1.0 Tujuan Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kelayakan, jangkamasa penggunaan, peraturan dan proses kerja yang terlibat dalam urusan penggunaan bilik-bilik karel. 2.0 Kelayakan Pelanggan: Bilik-bilik karel adalah untuk kegunaan pegawai akademik, dan mahasiswa ijazah lanjutan sahaja kecuali di PKBS. 3.0 Jangkamasa Penggunaan: Semasa Semester Semasa Cuti Semester Blok A 8.30 pagi. - 2.00 ptg. 8.30 pagi. - 2.00 ptg. 2.00 ptg. - 7.45 mlm. 2.00 ptg. - 7.45 mlm. 7.45 mlm. - 10.45 mlm. 8.30 pagi. - 2.45 ptg. 8.30 pagi. - 2.45 ptg. 2.45 ptg. - 7.45 mlm. 2.45 ptg. - 7.45 mlm. 7.45 mlm. - 10.45 mlm. Sabtu (Minggu ke 2, ke 4 & ke 5) Sabtu dan Ahad 8.30 pagi. - 12.00 tgh. 12.00 tgh. - 3.45 ptg. Sabtu (Minggu pertama & ke 3) Ahad 8.30 ptg. - 12.00 tgh. 12.00 tgh. - 3.45 ptg. TARIKH KUATKUASA : 30/04/2013 1 drp. 6
Semasa Semester PKBS Semasa Cuti Semester PKBS / 9.00 pagi. - 7.30 mlm. 9.00 pagi. - 4.30 ptg. 9.00 pagi. - 8.00 mlm. Sabtu dan Ahad Sabtu dan Ahad Semasa Semester (Minggu Ulangkaji & Peperiksaan) 9.00 pagi. - 5.30 ptg. 7.30 mlm. - 9.30 mlm. 9.00 pagi. - 11.30 pagi. 2.30 ptg. - 5.30 ptg. 7.30 mlm. - 10.00 mlm. Sabtu (Minggu pertama & ke 3) & Ahad Sabtu (Minggu ke 2, ke 4 & ke 5) 9.30 pagi. - 4.30 ptg. TARIKH KUATKUASA : 30/04/2013 2 drp. 6
4.0 Peraturan Penggunaan: 4.1 Buku-buku / bahan perpustakaan tidak boleh ditinggalkan di dalam bilik karel. 4.2 Lampu dipadamkan dan pintu dikunci selepas menggunakan bilik karel. 4.3 Sebuah bilik karel adalah untuk kegunaan satu (1) orang sahaja. 4.4 Pengguna tidak boleh menampal sebarang kertas atau notis di dinding / pintu bilik karel. 4.5 Semua Peraturan-peraturan Am Perpustakaan seperti yang terkandung dalam Peraturan-peraturan Perpustakaan mesti dipatuhi. 4.6 Pembantu Perpustakaan Kanan berhak memeriksa bilik-bilik karel dari semasa ke semasa. 4.7 Sebarang kerosakan pada kelengkapan bilik karel hendaklah dilaporkan ke Kaunter 1 / Kaunter BTB. 4.8 Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan buku / barang-barang yang ditinggalkan di dalam bilik karel. 4.9 Denda RM10.00 dikenakan sekiranya menghilangkan kunci. 4.10 Jika didapati pengguna tidak mematuhi peraturan-peraturan di atas atau menyalah gunakan bilik karel, kemudahan ini akan ditarik balik dan peraturan-peraturan Perpustakaan yang berkaitan akan dikuatkuasakan. TARIKH KUATKUASA : 30/04/2013 3 drp. 6
5.0 Proses Kerja 5.1 Penempahan Bilik Karel 5.1.1 Minta pelanggan menyemak Log Rekod Penggunaan Bilik Karel (OPR/PSAS/BL03/BK) dan maklumkan nombor bilik yang diperlukan. Minta pelanggan mengisi slip urusan Bilik Karel. 5.1.2 Semak butiran yang diisi oleh pelanggan dan letakkan kad matrik tersebut dalam kotak yang disediakan. 5.2 Permohonan / Pengambilan kunci 5.2.1 Minta pelanggan menyemak Log Rekod Penggunaan Bilik Karel (OPR/PSAS/BL03/BK) dan maklumkan nombor bilik yang diperlukan. Minta pelanggan mengisi Borang Penggunaan Bilik Karel (OPR/PSAS/BR03/BK) dan menyerahkan kad matrik / kakitangan. 5.2.2 Minta pelanggan menandatangani ruang pengesahan penerimaan kunci pada borang. 5.2.3 Semak butiran yang diisi oleh pelanggan dan ambil kunci bilik karel. TARIKH KUATKUASA : 30/04/2013 4 drp. 6
5.2.4 Serahkan kunci kepada pelanggan dan maklumkan masa kunci harus dikembalikan. Simpan kad matrik / kakitangan di dalam kotak yang disediakan. 5.3 Lanjutan Tempoh Penggunaan 5.3.1 Minta pelanggan menyemak Log Rekod Penggunaan Bilik Karel (OPR/PSAS/BL03/BK). Minta pelanggan mengisi butiran untuk melanjutkan tempoh penggunaan jika tiada tempahan oleh pelanggan lain. 5.3.2 Sekiranya ada tempahan, maklumkan kepada pelanggan dan minta kunci dikembalikan. 5.4 Pemulangan Kunci 5.4.1 Terima kunci 5.4.2 Tandatangan di ruang pengesahan pemulangan kunci pada Log Rekod Penggunaan Bilik Karel (OPR/PSAS/BL03/BK). 5.4.3 Minta pelanggan mengisi catatan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan di dalam buku Log Rekod Penggunaan Bilik Karel (OPR/PSAS/BL03/BK). TARIKH KUATKUASA : 30/04/2013 5 drp. 6
5.4.4 Serahkan kad matrik / kakitangan pelanggan. 5.4.5 Simpan kunci bilik karel. 5.4.6 Sekiranya pelanggan menghilangkan kunci, pelanggan dikenakan denda sebanyak RM10.00. Rujuk Garis Panduan Kutipan Wang (OPR/PSAS/GP03/KW) untuk proses penyerahan wang kepada Ketua Bahagian. PPKn/PO 5.4.7 Uruskan penggantian kunci yang hilang. PO/PP/PPKn 5.5 Pemantauan Bilik Karel 5.5.1 Uruskan penggantian kunci yang hilang. PPKn/PO 5.5.2 Hubungi pengguna yang tidak memulangkan kunci pada masa yang ditetapkan. TARIKH KUATKUASA : 30/04/2013 6 drp. 6