160 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia

dokumen-dokumen yang mirip
PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Pelan Strategik KTSN Ke Arah Pembangunan Insaniah Pelajar. Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib Pengetua

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

HHHC 9501 PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN (SET 23)

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB TUJUH RINGKASAN, IMPLIKASI, DAN PENUTUP. untuk menganalisis mekanisme pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam konteks

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Koperasi Pengangkutan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

ANALISIS PEKERJAAN. Jawatan : PEGAWAI PERUBATAN GRED : U51 / U52 / U53

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

Sustainable Education 54

JAWATANKUASA PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN FAKULTI ALAM BINA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

PERSEPSI GURU TERHADAP PROFESION PERGURUAN MASA KINI. Abdul Rahin Bin Hamdan Ahmad Johari Bin Hj Sihes Jamaluddin Bin Ramli Rosliza Binti Hamzah

CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

POLISI CUTI JOHOR CORPORATION. Johor Corporation menyediakan kemudahan / faedah cuti seperti berikut :-

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

SENARAI TUGAS GURU BESAR

POLISI UNIVERSITI INKLUSIF SISWA ORANG KURANG UPAYA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT LAPORAN ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN SUKU TAHUN KEDUA 2015

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PROFIL AM TUGAS DAN KOMPETENSI PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U 11

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT LAPORAN ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN SUKU TAHUN KEEMPAT 2015

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

IKLAN JAWATAN KOSONG KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK KUMPULAN PERKHIDMATAN PELAKSANA

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

Transkripsi:

160 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia Chapter8.indd 160 3/10/09 7:43:41 PM

Persepsi Staf Wanita Terhadap Kemudahan dan Perkembangan Kerjaya Di Universiti Teknologi Malaysia 8 PersePsi staf Wanita terhadap Kemudahan dan PerKembangan Kerjaya di universiti teknologi malaysia 161 HAMIDAH ABD RAHMAN NORHANI BAKRI MOHD KOHARUDIN MOHD BALWI SITI AISYAH ABD RAHMAN FADILA ZAINI SITI FATIMAH BAHARI Pengenalan Tahun Wanita Antarabangsa yang diisytiharkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1975 membuka suatu lembaran baru kepada sejarah peranan wanita dalam pembangunan negara. Pengisytiharan tersebut mendorong kaum wanita mengambil tindakan yang dinamik dalam usaha meningkatkan taraf wanita. Setelah satu setengah dekad berlalu, usaha ini menampakkan hasilnya. Masyarakat dunia kini mengiktiraf sumbangan kaum wanita dalam pembangunan negara. Penglibatan mereka dalam bidang ekonomi, sosial, dan politik berkembang luas ekoran galakan kerajaan dan peluang yang terbuka luas kepada mereka. Sebelum Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3), rancangan pembangunan Malaysia tidak memperuntukkan program yang khusus dan menyeluruh kepada kaum wanita. Pada masa itu, terdapat hanya satu program yang disesuaikan untuk wanita iaitu KEMAS. Dalam RMK3, pengiktirafan ke atas sumbangan wanita dalam pembangunan Chapter8.indd 161 3/10/09 7:43:41 PM

162 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia telah dinyatakan dengan jelas, untuk tujuan yang sama, pelbagai rancangan serta kemudahan telah dirintis oleh kerajaan untuk membantu wanita dalam pelbagai bidang. Kesedaran untuk mengintegrasikan wanita sepenuhnya dalam pembangunan mula diberi perhatian yang serius pada pertengahan tahun 1970-an. Melalui deklarasi Tahun Wanita Antarabangsa dan Dekad Pembangunan Wanita, sumbangan wanita kepada pembangunan ekonomi telah mula diiktiraf (Noraini et al., 1996). Di Malaysia, isu wanita juga mula mendapat perhatian antara tahun 1970 dan 1980 ekoran daripada Dekad Pembangunan Wanita Antarabangsa dan sokongan kerajaan Malaysia mengenai penglibatan wanita dalam pembangunan negara dan trend pembangunan yang mempengaruhi wanita di Malaysia. Namun, apakah isu penting yang timbul di Malaysia? Salah satu isu penting ialah mengenai wanita dan pekerjaan. Sebagaimana negara-negara bekas penjajah yang lain, Malaysia juga mengalami perubahan struktur ekonomi selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam dasar mempelbagaikan ekonomi pembangunan negara ini, selain sektor pertanian, matlamat penting dasar ini ialah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk kaum wanita. Isu wanita dan pekerjaan ini mula diberi perhatian yang lebih sebagai salah satu penyumbang utama kepada kekuatan sesebuah negara. Peranan dan penglibatan wanita dalam pembangunan telah mengalami perubahan yang begitu drastik sekali. Kini, wanita telah menjadi sumber tenaga manusia yang penting kepada sektor perindustrian, perkhidmatan, pertanian, pengurusan perniagaan dan bidang yang lain. Menurut laporan statistik dari Kementerian Sumber Manusia (2000), anggaran tenaga kerja di pasaran Malaysia adalah sebanyak 9.1 juta orang dan 44.2 peratus daripada anggaran tenaga kerja tersebut adalah terdiri daripada pekerja wanita. Penambahan tenaga kerja wanita telah membuka satu peluang kepada wanita memasuki pasaran kerja. Cabaran wanita dalam menghadapi kehidupan di alaf baru semakin getir, lebih-lebih lagi dengan arus globalisasi dan kepesatan Chapter8.indd 162

