PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

dokumen-dokumen yang mirip
BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Kurikulum Kebangsaan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

E PEMBELAJARAN. Nuradila Waheeda Binti Rustam Effendy MUHAMAD AZHAR BIN ADNAN MOHAMAD AL AZANI BIN ZAINAL

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

KESUSASTERAAN MELAYU

Teknologi Pengajaran (2 jam)

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

INSTRUMEN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTRUMEN PENILAIAN KOMPETENSI KUMPULAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) (JURULATIH)

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Transkripsi:

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Negara kita kini telah mengalami banyak perubahan. Hal ini, dalam usaha ke arah mencapai sebuah negara maju seperti yang telah termaktub dalam Wawasan 2020. Bagi mencapai status sebuah negara maju dalam tempoh yang ditetapkan, pelbagai keperluan baru terpaksa dipenuhi. Oleh itu, komponen-komponen baru haruslah diterapkan dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah. Justeru itu, dalam mencapai matlamat wawasan bekas Perdana Menteri ini, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (1991) menegaskan kepada pembentukkan sebuah masyarakat yang mempunyai ciri-ciri seperti sainstifik, progresif, berbudaya rekacipta dan berpandangan jauh ke hadapan. Sebuah masyarakat bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi terkini, tetapi turut menyumbang terhadap peradaban sains dan teknologi masa hadapan. Ekoran daripada perkembangan era teknologi kini, kerajaan telah memperkenalkan Sekolah Bestari. Hal ini bagi menyahut Wawasan 2020 di samping merealisasikan matlamat Koridor Raya Multimedia. Pembinaan objektif Sekolah Bestari adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Salah satu objektifnya ialah meningkatkan mutu pendidikan di sekolah sekolah agar sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat kini (Hamidah, 2000).

2 Dalam era perkembangan teknologi yang pesat kini, terdapat pelbagai pendekatan kreatif dan kritis yang mempengaruhi dan menyumbang dalam bidang kehidupan manusia. Dengan ini, aspek teknologi telah diadunkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu usaha ke arah memupuk dan menyemai minat serta sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi. Rohani Abdul Hamid (1999) menyatakan bahawa Sekolah Bestari bertujuan melakukan perubahan sistemik terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Lantaran itu, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seharusnya berlaku perubahan dengan menggunakan teknologi terkini. Latihan intensif terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu diberikan kepada guru Sekolah Bestari. Bagi menggantikan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional, sistem pendidikan Sekolah Bestari memerlukan perisian atau penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekolah Bestari mengutamakan perkembangan individu secara menyeluruh dari segi intelektual dan afektif. Teknologi terkini seperti internet akan digunakan untuk mengembangkan peranan pengajaran melampui bilik darjah biasa bagi meningkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu (Mohamad, 2001). Ahli pendidik, ibu bapa, dan pelajar percaya, sekolah seharusnya mengasimilasikan teknologi dalam kurikulum sekolah (Roblyer, Edwards dan Havriluk, 1997). Penggunaan teknologi mambantu dalam meningkatkan kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Davis dan Crowthe, 1996; Robinson, 1994). Kementerian Pendidikan Malaysia berpendapat satu saluran maklumat terkini melalui Internet diwujudkan. Jesteru itu, ini menepati keperluan komuniti pendidikan di Malaysia seiring dengan perkembangan ICT dunia yang semakin pesat. Sehubungan itu, satu portal pendidikan iaitu MySchoolNet dibangunkan hasil lanjutan daripada idea berkenaan. Portal MySchoolNet atau Malaysian School Network merupakan satu projek yang berkonsepkan Pendidikan Melalui Internet.

