Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

dokumen-dokumen yang mirip
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

Manual Kerja Kursus Bahasa Arab Kertas 5 (913/5)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)

Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi Kertas 4 (942/4)

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan, Calon Sekolah Bantuan Kerajaan, Calon Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu)

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL GRED TAHAP KECEKAPAN TK1-TK6

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEJARAH

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2016

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Mesyuarat Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-quran (KKQ)

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)

1.1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA Kod Dokumen: UPM/OPR/CALC/P001 PROSEDUR PENGENDALIAN KURSUS TANPA KREDIT (CEL)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO9001:2008 PERLAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN MBE PROJEK SARJANA 1 PROGRAM SARJANA PTV (KERJA KURSUS) FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

PANDUAN PENTADBIRAN PELBAGAI INSTRUMEN SEJARAH & GEOGRAFI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) SEJARAH GEOGRAFI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

PENTAKSIRAN TINGKATAN

PROSEDUR PENGURUSAN REKOD

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MANUAL PROSEDUR KERJA PERANCANGAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN 2017

more examination papers at :

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

TAKLIMAT 2 LATIHAN INDUSTRI SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI (SST) SECARA ONLINE

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

Pentaksiran ULBS yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan berikut :

1.1 Bersifat autentik kerana berupaya mentaksir kebolehan sebenar murid secara berfokus dalam kemahiran bertutur.

PENGURUSAN UJIAN KELAYAKAN PENDIDIKAN GURU

TAKLIMAT 2 LATIHAN INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

PANDUAN PENDAFTARAN CALON MUET PERTENGAHAN TAHUN 2011

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

TAKLIMAT 2 LATIHAN INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

PERATURAN PEPERIKSAAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN PEPERIKSAAN POLITEKNIK

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

PENGENDALIAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PK.UniMAP.(O).25

PANDUAN PENILAIAN UJIAN TA BIR SYAFAWI (UTS) DMT14/2

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

ARAHAN KERJA RAYUAN KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Skop Tafsiran Penyelarasan Moderasi Tugas Dan Tanggungjawab 4

FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN TUGASAN KUMPULAN

SALINAN TERKAWAL. Disediakan oleh: Diluluskan oleh: DR NORIATI BT A RASHID CHE AZMI BIN HARUN DATIN ASARIAH BINTI MIOR SHAHARUDDIN PENGARAH

Transkripsi:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja. Manual ini terdiri daripada 21 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2016 0 TERHAD

Kandungan Bil Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan 2 2.0 Objektif Penilaian 2 3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2 3.1 Arahan Am 2 3.2 Tanggungjawab Pengetua 2 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa 4 3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 5 3.6 Tanggungjawab Calon 6 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 7 5.0 Format Penulisan 8 6.0 Struktur Penulisan 9 7.0 Penskoran Markah 10 8.0 Skema Penskoran Markah 10 BAHAGIAN II : CALON 9.0 Tanggungjawab Calon 11 10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 12 11.0 Format Penulisan 13 12.0 Struktur Penulisan 13 Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14 Lampiran 16 20 1 TERHAD

1.0 Pengenalan BAHAGIAN I : GURU Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini. Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM. 2.0 Objektif Penilaian Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk: 2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini 2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam sebuah organisasi yang baik 2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian kes berkenaan 2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran 3.0 Pelaksanaan kerja kursus 3.1 Arahan am 3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu. 3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam. 3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah. 3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing. 3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan diselia oleh guru Pengajian Perniagaan 3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan 3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan. 3.2.6 Memastikan guru menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 5) ke MPM (u.p Encik Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah 3.2.7 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah Peraturan Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon 2 TERHAD

3.2.8 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kerja kursus dipenuhi 3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan kerja kursus calon di sekolah ada 3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja kursus. 3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon. 3.3.3 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 3.3.4 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya 3.3.5 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan 3.3.6 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.7 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus 3.3.8 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus 3.3.9 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh membaiki hasil kerja 3.3.10 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik 3.3.11 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan secara individu 3.3.12 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus 3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon 3 TERHAD

3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu 3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus calon 3.3.21 Menilai hasil kerja calon secara berterusan 3.3.22 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon 3.3.23 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan. 3.3.24 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) 3.3.25 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4. 3.3.26 Menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 5) ke MPM (u.p Encik Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus guru.) 3.3.27 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu) 3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Menyemak dan menilai penulisan kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan (c) Menghadiri sesi pembentangan penulisan kerja kursus mengikut jadual yang diberikan oleh guru sekolah swasta (d) Menilai pembentangan calon secara individu (e) Menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 4) (f) Menghantar markah penulisan kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (g) Menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 5) ke MPM (u.p Encik Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Pemeriksa mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus pemeriksa.) (h) Menyediakan sampel penulisan kerja kursus calon yang dinilai untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) 4 TERHAD

(i) Menyimpan evidens kerja kursus calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens kerja kursus sahaja) (j) Melupuskan evidens kerja kursus calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens kerja kursus sahaja) 3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurang-kurangnya dua kali, iaitu kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan (c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan kerja kursus (d) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan kerja kursus kepada calon (e) Memastikan calon menghantar kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan (f) Menyemak dan menilai kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan (g) Merancang jadual pembentangan kerja kursus dan memaklumkannya kepada calon (h) Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus (i) Menilai pembentangan calon (j) Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (k) Menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 5) ke MPM (u.p Encik Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Pemeriksa mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus pemeriksa.) (l) Menandatangani Borang Perakuan Calon (Lampiran 2), Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 3), Borang Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 4), dan Borang Rumusan Kerja Kursus Calon (Lampiran 5) (m) Menyediakan sampel penulisan kerja kursus calon yang dinilai untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK), jika diminta (n) Menyimpan evidens kerja kursus calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (o) Melupuskan evidens kerja kursus calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.5 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta 3.5.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.5.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.5.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon 3.5.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut: 5 TERHAD

(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan 3.5.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus 3.5.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah 3.5.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu 3.5.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 3.5.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus. 3.5.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data atau maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus 3.5.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian atau pengumpulan maklumat 3.5.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus 3.5.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.5.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 3.5.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus. 3.5.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon 3.6 Tanggungjawab calon 3.6.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan. 3.6.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga sehingga tamat penggal tersebut. 3.6.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian. 3.6.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul data. 3.6.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu. 6 TERHAD

3.6.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan. 3.6.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya. 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon 25 Mei 2016 Tugasan kerja kursus diterima Taklimat tugasan kerja kursus kepada calon (sila rujuk manual kerja kursus) Menerima arahan tugasan. Semak http://www.mpm.edu.my Memahami skop tugasan kerja kursus Merancang jadual kerja 25 Mei hingga 19 Jun 2016 Taklimat PN dengan Guru Tingkatan 6 Menghadiri taklimat tersebut dan memberikan sepenuh perhatian semasa taklimat berlangsung 20 Jun hingga 23 Sept. 2016 Persiapan awal sebelum menjalankan kerja kursus Membincangkan dan membimbing pemilihan tajuk dan jadual kerja Menyediakan suratmenyurat Menjelaskan pelajar tentang elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang akan dinilai Membimbing pelajar sepanjang penghasilan KK Membantu penyelesaian masalah yang timbul Memantau perkembangan tugasan Membuat persiapan awal: Keperluan kewangan Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga Perancangan kerja Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder, sumber Internet, dan sumber-sumber lain. Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder 7 TERHAD

Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon 20 Jun hingga 23 Sept. 2016 Penyediaan dan penulisan laporan Kerja kursus untuk sesi penilaian Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan laporan kerja kursus Membimbing calon untuk menulis laporan mengikut format yang ditetapkan Membaiki kelemahan dan membimbing calon membuat penambahbaikan Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta, dan lain-lain Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai 26 Sept hingga 26 Okt. 2016 Sesi pembentangan dan penilaian Memeriksa dan memberi markah laporan kerja kursus dan pembentangan Hantar laporan bertulis Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit sahaja untuk setiap calon) 26 Sept. hingga 26 Okt. 2016 Penskoran kerja kursus dan hantaran markah ke MPM Menghantar markah ke MPM 29 Okt. hingga 20 Nov. 2016 Penyelarasan markah kerja kursus oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan) 5.0 Format Penulisan 5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan 5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Langkau (spacing): 1.0 dibenarkan hanya bagi Rumusan Eksekutif (f) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten 8 TERHAD

5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan. 5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna jingga terang (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan 5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid. 6.0 Struktur Penulisan Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut: (a) Rumusan eksekutif (b) Pengenalan (c) Objektif (d) Latar belakang syarikat (e) Latar belakang pemilik atau ahli kongsi (f) Latar belakang projek (g) Rancangan organisasi (h) Rancangan pemasaran (i) (j) Rancangan pengeluaran atau operasi Rancangan kewangan (k) Kesimpulan (l) Lampiran 9 TERHAD

7.0 Penskoran markah Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon. Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang dikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran berkenaan. Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. 8.0 Skema Penskoran Markah Kerja Kursus Bil. Kriteria Markah 1 Rumusan eksekutif 8 2 Pengenalan 4 3 Objektif 3 4 Latar belakang syarikat 4 5 Latar belakang pemilik atau ahli kongsi 3 6 Latar belakang projek 8 7 Rancangan organisasi 12 8 Rancangan pemasaran 12 9 Rancangan pengeluaran atau operasi 12 10 Rancangan kewangan 12 11 Kesimpulan 5 12 Lampiran 2 13 Pembentangan (i) Kerelevanan 2 (ii) Soal jawab 2 (iii) Kebahasaan 2 (iv) Kreativiti 2 (v) Keterampilan 2 14 Kemahiran insaniah 5 JUMLAH MARKAH 100 10 TERHAD