Persepsi Staf Wanita Terhadap Kemudahan dan Perkembangan Kerjaya Di Universiti Teknologi Malaysia 163 era dunia tanpa sempadan. Menghadapi situasi itu, wanita perlu bersedia membuka minda dengan pengetahuan-pengetahuan terkini bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan. Justeru itu, isu kemudahan dan perkembangan kerjaya di tempat kerja mereka merupakan satu isu penting yang tidak boleh dipandang ringan kerana wanita juga berhak menerima apa yang sepatutnya, walaupun keperluan mereka berbeza daripada kaum lelaki latar belakang Kajian Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke arah World Class University (WCU) perlu mengambil kira kebajikan golongan wanita yang merupakan aset penting bagi membantu pembangunan universiti. Perkara ini dapat dibuktikan apabila staf wanita mewakili 37 peratus daripada jumlah keseluruhan staf di UTM (Pendaftar UTM, 2004). Jumlah ini adalah besar dan akan bertambah dari semasa ke semasa. Justeru itu, pihak pengurusan UTM perlu mengambil kira kemudahan yang sepatutnya disediakan untuk golongan wanita memandangkan keperluan mereka tidak sama dengan lelaki. Begitu juga dengan aktiviti serta peraturan yang melibatkan sama ada budaya mahupun agama, adalah jelas sekali berbeza daripada lelaki. Contohnya dari segi peraturan berpakaian yang melibatkan penjagaan aurat, kepayahan semasa kedatangan haid, masalah selepas bersalin, gangguan emosi sebelum dan selepas kedatangan haid dan lain-lain. Perkara seperti inilah yang memerlukan pihak berkuasa UTM untuk membuat perhatian terhadap keperluan dan kebajikan staf wanita kerana ia tidak boleh dipandang ringan. Namun adakah kemudahan-kemudahan serta perkembangan kerjaya untuk staf wanita setanding dengan piawai yang sepatutnya? Ini adalah penting agar golongan wanita dapat menyumbangkan bakti dengan lebih selesa dan bersemangat. UTM bematlamat untuk mencapai status WCU pada tahun 2005 dengan melahirkan sumber tenaga manusia yang produktif, Chapter8.indd 163

164 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia inovatif dan kreatif demi menyokong atau membantu ke arah pencapaian WCU tersebut. Salah satu daripada ciri-ciri yang digariskan untuk mencapai status tersebut ialah penekanan terhadap aspek persekitaran kerja yang kondusif dan kelengkapan yang cukup di tempat kerja. Walau bagaimanapun, adakah kemudahankemudahan yang disediakan berada pada tahap piawai yang telah digariskan dalam ciri-ciri WCU yang menekankan aspek persekitaran kerja yang kondusif dan kelengkapan yang cukup di tempat kerja? Dalam Atributes: Top Notch Staff Members Critical Success Factors, Pendaftar UTM telah mensasarkan pencapaian status World Class University (WCU) pada tahun 2005. Antara ciri-ciri yang digariskan oleh UTM dalam usaha untuk mencapai status tersebut ialah: 1. Pekerja Yang Mahir dan Berpengetahuan 2. Polisi Sumber Manusia 3. Persekitaran Kerja Yang Kondusif dan Kelengkapan Yang Cukup di Tempat Kerja 4. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Ini bersesuaian dengan Seksyen 15(e) dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) yang menggariskan peruntukan ke atas kewajipan majikan untuk mengadakan dan menyelenggara persekitaran kerja dengan menyediakan kemudahan dan kebajikan yang mencukupi. Seksyen tersebut menerangkan tentang kewajipan majikan untuk menyediakan kemudahan yang selesa dan kondusif serta memastikan kelengkapan yang mencukupi untuk pekerja-pekerja mereka. Manakala dalam Perintah-perintah Am Bab E Perkara IV menerangkan tentang bangunan-bangunan pejabat yang menjadi tanggungjawab majikan untuk menjaga bangunan tersebut. Berikut adalah petikan Seksyen 24 dan 25 (a) dalam Perintah-perintah Am Bab E Perkara IV: Bangunan-bangunan pejabat; Seksyen 24: Jabatan Perdana Menteri Bertanggungjawab Tentang Bangunan: Adalah dalam bidang tanggungjawab Jabatan Chapter8.indd 164

