BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

dokumen-dokumen yang mirip
peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BAHAGIAN SATU

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini menghuraikan kaedah pengumpulan data serta cara penganalisisan data yang

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

Abd. Wahid Bin Mukhari & Ruslaili Bt Md. Amin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

PANDUAN PENULISAN DIGES PMS

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN BAHAGIAN 1

Model Pengurusan Strategik

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Padankan. Padankan. Padankan

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengumpulan data dan prosedur penganalisis data. Reka Bentuk Kajian

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DENGAN KESEDIAN UNTUK BERUBAH PELAJAR

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Katakunci : faktor, masalah disiplin, pelajar sekolah menengah

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Abstrak. Kata kunci : Pengajaran dan Pembelajaran, Bahasa Arab & Sekolah Menengah Agama Selangor 1.0 PENDAHULUAN

Transkripsi:

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN 3.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan kaedah penyelidikan yang diguna pakai bagi menjayakan penyelidikan ini. Antara aspek yang disentuh ialah prosedur penyelidikan, reka bentuk kajian yang digunakan, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan, prosedur dan kaedah analisis data. 3.1 Prosedur Penyelidikan Bagi menjayakan penyelidikan ini, penulis telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKAKL) sebagai tempat untuk memungut data. Dalam usaha mengumpul data, seramai 7 orang guru Bahasa Arab dari sekolah tersebut dipilih sebagai sampel kajian dan 30 orang pelajar terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga sebagai sampel pelajar. Penulis telahpun melakukan tinjauan awal terhadap sampel dan mengadakan kajian rintis kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur bagi mengenal pasti tahap kesukaran kandungan borang soal selidik. Sampel kajian rintis tidak menghadapi kesukaran dalam memahami kandungan borang soal selidik. Sampel kajian dikehendaki menjawab kesemua soalan borang soal selidik. Mereka juga diberi taklimat ringkas berkenaan dengan tujuan penyelidikan dan cara menjawab soalan. Setelah dijawab, borang soal selidik tersebut dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan sistem SPSS vision 5.0. Analisis ini mengambil kira skala kekerapan peratus tertinggi. Hasil kajian dibentangkan mengikut peratus kekerapan bagi setiap soalan. Ia mengambil kira latar belakang sampel, pandangan umum terhadap bahasa Arab, persepsi umum terhadap pengajaran kosa kata Arab dan kaedah pengajaran kosa kata. 59

3.2 Reka Bentuk Kajian Kajian ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar pendekatan pengajaran kosa kata Arab kepada pelajar Tingkatan Tiga dan penguasaan kosa kata dalam kalangan pelajar. Ia dirangka dengan menggunakan reka bentuk gabungan yang merangkumi pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk deskriptif tinjauan. Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menggambar dan menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku. Ia memberi gambaran bagi pemboleh ubah yang ingin dicerap dengan menggunakan petunjuk statistik bagi melihat taburan dan bentuk pola serta kecenderungan data. Dua set instrumen digunakan bagi mengenal pasti permasalahan tersebut dari kalangan guru dan juga pelajar. Instrumen guru dibahagikan kepada enam bahagian utama yang terdiri daripada latar belakang responden, pendekatan pemilihan kosa kata, pendekatan menterjemah kosa kata, pendekatan menerang makna kosa kata, pendekatan pengukuhan kosa kata dan pendekatan penggunaan kosa kata. Bahagian pelajar pula dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Pertama makluman peribadi, keduanya tentang strategi yang terdiri daripada strategi memori, strategi kognitif, strategi kompensasi, strategi metakognitif, strategi afektif dan strategi sosial, manakala yang ketiganya tentang pencapaian kosa kata di mana petikannya telah diambil daripada Buku Teks Bahasa Arab Tingkatan Dua (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) terbitan Aras Mega Sdn. Bhd. Reka bentuk kualitatif pula digunakan untuk mencerap data daripada soalan terbuka. Ia dapat memberi maklumat mendalam berhubung fenomena yang dikaji dan bersesuaian untuk mendapatkan gambaran sebenar berhubung pemboleh ubah yang telah ditetapkan. Penggunaannya juga membolehkan pembinaan konsep dan pemahaman yang 60

