BAB 7 KESIMPULAN. Kajian ini bertujuan melihat perbandingan implementasi intervensi sosial melalui

dokumen-dokumen yang mirip
BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Bab 7: Struktur Sistem

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) 2014

NO. SOALAN: 26 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA TUAN NGA KOR MING TARIKH 3 APRIL 2017 RUJUKAN 9691

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Koperasi Pengangkutan

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Akaun Semasa Mudarabah

SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

بسم هللا الرحمن الرحيم

Model Pengurusan Strategik

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

MEMUPUK PEMBANGUNAN KELUARGA DAN MASYARAKAT

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. pemeliharaan public property (harta milik am) termasuk proses peruntukan harta (dana)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

MENGUPAYAKAN BELIA UNTUK MASA HADAPAN

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

P E L A N H A L A T U J U 5 T A H U N PERPADUAN H T T P S : / / W W W. S U R V E Y M O N K E Y. C O M / R / E D U R O A D M A P

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA UPNM PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Program Doktor Pendidikan Tinggi

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Akaun Pelaburan Wafiyah

BAB 1 KONTEKS DAN PENDEKATAN

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

WWF-MALAYSIA SKIM USAHASAMA KONSERVASI

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

AGENSI-AGENSI PELAKSANA PEMBANGUNAN KOMUNITI DALAM NEGARA FEM3331

koridor pembangunan sabah _160

TOPIC 2 STAKEHOLDER RELATIONSHIPS (HUBUNGAN BERKEPENTINGAN)

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

komuniti jaya diri merupakan proses Kekuatan sesebuah komuniti akan diperkukuhkan lagi melalui kerjasama dan penglibatan ahli Komuniti seolah-olah

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

STANDARD 1 KEPEMIMPINAN

GARIS PANDUAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HYBRID DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN)

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Akaun Pelaburan Waheed

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Prinsip Pembangunan Komuniti

LAMPIRAN B KETERANGAN BAGI BENTUK / KATEGORI PROGRAM KOMUNITI. A) Projek One-Off Individu

PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

PERANCANGAN STRATEGIK. Politeknik Sultan Idris Shah Kementerian Pendidikan Malaysia

PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB 8 MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Transkripsi:

BAB 7 KESIMPULAN 7.1 PENDAHULUAN Kajian ini bertujuan melihat perbandingan implementasi intervensi sosial melalui pembasmian kemiskinan dan impak terhadap komuniti di Melaka, Malaysia dan Riau, Indonesia. Dua kaedah pengumpulan data telah digunakan dalam kajian ini iaitu kaedah tinjauan (survey) dan kajian kes. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik sebagai alat ukur untuk mengumpul data kuantitatif yang berkaitan dengan implementasi program pembasmian kemiskian dalam skim mikro kredit. Seramai 900 responden yang terdiri daripada usahawan yang terlibat dalam perniagaan yang dikelompokkan dalam kumpulan miskin. Bagi kajian kes, kajian ini menggunakan teknik temu bual dan analisis dokumen yang telah dijalankan untuk menjelaskan isu dan perkara yang tidak dapat diperolehi melalui soal selidik. Dapatan-dapatan yang diperolehi telah diringkaskan seperti berikut. Malaysia dan Indonesia menggunakan pendekatan intervensi sosial yang sama dalam pembasmian kemiskinan tetapi pelaksanaannya berbeza. Pendekatan yang terdapat dalam dasar sosial iaitu derma sosial, institusi, agihan semula, kritikal dan pembangunan sosial menjadi pilihan untuk penyampaian intervensi sosial kepada komuniti namun terdapat kombinasi pendekatan yang diguna pakai. Kedua-dua negara telah mengguna pakai pendekatan agihan kebajikan semula iaitu saluran keperluan sosial individu dan keluarga yang dipenuhi melalui pekerjaan, menggabungkan modal manusia dan modal ekonomi serta mengintegrasi kebajikan sosial dengan komuniti untuk memenuhi keperluan hidup. 296