9.0 Tanggungjawab calon BAHAGIAN II : CALON 9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan. 9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga sehingga tamat penggal tersebut. 9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian. 9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul data. 9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu. 9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan. 9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya. 11 TERHAD

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan calon 20 Mei 2016 Tugasan kerja kursus diterima Menerima arahan tugasan. Semak http://www.mpm.edu.my Memahami skop tugasan kerja kursus Merancang jadual kerja 20 Jun hingga 23 Sept. 2015 20 Jun hingga 23 Sept. 2015 26 Sept hingga 26 Okt. 2015 Pelaksanaan kerja kursus Penyediaan dan penulisan laporan kerja kursus untuk sesi penilaian Sesi pembentangan dan penilaian Membuat persiapan awal: Keperluan kewangan Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga Perancangan kerja Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder,sumber Internet, dan sumber-sumber lain. Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta dan lain-lain Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai Hantar laporan bertulis Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit sahaja untuk setiap calon) 12 TERHAD

11.0 Format Penulisan 11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan. 11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten 11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan 11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna jingga terang (Lampiran 1) (b) Borang perakuan calon (Lampiran 2) (c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3) (d) Penulisan kertas kerja kursus 11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid. 12.0 Struktur Penulisan Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut: (a) Rumusan eksekutif (b) Pengenalan (c) Objektif (d) Latar belakang syarikat (e) Latar belakang pemilik atau ahli kongsi (f) Latar belakang projek (g) Rancangan organisasi (h) Rancangan pemasaran (i) Rancangan pengeluaran atau operasi (j) Rancangan kewangan (k) Kesimpulan (l) Lampiran 13 TERHAD

946/4 STPM 2016 Majlis Peperiksaan Malaysia 2016 14 TERHAD

Soalan Kerja Kursus. Calon diminta memilih satu jenis perniagaan sama ada berasaskan produk atau perkhidmatan dan menyediakan satu rancangan perniagaan lengkap berdasarkan format yang sesuai seperti yang dicadangkan di bawah: (i) Rumusan eksekutif (ii) Pengenalan (iii) Objektif (iv) Latar belakang syarikat (v) Latar belakang pemilik/ahli kongsi (vi) Latar belakang projek (vii) Rancangan organisasi (viii) Rancangan pemasaran (ix) Rancangan pengeluaran/operasi (x) Rancangan kewangan (xi) Kesimpulan (xii) Lampiran Nota: Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP) mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016. 15 TERHAD

LAMPIRAN 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2016 MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH NAMA GURU TANDATANGAN GURU TARIKH 16 TERHAD

LAMPIRAN 2 BPC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat KK Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh Alamat 17 TERHAD

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON LAMPIRAN 3 BRKKC No. Pusat/Angka Giliran :... No. Kad Pengenalan : Tarikh Aktiviti Aktiviti dalam penghasilan kerja kursus (Untuk diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Calon Tandatangan Guru Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2016 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru:.. Nama Guru:.. Tarikh :... Cap Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan pada bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai. 18 TERHAD

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON LAMPIRAN 4 BMKKC Nama Calon :... No. Kad Pengenalan : Angka Giliran : (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) Kriteria Penilaian Markah Penuh 1. Rumusan eksekutif 8 2. Pengenalan 4 3. Objektif 3 4. Latar belakang syarikat 4 5. Latar belakang pemilik atau ahli kongsi 3 6. Latar belakang projek 8 7. Rancangan organisasi 12 8. Rancangan pemasaran 12 9. Rancangan pengeluaran atau operasi 12 10. Rancangan kewangan 12 11. Kesimpulan 5 12. Lampiran 2 13. Pembentangan (a) Kerelevanan 2 (b) Soal jawab 2 (c) Kebahasaan 2 (d) Kreativiti 2 (e) Keterampilan 2 14. Kemahiran Insaniah 5 Jumlah Markah 100 Markah Guru Markah Penyelaras PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa: Tandatangan Penyelaras: Nama : No. Kad Pengenalan : Tarikh :.. No. Telefon (sekolah) : Nama :. No. Kad Pengenalan :. Tarikh : No. Telefon (sekolah) :. Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan. 19 TERHAD

LAMPIRAN 5 BRuMKK MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON PENGGAL: TAHUN: MATA PELAJARAN: NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PERAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa:..... Nama:.... No. Kad Pengenalan:.. Tarikh:... No. Telefon (sekolah) :. (bimbit):. PERAKUAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Pengetua:.. Nama:.. No. Kad Pengenalan:. Tarikh:... No. Telefon (sekolah): (bimbit): Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission. 20 TERHAD