diperlukan untuk membuat penilaian dan memberi cadangan berhubung permasalahan yang dikaji. 3.3 Kaedah Pengumpulan Data Bagi menjayakan kajian ini, penulis menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Data yang diperolehi untuk kajian ini adalah hasil daripada pengumpulan data dari sumber primer, iaitu borang soal selidik dan sumber sekunder seperti bahan rujukan bertulis yang diperolehi melalui kajian perpustakaan. Kaedah ini membolehkan penulis merujuk dengan lebih mendalam berhubung dengan pendekatan pengajaran kosa kata melalui bahan-bahan ilmiah bercetak seperti buku, jurnal, tesis, majalah, kertas kerja dan konvensyen yang berkaitan secara langsung dengan bidang kajian. Melalui kaedah ini juga membolehkan penulis memahami cara dan juga kaedah pengajaran kosa kata dan menghuraikannya dengan lebih terperinci dan jelas. Melalui bahan-bahan cetak ini, penulis membentangkan beberapa pendekatan pengajaran kosa kata dalam bab dua. 3.3.1 Instrumen Kajian Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Ia diedarkan kepada sampel guru dan pelajar seperti di atas. Dua set borang soal selidik telah disediakan bagi mencari jawapan untuk permasalahan kajian. Set pertama disediakan untuk guru dan dibahagikan kepada 6 bahagian utama seperti di bawah: Bahagian A: Maklumat Peribadi Bahagian B: Pemilihan Perkataan. Bahagian C: Menterjemah Perkataan. 61

Bahagian D: Penerangan Makna Perkataan. Bahagian E: Pengukuhan Perkataan. Bahagian F: Penggunaan Perkataan. Bahagian A perlu dijawab oleh responden dengan menandakan jawapan pada ruangan yang bersesuaian dengan mereka. Baki 5 bahagian lagi, responden perlu menandakan jawapan yang bersesuaian mengikut skala yang diberikan seperti di bawah: Jadual 3.1 : Jadual Penerangan Skala PERKARA PENERANGAN SKALA a Amat tidak setuju Perkara yang anda tidak pernah lakukan 1 b Tidak setuju Perkara yang anda tidak lakukan dan boleh dilakukan 2 c Tidak pasti Anda tidak pasti dengan perkara tersebut 3 d Setuju Perkara yang selalu anda lakukan 4 e Sangat setuju Perkara yang anda sentiasa lakukan 5 Set kedua ialah borang soal selidik yang disediakan untuk pelajar. Ia mengandungi 8 bahagian yang terdiri daripada: Bahagian A: Maklumat Peribadi Bahagian B: Tentang Strategi Memori Bahagian C: Tentang Strategi Kognitif 62

Bahagian D: Tentang Strategi Kompensasi Bahagian E: Tentang Strategi Metakognitif Bahagian F: Tentang Strategi Afektif Bahagian G: Strategi Sosial Bahagian H: Soalan Mengukur Tahap Penguasaan Kosa Kata Setiap soalan hendaklah dijawab mengikut skala yang diberikan seperti di bawah: Jadual 3.2 : Jadual Penerangan Skala PERKARA SKALA a Sama sekali tidak berkenaan dengan saya 1 b Sedikit berkenaan dengan saya 2 c Tidak pasti 3 d Berkenaan dengan saya 4 e Amat berkenaan dengan saya 5 3.3.2 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Bagi mendapatkan kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen, beberapa siri bengkel pembinaan dan pemurnian instrumen telah diadakan, melibatkan guru-guru Bahasa Arab yang berkaitan secara langsung dengan pengajaran bahasa Arab. Instrumen yang dibina itu diukur kesahan kandungannya melalui maklum balas daripada kajian rintis yang dijalankan di sekolah tersebut kepada 20 responden sebelum kajian sebenar dijalankan. Ia bertujuan bagi memastikan kesesuaian makna dan maksud setiap soalan bagi 63

