ANJAKAN PARADIGMA PEROLEHAN KOPERASI DI NEGERI SARAWAK

dokumen-dokumen yang mirip
DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

Koperasi Pengangkutan

Daya Saing Koperasi. Meningkatkan. Melalui Kerjasama Strategik DIMENSIKOOP

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

UCAPAN PENUTUP KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 17 Mei 2017 (Rabu) Hotel Taiping Perdana, Taiping Perak

Model Pengurusan Strategik

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

idea media sosial DIMENSIKOOP Pengenalan

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

MGM3101 Prinsip Pengurusan 3 (3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi teori, prinsip, teknik dan kaedah pengurusan organisasi.

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Visi. Menjadi pusat rujukan dan peneraju pembangunan modal insan koperasi yang unggul. Misi

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

Membudayakan Etika, Nilai dan Integriti dalam Koperasi

komuniti jaya diri merupakan proses Kekuatan sesebuah komuniti akan diperkukuhkan lagi melalui kerjasama dan penglibatan ahli Komuniti seolah-olah

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PROGRAM JARINGAN PERNIAGAAN BERSAMA YAKULT

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Brosur akan diedarkan kemudian.

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tanggungjawab Kita. DIMENSIKOOP

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengenalan kepada Ekonomi

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pendahuluan 3. Latar Belakang KOOP MKM 7 VISI & MISI 7. ISU dan Cabaran 8. Prestasi KOOP MKM Peta Strategi 10.

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERLIS DI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PPIPT DAN PELANCARAN BUSINESS ON WHEEL UniMAP 8 FEBRUARI 2012

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

MAJLIS KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

PENGURUSAN STRATEGIK KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

Transkripsi:

ANJAKAN PARADIGMA PEROLEHAN KOPERASI DI NEGERI SARAWAK Frank Me-Ol Abdullah frank@mkm.edu.my Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 42

Pengenalan Transformasi ataupun perubahan merupakan sesuatu yang perlu dilalui oleh mana-mana negara, organisasi, syarikat, individu dan sebagainya sekiranya mereka ingin berada pada tahap yang terkehadapan daripada tahap semasa. Transformasi yang positif sudah pasti membawa kepada kebaikan dan kejayaan kepada individu atau organisasi tersebut. Khairul Azhar (2015), menyatakan bahawa perubahan daripada satu keadaan atau sikap yang mundur, ketinggalan, kegagalan kepada satu keadaan dan sikap yang lebih baik serta cemerlang ialah satu keinginan yang murni. Walau bagaimanapun, transformasi ataupun perubahan yang positif yang diidamkan itu bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dilakukan dengan sewenangwenangnya. Ia memerlukan keazaman yang kuat ataupun anjakan paradigma dalam diri individu terbabit yang akan memulakan perubahan tersebut disusuli dengan perancangan yang sistematik serta berhati-hati. Tanpa anjakan paradigma, transformasi ataupun perubahan itu tidak akan berlaku. 43

