Balakrishnan AIL Parasuraman

dokumen-dokumen yang mirip
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Penyesuaian dengan Pasaran Buruh yang Dinamik

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

ULASAN BUKU PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

MANIFESTO PEKERJA MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

ULASAN KES VIEW ESTEEM SDN. BHD.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SOALAN NO: 504 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Tatakelakuan. Pembekal

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

Pertikaian Perdagangan dan Resolusi Pertikaian

Ulasan Buku/Book Review

ffiegeqo.mo.to.tl do.tl ffiegiko.to.tl CPeke/[1o.m,: guo.tu CPe/[kOtlggio.tl V o.tl99utl91o.wo.b

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

Kesetiaan kepada Syarikat

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

10 JUN Y.B. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG minta PERDANA MENTERI menyatakan:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-840/12 ANTARA RIDWAN FARID BIN SUBAIRI DAN MERCURY MARINE SDN. BHD. AWARD NO: 551 TAHUN 2017

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Menginstitusikan TPP. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Pembangunan budaya keselamatan di tempat kerja. Sinopsis:

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

Pengenalan Makroekonomi

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN)

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pekerja seluruhnya di satu pihak, dan di satu pihak yang lain pula, di antara Kerajaan dengan Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

KANDUNGAN. 1. Tujuan Terminologi Latar Belakang Perundingan Kolektif Syarat-Syarat Untuk Mengadakan 4 Perundingan Kolektif

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

KULIAH 2: TEORI EKONOMI KEBAJIKAN

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-274/15 DI ANTARA TAN POH THIAM DENGAN DAILY FRESH FOODS SDN. BHD. AWARD NO: 308 TAHUN 2017

Transkripsi:

U10san BukulBook Rev;ew$ Jumal Kinabalu III (1997) 202-206 MALA YSIAN EMPLOYMENT LAW AND INDUSTRIAL RELATIONS, oleh MAIMUNAH AMINUDDIN, Percetakan Mcgraw -Hill Book Co.,Singapore, 1996,RM 30.00, ISBN 983-9340-034 Balakrishnan AIL Parasuraman Profesor Maimunah Arninuddin merupakan seorang sarjana dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dan hubungan industri. Buku ini merupakan edisi kedua selepas edisi pertama yang diterbitkan pada tahun 1990. Profesor Maimunah Aminuddin telah mengolah edisi kedua dengan lebih sistematik berbanding dengan edisi pertama. Edisi pertama hanya menfokuskan kepada hubungan industri di Malaysia. Edisi tahun 1996, telah diolah semula dengan penambahan tajuk baru iaitu undang-undang buruh di Malaysia. Secara umumnya buku ini dapat memenuhi bah an bacaan dalam bidang hubungan industri dan kekuatan buku ini ialah orientasinya terhadap hubungan industri dalam konteks dan pengalaman di Malaysia. Buku ini terbahagi kepada lapan bab, berbeza dengan edisi pertarna yang cuma mempunyai enam bab sahaja. Dalam bab pertarna Profesor Maimunah menekankan tentang pelaku utama dalam sistem hubungan industri iaitu pemerintah. Dengan perkataan lain, kerajaan sebagai pihak ketiga memainkan peranan penting dalam urusan mengawal sistem hubungan industri di Malaysia. Cara kerajaan mengawal kesatuan sekerja dan majikan ialah melalui beberapa akta perundangan seperti Akta Hubungan Industri 1967, dan Aleta Kesatuan Sekerja 1959.. Kerajaan juga mengawal kesatuan sekerja melalui jabatan- ' Balakrishnan AIL Parasuraman ialah pensyarah dalam Program Hubungan Industri, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah. 202

Balakrishnan AIL Parasurman jabatan kenijaan seperti Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Buruh, Jabatan Perhubungan Perusahaan dan sebagainya. Hujah penulis bersabit hal ini agak sarna dengan penjelasan konsep 'teori sistem' yang dikemukakan oleh Profesor Dunlop. Profesor Dunlop (1993) telah menekankan bahawa kerajaan memainkan peranan yang dominan dalam sistem hubungan industri. Sistem perundangan buruh dibincangkan dalam bab kedua. Bab ini sangat menarik kerana penulis cuba menimbulkan kesedaran pembaca terhadap hakikat bahawa perundangan buruh, terutamanya Akta Pekerjaan 1955, merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan mereka. Beberapa Akta Buruh turut dibincangkan dalam bab ini. Walaupun undang-undang buruh tidak dibincangkan secara komprehensif sebagaimana dalam buku perundangan lain, seperti Industrial Relations Law of Malaysia oleh Wun Min Aun (1995), namun perbincangan yang dilakukan oleh penulis adalah mudah difahami. Penulis juga memberikan data-data terkini hasil kajian kes yang melibatkan perundangan buruh di Malaysia. Kebanyakan buku lazimnya mengasingkan tajuk perundangan buruh dan sistem hubungan industri. Walau bagaimanapun, Professor Maimunah telah menggabungkan kedua-dua elemen ini bagi memudahkan pembaca mendalami ilmu dalam bidang perundangan buruh dan sistem hubungan industri. Kekuatan lain dalam bab ini ialah penulis banyak menggunakan istilah perundangan dalam bahasa yang mudah difahami. Bab ketiga pula membicarakan undang-undang keselamatan dan kesihatan yang terdapat di negara kita. Akta-akta yang dibincangkan termasuklah Akta Mesin 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994, SOCSO 1969 dan Akta Pampasan Pekerja 1952. Profesor Maimunah menegaskan bahawa seorang pekerja misalnya, mestilah mengetahui perundangan dan peraturan ini agar kebajikan mereka lebih terjamin. Peranan kesatuan sekerja telah dibincangkan dalam bab keempat. Bab ini menarik kerana peranan kesatuan sekerja 203

