MEMORANDUM MENGENAI MASALAH BEKALAN AIR DI BANGUNAN BERTINGKAT

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

A. Mewujudkan Jawatankuasa Penjimatan Utiliti Universiti.

KERAJAAN MALAYSIA PENERANGAN RINGKAS MENGENAI AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007 [AKTA 663]

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

SASARAN KERJA TAHUNAN ( 2014 )

POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI. Polisi Perumahan Universiti ini adalah sebagai panduan kepada tadbir urus dan penghuni rumah Universiti.

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. PELAKSANAAN DI UniMAP BAGI PROSES DAN ALIRAN TINDAKAN TUNTUTAN GANTIRUGI STAF / FELO YANG TIDAK TAMAT PENGAJIAN

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

KAJIAN SEMULA TARIF AIR PULAU PINANG YANG DIUMUM TAHUN LALU DILAKSANAKAN 1 APRIL 2015 UNTUK MENGURANGKAN PENGGUNAAN AIR DAN ELAK CATUAN

ECO-SCHOOLS. Helaian Sumber Fasilitator 9 Pemerolehan Anugerah

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

SASARAN KERJA TAHUNAN ( 2014 )

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN

GARIS PANDUAN PENERIMAAN PERALATAN

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

GP1 : GARISPANDUAN JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

Diluluskan oleh: Disediakan oleh: Jawatan: Jawatan: PENGARAH SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

Notis undang undang. Sebarang penggunaan perkara yang telah di sahkan di dalam laman sesawang tidak boleh di ubahsuai di dalam apa cara sekalipun.

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

BAHAGIAN 3 - PENGURUSAN BELANJAWAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

LAPORAN CABARAN INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN PROJEK KHAS LAMPU HIBRID (SOLAR DAN ELEKTRIK)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

PENGENDALIAN MESYUARAT KIK

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

PEMAKAIAN AKTA HAKMILIK STRATA 1985 DAN KAITANNYA DENGAN KAEDAH-KAEDAH PENAMBAHBAIKAN DALAM URUSAN PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN HARTANAH

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

2. Staf biasa boleh memohon untuk tinggal di Perumahan Staf Universiti sekiranya rumah disediakan untuk staf biasa atau terdapat kekosongan.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

GARIS PANDUAN KEPERLUAN PERLAKSANAAN PROJEK

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

INTEGRASI SISTEM SOLAR HIBRID DAN KOMUNITI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI MALAYSIA. LAPORAN KEMAJUAN BERKALA PROGRAM Bil: 1 Tarikh: 01 Sept 2015

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

PBAPP LABUR RM89.5 JUTA UNTUK PASTIKAN JAMINAN BEKALAN AIR DI PULAU PINANG

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-HSL/P015 PROSEDUR PERLAKSANAAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSITI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Koperasi Pengangkutan

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KHATAM AL-QURAN MODEL TASMIK

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

KEMUDAHAN BEKALAN AIR : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.3 TAHUN 2009

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

B. OBJEKTIF UMUM. Memahami maksud konsep akauntabiliti dalam pengurusan kewangan

BORANG PERMOHONAN KELULUSAN BAGI PEMBINAAN, PENGUBAHAN DAN PENUTUPAN KEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DITETAPKAN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Transkripsi:

MEMORANDUM MENGENAI MASALAH BEKALAN AIR DI BANGUNAN BERTINGKAT Disediakan oleh: Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) & Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Memorandum dihantar kepada: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Ketua Setiausaha Negara 1

1. PENGENALAN Proses bekalan air bagi bangunan bertingkat seperti pangsapuri, apartmen, condominium, bangunan bertingkat pejabat dan bangunan bertingkat yang lain adalah lebih kompleks berbanding bekalan air ke rumah teres atau banglo (landed property). Jumlah simpanan air di sesebuah premis adalah untuk kegunaan sehari kecuali pemilik premis menambahkan kapasiti simpanan. Bagi bangunan bertingkat, simpanan air akan di buat di tangki sedutan dan tangki simpanan air. Pecahan simpanan adalah melalui salah satu gabungan seperti di bawah: Pecahan simpanan air di bangunan bertingkat Jumlah simpanan air bagi Tangki Sedutan bangunan bertingkat 1 hari jumlah penggunaan 2/3 hari jumlah penggunaan Atau 1 hari jumlah penggunaan 1/3 hari jumlah penggunaan Tangki simpanan air 1/3 hari jumlah penggunaan 2/3 hari jumlah penggunaan Kebelakangan ini pihak WECAM telah banyak memantau masalah berkaitan dengan bekalan air ke bangunan bertingkat. Ini termasuk laporan-laporan akhbar yang kami pantau. Masalah ini semakin bertambah dan mewujudkan gangguan bekalan air yang berterusan kepada pengguna. Bangunan pertingkat yang didianmi oleh pengguna domestik akan mengalami masalah yang lebih teruk dalam situasi kini. Dua agensi yang terlibat dalam isu bekalan air kepada bangunan bertingkat iaitu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai penguatkuasa untuk bekalan air dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai agensi yang memantau aktiviti JMB (Joint Management Body) atau MC (Management Corporation) untuk menyelenggara harta bersama (joint property) seperti sistem perpaipan, tangki air serta sistem pam selepas meter pukal bagi sistem bekalan air. 2