Paradigma berasal daripada perkataan Greek paradeigma, yang membawa maksud model, bentuk atau contoh. Maksud paradigma boleh dijelaskan dengan melihat sesuatu situasi atau keadaan berasaskan kepada andaian umum, dan bagaimana kita boleh berjaya dalam lingkungan atau batasan yang ditetapkan (Mohd Razali Maarof, 2015). Bagi membolehkan sesuatu transformasi yang luar biasa itu berlaku, anjakan paradigma ataupun perpindahan dari satu situasi kepada situasi yang baru, yang melibatkan perubahan yang lebih positif perlu ada. Ia melibatkan anjakan pemikiran seseorang atau organisasi pada satu-satu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan dan kesedaran (DBP, 2006). Kebiasaannya, anjakan paradigma sering dikaitkan dengan anjakan kepada sesuatu lingkungan fikiran yang lebih baik. Dalam konteks koperasi, anjakan paradigma merupakan sesuatu yang amat diperlukan untuk menggalas transformasi dan pembaharuan dalam sektor tersebut. Kerajaan melalui Dasar Koperasi Negara (DKN) II (2011-2020), telah menyasarkan sektor koperasi menyumbang sekurangkurangnya RM50 bilion kepada KDNK negara menjelang tahun 2020. Namun, tanpa langkah proaktif pihak berkepentingan dan koperasi sendiri untuk memperbaiki keadaan sedia ada, sasaran tersebut amat sukar untuk akan menjadi kenyataan. Transformasi yang menyeluruh dan efektif hasil daripada anjakan paradigma yang sesuai diperlukan agar setiap koperasi memainkan peranan yang signifi kan dalam membantu mencapai objektif tersebut. Proses anjakan paradigma dalam koperasi tidak boleh dimulakan oleh sesiapa melainkan oleh anggota dan ALK koperasi tersebut sendiri. Kegagalan mereka untuk mengambil tindakan drastik dan berubah dari kedudukan selesa akan menyebabkan koperasi terus ketinggalan. Ini turut dijelaskan oleh salah satu nilai dalam koperasi iaitu koperasi perlu bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri. Ini bermaksud semua tindakan, prestasi dan kedudukan semasa koperasi adalah hasil daripada keputusan yang telah diambil oleh anggota koperasi. Kejayaan dan kegagalan sesebuah koperasi itu secara tidak langsung menterjemahkan bagaimana nilai tersebut diaplikasikan di dalam koperasi. Senario Koperasi di Negeri Sarawak Di Sarawak, koperasi bukanlah sesuatu yang baru. Bermula dengan penubuhan koperasi pertama pada 3 Mei 1949, sektor itu terus berkembang dengan statistik tahun 2014 menunjukkan terdapat 917 koperasi berdaftar dengan jumlah anggota melebihi 300 ribu orang di Sarawak. Berdasarkan perolehan pula, koperasi di Sarawak berjaya mencapai perolehan sebanyak RM144 juta pada tahun 2014 penurunan daripada RM177 juta berbanding tahun 2013. Walaupun sektor itu terus menunjukkan pertumbuhan dari segi pendaftaran serta keanggotaan koperasi di Sarawak, namun pencapaian gerakan koperasi di negeri tersebut dari segi perolehan kewangan 44

belum lagi boleh dibanggakan. Secara keseluruhannya, di peringkat nasional, perolehan sektor koperasi di Sarawak berada pada kedudukan keempat terendah hanya lebih baik dari Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis manakala dalam kategori koperasi tidak aktif pula, koperasi di Sarawak berada pada kedudukan kedua tertinggi selepas Selangor iaitu sebanyak 238 koperasi. Kedua-dua statistik tersebut memberi gambaran realiti kedudukan sebenar sektor koperasi di negeri Sarawak bagi mengelakkan warga koperasi di negeri tersebut terus selesa dengan pencapaian masing-masing bak pepatah belum duduk sudah telunjur. Fenomena ini meyakinkan bahawa satu anjakan paradigma yang genting diperlukan untuk mentransformasikan perolehan sektor koperasi di negeri Sarawak. Anjakan paradigma bagi mentransformasikan perolehan koperasi di Sarawak perlu bermula dengan melihat sejauh mana kekuatan setiap koperasi di negeri Transformasi yang menyeluruh dan efektif hasil daripada anjakan paradigma yang sesuai diperlukan agar setiap koperasi memainkan peranan yang signifikan di dalam membantu mencapai objektif tersebut. tersebut. Kewujudan lebih 900 koperasi dengan kekuatan masingmasing merupakan peluang yang harus dioptimum mungkin oleh warga koperator. Penggemblengan sumber dan kerjasama yang kuat di antara koperasi di negeri itu mampu memaksimumkan lagi potensi perniagaan sedia ada. Setiap koperasi perlu melihat bagaimana kerjasama sesama koperasi ini boleh dilakukan. Misalnya, koperasi yang menjalankan aktiviti peruncitan boleh menjalinkan kerjasama dengan koperasi yang menjalankan perniagaan pengangkutan ataupun koperasi yang menjalankan perniagaan pemborongan. Dengan saling bergantung di antara satu sama lain, koperasi-koperasi ini secara tidak langsung telah memberi peluang perniagaan ke atas koperasi yang berbeza tanpa perlu bergantung kepada pihak swasta atau pihak ketiga. Anjakan Paradigma Koperasi di Negeri Sarawak Sepertimana yang ditekankan di dalam prinsip koperasi, kerjasama di antara koperasi merupakan satu kaedah mudah untuk membangunkan ekonomi sesama koperasi dan secara tidak langsung memberi impak yang signifikan ke atas perolehan koperasi. Sylvester Gadzola (2011), di dalam penulisan beliau bertajuk The Importance of Cooperative Principles in the Financial Cooperative Model menekankan bahawa prinsip kerjasama di dalam koperasi mampu memberi impak sosial yang tinggi kepada komuniti. 45