Persepsi Staf Wanita Terhadap Kemudahan dan Perkembangan Kerjaya Di Universiti Teknologi Malaysia 165 Perdana Menteri untuk menentukan bahawa semua jabatan-jabatan kerajaan ditempatkan dalam bangunan-bangunan yang munasabah dan sesuai yang bukan sahaja dapat melahirkan kecekapan dan suasana kerja yang baik tetapi juga dapat memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai untuk berhubung dengan jabatan tersebut. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan adalah secara langsung bertanggungjawab menentukan bahawa semua bahagian atau cawangan kecil di luar ibu pejabat mendapat bangunan yang mencukupi dan sesuai untuk keperluan mereka. Ketua-ketua Jabatan hendaklah berunding dengan Ketua Setiausaha Negara tentang mendapatkan ruang-ruang pejabat seperti pembinaan bangunan atau penyewaan bangunan lain. Seksyen 25 (a): Ketua Jabatan bertanggungjawab menjaga bangunan: Adalah menjadi tanggungjawab seseorang ketua jabatan yang mendiami sesebuah bangunan pejabat kerajaan, baik yang dibina khas atau disewa untuk mengadakan penyeliaan yang baik bagi bangunan tersebut. Apa-apa kerosakan atau kekurangan yang berlaku kepada sesebuah bangunan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Jabatan Kerja Raya Setempat. Seksyen 24 Perintah-perintah Am di atas menjelaskan tentang kewajipan majikan untuk menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang munasabah dan sesuai untuk kegunaan pekerjanya, manakala Seksyen 25 (a) pula menjelaskan tentang kewajipan majikan untuk menjaga segala kemudahan dan kelengkapan yang telah disediakan supaya sentiasa berkeadaan baik. Dalam konteks kajian ini, majikan merujuk kepada pihak UTM yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan yang sesuai dan kelengkapan yang secukupnya kepada pekerja-pekerjanya. Kemudahan-kemudahan yang dimaksudkan ialah bilik rehat, bilik sakit, bilik solat, tandas dan kemudahan sukan. Walau bagaimanapun, adakah kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada staf wanita di UTM telah mencukupi dan selaras dengan piawai ciri-ciri WCU serta memenuhi peruntukan undangundang yang berkaitan dengannya? Ini disebabkan tidak semua kemudahan-kemudahan yang disebutkan tadi disediakan oleh pihak UTM kepada staf wanitanya. Oleh itu, perkara ini bercanggah dengan Chapter8.indd 165

166 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia Seksyen 15(e) dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) serta Seksyen 24 dan 25 (a) Bab E Perkara IV dalam Perintah-perintah Am (1974). PERBINCANGAN HASIL KAJIAN Responden kajian ini terdiri daripada 380 orang staf wanita akademik dan bukan akademik yang bertugas di UTM, Skudai. Pecahan responden mengikut kategori pekerjaan menunjukkan sebanyak 22.6% responden adalah staf akademik dan 77.4% adalah staf bukan akademik. Majoriti daripada responden (45.6%) telah berkhidmat tidak lebih daripada 6 tahun, 19.7% telah berkhidmat antara 6 hingga 10 tahun, 11.8% telah berkhidmat antara 11 hingga 15 tahun, 9.2% telah berkhidmat antara 16 hingga 20 tahun dan 13.7% lagi telah berkhidmat melebihi 20 tahun. Kemudahan Fizikal Responden telah diminta untuk memberi penilaian kedudukan kemudahan fizikal yang paling utama. Berdasarkan Jadual 1, hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden memilih bilik solat sebagai kemudahan yang paling utama (50.3%), diikuti dengan tandas wanita (41%), bilik rehat (19.2%), pemeriksaan kesihatan (14.2%), kemudahan sukan (7.8%) dan bilik sakit (7.4%). Keutamaan Kemudahan Kekerapan/ Peratus 1 Bilik solat 50.3% 2 Tandas wanita 41.0% 3 Bilik rehat 19.2% 4 Pemeriksaan kesihatan 14.2% Chapter8.indd 166

