BAB VI PENUTUP. Berdasarkan kepada perbincangan pada Bab V, dan pada Bab-Bab sebelumnya, maka

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "BAB VI PENUTUP. Berdasarkan kepada perbincangan pada Bab V, dan pada Bab-Bab sebelumnya, maka"

Transkripsi

1 BAB VI PENUTUP Berdasarkan kepada perbincangan pada Bab V, dan pada Bab-Bab sebelumnya, maka boleh dikemukakan beberapa kesimpulan yang sekaligus merupakan penemuan dalam penyelidikan ini. 1. Menurut Giddens kekuasaan berpunca daripada pengurusan dan penggunaan sumber daya yang dibezakan menjadi dua, iaitu sumber daya allocative dan sumber daya authoritative (autoritatif). Sumber daya allocative adalah penguasaan terhadap harta benda (ekonomi) seperti tanah, teknologi, alat-alat produksi, pendapatan dan lainlain. Adapun Sumber daya authoritative adalah penguasaan atas orang-orang, keputusan, atau kebijakan (politik). Pemimpin adat yang mampu memanfaatkan peluang kebebasan untuk meluaskan kekuasaan sebagai kepala desa, seperti Heri Yurizal Effendi, sehingga ia boleh dipilih menjadi kepala desa oleh masyarakat secara majoriti adalah pemimpin adat yang telah memiliki sumber-sumber kekuasaan, khasnya sumber daya autoritatif, lebih banyak daripada pemimpin adat yang lain sama ada di dalam adat mahupun di luar adat seperti kemampuan memimpin dan kemampuan membina hubungan sosial. Sesuai dengan dualiti Giddens, perluasan kekuasaan pemimpin adat seperti Heri Yurizal Effendi menjadi kepala desa tidak terlepas daripada dua faktor yang menyokong, iaitu struktur dan aktor/agent. Faktor struktur iaitu terbukanya peluang kebebasan berpolitik di Indonesia melalui Reformasi kekuasaan sejak dikuatkuasakan Undang-Undang No. 22 Tahun 1999 yang kemudian dirubah oleh UU No. 32 Tahun Faktor kedua adalah pemimpin adat sebagai aktor/agent yang memiliki kemampuan. 311

2 Berdasarkan kepada kebebasan berpolitik (sebagai struktur), aktor, seperti Heri Yurizal Effendi boleh terbabit di dalam parti politik dan dalam organisasi-organisasi sosial. Keaktifan dalam parti dan organisasi-organisasi sosial tersebut kemudian memberikan kesan terhadap peningkatan kemampuan keperibadian yang berkenaan sebagai seorang aktor, seperti kemampuan memimpin dan kemampuan membina hubungan sosial. Dengan kemampuan tersebut, Heri Yurizal Effendi telah mampu mengawal dan mengarahkan interaksi sosial dalam adat, dalam parti politik dan dalam organisasi sosial. Pada masa yang sama aktor dengan kemampuankemampuan itu memanfaatkan peluang kebebasaan tersebut untuk tujuan politik tertentu seperti menjadi kepala desa. Hal ini berlaku kerana struktur menurut Giddens berfungsi constrains (mengendalikan aktor) dan juga berfungsi enabling (menuntun atau memperdayakan aktor) untuk mempengaruhi atau membentuk struktur. Jadi, pemimpin adat Heri Yurizal Effendi menjadi kepala desa dalam konteks dualiti Giddens adalah hasil daripada hubungan antara struktur dan aktor/agent yang saling menyokong dan saling mempengaruhi. Dalam tindakan meluaskan kekuasaan, sumber-sumber kekuasaan (sumber daya autoritatif) secara tradisional dalam adat nampaknya kurang berpengaruh secara signifikan bagi pemimpin adat dalam meluaskan kekuasaan jika dibandingkan dengan sumber-sumber kekuasaan di luar adat. Oleh itu, jika seseorang pemimpin adat memiliki sumber kekuasaan yang bersifat konvensional (selain adat) lebih banyak, ia akan memiliki peluang semakin banyak untuk meluaskan kekuasaan di luar adat. 2. Hubungan kekuasaan antara kepala desa (berasal daripada salah satu pemimpin adat) dan pemimpin adat yang lainnya dalam desa seperti desa Banjar Negeri memiliki hubungan yang tidak terjalin dalam bentuk kerjasama. Hubungan kekuasaan yang demikian adalah kekuasaan masing-masing pemimpin (kepala desa 312

