MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

ABSTRAK PENGENALAN PERNYATAAN MASALAH

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Katakunci : faktor, masalah disiplin, pelajar sekolah menengah

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Katakunci : persepsi guru, faktor. Kelas tuisyen

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

Katakunci : amalan kemahiran generic, guru pelatih aliran teknik dan vokasional, latihan mengajar

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERSEPSI GURU TERHADAP PROFESION PERGURUAN MASA KINI. Abdul Rahin Bin Hamdan Ahmad Johari Bin Hj Sihes Jamaluddin Bin Ramli Rosliza Binti Hamzah

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

LAPORAN PENYELIDIKAN

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Katakunci : faktor, tuisyen Bahasa Inggeris

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

Abd. Wahid Bin Mukhari & Ruslaili Bt Md. Amin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Transkripsi:

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS Prof. Madya, Dr. Yahya Buntat Dr. Muhammad Sukri Saud Siti Fatimah Ahmad Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor. Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II, Daerah Seberang Prai Tengah. Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tahun Lima yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian menggunakan soal selidik. Persoalan kajian ini akan menyentuh empat aspek utama yang meliputi faktor bahasa pengantar, tahap penguasaan bahasa Inggeris muridmurid, faktor teknik pengajaran guru dan juga faktor persekitaran. Data-data diproses menggunakan perisian Statistical Packages for Science Sosial (SPSS) Version 13.0 dan kemudian dianalisa serta dilaporkan dalam bentuk min dan peratusan. Kajian mendapati keempat-empat faktor permasalahan yang dikaji berada pada tahap sederhana. Pengenalan Mata pelajaran Matematik sentiasa mengalami anjakan paradigma apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan setiap pelajar di sekolah rendah dan menengah. Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina kemahiran asas mengira. Justeru itu program Matematik sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab, bahagi dan penyelesaian masalah harian secara berkesan. Menurut Noraini (2005) Matematik merupakan mata pelajaran yang penting dan merupakan satu mata pelajaran yang mencabar bagi kebanyakan pelajar. Matematik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Guru dan ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang positif terhadap Matematik kerana ia juga akan memberi kesan kepada sikap anak-anak mereka. Mempunyai guru yang menunjukkan minat terhadap Matematik akan mendorong pelajar meminati Matematik. Guru perlu meyakinkan pelajar bahawa semua orang boleh maju dalam Matematik. Pelaksanaan dasar Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik telah dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di Malaysia sejajar dengan perkembangan pendidikan negara menghadapi era globalisasi. Ia dikuatkuasakan pada tahun 2003 melibatkan pelajar tahun 1, tingkatan 1, dan tingkatan 6 rendah. Pemilihan kedua-dua mata pelajaran untuk diajar menggunakan Bahasa Inggeris adalah bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang yang berkaitan dan juga Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Selain itu Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai rasional dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris iaitu untuk memberi peluang kepada semua pelajar bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris saintifik. Ini adalah kerana sebahagian besar bahan bacaan mengenai bidang ini adalah dalam Bahasa Inggeris. Di samping itu juga Matematik adalah bidang ilmu yang paling cepat berkembang dan disebarkan melalui pelbagai media. Pendedahan awal memberi peluang kepada pelajar untuk mengakses maklumat. Pencapaian ini secara tidak langsung dapat memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan negara.

Persoalan kajian Dalam kajian ini terdapat beberapa persoalan yang ingin dilihat berkenaan dengan masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid Tahun Lima. a) Apakah bahasa pengantar Bahasa Inggeris mempengaruhi pembelajaran Matematik Tahun Lima dalam Bahasa Inggeris? b) Apakah faktor penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid mempengaruhi pembelajaran Matematik Tahun Lima dalam Bahasa Inggeris? c) Apakah teknik pengajaran guru dalam Bahasa Inggeris mempengaruhi pembelajaran Matematik Tahun Lima dalam Bahasa Inggeris? d) Apakah faktor persekitaran mempengaruhi pembelajaran Matematik Tahun Lima dalam Bahasa Inggeris? Metodologi Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Machang Bubok ll. Kajian diskriptif ini dijalankan menggunakan soal selidik. Pengkaji menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Package For Science Social) versi 10.0 untuk menganalisis data. Data yang diperolehi dan dihuraikan serta dilaporkan dalam bentuk min dan peratusan. Nilai alpha yang diperolehi alam kajian rintis adalah 0.80. Hasil Kajian Analisis Bahagian A Latar Belakang Responden. Data yang terdapat pada hasil kajian dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A untuk maklumat latar belakang responden dan Bahagian B, C, D, dan E mengandungi item-item yang menjawab persoalan kajian. Pada bahagian A, penyelidik telah mengkhususkan kepada bahagian latar belakang responden yang merangkumi jantina, pekerjaan ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa, dan bilangan adik-beradik. Penganalisisan mengenai latar belakang responden adalah seperti di dalam jadual berikut. Jantina Responden terdiri daripada lelaki dan perempuan. Jadual 1.1 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Jadual 1.1 : Taburan responden mengikut jantina Jantina Frekuensi (ƒ ) Peratus ( %) Lelaki 19 47.5 Perempuan 21 52.5 Jumlah 40 100