U/asan BukulBook Reviews dibincang oleh penulis dalam konteks Malaysia~ Kesatuan sekerja di Malaysia masih muda berbanding kesatuan sekerja di negara Barat. Namun begitu, di dalam sesetengah keadaan penulis berpendapat pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia jauh lebih baik berbanding dengan yang terdapat di negaranegara lain di Asia Tenggara. Oalam bab ini, tumpuan diberi kepada peranan kesatuan sekerja dalam menghadapi cabarancabaran seperti non-union environment dan kesukaran kesatuan sekerja mendapat pengiktirafan dari pihak majikan. Penulis juga cuba menerangkan bahawa kesatuan sekerja wajar bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang lebih besar pada masa akan datang. Bab ini boleh dianggap komprehensif kerana penulis membicarakan kesatuan sekerja di sektor swasta dan sektor awam. Beberapa statistik tentang jumlah kesatuan sekerja dan ahlinya juga dimasukkan dalam bab ini bagi mengukuhkan hujah dan dakwaan penulis. Oi Malaysia terdapat perbezaan yang ketara di antara kesatuan sekerja di sektor swasta dengan yang di sektor awam. Meminjam hujah Latif Sher Mohamed (1988), penulis menegaskan bahawa kewujudan kesatuan sekerja dalaman (in-house union) di dalam sesebuah syarikat, terutamanya dalam sektor swasta, tidak banyak membela kepentingan para pekerja. Oi dalam kes sebegitu peranan majikan nampaknya lebih penting atau berkesan. Bab Kelima membincangkan perundingan kolektif di sektor swasta dan sektor awam. Mengikut penulis, perundingan kolektif di Malaysia lebih dominan di sektor swasta berbanding dengan di sektor awam. Oleh sebab itu, penulis tidak banyak membincangkan perundingan di sektor awam kecuali beberapa jabatan kerajaan yang terpilih dan terlibat secara langsung dalam proses perundingan. Kekuatan Bab ini juga terletak pada hujah penulis yang menerangkan sifat-sifat yang harus ada pada seseorang perunding sebelum berhadapan dengan pihak lawan. Oi samping itu, elemen perundangan buruh juga disentuh bagi menjelaskan lagi perjalanan proses perundingan kolektif Tindakan industri dan pertikaian industri merupakan persoalan utama dalam Bab Keenam. Memang tidak dapat dinafikan 204

Balakrishnan An. Parasurman tindakan industri adalah normal dan berlaku di semua negara di dunia ini. Dalam hal ini, Malaysia tidak terkecuali. Bab ini disusun dengan baik kerana penulis memberi definisi pertikaian industri dan membincangkan beberapa jenis tindakan industri yang seringkali berlaku di Malayia. Setiap topik perbincangan disertakan dengan beberapa data terkini dan ini telah mengukuhkan hujah penulis. Percubaan Profesor Maimunah menyelitkan data perbandingan aktiviti mogok yang terdapat di negara-negara Asia Pasifik seperti Philippines, Singapura, New Zealand, Thailand dan Malaysia merupakan sesuatu yang paling menarik dalam bab ini. Tambahan lagi, cara-cara penyelesaian pertikaian industri juga dibincangkan bagi memudahkan pemahaman sesuatu masalah pertikaian industri berkenaan. Bab Ketujuh membicarakan Mahkamah Industri. Apa yang menarik dalam bab ini ialah perbincangan secara khusus tentang peranan Mahkamah Industri sesuatu yang berlainan dari peranan mahkamah sivil yang ada di Malaysia. Peranan Mahkamah Industri misalnya ialah untuk membela kebajikan golongan pekerja dan pihak majikan. Mengikut penulis, Malaysia yang menuju ke arab negara inaju menjelang tahun 2020 telah semakin mementingkan peranan Mahkamah Industri. Hal ini telah diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan. Kes- kes seperti pemecatan pekerja secara tidak adit, masalah pemberhentian pekerja, aktiviti mogok, dan piket kerap kali berlaku. Sehubungan dengan itu, MTUC Cawangan Sabah misalnya telah mengusulkan penubuhan sebuah Mahkamah Industri di Sabah memandangkan kadar kes pertikaian industri semakin hari semakin bertambah dan meningkat. Bab terakhir buku ini membincangkan isu disiplin industri. Istilah ini mungkin baru bagi sesetengah pembaca. Kelebihan bab ini terletak pada perbincangannya tentang cara-cara majikan mengambil tindakan disiplin ke atas seseorang pekerja dalam sesuatu organisasi. Bab ini mungkin didapati lebih sesuai untuk pihak majikan dan kesatuan sekerja kerana terdapat di dalamnya beberapa prosedur tertentu yang berguna bagi memastikan sam a 205

Ulasan BukulBook Reviews ada sesuatu tindakan disiplin ke atas seseorang pekerja itu sah atau tidak di sisi undang-undang Walau bagaimanapun, kelemahan ketara buku ini ialah kegagalan penulis mengemukakan beberapa konsep utama dalam sistem hubungan industri seperti teori sistem, pluralisme, unitarisme, dan perspektif Marxist. Konsep-konsep ini mempunyai banyak pengaruh dalam perbincangan mengenai sistem hubungan industri di Malaysia. Namun, saya berpendapat buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan tambahan bagi pelajar-pelajar prasiswazah di IPT A dan IPTS atau sebagai buku asas dalam kajian hubungan industri di Malaysia. Di samping itu, buku ini juga sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat Malaysia kerana bahasa, istilah dan konsep yang digunakan bersifat mesra pembaca dan mudah difahami. 206