3 dan pemimpin adat) saling berdiri sendiri. Salah satu tujuannya adalah untuk memperjuangkan atau mempertahankan identiti diri masing-masing pemimpin tersebut sebagai individu yang autonom sesuai dengan aspirasi dan sumber daya yang dimiliki. Hubungan kekuasaan yang tidak terjalin dalam bentuk kerjasama tersebut boleh dilihat daripada pelaksanaan kekuasaan dalam penyelenggaraan pemerintahan desa yang tertumpu pada sekumpulan orang tertentu sahaja yang berdasarkan kepada hubungan kekerabatan dan kekeluargaan (daripada saibatin Banjar Negeri dan daripada suku yang sama). Mereka memiliki banyak pengaruh dalam proses membuat keputusan mahupun pelaksanaan kebijakan. Pengaruh mereka boleh tercermin, antaranya, dalam penunjukan para perangkat desa (kepala-kepala urusan dan kepala-kepala dusun), yang secara majoriti berdasarkan kepada ikatan kekerabatan dan kekeluargaan. Selain itu mereka juga menguasai Badan Permusyawaratan Desa (BPD), sebagai lembaga legislatif desa dan simbol daripada proses demokrasi pada peringkat desa, sehingga banyak keputusan dan pelaksanaan kebijakan yang dibuat tidak membabitkan pengurus-pengurus BPD yang lainnya. Selain itu, pengurus BPD juga tidak mencerminkan beberapa kekuatan yang ada (saibatin) dalam desa yang berkenaan. Pelaksanaan kekuasaan semacam itu lebih ditujukan untuk memperoleh keuntungan ekonomi dan politik (hendak mengekalkan kekuasaan menjadi kepala desa untuk kedua kali). Hubungan yang tidak terjalin dalam bentuk kerjasama juga dapat dilihat daripada respons yang datang daripada para pemimpin adat yang lainnya terhadap pelaksanaan kekuasaan yang tertumpu pada sekumpulan orang yang berdasarkan kepada ikatan kekerabatan dan kekeluargaan. Dalam memberi respons terhadap pelaksanaan kekuasaan tersebut, sebahagian mereka membentuk sesuatu kekuatan yang baharu sebagai kekuatan politik yang memiliki pengaruh dan tekanan yang 313

4 cukup signifikan terhadap kepala desa. Sesuai dengan dualiti Giddens, kekuatan tersebut sebagai dialectic of control terhadap kekuatan yang dibina oleh Heri Yurizal Effendi. Secara realiti kedua-dua kekuatan ini sebagai simbol daripada kekuatan antara satu saibatin dengan saibatin yang lain dan tidak berjalan sebagai satu kesatuan tetapi masing-masing berdiri secara sendiri-sendiri dan saling menghegemoni melalui tujuan politik sebagai wacana supaya masing-masing kekuatan boleh berlangsung. Tujuan politik kekuatan pertama adalah untuk mengekalkan kekuasaan kepala desa untuk tempoh kedua kali sedangkan tujuan politik kekuatan kedua adalah untuk mewujudkan para pemimpin adat boleh bersatu/bekerjasama dalam penyelenggaraan pemerintahan desa. Sebahagian yang lain daripada pemimpin adat memberikan respons yang berbeza. Respons tersebut secara am berupa sikap kurang simpati terhadap pelaksanaan kekuasaan dalam penyelenggaraan pemerintahan desa dan menurut mereka bahawa kewujudan BPD cenderung berkedudukan sebagai mesin stabilator politik kepala desa demi mencapai kepentingan politik tertentu, bukan untuk memajukan kepentingan masyarakat desa. Sehingga BPD bagi mereka sebagai lembaga yang lebih dijadikan sebagai standard kawalan dalam usaha mempertahankan status quo kekuasaan kepala desa. Sepatutnya, menurut mereka, pengurus BPD berasal daripada kekuatan-kekuatan yang ada (saibatin) dalam desa yang berkenaan. Pelaksanaan kekuasaan tersebut, yang tertumpu pada sekumpulan orang tertentu berdasarkan kepada hubungan kekerabatan dan kekeluargaan dan telah memberikan kesan terhadap hubungan kekuasaan yang berdiri sendiri antara kepala desa dan pemimpin adat, disebabkan oleh beberapa alasan. Alasan pertama adalah adanya perbezaan dalam sumber autoriti dan legitimasi. Pemimpin adat memiliki sumber autoriti dan legitimasi tradisional sedangkan kepala desa memiliki sumber autoriti 314

5 dan legitimasi legal rasional. Perbezaan sumber autoriti dan legitimasi itu memberikan arah terhadap perbezaan kepentingan yang kemudian memberikan pengaruh terhadap tindakan atau peranan mereka antara satu sama lainnya. Alasan kedua adalah tiada peraturan yang dibuat oleh pemerintah tempatan (pemerintah provinsi Lampung atau pemerintah kabupaten Pesawaran) yang mengatur sistem pemerintahan desa pada masyarakat hukum adat saibatin. Peraturan itu adalah sebagai peraturan lanjutan daripada UU No. 32 Tahun 2004 dan daripada Peraturan Pemerintah (PP) No. 72 Tahun UU tersebut telah mengakui autonomi dan demokrasi desa dan telah memberikan beberapa prinsip dasar dalam pengaturan sistem pemerintahan desa. Prinsip-prinsip tersebut adalah keanekaragaman, partisipasi, autonomi asli, demokrasi, dan prinsip pemberdayaan masyarakat. Namun tiada peraturan lanjutan tersebut memberikan gambaran bahawa pola pengaturan desa pada desa masyarakat hukum adat saibatin tidaklah berbeza dengan pola pengaturan desa pada desa selain masyarakat hukum adat. Alasan ketiga adalah kedudukan tawar-menawar pemimpin adat dalam keadaan lemah kerana ketiadaan organisasi yang boleh menyatukan para pemimpin adat dan boleh merubah modal sosial (nilai-nilai) masyarakat hukum adat yang berkenaan menjadi modal politik. Nilai-nilai tersebut adalah pi il pesenggiri, sebagai nilai dasar yang berhubungkait dengan mempertahankan harga diri, perilaku dan sikap yang boleh menjaga nama baik dan martabat secara peribadi atau secara kumpulan. Pi il pesenggiri ini meliputi empat unsur nilai yang lain iaitu juluk adek (bergelar dalam adat), nemui nyimah (sikap pemurah), nengah nyapur (sikap suka bergaul, atau suka bersahabat), dan sakai sambayan (tolong-menolong, gotong-royong). Masyarakat hukum adat saibatin mengakui bahawa kewujudan pemimpin adat berperanan, antaranya, mengarahkan, melaksanakan dan mempertahankan modal 315