Persepsi Staf Wanita Terhadap Kemudahan dan Perkembangan Kerjaya Di Universiti Teknologi Malaysia 167 5 Kemudahan sukan 7.8% 6 Bilik sakit (sick bay) 7.4% jadual 1:Taburan Kekerapan Dan Peratusan Persepsi Responden Terhadap Keutamaan Kemudahan Fizikal Kemudahan bilik rehat Berdasarkan pemerhatian pengkaji, tiada kemudahan bilik rehat khusus untuk staf wanita disediakan oleh pihak UTM, Skudai Johor. Walau bagaimanapun, bilik rehat umum telah disediakan oleh pihak fakulti atau bahagian masing-masing. Kemudahan bilik rehat umum tersebut boleh digunakan oleh semua staf termasuk staf lelaki. Sebanyak 10 item kemudahan di bilik rehat disoal kepada responden sama ada mereka memerlukan kemudahan tersebut atau sebaliknya. Berdasarkan hasil kajian didapati majoriti responden menyatakan bahawa kesemua kemudahan di bilik rehat diperlukan di tempat kerja iaitu sofa (96%), karpet (95%), kipas angin (80.7%), alat penghawa dingin (96.5%), peti sejuk (92.4%), cerek elektrik (94.7%), alat pembancuh kopi (86.3%), vending machine (86.1%), sudut bacaan (96.3%), dan pewangi udara (96.3%). Kemudahan di bilik solat Sebanyak 11 item kemudahan di bilik solat disoal kepada responden bagi mengetahui kewujudan, keperluan, dan persepsi responden terhadap kemudahan-kemudahan tersebut. Berdasarkan hasil kajian, didapati kemudahan bilik solat disediakan oleh pihak UTM. Walau bagaimanapun, kemudahan di bilik solat masih berada pada tahap yang rendah. Hasil kajian mendapati majoriti responden mengakui bahawa di bilik solat wanita terdapat sejadah (85%), karpet (85.5%), alat penghawa dingin (58.2%), telekung sembahyang (73.2%), cermin (63.7%), dan selipar (60.8%). Manakala bagi beberapa kemudahan Chapter8.indd 167

168 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia lain, majoriti responden menyatakan bahawa ia tidak disediakan di bilik solat wanita iaitu kipas angin (48.4%), tempat mengambil wudhuk dalam bilik solat (47.1%), Al-Quran dan Yassin (45.5%), kitab-kitab untuk tazkirah (66.3%) dan pewangi udara (76.1%). Hasil kajian juga mendapati bahawa hampir kesemua daripada responden memerlukan kesemua kemudahan-kemudahan yang sepatutnya di bilik solat iaitu sejadah (99.2%), karpet (98.9%), kipas angin (86.8%), alat penghawa dingin (95%), telekung sembahyang (97.1%), cermin (97.9%), selipar (97.4), tempat mengambil wudhuk di dalam bilik solat (96.6%), Al-Quran dan Yassin (98.4%), kitab-kitab untuk takzirah (97.9%), dan pewangi udara (97.6%). Bagi melihat persepsi responden terhadap kemudahan fizikal, skor min diberi skil 1 hingga 5. Skil 1 bermaksud sangat tidak setuju dan skil 5 bermaksud sangat setuju. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti daripada responden (55%) menyatakan kesetujuan mereka bahawa UTM menyediakan bilik solat yang mencukupi di fakulti atau bahagian tempat mereka bekerja. Namun, bagi soalan sama ada bilik solat tersebut cukup selesa dan menyenangkan, serta dilengkapi dengan kemudahan yang sesuai, majoriti daripada responden (56.8%) menyatakan ketidaksetujuan mereka. Kemudahan Tandas Sebanyak 6 item kemudahan di tandas ditanya kepada responden bagi mengetahui kewujudan, keperluan, dan persepsi responden terhadap kemudahan-kemudahan tersebut. Berdasarkan hasil kajian, didapati majoriti daripada responden menyatakan bahawa kebanyakan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya disediakan dalam tandas tidak disediakan iaitu tisu tandas (59.7%), sabun pencuci tangan (56.8%), alat pengering tangan (88.9%), vending machine tuala wanita (98.1%), pewangi tandas (62.9%), dan penyangkut (50.8%). Tetapi berdasarkan keperluan responden terhadap kemudahankemudahan yang sepatutnya disediakan di dalam tandas, hasil kajian mendapati bahawa hampir kesemua responden memerlukan kemudahan-kemudahan tersebut iaitu tisu tandas (98.2%), sabun Chapter8.indd 168

Persepsi Staf Wanita Terhadap Kemudahan dan Perkembangan Kerjaya Di Universiti Teknologi Malaysia 169 pencuci tangan (98.9%), alat pengering tangan (92.9%), vending machine tuala wanita (92.9%), pewangi tandas (98.4%), dan penyangkut (97.1%). Hasil kajian juga menunjukkan majoriti responden iaitu 67% menyatakan kesetujuan mereka bahawa pihak UTM menyediakan tandas yang mencukupi di fakulti/ bahagian mereka bekerja. Namun, majoriti responden menyatakan ketidaksetujuan mereka apabila ditanya sama ada tandas yang disediakan cukup selesa dan menyenangkan (53.7%), serta sama ada tandas yang disediakan dilengkapi dengan kemudahan yang sesuai (65%). Kemudahan bilik sakit Bagi kemudahan bilik sakit, pemerhatian menunjukkan bahawa tiada kemudahan bilik sakit khusus untuk staf wanita disediakan oleh pihak UTM, Skudai Johor. Sebanyak 10 item kemudahan di bilik sakit ditanya kepada responden bagi mengetahui keperluan responden terhadap kemudahan-kemudahan tersebut. Berdasarkan hasil kajian, didapati hampir kesemua daripada responden mengakui bahawa kebanyakan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya disediakan di bilik sakit diperlukan oleh mereka iaitu katil (99.2%), tilam (96.1%), bantal (96.1%), peti pertolongan cemas (96.1%), kerusi roda (88.4%), alat pengusung (87.1%), selimut (94.7%), kipas angin (89.2%), alat penghawa dingin (93.4%) dan karpet (92.4%). Kemudahan sukan di utm Sebanyak 9 item kemudahan sukan di UTM disoal kepada responden bagi mengetahui kewujudan, keperluan, dan persepsi responden terhadap kemudahan-kemudahan tersebut. Berdasarkan hasil kajian, didapati majoriti daripada responden menyatakan bahawa kebanyakan kemudahan-kemudahan sukan yang sepatutnya disediakan oleh pihak UTM tidak disediakan iaitu kolam renang (91.3%), sauna (89.5%), gimnasium (55.5%), gelanggang skuasy (47.1%) dan Chapter8.indd 169

170 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia bilik aerobik (48.2%). Majoriti daripada responden juga mengakui bahawa kemudahan sukan yang biasa seperti gelanggang badminton (56.3%), gelanggang tenis (53.4%), gelanggang bola jaring (50.6%) dan gelanggang bola tampar (50.6%) disediakan di UTM. Hasil kajian mendapati bahawa hampir kesemua responden mengakui mereka memerlukan kesemua item-item kemudahan sukan yang disoal iaitu kolam renang (77.9%), sauna (83.4%), gimnasium (92.9%), gelanggang badminton (94.7%), gelanggang tenis (88.7%), gelanggang skuasy (83.4%), gelanggang bola jaring (95.5%), gelanggang bola tampar dan bilik senaman aerobik (98.8%). Seterusnya, berdasarkan persepsi responden terhadap kemudahan sukan di UTM, hasil kajian mendapati bahawa majoriti daripada responden menyatakan ketidaksetujuan mereka bahawa pihak UTM menyediakan kemudahan sukan yang mencukupi di fakulti / bahagian mereka bekerja (68%), cukup selesa dan menyenangkan (68.1%), serta bersesuaian dengan staf wanita (66.7%). Kemudahan Spiritual Responden telah diminta untuk memberi ranking bagi kemudahan spiritual yang paling utama. Berdasarkan Jadual 2, hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden memilih kelas membaca al-quran sebagai kemudahan yang paling utama (57.6%), diikuti dengan ceramah agama berkaitan wanita (24%), kaunselor wanita (18.7%), kelas tafsir al-quran (16.6%), kursus keibubapaan (14.7%) dan perawat Darul Syifa (11.6%). Keutamaan Kemudahan Kekerapan/ Peratus 1 Kelas membaca al-quran 57.6% 2 Ceramah agama berkaitan wanita 24.0% 3 Kaunselor wanita 18.7% 4 Kelas tafsir al-quran 16.6% Chapter8.indd 170

