UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

1. (1) menyiapkan (2) bersiap (3) disiap (4) tersiap ( )

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 8

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Pengurusan Bilik Darjah

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik) Bil Pernyataan (item) Jumlah Skor

2.0 PENYATAAN MASALAH

(KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FACT SHEET

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

ARAHAN: ( )

9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.

MELEPAK DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI JOHOR

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

HHHC9501 KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH, PEMIKIRAN KRITIKAL & PENDEKATAN SAINTIFIK LAPORAN BERTULIS BRAIN AWARENESS DAY

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Transkripsi:

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN BERTULIS HHHC 9501 SET 8 : KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK TAJUK : KELEWATAN PELAJAR MENGHADIRI KULIAH YANG BERMULA PADA JAM 8.00 PAGI MENCETUSKAN SATU FENOMENA YANG MEMBIMBANGKAN DUNIA AKADEMIK. BINCANGKAN SECARA KRITIKAL SENARIO SEMASA ISU TERSEBUT DAN LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN NAMA : DASHANI A/P SUKUMARAN A144394 NAMA PENSYARAH : DR LAM KOK WAI SEMESTER II, SESI 2014-2015 FAKULTI FARMASI

SENARIO PELAJAR LEWAT MENGHADIRI KULIAH YANG BERMULA PADA JAM 8.00 PAGI. Abad ke-21 sering dikaitkan dengan era perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT). Tuntutun abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Pelbagai cabaran globalisasi tetah dihadapi oleh rakyat Malaysia. Selari dengan semua tuntutan tersebut, maka wajar untuk negara Malaysia melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama supaya mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang luas serta keberanian untuk bersaing di mata dunia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ilmu pengetahuan diberi keutamaan dalam usaha melahirkan generasi minda kelas pertama. Hal ini demikian kerana individu yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi mampu berfikiran rasional dalam membezakan antara baik dan buruk, tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain, mempunyai hujah yang bernas dalam percakapan dan perwatakan dinamik. Individu seumpama ini juga akan sentiasa mendahagakan ilmu. Kerajaan Malaysia juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai. Antaranya ialah pendidikan prasekolah dan rendah, pendidikan menegah, pendidikan tertiari(tinggi), pembiayaan pendidikan dan pengurusan ICT dalam pendidikan. Semua usaha ini dilaksanakan untuk mendorong rakyat Malaysia menimba ilmu. Namun begitu, masalah disiplin pelajar juga kian merosot dalam era globalisasi. Antara masalah yang paling ketara dan membimbangkan dunia akademik adalah isu kelewatan pelajar menghadiri kuliah yang bermula pada jam 8.00 pagi. Ia telah menjadi satu trend dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Swasta (IPTS) untuk hadir lewat ke kuliah. Peratusan pelajar yang datang lewat ke kuliah semakin meningkat secara mendadak setiap hari. Menurut Aziz(2007), dalam penulisannya mengenai masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng dan hadir lewat ke sekolah. Isu pelajar hadir lewat ini dapat dilihat dimana-mana sahaja termasuk ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur. Punca kelewatan pelajar menghadiri kuliah pada jam 8.00 pagi ini masih dalam persoalan dalam minda masyarakat terutamanya para pensyarah dan ibu bapa. Hal ini demikian kerana mereka prihatin terhadap generasi muda ini memandangkan generasi ini merupakan pemimpin kita pada masa hadapan selari dengan pepatah Melayu, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Walaupun begitu, para pelajar tidak prihatan terhadap pelajaran mereka. Jika mereka prihatin, sudah tentu negara mencapai tahap kelewatan pelajar menghadiri kuliah dalam kadar sifar. Bila difikir sejenak mengenai fenomena ini adakan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menyebabkan pelajar leka dalam dunia Internet dan lalai dalam pelajaran mereka? Adakah pelajar hilang minat terhadap pelajaran? Atau adakah pelajar mempunyai tanggapan bahawa pelajaran ini membebankan mereka? Siapakah yang harus dipersalahkan dalam fenomena ini? Adakah pelajar itu sendiri, para ibu bapa atau pensyarah yang tidak prihatin terhadap kebajikan pelajar ini atau perkembangan pesat dunia teknologi maklumat? Setelah diteliti masalah segelintir pelajar yang sering hadir lewat ke kuliah terutamanya kuliah yang bermula pada jam 8.00 pagi ini, beberapa perkara telah mendapat penjelasan. Terdapat dua konsep dalam senario datang lewat ini iaitu pertama, datang lewat yang dirancang dan kedua, datang lewat yang tidak dirancang. Konsep datang lewat yang dirancang ini mempunyai beberapa faktor. Antara faktor-faktor yang menarik perhatian adalah bangun lambat, menonton wayang sehingga larut malam, dan faktor pelajar itu sendiri iaitu tidak mempunyai minat dalam pelajaran. Manakala bagi konsep kedua iaitu datang lewat tidak dirancang mungkin kerana kesesakan lalu lintas, terlupa barang di bilik dan

