusi dan pembangunan pengurusan strategik; 2. Mengenal pasti faktor utama yang menyumbang kepada perubahan dalam senario perniagaan masa kini; dan 3. Membincangkan faedah dan kelemahan bagi pengurusan strategik. PENGENALAN Pengurusan strategik mula diperkenalkan sebagai badan ilmu pengetahuan pada awal tahun 1980an. Pengurusan strategik diperkenalkan sebagai kursus oleh Universiti Harvard pada tahun 1920an tetapi pada ketika itu, ia dikenali sebagai Dasar Perniagaan. Fokus bagi kursus pada ketika itu adalah mengintegrasikan bidang fungsian pengurusan perniagaan seperti perakaunan, pengurusan sumber manusia, kewangan, pengeluaran dan pemasaran agar pelajar boleh memahami perhubungan dan perkaitan antara setiap bidang fungsian dengan operasi dan pengurusan keseluruhan organisasi. Walau bagaimanapun, perubahan dalam persekitaran perniagaan telah memaksa organisasi untuk membuat perubahan berperingkat dan berstruktur untuk berhadapan dengan kepesatan dan kedinamikan persekitaran perniagaan. Oleh itu, bidang pengurusan strategi berkembang seperti yang dilihat pada hari ini. Pengurus dan ketua pegawai eksekutif bagi syarikat korporat besar menggunakan sebahagian atau bahagian ilmu pengetahuan dalam pengurusan strategik dan mendapati bahawa ia mempunyai potensi manfaat kepada organisasi mereka.

2 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK Maka, ia menjadi matlamat bagi topik ini untuk memberikan kefahaman kepada anda tentang pengurusan strategik, perspektif sejarah, perubahan kedinamikan perniagaan dan faedah pengurusan strategik kepada organisasi. 1.1 EVOLUSI PENGURUSAN STRATEGIK Pada tahun 1920an, Universiti Harvard memperkenalkan kursus yang dikenali sebagai Dasar Perniagaan sebagai kursus penting bagi program pentadbiran perniagaannya. Kursus tersebut menumpukan kepada mengintegrasikan bidang fungsian bagi pentadbiran perniagaan seperti perakaunan, pengurusan, pemasaran, sumber manusia, kewangan dan pengeluaran. Asalnya, ia bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan keupayaan untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari daripada kursus sebelumnya agar dapat menyelesaikan masalah dalam organisasi perniagaan. Oleh itu, kursus dasar perniagaan memberikan latihan formal dan pengalaman dalam mengendalikan isu yang memberikan kesan kepada persekitaran perniagaan dan juga pemikiran sistematik dan beranalisis (analytical) dalam menyelesaikan masalah yang mempengaruhi prestasi organisasi. Berdasarkan kepada kelebihan dan faedah yang diperoleh daripada kursus dasar perniagaan tersebut, Laporan Gordon dan Howell mencadangkan agar kursus dasar perniagaan tersebut dijadikan kursus teras dalam kurikulum pentadbiran perniagaan di semua universiti yang tersenarai dalam American Association of Colleges of School of Business Administration (AACSB). Sejak itu, kursus dasar perniagaan telah menjadi teras utama bagi program pentadbiran perniagaan di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah. AKTIVITI 1.1 Mengapakah kursus dasar perniagaan dijadikan kursus teras dalam kurikulum pentadbiran perniagaan? Bincangkan. 1.1.1 Pembangunan daripada Dasar Perniagaan kepada Pengurusan Strategik Pembangunan dalam kursus dasar perniagaan boleh dilakar dari dua perspektif. Salah satunya adalah perubahan penekanan dalam kandungan kursus dan satu lagi ialah perubahan perspektif perancangan pengurusan.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK 3 (a) Perubahan Penekanan dalam Kandungan Dasar Perniagaan Sejak pengenalan kursus dasar perniagaan, kandungan kursus tersebut telah diubah untuk berdepan dengan kedinamikan persekitaran perniagaan. Penekanan dalam kursus tersebut adalah berdasarkan kepada pelbagai keperluan organisasi perniagaan dan bukan perniagaan dalam berhadapan dengan isu perubahan persekitaran. Terdapat empat faktor utama yang menyumbang kepada perubahan tumpuan dalam kursus dasar perniagaan iaitu: (i) Perubahan peranan pengurusan dalam organisasi; (ii) Perubahan pesat dalam persekitaran perniagaan dan bukan perniagaan; (iii) (iv) Penekanan ke atas kaedah kajian