GARISPANDUAN PENGURUSAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) di Universiti Teknologi MARA

dokumen-dokumen yang mirip
REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

PENGENDALIAN MESYUARAT KIK

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HYBRID DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

JABATAN BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 TAHUN 2015

TERMA RUJUKAN PENTADBIR AKADEMIK FAKULTI

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BORANG PERMOHONAN LAWATAN / PROGRAM / SEMINAR / AKTIVITI AKADEMIK PELAJAR

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

GARIS PANDUAN PENCALONAN

GARIS PANDUAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2008

BAB 6 PENGURUSAN ASET

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATANKUASA FKEE.

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Struktur Pengurusan Bank Item dan Peraturan Pemarkahan 4

GARIS PANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2017

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN : 6/2008 PEJABAT BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT BENDAHARI

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL : 4/2008

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

ANUGERAH INOVASI & PENGKOMERSILAN PRODUK UiTM 2016 BORANG PERMOHONAN / PENCALONAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) DI UMS

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

ANUGERAH KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

MK.UiTM.FKM MANUAL KUALITI

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Kejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

UNSUR PENILAIAN TERAS UTAMA UNTUK KENAIKAN PANGKAT - KATEGORI I Lampiran 1A-1

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN INOVASI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 2016

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

GARIS PANDUAN. 3.1 Inovasi hendaklah hasil idea yang dicetuskan oleh Fakulti/Institut/Pusat Kecemerlangan/Unit/Jabatan/Staf Universiti Putra Malaysia;

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

PEKELILING BENDAHARI

Pada tahun 2005 nama Anugerah ini telah ditukarkan kepada Anugerah Pendidik Sanjungan (APS). Tahun ini merupakan tahun kelapan pelaksanaan APS USM.

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pencalonan Universiti Sains Malaysia

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KIK UNIVERSITI AWAM KALI KE 13, BIL.2 / MAC 2017 BILIK SENAT KAMPUS PAUH PUTRA

Transkripsi:

GARISPANDUAN PENGURUSAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) di Universiti Teknologi MARA

Dokumen Asal Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Kualiti, Pejabat Pendaftar merangkap Urusetia KIK UiTM Susunan Semula oleh: Ketua Inovatif dan Kreatif InQKA Keluaran 01 ; Pindaan 06 ; Tarikh 10/7/2014

Kandungan 1. Pengenalan 1 2. Jawatankuasa Pemandu 1 2.1 Jawatankuasa Pemandu KIK UiTM 1 2.2 Struktur KIK 2 2.2.1 Fasilitator 2 2.2.1.1 Peranan Fasilitator 2 2.2.2 Ketua KIK 3 2.2.1.2 Peranan Ketua KIK 3 2.2.3 Ahli KIK 3 2.2.1.2 Peranan Ahli KIK 3 3. Pengurusan Penubuhan Kumpulan 4 3.1 Syarat-syarat penubuhan kumpulan 4 4. Pengurusan Projek KIK 4 4.1 Pendaftaran Projek 4 4.2 Hasil Projek KIK 5 5 Pengurusan Konvensyen KIK UiTM 5 5.1 Syarat-sayarat Penganjuran konvensyen 6 5.2 Pengiktirafan dan Penghargaan 7 5.3 Penyertaan Konvensyen KIK Peringkat UiTM 9 6. Penyertaan Konvensyen Anjuran Organisasi Luar 9 7. Penyelesaian Pertikaian 10 8. Kawalan Dokumen 10 i