terpaksa patah balik untuk mengambil barang tersebut dan juga faktor persekitaran iaitu hujan lebat. Secara kesuluruhannya, faktor pelajar itu sendiri mempunyai pegangan dominan dalam fenomena pelajar datang lewat ke kuliah terutamanya kuliah yang bermula pada jam 8.00 pagi. Faktor, kesan dan langkah-langkah penambahbaikan akan dibincangkan selanjutnya dalam topik ini. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PELAJAR HADIR LEWAT KE KULIAH YANG BERMULA PADA JAM 8.00 PAGI Seperti yang diketahui umum, fenomena pelajar hadir lewat ke kuliah terutamanya kuliah yang bermula pada jam 8.00 pagi amat membimbangkan semua pihak. Apabila diteliti fenomena ini, terdapat dua konsep yang telah dibincangkan sebelum ini yang mengundang kepada berlakunya masalah ini. Mari teliti setiap faktor itu secara dalam. Konsep pertama ialah datang lewat ke kuliah yang dirancang. Antara faktor-faktor yang dikenal pasti adalah bangun lambat, menonton wayang sehingga larut malam, dan sikap peajar yang tidak mempunyai minat dalam pelajaran. Bangun lewat merupakan jawapan pertama yang keluar dari mulut kebanyakan pelajar apabila ditanya mengapa mereka lewat datang ke kuliah. Apabila dikaji semula terdapat beberapa punca yang menyebabkan pelajar bangun lambat. Antara punca-punca dominan ialah para pelajar membuat ulang kaji pelajaran sehingga larut malam, menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, keluar makan malam atau menonton wayang dengan kawankawan. Punca-punca sampingan adalah lewat balik dari kampung dan bermain badminton. Kedua, bagi pelajar yang menonton wayang pula mereka mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Sebenarnya, mereka tahu bahawa mereka mempunyai kuliah pada jam 8.00 pagi keesokan harinya tetapi mereka masih membuat keputusan untuk menonton wayang walaupun ketahui akibatnya iaitu susah untuk bangun awal pagi. Selain itu, sikap pelajar itu sendiri yang tidak minat dalam pelajaran. Mereka memberi alasan bahawa tahap kesukaran pelajaran di menara gading semakin meningkat dan mereka tidak memahami apa yang diajar oleh para pensyarah. Konsep kedua ialah datang lewat yang tidak dirancang. Antara faktor-faktornya adalah kesesakan lalu lintas, pengaruh rakan sebaya, lupa barang di bilik dan terpaksa patah balik dan juga faktor persekitaran iaitu hujan. Pertama, kesesakan lalu lintas juga merupakan salah satu punca pelajar hadir lewat ke kuliah pada jam 8.00 pagi. Waktu pagi merupakan waktu puncak di mana semua orang akan bergesa-gesa untuk pergi ke sekolah dan kerja. Oleh itu, kesesakan lalu lintas kerap berlaku terutamanya di bandar metropolitan Kuala Lumpur memandangkan populasi penduduk semakin meningkan di bandar ini. Bagi pelajar yang tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak universiti, kesesakan lalu lintas bukan alasan yang munasabah bagi mereka datang lewat ke kuliah. Hal ini demikian kerana asrama dan bilik kuliah terdapat dalam kampus universiti itu sendiri. Masalah kesesakan lalu lintas wujud bagi pelajar yang memilih untuk tinggal di luar kawasan kampus. Walaupun pelajar yang tinggal luar ini mengambil inisiatif untuk keluar awal dari rumah, namun mereka masih terperangkap dalam kesesakan lalu lintas memandangkan fenomena ini tidak dapat diramal. Faktor seterusnya adalah pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan salah seorang individu yang penting dalam hidup setiap orang terutamanya pelajar. Hal ini demikian kerana rakan sebaya adalah tempat bagi kebanyakan pelajar untuk berkongsi masalah dan kegembiraan mereka. Apabila pelajar belajar di universiti, mereka jauh daripada keluarga dan rakan sebaya ini merupakan saudara terdekat mereka. Namun begitu, bukan