kes dalam pembelajaran; dan Hal lain yang mempengaruhi prestasi organisasi. Apabila kursus dasar perniagaan diperkenalkan di Universiti Harvard, perspektif yang diguna pakai adalah pandangan pengurusan atasan terhadap organisasi. Dengan kata lain, dalam usaha untuk memahami pelbagai isu dalam organisasi, peserta dalam kursus tersebut diminta untuk mengambil peranan sebagai ketua pegawai eksekutif atau pengurus besar bagi organisasi dan melihat bagaimana mereka bertindak terhadap pelbagai isu yang mempengaruhi organisasi. Selain daripada perspektif ini diperlukan untuk melihat secara menyeluruh dan pemandangan helikopter bagi organisasi, perspektif tersebut juga membantu pelajar untuk menghubungkaitkan pelbagai bidang fungsian dalam organisasi dan bagaimana ia boleh mempengaruhi keseluruhan organisasi. Perspektif ini juga memperkenalkan pelajar dengan saling berkaitnya faktor persekitaran dan kesan serta impaknya kepada pengurusan dan prestasi organisasi. AKTIVITI 1.2 Pada pendapat anda, mengapakah perspektif pengurusan atasan adalah perlu dalam memastikan prestasi cemerlang dalam organisasi? Perubahan pesat dalam persekitaran perniagaan dan bukan perniagaan telah membawa kepada perubahan dalam penekanan dan kandungan kursus dasar perniagaan. Faktor luaran seperti faktor ekonomi, sosial, politik dan teknologi telah banyak berkembang sejak dua dekad yang lalu. Zaman Kebangkitan Industri pada tahun 1980an telah mempengaruhi

4 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK pengurusan organisasi perniagaan dan bukan perniagaan dalam beberapa cara. Satu perubahan utama ialah revolusi teknologi maklumat yang menggalakkan pembangunan cara baharu dalam menjalankan perniagaan yang akan dibincangkan dalam subtopik 1.2. Sebagai tambahan, peningkatan perhatian terhadap tanggungjawab sosial, etika dan persekitaran (seperti kebimbangan terhadap pencemaran, pengurusan sistem kesihatan yang lemah dan diskriminasi sosial) menyumbang kepada perubahan harapan masyarakat terhadap prestasi organisasi. Akhir sekali, perubahan harapan pengurusan mikro pemegang berkepentingan seperti tadbir urus korporat, ketelusan dan kesaksamaan sosial dalam pengurusan organisasi juga menyumbang kepada perubahan dalam persekitaran perniagaan dan bukan perniagaan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pembelajaran tentang organisasi telah berubah disebabkan oleh perkembangan baharu dalam pedagogi dan alat yang berkaitan dengannya. Kajian kes didapati berkesan sebagai alat untuk mengkaji organisasi dan ia merupakan pendekatan utama yang digunakan dalam Universiti Harvard, INSEAD dan sekolah perniagaan terkemuka di seluruh dunia. Pendekatan kajian kes telah didapati paling berkesan dalam usaha untuk memberikan pelajar kefahaman tentang masalah dunia perniagaan sebenar dan menyediakan penyelesaian praktikal. Kesannya, pendekatan ini telah digunakan secara meluas dalam kursus dasar perniagaan di seluruh dunia. Trend globalisasi masa depan dan liberalisasi halangan perdagangan juga memberi kesan kepada kurikulum dasar perniagaan, iaitu dari perspektif dalaman di satu negara kepada perspektif antarabangsa dan global. Hal ini menyebabkan lebih perhatian diberikan kepada pendekatan proaktif dan strategik dalam menangani isu perniagaan dan bukan perniagaan yang kompleks dan mempengaruhi organisasi. Oleh itu, tajuk kursus ini perlu ditukar kepada Pengurusan Strategik untuk mencerminkan perubahan dalam persekitaran. AKTIVITI 1.3 Nyatakan evolusi bagi kursus pengurusan strategik.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK 5 (b) Perubahan Perspektif Perancangan Pengurusan Dalam bidang pengurusan organisasi, salah satu fungsi utama dalam proses pengurusan ialah perancangan. Sorotan kajian pengurusan sering memberi tumpuan kepada kepentingan perancangan dalam menguruskan organisasi secara berkesan dan cekap. Perancangan pengurusan tradisional menekankan kepada keperluan untuk mempunyai matlamat dan objektif yang jelas dan menyediakan bajet bagi peruntukan sumber. Perubahan pesat dalam persekitaran perniagaan telah menggesa pengurus untuk membuat penyesuaian yang perlu dalam perancangan pengurusan, yang mengakibatkan pembangunan pendekatan yang strategik dalam perancangan pengurusan. Ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik 1.1.2. Dengan kata lain, perubahan perspektif perancangan pengurusan telah menyumbang kepada pembangunan pengurusan strategik. 1.1.2 Empat Fasa Pembangunan dalam Pengurusan Strategik Subtopik sebelum ini telah membincangkan kedinamikan persekitaran dan bagaimana ia telah mengubah bidang dasar perniagaan kepada pengurusan strategik. Daripada perkembangan tadi, boleh difahami bahawa terdapat perbezaan antara dasar perniagaan dan pengurusan strategik. SEMAK KENDIRI 1.1 Apakah perbezaan antara dasar perniagaan dan pengurusan strategik? Dalam subtopik ini, anda akan disediakan dengan satu lagi pandangan bagi pembangunan pengurusan strategik, iaitu dari perspektif perancangan pengurusan. Ini adalah penting kerana perspektif ini telah menyumbang kepada pembangunan bidang pengajian ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut Gluck et al. (1982), pengurusan strategik berkembang melalui empat fasa pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Rajah 1.1.

6 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK Rajah 1.1: Empat fasa pembangunan dalam pengurusan strategik Gluck (a) Fasa 1 Fasa 1 dalam evolusi pengurusan strategik merujuk kepada mod tradisional perancangan perniagaan formal yang menumpukan kepada bidang fungsian. Organisasi lebih menitikberatkan bajet tahunan dan cuba mengawal operasi dengan cara mencapai bajet tahunan. Persekitaran perniagaan semasa fasa ini adalah stabil dan tidak banyak perubahan berlaku.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK 7 (b) Fasa 2 Dalam fasa 2, apabila persekitaran perniagaan mula untuk berubah atas sebab peningkatan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan, perhatian baharu pula berkembang memaksa organisasi untuk menyediakan unjuran untuk merancang masa depan. Pertumbuhan menjadi perhatian utama dalam fasa ini dan perancangan yang lebih efektif diperlukan untuk memastikan organisasi mengambil peluang dalam persekitaran. Unjuran tahunan sahaja tidak mencukupi, oleh itu unjuran beberapa tahun menjadi keperluan. Dalam fasa ini juga, analisis persekitaran menjadi semakin jelas dan penting kepada organisasi. Semakin berkembangnya kedinamikan perniagaan, pengurus sedar bahawa adalah tidak cukup untuk melakukan perancangan dengan membuat unjuran perniagaan. Perubahan dalam persekitaran perniagaan menjadi lebih pesat dan tahap pergolakan menjadi lebih hebat berbanding tempoh awal (fasa 1 dan 2). (c) Fasa 3 Dalam fasa 3, perniagaan perlu membuat respons segera kepada perubahan dan persaingan pasaran. Tempoh ini menjadi semakin serius kerana prestasi perniagaan menunjukkan hasil (keuntungan) yang mengagumkan dan ramai pemain (pelabur) menjadi lebih berminat untuk mengaut bahagian daripada potensi keuntungan. Dalam fasa ini, organisasi perlu membuat analisis yang menyeluruh terhadap persekitaran dan persaingan. Proses peruntukan sumber memerlukan pengurus untuk menjadi lebih dinamik kerana pengurus perlu membuat keputusan pantas untuk mengambil peluang yang tersedia pada masa tersebut. Dengan kata lain, pengurus perlu membuat perubahan pantas dalam sumber kewangan, manusia dan sumber lain organisasi untuk berdepan dengan perubahan keperluan organisasi. Fasa 3 juga menunjukkan penekanan kepada perancangan pengurusan dengan menitikberatkan persekitaran luaran dan keperluan untuk bertindak lebih awal daripada perubahan yang bakal berlaku dalam persekitaran perniagaan. Pengurus juga perlu bertindak atau berfikir secara lebih strategik pada fasa ini agar dapat terus bersaing. Fasa ini juga dikenali sebagai era perancangan strategik pada awal tahun 1970an di Amerika dan Eropah. Di Malaysia, ia menjadi fenomena penting pada hujung tahun 1980an dan awal tahun 1990an. Banyak organisasi senarai awam dan syarikat korporat milikan kerajaan negeri di Malaysia berminat dengan konsep ini dalam pertengahan tahun 1990an.