Namun begitu, dalam pelaksanaan pendekatan-pendekatan ini, kedua-dua negara sedang melaksanakan model pembangunan sosial yang memberi tumpuan kepada pelaburan sosial dan pelaburan ekonomi. Pelaburan sosial ialah pelaburan yang dapat memberi pulangan ekonomi manakala pelaburan ekonomi ialah pertumbuhan ekonomi memberi impak kepada kesejahteraan hidup seterusnya mewujudkan kolaborasi sosioekonomi. Kedua-dua kerajaan Malaysia dan Indonesia telah membentuk organisasi di peringkat tertinggi dengan matlamat meningkatkan kebajikan masyarakat melalui penyertaan dalam aktiviti ekonomi yang aktif. Hal ini ditunjukkan dengan kenyataan bahawa kerajaan yang menggerakkan komuniti setempat melalui pelbagai agensi. Peranan kursus yang dianjurkan oleh agensi pembiaya telah berupaya membantu responden mengubah persepsi terhadap kehidupan seperti peningkatan taraf hidup dan kesedaran terhadap pendidikan anak-anak. Oleh kerana pembangunan sosial menjadikan insan sebagai fokus perubahan, kajian ini mendapati kumpulan sasar telah mendapat pendidikan formal sehingga ke universiti. Disebabkan mempunyai tahap pendidikan yang baik, mereka dapat melakukan pekerjaan sebagai usahawan yang sanggup berhadapan dengan pelbagai cabaran. Impak terhadap pemikiran ialah mereka melihat aktiviti persatuan sebagai penting dan perlu diikuti. Program kursus dalam jangka masa pendek dan panjang memberi input baru kepada responden untuk membina persepsi positif terhadap kehidupan yang dilalui. Walaupun responden di Malaysia memberi reaksi positif kepada kursus-kursus yang dianjurkan, keadaannya berbeza dengan responden di Indonesia. Mereka didapati kurang memberi perhatian kepada menghadirkan diri dalam kursus-kursus yang dianjurkan kerana pelbagai sebab seperti membuang masa atau merasai bekerja lebih penting daripada berkursus. 297

7.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN PROGAM PEMBASMIAN KEMISKINAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA Pembangunan sosial merupakan sebahagian daripada komponen penting pembangunan negara. Pembangunan sosial wajar diberi perhatian utama oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia memandangkan sumbangannya kepada pembangunan negara kerana berupaya menyemai nilai-nilai positif ke arah pembangunan masyarakat sejahtera, semangat berdikari dan cinta kepada negara. Hal ini juga menyumbang ke arah pembentukan satu masyarakat penyayang. Intervensi sosial yang berkesan mampu mengembangkan dan meningkatkan kemampuan dan keupayaan individu, keluarga, masyarakat dan negara dalam konteks pembangunan sosial, mencegah berlakunya masalah sosial, memulihkan mangsa akibat pergolakan sosial dan memberi perkhidmatan sokongan kepada pertubuhan bukan kerajaan atau sukarela bagi mencapai kesejahteraan hidup. Konsep kebajikan masyarakat yang bersifat tradisional wajar diubah kepada memperkasa kelompok sasar melalui perkhidmatan latihan, program kemahiran dan pembinaan jati diri melalui aktiviti ekonomi yang dapat menjana pendapatan sendiri. Minda penerima bantuan khususnya masyarakat Melayu boleh diubah melalui pendidikan dalam jangka masa panjang. Sistem pendidikan sedia ada harus memberi penekanan kepada usaha sendiri berbanding meletakkan semua urusan hidup kepada kerajaan. Sistem pendidikan seperti ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pelbagai agensi dan institusi seterusnya mewujudkan masyarakat berdikari di semua peringkat masyarakat. Pelaksanaan intervensi sosial pada masa hadapan wajar mengambil kira kemungkinankemungkinan ketakseimbangan dalam banyak aspek yang menjejaskan pembahagian sosial dalam komuniti. Justeru, sementelahan memberi ruang kepada mencari kesan-kesan ke atas individu dan keluarga, adalah wajar melihat kepada konteks dasar yang lebih luas dan bagaimana kerajaan memberi respons kepada isu-isu ini. Peranan media dan kumpulan 298