1. Pengenalan Buku garispanduan pengurusan KIK di UiTM ini bertujuan untuk menyelaras semua proses berkaitan KIK di UiTM. Ia boleh digunakan sebagai panduan kepada seluruh warga UiTM dalam segala proses yang melibatkan KIK seperti penubuhan kumpulan, penghasilan projek, penganjuran konvensyen dan sebagainya. 2. Jawatankuasa Pemandu 2.1 Jawatankuasa Pemandu KIK UiTM Jawatankuasa Pemandu KIK UiTM adalah berperanan untuk: i. Merangka dasar pelaksanaan KIK. ii. Menentu halatuju, menyelaras dan mengurus aktiviti-aktiviti KIK di UiTM. iii. Menyediakan peruntukan kewangan untuk aktiviti latihan dan penyertaan dalam konvensyen iv. Bertanggungjawab untuk menganjurkan Konvensyen KIK UiTM secara tahunan sebagai salah satu acara Bulan Kualiti UiTM. v. Menilai dan memantau keberkesanan Program KIK vi. Menyelaras penyeragaman hasil projek KIK vii. Mengenal pasti hasil projek KIK yang berpotensi untuk tujuan pendaftaran hak cipta dan pengkomersilan UiTM boleh menggunakan Jawatankuasa berkaitan kualiti sedia ada untuk melaksanakan tugas Jawatankuasa Pemandu KIK. Seorang Penyelaras dilantik sebagai ahli dalam Jawatankuasa ini yang berperanan sebagai perantara di antara pihak pengurusan dan KIK serta Urus Setia KIK UiTM. Ahli-ahli Jawatankuasa adalah terdiri daripada keanggotaan berikut: Penaung : Naib Canselor Penasihat : Timbalan Naib Canselor Akademik Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Pengerusi : Penolong Naib Canselor InQKa Timbalan Pengerusi : Ketua Inovatif dan Kreatif InQKA Bendahari : Ketua Unit Kewangan Zon 24 Setiausaha : Penolong Pendaftar Kanan InQKA Ahli : Penyelaras KIK Pejabat Pendaftar : Penyelaras KIK Pejabat Bendahari : Penyelaras KIK Perpustakaan : Penyelaras KIK Hal Ehwal Akademik : Penyelaras KIK Bahagian Hal Ehwal Pelajar 1

: Penyelaras KIK ICAN : Penyelaras KIK Pejabat Pengurusan Fasiliti : Penyelaras KIK Bahagian Pembangunan : Penyelaras KIK Pejabat Teknologi Maklumat : Penyelaras KIK ilqam : Penyelaras KIK Fakulti : Penyelaras KIK Kampus Negeri Sekretariat : InQKA 2.2 Struktur KIK mengandungi komponen- Struktur KIK Pusat Tanggungjawab, PTJ komponen di Rajah 1 berikut: Nota: Rajah 1: Struktur KIK PTJ 2.2.1 Fasilitator Fasilitator adalah terdiri daripada staf UiTM yang dipilih oleh Ketua Kumpulan KIK 2.2.1.1. Peranan Fasilitator i. Berhubung dengan semua peringkat pengurusan serta mendapat sokongan dan bantuan mereka 2

ii. Memberi latihan kepada Ketua KIK dan membantu melatih ahli KIK apabila diperlukan iii. Mengekalkan suasana yang terbuka dan menyokong iv. Memastikan KIK menumpukan aktiviti-aktiviti mereka terhadap projek v. Perantara dalam mengekalkan keharmonian KIK vi. Pakar rujuk kepada KIK vii. Mengesan dan memastikan kemajuan KIK 2.2.2 Ketua KIK Ketua KIK adalah terdiri daripada anggota yang dipilih oleh ahli untuk mengetuai KIK. 2.2.2.1 Peranan Ketua KIK i. Melatih ahli-ahli mengenai teknik penyelesaian masalah/penambahbaikan/ penciptaan baru dengan bantuan fasilitator di mana perlu ii. Bertanggungjawab terhadap kelancaran KIK dan memupuk semangat kerjasama dan harmoni iii. Membantu KIK menyimpan rekod dan membuat persediaan bagi persembahan pengurusan iv. Mengelola dan mempengerusi mesyuarat secara tetap dan tepat pada waktunya dengan teratur dan berkesan v. Menunjukkan minat dan sokongan kepada KIK vi. Menggalakkan staf lain menjadi ahli KIK vii. Membantu menyelesaikan masalah-masalah ahli KIK viii. Menguatkuasakan disiplin bekerja secara berkumpulan 2.2.3 Ahli KIK. Staf UiTM yang menubuhkan KIK secara sukarela atau dilantik oleh Ketua Jabatan atau dikenal pasti oleh Ketua Kumpulani KIK. 2.2.3.1 Peranan Ahli KIK i. Menghadiri mesyuarat secara tetap dan tepat pada waktunya ii. Menumpukan usaha menyempurnakan projek KIK iii. Mengenal pasti projek, menyumbangkan idea, menjalankan kajian melaksanakan cadangan-cadangan penyelesaian dan penambahbaikan serta memantau keberkesanan pelaksanaan projek iv. Mengambil bahagian semasa persembahan pengurusan berdasarkan pembahagian tugas yang telah ditetapkan 3

3. Pengurusan Penubuhan Kumpulan 3.1 Syarat-syarat penubuhan kumpulan i. Setiap kumpulan baru yang ditubuhkan MESTI mendapat kelulusan KETUA PTJ di mana kumpulan tersebut ditubuhkan (Borang: UiTM-InQKA(KIK) B.01-Lampiran 1). ii. Nama kumpulan yang dipilih mestilah unik dan tidak sama dengan nama KIK sediada. Nama kumpulan KIK sediada boleh digunakan sekiranya kumpulan tersebut tidak aktif selama 5 tahun. iii. Bilangan ahli dalam setiap kumpulan adalah sekurang-kurang 5 dan maksima 10 (termasuk ketua kumpulan). Sekiranya bilangan ahli kurang daripada 5, ketua kumpulan berhak untuk mencari ahli baru ATAU membubarkan kumpulan dengan persetujuan semua ahli. iv. Ahli-ahli kumpulan yang dipilih adalah terdiri daripada staf UiTM yang masih dalam perkhidmatan dan bukan terdiri daripada ahli atau ketua atau fasilitator KIK UiTM sediada. Sekiranya ahli yang dipilih adalah daripada KIK sediada, maka ahli yang dipilih harus menarik diri daripada KIK terdahulu dengan mengisi Borang Pertukaran Ahli KIK (Borang: UiTM-InQKA(KIK) B.06-Lampiran 2) dan mendapat PENGESAHAN daripada ketua kumpulan terdahulu v. Hanya satu ketua bagi setiap KIK. Sekiranya ketua kumpulan tidak berminat atau tidak mampu untuk menerajui KIK, beliau boleh melantik ketua yang baru dengan persetujuan setiap ahli. vi. Fasilitator yang dilantik boleh menjadi fasilitator bagi beberapa KIK sekiranya ketua KIK bersetuju dan yakin bahawa fasilitor yang dilantik mampu membimbing dan menyimpan kerahsiaan kumpulan. 4. Pengurusan Projek KIK 4.1 Pendaftaran Projek i. Hanya ketua kumpulan yang berhak untuk mendaftarkan projek KIK (Borang: UiTM-InQKA(KIK) B.02-Lampiran 3) ii. Semua projek KIK mestilah mendapat kelulusan Ketua PTJ iii. Projek yang dihasilkan adalah hak milik KUMPULAN dan UiTM. Semua ahli mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama ke atas projek yang dihasilkan. iv. Setiap projek yang dihasilkan tidak melanggar akta dan undangundang UiTM dan negara. v. Setiap kumpulan hanya boleh mempertandingkan SATU projek sahaja dalam mana-mana konvensyen peringkat Zon atau UiTM. Walau bagimanapun, setiap kumpulan boleh mendaftarkan lebih daripada satu projek. 4.2 Hasil Projek KIK 4

i. Hasil projek ini hendaklah diaplikasikan dalam pengurusan jabatan sebagai Amalan Pengurusan Terbaik. ii. Pencipta adalah digalakkan untuk meluaskan pelaksanaan hasil projek ke seluruh sistem UiTM. Jika didapati sesuai, Urusetia KIK UiTM akan mencadangkan pelaksanaan ini dan membantu pencipta untuk berbuat demikian setelah berpuashati bahawa pelaksanaan hasil projek di tempat kerja asal didapati telah meningkatkan kecekapan dan keberkesanaan dalam penyampaian perkhidmatan PTJ berkenaan. iii. Apabila didapati bahawa hasil projek KIK itu mempunyai nilai komersil, Urusetia KIK UiTM akan membantu pencipta untuk menyerahkan hasilan projek ke pihak Research Institute Business Unit (RIBU) untuk dinilai samada ianya boleh dikomersialkan dan/atau dipatenkan. iv. Pencipta adalah digalakkan untuk menerbitkan hasil projek dalam mana-mana penerbitan berindeks untuk menaikkan ranking UiTM. Urusetia KIK UiTM boleh membantu pencipta untuk menerbitkan hasil projek sekiranya tiada ahli akademik dalam kumpulan. v. Dalam apajua keadaan, pencipta adalah tidak berhak untuk memasarkan hasil projek kepada pihak selain daripada UiTM sebelum pendaftaran harta intelek UiTM dibuat oleh pihak RIBU UiTM. 5. Pengurusan Konvensyen KIK UiTM Konvensyen KIK UiTM dianjurkan dengan objektif berikut: i. Untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada KIK membuat persembahan ii. Untuk membuktikan dan memberi keyakinan kepada warga UiTM bahawa KIK boleh dilaksanakan di UiTM; dan iii. Untuk meyakinkan bahawa KIK adalah salah satu mekanisma pengurusan penting bagi menyemarak value creation untuk menjana kegemilangan UiTM. iv. Konvensyen ini juga merupakan salah satu forum memilih KIK yang layak untuk dicalonkan mewakili UiTM ke konvensyen KIK anjuran organisasi luar di peringkat kebangsaan atau antarabangsa Acara tahunan ini dianjurkan dalam dua peringkat, iaitu; Konvensyen KIK UiTM peringkat Zon (Jadual 1) dan Kebangsaan. Konvensyen ini akan dianjurkan oleh PTJ yang dipilih melalui undian dalam Mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU. 5.1 Syarat-sayarat Penganjuran konvensyen i. Hos Penganjuran Konvensyen KIK Peringkat Zon (Rujuk Jadual di bawah) dan UiTM akan ditentukan dalam mesyuarat Jawatankuasa 5

Pemandu yang diadakan ketika Konvensyen KIK Peringkat UiTM berlangsung. ii. Peruntukan penganjuran akan dikeluarkan oleh pihak InQKA setelah menerima kertas kerja penganjuran. Pihak InQKA tidak bertanggungjawab ke atas lebihan kos penganjuran dan ianya adalah di bawah tanggungan PTJ penganjur. iii. Pemakluman Pembukaan Pendaftaran Peringkat Zon oleh Penganjur adalah selewat-lewatnya 1 bulan daripada tarikh penganjuran. Walau bagaimanapun Pihak InQKA akan mewarwarkan tarikh-tarikh penganjuran peringkat Zon dan UiTM melalui hebahan pemakluman melalui email dan wbsite InQKA. iv. Pendaftaran Penyertaan dibuka sekurang-kurangnya selama 1 Minggu daripada tarikh hebahan pendaftaran bergantung kepada kesesuaian penganjur (Borang: UiTM-InQKA(KIK) B.03-Lampiran 4). v. Surat Pengesahan dan Jemputan dikeluarkan oleh pihak penganjur selepas pendaftaran penyertaan KIK ditutup. vi. Pengesahan Penyertaan olek Kumpulan IK adalah 2 Minggu sebelum tarikh konvensyen berserta penyerahan dokumen. Dokumen. vii. Dokumen yang LEWAT diterima ATAU tidak memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan TIDAK LAYAK untuk dipertimabangkan sebagai dokumentasi terbaik. viii. Sekiranya tiada dokumen yang diterima 1 MINGGU selepas tarikh penutupan penghantaran dokumen penyertaan KIK tersebut adalah adalah terbatal. ix. Semua konvensyen KIK peringkat zon akan menggunapakai Borang Penjurian Peringkat Zon (UiTM-InQKA (KIK) B.04-Lampiran 5) manakala konvensyen KIK peringkat UiTM akan mengguna pakai Borang Penjurian Peringkat UiTM (UiTM-InQKA (KIK) B.05 - Lampiran 6) x. Semua konvensyen KIK peringkat Zon akan menganugerahkan 13 Anugerah khas (Rujuk Pengiktirafan dan Penganugerahan). xi. 4 Juri tetap bagi setiap kategori (Inovasi, ICT, Proses dan P&P) akan dilantik oleh Pihak InQKA dan akan menghakimi semua penyertaan di peringkat Zon. Nama-nama juri akan dimaklumkan kepada pihak penganjur setelah mendapat pengesahan jurijuri. Walau bagaimanapun, bayaran honorium Juri adalah dibawah peruntukan penganjuran zon masing-masing. xii. Baki peruntukan sebanyak 10% akan dibayar setelah Penganjur menghantar laporan selewat-lewatnya SATU MINGGU selepas selesai penganjuran. Templat laporan (U itm-inqka (KIK) L.01 boleh dicapai di laman web InQKA. xiii. Peruntukan Penganjuran tidak dapat dikeluarkan sekiranya pihak InQKA tidak menerima cadangan kertas kerja penganjuran. 5.2 Pengiktirafan dan Penghargaan 6