8 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK (d) Fasa 4 Fasa 4 dikenali sebagai era pengurusan strategik. Di Amerika dan Eropah, fasa ini menjadi terkenal pada akhir tahun 1980an. Dalam fasa ini, perubahan persekitaran menjadi lebih pesat dan tahap pergolakan semakin bertambah dengan lebih banyak ketidakpastian pada masa depan. Organisasi sedar bahawa untuk mereka kekal kompetitif dan terus memperoleh keunggulan persekitaran, adalah perlu untuk membangunkan pelan strategik khusus yang relevan kepada organisasi tersebut. Terdapat juga keperluan untuk menggunakan semua sumber terbaik yang dimiliki oleh organisasi bagi mendapatkan kelebihan bersaing berbanding pesaing mereka dalam industri tersebut. Oleh itu, organisasi perlu membangunkan proses dan sistem organisasi fleksibel yang dapat berdepan dengan ketidakpastian persekitaran perniagaan. Organisasi juga perlu menjadi lebih kreatif dan membangunkan budaya, dan nilai sokongan yang akan memastikan kejayaan organisasi dan prestasi yang gemilang. Maka, fokus dalam perancangan pengurusan telah berubah dari perspektif strategik kepada penciptaan masa depan. Hal ini merupakan cabaran utama bagi pengurus hari ini kerana mod untuk mencapai kegemilangan organisasi menjadi lebih mendesak dan kompleks. Oleh yang demikian, peranan kreativiti, inovasi, penyelidikan dan pembangunan telah menjadi bertambah penting dalam persekitaran perniagaan hari ini. Evolusi dalam pengurusan strategik telah mendorong kursus dasar perniagaan untuk berkembang daripada fasa 1 hingga fasa 4 yang lebih kompleks dan dinamik, dan beransur-ansur kepada kursus pengurusan strategik yang ada hari ini. Sebagai ringkasan, kursus dasar perniagaan menitikberatkan penggabungan semua bidang fungsian bagi perniagaan dan memberikan pengalaman dalam menyelesaikan masalah sebenar kehidupan yang mempunyai kesan kepelbagaian fungsi ke atas organisasi. Walau bagaimanapun, pengurusan strategik bukan sahaja menitikberatkan semua perkara yang telah dibincangkan dalam kursus dasar perniagaan tetapi juga menggabungkan faktor luaran yang mempunyai impak utama ke atas organisasi dan seterusnya menentukan hala tuju jangka panjang bagi organisasi dengan cara memformulasikan pelan, melaksanakan pelan dan membuat penilaian dan kawalan pelan yang telah ditetapkan untuk organisasi. Tambahan pula, bidang pengurusan strategik melibatkan isu strategik yang mempunyai kesan jangka panjang kepada organisasi.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK 9 1.2 MENGUBAH PERSEKITARAN PERNIAGAAN Era Kebangkitan Perindustrian pada tahun 1980an telah memberi kesan kepada organisasi pengurusan perniagaan dan bukan perniagaan dalam beberapa cara. Seperti yang dinyatakan dalam subtopik 1.1.1, revolusi teknologi maklumat, peningkatan kebimbangan bagi tanggungjawab sosial, etika dan alam sekitar, perubahan dalam harapan masyarakat terhadap prestasi organisasi dan perubahan harapan pengurusan mikro seperti tadbir urus korporat ketelusan dan kesaksamaan sosial dalam pengurusan organisasi telah menjejaskan pengurusan organisasi perniagaan dan bukan perniagaan. SEMAK KENDIRI 1.2 Mengapakah persekitaran perniagaan berubah? AKTIVITI 1.4 Dari segi kecelikan dan penggunaan IT, bagaimanakah kehidupan anda berbeza daripada kehidupan ibu bapa atau datuk nenek anda? Salah satu perubahan yang paling radikal dalam persekitaran perniagaan ialah perkembangan teknologi. Hal ini telah membawa banyak perubahan dalam persekitaran perniagaan dan mempunyai kesan ke atas situasi sosial, ekonomi dan politik dalam persekitaran dunia. Salah satu faktor teknologi yang telah mencipta impak besar ialah peningkatan pesat sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT information, communication and technology). Aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam industri komputer telah membawa kepada permintaan dan penggunaan yang meluas terhadap perisian komputer dan sistem maklumat dalam organisasi. Dalam perniagaan, hal ini telah membawa kepada pembangunan e-perniagaan atau e-dagang hari ini. Penggunaan meluas Internet dalam perniagaan adalah alternatif kepada urusan perniagaan secara bersemuka yang tradisional.