3 Portal ini menggunakan teknologi internet sebagai medium dalam aktiviti pendidikan. Selain menyediakan pelbagai maklumat berkaitan pendidikan, ICT dan pengetahuan am, pembangunan aktiviti pendidikan berasaskan web adalah fokus utama portal ini diwujudkan. Antara bahan yang disediakan merangkumi bahan yang bersifat interaktif dan juga tidak interaktif seperti tutoran, maklumat pendidikan, maklumat ICT, perkongsian pintar, berita, ruangan sembang-sembang, forum dan lain-lain lagi. Contoh-contoh portal pendidikan yang ada di Malaysia adalah MySchoolNet, Mytutor dan sebagainya. Kesimpulanya, menurut Davis dan Crowther (1996) tujuan pembelajaran berbantukan teknologi adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, penggunaan internet dan komputer dalam konteks pendidikan matematik, proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif dapat diwujudkan. Menurut Cockroft (1982) dalam Mohamad Khatim (2003) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja dapat memperbaiki kualiti pengajaran matematik, malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan dalam silibus matematik. Konsep kelas matematik sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dapat diwujudkan melalui penggunaan elemen seperti e- pembelajaran malahan proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusat kepada guru tetapi lebih berpusatkan kepada pelajar. Secara umumnya, e- pembelajaran adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcara (Jaya Kumar, 2003). Penggunaan alat elektronik terutamanya internet dan sistem rangkaian merupakan konsep e-pembelajaran dianggap sebagai satu pengaruh dalam membentuk pengalaman pembelajaran pelajar. Justeru itu, terdapat banyak kewujudan laman web dalam internet yang merupakan sumber ilmu baru yang semakin penting dalam pendidikan maya. Ia bersifat global dan boleh dicapai atau dilayari di mana-mana sahaja. Ini merupakan suatu dimensi baru dalam dunia pendidikan sejagat. Justeru itu, pembangunan majalah web Dunia Matematik ini

4 akan menggalakkan interaksi antara murid, guru dan ibu bapa serta masyarakat secara berterusan. 1.2 Latar Belakang Masalah Pelajar seringkali merasakan matematik adalah matapelajaran yang sukar difahami. Keadaan ini menyebabkan kegagalan pelajar untuk mendapatkan keputusan yang baik terutamanya bagi pelajar di luar bandar. Perkara ini disebabkan oleh kekurangan kemudahan pendidikan di peringkat awal persekolahan iaitu sekolah rendah dan menengah. Lantaran itu, kesannya dapat kita lihat para pelajar merasa takut dan tidak yakin untuk mempelajari matapelajaran ini di peringkat institusi pengajian tinggi. Selain itu juga menurut Mohammad Khatim, (2003) masalahmasalah dalam pendidikan Matematik di Malaysia yang telah dikenalpasti ialah : Kekurangan perisian pembelajaran matematik yang berasaskan Bahasa Malaysia. Pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang mencukupi Kaedah pembelajaran agak membosankan Kekurangan kemudahan pembelajaran terkini Kini, situasi yang lebih hebat ialah para pelajar hanya belajar untuk meluluskan diri mereka dalam peperiksaan sahaja. Jelas disini, sistem pendidikan kita adalah lebih tertumpu kepada peperiksaan semata-mata. Perkara ini sama sekali bercanggah dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan membantu pelajar memperkembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Proses pengajaran dan pembelajaran inilah seharusanya dapat membantu pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari

5 dalam kehidupan seharian dan menyelesaikan masalah di samping menjayakan pembentukan insan yang mempunyai sahsiah yang baik dan seimbang. Selain itu juga, guru seringkali mengamalkan proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisional iaitu pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Penglibatan yang aktif hanyalah kepada guru yang hanya menyampaikan maklumat tanpa menglibatkan pelajar. Maka terjadilah proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarikk dan agak membosankan pelajar. Ini juga akan mengakibatkan pelajar menjadi kurang minat dan kurang prihatin terhadap sesi pengajaran. Pelajar perlu didedahkan kepada teknik-teknik atau kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan agar perkara ini dapat diatasi. Seharusnya, guru bukan sekadar berperanan menyampaikan maklumat yang terdapat dalam buku teks kepada pelajar, tetapi mereka berperanan untuk mewujudkan komunikasi pelajar (Nik Aziz Nik Pa, 1995). Oleh yang demikian, penggunaan elemen seperti e-pembelajaran boleh mewujudkan komunikasi diantara guru dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pengajaran melalui ruangan forum, komen, latihan dan sebagainya. Salah satu bahan e-pembelajaran ialah majalah web Dunia Matematik. Para pelajar boleh belajar mengikut cara mereka sendiri dengan menggunakan majalah web Dunia Matematik ini sebagai sumber rujukan dan bahan pendidikan. Pelajar juga bebas daripada terikat dengan masa dan tempat apabila menggunakan laman web ini. Pelajar boleh belajar bila-bila masa, di mana-mana dan mengikut kadar masing-masing (Faisal, 2002). Penggunaan majalah web Dunia Matematik ini juga dapat meningkatkan cara belajar dan menyediakan bentuk pembelajaran yang berkesan melalui pendekatan seperti pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan sumber dan sebagainya. Selain itu, pembelajaran menggunakan majalah web Dunia Matematik ini juga boleh berlaku di luar waktu kelas dan ianya kaya dengan maklumat dan media. Pembangunan majalah web Dunia Matematik ini adalah berpusatkan pelajar dan proses pembelajarannya menggunakan pendekatan teori konstruktivisme. Konstruktivisme adalah satu pendekatan teori pembelajaran yang mempunyai hubungan dengan psikologi kognitif (Faisal, 2002). Fokusnya adalah kepada

6 keupayaan pelajar untuk membina makna dan membentuk pembelajaran mereka. Prinsip konstruktivisme ini sesuai untuk majalah web Dunia Matematik kerana ia berkait dengan pembelajaran berpusatkan pelajar. Pendapat konstruktivisme menyatakan proses pembelajaran boleh ditingkatkan jika disediakan peralatan dan persekitaran yang sebenar dan pelajar dilibatkan secara aktif (Yusof, 1999). Dalam mengharungi cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru juga perlu bersedia selain daripada pelajar itu sendiri. Ini adalah kerana interaksi antara guru dan pelajar masih diperlukan sama ada dalam situasi bersemuka atau pun virtual. Menurut Faisal (2002), guru memainkan empat peranan dalam pembelajaran berasakan web iaitu : i. Peranan sebagai fasilitator ii. Peranan sebagai pengurus iii. Peranan sosial, dan iv. Peranan sebagai penasihat teknikal. Kualiti dan mutu pengajaran seseorang guru akan menjadi lebih baik melalui penggunaan teknologi yang sesuai. Proses pengajaran yang menggunakan kombinasi diantara bahan, audio, video dan grafik merupakan pengajaran yang berkesan. Jika media ini digunakan dengan perancangan yang teliti, ia akan dapat membantu guru menyampaikan sesuatu maklumat pelajaran dengan lebih berkesan lagi (Abdullah, 2004). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi seperti e-pembelajaran ini dapat meringankan beban guru disamping menjimatkan masa. Masa yang diperlukan adalah lebih singkat untuk menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan bahan e-pembelajaran. Kesannya adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dapat diwujudkan. Pembangunan majalah web Dunia Matematik ini diwujudkan untuk membantu para pelajar memahami konsep matematik di samping memberi gambaran kepada para pelajar tentang pelbagai bidang yang melibatkan matematik serta kepentingan matematik. Ini kerana matematik merupakan suatu alat yang penting dalam aktiviti pengurusan maklumat dan kehidupan harian seperti perniagaan, perubatan, perusahaan, pengangkutan dan pentadbiran (Nik Aziz Nik Pa, 1995).