6 sosial tersebut daripada satu generasi ke generasi selanjutnya dalam kehidupan bersama. Namun kekuatan modal sosial yang dimiliki tidak diikuti oleh kepaduan antara pemimpin adat yang satu dengan pemimpin adat yang lain, seperti di desa Banjar Negeri, masing-masing pemimpin adat saibatin berdiri sendiri-sendiri. Ada dua organisasi adat tempatan (Majlis Adat Lampung Selimau (MAL Selimau) dan ST. Batukh) yang masing-masing menghimpun para pemimpin adat. Namun kedua-dua organisasi tersebut belumlah kuat untuk menyatukan satu pemimpin adat dengan pemimpin adat yang lain, sehingga secara realiti, kewujudan para pemimpin adat belum merupakan satu kesatuan. Kedua-dua organisasi tersebut juga belum boleh menampakkan kemampuan untuk merubah kekuatan modal sosial dalam masingmasing saibatin menjadi modal politik bersama. 3. Berdasarkan kepada bentuk hubungan kekuasaan yang berlaku antara kepala desa dan para pemimpin adat, iaitu hubungan kekuasaan yang tidak terjalin dalam bentuk kerjasama, boleh diambil sesuatu pemahaman bahawa di dalam desa masyarakat hukum adat saibatin, kewujudan para pemimpin adat masih tersingkir dalam penyelenggaraan pemerintahan desa sekalipun kepala desa yang berkenaan berasal daripada salah satu pemimpin adat yang ada. Dengan demikian, kewujudan pemimpin adat pada masa Reformasi ini masih berkedudukan sama pada masa Orde Baru kerana kewujudan mereka belum diakui dan dihormati dengan sepatutnya. Bagaimana mewujudkan hubungan kekuasaan yang terjalin dalam bentuk kerjasama? Hubungan kekuasaan yang dimaksud adalah hubungan yang sama-sama menyerahkan hak kawalan secara unilateral untuk mencapai sesuatu matlamat bersama. Oleh itu, untuk mewujudkan hubungan kekuasaan tersebut diperlukan tindakan-tindakan yang jelas yang berhubungkait dengan struktur dan kemampuan pemimpin adat sebagai aktor/agent. 316

7 Tindakan yang berhubungkait dengan struktur adalah tindakan yang boleh merubah struktur yang menghambat (constraint) menjadi struktur yang menyokong (enabling) terwujudnya hubungan kekuasaan yang bekerjasama. Tindakan tersebut adalah mendesak pemerintah tempatan supaya mewujudkan peraturan yang mengakui dan menghormati kewujudan masyarakat hukum adat berikut para pemimpin adat. Untuk mendorong supaya peraturan itu boleh terwujud, diperlukan sesuatu organisasi yang kuat yang boleh menyatukan para pemimpin adat saibatin dan juga boleh mengembangkan dan meningkatkan modal sosial yang dimiliki menjadi kekuatan modal politik sehingga kewujudan pemimpin adat memiliki peran dan pengaruh yang luas dalam proses politik. Sedangkan tindakan yang berhubungkait dengan pemimpin adat sebagai aktor/agent adalah tindakan yang boleh meningkatkan kemampuan keperibadian para pemimpin adat untuk boleh menanggapi persoalan sosial dan politik pada setiap perubahan masa. Tindakan tersebut adalah memberikan politik pemberdayaan kepada para pemimpin adat sama ada dalam aspek politik mahupun dalam aspek sosial-budaya. Politik pemberdayaan itu boleh dilakukan melalui tindakan advokasi, yang meliputi dua pendekatan iaitu elitis dan populis. Elitis adalah sesuatu pendekatan yang tidak langsung membabitkan pemimpin adat, sedangkan populis adalah sesuatu pendekatan dalam setiap aktiviti membabitkan para pemimpin adat. Dengan adanya politik pemberdayaan ini para pemimpin adat diharapkan mampu membuat hujjah rasional daripada pelbagai macam perkara yang dihadapi dan sekaligus mampu membuat keputusan-keputusan bagi perkara-perkara tersebut. 317

BAB TUJUH RINGKASAN, IMPLIKASI, DAN PENUTUP. untuk menganalisis mekanisme pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam konteks

