FACT SHEET

dokumen-dokumen yang mirip
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Peraduan InstaHarapan AADK

Menjamin Keselamatan Peranti Digital Anda. Melindungi Penyambungan Anda. Etika Penggunaan Peranti Mudah Alih

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

BAHAGIAN A (80 markah) Jawab semua soalan PERTANIAN ORGANIK. Pertanian mesra alam Tiada penggunaan baja kimia

PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR) PENGENALAN MENGENAI PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR)

30 MAC 2017 SOALAN NO: 55 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Polisi Privasi. Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

TEKS UCAPAN DATO SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI HOTEL ISTANA, KUALA LUMPUR MAJLIS PELANCARAN KEMPEN CARA HIDUP SIHAT MAC 2001

PENDIDIKAN KESIHATAN

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

TOPIC 9 EMPLOYEES AND THE WORKPLACE (PEKERJA DAN TEMPAT KERJA)

BAB V KESIMPULAN. Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang kedapatan atau

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

Panduan Guru Versi 2. Layari untuk versi terbaru.

SISTEM MAKLUMAT DAN RUJUKAN. Azlinda Azman, Ph.D. Noriah Mohamed, Ph.D. Zulkarnain Hatta, DSW

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

[Tambahan kepada Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Standard Minima untuk Layanan Banduan-Banduan]

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanakkanak

Kesannya Kepada Pengguna

PENGENALAN muka surat 02. ANCAMAN DAN KEBIMBANGAN SIBER muka surat 04. ANCAMAN KESIHATAN SIBER muka surat 08

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan

ffiegeqo.mo.to.tl do.tl ffiegiko.to.tl CPeke/[1o.m,: guo.tu CPe/[kOtlggio.tl V o.tl99utl91o.wo.b

: Saya Adalah Ibubapa_Keluarga. : Booklet Memahami Relapse & Cara Mencegahnya. Maklumat Am

Taklimat untuk Guru BM

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN LARIAN HARI KEPUTERAAN SULTAN NAZRIN SHAH [LHKSNS] 2017 (Sila luangkan masa untuk membaca syarat2 dan peraturan di bawah)

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

ARAHAN: ( )

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah


Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

PENDIDIKAN KESIHATAN

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PENDIDIKAN KESIHATAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Institusi- institusi Hak Asasi Manusia

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PUAN SITI ZAILAH BINTI MOHO YUSOFF [RANT AU PANJANG] 6 NOVEMBER 2014

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

Buat Apa Yang Betul. Kod Etika

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAHAGIAN A. Faedah-faedah Laman Sosial

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

PERJANJIAN PENGGUNAAN TERKAWAL

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Teks Ulasan Negara Malaysia Dalam Laporan TIP 2009:

GARIS PANDUAN PROSEDUR TETAP OPERASI (S.O.P) PENGURUSAN BENCANA JEREBU DI UNIVERSITI MALASYIA PAHANG

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Model Pengurusan Strategik

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. menyatakan senarai jumlah kes Skim Cepat Kaya di bawah Akta

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

PERANG SIBER HANYA ILUSI MAYA?

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Transkripsi:

S.1: Kempen 'Jom Sertai Kami' ini berkenaan apa? J: Jom Sertai Kami merupakan kempen insan oleh UNICEF yang bertujuan memberi orang ramai suatu landasan untuk belajar dan memberi respon terhadap penderaan kanak-kanak di Malaysia. Kempen digital ini merupakan usaha pertama seumpamanya di rantau ini, yang bertujuan memperkukuhkan pemahaman orang ramai tentang penderaan kanak-kanak dengan menyediakan maklumat tentang jenis-jenis penderaan, mengapa ia boleh terjadi dan cara mengenalpasti simtomnya dalam mangsa penderaan. Ia juga bertujuan mendorong orang ramai agar bertindak bagi pihak kanak-kanak dengan melengkapkan mereka dengan penyelesaian perlindungan, tip keibubapaan, idea tindakan dan direktori sumber penting. Kempen ini akan berlangsung selama dua bulan. Ia telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 6 Oktober dan akan mencapai kemuncaknya pada 10 Disember (bersempena dengan Hari Hak Asasi Manusia). Acara kemuncak akan dihoskan oleh UNICEF dengan kerjasama Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dan NGO tempatan, Childline Malaysia. S.2: Kenapa kempen ini penting? J: Walaupun kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah wajar untuk memperhebatkan usaha perlindungan kanak-kanak sejak kebelakangan ini, statistik dari Jabatan Kebajikan Sosial menunjukkan peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di negara ini. Pada tahun 2008, sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan berbanding dengan 2,279 kes pada tahun 2007 dan 1,9999 pada tahun sebelumnya. Walaupun angka ini membimbangkan, ia mungkin tidak memberi gambaran sebenar tentang penderaan kanak-kanak di Malaysia. Oleh kerana angka ini hanya mewakili kes-kes yang dilaporkan, ia langsung tidak menggambarkan skop, magnitud dan sebab penderaan kanak-kanak berlaku di Malaysia. Kami juga percaya peningkatan dalam jumlah kes yang dilaporkan mungkin ada kaitan dengan kefahaman orang ramai yang terbatas mengenai penderaan kanak-kanak; dan akibatnya terhadap kanak-kanak serta kesedaran terhad tentang apakah tindakan yang harus diambil di tahap individu untuk mencegah penderaan kanak-kanak daripada berlaku. Kempen'Jom Sertai Kami' bertujuan menangani cabaran-cabaran ini. Kempen ini berlandaskan prinsip bahawa "Kita Perlu Tahu" - lebih tahu dan lebih faham tentang tren penderaan kanak-kanak di negara ini, 1

lebih tahu cara mengenalpasti simtom,dan tahu cara memberi respon sebagai individu. Kejahilan mesti dielakkan, khususnya dalam konteks penderaan kanak-kanak. Pengetahuan adalah kunci kejayaan. Ia memberi kita keupayaan untuk menguasai diri, isi rumah dan komuniti kita. S.3: Apakah yang ingin dicapai menerusi kempen ini? J: Menerusi kempen ini, kami mahu penderaan kanak-kanak menjadi urusan setiap orang. Statistiks sahaja tidak cukup untuk menceritakan tahap penderaan, sejauh manakah ia menular dengan peredaran masa atau kenapa ia berlaku. Sebab itulah kami merayu sokongan orang ramai agar bertindak dan lebih memahami tabiat yang bersifat mendera dan sebab di sebaliknya. Ini akan membantu Kerajaan mencipta usaha campur tangan berdasarkan bukti untuk melindungi kanak-kanak daripada penderaan dan memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang selamat dan sihat. Kajian tentang penderaan kanak-kanak dan puncanya juga dapat membantu menetapkan tanda aras untuk mengukur penderaan kanak-kanak, yang seterusnya memudahkan usaha memantau perubahan dan tren penderaan di masa depan, serta sikap orang ramai terhadap penderaan kanak-kanak. Kempen ini juga bertujuan memaklumkan orang ramai tentang penderaan kanak-kanak, kenapa ia mungkin berlaku, cara mengenalpasti simtom kanak-kanak yang didera dan mendorong orang ramai agar bertindak bagi pihak kanak-kanak dengan melengkapkan diri mereka dengan tip perlindungan serta idea tindakan. S.4: Dapatkah kempen ini menghapuskan penderaan kanak-kanak? J: Kempen 'Jom Sertai Kami' akan memberi rakyat Malaysia suatu landasan untuk bersatu menentang penderaan kanak-kanak di negara ini dengan cara belajar lebih dan lakukan lebih. Semakin ramai orang yang terlibat dalam isu ini, lebih dekatlah kita dalam memastikan keselamatan anak-anak kita. Usaha pencegahan penderaan kanak-kanak walau apapun mesti berpaksikan kekuatan sekeluarga kerana ibubapa diakui memiliki peranan terpenting dalam pengasuhan anak-anak. Menerusi aktiviti pencegahan seperti pendidikan ibubapab, lawatan ke rumah, dan kumpulan sokongan ibubapa, ramai keluarga mendapat sokongan yang diperlukan untuk kekal bersama dan menjaga anak-anak di rumah dan komuniti mereka. 2

Usaha pencegahan harus membantu mengasah kemahiran sebagai ibubapa, memahami kelebihan teknik mendisiplin tanpa keganasan, dan memahami serta memenuhi keperluan emosi, fizikal dan perkembangan anak. Program pencegahan juga harus membantu ibubapa mengenalpasti keperluan lain; dan menyediakan bantuan kepada ibubapa untuk mendapatkan sokongan tambahan. S.5: Kenapa saya harus mengendahkan Kempen ini? J: Menurut statistiks dari Jabatan Kebajikan Sosial, secara purata 7 kanak-kanak didera setiap hari pada tahun 2008. Setiap satu daripada kanak-kanak ini memiliki potensi menjadi pemimpin; berjaya di menara gading; dan mendirikan keluarga sendiri. Apabila anak ini didera, potensi tersebut diracuni dan dihadkan. Bakal pemimpin langsung menjadi beban masyarakat; menjadi mangsa dan bukannya penyelesaian. Mungkin ini tidak berlaku dalam setiap kes; dan tidak kurang juga individu cekal dan tabah yang berjaya menangani situasi ini; malah membantu orang lain melakukan yang sama. Selain kesannya dalam kehidupan seorang anak kecil, penderaan kanak-kanak mempunyai potensi menular. Individu yang dahulu mangsa penderaan lebih cenderung meniru tabiat pendera dengan anak-anak mereka. Masalah yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak akan berterusan, malah akan menular tanpa usaha aktif untuk membanterasnya. Mangsa penderaan kanak-kanak mungkin menghadapi gangguan di sekolah, yang boleh membawa kepada prospek pekerjaan yang kurang memuaskan kelak yang seterusnya mendedahkan mangsa kepada risiko kemiskinan yang lebih tinggi. Mangsa penderaan kanak-kanak juga mengalami masalah sosial dan psikologi yang menyebabkan mereka terpinggir daripada masyarakat secara am. Mereka mungkin berpaling kepada alkohol atau dadah untuk melarikan diri dan menanggung risiko ketagihan. Situasi-situasi ini boleh mendorong mangsa untuk berrtindak dalam cara yang membahayakan masyarakat, seperti kegiatan jenayah, keganasan dan mengulangi pola penderaan. Apabila aktiviti jenayah meningkat, maka kita memerlukan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat, dan lebih ramai tenaga polis serta lain-lain pegawai penguatkuasa undang-undang. Walaupun kesan penderaan kanak-kanak ini sukar diukur, namun ia boleh dilihat dari jumlah wang Ringgit yang dibelanjakan dalam menangani akibatnya - ini termasuklah perkhidmatan penjagaan kesihatan dan penjagaan kesihatan mental serta kos perundangan. 3

S.6: Apakah sumber dan sokongan yang akan diberi oleh UNICEF kepada individu-individu yang berminat mengambil bahagian? J: Laman web kempen di akan dibuka selamanya sebagai wadah sehenti untuk pengguna menimba ilmu, pandangan mendalam, nasihat dan sumber tentang penderaan kanak-kanak dan cara mencegah serta bertindak. Laman web ini juga menyediakan maklumat sumber dan nombor yang boleh dihubungi untuk warga Malaysia yang prihatin di mana mereka boleh bersatu tenaga dan menentang penderaan kanak-kanak dalam apa jua bentuk. Lampiran fakta jgua disediakan untuk pihak media serta individu dan organisasi untuk dimuat turun dalam usaha mereka untuk menangani isu ini dan memulakan kempen capaian sendiri. S.7: Bagaimanakah saya dapat menyokong kempen 'Jom Sertai Kami'? J: Setiap satu daripada kita bertanggungjawab untuk merubah komuniti kita menjadi tempat yang prihatin - terhadap keluarga dan kanak-kanak - menerusi sokongan aktif. Setiap satu daripada kita perlu menumpukan perhatian terhadap jenis usaha yang dapat mencegah penderaan kanak-kanak daripada bermula. Kita semua perlu mendalamkan pengetahuan tentang apa yang boleh kita lakukan secara individu dan dalam komuniti untuk mencegah penderaan kanak-kanak. Laman web 'Jom Sertai Kami' menyediakan suatu landasan untuk rakyat Malaysia bersatu dan menunjukkan sokongan mereka untuk menghentikan penderaan kanak-kanak. Dengan melayari, individu yang prihatin boleh menunjukkan sokongan masing-masing dengan: Mempelajari lebih tentang penderaan kanak-kanak. Laman web tersebut menyediakan sumber dan peluang untuk membabit, mendidik dan memperkasakan kita semua dalam melindungi kanak-kanak daripada penderaan. Mendaftar untuk kempen ini. Mereka boleh mencipta isyarat "Tangan" unik tersendiri yang boleh digunakan sebagai gambar profil Facebook atau mana-mana media sosial yang lain untuk menunjukkan perpaduan merentasi negara demi menghentikan penderaan kanak-kanak. Berkongsi bahan dengan kawan-kawan, orang tersayang dan rakan sekerja menerusi laman web. Semua maklumat di laman web mempunyai keupayaan berkongsi Facebook 4

dan Twitter untuk memudahkan pengguna mewar-warkan cara menghentikan penderaan kanak-kanak. Kami harap maklumat dari laman web akan mendorong orang ramai untuk menjadikan perlindungan kanak-kanak daripada penderaan topik perbualan. Perbualan yang boleh tercetus di antara dua jiran, di mesin kopi, sementara beratur panjang di bank atau pasaraya malah menerusi surat kepada penyunting dan menerusi blog, tweet dan facebook di internet. Lebih penting lagi kepada kanak-kanak yang didera, harapan kami agar kempen ini akan melengkapkan orang ramai dengan keyakinan untuk sentiasa berwaspada demi kanak-kanak, dan untuk segera melaporkan penderaan yang disyaki dengan menghubungi 15999. 5