Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

dokumen-dokumen yang mirip
Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

SEKOLAH RENDAH SHUQUN. Taklimat Format Peperiksaan Baharu PSLE 2017

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

DARJAH 6 BAHASA MELAYU 29 JANUARI 2016

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Jumaat, 13 Mac 2015, 5 petang

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

BAHASA MELAYU B (8613)

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Penggunaan PetaK dalam Memperkasakan Imbuhan Pelajar. Abstrak

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

1.1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN NORDIN TAHIR IPIP

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

Pentaksiran ULBS yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan berikut :

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

MANUAL PENGGUNA - PELAJAR -

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA. Analisis Data. 9.1 Sinopsis

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN FUNGSIONAL GURU AKADEMIK

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

OBJEKTIF PENGENALAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

Selamat Datang ke Majlis Taklimat. Darjah Januari 2016

SELAMAT DATANG SESI PERTEMUAN DENGAN IBU BAPA JUMAAT, 19 JAN 2018

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

Transkripsi:

12 Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan Fauziah Mohamed Ata fauziah_mohamed_ata@moe.edu.sg Rosalina Mohamed Taib rosalina_mohamed_taib@moe.edu.sg Sekolah Rendah Endeavour Abstrak Pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan membina murid sebagai pengguna bahasa yang cekap yang boleh berkomunikasi dengan yakin, berkesan dan bermakna dengan menggunakan bahasa yang autentik. Bagi membina kemahiran menulis murid, kajian ini dijalankan untuk meneliti keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran reseptif dan produktif. Kajian ini memberi fokus kepada kemahiran interaksi penulisan. Melalui kajian ini, murid dapat memberikan respons secara bertulis melalui e-mel, nota ringkas dan pesanan ringkas. Dapatan kajian menunjukkan selepas usaha intervensi ini 82% murid dapat menulis nota ringkas dengan markah 3-4. Bagi pesanan ringkas pula 68% murid dapat mendapat markah 3-4. Secara keseluruhan, murid dapat menghayati dan memahami strategi yang diaplikasikan. Sekaligus dapat memberi kesan yang positif terhadap keyakinan murid. Mereka lebih yakin untuk menulis respons dengan lebih baik. Kata Kunci: kemahiran reseptif, produktif, aktif, membaca, menulis 144

Pengenalan Pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan menjadikan murid sebagai pengguna bahasa yang cekap yang boleh berkomunikasi dengan yakin, berkesan dan bermakna melalui tugasan bahasa yang autentik. Bagi memastikan murid menjadi pengguna bahasa yang cekap, mereka perlu didedahkan kepada kemahiran berbahasa yang merentasi tiga kategori iaitu reseptif, produktif dan interaksi yang merangkumi enam kemahiran bahasa iaitu mendengar, membaca, bertutur, menulis, interaksi lisan dan penulisan sebagaimana yang dilakarkan dalam Model Kemahiran Teras Bahasa (MOE sukatan pelajaran 2015): Sukatan pelajaran 2015 menjelaskan kemahiran bahasa merangkumi enam kemahiran yang terdiri daripada kemahiran reseptif, iaitu mendengar dan membaca, kemahiran produktif, iaitu membaca dan menulis dan kemahiran interaksi lisan dan penulisan. Aspek ini penting dalam membina kecekapan bahasa seseorang murid dan mencapai keberkesanan dalam penggunaan bahasa. Kemahiran reseptif melibatkan pemahaman dan pentafsiran makna dalam aktiviti atau tugasan yang memerlukan murid memahami pelbagai jenis teks yang didengar atau dibaca untuk tujuan yang berbeza-beza manakala kemahiran produktif pula melibatkan penciptaan dan persembahan tugasan bertutur atau penulisan. Kemahiran produktif memerlukan murid menghasilkan teks lisan dan tulisan yang pelbagai untuk tujuan yang berbeza-beza. Kemahiran reseptif dan produktif ini diperlukan untuk berinteraksi. Kedua-dua interaksi lisan dan penulisan, melibatkan komunikasi interpersonal yang memerlukan tindak balas pengguna bahasa dalam pelbagai konteks untuk tujuan berbeza-beza. 145 Seminar Bahasa Melayu 2016

TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini seperti yang berikut: 1. melihat keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran reseptif dan produktif dengan menggunakan strategi P 2I P; dan 2. menggabungjalinkan kemahiran membaca dengan menulis sekaligus mengaitkan proses pengajaran kemahiran membaca dengan kemahiran interaksi penulisan. PERNYATAAN MASALAH Perubahan pada format PSLE 2017 akan melibatkan murid Darjah 4 kohort 2015. Oleh itu, keperluan untuk mempersiapkan kohort murid darjah empat merupakan salah satu daripada keutamaan bagi menyediakan mereka dengan tuntutan perubahan kandungan pembelajaran. Dengan adanya soalan interaksi penulisan dalam komponen kefahaman, komponen ini harus diajarkan agar murid memahami keperluan komponen ini. Pendedahan kepada kemahiran reseptif dan produktif perlu dilakukan seawal mungkin agar murid berupaya menguasai kemahiran interaksi penulisan yang memerlukan tindak balas pengguna bahasa dalam pelbagai konteks untuk memberikan respons secara bertulis melalui e-mel, nota ringkas dan pesanan ringkas. Guru perlu membina bahan interaksi penulisan dan penilaian untuk memastikan kesesuaian bahan pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab belum terdapat banyak rujukan bahan yang boleh didapati, kajian ini diusahakan agar strategi pengajaran dan bahan pembelajaran sejajar dengan keperluan sukatan. Memandangkan pengenalan ini ialah usaha yang baharu, maka kesemua proses membina bahan, strategi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian telah didokumentasikan dan dijadikan wahana kajian. 146

KAJIAN LEPAS Berdasarkan Semakan Bahasa Ibunda 2010, terdapat saranan bagi mengubah pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Ibunda. Sekaligus, ini memerlukan pengubahan dari segi penilaian juga. Antara saranan semakan tersebut ialah pendekatan pengajaran dan pembelajaran hendaklah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan bahasa tersebut bagi tujuan yang autentik. Laporan semakan bahasa Ibunda 2010 menegaskan semasa berkomunikasi dalam kehidupan sebenar, kedua-dua kemahiran reseptif, iaitu mendengar dan membaca dan kemahiran produktif, iaitu kemahiran bertutur dan menulis harus dihubung kait. (MOE, Singapura 2010). Selain itu, kebanyakan situasi kehidupan sebenar memerlukan komunikasi dua hala yang spontan. Ini termasuklah memberikan respons secara bertulis menerusi e-mel. Tugasan pembelajaran di dalam bilik darjah bagi membangunkan kemahiran interaksi ini boleh dilihat melalui Jadual berikut: Jadual 1: Tugasan Pembelajaran bagi Membangunkan Kemahiran Interaksi 147 Seminar Bahasa Melayu 2016

Sepertimana yang dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Semakan Bahasa Ibunda juga, format peperiksaan akan berubah dengan bertambahnya jenis item baharu contohnya, untuk menguji kemahiran interaksi. Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada guru-guru dalam memilih kaedah yang efektif bagi mempersiapkan murid untuk menghadapi peperiksaan nanti. Ini termasuklah apa yang disarankan oleh jawatankuasa semakan agar guruguru menggunakan aktiviti dan tugasan yang dirancang dengan baik bagi menyediakan pelajar dengan ilmu bahasa secara sistematik misalnya, kosa kata lisan, struktur ayat dan kemahiran bahasa yang efektif dan bermakna. KAEDAH KAJIAN Kajian ini akan menghuraikan dapatan secara kuantitatif. Pencapaian murid daripada latihan interaksi penulisan yang dihasilkan semasa praujian dan senarai semak akan diteliti dan dipantau. Murid diberikan tugasan untuk menjawab dua latihan interaksi penulisan. Satu berbentuk nota dan satu lagi pesanan ringkas. Markah penuh bagi soalan interaksi penulisan adalah 4. Subjek Kajian Kajian yang dijalankan dalam kelas Darjah 4 terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai tahap kemahiran. Instrumen Kajian Kajian ini berpusatkan kepada penilaian kendiri murid dan guru selaku pemudah cara. Instrumen kajian berupa formula dan senarai semak. Guru memaparkan carta yang berisi formula di hadapan kelas agar murid dapat menggunakan formula tersebut sebagai senarai semak dan refleksi murid dan pemerhatian guru digunakan untuk menilai hasil kerja murid. Rujuk Rajah 1. 148