Persepsi Staf Wanita Terhadap Kemudahan dan Perkembangan Kerjaya Di Universiti Teknologi Malaysia 171 5 Kursus keibubapaan 14.7% 6 Perawat Darul Syifa 11.6% jadual 2: Taburan Kekerapan Dan Peratusan Persepsi Responden Terhadap Keutamaan Kemudahan Spiritual Sebanyak 6 item kemudahan spiritual ditanya kepada responden bagi mengetahui kewujudan, keperluan, dan persepsi responden terhadap kemudahan-kemudahan tersebut. Berdasarkan hasil kajian, didapati majoriti daripada responden mengakui bahawa beberapa kemudahan spiritual disediakan di tempat kerja seperti kelas tafsir al-quran (53.2%), kelas membaca al-quran (70%), dan Perawat Darul Syifa (41.3%). Namun bagi beberapa kemudahan spiritual yang lain, majoriti responden menyatakan bahawa ia tidak disediakan di tempat kerja iaitu ceramah agama berkaitan wanita (44.5%), kaunselor wanita (55.3%) dan kursus keibubapaan (55.5%). Hasil kajian mendapati hampir kesemua responden mengakui mereka memerlukan kesemua item-item kemudahan spiritual yang disoal iaitu kelas tafsir al-quran (98.2%), kelas membaca al-quran (99.5%), ceramah agama berkaitan wanita (98.9.5%), kaunselor wanita (97.9%), Perawat Darul Syifa (97.9%) dan kursus keibubapaan (98.7%). Bagi melihat persepsi responden terhadap kemudahan spiritual, responden ditanya berdasarkan persepsi mereka terhadap kelas agama, kaunselor dan perawat Darul Syifa. Soalan-soalan tersebut menggunakan skor min yang diberi skil 1 hingga 5. Skil 1 bermaksud sangat tidak setuju dan skil 5 bermaksud sangat setuju. Bagi persepsi responden terhadap kelas agama, hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden menyatakan persetujuan mereka bahawa aktiviti-aktiviti seperti kelas tafsir al-quran (78.3%), kelas mengaji/tajwid (79.2%), kelas Fardhu Ain (84.4%) dan ceramahceramah umum untuk staf wanita (62.4%) adalah sesuai dikendalikan oleh ustazah. Chapter8.indd 171

172 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia Manakala bagi persepsi responden terhadap kaunselor, hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden menyatakan ketidaksetujuan mereka bahawa terdapat kaunselor wanita yang mencukupi untuk membantu staf wanita (68.2%) serta terdapat kaunselor wanita dalam bidang agama dan kekeluargaan untuk membantu staf wanita yang menghadapi masalah (65.5%). Seterusnya bagi persepsi responden terhadap perawat atau pegawai kesihatan, hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden menyatakan ketidaksetujuan mereka bahawa terdapat perawat Darul Syifa wanita yang mencukupi untuk merawat pesakit wanita (69.9%), doktor wanita yang mencukupi untuk staf wanita yang sesuai (59.7%) serta pegawai keselamatan wanita yang mencukupi (51.6%). Tetapi majoriti responden iaitu 65% menyatakan persetujuan mereka bahawa terdapat jururawat wanita yang mencukupi. Perkembangan Kerjaya Bagi melihat perkembangan kerjaya responden, soalan-soalan adalah menggunakan skor min yang diberi skil 1 hingga 5. Skil 1 bermaksud sangat tidak setuju dan skil 5 bermaksud sangat setuju. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden bersetuju bahawa staf wanita kurang diberi peluang kenaikan pangkat (51.5%), staf wanita berpeluang untuk mengikuti kursus dan latihan bagi meningkatkan profesionalisme mereka (84.2%), staf wanita berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (86.6%), hanya segelintir staf wanita yang mendapat kepercayaan bagi memegang jawatan pentadbiran di jabatan atau fakulti (58.7%) dan staf lelaki sering dianggap sebagai pesaing kepada staf wanita (61.8%). Cadangan Mengatasi Masalah Memperbaiki Kemudahan Fizikal Kemudahan fizikal di tempat kerja boleh diperbaiki dengan cara: Chapter8.indd 172

