7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

dokumen-dokumen yang mirip
BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

SKEMA TASAWWUR ISLAM

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. Mengenal pasti dan merangka strategi survival Melayu dan Bumiputera Menjelaskan strategi. Bumiputera fokus Malaysia.

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

MENGEMBALIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA IBUNDA DI SEKOLAH RENDAH.

TEKS UCAPAN YABHG TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI DI MAJLIS SELAWAT & SALAM PERDANA 2014 GEMA CINTA 5 NEGARA UNTUK MU YA HABIBALLAH

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ARAHAN: ( )

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Prinsip Pembangunan Komuniti

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 1

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

KOM 3364: KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Tata Kelakuan Panasonic

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. Zulkifli Hasan

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA () 1 POLITIK BERTUNJANG PRINSIP POLITIK DAKWAH & AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR 3 POLITIK PENYELESAIAN BERASASKAN ISLAM POLITIK UTAMAKAN RAKYAT 5 4 POLITIK DAMAI & DIPLOMASI POLITIK BENAR BUKAN PERSEPSI 7 2 POLITIK RASIONAL & PROFESIONAL 05 6

CIRI 1: POLITIK BERTUNJANGKAN PRINSIP Sebuah budaya berpolitik yang mana pendirian, sikap dan tindakan sentiasa berasaskan kepada prinsip yang jelas yang selari dengan syarak Asas perjuangan PAS adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Justeru, apa jua keputusan PAS mestilah menepati Syarak. PAS menolak sebarang keputusan dan tindakan yang berasaskan matlamat menghalalkan cara. Sebaliknya hanya cara yang halal akan digunakan untuk mencapai matlamat perjuangan Islam PAS. Budaya Politik Matang dan Sejahtera, bukan hanya berasaskan kepentingan undi atau kepentingan lain seumpamanya, tetapi bertunjangkan prinsip prinsip yang jelas dan tidak terikut-ikut dengan spekulasi. Sekalipun tindakan kurang popular dalam kalangan pengundi dan rakan, PAS akan tetap mempertahankan prinsip. Ini bermaksud semua sikap dan tindakan yang diambil oleh PAS mestilah bermula dengan mengenal pasti prinsip-prinsip yang diambil seperti digariskan syarak. Dewan Ulamak adalah badan yang berautoriti dalam membawa dalil dan hujah syarak yang jelas dalam menentukan atau membangunkan prinsip-prinsip tersebut. a) Membudayakan pandangan dan tindakan politik berasaskan prinsip bukan berdasarkan spekulasi b) Budaya perbahasan politik dan lain-lain berasaskan prinsip masing-masing yang lebih objektif berbanding spekulasi yang agak subjektif, maka perbezaan pandangan lebih mudah ditangani. c) Meningkatkan pendidikan politik termasuk; i. Membezakan antara kerajaan dan parti pemerintah ii. Membezakan antara pendirian peribadi dan pendirian organisasi iii. Meletakkan parti pembangkang sebagai parti bukan pemerintah yang turut menyumbang kepada pembangunan negara 06

CIRI 2: POLITIK DAKWAH DAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR Sebuah budaya berpolitik yang mana kesemua tindakan adalah bermatlamatkan membawa manusia kepada keindahan dan kesempurnaan cara hidap Islam dengan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Antara matlamat utama PAS ialah mengubah kefahaman dan pendirian semua pihak termasuk pesaing politiknya. Ini bertentangan dengan budaya politik konvensional yang berobjektifkan memusnahkan musuh politik. Bagi PAS, semua pihak adalah sasaran dakwahnya. Ini bagi PAS adalah lebih diutamakan berbanding melihat orang ramai dalam perspektif pengundi sahaja. Maka objektif PAS bukan hanya menarik mereka sebagai pengundi, tetapi lebih penting lagi ialah menarik mereka kepada cara hidup Islam yang sempurna. Prinsip yang menjadi asas kepada aktiviti dakwah ialah Amar Makruf dan Nahi Mungkar yang bermaksud mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah keburukan (mungkar). menekankan budaya mengiktiraf dan menyokong kebaikan oleh mana-mana pihak, dan mencegah serta menentang kemungkaran oleh mana-mana pihak. PAS menyokong kebaikan secara matang, dan juga menentang keburukan serta kezaliman secara matang. a) Menukar persepsi selagi mereka tidak menentang dan memusuhi Islam daripada musuh politik kepada sasaran tarikan dakwah. b) Membanyakkan penerangan dan mengelakkan serangan. c) Mengurangkan pergeseran politik dan ketegangan dalam masyarakat. d) Menyokong semua kebaikan dan menentang semua keburukan tanpa mengira pihak selagi tidak memusuhi Islam. 07

