HUSM/LCD/QP-19 MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Disediakan Oleh : Diluluskan Oleh : Tarikh kuatkuasa : 1.11.2009
MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Mukasurat 1 drp 13 Tajuk : ISI KANDUNGAN Versi 1 MUKA SURAT PERKARA 1 Isi kandungan 2 Rekod Pindaan 3 Rekod Semakan 4 Pengenalan Am 5-6 Definisi / Singkatan 7 Pengasingan Sisa 8 Pengendalian sisa 9 Pelupusan sisa 10 Carta Alir ( Pengurusan Sisa kimia ) 11 Carta Alir ( Pengurusan Sisa Radioaktif ) 12 Carta Alir ( Pengurusan Sisa Klinikal dan Benda Tajam ) 13 Carta Alir ( Pengurusan Sisa Awam )
MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Mukasurat 2 drp 13 Tajuk : REKOD PINDAAN Versi 1 REKOD PINDAAN NO. VERSI TARIKH VERSI KETERANGAN PINDAAN 1 1.11.2009 Pertukaran Versi MS ISO 15189:2004 kepada Versi MS ISO 15189:2007 DILULUSKAN OLEH 1 1.11.2009 Menukarkan dokumen Versi 1 MS ISO 15189:2007 kepada dokumen elektronik di alamat: http://www.quality.kck.usm.my/husm/ms ISO 15189:2007 NO VERSI TARIKH PINDAAN KETERANGAN PINDAAN 1 1.8.2010 Dokumen disemak pada 14.7.2010 DILULUSKAN OLEH Pindaan 1: ms 2 drpd 12 Tarikh versi ditukar kepada tarikh pindaan. Tambahan jadual rekod semakan.
MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Mukasurat 3 drp 13 Tajuk : REKOD SEMAKAN Versi 1 REKOD SEMAKAN TARIKH SEMAKAN NAMA PENYEMAK TANDATANGAN PENGESAHAN 14 Jul 2010 Dr. Ruzilawati Abu Bakar Pn. Norzihana Ramli
MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Tajuk: PENGENALAN AM Mukasurat 4 drp 13 Versi 1 1.0 PENGENALAN AM 1.1 TUJUAN Untuk memastikan polisi pengurusan sisa hospital dapat difahami dan dipraktikkan dengan betul. 1.2 SKOP Prosedur pengurusan sisa hospital ini meliputi semua aspek pengurusan kualiti di Jabatan dan Makmal Diagnostik HUSM. 1.3 RUJUKAN Polisi Kawalan Jangkitan HUSM Tahun 2003 Laboratory Quality Manual: HUSM/LCD/QM Pengurusan sisa kimia UKKP USM ( laman web http://www.usm.my/ukkpu ) Pengurusan sisa radioaktif UKKP USM ( laman web http://www.usm.my/ukkpu )
MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Mukasurat 5 drp 13 Tajuk: DEFINASI/SINGKATAN Versi 1 2.0 DEFINASI/SINGKATAN 2.1 UKKP Unit Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan 2.2 HUSM Hospital Universiti Sains Malaysia 2.3 MPKB Majlis Perbandaran Kota Bharu 2.4 MINT Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia 2.4 Sisa hospital Semua sisa yang terhasil di hospital termasuk sisa awam dan sisa klinikal dari tempat-tempat penjagaan pesakit dan penyelidikan, farmasi dan makmal. 2.5 Sisa awam Terdiri daripada bahan pembungkus, sisa pembungkus, sisa dapur dan kantin dan lain-lain sisa yang tidak mempunyai/memberi masalah atau bahaya kepada kesihatan manusia atau alam sekitar. 2.6 Sisa klinikal Apa-apa sisa yang terdiri daripada keseluruhan atau sebahagian dari tisu manusia atau binatang, darah atau cecair badan manusia, bahan perkumuhan, ubat-ubatan dan lain-lain barangan farmasi, kapas dan kain pembebatan luka (dressing), picagari (syringe) jarum atau lain-lain peralatan tajam yang telah menjadi sisa (melainkan didapati selamat) yang nyata boleh memberikan kesan bahaya kepada mana-mana orang yang tersentuh kepadanya. Apa-apa sisa yang terhasil dari bidang perubatan, pergigian, kejururawatan, kehaiwanan, farmaseutikal atau yang bersamaan dengannya, penyiasatan, rawatan jagaan dan kaji selidik, yang boleh menyebabkan jangkitan kepada mana-mana orang yang tersentuh kepadanya. Rujuk Polisi Kawalan Jangkitan HUSM untuk jenis-jenis dan contoh sisa
MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Mukasurat 6 drp 13 Tajuk: DEFINASI/SINGKATAN Versi 1 2.7 Sisa Kimia Adalah bahan-bahan kimia atau sisa-sisa kimia yang tidak diperlukan lagi oleh Jabatan/Pusat Pengajian/Pusat masing-masing. 2.8 Sisa radioaktif Didefinasikan sebagai apa-apa bahan yang telah tercampur, tersentuh atau tercemar dengan bahan radioaktif dan ingin dilupuskan 2.9 MAKMAL PERUBATAN Ujian Makmal Perubatan yang dijalankan bagi bahan atau sampel dari manusia untuk ujian mikrobiologi, hematologi, biokimia, sitologi, histopatologi dan analisa analisa lain.
MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Tajuk: PENGASINGAN SISA Mukasurat Versi 7 drp 13 1 3.0 PENGASINGAN SISA Sisa-sisa hospital hendaklah diasingkan punca penghasilannya dan dimasukkan ke dalam beg-beg mengikut warna sebelum pengutipan dan proses pelupusan. Semua tempat kemudahan kesihatan hendaklah menerimapakai kod piawaian warna beg dan semua kategori staf mestilah tahu kod berwarna ini dan pengasingan sisa-sisa mengikut klasifikasinya. 3.1 Sisa klinikal Sisa ini hendaklah diasingkan dan dibuang ke dalam beg plastik berwarna kuning. 3.2 Sisa awam Sisa ini hendaklah diasingkan dan dibuang ke dalam beg plastik berwarna hitam sebelum dikutip untuk dilupus 3.3 Benda tajam Semua sisa dan alatan tajam dikumpul dalam bekas tahan tembus dan kemudiannya dimasukkan ke dalam beg plastik kuning sebelum dikutip. Rujuk Polisi Kawalan Jangkitan HUSM bagi kategori dan contoh sisa. ( PASTIKAN SEMUA SISA KLINIKAL DIMASUKKAN KE DALAM TONG SISA KLINIKAL YANG DISEDIAKAN ) 3.4 Sisa kimia Sila rujuk laman web http://www.usm.my/ukkpu untuk pengkelasan dan pengasingan sisa 3.5 Sisa radioaktif Sila rujuk kepada http://www.usm.my/ukkpu bagi mengasingkan sisa mengikut kategori yang telah ditetapkan.
MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Tajuk: PENGENDALIAN SISA Mukasurat Versi 8 drp 13 1 4.0 PENGENDALIAN SISA Semua sisa hendaklah dikendalikan dengan betul mengikut peraturan yang talah ditetapkan bagi mengelakkan kesan negatif dan bahaya kepada individu, masyarakat dan alam sekitar. 4.1 Sisa yang dibuang dalam beg plastik kuning dan bekas tahan tembus dikutip oleh kakitangan Radicare untuk pelupusan. 4.2 Sisa yang dikumpul dalam beg plastik berwarna hitam akan dikutip dan dikumpul oleh kakitangan syarikat pencucian untuk dibawa ke tempat pemgumpulan sampah. SILA RUJUK POLISI KAWALAN JANGKITAN HUSM 2003 UNTUK PENGENDALIAN YANG LEBIH TERPERINCI. 4.3 Sisa kimia Sila rujuk laman web http://www.usm.my/ukkpu untuk mengendalikan sisa jenis ini dengan selamat 4.5 Sisa radioaktif Sila rujuk kepada http://www.usm.my/ukkpu bagi pengumpulan sisa radioakif sebelum dilupuskan oleh MINT.
MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Tajuk: PELUPUSAN SISA Mukasurat Versi 9 drp 13 1 5.0 PELUPUSAN SISA Pastikan segala sisa-sisa yang hendak dilupus telah diasingkan mengikut kategori dan jenis-jenis sisa. Setiap kaedah mestilah mengikut peraturan dan akta yang telah ditetapkan oleh pihak HUSM atau pihak yang berkaitan. 5.1 Sisa klinikal dan bekas tahan tembus Sisa yang terkumpul akan dipungut oleh pihak Radicare dari wad, klinik dan makmal secara berjadual. Sisa ini akan diincinerasi atau dilupuskan oleh Syarikat Pelupusan Radicare HUSM. 5.2 Sisa awam Sampah yang telah dikumpul di tempat pembuangan sampah akan dikutip oleh MPKB untuk dilupus di tempat Pelupusan Sampah. 5.3 Sisa Kimia Rujuk Kaedah Pelupusan yang telah ditetapkan di laman web pelupusan sisa kimia UKKP USM. 5.4 Sisa Radioaktif Sisa yang telah dikumpul di Stor Pelupusan Bahan Radioaktif Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi & Onkologi HUSM akan dimaklumkan untuk dikutip dan dilupuskan oleh MINT. Prosedur pengumpulan dan pelupusan yang lengkap hendaklah dirujuk kepada UKKP USM.
MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Tajuk: CARTA ALIR (PENGURUSAN Mukasurat 10 drp 13 SISA KIMIA) Versi 1 Mula Sisa kimia Asing dan kendali mengikut kategori, jenis dan peraturan yang ditetapkan Kumpul di Makmal / Jabatan / PTJ Lupus mengikut prosedur di makmal Pohon kelulusan dari Unit UKKP USM Kumpul untuk dilupus oleh Syarikat Pelupusan Tamat
MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Tajuk: CARTA ALIR (PENGURUSAN Mukasurat 11 drp 13 SISA RADIOAKTIF) Versi 1 Mula Sisa radioaktif Asing dan kendali mengikut kategori, jenis dan peraturan yang ditetapkan Kumpul di stor Lupus Bahan Radioaktif HUSM Stor maklumkan MINT Pengutipan dan pelupusan sisa Mula
MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Tajuk: CARTA ALIR (PENGURUSAN SISA KLINIKAL DAN BENDA TAJAM) Mukasurat 12 drp 13 Versi 1 Mula Sisa klinikal dan benda tajam Asing dan kendali mengikut kategori, jenis dan peraturan yang ditetapkan Sisa akan dikumpul di dalam tong sisa klinikal Sisa yang terkumpul dikutip oleh Syarikat Radicare untuk dilupus Tamat
MAKMAL PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Tajuk: CARTA ALIR (PENGURUSAN Mukasurat 13 drp 13 SISA AWAM) Versi 1 Mula Sisa awam Asing dan kendali mengikut kategori, jenis dan peraturan yang ditetapkan Sisa dikutip dan dikumpul di tempat pembuangan sampah oleh kakitangan syarikat pencucian Sisa yang terkumpul dikutip oleh MPKB untuk dihantar ke Syarikat Pelupusan Tamat