Jadual 1.1 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Adalah didapati bahawa responden terdiri daripada seramai 21 orang adalah perempuan dengan peratus 52.5. Selebihnya 19 lelaki dengan peratus 47.5. Jumlah keseluruhan responden ialah 40 orang yang mewakili murid-murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Machang Bubok ll. Pekerjaan Bapa Terdapat beberapa kumpulan pekerjaan yang diceburi oleh bapa responden yang dipilih. Jadual 1.2: Taburan pekerjaan bapa responden Pekerjaan Frekuensi (ƒ) Peratus (%) Kerajaan 8 20 Sendiri 9 22.5 Swasta 20 50 Lain-lain 3 7.5 Jumlah 40 100 Hasil kajian mendapati 50 peratus (20 orang) daripada bapa responden adalah pekerja swasta, sementara 22.5 peratus (9 orang) pula adalah kakitangan kerajaan. Sebanyak 20 peratus (8 orang) pula adalah kakitangan kerajaan, dan 7.5 peratus (3 orang) adalah dalam kategori lain-lain. Pekerjaan Ibu Jadual 1.3 : Taburan pekerjaan ibu responden Pekerjaan Frekuensi (ƒ ) Peratus ( %) Kerajaan 6 15 Sendiri 9 22.5 Swasta 8 20 Lain-lain 17 42.5 Dari analisis tersebut didapati sebanyak 42.5 peratus (17 orang ) adalah dalam kategori lain-lain, sebanyak 22.5 peratus (9 orang) adalah bekerja sendiri. Selain itu 20 peratus (8 orang) adalah pekerja swasta sementara 15 peratus (6 orang) pula adalah kakitangan kerajaan. Pendidikan Tertinggi Jadual 1.4 Taburan Pendidikan Tertinggi Bapa Tahap pendidikan Frekuensi (ƒ ) Peratus ( %) Darjah 6 - - SRP/PMR - - SPM/STPM 35 87.5 Ijazah 4 10 Diploma 1 2.5 Jumlah 40 100

Dari analisis tersebut didapati 87.5 peratus (35 orang) mendapat pendidikan sehingga peringkat SPM/STPM, sementara 10 peratus (4 orang ) sehingga ke peringkat ijazah dan hanya 2.5 peratus ( 1 orang) berpendidikan sehingga diploma.manakala 25.0 peratus (8 orang) berpendidikan peringkat maktab atau pun diploma. Pendidikan Tertinggi Ibu Bagi pendidikan ibu responden pula, analisis data adalah seperti Jadual 1.5. Jadual 1.5 Taburan Pendidikan Tertinggi Ibu Tahap pendidikan Frekuensi (ƒ ) Peratus ( %) Darjah 6 1 2.5 SRP/PMR 1 2.5 SPM/STPM 33 82.5 Ijazah 4 10 Diploma 1 2.5 Jumlah 40 100 Jadual 1.5 menunjukkan taburan pendidikan tertinggi di kalangan ibu responden. Dari analisis tersebut didapati 82.5 peratus (33 orang) mendapat pendidikan sehingga peringkat SPM/STPM, sementara 10 peratus (4 orang ) sehingga ke peringkat ijazah, manakala hanya 2.5 peratus ( 1 orang) berpendidikan sehingga diploma. Selain itu 2.5 peratus (1 orang) berpendidikan peringkat maktab atau pun diploma, 2.5 peratus (1 orang) berpendidikan sehingga SRP/PMR dan hanya 2.5 peratus (1 orang) berpendidikan setakat sekolah rendah. Bilangan Adik-Beradik Dari analisis yang dibuat oleh pengkaji di dapati responden mempunyai bilangan adikberadik yang sedikit iaitu 1 hingga 5 orang adik-beradik. Ini boleh dilihat pada jadual 1.6. Jadual 1.6: Bilangan adik-beradik Bilangan Adik-beradik Kekerapan (ƒ) Peratus (%) 1 hingga 3 orang 22 55 3 hingga 5 orang 18 45 Jumlah 40 100 Daripada analisis yang dibuat, didapati 55 peratus (22 orang) mempunyai adik-beradik 1 hingga 3 orang manakala 45 peratus (18 orang) mempunyai adik-beradik seramai 3 hingga 5 orang.

