Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

dokumen-dokumen yang mirip
BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Teknologi Pengajaran (2 jam)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

LOGBOOK DAN LAPORAN PROJEK MINI Hubungan Etnik (HE) (SSX0022)

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Alat Berfikir PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN SUBJEKTIF. Bengkel Untuk Ibu Bapa P5 & P6

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BATIK CANTING (QKB2107) RUBRIK KEMAHIRAN INSANIAH 1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Padankan. Padankan. Padankan

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

KEMAHIRAN MAKLUMAT 1. PENGENALAN

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

REKABENTUKSTRUKTURKENDERAAN DALAM AIR SECARA KA WALAN JAUH (ROV) BAGI KEGUNAAN EKSPLORASI

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PENGURUSAN PENTAS (QKB2108) RUBRIK KEMAHIRAN INSANIAH 1

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESSIONAL TAJUK: LAPORAN PROGRAM SEGENGGAM BUDI, SEGUNUNG HARAPAN (INSTITUTE-HEARS, UKM)

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN REKA CIPTA TINGKATAN EMPAT 2002

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

UNIT PRAKTIKUM IPGKBL REFLEKSI

Unit 5 Pendekatan Tematik

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ULTAN IDR!s..:>Lk1...1.:..00-' _'1 SULT.AN IDRIS EDUCATION UNIVERSI.TY KOD. : KKP3053 KURSUS : PENGURUSAN DAN KONSULTASISEKOLAH ARAHAN

Transkripsi:

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar Mohamad Hashim Bin Othman Ph.D Sharifah Amnah binti Syed Ahmad Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang shim@usm.my Abstrak: Program Pembangunan Pelajar adalah bertujuan untuk membantu dan membimbing para pelajar dalam membentuk sahsiah dan kepemimpinan. Di samping itu apa yang lebih penting ialah bagaimana para pelajar dapat mengaplikasikan tahap keintelektualan mereka secara kreatif dan kritis. Terdapat pelbagai jenis program pembangunan pelajar yang boleh dilaksanakan antaranya ialah, pengendalian bengkel, kursus, latihan, seminar dan Kertas kerja ini akan memberikan fokus dalam pengendalian bengkel pemnbangunan pelajar berdasarkan pengalaman penulis. Kertas kerja ini akan membincangkan bagaimana diterapkan domain kognitif dalam pengendalian program pembangunan pelajar. Blooms telah mengkategorikan tiga domain dalam pembelajaran itu; domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Perbincangan dalam kertas kerja ini akan hanya tertumpu pada domain kognitif. Domain kognitif dapat dibahagikan kepada enam aras iaitu; aras pengetahuan, aras kefahaman, aras aplikasi, aras analisis, aras sintesis dan aras penilaian. Adalah didapati penerapan domain kognitif dalam aktiviti dalam bengkel berupaya meningkatkan daya berfikir di kalangan para peserta bengkel. Katakunci: Pelajar, kognitif. Pengenalan Program pembangunan pelajar bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempamerkan gaya kepemimpinan dan seterusnya untuk memupuk dan membimbing para pelajar untuk menguasai aspek soft skills dan competative skills. Pelbagai program boleh dilaksanakan dalam usaha meningkatkan kompetensi para pelajar dalam kedua-dua aspek ini antaranya melalui pelaksanaan bengkel, kursus, latihan dan seminar. Program-program seperti ini boleh dilaksanakan secara berkala, berterusan dan secara customise. Bagi melaksanakan program bukan lagi perkara yang sukar, namun demikian apa yang harus diberikan penekanan ialah apakah yang akan dapat dimanfaatkan oleh para pelajar yang mengikuti program yang dijalankan. Justeru perancangan yang teliti amatlah penting. Antara kriteria yang harus diambil kira

semasa merancang program pembangunan pelajar ialah; apakah bentuk tahap keintelektualan yang akan dihasilkan oleh peserta, apakah bentuk aktiviti yang dapat mencetuskan keintelektualan di kalangan peserta dan apakah pendekatan yang akan diaplikasikan dalam bengkel yang akan dijalankan. Di samping itu perkara yang amat penting dalam merangkan sesuatu program ialah objektif yang ingin dicapai secara keseluruhan dan objektif yang ingin dicapai dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Dalam kertas kerja ini saya akan membincangkan bagaimana hendak menulis objektif berdasarkan Taksonomi Bloom. Sepertimana yang diketahui Taksonomi Blooms lazimnya dikaitkan dengan aspek pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, setelah diteliti, didapati Taksonomi Blooms boleh diaplikasikan dalam membina objektif dalam pengendalian bengkel pembangunan pelajar. Taksonomi Blooms Benjamin Bloom (1956) telah mengklasifikasikan aras tingkahlaku keinteletualan dalam pembelajaran kepada tiga domain iaitu, domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Perbincangan dalam kertas kerja ini hanya akan memberi tumpuan dalam domain kognitif. Dalam domain kognitif, Blooms telah mengidentifikasikan enam aras kognitif iaitu; aras pengetahuan, aras, kefahaman, aras aplikasi, aras analisis, aras sintesis dan aras penilaian. Adalah

