DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI (Multiculturalism in Organization) BAHAN BACAAN: PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN PENGURUSAN

dokumen-dokumen yang mirip
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KOM 3364: KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

KEMAHIRAN ASAS MENOLONG

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

ARAHAN: ( )

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Jenis-jenis Wacana Lisan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

ETIKA DAN ETIKET DALAM KOMUNIKASI

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Model Pengurusan Strategik

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

OBJEKTIF KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PASIF. MANIPULATIF. AGRESIF CARA PERHUBUNGAN DAN CORAK KOMUNIKASI CORAK KOMUNIKASI

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Visi. Menjadi pusat rujukan dan peneraju pembangunan modal insan koperasi yang unggul. Misi

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Prestasi kerja = Motivasi Kebolehan Kekangan situasi

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Inovasi dan Perubahan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

OBJEKTIF KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PASIF. Manipulatif. Agresif CARA PERHUBUNGAN DAN CORAK KOMUNIKASI CORAK KOMUNIKASI

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

Puan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Kebangsaan. Profesor Madya Hadijah Rahmat, Pengerusi, Jawatankuasa Anugerah Persuratan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

CHIA CHONG YANG A143398

TEKS UCAPAN OLEH: MAJLIS: SEMINAR PEMBANGUNAN KAPASITI USAHAWAN BUMIPUTERA PADA: TEMPAT:

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

Produk. Teknologi. Perkhidmatan. Dihantar Di Seluruh Dunia. THE BLUE BOOK. Merayajan 50 tahun kecermerlangan

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar


BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

DINAMIKA BAHASA MELAYU VARIASI BAHASA (Soalan Sebenar STPM: )

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESSIONAL TAJUK: LAPORAN PROGRAM SEGENGGAM BUDI, SEGUNUNG HARAPAN (INSTITUTE-HEARS, UKM)

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

Transkripsi:

DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI (Multiculturalism in Organization) BAHAN BACAAN: PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN PENGURUSAN 1. PENGENALAN Budaya individu mempengaruhi amalan pembangunan sumber manusia dan pengurusan dalam organisasi. Semua individu pekerja samada di peringkat atasan atau bawahan, akan membawa budaya masyarakat masing-masing ke organisasi. Istilah ini dinamakan Bagasi Budaya (cultural baggage). Bagasi budaya ialah kecenderungan bagi seseorang untuk membawa nilai dan amalan budaya masyarakat masing-masing ke tempat kerja. Pekerja akan membawa bersama budaya masyarakat mereka kepada organisasi. Kecenderungan ini meresapi pemikiran, pertuturan dan tingkah laku tanpa individu berkenaan menyedari akan penyerapan tersebut. Pekerja yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu mungkin membawa budaya ke dalam organisasi bagi mempengaruhi cara kerja dilakukan. Pengurus Melayu menjangkakan tenaga kerjanya memperlihatkan kelakuan yang biasanya dikaitkan dengan beberapa nilai dihormati seperti kolektivisme, rasa hormat kepada orang yang lebih tua, hubungan harmoni dan orientasi agama. Bagi memahami tenaga kerja Melayu di tempat kerja intrabudaya dan bagaimana ia berbeza daripada kumpulan etnik lain, kepimpinan, komunikasi dan motivasi akan dihuraikan dengan lebih lanjut. 2. KEPIMPINAN Masyarakat Melayu pada asalnya telah menetapkan bahawa individu yang menjadi pemimipin atau ketua kebanyakannya berdasarkan status dan keluarganya ataupun status yang kemudiannya dianugerahkan kepadanya. Apabila pemimpin diberikan pangkat yang tinggi oleh syarikat, kerajaan atau kerabat diraja, orang Melayu lain mengiktiraf pangkat itu dan menjangkakan pemimpin itu melaksanakan kepimpinan. Orang Melayu cenderung melihat perhubungan mereka dengan orang yang berada dalam jawatan kepimpinan mengikut ukuran peribadi mereka. Mereka mahukan 1

pemimpin yang dipercayai dan dalam kedudukan yang dihormati. Mereka lebih suka dipimpin oleh orang yang dirasakan komited dengan objektif mereka menerusi katakata yang diucapkan dan tindakan yang ditunjukkan. Reputasi atau harga diri seseorang pemimpin termasuk rasa hormat yang diberikan oleh kumpulan berdasarkan nilai moralnya dan juga reputasi profesional serta penghormatan. Sifat peribadi seseorang pemimpin Melayu termasuklah yang berikut: 1. Mempunyai tapak kuasa yang besar dan tidak formal bagi membolehkannya mencapai matlamatnya, kebanyakannya menerusi pujukan. 2. Bekerja secara tidak menonjolkan diri dan mendapatkan bantuan serta sokongan moral daripada orang lain seperti imam. 3. Warak dalam kepercayaan agamanya dan bersifat hemat (warak alim) dalam mengamalkan adat dan upacara tradisional. 4. Bersifat benar-benar Melayu dan dapat menyumbang kepada perpaduan kumpulan. 5. Ikhlas, rendah diri dan bijaksana kerana orang yang bersifat pendesak dianggap menjelekkan. Berhubung dengan kemahiran sosialnya pula, dia mesti memperlihatkan sifat yang berikut: 1. Kesanggupan untuk mengambil risiko dan menyahut cabaran. 2. Kebolehan bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan perbalahan atau persengketaan sosial. 3. Menyumbangkan masanya bagi mempertahankan kebaikan bersama. 4. Kesanggupan untuk mengorbankan kepentingan peribadi demi kebajikan dan kepentingan kumpulan. 5. Menunaikan komitmen dan janji yang dibuat kepada orang lain. 3. KOMUNIKASI Masyarakat melayu mengamalkan komunikasi berkonteks tinngi. Melayu mempunyai sistem kesopanan yang merangkumi tatalaku khusus yang berkait dengan pernyataan lisan dan bukan lisan, yang digunakan semasa berinteraksi dengan orang lain. Kategori lisan seringkali dinyatakan dalam pola pertuturan dengan menggunakan bentuk berikut bagi menunjukkan perhubungan antara pengirim dengan penerima: 2