Persoalan Kajian Pertama Pengaruh Faktor bahasa pengantar Bahasa Inggeris Terhadap Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris Tahun Lima. Purata skor min ialah 2.65 dan ia berada pada tahap yang sederhana. Keadaan ini menunjukkan bahawa pengaruh faktor bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris Tahun Lima tidaklah begitu besar. Ini menjelaskan bahawa kebanyakan responden bersetuju bahasa pengantar iaitu Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun Lima. Ini adalah kerana guru menggunakan ayat Bahasa Inggeris yang mudah difahami oleh responden. Ini tidak dinafikan bahawa pembelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah tidaklah terlampau rumit dan kebanyakan responden boleh mengikuti isi pelajaran dengan baik. Ini juga bertepatan dengan kajian Jumrang (2004) yang menyatakan, jika pelajar tidak memahami segala penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan bahasa maka pastinya ia akan membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut. Di sini kita lihat pengaruhnya tidaklah begitu besar dan ia boleh diatasi asalkan pengajaran guru hendaklah mengikut isi kandungan pelajaran yang menggunakan bahasa yang mudah difahami walaupun kita tidak nafikan yang bahasa yang mudah ialah Bahasa Melayu tetapi Bahasa Inggeris juga boleh digunakan sebagai bahasa pengantar. Selain itu pengkaji hanya menggunakan sampel kajian murid-murid Tahun Lima di kelas pertama sahaja. Kebanyakan murid-murid di kelas ini adalah dalam kategori pandai dan ada yang sederhana. Oleh itu mereka tidak menghadapi masalah yang besar dalam pembelajaran Matematik tetapi ada juga di kalangan mereka ini tidak boleh mendapat markah yang baik iaitu A bagi mata pelajaran Matematik. Rata-rata hanya mendapat markah di sekitar 60% sahaja. Perkara ini berlaku kerana kebanyakan responden kerap melakukan kesilapan semasa menjawab soalan Matematik bagi kertas 1 dan 2. Ini berlainan dengan perkataan dalam Bahasa Melayu yang tidak mempunyai makna yang berbeza. Pelaksanaan kurikulum yang baru dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menyebabkan banyak istilah Matematik dalam Bahasa Inggeris yang perlu responden ketahui sebelum menguasai sesuatu konsep, responden perlu memahami setiap istilah yang digunakan.hal ini telah menyebabkan responden sering menghadapi masalah terutama bagi menguasai kemahiran penyelesaian masalah ( problem solving ). Kebanyakan responden malas membaca kerana mereka tidak memahami apa maksud ayat-ayat tersebut. Ini memberi masalah kepada kebanyakan murid-murid yang terdiri daripada

golongan yang lemah dalam Matematik dan mereka ini akan sentiasa gagal dalam ujian. Ini secara tidak langsung mempengaruhi keputusan peperiksaan. Walaupun kertas soalan peperiksaan UPSR dalam dwi bahasa, murid-murid masih lagi tidak dapat menjawab soalan Matematik dengan baik. Ini berlaku disebabkan oleh tahap kecerdasan antara murid adalah berbeza, ada yang pintar dan ada yang sederhana walaupun mereka berada di kelas yang sama. Mereka yang dalam kategori sederhana ini pula hanya berdiam diri semasa guru mengajar dan tidak menjawab soalan walaupun soalan itu mudah untuk dijawab kerana kesukaran berkomunikasi. Pada keseluruhannya, dapatan kajian mendapati responden tidak menghadapi masalah yang besar terhadap pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris yang disebabkan oleh bahasa pengantar itu sendiri. Masalah bahasa menjadi salah satu punca masalah utama kerana bahasa memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan yang cemerlang hanya terletak pada penguasaan kemahiran Matematik. Walaupun responden memahami apa yang diajar oleh guru tetapi mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris. Mereka hanya menghafal istilah yang disampaikan oleh guru melalui terjemahan dalam Bahasa Melayu. Keputusan peperiksaan yang diperolehi cuma pada peringkat sederhana sahaja dan responden sering melakukan kesilapan semasa menjawab soalan.. Sebilangan kecil sahaja yang memperolehi markah yang baik dan bergantung kepada bentuk soalan. Ini tidak dinafikan kerana responden lebih selesa menggunakan bahasa ibunda daripada menggunakan Bahasa Inggeris. Kebanyakan responden masih lagi malu untuk berkomunikasi disebabkan oleh takut menggunakan nahu yang salah. Semasa belajar Matematik responden lebih suka menjadi pendengar yang pasif sahaja. Sebilangan kecil sahaja yang cuba berkomunikasi dan menjawab pertanyaan guru. Oleh itu kajian ini mendapati ia berada pada tahap yang sederhana. Persoalan Kajian Kedua Pengaruh faktor tahap penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris terhadap pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris Tahun Lima. Purata skor min yang diperolehi ialah 2.45 dan ia berada pada tahap sederhana. Oleh itu hasil kajian mendapati tahap penguasaan murid-murid dalam Bahasa Inggeris mempengaruhi pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris Tahun Lima tetapi tidaklah terlalu besar.