BAB TUJUH RINGKASAN, IMPLIKASI, DAN PENUTUP. untuk menganalisis mekanisme pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam konteks BAB TUJUH RINGKASAN, IMPLIKASI, DAN PENUTUP 7.1 Pengenalan Seperti dihuraikan sebelum ini, bahawa kajian dalam penyelidikan ini adalah untuk menganalisis mekanisme pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam

Lebih terperinci

PERATURAN DAERAH PROPINSI LAMPUNG NOMOR 4 TAHUN 2009

PERATURAN DAERAH PROPINSI LAMPUNG NOMOR 4 TAHUN 2009 PERATURAN DAERAH PROPINSI LAMPUNG NOMOR 4 TAHUN 2009 TENTANG PERUBAHAN ATAS PERATURAN DAERAH PROPINSI DAERAH TINGKAT I LAMPUNG NOMOR: 01/Perda/I/DPRD/71-72 TENTANG BENTUK LAMBANG DAERAH PROPINSI LAMPUNG

Lebih terperinci

sebaliknya, karena di dalam kehidupan nyata keduanya tak dapat dipisahkan dan selamanya merupakan dwitunggal.

sebaliknya, karena di dalam kehidupan nyata keduanya tak dapat dipisahkan dan selamanya merupakan dwitunggal. 2 sebaliknya, karena di dalam kehidupan nyata keduanya tak dapat dipisahkan dan selamanya merupakan dwitunggal. Menurut Fredirck (dalam Annisa Yudi, 2011: 3), menyatakan bahwa perilaku birokrasi pemerintah

Lebih terperinci

I. PENDAHULUAN. Bangsa Indonesia dengan keanekaragaman adat istiadat yang terdiri dari berbagai macam

I. PENDAHULUAN. Bangsa Indonesia dengan keanekaragaman adat istiadat yang terdiri dari berbagai macam I. PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah Bangsa Indonesia dengan keanekaragaman adat istiadat yang terdiri dari berbagai macam suku bangsa dan agama merupakan pengembangan kebudayaan nasional karena kebudayaan

Lebih terperinci

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT PENGENALAN KANDUNGAN BAB 7 7.1 7.2 7.3 7.4 Hasil Pembelajaran Mengenalpasti asas hubungan antara etnik-etnik di Malaysia Mengenal pasti cabaran-cabaran hubungan etnik di Malaysia Menghuraikan isu-isu penting

Lebih terperinci

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA PENGENALAN 2 BAB 7 HUBUNGAN ETNIK DI Hasil Pembelajaran Mengenalpasti asas hubungan antara etnik-etnik di Malaysia Mengenalpasti cabarancabaran hubungan etnik di Malaysia Menghuraikan isu-isu penting dalam

Lebih terperinci

MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH

MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH Pendahuluan Modul ini bertujuan untuk membantu Pengetua/ Guru Besar (PGB) bagaimana untuk memotivasi dan menggerakkan warga sekolah supaya

Lebih terperinci

ANGKET. B. Identitas Responden Nama/ Adek : Alamat : Jenis Kelamin : Umur : Pendidikan : Status : Pekerjaan :

ANGKET. B. Identitas Responden Nama/ Adek : Alamat : Jenis Kelamin : Umur : Pendidikan : Status : Pekerjaan : ANGKET PENGARUH PANDANGAN HIDUP PI IL PESENGGIRI (HARGA DIRI) TERHADAP SIKAP MASYARAKAT PADA KEKERABATAN LAMPUNG SAIBATIN DI DESA PADANG RATU KECAMATAN GEDONG TATAAN KABUPATEN PESAWARAN TAHUN 2010 A. Pengantar

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform BAB 8 : KESIMPULAN Kesedaran berpersatuan dalam kalangan kaum wanita di Sabah telah muncul dan bercambah sejak tahun 1950-an lagi menerusi penglibatan segelintir kaum wanita di kawasan bandar Jesselton

Lebih terperinci

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong, Ucapan Kho Hai Meng, Naib Pengerusi Dong Zong (Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia) di Konvensyen Rakyat Perak anjuran Pakatan Rakyat Negeri Perak Tarikh : 1 Mei 2012

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan BAB KEENAM PENUTUP 6.1 PENGENALAN Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan antara pendidikan yang dijalankan oleh intitusi formal dan pendidikan yang dianjurkan oleh

Lebih terperinci

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN. pendidikan melalui wakaf di institusi pendidikan dayah di Aceh. Pihak-pihak yang

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN. pendidikan melalui wakaf di institusi pendidikan dayah di Aceh. Pihak-pihak yang BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Kajian ini telah dijalankan ke atas pihak-pihak yang ada kaitan dengan pembiayaan pendidikan melalui wakaf di institusi pendidikan dayah di Aceh. Pihak-pihak

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

CABARAN HUBUNGAN ETNIK SAS / CTU 553 BAB 7 - CABARAN HE 1

CABARAN HUBUNGAN ETNIK SAS / CTU 553 BAB 7 - CABARAN HE 1 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SAS / CTU 553 BAB 7 - CABARAN HE 1 PENGENALAN Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa dan budaya sudah tentu tidak dapat lari dari

Lebih terperinci

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 INSTITUSI AGAMA KULIAH MINGGU 13 KONSEP AGAMA Agama merupakan set kepercayaan dan pandang dunia (worldview), iaitu idea-idea tentang sifat kewujudan (nature of existence),