CIRI 3: POLITIK PENYELESAIAN BERASASKAN ISLAM Sebuah budaya berpolitik yang memberi penekanan kepada penyelesaian bukan sekadar menimbulkan isu dan permasalahan, di mana penyelesaian tersebut adalah selari dengan tuntutan syarak. Bertentangan dengan budaya politik konvensional di mana parti pembangkang hanya melontarkan isu dan permasalahan, menekankan kepada penyelesaian. PAS mahu membina budaya berpolitik yang memberi penekanan dan kesungguhan dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang permasalahan rakyat. PAS memposisikan dirinya sebagai sebuah parti yang konstruktif. Setiap kelemahan dan kepincangan pihak pentadbiran kerajaan mahupun pemerintahannya tidak hanya dibantah atau dibangkang semata-mata. Yang baik disokong secara matang, yang batil dibangkang juga secara matang. Bahkan PAS mahu ahli dan pimpinannya menghayati budaya mencari penyelesaian Islam terhadap isu dan permasalahan yang timbul. PAS mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan Islam dalam membawa penyelesaian kepada rakyat dalam kesemua aspeknya samada politik, ekonomi dan sosial. a) Mengubah cara pemikiran konvensional terutama kalangan parti bukan pemerintah yang lebih menumpukan kepada permasalahan tanpa alternatif penyelesaian. b) Meyakinkan masyarakat bahawa Islam membawa sistem penyelesaian yang terbaik sesuai dengan keadaan semasa. c) Menerima penyelesaian universal oleh mana-mana pihak yang tidak bercanggah dengan prinsip Islam. 08

CIRI 4: POLITIK UTAMAKAN RAKYAT Sebuah budaya berpolitik yang menjadikan kepentingan rakyat (yang tidak bercanggah dengan syarak) sebagai keutamaan dalam sebarang keputusan dan tindakan, mengatasi kepentingan individu mahupun kumpulan sekaligus mengelakkan budaya politiking. Amalan politiking telah menjadi budaya berpolitik konvensional di mana yang diutamakan ialah kepentingan peribadi dan kelompok masing-masing dengan membelakangkan kepentingan rakyat. Sesuatu tindakan hanya diambil apabila ianya menguntungkan agenda politik mereka sekalipun bercanggah dengan kepentingan rakyat. Dengan kata lain, kepentingan rakyat tidak dibela sekiranya tidak membawa kepentingan peribadi dan kelompok mereka. Melalui, PAS memperkasakan lagi budaya meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan individu mahupun organisasi PAS sendiri. PAS membina budaya berlapang dada dalam segala hal walaupun sesuatu tindakan tersebut mungkin memberi impak politik yang minima. a) Mengurangkan dan membasmi budaya politiking yang mengutamakan kepentingan peribadi dan kelompok mengatasi kepentingan rakyat. b) Membina budaya berpolitik di mana semua pihak berlumba-lumba untuk membawa kebaikan kepada rakyat (prinsip fastabqul khairat anjuran Al-Quran), bukan bermusuhan dan saling memusnahkan yang membawa kepada kesengsaraan rakyat. 09