didapati keenam-enam arah domain kognitif didapati relevan dalam membentuk objektif dalam melaksanakan program pembangunan pelajar. Aras Pengetahuan: memerlukan seseorang itu mengingati dan mengeluarkan maklumat berbentuk fakta yang telah diperolehi hasil daripada pembelajaran yang telah berlaku. Dalam aras ini seseorang itu berupaya untuk mengidentifikasikan, menyenaraikan, menerangkan, memberitahu dan Aras Kefahaman: memerlukan seseorang memahami maklumat yang diperolehi. Dalam aras ini seseorang itu berupaya untuk menerangkan, menganggarkan, meramal, membezakan dan Aras Aplikasi: memerlukan seseorang itu mengaplikasikan pembelajaran yang telah diperolehi. Dalam arah ini seseorang itu berupaya untuk membuat aplikasi pengetahuan, membuat ilustrasi, menunjukkan, menyelesaikan, mengklasifikasikan, membuat ujikaji dan Analisis: memerlukan seseorang itu menrungkaikan bahagian atau meneliti (bagi memahami sesuatu struktur) hasil daripada pembelajaran yang telah diperolehi. Dalam aras ini seseorang itu, berupaya membuat analisis, membuat banding beza, membuat perbandingan, mengklasifikasikan, menyusun dan Sintesis: memerlukan seseorang itu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk mencantumkan elemen-elemen yang telah dipelajari. Dalam

aras ini seseorang itu berupaya mencantumkan, menyusun semula, menganti, mencipta, merekabentuk, dan Penilaian: memerlukan seseorang itu membuat penghakiman ataupun penilaian berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Dalam arah ini seseorang itu berupaya membuat kesimpulan, menerangkan, mengukur, membanding, rumusan, keputusan dan Bagaimana Aras Taksonomi Blooms Ini Di Terapkan? Penerapan aras Taksonomi Blooms yang akan dibincangkan selanjutnya adalah lebih tertumpu kepada pelakasaan bengkel pembangunan pelajar. Dalam pengalaman saya, bengkel yang dilaksanakan lazimnya melibatkan masa interaksi dengan peserta untuk selama 16 jam. Bengkel sering kali dilaksanakan diluar kawasan kampus dalam tempoh 3 hari 2 malam. Dalam perancangan bengkel ini saya akan memastikan terdapat peningkatan aras pengetahuan para peserta dari aras pengetahuan hinggalah ke arah penilaian. Bengkel yang dijalankan lebih tertumpu kepada aktiviti. Lazimkan pembahagian bagi setiap sesi dalam bengkel yang dijalankan adalah seperti berikut: Langkah Pertama: 60 minit pertama peserta dalam kumpulan akan diberikan tugasan untuk disiapkan. Dalam aktiviti ini peserta akan diberikan peluang untuk melakukan sesi sumbang saran dalam kumpulan. Dalam aktiviti sumbang saran ini antara aras kognitif yang terlibat ialah arah pengetahuan dan kefahaman. Aras pengetahuan memerlukan peserta menghasilkan idea-idea secara bebas

tanpa ada sebarang sekatan serta bagi membolehkan peserta menghubungkaitkan tugasan yang diberikan dengan pengalaman yang telah merekal lalui. Sementara aras kefahaman ini, memerlukan peserta memahami tugasan yang diberikan dan seterusnya bagi membolehkan peserta menyelesaikan tugasan yang diberikan. Lanjutan dari itu, aras aplikasi dapat diterapkan iaitu bagaimana peserta berupaya mengaplikasikan hasil daripada sumbang saran yang telah dijalankan. dan berupaya dalam membuat analisis. Aras aplikasi dan analisis akan datang serentak bagi membolehkan peserta membuat pertimbangan dalam proses menyelesaikan tugasan yang diberikan. Lanjutan dari itu, aras sintesis akan menjelma bagi membolehkan peserta menyusun, mereka bentuk dan mencantumkan segala idea-idea yang telah dihasilkan. Bagi memastikan dihasilkan itu mencapai objektif tugasan, maka sekali lagi peserta diperlukan untuk membuat penilaian. Dalam aras membuat penilaian, setiap peserta dalam kumpulan berusaha untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan hasilan tugasan mereka. Penilaian dibuat berdasarkan criteria yang telah ditetapkan oleh setiap kumpulan. Langkah Kedua: 45 minit kedua peserta dalam kumpulan akan membentangkan hasil daripada tugasan yang diberikan. Dalam aktiviti pembentangan ini saya akan memastikan keenam aras ini masih diterapkan. Dalam pembentanang hasilan tugasan ini memerlukan peserta dalam kumpulan berupaya mengabung keenam-enam aras domain kognitif ini. Dalam aktiviti pembentangan ini peserta akan memastikan tugasan mereka itu dapat diterima