Lebih terperinci

I. PENDAHULUAN. salah satu faktor penyebab keinginan manusia untuk hidup. membentuk sebuah komunitas yaitu masyarakat. Dalam memenuhi kebutuhan

I. PENDAHULUAN. salah satu faktor penyebab keinginan manusia untuk hidup. membentuk sebuah komunitas yaitu masyarakat. Dalam memenuhi kebutuhan 1 I. PENDAHULUAN A. Latar Belakang Manusia merupakan makhluk sosial yang hidup secara berkelompok dan saling bergantung satu sama lain. Secara naluriah manusia cenderung bersifat dinamis dan mampu berkembang

Lebih terperinci

BAB 2 MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF. Wan Hanim Nadrah Binti Wan Muda

BAB 2 MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF. Wan Hanim Nadrah Binti Wan Muda BAB 2 MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF Wan Hanim Nadrah Binti Wan Muda KANDUNGAN 1. Membuat Keputusan Vs Penyelesaian Masalah 2. Langkah Dalam Proses Membuat Keputusan 3. Membuat Keputusan Secara

Lebih terperinci

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara. BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP 5.1 Pengenalan Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara. Antaranya ialah hukum pelaksanaan bay al- inah adalah dilarang di sisi majoriti

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis BAB I PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis dan lainnya. Pada ketika itu Aceh masih lagi berbentuk kerajaan (bukan Republik) dan hanya mempunyai

Lebih terperinci

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA PENSYARAH: DR YOSNI BAKAR DISEDIAKAN OLEH: SITI AISHAH BINTI TAHIRIN (A145653)

Lebih terperinci

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi. PENGUPAYAAN DALAM PENGURUSAN SEKOLAH: SEJAUH MANAKAH PENGETUA MENGAMALKANNYA Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya Mohammad Anuar Abd Rahman Hamdan Zainal Afuad Fakulti Pendidikan UTM Skudai Johore PENDAHULUAN

Lebih terperinci

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Membantah Cadangan Untuk Menambah Masa Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC Dan SJKT dan Membantah Cadangan Untuk Memperkenalkan Mata Pelajaran Malaysia Negaraku

Lebih terperinci

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Bajet 2016 yang bertemakan mensejahtera kehidupan rakyat amat bertepatan

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. pemeliharaan public property (harta milik am) termasuk proses peruntukan harta (dana)

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. pemeliharaan public property (harta milik am) termasuk proses peruntukan harta (dana) BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Baitul Mal adalah tempat yang dikhaskan untuk menyimpan dan menjaga harta kekayaan kaum Muslimin, yakni sebuah institusi yang bertanggungjawab atas pemeliharaan

Lebih terperinci

I. PENDAHULUAN. Indonesia merupakan negara kepulauan yang luas dan memiliki keragaman

I. PENDAHULUAN. Indonesia merupakan negara kepulauan yang luas dan memiliki keragaman 1 I. PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah Indonesia merupakan negara kepulauan yang luas dan memiliki keragaman budaya. Ada banyak ragam kebudayaan di Indonesia, bahkan setiap pulau di Indonesia memiliki

Lebih terperinci

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU DR.MADZNIYAH BT. MD. JAAFAR JABATAN R&I/ ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU Isu-isu Etika Guru Maksud

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kampus merupakan suatu persekitaran yang menempatkan ribuan pelajar untuk menjalankan aktiviti akademik. Di samping pelajar, sebuah kampus turut menempatkan

Lebih terperinci

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM. DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM. KERJA BERPASUKAN Kerja berpasukan merupakan kumpulan yang matang dengan ahli yang saling bergantung antara satu sama lain

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup BAB V PENUTUP Alhamdulillah, pengkaji bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup dengan kesimpulan dan cadangan.

Lebih terperinci

PILIHAN AWAM DAN POLITIK FISKAL

PILIHAN AWAM DAN POLITIK FISKAL PILIHAN AWAM DAN POLITIK FISKAL pengoptimuman peruntukan sumber ekonomi antara barang awam dengan barang swasta. o berasaskan pendekatan pilihan dan kepentingan individu pendekatan kepentingan awam akan

Lebih terperinci

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia BAB 5 Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: 1. Mengetahui perkembangan parti politik di Malaysia. 2. Menghuraikan usaha yang diambil

Lebih terperinci

Pengenalan Makroekonomi

Pengenalan Makroekonomi Topik 1 Pengenalan Makroekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan maksud makroekonomi dan lima isu utama dalam makroekonomi; 2. Menghuraikan dua dasar utama

Lebih terperinci

I. PENDAHULUAN. dan hal ini menunjukkan betapa eksisnya kesadaran primordial dalam kehidupan

I. PENDAHULUAN. dan hal ini menunjukkan betapa eksisnya kesadaran primordial dalam kehidupan I. PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah Perbedaaan suku bangsa merupakan suatu realitas sosial budaya bangsa Indonesia, dan hal ini menunjukkan betapa eksisnya kesadaran primordial dalam kehidupan bangsa