10 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK E-perniagaan dijalankan dalam kalangan perniagaan, juga dikenali sebagai perniagaan-ke-perniagaan (B2B business-to-business), dan antara perniagaan dan pengguna, dikenali sebagai perniagaan-ke-pengguna (B2C business-toconsumer). Internet juga telah membawa kepada peningkatan permintaan terhadap urusan perniagaan secara langsung tanpa melalui perantara perniagaan. Pemasaran secara langsung dan pemasaran pelbagai peringkat juga didapati tumbuh dengan rancak dengan kewujudan Internet. Industri telekomunikasi juga telah mengalami perubahan dengan Internet sebagai komunikasi tanpa wayar (seperti telefon mudah alih) menjadi lebih meluas hari ini. Industri pendidikan juga telah memperkenalkan perubahan dengan mod pembelajaran jarak jauh yang menjadi lebih canggih pada hari ini berbanding sebelumnya. Oleh itu, industri pendidikan bakal terus mengalami perubahan dengan lebih banyak penggunaan dan aplikasi mod teknologi pembelajaran. Selain itu, memperoleh pendidikan melalui Internet telah menjadi kebiasaan pada hari ini berbanding sedekad yang lalu. Percambahan maklumat dalam Internet juga telah membawa kepada permintaan untuk perniagaan baharu dalam era ini seperti e-peruncitan, e-pendidikan, keselamatan komputer, dan pembangunan dan aplikasi web. Di Malaysia, kita dapat melihat banyak perniagaan perkhidmatan komputer diwujudkan dalam tempoh lima tahun lepas dengan kemunculan Internet dan ICT. Industri perkhidmatan telah menjadi lebih penting hari ini dan kaedah perniagaan yang dijalankan hari ini berubah dengan pantas. Isu environmentalisme, etika dan tanggungjawab sosial merupakan kebimbangan yang terus mendapat perhatian perniagaan hari ini. Ia disebabkan oleh perubahan harapan masyarakat terhadap perniagaan. Keputusan perniagaan mempunyai kesan kepada masyarakat. Isu sosial timbul daripada operasi entiti perniagaan. Oleh itu, masyarakat menuntut agar entiti perniagaan bertanggungjawab ke atas kesan daripada operasi perniagaan mereka. Sebagai contoh: (a) Di Malaysia, kerajaan bimbang pengilang minyak kelapa sawit mencemarkan persekitaran dengan sisa kotoran minyak kelapa sawit dan pencemaran udara; (b) Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, isu tanah runtuh telah menyebabkan pihak berkuasa tempatan di Malaysia menilai semula pembangunan di kawasan berbukit. Laporan Penilaian Impak Persekitaran (EIA Environmental Impact Assessment) diwajibkan kepada semua pemaju sebelum membina projek pembangunan baharu; dan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK 11 (c) Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA Federation of Malaysian Consumers Association) telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap fahaman kepenggunaan. Ini telah meningkatkan usaha kerajaan Malaysia dalam pematuhan dan pemantauan cetak rompak, kawalan harga barangan keperluan asas, peruntukan untuk lebih banyak zon larangan merokok dan lain-lain. Isu sosial mempengaruhi organisasi perniagaan dan terdapat keperluan untuk menguruskan dalam lingkungan parameter kekangan dan peluang yang dibawa oleh isu ini dengan lebih berkesan dan cekap. Menggaji bilangan tertentu pekerja Bumiputera dalam organisasi atau memperuntukkan bahagian tertentu daripada modal ekuiti bukan sahaja dasar afirmatif kerajaan tetapi juga tanggungjawab sosial dalam memperbetulkan ketidaksamaan sosial dalam kalangan kumpulan etnik di Malaysia. Isu tanggungjawab sosial di Malaysia juga memberi tumpuan kepada keselamatan pekerja seperti Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Kebangsaan (NIOSH National Institute of Occupational Safety and Health) secara undang-undang. Terdapat banyak organisasi di Malaysia seperti Petronas, Penerbangan Malaysia dan Malayan Banking Berhad yang menyumbang kepada punca sosial dengan membuat sumbangan kewangan dan bukan kewangan kepada institusi sosial dan bukan kerajaan, dan aktiviti yang berkaitan sosial. Keprihatinan sosial telah menyebabkan organisasi bertindak untuk menyemak kedudukan dan nilai mereka dan membuat penyelarasan yang sesuai selaras dengan harapan dan keperluan pihak pemegang taruh. Satu lagi perkembangan penting adalah isu etika dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan. Etika merujuk kepada keprihatinan terhadap baik dan buruknya sesuatu tindakan atau