dan menepati kehendak piawai yang telah ditetapkan. Peserta dikehendaki mempertahankan setiap persoalan yang akan ditimbulkan. Di sini akan jelas kelihatan aras pengetahuan akan berfungsi sekiranya terdapat persoalan-persoalan seperti, Boleh anda memberitahu kenapa ; Berapakah komponen yang terlibat ; Apa akan terjadi sekiranya ; Apa yang anda maksudkan dan Persoalan-persoalan ini memerlukan peserta menggunakan aras pengetahuan. Persoalan-persoalan di peringkat aras kefahaman pula memerlukan peserta menjawab persoalan-persoalan yang diajukan seperti; Bolehkah anda tunjukkan contoh ; Bolehkah anda membezakan antara ; Bolehkah anda menyatakan definisi bagi ; Bolehkah anda nyatakan idea utama dan Persoalan bagi aras aplikasi pula dapat dilihat pada bentuk persoalan yang diajukan antaranya ialah; Bolehkan anda tunjukan bagaimana alat ini dapat bergerak? ; Bolehkan anda jelaskan apakah proses yang digunakan bagi menyelesaikan masalah ini? ; Bolehkan anda tunjukkan ilustrasi sepertimana yang anda katakana tadi? dan Persoalan bagi aras analisis pula adalah seperti berikut: Bagaimanakah perkara ini dikata sama dengan. ; Apakah motif yang terdapat di belakang ; Bolehkah anda tunjukkan apakah perubahan yang akan berlaku dan

Persoalan bagi aras sintesis pula adalah seperti berikut; Apa yang akan berlaku sekiranya. ; Apakah yang dapat anda cadangkan sekiranya ; Sekiranya anda dapat akses semua aspek, bagaimana akan anda mengendalikan dan Persoalan akhir ialah aras penilaian. Persoalan bagi aras penilaian ini adalah seperti berikut: Adalah terdapat cara lain yang lebih baik ; Bagaimana anda rasa sekiranya ; Adakah anda mempercayai. Dan Adalah didapati kesemua persoalan ini akan mencabar kognitif para peserta untuk menjawab ini. Oleh itu, saya akan memastikan setiap persoalan yang akan diajukan akan memenuhi keenam-enam aras dalam domain kognitif. Langkah Ketiga: 15 minit terakhir peserta akan membuat kesimpulan hasil daripad aktiviti yang telah dijalankan. Dalam peringkat terakhir ini akan membolehkan peserta dalam kumpulan mengaplikasi aras analisis, sintesis dan penilaian. Ketiga-tiga aras ini akan memperlihatkan kemampuan perserta dalam membuat kesimpulan serta berupaya memyumbangkan idea-idea bagi memantapkan hasil tugasan yang telah dilaksanakan. Peranan Fasilitator Sepanjang aktiviti dijalankan fasilitator akan memastikan setiap peserta dapat mengambil bahagian secara aktif. Fasilitator perlu memastikan setiap persoalan yang ditimbulkan mesti berdasarkan keenam-enam aras dalam domain kognitif. Dengan cara demikian, para peserta diajak bersama untuk berfikir dengan cara

lebih sistematik dan seterusnya berupaya memberikan jawapan-jawapan yang memerlukan daya penakkulan yang tinggi. Penutup Adalah didapati penerapan domain kognitif ini berupaya meningkatkan daya berfikir di kalangan para peserta. Ini adalah kerana cara berfikir di kalangan peserta telah distrukturkan dan keadaan ini tidak membolehkan peserta untuk berfikir secara mudah tetapi sebalik mengalakkan para peserta untuk berfikir secara konstruktif berdasarkan bukti-bukti emperikal. Oleh itu, perlu ingat bahawa setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam bengkel yang dijalan mesti mempunyai unsur-unsur yang menuju kea rah keintelektualan para pelajar. Melaui aktiviti-aktiviti akan memberikan kesedaran secara tidak langsung kepada para pelajar bagaimana hendak menggunakan daya intelektual secara maksimun dan terancang. Di samping itu, aktiviti membolehkan para peserta sedar akan kemampuan tahap keintelektualan mereka dan seterusnya berupaya untuk meningkatkan tahap daya keintelektualan. Justeru perancangan program pembangunan pelajar perlu diberikan perhatian yang serius dengan memastikan setiap aktiviti yang dijalankan dapat dimanfaatkan dan seterusnya berupaya melahirkan para pelajar yang dinamik serta memiliki konsep kendiri yang positif dan keefisienan diri yang tinggi.