Keputusan yang diperolehi berkemungkinan berlaku kerana kebanyakan responden secara purata mempunyai asas Bahasa Inggeris yang mudah. Walaupun mereka kurang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris tetapi mereka boleh memahami apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kebanyakan guru menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah dalam pengajaran mereka. Ini tidak dinafikan kerana pada peringkat rendah ini kebanyakan istilah boleh difahami oleh muridmurid, cuma sebilangan daripada mereka sering melakukan kesilapan dalam menjawab soalan dan ini mempengaruhi keputusan peperiksaan Matematik. Tidak ketinggalan juga ada di kalangan mereka ini menggunakan kamus atau buku glosari untuk mencari makna perkataan bagi perkataan dan ayat yang tidak difahami. Secara keseluruhan dapatlah dikatakan bahawa tahap penguasaan seseorang dalam Bahasa Inggeris mempengaruhi masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mereka yang dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik sahaja membolehkan mereka menguasai kemahiran Matematik dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk memperolehi keputusan yang baik dalam mata pelajaran Matematik. Selain itu responden yang dikaji adalah dalam kalangan pelajar yang pandai dan sederhana. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak menghadapi masalah yang besar dalam pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan responden boleh memahami isi pelajaran walaupun mereka kurang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Persoalan Kajian Ketiga Pengaruh faktor teknik pengajaran guru terhadap pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris Tahun Lima. Purata skor min yang diperolehi ialah 2.81 dan ia berada pada tahap yang sederhana. Ini menunjukkan tiada pengaruh yang besar sebagai faktor penolak kepada permasalahan pembelajaran Matematik. Ini tidak dinafikan kerana kebanyakan guru yang mengajar Matematik adalah di kalangan guru yang opsyen Matematik dan cuma sebilangan kecil yang bukan opsyen tetapi mempunyai pengalaman dalam pengajaran Matematik. Guru juga menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah difahami oleh responden semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga menggunakan pelbagai bahan sokongan pengajaran sama ada dalam bentuk multimedia, carta, bahan maujud dan sebagainya bagi meningkatkan penguasaan kemahiran Matematik di kalangan murid-murid. Ini bertepatan dengan pendapat Nik Azis (1996) iaitu keberkesanan pengajaran Matematik boleh dicapai dengan adanya komitmen guru yang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berusaha meningkatkan pengetahuan dan penguasaan mereka di dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana di tangan gurulah letaknya generasi penggerak negara pada masa akan datang. Kalau guru menjalankan tugas dengan baik,maka negara akan beruntung kerana mendapat generasi penggerak yang konstruktif, tetapi jika sebaliknya berlaku, negara akan menanggung kerugian yang besar.