1. Bagi menunjukkan rasa hormat kepada orang lain, bentuk kata ganti cik, puan, tuan, saya, beta, saudara, kamu, kita digunakan. 2. Bagi mengiktiraf kedudukan hierarki anggota keluarga yang luas, bentuk panggilan ialah datuk, pak cik, mak cik, abang, kakak dan mak su. Aspek-aspek komunikasi lisan dalam budaya Melayu: 1. Orang Melayu juga berasa tidak selesa dalam memberi dan menerima kritikan lisan secara langsung kerana ia menyebabkan penerima berasa malu. Apabila kritikan cukup teruk, ia mungkin merosakkan hubungan dan ini biasanya tidak dapat dibaiki lagi. 2. Bersifat tidak menyembunyikan perasaan dan berterus terang dalam menyatakan niat seseorang biasanya bercanggah dengan sifat dihormati. Oleh yang demikian, seseorang itu perlulah bijaksana dan berhati-hati semasa menyatakan pendapat yang positif dan juga negatif kepada orang Melayu. Individu yang dilihat sebagai telalu berterus terang, meskipun dikatakan bercakap secara ringkas dan kasar, biasanya dianggap sebagai individu tidak beradab atau tidak berpekerti halus. Orang Melayu yang lain menganggap orang itu tidak mendapat asuhan yang betul. 3. Orang Melayu juga bersifat tidak berterus terang apabila menolak permintaan orang lain yang menyuruhnya melakukan sesuatu perkara, menolak untuk menjanjikan sesuatu dan memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan oleh orang lain. 4. Dalam usaha untuk mengelak daripada berkata tidak, orang Melayu seringkali memberikan jawapan dengan mengemukakan hujah, menghuraikannya dan menukar topik perbualan. 5. Nilai hormat kepada orang yang lebih tua dan hierarki cenderung membuatkan orang Melayu berasa tidak selesa apabila berinteraksi secara bersemuka dengan individu yang berada dalam kedudukan hierarki yang berbeza. 6. Orang Melayu lebih selesa menawarkan cadangan daripada berhujah apabila berhubungan dengan pemimpin mereka. Orang Melayu yang mengutarakan permintaannya secara berterus terang kepada orang lain mungkin tidak meninggalkan kesan yang baik ke atas pihak yang lain. 3

7. Idea atau sudut pandangan yang mungkin tidak dapat diterima dengan begitu baik oleh individu Melayu mungkin lebih baik disampaikan oleh pihak ketiga yang dihormati, yang dapat bertindak sebagai orang tengah bagi menyampaikan mesej dan melicinkan proses komunikasi. Dengan cara ini, perhubungan yang mesra dan bersifat jangka panjang terpelihara. 8. Apabila meminta orang Melayu melaksanakan sesuatu urusan, elakkan daripada bersikap terlalu agresif kerana individu jenis memerintah mungkin tidak dapat memastikan tugas dijalankan dengan mudah, tidak seperti orang yang menggunakan pendekatan yang lebih lembut. Komunikasi lisan yang lantang tidak dapat diterima secara sosial dan nada suara bertekak serta gerak isyarat tangan yang berlebihan tidak disukai. 9. Komunikasi dengan orang yang lebih tua biasanya diungkapkan secara sopan dan penuh hormat. 10. Orang Melayu juga mempunyai kecenderungan untuk menyembunyikan emosi mereka dengan senyuman atau ketawa mengekek apabila mereka merasa keliru ataupun malu. 11. Orang Melayu tidak menyuarakan perasaan mereka dalam sesutu perhubungan kerana mereka percaya bahawa kelakuan seseorang itu sudah menunjukkan isi hatinya. 12. Orang Melayu seringkali bersikap tidak berterus terang dalam penyataan lisan mereka apabila kandungan mesej itu tidak positif.apabila menyampaikan mesej yang mungkin tidak diterima dengan begitu baik oleh penerima,hasrat sebenar orang yang bercakap itu lebih baik disembunyikan dengan mengungkap mesej dengan cara yang tidak menyakiti perasaan penerima itu. Penggunaan intonasi yang betul amat penting ketika berkomunikasi. Individu yang bersopan santun dan bersuara lembut dalam penyampaian lisannya menjadi lebih efektif kerana orang Melayu lebih suka menerima arahan daripada mereka yang sopan dan mengambil berat tentang rasa dan perasaan mereka.seseorang itu perlu berhati-hati supaya tidak menyinggung persaan pihak lain dengan menggunakan frasa yang berikut: Boleh saya tumpang tanya? Jangan marah kalau saya beri pendapat. Boleh saya beri pendapat? 4