setiap item dalam mengukur pemboleh ubah yang ditetapkan. Kesahan konstruk instrumen ditentukan dalam kajian sebenar melalui analisis faktor. Bahagian guru seperti di bawah: Jadual 3.3 : Jadual Alpha Cronbach Terlaras ( Bahagian Guru ) BIL. PEMBAHAGIAN ITEM BIL. ITEM SOALAN ALPHA CRONBACH TERLARAS 1 A 8 0.682 2 B 4 0.363 3 C 16 0.932 4 D 10 0.718 5 E 4 0.907 6 F 12 0.712 Bahagian pelajar pula seperti berikut: Jadual 3.4 : Jadual Alpha Cronbach Terlaras ( Bahagian Pelajar ) BIL. PEMBAHAGIAN ITEM BIL. ITEM SOALAN ALPHA CRONBACH TERLARAS 1 A 10 0.118 2 B 8 0.425 3 C 14 0.482 4 D 6 0.109 5 E 9 0.561 6 F 6 0.014 7 G 6 0.438 8 H 20 0.682 64

3.3.3 Prosedur Analisis Data Analisis data kajian ini dilakukan secara analisis kekerapan. Ia digunakan bagi mengetahui dan menentukan kekerapan ketetapan pendekatan pengajaran kosa kata. Pendekatan tersebut dikira berdasarkan skala jawapan yang diberikan oleh responden. Bagi mendapatkan kesimpulan atau hasil kajian, penulis menganalisis segala data yang telah terkumpul. Segala data yang diperolehi dianalisis berasaskan dua sumber, iaitu primer dan sekunder. Sumber primari ialah sumber yang ada kaitan langsung dengan permasalahan dikaji seperti laporan, autobiografi, temu bual, tesis dan karya asal penulis. Sumber sekunder pula ialah sumber yang ada perantaraan di antara keadaan atau pengalaman yang dikaji seperti ulasan, makalah dan juga buku-buku ilmiah (Idris Awang 2001:75). Dalam menganalisis data kajian, penulis telah menggunakan tiga metod seperti di bawah: 3.3.3.1 Metod Induktif Metod Induktif digunakan oleh penulis dengan cara mengumpulkan maklumat secara berterusan bagi menjelaskan masalah yang dikaji. Seterusnya penulis mencari hubungan antara fakta-fakta atau keterangan yang terkumpul untuk membentuk satu gagasan pemikiran. Penulis telah menggunakan metod ini dalam bab ketiga bagi menjelaskan tentang segala maklumat yang berkaitan dengan pendekatan pengajaran kosa kata. 3.3.3.2 Metod Deduktif Metod Deduktif digunakan oleh penulis dalam menghuraikan segala pendekatan yang digunakan dalam pengajaran kosa kata dengan mengambil kira skala jawapan yang diberikan oleh responden. Perkara ini dihuraikan secara menyeluruh dengan berlandaskan 65

kepada pengalaman guru-guru dalam melaksanakan aktiviti dan pendekatan yang dikemukakan. Penulis telah menghuraikan segala pendekatan yang terbatas kepada pelajar Tingkatan Tiga di sekolah sampel sahaja. Kesimpulan yang diperolehi daripada kaedah ini dapat mewakili pendekatan pengajaran kosa kata untuk pelajar Bahasa Arab amnya. 3.3.3.3 Metod Komparatif Penulis membuat kesimpulan dengan melakukan perbandingan terhadap segala data dan fakta yang diperolehi. Segala data yang diperolehi melalui kajian rintis dikaji dan dibuat perbandingan dengan pengalaman guru-guru bagi mendapatkan kesimpulan dan hasil kajian. Penulis menggunakan metod ini ketika membandingkan pendekatan yang digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran kosa kata. 3.4 Penutup Bab ini berjaya mengemukakan reka bentuk kajian yang digunakan bagi mengumpul data yang diperlukan, sampel kajian yang terdiri daripada sekolah yang dipilih, masyarakat dan latar belakang responden, instrumen kajian yang terdiri daripada borang soal selidik dan pembahagiannya, peratusan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan kaedah analisis data yang menggabungkan antara metod Induktif, metod Deduktif dan metod Komparatif. 66