Kebanyakan guru ini berusaha bersungguh-sungguh bagi meningkatkan penguasaan Matematik. Guru menggunakan pelbagai bahan bantu belajar pada setiap masa dan menggunakan kaedah latih tubi. Guru-guru juga akan mengulang isi pelajaran jika terdapat murid-murid yang kurang mahir. Guru-guru juga akan membimbing secara individu bagi muridmurid yang lemah. Oleh itu secara keseluruhan dapatan kajian mendapati faktor pengajaran guru bukan merupakan masalah yang besar dalam pembelajaran Matematik. Pengajaran guru juga teratur dan bersistematik serta boleh menarik minat responden. Oleh yang demikian guru memainkan peranan yang penting kerana guru merupakan penyampai ilmu pengetahuan kepada responden. Tidak ketinggalan juga, majoriti responden menyatakan guru akan mengulangi kembali isi pelajaran dalam Bahasa Inggeris jika responden tidak faham akan isi pelajaran yang disampaikan. Pengulangan akan memberi impak yang baik dalam membolehkan ingatan responden lebih kekal lama. Ini bertepatan dengan kajian Abdul Rahim (2006) iaitu penerangan yang berulang kali oleh guru menyebabkan murid murid akan lebih cenderung mengingatnya dalam jangka masa yang lama serta mengukuhkan lagi pemahaman murid murid. Selain itu guru juga membimbing responden secara individu bagi memastikan responden dapat menguasai isi pelajaran yang disampaikan. Ini tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan guru akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran Matematik tetapi yang menjadi masalah ialah bergantung kepada penerimaan responden sendiri bagi menguasai pembelajaran Matematik. Kebanyakan responden juga bersetuju dan menyatakan guru memberi tunjuk ajar apabila responden menghadapi masalah Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ini membolehkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh responden tidak berlanjutan dan dengan segera dapat diatasi. Ini selari dengan dapatan kajian Sinari (2003) iaitu tunjuk ajar daripada guru amat penting bagi membimbing pelajar dan membolehkan pelajar tidak menghadapi sebarang masalah pembelajaran. Peroslan Kajian Keempat Pengaruh faktor persekitaran terhadap pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris Tahun Lima. Purata skor min yang diperolehi ialah 2.5 dan ia berada pada tahap yang sederhana. Ini menunjukkan majoriti responden bersetuju dengan setiap item dalam persoalan kajian ini mengenai aspek faktor persekitaran mempengaruhi masalah pembelajaran Matematik Tahun Lima dalam Bahasa Inggeris. Kajian mendapati pengaruhnya tidaklah begitu besar.

Selain itu dapatan ini menunjukkan responden menghadiri kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan penguasaan kemahiran Matematik dan seterusnya memperolehi markah yang baik dalam peperiksaan. Di samping itu juga kebanyakan responden menyertai aktiviti yang diadakan oleh sekolah seperti menjadi ahli Kelab Matematik atau pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Matematik. Keluarga pula banyak memberi dorongan dan bimbingan contohnya dengan membeli buku rujukan dan menghantar responden menghadiri kelas tiusyen berbayar bagi meningkatkan penguasaan kemahiran Matematik. Ini secara tidak langsung menyebabkan responden sentiasa bersungguh-sungguh dan berkeyakinan tinggi dalam pembelajaran. Ini selari dengan pendapat Hassan (1996) dalam kajian yang dijalankan mendapati sokongan, dorongan dan keyakinan diri yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada anak-anak dalam pembelajaran. Ini tidak dinafikan kerana responden juga menyertai aktiviti sekolah seperti menyertai pertandingan Choral Speaking. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam Bahasa Inggeris. Di samping itu juga responden menghadiri kelas tambahan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Kelas tambahan yang diadakan di sekolah adalah wajib. Ini adalah kerana pihak sekolah mendapat bantuan daripada pihak Pusat Urus Zakat dalam mengendalikan kelas tambahan. Bantuan yang diberikan oleh pihak Pusat Urus Zakat adalah dari segi penyediaan modul pembelajaran dan bayaran kepada guru-guru yang terlibat. Ini secara tidak langsung mempengaruhi pembelajaran Matematik bagi setiap responden. Selain itu bagi golongan yang berpendapatan rendah iaitu di bawah RM500 pula anak-anak mereka diberi skim bantuan tiusyen bagi mata pelajaran utama seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada mereka belajar di luar waktu sekolah yang dikendalikan oleh guru-guru sekolah sendiri. Selain itu ada juga yang belajar di kelas tiusyen berbayar bagi meningkatkan penguasaan kemahiran Matematik. Ini berlaku bagi sebilangan responden yang latar belakang keluarga yang berpendapatan tinggi dan sederhana. Bagi mereka yang kurang berkemampuan, responden hanya belajar di kelas tambahan anjuran sekolah. Keluarga juga patut memainkan peranan yang penting bagi membimbing responden di rumah. Keluarga yang prihatin akan menyebabkan keputusan peperiksaan resaponden berada pada tahap yang tinggi. Dorongan dan bimbingan dari keluarga boleh menyebabkan responden akan berusaha bersungguh-sungguh dan berkeyakinan tinggi dalam pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ini selari dengan pendapat Hassan (2006) yang menyatakan sokongan dan dorongan keluarga akan menyebabkan responden berusaha bersungguh-sungguh. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa faktor persekitaran juga mempengaruhi pembelajaran Matematik tahun lima dalam Bahasa Inggeris. Majoriti responden menonton rancangan televisyen dalam Bahasa