Selain daripada itu, anjakan paradigma perolehan koperasi ini juga boleh dicapai dengan setiap koperator di Sarawak membuat penanda aras dengan koperasi lain yang lebih berjaya di dalam persekitaran perniagaan yang serupa. Proses ini secara tidak langsung akan memberi motivasi untuk mencapai kedudukan yang sama dengan mempelajari rahsia kejayaan koperasi penanda aras dan seterusnya membentuk satu pelan tindakan untuk koperasi mereka sendiri untuk mencapai perkara yang sama. Bennin dan Nanus (1985), menyatakan bahawa dengan memberi fokus kepada pelan tindakan, pemimpin organisasi akan beroperasi menggunakan sumber emosi dan rohani organisasi, nilainilainya, iltizam dan aspirasi. Ini menunjukkan bahawa di dalam proses anjakan paradigma, perkara pertama yang perlu dipupuk adalah kesedaran matlamat akhir atau ultimate goal. Stephen Covey (2004), turut menyatakan agar kita bermula dengan matlamat akhir di minda. Oleh itu, iltizam dan aspirasi inilah yang akan menjadi faktor penolak kepada tindakan koperator seterusnya membawa kepada perubahan menyeluruh di dalam koperasi tersebut. Anjakan paradigma seterusnya yang perlu dilakukan oleh warga koperator di Sarawak adalah dengan mempelbagaikan lagi perniagaan sedia ada. Peningkatan dalam perolehan koperasi hanya akan berlaku sekiranya sektor koperasi lebih proaktif dalam mencari peluang perniagaan baharu atau mengembangkan perniagaan sedia ada. Koperasi perlu dari masa ke semasa melakukan penilaian perniagaan semasa bukan kerana perniagaan yang dijalankan itu merugikan tetapi untuk mencari kaedah bagaimana koperasi boleh mendapatkan pulangan yang paling maksimum daripada perniagaan yang dijalankan. Irfan Khairi (2006), menyatakan bahawa pasaran memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Isu dan Cabaran di Negeri Sarawak Sudah tiba masanya koperasi di Sarawak bergerak seiring dengan sektor swasta yang pantas merebut setiap peluang yang ditawarkan dan bukan sekadar berpuas hati dengan perniagaan sedia ada. Warga koperator perlu muhasabah diri dan mempersoalkan Adakah ini merupakan prestasi terbaik dalam koperasi yang ingin di capai? Koperasi yang terlibat di dalam aktiviti homestay misalnya bukan sekadar terhad di dalam perniagaan itu sahaja bahkan mengintegrasi ataupun meliputi keseluruhan subsektor lain dalam sektor pelancongan termasuk melibatkan pakej pengangkutan, penyediaan makanan, aktiviti Cenderamata Pakej Makanan/ Restoran Pengangkutan Pelancongan Eko Pelancongan Juru Pandu Pelancong Tempahan Tiket Rajah 1: Perniagaan berasaskan aktiviti pelancongan yang boleh diceburi oleh koperasi 46

ekopelancongan, jurupandu, cenderamata dan tempahan tiket. Penglibatan koperasi secara lengkap dalam rantaian perniagaan tersebut membolehkan koperasi mengawal setiap peringkat dan proses pelaksanaannya. Anjakan paradigma juga menolak segala persoalan lapuk sebelum ini seperti isu masalah kewangan, kepakaran dan tadbir urus. Koperasi perlu membuang tabiat sekadar menunggu bantuan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ataupun Maktab Koperasi Malaysia (MKM) semata-mata bahkan mereka boleh membentuk gabungan koperasi asas menjadi sebuah koperasi menengah bagi menyelesaikan masalah- masalah kewangan dan kepakaran. Pendekatan seperti ini telah lama dipraktikkan di luar negara seperti Jepun, Korea Selatan dan India setiap koperasi asas yang menjadi ahli masing-masing menyumbang modal dan kepakaran. Koperasi menengah tersebut juga boleh membantu dari segi pemasaran dan pemprosesan hasil yang di keluarkan oleh koperasi asas. Dari segi tadbir urus pula, ketigatiga unit dalam koperasi iaitu ALK, pengurusan dan anggota koperasi perlu berganding bahu dan meletakkan tanggungjawab, akauntabiliti, integriti dan pembuatan keputusan berhemah pada tahap tertinggi bagi memastikan proses pelaksanaan tadbir urus lancar dan mudah. Mereka juga perlu sedar bahawa tadbir urus merupakan tali pengikat kepada hubungan setiap unit di dalam koperasi tersebut. Dari segi operasi harian koperasi, anjakan paradigma memerlukan ALK dan pengurusan koperasi untuk lebih bertanggungjawab ke atas prestasi koperasi. Pengurusan Melalui Objektif (MBO) ataupun penggunaan Key Performance Indicator (KPI) perlu bagi memastikan setiap ALK dan kakitangan pengurusan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Kejayaan mencapai sasaran secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan positif perolehan koperasi. Mana-mana ALK dan kakitangan yang berjaya mencapai sasaran tersebut perlu diberi ganjaran yang sesuai. Menurut Brophy (1981), peneguhan positif yang diberikan kepada individu yang mampu mencapai sasaran boleh memberi motivasi kepada mereka untuk terus memberikan yang terbaik. Bagi memastikan mereka mampu terus mentransformasi perolehan koperasi, maka latihan dan kursus yang sesuai perlu dihadiri dari semasa ke semasa bagi memperbaiki diri dan memajukan diri ke satu tahap kemahiran yang selaras dengan pertumbuhan koperasi dari segi saiz dan kompleksitinya. Kesimpulan Hakikatnya anjakan paradigma menuntut koperator di Sarawak agar berpegang kepada prinsip masa itu emas. Peluang dan masa tidak akan menunggu sesiapa. Sejajar dengan sasaran kerajaan negeri untuk mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030, koperasi akan terus ketingggalan jika anjakan paradigma di dalam sektor tersebut gagal dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Tindakan tunggu dan lihat tidak boleh lagi disandarkan dalam ekonomi kompetitif masa kini. McClelland (1978), menyatakan Penggemblengan sumber dan kerjasama yang kuat di antara koperasi di negeri itu mampu memaksimumkan lagi potensi perniagaan sedia ada. Setiap koperasi perlu melihat bagaimana kerjasama sesama koperasi ini boleh dilakukan. bahawa motivasi akan meningkat jika, pertama individu tersebut diberi motivasi dan kedua, memahami unsur-unsur motivasi serta ketiga, melibatkan diri secara aktif dalam usaha itu. Perkara ini menjelaskan proses motivasi itu bertindak secara dua hala, dan kedua-dua pihak pula mestilah saling memberi dan menerima. Ini bermaksud ALK dan pengurusan koperasi perlu keluar daripada takuk rutin harian, mencuba dan turut terlibat di dalam pelaksanaan sesuatu yang baru jika mereka ingin memberi pulangan terbaik kepada koperasi mereka. Melalui anjakan paradigma, semua pihak yang berkepentingan perlulah menggembleng tenaga ke arah menjadikan sektor koperasi Sarawak mencapai transformasi dalam perolehannya, disegani dan menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi rakyatnya. Sudah tiba masanya istilah Wreck Train Manager yang asyik menyalahkan pihak lain ke atas kegagalan sesuatu usaha itu tidak diguna pakai lagi tetapi masing-masing memainkan peranan ke arah usaha transformasi yang diinginkan. 47