Menunjukkan gerak badan yang sesuai juga penting kerana ia memperlihatkan sifat rendah hati dan rasa hormat kepada orang lain. Kedua-dua elemen kelakuan lisan dan bukan lisan digunakan bagi menunjukan kepentingan adab sopan, kelakuan yang sesuai dan sensitiviti kepada orang lain sepanjang masa. 4. MOTIVASI Motivasi pekerja adalah didorong oleh hubungan antara kawan, ketua, kumpulan, keluarga, individu dan sebaginya. Bagi masyarakat Melayu pula penggabungan mereka dengan kumpulan, keluarga dan individu adalah merupakan strategi motivasi yang penting. Mereka prihatin terhadap kumpulan yang dianggotai iaitu lingkungan keluarga dan rakan sekampung serta saudara seislam. Perkataan kejayaan juga tidak mempunyai makna yang konkrit dan tidak cukup menambat perhatian ataupun memberikan motivasi.orang Melayu berasa selamat apabila mereka yakin bahawa mereka dihormati oleh orang yang dikenali. Keazaman yang kuat terhadap perkongsaian di kalangan orang Melayu diperoleh daripada latar belakang patriotik dan tradisi perkkhidmatan kerajaan. Masyarakat Melayu seringkali berasa tertarik dengan ganjaran yang konkrit dan nyata ia itu simbol, seperti ganjaran wang dan ganjaran yang boleh dilihat-sekeping tanah,menunaikan ibadat haji di Mekah, dan lingkungan kawan dan kenalan yang berpengaruh. Setiap satu mempunyai nilai intrinsik. Menyampaikan mesej pengiktirafan dalam majlis khas yang turut menjemput keluarga pekerja merupakan cara meningkatkan dorongan motivasi mereka. Memandangkan wujudnya orientasi antara perorangan mereka, orang Melayu tertarik dan amat berminat dengan kehalusan dan potensi perhubungan. Oleh sebab orang Melayu mengambil berat dalam mengekalkan hubungan mereka cenderung menggunakan kepercyaan untuk menilai kapasiti orang terhadap kesetiaa, komitmen dan persahabatan. Dalam banyak cara, hubungan orang Melayu dengan pemimpinnyalah yang menentukan motivasinya. Ramai orang Melayu berasa, Apabila saya mempunyai pemimpin yang baik,saya bekerja bersungguh-sungguh untuknya. Oleh itu, motivasi bermakna menunjukkan rasa ambil berat bagi membina dan mengekalkan hubungan antara perorangan yang baik. 5

Pengurus yang mengguna dan memahami elemen penting dalam sistem kesopanan tempatan mendapat ganjaran dari segi komitmen yang lebih besar daripada pekerja, seperti yang ditunjukkan apabila pekerja sanggup bekerja sehingga larut malam tanpa merungut dan menyumbang dengan lebih banyak kepada produktiviti unit kerja. 5. KESIMPULAN Di dalam organisasi, pekerja akan cenderung membawa bersama budaya masyarakat mereka dalam melaksanakan amalan HRD termasuk pemikiran, pertuturan dan tingkah laku tanpa individu berkenaan menyedari akan penyerapan tersebut seperti yang disebut dalam konsep Bagasi Budaya (cultural baggage). Di dalam organisasi intrabudaya Melayu, pemimpin dan pengurus Melayu yang kanan perlu menjadikan kelakuan mereka sebagai model peranan, sejajar dengan nilai budaya dan agama bagi memenangi hati dan minda orang bawahan mereka. Tidak ketinggalan juga adalah penting untuk pengurus mewujudkan suasana kekeluargaan di kalanga pekerja mereka kerana ini akan menanamkan rasa komitmen kepada organisasi dalam diri mereka. Pemimpin Melayu perlu menunjukkan pemahaman, keupayaan dan ketekunan mereka berdasarkan ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pembelajaran menerusi minda dan intelek, dan menyatupadukannya dengan ilmu pengetahuan yang berasal daripada wahyu. Golongan generasi baharu Melayu yang berjaya memperoleh keperluan kebendaan dan simbol status baharu mungkin perlu mengimbangi kehidupan mereka dengan rasa komitmen yang diperbaharui kepada agama dengan pencarian kekayaan yang biasanya dihasilkan oleh kuasa perubahan. SUMBER RUJUKAN: 1. Asma Abdullah (2009). Ke Arah Glokal, Dimensi Budaya dalam Pengurusan Malaysia. Institut Terjemahan Malaysia Berhad. 2. Asma Abdullah (1996). Going Glocal. Malaysian Institute of Management. Shah Alam. Malaysia 6