PERANGI IDEOLOGI GANAS: APAKAH ADA PENGHUJUNGNYA?

dokumen-dokumen yang mirip
TREN PENGGANASAN MASA KINI: SATU CABARAN BARU BAGI MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA - UST H MOHAMED B ALI

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Iktibar daripada penahanan Zulfikar

juta pengunjung ke acaraacara warisan di seluruh Singapura pada 2016 juta disumbangkan untuk kesenian dan warisan pada 2016 Lebih daripada

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

AMANAT HARI KEBANGSAAN 2016

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Satu hari nanti, semua kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik.

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

LAPORAN PENYELIDIKAN

PERANG SIBER HANYA ILUSI MAYA?

PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

Psikologi kognitif. Sinopsis:

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Puan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Kebangsaan. Profesor Madya Hadijah Rahmat, Pengerusi, Jawatankuasa Anugerah Persuratan

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FACT SHEET

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

SIMULASI PEMPROSESAN PADI BERLANDASKAN PERMAINAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

SIKAP ADALAH SEGALANYA!

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Transkripsi:

PERANGI IDEOLOGI GANAS: APAKAH ADA PENGHUJUNGNYA? Sekali lagi, masyarakat Singapura dikejutkan dengan berita penangkapan tiga anak muda di kalangan warga Singapura kerana penglibatan mereka dalam perbuatan yang menjurus kepada pengganasan. Mengapakah ancaman ini berterusan walaupun bermacam-macam usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak? Antaranya pihak pemerintah telah mengenakan perintah tahanan kepada mereka yang terlibat. MUIS, RRG serta beberapa kumpulan Melayu-Islam telah melakukan kerja mendekati masyarakat, dengan tumpuan diberikan kepada kelompok belia. Namun, kita harus akur bahawa sememangnya masalah pengganasan serta ideologi songsang ini merupakan masalah rumit yang pasti memakan masa yang sangat lama untuk dihapuskan. Ini disebabkan beberapa perkara. Pertama, ideologi adalah masalah dalaman yang jika tidak dizahirkan, sememangnya sukar untuk dikesan. Namun, jika ia telah sampai ke tahap di mana mereka telah sanggup untuk melakukan sesuatu, ini bermakna ia telah menjadi sebuah pegangan atau prinsip yang telah tertanam di dalam jiwa sanubari sekian lama, telah sebati dan tidak mudah disingkirkan. Kedua, pergolakan dan permasalahan umat Islam semakin ketara dan meruncing di merata dunia. Ini diburukkan lagi dengan usaha-usaha segelintir pihak untuk memusuhi Islam seperti penyiaran kartun Nabi Muhammad dan yang terbaru, video seorang ahli politik Belanda yang menghina Al-Quran. Perkara-perkara sedemikian menjadi hujjah yang kukuh untuk pihak pengganas menyebarkan propaganda mereka serta merekrut pengikut. Ketiga, para pengganas merupakan satu kumpulan yang pintar dan mampu menggunakan teknologi yang terkini untuk memenuhi hasrat dan cita-cita mereka. Mereka juga licik dalam

mengatur dan menukar strategi mereka mengikut perubahan masa dan keadaan. Satu kebersamaan yang terserlah di antara ketiga yang ditahan dengan Abdul Basheer yang di tahan pada tahun lalu adalah usia mereka yang muda belia. Kita sedia akur pada usia begini, seseorang itu selalunya bersikap idealistik iaitu bersemangat dan sangat bercitacita untuk mewujudkan dunia yang lebih sempurna dan lebih baik. Pada usia begini juga, individu-individu mula mencari kesempurnaan dalam diri mereka dan salah satu caranya adalah dengan menghayati agama mereka dengan lebih baik dan mendalam. Namun, gandingan kecetekan ilmu agama serta semangat yang meluap-luap untuk menjadi Muslim yang baik serta membela Islam ini adalah formula yang sangat merbahaya. Ia boleh menjerumuskan para remaja ini ke kancah pelampauan dan pengganasan jika mereka tidak bersikap hati-hati dan mudah dipengaruhi. Mereka yang terlibat dalam ideologi ganas berpunca dari banyak sebab. Setiap individu mempunyai sebab dan pengalaman serta latarbelakang yang berbeza. Antara yang menyebabkan seseorang itu menjadi radikal adalah:- Terpengaruh dengan ajakan dan fahaman kumpulan pelampau di Internet Kurang atau tidak mantap asas agama sehingga mudah terpengaruh dan ambil bulat-bulat segala ajaran pelampau Ketidakpuasan terhadap fenomena global yang melibatkan penindasan dan pembunuhan orang Islam Kejahilan akan ideologi pelampau di Internet dan tidak rujuk kepada pihak yang bertauliah untuk mendapatkan penjelasan Biasanya mereka yang terpengaruh ini tidak belajar agama secara formal. Perang ideologi harus diteruskan dengan lebih gigih dan dedikasi. Kita harus terus berusaha menyedarkan kepentingan perang ideologi ini kepada pihak-pihak terlibat, terutamanya yang berterusan melakar strategi untuk menghapus atau memenjarakan sahaja tahanan-

