SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

dokumen-dokumen yang mirip
SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

19/10/2016 PENGENALAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan

SEMINAR PENDEKATAN WASATIYYAH PERINGKAT KEBANGSAAN : PEMAHAMAN, PENERAPAN SERTA CABARAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH ( CAWANGAN PULAU PINANG ) MODUL PENILAIAN S.P.M 2011 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit

BAB 7 Hubungan Etnik Dari Segregasi Ke Integresi

BAB VI PENUTUP. Berdasarkan kepada perbincangan pada Bab V, dan pada Bab-Bab sebelumnya, maka

10 JUN Y.B. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG minta PERDANA MENTERI menyatakan:

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

CHIA CHONG YANG A143398

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3

Prinsip Pembangunan Komuniti

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

CABARAN HUBUNGAN ETNIK SAS / CTU 553 BAB 7 - CABARAN HE 1

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Penggerakkan Doa Kesatuan Doa (PU) Cadangan dan Peraturan Asas

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

H U B U N G A N E T N I K. Dasar Ekonomi Baru

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran HUBUNGAN ETNIK. emkay 1

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Pengurusan dan Pembuatan Keputusan FEM 3201

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

Taklimat untuk Guru BM

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

Seterusnya, semua agama didapati mempunyai peranan untuk memenuhi beberapa keperluan psikologi dan sosial yang penting. Antaranya ialah agama

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Menginstitusikan TPP. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

JKA 101- Pengantar Antropologi dan Sosiologi

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

Model Pengurusan Strategik

MENGEMBALIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA IBUNDA DI SEKOLAH RENDAH.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

komuniti jaya diri merupakan proses Kekuatan sesebuah komuniti akan diperkukuhkan lagi melalui kerjasama dan penglibatan ahli Komuniti seolah-olah

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2

TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIA

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Transkripsi:

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 INSTITUSI AGAMA KULIAH MINGGU 13

KONSEP AGAMA Agama merupakan set kepercayaan dan pandang dunia (worldview), iaitu idea-idea tentang sifat kewujudan (nature of existence), matlamat kewujudan, masalah kewujudan dan cara mengatasi masalah tersebut. Pandang dunia sesuatu agama mencerminkan perkara yang dihargai dan sebaliknya nilai-nilai berkaitan persoalan rohaniah, akhlak dan sosial yang didokong oleh agama berkenaan. Agama mempunyai lambang-lambang teras (core symbols) yang merupakan embodiment dan pengucapan kepercayaan dan nilai-nilai utama yang ingin diterapkan ke dalam masyarakat (Sharifah Zaleha, 2012). Sosiologis mengertikan agama sebagai set kepercayaan, simbol dan amalan yang dihubungkaitkan dengan sesuatu yang kudus (sacred), yang dianggap sangat penting. Ia dipercayai mempunyai kuasa luar biasa, bermakna dan diperlukan dalam kehidupan seharian masyarakat (Abdul Halin, 2003).

KONSEP AGAMA Bagi masyarakat yang bertamadun tinggi, agama merupakan sebuah struktur institusi penting sehingga agama dikatakan sebagai seluruh sistem sosial. Persoalan yang berkaitan dengan agama adalah berbeza dengan persoalan bukan agama seperti ekonomi, politik, kenegaraan kerana ke semuanya bersifat material (benda) Agama bersifat abstrak, ia adalah `dunia luar, pengalaman transenden atau the beyond. Agama merangkumi sistem kepercayaan dan amalannya sekali. Setiap amalan agama mempunyai fungsinya (peranan) tersendiri yang kebanyakannya dikaitkan dengan pandangan dunia masyarakatnya. Pengkaji antropologi keagamaan telah menekankan kajian mereka kepada sistem kepercayaan masyarakat yang mengandungi perasaan berani, hormat dan takut yang dianggap oleh manusia terhadap alam ini selain daripada objek dan pengalaman secara langsung (Abdullah Taib, 1985).

KONSEP AGAMA Pendapat ini, banyak memberikan sumbangan ke atas pembentukan teori keagamaan yang dikemukakan oleh Emile Durkheim dalam karyanya, The Elementary Forms of the Religious Life pada 1912. Durkheim menghujah bahawa penganut agama tidak bertanya bagaimana agama wujud, akan tetapi ialah bagaimana cara melakukan sesuatu dengan cara yang betul. Agama juga dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti penghalang kemajuan dan agama sebagai sesuatu yang bersifat reaksional. Agama juga dikaitkan sebagai pencetus atau punca fanatisme, fundalmentalisme, radikalisasi, anti-rasional dan pelbagai label negatif. Malah atas nama agama juga berlaku pergaduhan, peperangan, kemusnahan harta benda dan nyawa. Malah ada juga individu atau kelompok yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Kefahaman mengenai asas agama amat penting agar manusia tidak memberikan label dan persepsi yang negatif mengenai agama dalam masyarakat.

PERANAN AGAMA Para sosiologis cuba memahami agama dari segi peranannya dalam mengesani kehidupan ahlinya dan juga bagaimana ahli masyarakat tersebut sendiri pula mempengaruhinya. Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama itu, atau sama ada Tuhan wujud atau tidak. Agama berperanan dan berpotensi dalam mempengaruhi jati diri dan identiti seseorang atau kelompok. Agama boleh melakukan empat perkara. Agama boleh mendorong manusia menubuhkan komuniti iman (faith community) yang berbeza dari segi amalan dan tingkah lakunya daripada kumpulan lain. Agama boleh menentukan dengan siapa ahli komuniti tersebut boleh atau tidak boleh berinteraksi dan berhubungan. Agama boleh menggalak manusia membandingkan komuniti yang mereka anggotai dengan kumpulan atau komuniti lain; Agama boleh menanam keinginan mendalam dalam kalangan ahli kelompok untuk memberi pernyataan kepada keyakinan mereka.

PERANAN AGAMA Agama juga dikenali sebagai tenaga penyatu (unifying force) terhadap aspirasi manusia yang paling murni sehingga membentuk idealisme Agama dianggap sebagai sejumlah himpunan nilai-nilai moral Agama dianggap sebagai benteng ketahanan masyarakat dan kedamaian individu yang menjadi asas penting untuk menegakkan keagungan peradaban dan tamadun manusia. Tanpa agama, sudah tentu manusia akan mengalami pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka. Secara ringkas, agama berperanan dalam mengikat penganutnya ke dalam satu kesatuan yang kukuh dan kemampuannya mewujudkan kestabilan dalam masyarakat.

PERSPEKTIF SOSIOLOGI TERHADAP AGAMA

PERSPEKTIF FUNGSIONALIS Perspektif fungsionalis ini berdasarkan pandangan sosiologis Durkheim yang melihat agama dari segi fungsinya dalam memenuhi keperluan masyarakat. Bagi Durkheim, agama merupakan satu sistem kepercayaan dan ritual berhubung dengan sesuatu yang suci atau kudus, bukan sesuatu yang bersifat duniawi (profane). Durkheim menjelaskan agama berfungsi kerana ia mengikat (menyatukan) orang bersama sebagai kelompok penganut. Perkara tersebut boleh dicapai kerana pengikut agama berkongsi nilai dan kepercayaan moral yang serupa yang membentuk satu kesedaran kolektif (collective consciousness). Kesedaran kelompok seperti ini menjadi asas kepada keteraturan sosial, pengawalan tindakan dan kerjasama serta perpaduan kelompok. Penyembahan keagamaan secara kolektif, misalnya berfungsi mengukuhkan hubungan sesama ahli masyarakat, kerana masing-masing sebenarnya berkongsi kepercayaan dan juga simbol yang disembah. Durkheim juga melihat agama sebagai memberi makna dan tujuan kepada hidup dalam kalangan pengikutnya (Macionis, 1999).

PERSPEKTIF INTERAKSIONISME SIMBOLIK Perspektif interaksionisme simbolik menjelaskan bahawa agama berkuasa dan mempunyai pengaruh pada kehidupan masyarakat. Hal ini kerana adanya komitmen ahli masyarakat sendiri kepada kepercayaan keagamaan. Juga kerana kesediaan mereka untuk sentiasa menghubungkaitkan segala tindakan mereka dengan kepercayaan tersebut (Macionis, 1999; Turner, 1985). Agama mempunyai simbol-simbol tertentu yang dianggap kudus, luar biasa dan mulia oleh komuniti penganutnya. Lambang (simbol) tersebut memberi identiti tersendiri kepada komuniti penganut berkenaan serta berperanan besar dalam mewujudkan perpaduan penganut (Henslin, 2001). Dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai agama, misalnya institusi masjid, gereja, kuil, gurdwara merupakan simbol perpaduan yang jelas dan berfungsi. Sebenarnya ritual agama juga merupakan simbol yang mengikat penganut ke dalam satu komuniti Komuniti yang terbentuk oleh ikatan kepercayaan agama, yang diadun dengan nilai-nilai mulia dan suci, serta simbol-simbol agama merupakan entiti yang berkuasa dan berpengaruh. Dari sudut perspektif interaksionisme simbolik, komuniti mampu mengawal tindakan ahlinya sehingga ke tahap menyisihkan ahli yang bersalah daripada kumpulan.

PERSPEKTIF KONFLIK Perspektif konflik memperlihatkan pandangan sosiologis Karl Marx tentang rol agama dalam menyokong dan mengekalkan hierarki sosial (Macionis, 1999). Menurut Marx agama memuliakan kumpulan elit yang memerintah, mengesahkan kedudukan mereka dan menekankan kewajaran golongan bawahan untuk mentaati mereka. Menurut Marx agama adalah candu masyarakat, iaitu sesuatu yang mengkhayalkan masyarakat sehingga menerima susun lapis sosial, ketaksamaan ekonomi dan kuasa serta perbezaan status dan kelas sosial sebagai kehendak Tuhan (Browne, 1992). Marx juga menghujah bahawa apabila wujud pengagihan sumber yang tidak adil dalam masyarakat, akan berlaku penindasan dan alienasi (pengasingan) kelompok tertentu. Marx menegaskan akan berlaku penindasan dan peminggiran pekerja oleh golongan pemodal (borjuis) sehingga agama menjadi alat yang meredakan derita penindasan dan penekanan. Agama menjadi seperti pelindung agar orang menjadi lebih sabar dan tahan keperitan apabila teringatkan agama. Agama juga merupakan satu mekanisme kawalan sosial yang menghalang berlakunya konflik antara penindas dengan golongan yang ditindas. Namun, ia terus menjadi pengekal stratifikasi sosial dan penindasan dalam masyarakat.

IDENTITI BERKAITAN AGAMA Identiti sesuatu masyarakat amat berkait dengan agama dan budaya. Agama dan identiti tidak dapat dipisahkan kerana setiap penganut mempunyai identiti agama yang tersendiri. Pentingnya identiti kerana ia melambangkan hubungan individu serta keakuran (kepatuhan) dengan agamanya. Setiap kumpulan etnik mempunyai ciri budaya dan agama yang melambangkan identiti dan menentukan sempadan etnik mereka. Seseorang yang menganggap dirinya sebagai ahli etnik tertentu mengidentifikasikan dirinya sebagai ahli kumpulan tersebut, berkongsi nilai agama dan budaya yang sama dan mempunyai keahlian yang boleh dikenal pasti oleh orang lain.

IDENTITI BERKAITAN AGAMA Menurut Shamsul (1996) setiap realiti sosial sebagai terbentuk daripada dua pendekatan yang saling melengkapi, iaitu pendekatan tafsiran autoriti (authority-defined) dan tafsiran harian (everydaydefined). Realiti sosial tafsiran autoriti adalah pendekatan yang melihat sesuatu fenomena sosial menerusi kaca mata ahli-ahli yang mempunyai kedudukan yang berautoritatif, tetapi tidak terbabit dalam fenomena sosial tersebut secara langsung. Kepelbagaian etnik dalam masyarakat, apabila dilihat melalui pendekatan ini, cenderung digambarkan sebagai umum, seragam dan statik. Gambaran mengenai sesebuah kategori etnik misalnya, dibina berdasarkan identiti kolektif yang menekankan penanda-penanda identiti etnik yang paling menyerlah untuk membezakannya dengan kategori etnik lain.

IDENTITI BERKAITAN AGAMA Akibatnya, pendekatan tafsiran autoriti tidak mampu memberikan gambaran kepelbagaian etnik dalam masyarakat yang dinamik lagi pelbagai yang wujud dalam kehidupan harian. Kepelbagaian etnik dalam kehidupan seharian hanya dapat diserlah atau dilihat menerusi satu lagi pendekatan yang lebih mikro, iaitu tafsiran harian. Melalui pendekatan ini, identiti etnik digambarkan sebagai artikulasi pengalaman peribadi di mana gambaran tentang siapa diri pelaku sebagai ahli kumpulan etnik, terbit dan dipengaruhi oleh pengalaman yang dilalui mereka dalam kehidupan seharian (Shamsul 1996). Wacana identiti yang dibahas oleh Shamsul (1996) berasaskan dua pendekatan, iaitu authority-defined dan everyday-defined penting dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya. Perlu ditegaskan, identiti seseorang dalam sesuatu keadaan tidak mutlak. Identiti adalah sesuatu ciptaan sejarah dan bersifat dinamik.

KEAKURAN AGAMA Setiap agama mempunyai matlamat, tanpa mengira agama masyarakat mudah (simple) atau kompleks. Keakuran agama bermaksud kepatuhan individu dalam ajaran agama masingmasing. Keakuran juga boleh diertikan sebagai kesetiaan individu dalam menjalani kehidupan sebagai penganut agama masing-masing. Setiap penganut apa juga agama, sosiologis perhatikan, mempunyai matlamat mendapatkan keselamatan di dunia ini atau di kedua-dua dunia, yang sekarang dan yang akan datang (Johnson, 1996). Bezanya adalah dari segi cara keselamatan itu diperoleh serta bentuk keselamatan yang diharapkan oleh pengikut sesuatu agama. Cth Rukun Islam Norma keagamaan atau cara yang diakui dan dipatuhi masyarakat untuk memperoleh keselamatan, sebenarnya berfungsi menstabilkan keadaan masyarakat itu sendiri (Abdul Halin, 2003).

MASALAH RADIKALISASI AGAMA Konsep radikalisasi adalah kepercayaan pada sebuah gagasan atau prinsip radikal dalam melakukan perubahan secara ekstrem terhadap institusi politik dan sosial. Dalam pengertian politik, gagasan ini muncul pertama kali dari Charles James Fox (1749-1806), yang menginginkan suatu reformasi radikal untuk membela kebebasan dan penghapusan perdagangan kanak-kanak. Sejak itu, gagasan radikalisasi ini telah meluas dalam pelbagai bidang seperti sosiologi dan sains politik. Radikalisasi dapat dibezakan dalam dua peringkat, iaitu peringkat pemikiran dan peringkat tindakan. Pada peringkat pemikiran, radikalisasi masih berupa wacana, konsep dan gagasan (idea) yang masih dalam perbincangan mengenai aspek penggunaan cara-cara kekerasan untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Manakala pada peringkat tindakan pula, radikalisasi wujud dalam aspek sosio-politik dan agama.

MASALAH RADIKALISASI AGAMA Dalam aspek politik, fahaman radikalisasi ini kelihatan daripada tindakan memaksakan pendapatnya dengan cara-cara yang bertentangan dengan undang-undang (perlembagaan). Dalam peringkat tindakan, kelompok ini dapat mengerakkan (mobilise) pengikutnya untuk memenuhi kepentingan politik tertentu dan situasi ini seterusnya berakhir dengan konflik sosial dalam masyarakat. Dalam bidang keagamaan pula, fenomena radikalisasi agama dapat dilihat daripada tindakan yang bersifat destruktif dan huru hara (anarki) atas nama agama dari sekelompok orang terhadap kelompok pemeluk agama lain (external) atau kelompok seagama (internal) yang berbeza dan dianggap sesat. Termasuk dalam tindakan radikalisasi agama adalah aktiviti untuk memaksakan pendapat, keinginan, dan cita-cita keagamaan dengan jalan kekerasan yang sebenarnya bertentangan dengan ajaran agama sebenar. Radikalisasi agama ini boleh menjangkiti semua penganut agama.

MASALAH RADIKALISASI AGAMA Radikalisasi dalam sebuah ideologi dan agama biasanya berlaku kerana beberapa faktor, seperti kegagalan individu/kelompok memahami mesej agama secara bersepadu (integral) dan menyeluruh (comprehensive), sehingga ada yang memilih melakukan tindakan ekstrem. Ada juga radikalisasi diciptakan oleh golongan elit untuk kepentingan politik. Perkara tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan hubungan antara penganut agama bukan sahaja di negara yang mengalami masalah dalam menguruskan radikalisasi agama malah juga di seluruh dunia. Penyebaran fahaman radikalisasi agama telah berubah daripada sebaran majalah dan buku kepada penggunaan bahan melalui internet. Selain menggunakan media cetak, kelompok radikal juga memanfaatkan dunia maya untuk menyebarluaskan informasi, misalnya mengenai konsep jihad. Radikalisasi agama ini memerlukan perhatian semua pihak terutama kerajaan dan institusi sosial dalam membendung fenomena ini agar tidak menjejaskan kestabilan masyarakat dan keselamatan serta ketahanan negara.

TERIMA KASIH