Rajah 1: Formula Kaedah P 2I P Prosedur Kajian Murid-murid Darjah 4 diberikan latihan interaksi penulisan berbentuk nota dan pesanan ringkas. Murid diperkenalkan dengan formula P 2I P yang bermaksud Pengirim + 2 Isi + Penerima. Murid menggunakan formula ini sebagai senarai semak bagi mengenal pasti struktur penulisan nota, pesanan ringkas dan bahagian isi yang dikehendaki mengikut arahan yang diberikan. Bagi mencari dua Isi, murid-murid digalakkan menggunakan kaedah Tanya dan Respons bagi memahami dan mencungkil isi cerita daripada teks kefahaman. Murid bukan sahaja dapat menjawab soalan kefahaman objektif, malah mendapatkan dua isi bagi melengkapkan latihan interaksi penulisan. Rujuk Rajah 2. Rajah 2: Strategi Tanya dan Respons 149 Seminar Bahasa Melayu 2016

Sebanyak empat sesi pelajaran intervensi dijalankan, Tempoh setiap pelajaran berlangsung selama sejam. Sebelum itu, murid diberikan kertas latihan praujian interaksi penulisan yang berbentuk nota dan pesanan ringkas. Pelajaran Intervensi 1 Guru membimbing murid cara menggunakan formula P 2I P sebagai senarai semak. Formula tersebut juga dapat digunakan sebagai penilaian kendiri setelah guru memeriksa kertas latihan praujian. Penilaian Intervensi 2 Murid-murid diberikan latihan pesanan ringkas. Murid-murid mencatatkan formula P 2I P di bahagian kiri arahan interaksi penulisan. Murid-murid akan menggunakan formula itu untuk mencungkil keterangan yang diperlukan dalam arahan. Penilaian Intervensi 3 Murid akan meneruskan mencari dua isi daripada teks kefahaman dan seterusnya melengkapkan penulisan nota dan pesanan ringkas. Penilaian Intervensi 4 Murid-murid secara sedar mengenal pasti struktur dan isi yang diperlukan untuk melengkapkan penulisan nota dan pesanan ringkas dengan merujuk kembali formula P 2I P. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Kajian yang dijalankan bertujuan untuk meneliti keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran reseptif, produktif dan interaksi. Strategi melengkapkan penulisan nota dan pesanan ringkas dengan menggunakan formula P 2I P yang digunakan oleh murid untuk mengecam struktur penulisan nota dan pesanan ringkas. Selain itu, strategi ini juga membantu murid mendapatkan isi. Aspek ini penting dalam membina 150

kecekapan interaksi murid dan mencapai keberkesanan dalam penggunaan formula untuk menjawab soalan interaksi penulisan. Dapatan kajian menunjukkan adanya peningkatan positif bagi keduadua jenis latihan interaksi penulisan, iaitu nota dan pesanan ringkas. Setelah melalui intervensi, jumlah murid yang peroleh markah 3-4 bagi soalan menulis nota telah meningkat 28.9%. Jumlah murid yang peroleh markah 3-4 pada soalan berbentuk pesanan ringkas pula, meningkat 36.8%. Jumlah murid yang peroleh 0-2 markah merosot. Rujuk Rajah 3 dan 4. Rajah 3: Peratusan Markah Pra dan Pascaujian bagi Menulis Nota Rajah 4: Peratusan Markah Pra dan Pascaujian bagi Pesanan Ringkas 151 Seminar Bahasa Melayu 2016

KESIMPULAN Melalui penilaian yang diberikan, kita dapat melihat dan mengesan perkembangan murid secara berstruktur. Kita juga dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa. Guru dapat memastikan dengan menggunakan formula P 2I P, murid lebih sedar akan kriteria yang diperlukan bagi melengkapkan nota dan pesanan ringkas. Kemahiran produktif memerlukan murid berkomunikasi secara lisan dan penulisan dalam pelbagai konteks untuk tujuan yang berbeza-beza. Murid akan meraih kemahiran interaksi dengan berkomunikasi melalui pertukaran bertulis dalam konteks yang berbeza untuk tujuan yang berbeza-beza. Nota: Guru-guru yang turut terlibat dalam kajian: 1. Norashikin Binte Mohd Noor 2. Nazreen Binte Mohamed Noor RUJUKAN Ministry of education (2010). Laporan Semakan Bahasa Ibunda: Memupuk Pelajar Aktif dan Pengguna Cekap. Singapore. Pusat Bahasa Melayu Singapura, Kementerian Pendidikan Singapura. (2013). Bahasa dan Jati Diri Melayu. Singapore: Willis, J. (1996). A Framework for Task-based Learning. Longman 152