tahanan tanpa ada usaha untuk merubah minda dan tanggapan para tahanan. Tercetusnya pencerobohan ke atas Iraq pada tahun 2003 merupakan satu tamparan berat kepada perang ideologi. Antaranya ia telah menjadikan Iraq sebagai medan perjuangan sama seperti Afghanistan satu ketika dahulu. Oleh itu, Iraq dipercayai menjadi sarang bagi para pengganas untuk berkumpul, bertukar pendapat dan kemahiran serta menaikkan semangat juang mereka. Oleh itu, penyelesaian kepada crisis di Iraq adalah satu perkara terpenting untuk meredakan iklim pengganasan di merata dunia. Usaha masyarakat Islam Singapura untuk memulihkan para tahanan Jemaah Islamiyah (JI) dan mendidik masyarakat selama ini adalah satu usaha yang dipuji. Pelbagai usaha mendekati remaja dan pelajar juga telah giat diadakan memandangkan seriusnya fenomena ini. Kita telah banyak belajar dari pengalaman-pengalaman yang lalu. Episod JI dan pengangkapan Abdul Basheer pada tahun lalu telah banyak memberi pelajaran pada kita. Namun, memandang fenomema ini adalah sesuatu yang berterusan, lebih banyak usaha yang harus kita pertingkatkan. Namun, dengan penangkapan terbaru ini jelas menunjukkan bahawa usaha memerangi ideologi ganas masih jauh lagi dari kejayaan. Apakah yang harus dilakukan seterusnya. Antara pendekatan yang dapat diambil ialah:- Mengadakan kajian khusus dan mendalam untuk mengkaji bagaimana golongan muda mudah terpengaruh dengan fahaman radikal. Ini adalah sesuatu yang penting dan belum dilakukan di sini. Bagaimanakah kita hendak menangani masalah ini tanpa memiliki cara dan pengetahuan yang khusus? Meningkatkan lagi kesedaran akan bahayanya ideologi ganas di seluruh peringkat pendidikan iaitu sekolah rendah, menengah, para-universiti, siswazah dan selanjutnya. Dengan adanya penerangan, dialog dan perbincangan dengan setiap golongan ini, barulah dapat kita memahami pemikiran dan kecenderungan mereka dalam isu-isu agama dan

politik Mewujudkan lagi lelaman-lelaman web yang berbentuk anti fahaman radikal.. Ini sangat berkurangan dibandingkan dengan jumlah lelaman-lelaman ekstrimis yang wujud di alam siber. Lelaman seperti RRG, MUIS dan blog Ust Muhammad Haniff tidak mencukupi. Apa ang lebih penting adalah lelaman-lelaman tersebut haruslah menarik dan mampu menarik perhatian golongan remaja contohnya lelaman yang dipenuhi dengan banyak ilustrasi, gambar, video, permainan dan sebagainya. Usaha penting yang belum dilakukan sebelum ini adalah bagaimana pakar teknologi dapat mewujudkan satu sistam atau cara agar lelaman-lelaman ini dapat dihakis dan ditutup agar ianya tidak dapat dilungsur oleh golongan remaja. Akhir sekali, cara yang paling baik untuk menangani masalah ini adalah pendidikan. Usaha-usaha pendidikan tentang bahayanya fahaman radikal di setiap peringkat dan lapisan masyarakat dengan harus digiatkan dan menggunakan segala platform yang ada. Di samping itu, kita harus menekankan kebolehan untuk berfikir secara kritikal serta tidak gampang untuk menerima sahaja sebarang maklumat yang deberikan. Fenomena perpengaruh dengan fahaman radikal secara sendiri kini menjadi ancaman utama bagi masyarakat kita. Ancaman pengganasan mungkin berkurangan, tetapi ancaman fahaman radikal ini jelas meningkat. Kita telah berjaya menumpaskan rangkaian kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah di negara ini. Namun, ideologi ganas yang disebarkan oleh kumpulan pengganas dan pelampau di luar negara luas tersebar di Internet. Amat penting untuk kita menilai usaha-usaha kita selama ini. Kita harus bergerak mengikut keadaan dan perubahan. Kelihatan, tren pengganasan seperti ini belum menemukan penghujungnya. Namun, walaupun perjalanan masih jauh dan sukar, ini tidak bermakna kita harus cepat berputus asa atau mengaku kalah. Masih banyak usaha-usaha baru yang boleh kita terokai di samping memperbaiki dan melipatgandakan usaha-usaha yang sedia ada. Yang jelas, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Kejayaan itu tidak akan datang hanya dengan kita berpeluk tubuh, menuding jari antara satu sama lain serta mudah berputus asa. Ia memerlukan komitmen dari segenap lapisan masyarakat. bukan untuk sehari dua, tetapi

untuk jangka masa yang panjang. Ini hanya akan dapat dikecapi dengan persiapan mental yang teguh serta semangat yang kental dan bersepadu agar kita dapat mengharungi setiap permasalahan dengan cara yang terbaik mungkin. Yang terpenting, setiap dari kita harus menanam sifat ingin membela kemurnian ajaran Islam yang bersifat kasih sayang serta berganding bahu mewujudkan suasana negara yang aman sentosa dan selamat untuk didiami semua.