Lebih terperinci

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur, BAB 5 PENUTUP 5.1 PENDAHULUAN Secara umumnya dalam kajian ini, teori dan konsep produk berstruktur Islam telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur, pembahagian produk

Lebih terperinci

Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan

Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan perkembangan teknologi maklumat, Kamus Dewan. Konsep yang

Lebih terperinci

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN 4.1. Rumusan Pemberian hantaran telah menjadi satu kemestian dalam majlis perkahwinan. Amalan tersebut tidak kalah pentingnya dengan pemberian mahar. Ia sudah menjadi

Lebih terperinci

PELEMBAGAAN PARTISIPASI MASYARAKAT DESA MELALUI PEMBANGUNAN BKM

PELEMBAGAAN PARTISIPASI MASYARAKAT DESA MELALUI PEMBANGUNAN BKM PELEMBAGAAN PARTISIPASI MASYARAKAT DESA MELALUI PEMBANGUNAN BKM Oleh: Donny Setiawan * Pada era demokratisasi sebagaimana tengah berjalan di negeri ini, masyarakat memiliki peran cukup sentral untuk menentukan

Lebih terperinci

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan BAHAGIAN EMPAT Taksiran Prestasi dan Keberkesanan PENGENALAN AOB telah meluluskan kerangka kerja strategik baharu yang merangkumi prospek tiga tahun pasaran dan landskap pengawalseliaan. Kerangka kerja

Lebih terperinci

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS) KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS) CS KRITERIA TAHAP 1 CS1 Kemahiran Penyampaian idea tidak Penyampaian Lisan dan yakin, tidak jelas dan Bertulis tidak berkesan dan penyampaian idea terhad kepada lisan atau bertulis

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini. BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam

Lebih terperinci

I. PENDAHULUAN. mengetahui dan mempelajarinya. Kebudayaan bangsa Indonesia merupakan paduan

I. PENDAHULUAN. mengetahui dan mempelajarinya. Kebudayaan bangsa Indonesia merupakan paduan 1 I. PENDAHULUAN A. Latar Belakang Indonesia adalah salah satu negara yang mempunyai kebudayaan yang beraneka ragam baik jumlahnya maupun keanekaragamannya. Karena keanekaragaman tersebut indonesia menjadi

Lebih terperinci

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA TAJUK 4 Falsafah Pendidikan Barat Essentialisme Falsafah Pendidikan Barat Tradisional Perennialisme Progressivisme Falsafah Pendidikan Barat Moden Eksistensialisme

Lebih terperinci

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA SOAL SELIDIK KECERDASAN EMOSI DAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH KRBANGSAAN DI NEGERI SEMBILAN Saya amat

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Sesebuah organisasi memerlukan satu sistem yang khusus bagi memudah dan mempercepatkan proses kerja dalam usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti organisasi mereka.

Lebih terperinci

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia masih perlu

Lebih terperinci

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik Keutuhan Peribadi Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik Penghayatan Nilai dan Etika Nilai dan Etika dalam perkhidmatan awam adalah dasar utama yang akan melahirkan kecemerlangan,

Lebih terperinci

ANTARA BELANJAWAN NEGARA DAN BELANJAWAN ALTERNATIF Zulkifli Hasan

ANTARA BELANJAWAN NEGARA DAN BELANJAWAN ALTERNATIF Zulkifli Hasan ANTARA BELANJAWAN NEGARA DAN BELANJAWAN ALTERNATIF 2012 1.0 Pendahuluan Zulkifli Hasan Belanjawan merupakan dokumen yang amat penting bagi merencana perbelanjaan dan perancangan Negara. Belanjawan yang

Lebih terperinci

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI A. PEMAKAIAN Bil. Perkara 1 Standard ialah suatu kehendak minimum yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN 5.1 PENGENALAN Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan membincangkan kesimpulan dan saranan-saranan kepada pihak-pihak yang berkaitan bagi

Lebih terperinci

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.) Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Laman Web : www.penerangan.gov.my Portal : pmr.penerangan.gov.my E-mel :

Lebih terperinci

I. PENDAHULUAN. tujuannya. Artinya seorang pemimpin organisasi memegang peranan yang

I. PENDAHULUAN. tujuannya. Artinya seorang pemimpin organisasi memegang peranan yang I. PENDAHULUAN A. Latar Belakang Kepemimpinan dalam sebuah organisasi merupakan faktor yang sangat penting dalam menentukan keberhasilan organisasi dalam mencapai tujuannya. Artinya seorang pemimpin organisasi

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khasnya dalam bidang pengiklanan berasaskan Internet pada hari ini banyak menyumbang kepada kemajuan dalam perniagaan. Fungsi

Lebih terperinci

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang BAB IV METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pengenalan. Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang. setempat, berdasarkan asal-usul dan adat istiadat setempat yang diakui dan

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang. setempat, berdasarkan asal-usul dan adat istiadat setempat yang diakui dan BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Desa merupakan kesatuan masyarakat hukum yang memiliki batas-batas wilayah yang berwenang untuk mengatur dan mengurus kepentingan masyarakat setempat, berdasarkan asal-usul

Lebih terperinci

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran Sebagai pelabur, kita seringkali dipengaruhi oleh perspektif perilaku yang menghindari kita daripada membuat keputusan yang bijak. Apakah kelemahan

Lebih terperinci

ARAHAN: ( )

ARAHAN: ( ) OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) Kod Dokumen : OPR/HEPA/BR25/SPP BORANG SOAL SELIDIK AKTIVITI PELAJAR ARAHAN: BERIKUT DISENARAIKAN PERNYATAAN

Lebih terperinci

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF PENULISAN JURNAL REFLEKTIF Oleh Lt Kol (B) Hamid bin Awang hamid_awang@oum.edu.my Pengenalan Jurnal Reflektif (JF) juga dikenali sebagai log pembelajaran adalah himpunan rekod yang didokumenkan berasaskan

Lebih terperinci

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Perkembangan Sosial-Emosi Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Menurut kamus Advanced

Lebih terperinci

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia UCAPAN Y.B DATO SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA MAJLIS PERASMIAN UTM- INDUSTRY PASIR GUDANG COMMUNITY ENGAGEMENT (UTM-IPGCE) PADANG AWAM MASAI, JALAN SEKOLAH 9 MAC 2013 (SABTU),

Lebih terperinci

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN Pendahuluan Modul ini merupakan asas kepada kerja buat setiap individu dalam organisasi yang ingin memastikan hasil kerja yang dilakukannya berimpak besar.

Lebih terperinci

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Teori Kognitif : Teori Pilihan Dan Terapi Realiti Pengenalan Teori Kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Terdapat banyak teori-teori yang dikategorikan

Lebih terperinci

DASAR ANTI RASUAH RGIS

DASAR ANTI RASUAH RGIS DASAR ANTI RASUAH RGIS I. KENYATAAN DASAR Ia adalah menjadi dasar RGIS Holdings, LLC ( RGIS atau Syarikat ) menjalankan operasi di seluruh dunia secara beretika dan mematuhi undang-undang A.S. dan undang-undang

Lebih terperinci

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 205 BAB A10 JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN PENGENALAN Bab ini akan membincangkan perkara-perkara berikut: Jenis-jenis pelan Takaful Perubatan dan

Lebih terperinci

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI : SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI : MASALAH PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS SMK TUN TUAH DARIPADA : TAN SENG

Lebih terperinci

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON AVON PRODUCTS, INC. TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON Di Avon, kami percaya kepada lima nilai utama: Kepercayaan, Hormat, Pegangan, Rendah Hati, dan Integriti. Walaupun masing masing memainkan peranan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk

Lebih terperinci

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KONSEP ASPEK TATABAHASA Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata

Lebih terperinci

Mengenai Kempen Penyertaan Semua Untuk Kemalangan Sifar

Mengenai Kempen Penyertaan Semua Untuk Kemalangan Sifar Mengenai Kempen Penyertaan Semua Untuk Kemalangan Sifar 1. Kaedah Pelaksanaan Kempen Kemalangan Sifar Bahagian Promosi Kemalangan Sifar Teknik spesifik yang untuk dilaksanakan di tempat bekerja bagi merealisasikan

Lebih terperinci

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 80 AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA

Lebih terperinci

ULASAN BUKU PENGENALAN

ULASAN BUKU PENGENALAN [ULASAN BUKU] 25 KANUN (1) Hasani Mohd Ali 121 ULASAN BUKU Tata Wiyanta Penyelesaian Kes Kebankrapan di Mahkamah Tinggi, 2013. 383 halaman, ISBN 9789834607135. Pengulas: Hasani Mohd Ali hmohdali@ukm.my

Lebih terperinci

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN Di akhir kajian ini, penulis akan menarik beberapa poin-poin sebagai kesimpulan atas huraian-huraian yang telah dikemukakan. Di samping itu, penulis ingin mengajukan beberapa

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan industri yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi di negara ini. Industri ini

Lebih terperinci

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.1 Pendahuluan Secara umumnya, penggunaan kaedah transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Lebih terperinci

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 8 Khidmat Masyarakat dalam HASIL PEMBELAJARAN Kegiatan Kokurikulum Di akhir kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan matlamat khidmat masyarakat; 2. Mengenal pasti tumpuan projek khidmat

Lebih terperinci

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami BAB 5 PENUTUP 5.1 Rumusan Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan atau persetubuhan. Pemberian mahar yang merupakan adat tertua

Lebih terperinci

FAKTOR-FAKTOR PENGHINDAR PEMERKASAAN MASYARAKAT

FAKTOR-FAKTOR PENGHINDAR PEMERKASAAN MASYARAKAT BAB VI FAKTOR-FAKTOR PENGHINDAR PEMERKASAAN MASYARAKAT Konsep, Kebijakan, dan Implementasi 217 218 Bab VI FAKTOR-FAKTOR PENGHINDAR Pemerkasaan masyarakat miskinyang telah dilaksanakan oleh Usaha Ekonomi

Lebih terperinci

I. PENDAHULUAN. hakekatnya ditujukan untuk mempercepat terwujudnya kesejahteraan masyarakat

I. PENDAHULUAN. hakekatnya ditujukan untuk mempercepat terwujudnya kesejahteraan masyarakat I. PENDAHULUAN A. Latar Belakang Masalah Otonomi Daerah sebagai salah satu bentuk desentralisasi pemerintahan, pada hakekatnya ditujukan untuk mempercepat terwujudnya kesejahteraan masyarakat melalui peningkatan,