pendesak mungkin boleh dipertimbangkan. Midgley (1997) menyifatkan pelaburan sosial melalui pembangunan sosial telah memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah yang kerap kali dikaitkan dengan kemiskinan, perampasan dan pengabaian. Pelaburan dalam modal insan dapat mengukuhkan jaringan sosial, penglibatan masyarakat awam dan mempromosi kesepaduan khususnya pembangunan ekonomi. Putnam (1995) pula merujuk Italy sebagai sebahagian daripada kejayaan kesepaduan sosial apabila penglibatan masyarakat awam yang meluas telah menguatkan pembangunan ekonomi. Beliau merumuskan bahawa program-program sosial yang menggalakkan penglibatan komuniti menyumbang kepada pembangunan ekonomi masyarakat setempat. Model pembangunan sosial yang menjadi asas dalam kajian ini meletakkan individu dan komuniti sebagai penggerak pembangunan sosial dan ekonomi. Bagi merancakkan pembangunan sosial dalam komuniti, aspek perniagaan tempatan, peluang pekerjaan, perniagaan dan pinjaman serta pembinaan aset usahawan perlu diberi perhatian. Dalam erti kata lain, penyedia perkhidmatan (iaitu kerajaan) wajar menyediakan projek-projek yang ada kaitan langsung dengan pembangunan ekonomi. Hal ini melibatkan pencetusan modal sosial dengan hala tuju ke arah aktiviti-aktiviti yang produktif. Kerajaan boleh bekerjasama dengan perancang dan pakar rujuk pembangunan ekonomi untuk mewujudkan peluang perniagaan baru melalui sokongan usahawanusahawan tempatan, pembinaan jaringan sosial yang mantap dan menarik minat pelabur luar untuk datang melabur bagi memajukan ekonomi setempat. Komitmen kerajaan Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 diaplikasikan melalui Program Transformasi Kerajaan 299

(Government Transformation Program) dan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Program) seiring dengan prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pelan strategik hala tuju ini memperincikan pelbagai objektif, keberhasilan dan set tindakan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (Ministerial Key Result Areas). Unit Perancang Ekonomi (EPU) turut berperanan membangunkan pelan strategik ini. Bidang Keberhasilan Utama tersebut diukur menggunakan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Index) sebagai komitmen untuk merealisasikan strategi-strategi ini. GTP yang sedang memasuki Fasa 3 (2015-2020) merupakan tempoh kritikal untuk Malaysia yang bakal meraih kemakmuran ekonomi dan pembangunan sosial yang lebih baik. Kelompok miskin di bandar dan luar bandar sudah pasti perlu meningkatkan kualiti kehidupan mereka secara menyeluruh. Melalui usahasama yang berterusan ini, rakyat Malaysia sudah pasti akan berjaya membina sebuah ekonomi yang progresif, sebuah masyarakat yang bersepadu dan bersatu hati ke arah sebuah negara yang sejahtera. Kerajaan Malaysia juga berusaha memenuhi keperluan semua etnik daripada kumpulan sasar supaya selari dengan dasar semua kaum mendapat faedah sama rata. Justeru, sistem pendidikan tidak mendiskriminasi kanak-kanak untuk memilih sekolah yang mereka mahu belajar. Dalam dapatan kajian ini dapat dilihat pertambahan pendapatan keluarga responden selepas inisiatif daripada kerajaan dan insitusi-institusi yang terlibat. Kerajaan Indonesia juga memberi layanan sama adil kepada semua kaum namun persepsi negatif terhadap kursus wajar diubah supaya dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Penerangan dan galakan menyertai kursus jangka masa pendek atau panjang dapat membantu responden memahami kepentingan kursus berkenaan. 300