kelakuan. Apa yang dianggap salah atau tidak sesuai dahulunya telah menjadi kabur pada hari ini kerana pengurus didesak untuk memenuhi matlamat organisasi. Perniagaan telah diminta untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang lebih kreatif, malah ada yang terarah kepada kelakuan yang tidak beretika. Maka, organisasi dikehendaki untuk membangunkan kod etika dan juga latihan dan pendidikan tentang etika dalam organisasi dan perniagaan. Oleh itu, pengurusan strategik bagi organisasi ini memberikan cabaran yang menarik kepada pengurus dan pemegang taruh mereka. Dilema utama pengurusan strategik adalah bagaimana untuk menguruskan organisasi secara cekap dan berkesan dengan cara yang menguntungkan dan pada masa yang sama, memastikan bahawa nilai etika tidak dikompromikan.

12 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK Dengan trend globalisasi yang bakal berlaku dan liberalisasi perdagangan dan perkhidmatan, memenuhi standard dan jangkaan antarabangsa merupakan platform yang penting bagi kebanyakan organisasi hari ini. Hal ini bermakna bahawa isu ketelusan dan tadbir urus korporat telah menjadi lebih kritikal hari ini berbanding sebelum ini. Contohnya, di Malaysia, Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG Malaysian Institute of Corporate Governance) telah diwujudkan untuk menggalakkan tadbir urus korporat di negara ini. Institusi seperti Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan Suruhanjaya Sekuriti telah ditubuhkan untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal di Malaysia. Mereka diamanahkan untuk melindungi pelabur. Salah satu daripada peranan mereka ialah meminta syarikat awam untuk menjadi lebih telus. Mereka melaporkan aktiviti tadbir urus korporat dan prestasi kepada orang ramai. Hal ini juga selaras dengan isu etika dalam pengurusan atasan dalam organisasi. Malah pada hari ini, kerajaan Malaysia menyokong keprihatinan etika korporat yang lebih tinggi dalam sektor perniagaan dan bukan perniagaan. Isu ini menjadi kebimbangan di peringkat tempatan dan antarabangsa kerana mereka memberi kesan kepada persepsi pelabur asing terhadap amalan negara atau perniagaan tertentu. Semakin besar ketelusan dan lebih tinggi piawaian tadbir urus korporat, maka lebih rendah risiko yang dihadapi oleh pelabur dan adalah lebih menarik untuk mereka melabur dalam perniagaan jenis ini. 1.3 FAEDAH DAN KELEMAHAN BAGI PENGURUSAN STRATEGIK Pembangunan pengurusan strategik telah menarik perhatian pengamal dalam kalangan pengurus atasan dalam syarikat besar dan kecil. Di Amerika dan Eropah, pemakaian pengurusan strategik dalam amalan organisasi adalah meluas. Di Asia, terutamanya di Malaysia, pengurusan strategik diamalkan di beberapa syarikat besar. Organisasi ini telah memperoleh faedah daripada pengurusan strategik. Jadual 1.1 menunjukkan manfaat pengurusan strategik.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK 13 Jadual 1.1: Faedah Pengurusan Strategik FAEDAH PENGURUSAN STRATEGIK Memperbaiki prestasi kewangan organisasi. Membolehkan pengurus memiliki pandangan yang luas tentang permasalahan dan isu yang dihadapi organisasi. Membantu pengurus membuat keputusan yang strategik dengan lebih efektif dan efisien, seterusnya membantu dalam keputusan penempatan sumber. Membantu pengurus dalam menganalisis masalah dengan lebih sistematik dan objektif untuk mencari penyelesaian yang praktikal. Membantu pengurus untuk menjadi lebih sensitif terhadap perubahan dalam persekitaran perniagaan. Memberi peluang kepada pengurus untuk mengkoordinat dan menyeragamkan pelbagai fungsi aktiviti dalam organisasi. Menggalakkan peranan dan penyertaan yang lebih besar daripada kumpulan pengurusan atasan, pertengahan dan bawah dalam menetapkan hala tuju, objektif dan misi organisasi. Membantu mengurangkan halangan dalam menjadikan perubahan organisasi sejajar dengan keperluan perubahan persekitaran. Membentuk organisasi yang lebih kondusif yang menggalakkan semangat berkumpulan dan penubuhan organisasi. Memperbaiki komunikasi antara pekerja di dalam organisasi. Memperbaiki urus tadbir korporat dan etika di dalam organisasi. Walaupun terdapat banyak potensi manfaat daripada pengurusan strategik, ada juga kelemahan atau masalah dalam pengurusan strategik. Kelemahan atau masalah dalam pemakaian pengurusan strategik adalah seperti dalam Jadual 1.2.