Inggeris bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan seterusnya membolehkan mereka belajar Matematik belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris. Justeru itu bolehlah dikatakan bahawa faktor persekitaran boleh mempengaruhi pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris Tahun Lima. Kejayaan seseorang pelajar itu terletak pada sejauh mana usaha yang dilakukan oleh mereka dan faktor-faktor persekitaran hanya merupakan faktor penolak kepada kecemerlangan. Di samping itu juga sekolah yang dipilih ini adalah sekolah yang baru beroperasi dan ini adalah tahun keempat. Suasana pembelajaran di sini juga selesa dengan mendapat kemudahan asas yang baik dari segi suasana pembelajaran. Oleh itu secara purata murid-murid dapat belajar dengan baik dan tidak menghadapi masalah yang besar di dalam pembelajaran Matematik Tahun Lima. Suasana sebegini amat mempengaruhi pembelajaran murid-murid dan ia menyebabkan faktor asas ini tidak mempunyai pengaruh yang besar di dalam pembelajaran Matematik berbanding dengan sekolah-sekolah yang lain. Penutup Hasil kesimpulan dan perbincangan yang telah dibuat dapat dirumuskan bahawa terdapat faktor yang mempengaruhi pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kajian mendapati tiada pengaruh yang besar dalam masalah pembelajaran Matematik Tahun Lima. Kebanyakan responden bersetuju dengan item yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Tidak ketinggalan juga responden tidak menghadapi masalah yang besar dalam pembelajaran Matematik. Ini dapat dilihat iaitu pihak sekolah iaitu tenaga pengajar sentiasa berusaaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam peperiksaan UPSR. Ini dapat dilihat iaitu semua responden menghadiri kelas tambahan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Kelas tambahan yang diadakan di sekolah adalah wajib. Selain itu sekolah sentiasa mendapat bantuan luar bagi mengadakan program kecemerlangan pelajar contohnya melalui bantuan yang diberikan oleh pihak Pusat Urus Zakat iaitu dari segi penyediaan modul pembelajaran dan bayaran kepada guru-guru yang terlibat. Ini secara tidak langsung mempengaruhi pembelajaran Matematik bagi setiap responden. Selain itu ada juga yang belajar di kelas tiusyen berbayar bagi meningkatkan penguasaan kemahiran Matematik. Ini berlaku bagi sebilangan responden yang latar belakang keluarga yang berpendapatan tinggi dan sederhana. Bagi mereka yang kurang berkemampuan, responden hanya belajar di kelas tambahan anjuran sekolah. Keluarga juga patut memainkan peranan yang penting bagi membimbing responden di rumah. Keluarga yang prihatin akan menyebabkan keputusan peperiksaan resaponden berada pada tahap yang tinggi. Dorongan dan bimbingan dari keluarga boleh menyebabkan responden akan berusaha bersungguh-sungguh dan berkeyakinan tinggi dalam pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ini selari dengan pendapat Hassan dalam kajian

Rujukan Abdul Rahim Bakar dan Awang Sariyan (Ed.), (2005). Suara Pejuang Bahasa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia. Amin Senin, (1993). Memahami Matematik Pra Sekolah & Sekolah Rendah. Negeri Selangor.DB Teuku Iskandar, (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. DBP. Hassan Ali. (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Ibrahim Md Noh (1994). Reformasi Pendidikan Matematik dan Keperluan- Keperluannya. Jurmal Matematik dan Sains. Bahagian Pendidikan Guru. Jilid 1. Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi pelajar 3 buah sekolah Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Tidak ditean.rbit Kamus Dewan (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Majid bin Konting (1994). Kaedah Penyelidikan pendidikan.kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Najib bin Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan pendidikan. Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Nik Azis Nik Pa,(1996). Penghayatan Matematik KBSR/KBSM. Selangor. DBP. Noraini Idris (2005) Pedagogi dalam Pendidikan Matematik, Selangor: Utusan Publications. Sinari Mohd Eunos (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru dalam Sulaiman Masri, (2005). Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (esei, proposal, tesis). Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd