PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

dokumen-dokumen yang mirip
PERISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT

Pernyataan Umum tentang Hak-Hak Asasi Manusia

DEKLARASI UNIVERSAL HAK ASASI MANUSIA 1 MUKADIMAH

PERNYATAAN UMUM TENTANG HAK-HAK ASASI MANUSIA

DEKLARASI UNIVERSAL HAK-HAK ASASI MANUSIA. Diterima dan diumumkan oleh Majelis Umum PBB pada tanggal 10 Desember 1948 melalui resolusi 217 A (III)

DEKLARASI UNIVERSAL HAK-HAK ASASI MANUSIA

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

Tatakelakuan. Pembekal

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Aduan Kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Tentang Pencabulan Hak Asasi Manusia oleh Polis Dalam Mengendalikan Perhimpunan Aman BERSIH 5

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

DASAR ANTI RASUAH RGIS

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

David Hume: KEPENTINGAN DIRI DAN KEADILAN

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

Konvensi Internasional mengenai Penindasan dan Penghukuman Kejahatan Apartheid

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

Kesetiaan kepada Syarikat

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH ( CAWANGAN PULAU PINANG ) MODUL PENILAIAN S.P.M 2011 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI. Polisi Perumahan Universiti ini adalah sebagai panduan kepada tadbir urus dan penghuni rumah Universiti.

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Pertikaian Perdagangan dan Resolusi Pertikaian

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005].

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

TINGKATAN : Disediakan oleh : Ust Safaee Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat, Bachok, Kelantan

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BAB 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

TAKLIMAT FAEDAH TERBITAN. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN Bahagian Pasca Perkhidmatan

Undang-Undang Malaysia

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Transkripsi:

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat MUKADIMAH... Bahawasanya pengiktirafan keutuhan kemuliaan dan hak sama rata serta asasi yang tak terpisah bagi seluruh umat manusia adalah asas kebebasan, keadilan dan kedamaian dunia. Bahawasanya pengabaian serta penghinaan terhadap hak asasi manusia telah pun mengakibatkan tindakan terkutuk yang telah melanggari perasaan hati umat manusia, dan munculnya sebuah dunia di mana manusia akan menikmati kebebasan berucap dan menganut kepercayaan serta kebebasan dari rasa takut dan citarasa telah pun diisytiharkan sebagai aspirasi teragung seluruh umat manusia. Sekiranya kita tidak mahu mendorong manusia dalam keadaan terdesak, sebagai pilihan terakhir, memberontak mementang kezaliman serta penindasan, maka adalah penting bagi hak asasi manusia dipertahankan oleh kedaulatan undang-undang. Bahawasanya adalah penting bagi memajukan perkembangan perhubungan persahabatan di antara negara-negara. Bahawasanya rakyat Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam Piagamnya telah sekali lagi menegaskan kepercayaan mereka terhadap hak asasi manusia, terhadap kemuliaan serta nilai diri manusia dan terhadap hak sama rata lelaki dan perempuan dan telah menetapkan keazaman untuk memajukan perkembangan sosial dan taraf hidup yang lebih sempurna dalam suasana kebebasan yang lebih luas. Bahawasanya Negara-Negara Anggota masing-masing telah berikrar untuk mencapai, pengutaraan kehormatan sejagat terhadap, serta pematuhan, hak asasi manusia dan kebebasan asasi dengan kerjasama Bangsa-Bangsa Bersatu. 1

Bahawasanya satu fahaman bersama terhadap hak serta kebebasan ini seluruhnya adalah terpenting demi menjadikan ikrar ini kenyataan sepenuhnya. MAKA DENGAN INI Perhimpunan agung mengisytiharkan, Perisytiharan sejagat hak asasi manusia ini sebagai suatu ukuran bersama terhadap pencapaian oleh seluruh umat manusia dan ke semua negara dengan tujuan supaya setiap individu dan setiap badan masyarakat, dengan senantiasa mengingati Perisytiharan ini, hendaklah berazam melalui pengajaran dan pendidikan bagi memajukan sanjungan terhadap seluruh hak-hak dan kebebasan ini dan secara langkah-langkah berperingkat-peringkat, di bidang negara dan antarabangsa, bagi menjaminkan pengkitirafan dan pematuhan sejagatnya yang berkesan, kedua-duanya di antara negara-negara anggota masing-masing dan rakyat wilayah-wilayah di bawah bidang kuasa mereka. Perkara 1... Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan. Perkara 2... Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua pembezaan, seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman politik atau 2

lain-lain fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau sosial harta-benda, kelahiran atau apa-apa taraf lain. Seterusnya, tiada sebarang pembezaan boleh dibuat berasaskan pada taraf politik atau bidang kuasa ataupun antarabangsa sesebuah negara atau wilayah datangnya seseorang itu, sama ianya merdeka, beraùanah, tanpa pemerintahan sendiri atau berada di bawah apa-apa sekatan kedaulatan lainnya. Perkara 3... Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri. Perkara 4... Tiada sesiapa pun boleh diperhamba atau diperabdikan; keabdian dan dagangan hamba abdi hendaklah dilarang dalam semua bentuk. Perkara 5... Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghina. Perkara 6... Setiap orang adalah berhak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang insan di sisi undang-undang. 3

Perkara 7... Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak tanpa apa-apa pembezaan kepada perlindungan yang sama rata di sisi undangundang. Semua orang adalah berhak kepada perlindungan yang sama rata daripada sebarang pembezaan yang melanggar Perisytiharan ini dan daripada sebarang hasutan terhadap pembezaan sedemikian. Perkara 8... Setiap orang adalah berhak kepada pemulihan yang berkesan oleh tribunal-tribunal kebangsaan yang kompeten terhadap tindakan-tindakan yang melanggar hak-hak asasi yang diberikannya oleh perlembagaan atau oleh undang-undang. Perkara 9... Tiada sesiapa pun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya. Perkara 10... Setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada pembicaraan adil dan terbuka oleh suatu tribunal bebas dan saksama, dalam penetapan hak-hak dan tanggungannya dan sebarang tuduhan jenayah terhadapnya. 4

Perkara 11... 1. Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan adalah berhak dianggap tidak salah sehingga dibuktikan salah menurut undang-undang di dalam perbicaraan terbuka di mana dia telah diberikan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya. 2. Tiada sesiapa pun boleh diputuskan bersalah atas sebarang kesalahan keseksaan oleh kerana sebarang tindakan atau ketinggalan yang tidak merupakan suatu kesalahan keseksaan, di sisi undang-undang kebangsaan atau antarabangsa, pada masa ianya dilakukan. Tiada pula boleh dikenakan sebarang hukuman yang lebih berat dari hukuman yang terpakai ketika kesalahan keseksaan itu dilakukan. Perkara 12... Tiada sesiapa pun yang boleh dikenakan kepada sebarang gangguan sewenang-wenangnya terhadap keadaan peribadi, keluarga, rumahtangga atau surat-menyuratnya, atau percerobohan ke atas maruah dan nama baiknya. Setiap orang berhak kepada perlindungan undang-undang terhadap gangguan atau percerobohan sedemikian. Perkara 13... 1. Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan bergerak dan bermastautin di dalam sempadan sesebuah negara. 2. Setiap orang berhak meninggalkan mana-mana negara, termasuk negaranya sendiri, dan kembali semula ke negaranya. 5

Perkara 14... 1. Setiap orang berhak memohon dan menikmati perlindungan politik dalam negara lain daripada sebarang penganiayaan. 2. Hak ini tidak boleh dituntut bagi pendakwaan yang benar-benar timbul daripada kesalahan bukan politik atau daripada tindakan yang bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu. Perkara 15... 1. Setiap orang adalah berhak kepada suatu kewarganegaraan. 2. Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan kewarganegaraannya secara sewenang-wenangnya atau dinafikan hak menukar kewarganegaraanya. Perkara 16... 1. Lelaki dan perempuan dewasa, tanpa mengira bangsa, kewarganegaraan atau agama, berhak berkahwin dan menubuhkan keluarga. Mereka adalah berhak kepada hak-hak sama rata berhubung dengan perkahwinan, dalam tempoh masa perkahwinan dan pada pembubarannya. 2. Perkahwinan hanya boleh dilaksanakan dengan persetujuan bebas dan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang bercadang untuk berkahwin. 6

3. Keluarga adalah unit kumpulan semulajadi dan asasi dalam masyarakat dan adalah berhak kepada perlindungan oleh masyarakat dan Negara. Perkara 17... 1. Setiap orang berhak memiliki harta secara bersendirian serta secara berkongsi dengan orang lain. 2. Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan harta-bendanya secara sewenang-wenangnya. Perkara 18... Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, perasaan hati dan agama; hak ini termasuklah kebebasan menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan, samada secara bersendirian atau secara bersama-sama dengan orang-orang lain dan secara terbuka atau bersendiri, menganuti agama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan, pemujaan dan pematuhan. Perkara 19... Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. 7

Perkara 20... 1. Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan. 2. Tiada sesiapa pun boleh dipaksa menjadi ahli mana-mana pertubuhan. Perkara 21... 1. Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas. 2. Setiap orang adalah berhak kepada peluang sama rata kepada perkhidmatan awam dalam negaranya. 3. Kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan; kemahuan ini hendaklah dibuktikan melalui pilihanraya berkala yang sejati yang mana hendaklah diadakan secara sejagat dan sama rata dan hendaklah diadakan secara undi sulit atau melalui acara pengundian bebas yang ketara. Perkara 22... Setiap orang, sebagai anggota masyarakat, adalah berhak kepada keselamatan sosial dan berhak menjadikan suatu kenyataan, melalui usaha negara dan kerjasama antarabangsa dan menurut organisai dan sumber-sumber dalam negara masing-masing, hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan yang termesti bagi kemuliaannya dan perkembangan bebas keperibadiannya. 8

Perkara 23... 1. Setiap orang adalah berhak kepada pekerjaan, kepada pemilihan pekerjaannya secara bebas, kepada keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah baginya dan kepada perlindungan daripada pengangguran. 2. Setiap orang, tanpa sebarang pembezaan, adalah berhak kepada penggajian yang sama bagi kerja yang sama. 3. Setiap orang yang bekerja adalah berhak kepada pembayaran saraan yang adil dan berfaedah baginya yang mana mempastikan buat diri dan keluarganya suatu kehidupan sesuai dengan kemuliaan manusia, dan yang mana ditambah, jika perlu, oleh caracara perlindungan sosial yang lainnya. 4. Setiap orang berhak menubuh dan menjadi ahli kesatuan sekerja bagi memperlindungi kepentingan-kepentingannya. Perkara 24... Setiap orang adalah berhak kepada rehat dan masa lapang, termasuk batasan munasabah ke atas masa bekerja dan cuti bergaji yang berkala. Perkara 25... 1. Setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan serta perkhidmatan sosial yang perlu, dan berhak kepada perlindungan ketika berlakunya pengangguran, kesakitan, 9

ketidakupayaan, diperjandaan, keuzuran atau lain-lain kekurangan kehidupan dalam keadaan di luar kawalannya. 2. Ibu dan anak adalah berhak kepada jagaan serta bantuan khas. Semua kanak-kanak, sama ada dilahirkan di dalam mahupun di luar nikah, hendaklah menikmati perlindungan sosial yang sama. Perkara 26... 1. Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah diberikan percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan asasnya. Pelajaran peringkat awal hendaklah diwajibkan. Pelajaran teknikal serta profesional hendaklah disediakan untuk umum dan pelajaran tinggi hendaklah mempunyai akses yang sama rata kepada semua orang atas dasar kebolehan. 2. Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak-hak dan kebebasan asasi manusia. lanya hendaklah memupuk persefahaman, kesabaran dan persahabatan di kalangan semua negara, bangsa atau kumpulan-kumpulan agama, dan hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara keamanan. 3. Ibu-bapa mempunyai hak terdahulu untuk memilih jenis pelajaran yang akan diberikan kepada anak-anak mereka. Perkara 27... 1. Setiap orang berhak secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya. 10

2. Setiap orang adalah berhak kepada perlindungan kepentingankepentingan moral dan kebendaan hasil dari sebarang penghasilan sains, kesusasteraan atau kesenian yang mana ianya adalah penciptanya. Perkara 28... Setiap orang adalah berhak kepada suatu susunan sosial dan antarabangsa dalam mana hak-hak asasi dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini boleh dijadikan kenyataan sepenuhnya. Perkara 29... 1. Setiap orang mempunyai kewajipan terhadap masyarakat hanya dalam mana perkembangan keperibadiannya secara bebas dan seluruhnya termungkin. 2. Dalam mengamalkan hak-hak dan kebebasannya, setiap orang tertakluk hanya kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hakhak dan kebebasan orang lain dan untuk mendekati keperluankeperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik. 3. Hak-hak dan kebebasan ini tidak boleh sama sekali diamalkan secara bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu. 11

Perkara 30... Tiada apa-apa jua dalam Perisytiharan ini boleh ditafsirkan sebagi sedia tersirat memberikan kepada mana-mana negara, kumpulan atau perseorangan sebarang hak untuk melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini. 12