2. KOMPONEN SISTEM BEKALAN AIR DI BANGUNAN BERTINGKAT Tangki Simpanan Air Tangki sedutan Rumah Pam 2.1 Meter Pukal - Adalah meter yang dibekalkan oleh syarikat bekalan air untuk mengukur jumlah bekalan air kepada sesuatu bangunan bertingkat. Bil air daripada meter ini di bayar oleh JMB ataupun MC. 2.2 Tangki Sedutan Air akan disalurkan kepada tangki sedutan (biasanya terletak pada tapak bangunan), kapasiti tangki ini bergantung kepada jumlah penggunaan air disesebuah bangunan. Air dari tangki ini akan dipam ke atas tingkat tertinggi bangunan untuk tujuan pengagihan melalui Tangki Simpanan Air. 3

2.3 Rumah Pam - Sistem pam ini berfungsi untuk mengepam air dari tangki sedutan ke tangki simpanan air. Sistem ini perlu diuruskan dan diselenggara oleh agen pengurusan serta JMB atau MC yang dilantik. 2.4 Tangki Simpanan Air - Air dari tangki sedutan akan dipamkan ke tangki ini. Tangki ini akan membekalkan air menggunakan daya graviti kepada pengguna bangunan bertingkat. Walaupun tangki ini menyimpan air terawat, tangki simpanan air perlu dibersihkan dan diselenggara dengan kerap, sekurang-kurangnya setahun sekali. Tugas ini perlu dilakukan oleh juruteknik yang bertauliah. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan memandatorikan (mewajibkan) proses pembersihan ini dalam masa terdekat. Ini bertujuan untuk menjamin kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna dan juga air ini selamat untuk kegunaan. 2.5 Meter Individu Meter ini adalah untuk mengukur penggunaan air setiap unit individu. Setiap pengguna mesti memastikan unit individu bangunan bertingkat mereka mempunyai meter individu. 4

3. MASALAH-MASALAH BEKALAN AIR DI BANGUNAN BERTINGKAT 3.1 Ketiadaan Meter Individu Terdapat pengguna di bangunan bertingkat yang tidak mempunyai meter individu. Ini menyebabkan masalah bacaan bil. Beberapa kes telahpun dilaporkan oleh pihak media termasuk kes yang di kaji oleh pihak kami iaitu Pangsapuri Bakawali, Bukit Sentosa, Rawang. Ketiadaan meter individu menyukarkan penyelesaian perbalahan jika berlaku tunggakan bayaran bil air. 3.2 Tunggakan Bil Air Kes di mana penghuni membayar bil air tetapi agen pengurusan tidak menjelaskan bil air meter pukal telah banyak dilaporkan. Terdapat juga kes-kes di mana pemaju menjanjikan bekalan air percuma kepada penghuni untuk tujuan jualan unit-unit bangunan bertingkat. Malangnya perkara yang dijanjikan tidak berlaku dan menyebabkan tunggakan yang tinggi. Ini menyukarkan lagi penyelesaian masalah bekalan air yang terputus. 3.3 Sistem bekalan air dalam bangunan yang tidak lengkap Sistem bekalan air dalam bangunan bertingkat adalah lebih kompleks serti yang kita lihaat tadi. Kegagalan dalam pemasangan sistem yang lengkap akan menyebabkan gangguan bekalan air dan juga kontaminasi (contamination). Ini adalah tanggunjawab pemaju untuk memastikan sistem bekalan air adalah lengkap. Pada masa yang sama, penguatkuasa serta syarikat bekalan air juga patut memainkan peranan. Bangunanbangunan yang tidak lengkap, tidak seharusnya mendapat kelulusan untuk didiami. 5

3.4 Kos Penyelengaraan Sistem Bekalan Air Terdapat banyak bangunan bertingkat tidak mempunyai JMB ataupun MC. Sistem bekalan air bangunan bertingkat memerlukan penyelengaraan yang berkala untuk menjamin bekalan air berterusan serta kualiti air. Maka, kos bekalan air kini jatuh kepada pengguna kerana MC yang merupakan agensi mutlak selepas pemindahan hak milik terdiri daripada penghuni bangunan bertingkat. Penyelenggaraan sistem ini memerlukan kos yang tinggi dan kepakaran. Maka, banyak masalah telahpun timbul kerana sistem bekalan air ini menjadi uzur serta kualiti peralatan sistem bekalan ini. 4. CADANGAN PENYELESAIAN OLEH WECAM 4.1 Masalah bayaran bil air Pertama: Semua bangunan bertingkat yang baru di bina perlu mempunyai meter individu dan terus berdaftar dengan syarikat bekalan air. Kelulusan menduduki bangunan hanya boleh diberikan selepas bangunan bertingkat ini diiktiraf mempunyai sistem bekalan air yang lengkap. Perkara ini memudahkan pengguna dan mengelakkan masalah pengebilan. Kedua: Bangunan-bangunan bertingkat yang lama dan mempunyai sistem bekalan air yang lengkap perlu bertukar sepenuhnya kepada sistem meter individu dengan kadar segera. SPAN serta syarikat bekalan air perlu memastikan pertukaran ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dalam masa 2 tahun akan datang. Iaitu menjelang 2012, semua bangunan bertingkat mesti mempunyai meter individu. Ketiga: Bagi bangunan-bangunan bertingkat yang lama dan tidak mempunyai sistem bekalan air yang lengkap, bangunan-bangunan ini juga perlu bertukar sepenuhnya kepada 6

sistem meter individu dalam masa 5 tahun akan datang. Punca masalah sistem yang tidak lengkap perlu di kaji dengan teliti. Klasifikasikan masalah-maslah ini mengikut kategori yang berasingan. Jika pemaju yang tidak mengikuti garis panduan yang ditetapkan, agensi penguatkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya. Bagi bangunan yang mempunyai masalah ketidak wujudan pemaju, satu dana khas perlu diwujudkan melalui WSIA (Water Services Industry Act) dan KPKT untuk memastikan sistem bekalan air yang lengkap dapat dipasang. 4.2 Pembahagian kuasa di antara KPKT (harta bersama) dan SPAN Sistem bekalan air adalah harta bersama bagi penghuni bangunan bertingkat. Untuk menguruskan dan menyelenggara harta ini, JMB atau MC ditubuhkan. Dalam sistem bekalan air, kuasa agensi kerajaan masih tidak jelas selepas meter pukal. Perkara ini akan menyukarkan implementasi WSIA bagi bangunan bertingkat. Penubuhan JMB dan MC perlu dipantau dengan sempurna oleh KPKT. Jika sistem JMB dan MC tidak membantu, satu sistem pusat di bawah Kerajaan Tempatan patut diwujudkan. Satu kerangka yang jelas perlu wujud juga. Sebagai contoh, isu di Bukit Beruntung, kebanyakan bangunan bertingkat mempunyai masalah bekalan air. Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner of Building) telah memilih agen pengurusan yang sebenarnya tidak menguruskan bangunan-bangunan ini. Dalam isu Apartmen Bakawali, agen ini tak pernah datang untuk memeriksa bangunan-bangunan yang uzur. Apabila masalah bekalan air belaku semua orang mula menuding jari dan masalah berlarutan hampir 2 tahun. Maka dalam situasi sebegini, SPAN dan KPKT perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk mengkategorikan semua bangunan-bangunan bertingkat di Malaysia mengikut masalah yang dihadapi. Semua JMB dan MC perlu didaftar dan maklumat terkini perlu diperoleh oleh jawatankuasa ini. 7

Jika KPKT tidak dapat menguruskan permasalahan ini, SPAN sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam sistem bekalan air bagi bangunan bertingkat. WSIA telah banyak memperuntukkan kuasa untuk mengendalikan sistem bekalan air. 4.3 KPI penyelesaian Masalah Setelah Jawatankuasa Khas ini ditubuhkan, Laporan Awal perlu terbitkan untuk mengumumkan situasi bekalan air di bangunan bertingkat. Setiap 6 bulan daripada awal 2011, Jawatankuasa ini perlu mengeluarkan statistik penyelesaian kes-kes berkaitan bangunan bertingkat yang mempunyai masalah bekalan air. Melalui kaedah ini, semua pihak dapat mengetahui keberkesanan dan cara kerja semua pihak dalam menyelesaikan masalah rakyat. 4.4 Tarif bekalan air ke bangunan bertingkat. Jika kita memberikan tarif bekalan air yang sama seperti rumah teres kepada bangunan bertingkat, ini bermakna perkhidmatan bekalan air sepatutnya sehingga meter individu. Maka, pihak SPAN perlu meneliti isu ini dan memastikan tarif yang berpatutan dikenakan kepada pengguna air di bangunan bertingkat. Ini kerana, untuk mendapatkan bekalan air, penghuni bangunan bertingkat kini perlu membayar lebih. Perkara ini wujud kerana kos penyelenggaraan harta bersama sistem bekalan air di bangunan bertingkat. Pada masa yang sama, jika tarif yang dikenakan mengambil kira kos penyelenggaraan sistem bekalan air sehingga meter individu ia banyak dapat membantu pengguna terutamanya yang menghuni di pangsapuri kos rendah. Walau bagaimanapun kos tenaga elektrik rumah pam tidak termasuk dalam cadangan ini. Hanya kos penyelengaraan pam, sistem perpaipan, dan penyelenggaraan tangki perlu di ambil kira. 8

5. KESIMPULAN Pihak WECAM berharap masalah bekalan air bangunan bertingkat ini dapat diselesaikan dengan lebih sistematik. Satu garispanduan yang lebih terperinci perlu diwujudkan supaya kita dapat melindungi hak pengguna bekalan air di bangunan bertingkat dalam jangka masa panjang. Pihak SPAN dan KPKT juga perlu memastikan bangunan-bangunan dan projek-projek baru tidak mengalami masalah yang sama. Untuk itu, kaedah pemantauan berterusan yang efektif perlu dilaksanakan. Piarapakaran Subramaniam Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) 9