Persepsi Staf Wanita Terhadap Kemudahan dan Perkembangan Kerjaya Di Universiti Teknologi Malaysia 173 1. 2. 3. 4. 5. Menaikkan taraf kemudahan yang sedia ada. Menyediakan beberapa keperluan yang belum disediakan seperti bilik rehat dan bilik sakit khusus untuk wanita. Menyediakan kemudahan sukan khusus untuk wanita (kompleks sukan yang lengkap dengan kolam mandi khas untuk wanita). Menyelenggara kemudahan sedia ada dari semasa ke semasa supaya kemudahan tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Mengadakan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh dan lengkap khusus untuk wanita termasuk pemeriksaan payu dara dan rahim. memperbaiki Kemudahan spiritual Kemudahan spiritual boleh diperbaiki dengan cara: 1. 2. 3. 4. Memperbanyakkan aktiviti keagamaan khusus untuk membincangkan isu-isu kewanitaan yang dikendalikan oleh ustazah. Perlu menyediakan kaunselor wanita yang khusus untuk membantu staf wanita dalam mengatasi sebarang masalah. Perlu mengadakan bengkel berkenaan isu kewanitaan dalam pelbagai aspek. Memerlukan lebih ramai doktor wanita. memperbaiki Perkembangan Kerjaya Perkembangan kerjaya boleh diperbaiki dengan cara: 1. 2. Pihak UTM perlu mengurangkan kerenah birokrasi dalam proses kenaikan pangkat. Staf wanita perlu diberi peluang yang sama rata dengan staf lelaki dari segi kenaikan pangkat dan memegang jawatan pentadbiran. Chapter8.indd 173 3/10/09 7:43:43 PM

174 Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia 3. 4. Pihak UTM perlu memberi penerangan yang jelas tentang peluang dan kenaikan pangkat bagi laluan kerjaya staf. Pihak UTM perlu mengapuskan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi memudahkan perkembangan kerjaya di kalangan staf. KESIMPULAN Secara keseluruhan, didapati bahawa dari segi kemudahan fizikal, UTM tidak menyediakan bilik rehat dan bilik sakit (sick bay) yang khusus untuk staf wanita. Kemudahan dalam bilik solat dan tandas serta kemudahan sukan yang disediakan masih belum mencukupi dan tidak dilengkapi dengan keperluan yang sepatutnya. Dapatan ini bercanggah dengan ciri-ciri yang telah digariskan dalam ciri-ciri WCU yang menekankan aspek persekitaran kerja yang kondusif dan kelengkapan yang cukup di tempat kerja. Kajian ini juga mendapati bahawa keperluan terhadap bilik solat, tandas dan bilik rehat khusus untuk wanita menjadi keutamaan yang penting dalam kehidupan kerjaya (working life) staf wanita. Bagi aspek kemudahan spiritual untuk staf wanita pula, didapati hampir keseluruhan staf wanita bersetuju bahawa semua aktiviti keagamaan, perawat Darul Syifa perlu dikendalikan oleh ustazah dan jumlahnya mestilah yang seimbang dan mencukupi dengan nisbah bilangan wanita UTM. Di samping itu, keperluan terhadap kaunselor wanita juga amat kritikal kerana selama ini tiada seorangpun kaunselor wanita yang ditugaskan untuk mengendalikan masalah staf wanita yang memerlukan khidmat seorang kaunselor. Kemudahan-kemudahan tersebut amat perlu disediakan jika UTM mementingkan staf wanita yang berketerampilan, sihat, cergas dan jelita. Bagi perkembangan kerjaya pula, staf wanita didapati kurang diberi peluang untuk kenaikan pangkat dan kurang diberi kepercayaan bagi memegang jawatan tinggi pentadbiran di jabatan atau fakulti. Chapter8.indd 174 3/10/09 7:43:43 PM