Pembangunan dan kemajuan Indonesia antara tahun 1970 hingga 1996 merupakan tempoh yang sangat menakjubkan di dunia. Kemiskinan tegar menyusut sehingga 50 peratus namun sistem perlindungan sosial masih tidak menunjukkan perubahan yang agresif. Inisiatif mewujudkan program jaringan sosial untuk memberi kemudahan kepada kelompok miskin melalui pelbagai strategi dapat mengurangkan ketirisan bantuan kepada kumpulan sasar. Pemerkasaan komuniti khususnya kelompok miskin di negara itu dapat dilihat melalui tiga strategi rencana pembangunan. Pertama, Rencana Pembangunan Jangka Panjang Nasional (RPJPN, 2005-2025), kedua, Rencana Pembangunan Jangka Menengah Nasional (RPJMN, 2010-2014) dan ketiga, Masterplan Percepatan dan Perluasan Pembangunan Ekonomi Indonesia (MP3EI). Melalui rancangan pembangunan ini, hasrat Indonesia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2025 akan menjadi kenyataan. Usaha-usaha dalam meningkatkan sistem pengurusan bagi melaksanakan intervensi sosial di Malaysia dan Indonesia boleh dilakukan secara terancang dan sistematik melalui kolaborasi pelbagai pihak. Dalam perancangan memperkemas intervensi sosial dan memastikan kumpulan sasar mendapat impak yang maksimum, kerajaan Malaysia dan Indonesia disarankan untuk mengambil beberapa langkah berikut. 1. Memperkemas jaringan kolaborasi interagensi dan intraagensi kerajaan dengan mewujudkan pusat intervensi sosial yang memiliki kuasa membuat keputusan dan berupaya mempengaruhi pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta untuk melaksanakan objektif-objektif intervensi sosial tersebut secara berkesan. Kelonggaran pelaksanaan intervensi sosial ketika ini boleh diatasi dengan merangka pelan kolaborasi pusat intervensi sosial dengan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan swasta untuk menggerakkan inisiatif pelaburan 301

sosial dan pelaburan ekonomi supaya sumber sosial dan sumber ekonomi digunakan secara maksimum. Inisiatif ini seharusnya berada di bawah ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia. 2. Adanya pengarusutamaan (mainstream) terhadap intervensi sosial di semua kementerian melalui program dan aktiviti yang dirancang secara berkala dan bersama. Peruntukan dana terhadap intervensi sosial perlu dinyatakan secara jelas dari aspek jumlah penerima dan impak daripada pelaksanaan dasar. Ia juga harus selari dengan objektif-objektif intervensi sosial sedia ada. 3. Memperkasa pelaburan sosial melalui akses yang mudah terhadap pendidikan yang bersifat sepanjang hayat. Promosi dan peluang pendidikan sepanjang hayat boleh diperolehi melalui kolej komuniti atau institusi yang setara supaya tahap pengetahuan, kemampuan dan ketahanan mental serta spiritual kumpulan sasar ditingkatkan dari semasa ke semasa. Langkah ini dapat mendorong mereka memenuhi keperluan tenaga kerja, berupaya meningkatkan tahap pendapatan dan bergerak aktif dalam komuniti melalui kerjasama dan aktiviti-aktiviti komuniti setempat. 4. Peningkatan peranan dalam pembangunan komuniti dengan cara memupuk jaringan sosial. Agensi kerajaan memperuntukkan dana kepada pertubuhan bukan kerajaan atau pihak swasta yang berupaya menggalakkan kumpulan sasar menyertai projek-projek berskala kecil, sederhana dan besar di peringkat komuniti. Penglibatan yang kerap dalam projek-projek pembangunan dapat membentuk sokongan yang kuat terhadap fungsi dan matlamat pelaburan sosial ini. 302

5. Mengaktifkan akses kepada pelaburan ekonomi melalui kesedaran berganda insitusi perusahaan awam untuk memudahkan kumpulan sasar mendapat sumber pendapatan. Kesedaran ini merupakan tawaran atau peluang memulakan perniagaan yang bersifat sara diri dan mewujudkan gelombang pengembangan ekonomi setempat. Kesedaran ini boleh dilaksanakan melalui proses dialog, konsultansi, lawatan atau insentif pengecualian cukai serta menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility). 6. Memudahkan akses kemudahan pinjaman dari institusi kewangan untuk memulakan pinjaman kredit bagi perniagaan. Bank dan koperasi boleh diberi tanggungjawab untuk menyalurkan sejumlah dana yang diperuntukkan melalui geran kerajaan. Pinjaman tanpa cagaran dipantau melalui penyertaan dalam kursus dan latihan berbentuk kemahiran dan kesedaran diri. Peraturan-peraturan berkaitan pinjaman dan bayaran balik harus dibuat tanpa menekan peminjam. Kegagalan dalam perniagaan tidak harus dihukum sebaliknya diberi galakan dalam pelbagai bentuk supaya budaya berniaga dan cabaran untuk berniaga menjadi sebahagian daripada rutin hidup kumpulan sasar. 7. Model Piawaian Pembangunan Sosial akan memperlihatkan kejayaan apabila terdapat usaha dan galakan untuk menyimpan sumber pendapatan walaupun jumlah yang kecil. Galakan dan promosi pertambahan aset boleh dilakukan dalam bentuk skim simpanan khas masa hadapan dalam pelbagai cara seperti pendidikan, peluang perniagaan atau skim khas wakaf. 8. Mewujudkan sebuah institusi inovasi intervensi sosial yang berperanan sebagai pencetus kepada inovasi sosial dalam masyarakat khususnya membantu golongan 303

miskin keluar daripada kepompong kemiskinan. Institusi ini juga dapat membantu kelompok miskin bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui pelaburan sosial yang mengguna pakai Model Piawaian Pembangunan Sosial supaya mereka dapat mengumpul aset. Penubuhan institusi inovasi intervensi sosial boleh mengguna pakai kaedah Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) melalui pelbagai kementerian dan agensi untuk membantu kumpulan sasar menambah pendapatan isi rumah. Cabaran mewujudkan masyarakat sejahtera dalam kalangan keluarga miskin melalui Model Piawaian Pembangunan Sosial di Malaysia dan Indonesia menjadi tanggungjawab komuniti setempat. Pihak kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan swasta hanya sebagai pihak ketiga yang bertindak sebagai pendorong kepada pembangunan komuniti. Cabaran-cabaran yang dihadapi ini boleh dibahagikan kepada lima aspek iaitu, pertama- kesedaran terhadap pembinaan modal insan, kedua- galakan menyertai persatuan di peringkat komuniti, daerah atau negeri, ketiga- akses kepada peluang pekerjaan yang lebih mudah, keempat- peluang perniagaan berbentuk memberi dorongan apabila gagal, dan kelima ialah masa yang lebih panjang untuk memiliki aset. Sejauh mana cabaran-cabaran ini boleh diatasi bergantung kepada peranan yang diberikan oleh banyak pihak. Kumpulan sasar atau kelompok miskin yang memiliki budaya hidup dan paradigma pemikiran yang berbeza perlu diberi bantuan dan suntikan motivasi serta harapan untuk membentuk personaliti yang cemerlang. Kecemerlangan diri akan mendorong keluarga yang cemerlang seterusnya keluar daripada keadaan hidup sedia ada. Justeru, untuk mencapai matlamat ini, peningkatan tahap pengetahuan bagi membaiki diri dengan kemahiran-kemahiran khusus wajar diberi perhatian supaya mereka dapat hidup dengan suasana masyarakat yang saling membantu. Kumpulan sasar wajar memiliki 304

daya pemikiran kritikal, rasional dan paradigma pemikiran hidup yang lebih luas supaya mampu membuat keputusan-keputusan penting berkaitan kesejahteraan hidup mereka. Di Malaysia, kumpulan yang berpendapatan rendah ini dan terlibat dalam perusahaan wajar diberi pendedahan yang meluas dalam komuniti supaya jaringan sosial dapat dibentuk. Pertubuhan bukan kerajaan, swasta atau organisasi pengelola pemerkasaan kelompok miskin perlu meningkatkan keberkesanan fungsi dan cara kerja. Hal ini boleh dilakukan melalui penambahbaikan penyelarasan kerja bagi mengelak pertindihan tugas, latihan pengurusan organisasi dan membaiki kaedah perdampingan sosial (social outreach) dengan komuniti supaya penyertaan aktif dapat ditingkatkan. Selain itu, penyertaan dari kumpulan sasar dalam program-program yang dirancang boleh dilakukan melalui mekanisme khusus dan bersepadu seperti dialog, kempen atau kolaborasi dalam proses perancangan, pelaksanaan, penilaian dan pemantauan aktiviti pembangunan tersebut dengan mengambil kira latar belakang pengalaman, aspirasi, keperluan, masalah dan kehendak kumpulan sasar supaya intervensi sosial sentiasa mantap dan mencapai objektif. Seterusnya di peringkat negara, kedua-dua pemimpin Malaysia dan Indonesia wajar meningkatkan komitmen politik untuk menjadikan dasar sosial sebagai dasar primer yang perlu diberi perhatian serius. Semua kementerian diperuntukkan dana khusus untuk melaksanakan intervensi sosial seperti menambah sumber daya manusia, menaik taraf kedudukan Majlis Sosial Negara atau Dewan Jaminan Sosial Nasional, membina mekanisme untuk mengembangkan jaringan kerja dengan pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta sehingga dapat mewujudkan kolaborasi pelaburan sosial dan pelaburan ekonomi. Langkah menggerakkan kolaborasi ini dilakukan melalui konsultansi dan pembentukan kaukus yang melibatkan parlimen, Unit Penyelarasan Pelaksanaan 305

(Implementation Coordination Unit), Institut Sosial Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan, organisasi awam, institusi profesional, Majlis Profesor Negara, Angkatan Profesor Indonesia dan institusi pengajian tinggi untuk mengarusutamakan dasar sosial ini. Selanjutnya kerajaan Malaysia dan Indonesia menggunakan saluran undangundang untuk mewajibkan perusahaan awam di kawasan komuniti mengambil bahagian menyediakan pelaburan ekonomi dengan menubuhkan Community Enggagement Scheme iaitu geran khusus menggalakkan syarikat-syarikat membuka peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar untuk menambah pendapatan mereka. Khusus kepada pembangunan sosial di Indonesia, kerajaan negara itu perlu melakukan tindakan agresif untuk menggerakkan intervensi sosial yang lebih berkesan. Laporan Pembangunan Manusia 2013 (Human Development Report 2013) menunjukkan indeks pembangunan Indonesia berada pada kedudukan yang ke-121, intipati kepada skor yang rendah dalam indeks pembangunan manusia Indonesia ialah tidak ada hubungan yang kukuh antara dasar ekonomi dan dasar sosial. Dasar-dasar kerajaan ketika ini menunjukkan dua pendekatan yang telah dan sedang digunakan untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran iaitu memberi tumpuan ke atas pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan kestabilan makro melalui dasar fiskal yang ketat serta membangunkan dasar sosial yang bersifat tampal-sulam (ad-hoc) untuk mengatasi kemiskinan melalui program jaringan keselamatan sosial. Dalam program pembasmian kemiskinan, ia masih berorientasikan projek yang memberi tumpuan kepada strategi cium dan lari (kiss and run) iaitu kemiskinan ditangani secara kelompok dengan lingkungan kawasan yang terbatas. Strategi seperti ini akan sentiasa gagal membasmi kemiskinan kerana konsep kemiskinan ialah ia berkait 306

dengan sistem yang saling melengkapi iaitu sistem ekonomi, pendidikan dan jaminan sosial. Dalam pendekatan pertama, dasar ekonomi menumpu kepada kaedah mengurangkan kos dalam pertumbuhan ekonomi seperti pengurusan kewangan dan perbelanjaan negara dengan cara mengurangkan subsidi dan menggalakkan penswastaan. Namun dalam program pembasmian kemiskinan, ia dilakukan secara ad-hoc. Di sinilah hubungan antara dasar ekonomi dan dasar sosial terputus tanpa ada hubungan ekonomi dan sosial yang kukuh. Keadaan dan situasi ekonomi kelihatan gah dan stabil tetapi gagal memberi jaminan ke atas kebajikan rakyat. Terdapat tiga sebab yang menjadikan dasar ekonomi dan sosial di Indonesia tidak dapat digabung jalin. Pertama, dasar ekonomi memberi tumpuan yang terlalu banyak ke atas kestabilan kewangan tetapi mengabaikan sektor-sektor lain yang amat perlukan pelaburan. Sektor-sektor ini tidak dapat bergerak dan keadaan ini telah memandulkan peluang pekerjaan baru. Dengan kata lain, kestabilan kewangan dan pertumbuhan ekonomi yang didakwa itu tidak ada kesan gandaan (multiplier effect). Kedua, dasar-dasar yang digubal tidak menitikberatkan penglibatan institusi yang mampu mempromosi dan menggalakkan kebajikan awam dan menambah baik pembangunan manusia seperti institusi pendidikan dan kesihatan. Sikap lepas pandang dan menyisihkan institusi-institusi ini bakal memberi kesan langsung ke atas kualiti pembangunan manusia dalam jangka masa sederhana dan panjang. Ketiga, terdapat persepsi dalam kalangan pembuat dasar bahawa isu-isu sosial mesti diletakkan pada kedudukan kedua atau dianggap sebagai isu sampingan. Melalui paradigma ini, dasar sosial diambil kira dan dilayan sebagai pelaburan yang tidak berkesan kerana dilihat tidak menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara bagi jangka masa sederhana dan panjang. Kesannya adalah 307

sektor pendidikan dan kesihatan tidak diberi keutamaan dalam merangka perbelanjaan setiap tahun. Justeru, peningkatan kadar kemiskinan tidak mendapat reaksi segera daripada kerajaan atau wakil rakyat untuk membentuk dasar sosial yang baru. Menggubal dan menguatkuasa dasar sosial perlukan kemahiran teknikal dan kesedaran politik melalui pelbagai pihak yang berkepentingan khususnya wakil rakyat. Kerajaan perlu menyediakan rancangan dasar sosial yang lengkap dan menjana kesedaran terhadap dasar tersebut dalam kalangan wakil-wakil rakyat. Penekanannya ialah kepada pembangunan manusia supaya wakil wakyat menyedari kepentingannya. Membelakangi keperluan menggubal dasar sosial menyebabkan Indonesia berterusan membentuk tenaga kerja kurang mahir, akses kepada pendidikan dan kesihatan yang tidak sama rata dan meletakkan Indonesia di kedudukan bawah dalam indikator sosial. Indonesia perlukan dasar sosial yang komprehensif dan pendekatan khusus untuk mengatasi kebajikan awam seperti sistem pendidikan yang mampu milik, akses kepada kemudahan kesihatan, penyediaan insurans kepada pekerja dalam pelbagai sektor dan penyediaan infrastruktur yang baik. Bagi memastikan dasar sosial dapat dilaksana secara berkesan dan melewati semua lapisan masyarakat, ia perlu diinstitusikan untuk pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatan. Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang dan peraturan dilaksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Dasar sosial itu juga perlu seiring dengan ekonomi makro dan kebajikan awam. Perbelanjaan awam yang berhemah dapat memacu dasar fiskal yang lebih fleksibel. Di samping itu, pelaburan dalam pembangunan manusia wajar diberi keutamaan dalam peruntukan sosial (pendidikan, kesihatan, makanan dan keselamatan). Kadar tiga peratus perbelanjaan sosial ketika ini perlu ditingkatkan kepada enam peratus supaya wujud dasar sosial yang komprehensif. Melalui pendekatan ini, kadar 308

kemiskinan dapat dikurangkan dan menjadi asas yang kukuh untuk usaha-usaha pembangunan manusia di Indonesia. Pembangunan sosial di Malaysia dan Indonesia telah melalui fasa-fasa perubahan yang sangat ketara sejak kedua-dua negara mencapai kemerdekaan. Pendekatan intervensi sosial yang diguna pakai dalam pembasmian kemiskinan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia di Malaysia dan Program Nasional Pemberdayaan Masyarakat Mandiri di Indonesia terhadap kelompok miskin menunjukkan perubahan dalam kesejahteraan hidup mereka. Namun begitu, wujud halangan-halangan tertentu yang menjadikan kesejahteraan komuniti secara keseluruhannya masih belum memuaskan. Kesimpulan kajian ini menunjukkan pembangunan sosial yang dilakukan melalui intervensi sosial di Malaysia masih didominasi oleh kerajaan melalui kaedah top-down yang mana kerajaan sendiri yang berperanan penuh dalam program pembasmian manakala di Indonesia, penglibatan kerajaan negara itu sangat minimum iaitu hanya di peringkat pembentukan dasar sebaliknya komuniti miskin diperkasakan untuk mengubah keadaan hidup mereka melalui penyertaan komuniti dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang secara bersama. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun Malaysia dan Indonesia adalah serumpun, namun disebabkan faktor penjajahan, sejarah dan budaya yang berbeza, program pembangunan sosial yang dilaksanakan juga perlukan pendekatan unik yang menepati keperluan kumpulan sasar masing-masing. Melaksanakan kajian perbandingan ini sangat sukar tetapi dapat memberikan gambaran tertentu tentang bagaimana sejarah, struktur demografi, budaya dan agama serta tradisi yang berbeza mampu memberikan maksud tertentu untuk dinilai. 309