Selain daripada perkongsian hasil projek KIK bagi tujuan penyeragaman, projek yang dipersembahkan dalam konvensyen akan dinilai berpandukan Kriteria Penilaian Persembahan Projek KIK (UiTM-InQKA (KIK) B.04 ) bagi Peringkat Zon dan ( UiTM- InQKA (KIK) B.05) Peringkat UiTM dengan tujuan berikut: i. Menilai pelaksanaan PDCA projek secara berkumpulan ii. Mengetahui penguasaan penggunaan alat dan teknik kawalan kualiti iii. mengetahui inovasi yang dihasilkan iv. mengiktiraf ciptaan nilai yang dihasilkan dari pelaksanaan KIK Setiap persembahan Projek KIK akan diberi pengiktirafan seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2: Jadual 2: Skala Markah Bagi Pengiktirafan Projek KIK Kategori Jumlah Markah Anugerah Zon Kebangsaan Emas > 550 >700 Perak 450-549 600-699 Gangsa 450 < 599 < Jadual 3 adalah senarai anugerah, kriteria penganugerahan dan bentuk penghargaan yang diberikan di setiap konvensyen KIK Peringkat Zon dan UiTM. Jadual 3: Kriteria Penganugerahan KIK UiTM Kategori Bentuk Kriteria 1. Johan Piala, wang tunai 2. Naib Johan Piala, wang tunai Teknikal dan P&P 3. Ketiga Piala, wang tunai 4. Anugerah Inovasi ICT Piala, wang tunai 5. Anugerah Inovasi Proses Piala, wang tunai Penilaian berdasarkan priority ranking 4 kategori (4-7): ICT, Proses, priority ranking adalah berdasarkan markah minima 550 (peringkat zon) dan 700 (peringkat UiTM). Sekira berlakunya persamaan markah, maka impak dan keaslian projek akan diambil kira dan akan ditentukan oleh panel hakim. Pembangunan / penambahbaikan sistem /perisian Pembangunan / penambahbaikan sistem /perisian ini boleh di outsource Pembangunan / penambahbaikan proses baru. 7

6. Anugerah Inovasi Teknikal 7. Anugerah Inovasi Kaedah Pengajaran & Pembelajaran 8. Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik 9. Anugerah Penjanaan Kos SebenarTerbaik 10. Anugerah Kumpulan IK Berpotensi 11. Anugerah Fasilitator Terbaik 12. Anugerah Dokumentasi Terbaik 13. Anugerah Persembahan Terbaik Piala, wang tunai Piala, wang tunai Piala, wang tunai Piala, wang tunai Piala, wang tunai Penyelesaian permasalahan menggunakan kaedah mekanikal /elektrikal /elektronik /mekatronik /kejureteraan awam /kejuruteraan kimia Mempunyai PROTOTYPE Mempuyai elemen-elemen berikut: ergonomic, keselamatan, ketahanan, Melibatkan pelajar /pensyarah Pembagunan kaedah pengajaran / pembelajaran / penilaian Berdasarkan bukti yang dilampirkan dan disahkan Berdasarkan bukti yang dilampirkan dan disahkan Baru ditubuhkan; < 2 tahun Bilangan projek yang telah dipertandingkan oleh kumpulan adalah < 3 termasuk projek yang dipertandingan pada konvensyen semasa Tidak memenangi mana-mana kategori pada konvensyen semasa Piala Berdasarkan penilaian yang diisi oleh ketua kumpulan setelah berbincang dengan ahli kumpulan (UiTM-InQKA (KIK) B.06) Sesi soal jawab setelah persembahan kumpulan selesai Piala Isi kandungan Susunan laporan Jelas dan mudah difahami Grafik yang bersesuaian Piala Berdasarkan Borang Penjurian peringkat zon ( UiTM-InQKA (KIK) B.04) Item 22&23 dan Borang Penjurian peringkat UiTM ( UiTM- InQKA (KIK) B.05) Item 16 &17 Kriteria penilaian pembentangan projek KIK UiTM adalah menggunakan Judging Criteria For Innovative And Creative Circles (ICC) MPC 5.3 Penyertaan Konvensyen KIK Peringkat UiTM 8

i. Penyertaan ahli-ahli kumpulan ke konvensyen anjuran UiTM atau organisasi luar adalah di bawah bidang kuasa KETUA kumpulan ii. Semua projek yang dihasilkan oleh setiap kumpulan yang menyertai konvensyen KIK UiTM MESTIlah ASLI dan tidak pernah dipertandingkan. iii. Penyertaan kumpulan di Konvensyen KIK Peringkat Zon adalah berdasarkan kedudukan geografi PTJ kumpulan berkenaan (Jadual 1). Jadual 1: Pengagihan PTJ mengikut Zon Zon Utara Selatan Timur Tengah Sabah Sarawak UiTM Perlis,Kedah, Pulau Pinang, Perak Negeri Sembilan, Melaka, Johor Pahang, Trengganu, Kelantan Lembah Kelang Sabah Sarawak iv. Walau bagaimanapun penyertaan kumpulan ke Konvensyen KIK Peringkat UiTM adalah melalui proses pemilihan daripada penyertaan KIK di Konvensyen peringkat Zon pada tahun berkenaan. Keutamaan akan diberikan kepada kumpulan yang memenagi ANUGERAH EMAS (Jadual 2). Formula Pengiraan berasaskan kepada: Penyertaan Konvensyen KIK (Zon) Jumlah Keseluruhan Penyertaan KIK (Zon) X Bilangan kumpulan yang ditawarkan (UiTM) 6. Penyertaan Konvensyen Anjuran Organisasi Luar i. Keutamaan akan diberikan kepada kumpulan KIK yang telah memenangi tempat (Johan/Naib Johan/Ketiga/ Kategori terbaik) di Konvensyen KIK UiTM pada tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun pihak InQKA tidak menghalang penyertaan kumpulan KIK menggunakan peruntukan pengurusan PTJ masing-masing. ii. Pihak InQKA hanya menyokong SEKALI penyertaan bagi projek yang sama untuk mewakili UiTM di Konvensyen KIK Peringkat IPTA, MPC Zon, MPC Kebangsaan (sekiranya dipilih) dan MPC antarabangsa (sekiranya dipilih). Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada peruntukan sedia ada dan kelulusan Y.Bhg. Naib Canselor. iii. Permohonan penyertaan ke peringkat antarabangsa bagi kumpulan yang tidak memenuhi kriteria 1 & 2 di atas masih boleh dipertimbangkan 9

atas budi bicara PNC InQKA dan seterusnya kelulusan oleh Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf (JKLPS). iv. Laporan lengkap penyertaan MESTI dihantar kepada pihak InQKA 2 MINGGU selepas program selesai mengikut templat laporan yang disediakan (Borang InQKA_LAP_KIK/2014) 7. Penyelesaian Pertikaian Sekiranya ada pertikaian mengenai mana-mana peruntukan dalam panduan ini, ianya akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu atau Mesyuarat Jawatankuasa Khas yang ahli-ahlinya ditentukan oleh pihak InQKA 8. Kawalan Dokumen No. Perkara Tarikh Keluaran / Penyedia Dokumen 1. Garispanduan Proses Pengurusan 10/7/2014 / Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di InQKA dan Pendaftar Universiti Teknologi MARA 2. Buku Panduan Tatacara Proses Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di Universiti Teknologi MARA Jun 2010 / Pendaftar Pemilik Proses InQKA InQKA 10