7 Matematik juga merupakan alat kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Di samping itu juga, majalah web Dunia Matematik ini bertujuan untuk memastikan para pelajar dapat melihat matematik sebagai sesuatu yang menyeronokkan, menarik dan berkesan seterusnya membantu para pelajar untuk menguasai matapelajaran matematik ini dengan baik. Pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang kerjaya yang meluas dalam bidang matematik juga merupakan tujuan majalah web Dunia Matematik. Menurut Lim Chap Sam, (2003) matematik penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada masa depan pelajar. Bahana, situasi kini yang telah membuatkan para graduan memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya mereka. Namun masih terdapat peluang kerjaya yang meluas dalam bidang lain seperti perubatan, sains komputer, kejuruteraan dan sebagainya. Justeru itu, peluang kerjaya dalam bidang Matematik sangat meluas dan tidak terhad kepada bidang pendidikan sahaja. Selain itu juga, peranan yang ingin ditonjolkan dalam majalah web Dunia Matematik ini ialah untuk memperkenalkan tokoh-tokoh Matematik yang ada di negara ini dan negara-negara lain. Ini membolehkan para pelajar melihat dengan lebih dekat kejayaan-kejayaan yang dikecapi oleh tokoh-tokoh ini berdasarkan pencapaian mereka. Lantaran itu ianya dapat memberi galakan dan semangat kepada para pelajar supaya berusaha dengan gigih untuk berjaya seperti tokoh-tokoh ini. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyatakan bahawa kita patut bersyukur kerana mempunyai tokoh-tokoh yang hebat, berjiwa besar dan berpandangan jauh di negara kita untuk menjadi contoh kepada kita untuk mencapai kejayaan (Mingguan Malaysia, 11 November 2007).

8 1.3 Pernyataan Masalah Dalam mencapai pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam matematik, ia tidak hanya melibatkan proses permindahan fakta dari guru kepada murid semata-mata, tetapi pelajar juga mestilah dilibatkan secara aktif di dalam membina konsep dan pengetahuan berhubung dengan setiap isi pelajaran yang dipelajari (Zawawi, 2000). Penegasan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui KBSM bahawa guru-guru perlu mengembangkan kurikulum matematik di mana para pelajar digalakkan membina secara aktif kefahaman matematik mereka. Hasil kajian daripada Ezaityesirah (2006), pelajar menghadapi masalah untuk menguasai konsep serta kemahiran dalam subjek Matematik. Antara sebab kepada permasalahan ini ialah kurangnya pengetahuan dan kemahiran saintifik serta kurang bersedia untuk melibatkan diri dalam kegiatan yang bercirikan matematik dalam kehidupan seharian. Oleh itu, tidak terdapat penyesuaian di antara kehendak konsep dengan pertumbuhan kognitif pelajar. Maka konsep-konsep matematik yang ingin diterapkan tidak berjaya dicapai oleh pelajar. Bagi mengurangkan masalah yang ditimbulkan oleh sistem pengajaran tradisional ke tahap yang paling minimun, corak pembelajaran interaktif dengan menggunakan e-pembelajaran perlu dibina. Ini kerana proses pembelajaran menggunakan e-pembelajaran mempunyai banyak kelebihan seperti pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan dimana jua. Selain itu, bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan dari sumber tambahan di seluruh dunia. Menurut Jamaludin dan Zaidatun (2003), pembelajaran menerusi laman web juga menyediakan suasana pembelajaran yang kompleks serta tidak berstruktur menyerupai keadaan kehidupan yang sebenar. Diharapkan dengan kewujudan majalah web Dunia Matematik ini, ianya dapat menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif supaya pelajar dapat mendalami bidang Matematik yang pelbagai termasuk bidang Kerjaya dan Tokoh Matematik.

9 1.4 Objektif Projek Objektif projek bagi Majalah Web Matematik ini ialah :- i. Membangunkan majalah web Matematik menggunakan sistem pengurusan kursus topik Kerjaya Dalam Matematik. ii. Membangunkan majalah web Matematik menggunakan sistem pengurusan kursus topik Tokoh Matematik. 1.5 Kepentingan Projek Diharapkan dapatan daripada pembangunan majalah web ini dapat menjawab beberapa permasalahan yang timbul mengenai kerjaya dan tokoh dalam bidang Matematik. Pembangunan majalah web ini memberi kepentingan kepada pelajar, guru, sekolah, ibubapa dan masyarakat. Berikut pembangun akan membincangkan setiap kepentingan dengan terperinci. 1.5.1 Pelajar Majalah web Dunia Matematik ini digunakan sebagai bahan rujukan tambahan bagi membantu menambahkan ilmu pengetahuan dan dimanfaatkan sebagai sumber rujukan. Dalam konteks pengajaran pula, ICT akan digunakan untuk mengembangkan peranan pengajaran melampui bilik darjah bagi meningkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu (Mohamad 2001). Justeru itu, para pelajar boleh menjadikan