CIRI 5: POLITIK DAMAI DAN DIPLOMASI Sebuah budaya berpolitik yang mengambil pendekatan aman dan berdiplomasi dalam menangani sesuatu isu di dalam masyarakat, serta mengelakkan sebarang bentuk konflik secara fizikal. menekankan agar budaya politik konvensional yang banyak mengambil pendekatan konfrontasi dapat dihentikan. Sejak sekian lama, PAS memperjuangkan agenda politik Islamnya melalui kaedah Muwaajahah Silmiyyah (mendepani lawan secara aman). PAS mahu membina budaya yang mengambil pendekatan aman, berhubung secara diplomasi, saling menghormati serta mengelakkan konflik fizikal dalam berurusan dengan semua pihak lain, sekalipun mempunyai sikap yang bertentangan terhadap sesuatu isu. Prinsip pendekatan ini bermakna PAS tidak memusuhi sosok tubuh dan rupa wajah seseorang mahupun sesebuah organisasi hanya kerana ciri-ciri fizikalnya. Malah nama dan latar belakang kaum, bangsa dan bahasa juga bukan menjadi persoalannya kerana itu semua adalah ciptaan dan anugerah Allah SWT. a) Mengelakkan budaya politik konfrontasi dan fitnah memfitnah b) Membentuk suasana masyarakat yang lebih damai sekalipun dengan masyarakat yang aktif berpolitik c) Budaya menghormati pihak lain melalui hubungan yang berdiplomasi serta berperaturan. d) Mendidik masyarakat agar memulakan dengan pendekatan damai, dan hanya menjadikan pendekatan yang lebih agresif sebagai tindakan terakhir jika benar-benar perlu. 10

CIRI 6: POLITIK BENAR BUKAN SEKADAR PERSEPSI Sebuah budaya berpolitik yang menekankan kebenaran dan mengelakkan tipu daya pembinaan persepsi semata-mata dalam menarik sokongan rakyat. Politik adalah Persepsi merupakan sebuah mantra hasilan budaya politik konvensional yang seringkali digunakan parti-parti politik dalam menarik sokongan orang ramai. Yang diutamakan di sini ialah persepsi, bukan realiti. Samada ianya benar atau tidak, yang menjadi kepentingan kepada budaya politik konvensional ini ialah membina persepsi orang ramai sesuai dengan kepentingan politik mereka. Melalui persepsi, perasaan dan pertimbangan rakyat cuba dimanipulasi. Islam tidak mengizinkan budaya politik sebegini. meletakkan PAS dalam sebuah budaya politik yang mestilah berasaskan kebenaran. Persepsi orang ramai mestilah dibentuk berasaskan fakta dan hakikat. Ianya tidak boleh disandarkan dengan rekaan, atau mainan istilah mahupun manipulasi angka dan media bagi mengelirukan orang ramai, menimbulkan sentimen secara negatif. a) Membina budaya membuat tindakan berasaskan kebenaran bukan sekadar persepsi. b) Menyedarkan masyarakat bahawa persepsi amat mudah dimanipulasi dalam dunia teknologi ICT sekarang dan akan datang. c) Masyarakat menolak mana-mana pihak yang cuba memainkan persepsi rakyat secara negatif, dan tidak berasaskan kebenaran. 11

CIRI 7: POLITIK RASIONAL DAN PROFESIONAL Sebuah budaya berpolitik yang berasaskan kepada hujah yang rasional yang dibina, diolah dan disampaikan secara profesional mengutamakan ciri keadilan, ketepatan, kecekapan dan berkualiti. Pandangan, sikap dan tindakan yang diambil oleh PAS mestilah sentiasa disertakan dengan hujah dan penjelasan yang rasional sesuai dengan keadaannya. Masyarakat perlulah diberi kefahaman dengan penjelasan tersebut yang disampaikan secara cepat dan tepat. membina budaya bahawa masyarakat tidak boleh dipaksakan ke atas mereka, sebarang pendirian dan tindakan tanpa penjelasan yang munasabah. Budaya ini menggambarkan kematangan berpolitik yang menghormati keperluan intelek orang ramai. Pandangan dan tindakan yang diambil mestilah berdasarkan kepada maklumat yang betul, dan pertimbangan akal dan syarak, dan bukan berasaskan emosi. PAS juga meningkatkan budaya profesional dalam semua urusannya. Budaya kerja PAS mestilah tersusun, bersistematik dan berstrategi. Mengurangkan retorik, serta menekankan perbuatan dan tindakan sesuai dengan tuntutan akhlak Islam. a) Membina budaya yang memberi penekanan kepada penjelasan yang rasional kepada semua pihak berkaitan bagi setiap sikap dan tindakan politik yang diambil. b) Membentuk sikap, pemikiran, dan tindakan yang lebih rasional oleh semua pihak dalam menangani isu-isu masyarakat dan provokasi pihak lawan. c) Membina budaya profesionalisma dalam tindakan yang diambil yang mementingkan kecekapan, ketelusan, ketepatan dan kualiti-kualiti lain seperti yang dituntut oleh Islam. 12