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bahagian III Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pindaan 2001 (Akta A1129) telah memperuntukkan keperluan kepada penyediaan sistem rancangan pemajuan sebagai

Lebih terperinci

Seterusnya? Memahami Kesedihan

Seterusnya? Memahami Kesedihan Seterusnya? Memahami Kesedihan Dapatkan maklumat lanjut di: palliativecare.my Disediakan oleh: Percetakan ini ditaja oleh: Apakah itu kesedihan? Kesedihan ialah respons yang dialami selepas kehilangan

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini membincangkan kesimpulan dan cadangan berdasarkan keputusan yang

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini membincangkan kesimpulan dan cadangan berdasarkan keputusan yang BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 AM Bab ini membincangkan kesimpulan dan cadangan berdasarkan keputusan yang diperolehi dalam kajian ini dan hubungkait dengan kajian-kajian yang lepas. Pengkaji akan membincangkan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pembangunan ekonomi yang terus meningkat menuntut adanya pembangunan infrastruktur yang lebih baik dan berkesan. Hal ini mengakibatkan peningkatan permintaan ke atas keluaran

Lebih terperinci

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras 23 Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras Noor Aisyah Ahmad Shariff noor_aisyah_ahmad_shariff@moe.edu.sg Nasyitah Abu Bakar nasyitah_abu_bakar@moe.edu.sg Sekolah Menengah Bendemeer

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan

Lebih terperinci

BAB I. tangganya sendiri (Kansil, C.S.T. & Christine S.T, 2008). perubahan dalam sistem pemerintahan dari tingkat pusat sampai ke desa.

BAB I. tangganya sendiri (Kansil, C.S.T. & Christine S.T, 2008). perubahan dalam sistem pemerintahan dari tingkat pusat sampai ke desa. BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Bentuk negara Indonesia adalah negara kesatuan, dimana didalam negara kesatuan dibagi menjadi 2 bentuk, yang pertama adalah negara kesatuan dengan sistem sentralisasi

Lebih terperinci

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN GGGC 6033 : ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN OLEH : SHUMAISHAH BINTI ISMAIL (P 61724) PENSYARAH : EN. MOHD. YUSOF B. DAUD TRANSFORMASI KEMENTERIAN

Lebih terperinci

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad 1 PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad S: Tolong beritahu secara ringkas latar belakang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355): J: Akta ini telah digubal

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Lebih terperinci

Prestasi kerja = Motivasi Kebolehan Kekangan situasi

Prestasi kerja = Motivasi Kebolehan Kekangan situasi Topik 7 Motivasi HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan proses asas motivasi; 2. Menerangkan pendekatan keperluan dan proses dalam motivasi; 3. Membincangkan sumbangan

Lebih terperinci

Sempena Konvensyen Pemerkasaan Jalinan Rakyat PDM Wanita UMNO Negeri Johor. 28 Oktober 2016 (Jumaat) BERJAYA HOTEL WATERFRONT JOHOR BAHRU

Sempena Konvensyen Pemerkasaan Jalinan Rakyat PDM Wanita UMNO Negeri Johor. 28 Oktober 2016 (Jumaat) BERJAYA HOTEL WATERFRONT JOHOR BAHRU UCAPAN PERASMIAN YAB DATO MOHAMED KHALED NORDIN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI JOHOR Sempena Konvensyen Pemerkasaan Jalinan Rakyat PDM Wanita UMNO Negeri Johor 28 Oktober 2016 (Jumaat) BERJAYA HOTEL

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Pendidikan Moral di sekolah menengah adalah untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab

Lebih terperinci

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di BAB 5 139 BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. 5.0 PENDAHULUAN. Setelah empat bab yang dibincangkan oleh penulis maka bab yang kelima ini merupakan bab yang terakhir bagi menyiapkan disertasi ini. Di dalam bab

Lebih terperinci

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010 25 KANUN (2) [ULASAN Nasarudin PERUNDANGAN] Abdul Rahman 295 UNDANG-UNDANG PERSAINGAN DI MALAYSIA: KAJIAN TERHADAP AKTA PERSAINGAN 2010 Nasarudin Abdul Rahman nasarudin@iium.edu.my Kuliyah Undang-undang

Lebih terperinci

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan: Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi bab sebelum ini mengikut aspek yang ditimbulkan dalam persoalan kajian serta

Lebih terperinci

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN 1 MESYUARAT AGUNG KE-5 KOPERASI SENIMAN KUALA LUMPUR BERHAD PADA 25 FEBRUARI 2017, JAM 3 PETANG,

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Hasil daripada kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar ini, pengkaji akan mengemukakan cadangan dan saranan dalam dua bentuk yang berbeza,

Lebih terperinci

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Tanah merupakan salah satu sumber yang terhad penawarannya. Akan tetapi permintaan terhadap penggunaannya adalah terlalu tinggi. Hal ini dapat dilihat di dalam sektor pembangunan

Lebih terperinci