10 majalah web Dunia Matematik ini sebagai sumber rujukan dan bahan ulangkaji pelajaran di rumah kerana ia boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua. Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistem. Seperti yang kita ketahui, matematik dan sains tidak dapat dipisahkan. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan pelajar untuk berfikir secara berkesan. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001) Selain itu, para pelajar juga dapat meneroka (eksploratori) bahan atau maklumat yang disediakan dengan lebih mendalam lagi di samping dapat berkomunikasi sesama pelajar dan guru di dalam forum yang disediakan. Pelbagai latihan, ujian dan aktiviti seperti forum, ruangan komen dan sebagainya yang disediakan akan diberi maklum balas serta merta. Ini membantu pelajar mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan mereka. 1.5.2 Guru Pada masa kini, globalisasi berada dalam era teknologi maklumat. Dalam bidang pendidikan terutamanya guru-guru perlu bersedia untuk menghadapi perubahan selaras dengan pertumbuhan dan perkembangan teknologi maklumat. Sehubungan itu, guru seharusnya memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan ICT agar tidak ketinggalan zaman. Beban guru juga dapat dikurangkan dengan wujudnya majalah web Dunia Matematik ini. Hal ini kerana terdapat banyak maklumat dan latihan yang boleh dirujuk dan boleh diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga boleh berhubung dengan

11 para pelajar pada bila-bila masa untuk menyelesaikan dan mengenalpasti masalah mereka. 1.5.3 Sekolah Pembangunan majalah web Dunia Matematik ini menyediakan pendidikan berbentuk global, amat sesuai dengan situasi pembelajaran yang maju. Beban guru juga dapat dikurangkan untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan di dalam kelas. Selain itu, memudahkan pengurusan akademik pelajar dalam merekodkan laporan kemajuan pelajar dalam bidang Matematik. Ini kerana pihak pengurusan akademik boleh terus melihat pencapaian akademik pelajar daripada majalah web ini. 1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat Relevan dengan kemajuan era ICT, masyarakat didedahkan mengenai penggunaan majalah web Dunia Matematik ini di sekolah. Ini merupakan langkah mewujudkan masyarakat Malaysia yang celik IT. Ramai ahli pendidik, ibu bapa, dan pelajar percaya, sekolah harus mengasimilasikan teknologi dalam kurikulum sekolah (Roblyer, Edwards dan Havriluk, 1997). Prestasi para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung dapat dipantau oleh ibu bapa. Interaksi yang berlaku adalah secara langsung melalui e-mel, chat dan sebagainya tanpa menghadirkan diri ke sekolah.

12 Di samping itu juga, ibu bapa berpeluang mendapatkan sumber rujukan dan maklumat berguna untuk membantu anak mereka dan menambah pengetahuan mereka sendiri. Selain itu juga, ibu bapa dapat melihat gaya pembelajaran anak-anak mereka di samping mengenalpasti masalah-masalah yang anak-anak mereka hadapi dalam pembelajaran. Seterusnya, generasi yang mahir dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga dapat dilahirkan melalui penggunaan majalah web dalam pendidikan Matematik di sekolah. 1.6 Skop dan Batasan Projek Projek ini menyediakan majalah web Matematik sebanyak sepuluh keluaran yang memuatkan ruangan seperti berikut:- i. Kerjaya Matematik ii. Tokoh Matematik iii. Fokus Matematik iv. Aplikasi Matematik v. Statistik Matematik vi. Sejarah Matematik vii. Kesenian Matematik viii. Isu Semasa Tentang Matematik ix. Permainan Matematik x. Pelajari Matematik xi. Kuiz Matematik xii. Perisian Matematik xiii. Tahukah Anda xiv. Uji Kefahaman xv. Uji Minda

13 Dalam projek ini, pembangun hanya menyediakan dua ruangan daripada empat belas ruangan yang dinyatakan sebelum ini. Pembangun menyediakan ruangan berikut untuk sepuluh keluaran majalah web matematik ini, iaitu:- a. Bahan pembelajaran majalah web matematik bagi Kerjaya dalam Matematik. b. Bahan pembelajaran majalah web matematik bagi Tokoh Matematik.