14 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK Jadual 1.2: Kelemahan Pengurusan Strategik KELEMAHAN PENGURUSAN STRATEGIK Ketidakupayaan untuk menjamin atau memastikan prestasi cemerlang sepanjang masa. Kesukaran dalam mendapatkan semua pengurus strategik untuk bersetuju berkaitan keputusan strategik yang kritikal kerana takut, kepentingan peribadi, curiga, pengalaman buruk atau maklumat yang tidak tepat. Ketidakupayaan untuk memastikan kerjasama penuh dalam kalangan semua pekerja pada setiap peringkat akibat daripada salah faham dalam organisasi. Kebarangkalian membuat keputusan strategik secara tergesa-gesa akibat daripada keterbatasan atau ketiadaan maklumat dan hanya berdasarkan kepada gerak hati atau pengalaman. Ketidakupayaan untuk bertindak secara berkesan kepada perubahan yang tidak diduga dalam persekitaran. Kelemahan dalam mendapatkan komitmen dan sokongan pengurusan atasan. Kekangan kos kewangan dan masa yang diperlukan melakukan pengurusan strategik. Kesukaran untuk mengkonsepsikan rangka kerja dan proses pengurusan strategik. AKTIVITI 1.5 Pada pandangan anda, adakah kelebihan pengurusan strategik melebihi kelemahannya? Berikan justifikasi kepada jawapan anda.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK 15 AKTIVITI 1.6 1. Jawab Benar (B) atau Salah (S) bagi pernyataan berikut: No Soalan B S (a) (b) (c) (d) (e) (f) Mencipta polisi ialah bahagian yang perlu bagi pelaksanaan strategi. Pengurusan strategik merupakan disiplin bersilang fungsian yang memberikan dirinya kepada pendekatan jenis satu-dua-tiga. Pengurusan strategik membenarkan organisasi untuk menjadi lebih proaktif berbanding reaktif dalam membentuk masa depan. Hanya pengurus atasan dalam perniagaan kecilkecilan perlu terlibat secara aktif dalam pengurusan strategik. Satu kelemahan yang pengurus perlu elakkan dalam perancangan strategik ialah pengurus atasan membuat banyak keputusan mengikut gerak hati yang bercanggah dengan pelan rasmi. Etika perniagaan yang baik tidak merangkumi peniupan wisel. 2. Bincangkan secara ringkas aktiviti utama dalam proses pengurusan strategik. 3. Huraikan fasa Gluck bagi pembangunan dalam pengurusan strategik. 4. Bagaimanakah etika berkait dengan pengurusan strategik? 5. Senaraikan beberapa faedah dan kelemahan bagi pengurusan strategik. Jawapan Betul (B) atau Salah (S): (a) S (b) S (c) B (d) S (e) B (f) S

16 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK Faktor utama yang terlibat dalam evolusi dan pembangunan pengurusan strategik merupakan perubahan yang ditekankan dalam kandungan polisi perniagaan dan perubahan perspektif perancangan pengurusan. Faktor lain yang menyumbang kepada pembangunan termasuk perubahan dalam persekitaran perniagaan. Polisi perniagaan Pengurusan strategik Perancangan pengurusan