semua pelajar yang bijak dalam memilih rakan. Ada segelintir yang masih salah memilih individu sebagai rakan mereka. Ada rakan sebaya ini memujuk pelajar untuk datang lewat ke kuliah dengan pergi melepak di pusat membeli-belah. Pelajar ini tidak mempunyai kekuatan untuk menolak rakan sebaya kerana takut rakan tersebut akan tersinggung perasaan. Jadi mereka mengikut ajakan rakan ini dan hadir lewat ke kuliah. Faktor rakan sebaya ini tidak dirancang kerana bukan setiap hari rakan akan mengajak pelajar itu keluar. Di samping itu, lupa barang di rumah juga membolehkan pelajar datang hadir lewat ke kuliah. Sebagai contohnya, seseorang pelajar itu dalam separuh jalan ke kuliah, baru teringat bahawa terlupa nota yang paling penting untuk kuliah tersebut. Maka, pelajar tersebut akan berpusing balik untuk mengambil nota tersebut. Faktor ini juga diklasifikasikan sebagai faktor tidak dirancang kerana hanya sekali-sekala boleh berlaku perkara tersebut. Seterusnya, faktor persekitaran iaitu hujan. Manusia tidak boleh menguasai alam semula jadi. Jadi, kita tidak tahu bila hari akan hujan dan bila tidak. Apabila hujan lebat pada awal pagi, kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran untuk pergi ke kuliah. Hal ini demikian kerana bukan semua pelajar yang mempunyai kenderaan sendiri. Hampir kebanyakan pelajar bergantung pada pengangkutan awam. Trafik juga akan bergerak perlahan pada hari hujan lebat untuk mengelakkan berlakunya sebarang jenis kemalangan. Akibatnya, pelajar sampai lewat di kuliah jam 8.00 pagi tanpa dirancang. Faktor lain yang dikenal pasti tetapi tidak berkaitan dengan kedua-dua konsep yang dibincangkan di atas. Faktor tersebut adalah kurang penguatkuasaan undang-undang. Pihak universiti tidak akan menghukum para pelajar yang datang lewat seperti mana pihak sekolah yang menghantar surat amaran ke rumah bagi pelajar yang datang lewat atau kunci pintu bagi tidak membolehkan pelajar masuk ke kawasan persekolahan. Jadi, pelajar universiti menjadi bebas dan tidak takut pada pihak pentadbiran universiti sekiranya mereka lambat masuk ke kuliah. Mereka secara selamba akan masuk ke dalam kuliah walaupun mereka tahu bahawa mereka sudah lambat dan pensyarah telah memulakan pelajaran. KESAN APABILA PELAJAR HADIR LEWAT KE KULIAH YANG BERMULA PADA JAM 8.00 PAGI Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai kesan yang wujud sekiranya pelajar meneruskan sikap mereka yang hadir lambat ke kuliah terutamanya kuliah yang bermula pada jam 8.00 pagi. Antara kesan yang paling ketara dapat dilihat adalah mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran yang sedang berlangsung. Hal ini demikian kerana kuliah akan dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi sejurus selepas ketibaan pensyarah di bilik kuliah. Proses pembelajaran dan pengajaran yang efektif hanya boleh berlaku dalam keadaan yang senyap supaya pensyarah dapat mengajar dengan berkesan dan para pelajar mendapat input yang berinformasi. Namun begitu, suasana pembelajaran dan pengajaran yang harmoni tersebut diganggu oleh pelajar yang datang lewat ke kuliah dengan bunyi membuka pintu dan juga bunyi tapak kasut. Kesan seterusnya ialah wujudnya sikap tidak menghormati pensyarah. Hal ini demikian kerana pelajar yang datang lewat ini dengan selambanya masuk ke dalam kuliah tanpa mempunyai perasaan malu bahawa mereka telah datang lewat dan tidak memberi salam serta mengucapkan maaf atas kelewatan mereka kepada pensyarah yang sedang mengajar. Ramai pensyarah tidak suka akan sikap pelajar yang datang lewat ini.

Tambahan pula, prestasi pelajar yang hadir lewat ke kuliah ini akan merosot kerana mereka telah terlepas separuh pengajaran pada hari tersebut dan apabila diuji dalam peperiksaan kelak, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang betul. Apabila keputusan peperiksaan merosot, pelajar mula menunjukkan tidak minat dalam pelajaran. Alasan yang mereka berikan apabila keputusan merosot adalah sukatan pelajaran semakin susah dan mereka tidak dapat mengikutinya. LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN BERDASARKAN APLIKASI PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK Setelah mencari faktor dan kesan bagi fenomena kelewatan pelajar hadir ke kuliah pada jam 8.00 pagi, beberapa langkah penambahbaikan yang berkesan telah diutarakan berdasarkan aplikasi pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik bagi menangahi masalah ini. Langkah pertama adalah untuk mengikis sikap malas dalam diri pelajar yang sentiasa bangun lambat dan lewat ke kuliah tetapi memberi beribu alasan. Sebagai seorang pelajar, keutamaan paling afdal adalah pelajaran supaya dapat menjadi insan yang berjaya dan berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Untuk berjaya dalam pelajaran, seseorang pelajar tersebut hendaklah rajin menghadiri kuliah walaupun kuliah tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi. Pelajar hendaklah berfikiran kritikal dalam memberi kepentingan kerana tanpa pelajaran, seseorang itu tidak akan dihormati dalam masyarakat. Oleh itu, sikap malas hendaklah dikikis dan mencari azam baru untuk rajin dan tidak lewat ke kuliah pada pukul 8.00 pagi lagi. Tambahan pula, seseorang pelajar itu juga harus berfikiran kritikal dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana ada rakan yang akan menolong kita untuk berjaya dalam kehidupan dan pada masa yang sama ada juga rakan yang akan mendorong kita ke laluan yang salah. Sebagai contohnya, rakan yang mengajak anda untuk menonton wayang pada larut malam walaupun mengetahui anda mempunyai kuliah pada jam 8.00 pagi esok. Di sini, anda sepatutnya mengaplikasikan pemikiran kritikal dan penyelesain masalah anda dengan menolak ajakan yang tidak berfaedah daripada rakan tersebut. Hal ini demikian kerana pelajaran itu sangat penting dalam kehidupan seseorang berbanding dengan wayang yang boleh ditonton pada bila-bila masa. Dalam menolak ajakan rakan tersebut, anda juga harus berhati-hati dalam memilih perkataan agar rakan anda tidak kecil hati. Selain itu, pelaksanaan sistem merit. Sistem ini dilaksanakan bagi para pelajar yang kerap hadir lewat ke kuliah. Sistem ini diaplikasikan dengan mencatat nama pelajar yang datang lewat ke kuliah setiap hari mengikut bilangan masa yang mereka lewat. Lewat setiap minit akan dimerit satu markah. Sekiranya merit mereka mencapai tahap kosong, maka mereka akan ditangguhkan pengajian. Dengan adanya sistem ini, pelajar yang kerap datang lewat akan berasa takut. Di sini para pelajar akan mengaplikasikan sistem pemikiran kritikal. Sekiranya mereka datang lewat ke kuliah, mereka akan dimerit mengikut bilangan minit yang mereka datang lewat dan akan ditangguhkan pengajian jika merit mencapai angka kosong. Jadi, mereka cuba pelbagai jalan alternatif untuk tidak datang lambat lagi. Jika pengajian ditangguhkan, mereka juga akan rugi pada akhirnya.

Penggunaan pengangkutan awan juga merupakan salah satu solusi yang dapat daripada pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik. Contohnya, anda tinggal di luar kampus universiti dan selalu datang lambat ke kuliah walaupun mempunyai kenderaan sendiri dan bertolak awal dari tempat kediamaan padahal di tempat kediaman anda mempunyai kemudahan untuk menaiki pengangkutan awan seperti monorail. Anda sewajarnya pilih jalan alternatif yang berkesan tersebut kerana monorail tidak akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan dapat menghantar hantar di destinasi yang sepatutnya dalam masa yang singkat. Ianya dapat menjimatkan tenaga, masa dan kos minyak anda. Langkah penambahbaikan yang terakhir ialah memberi kaunseling kepada pelajar yang sering lewat ke kuliah yang bermula pada jam 8.00 pagi. Melalui sesi kaunseling, seseorang kaunselor tersebut dapat mengenal pasti masalah sebenar pelajar yang menyebabkan pelajar tersebut datang lambat ke kuliah. Apabila masalah telah dikenal pasti, bantuan sewajarnya dapat dihulurkan kepada pelajar tersebut untuk mengatasinya. Apabila masalah dapat dikesan dan bantuan dihulurkan, pelajar tersebut hendaklah berfikiran kritikal dalam mengambil kesan-kesan positif daripada bantuan tersebut. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, faktor berlakunya pelajar datang lewat ke kuliah pada pukul 8.00 pagi telah dikenal pasti. Antara faktor-faktor tersebut adalah bangun lewat, menonton wayang sehingga larut malam, kurang minat dalam pelajaran, kesesakan lalu lintas, pengaruh rakan sebaya, kurang penguatkuasaan undang-undang dan hujan serta berpatah balik ke tempat kediaman akibat terlupa barang. Kesan-kesan sekiranya pelajar datang lewat ke kuliah ialah mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran yang sedang berlangsung, tidak menghormati pensyarah dan tidak minat dalam pelajaran sejurus dengan kemerosotan keputusan peperiksaan. Langkah-langkah penyelesaian dengan aplikasi pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik ialah pelaksanaan sistem merit, penggunaan pengangkutan awam, sesi kaunseling, pengikisan sikap malas dan pemilihan rakan. RUJUKAN Abdul Aziz(2007), Masalah ponteng pelajar tingkatan 4 sekolah-sekolah dalam daerah Muar, satu kajian kes, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai