Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

dokumen-dokumen yang mirip
Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Prospektus Tawaran Awam Permulaan (IPO) - Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Pelabur Bijak

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Suruhanjaya Sekuriti TELUS ADIL TERJAMIN CEKAP. Suruhanjaya Sekuriti Securities Commission

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2011

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

Amanah Saham Panduan Pelabur

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta A1489 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2015

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

550/1998], yang disebut Kod ibu dalam Kod ini, dipinda dalam subseksyen 2(1) -

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

TADBIR URUS BAIK UNTUK PEMBANGUNAN

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 1 D.R. 20/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

DASAR ANTI RASUAH RGIS

BAB 14 AUDIT DALAMAN

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (Pindaan 1/2017) MALAYSIA Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017

PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT MENUJU KECEMERLANGAN BILIK LEMBAGA

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI (Pindaan 1/2018) Tarikh Kuat Kuasa: 1 April 2018

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI PEGANGAN. LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Tarikh kuatkuasa: 01 Ogos 2015

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

LONPAC INSURANCE BHD Tinjauan Insurans Euromoney 2010 Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau - Asia

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

Kod pengendalian perniagaan

PERUTUSAN PENGERUSI. iii. Pengenalan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

P.U. (A) 8/2008 AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (MEKANISME PENSTABILAN HARGA) 2008

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

DR. 31/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2009

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

Tinjauan Operasi. Cadangan Korporat

Laporan borang; buku-buku; rekod-rekod dan perakaunan dalaman; arahan

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

KEWANGAN. Penyata Kewangan. 183 Analisis Penyata Kewangan 186 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

Undang-Undang Malaysia

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Kertas Laporan Kepada Bank Negara Malaysia

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

Transkripsi:

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran Isi Kandungan Pengenalan Rasional Pelaksanaan DBR Tiga Prinsip Asas DBR Penzahiran Ketekunan Wajar Tadbir Urus Korporat Jangka Masa Peralihan kepada DBR Langkah-langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Sekuriti Tanggungjawab Pengarah di bawah DBR Penerbitan ini bertujuan memberi pemahaman asas mengenai pengawalseliaan berteraskan penzahiran (DBR) bagi para pengarah syariket. Ia bukan merupakan penerbitan yang menyeluruh mengenai DBR dan tidak bertujuan menggantikan nasihat perundangan atau mengurangkan sebarang tanggungjawab statutori yang dikenakan kepada mereka yang berkenaan di bawah undang-undang sedia ada. Maklumat yang terkandung dalam penerbitan adalah tepat sehingga Januari 2000.

Pengenalan Pasaran-pasaran kewangan wujud untuk memudahkan perolehan dan pengagihan modal. Bagi mencapai matlamat ini, pasaran-pasaran tersebut banyak bergantung kepada keupayaan memupuk kepercayaan dan keyakinan kedua-dua pengguna dan pembekal modal. Keyakinan ini hanya dapat dipupuk dalam suasana di mana harga adalah berpatutan, maklumat penting mudah diperolehi, manakala mereka yang menyalahguna amanah awam dikenakan tindakan sewajarnya. Oleh itu, pengawalseliaan pasaran yang paling sesuai adalah sistem yang memupuk pertumbuhan dan pembangunan di samping memudahkan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang mencabul kepercayaan awam. Sesungguhnya, sistem pengawalseliaan oleh peserta pasaran dan pertubuhan-pertubuhan kawalselia sendiri berserta badan pengawalselia yang cekap telah mewujudkan pasaran-pasaran yang paling matang, stabil dan mempunyai tahap mudah hurai yang tinggi di merata dunia. Sewaktu penubuhannya pada bulan Mac 1993, Suruhanjaya Sekuriti telah mewarisi rejim atau sistem pengawalseliaan berteraskan merit (MBR). Pada tahun 1996, Suruhanjaya Sekuriti memutuskan bahawa peralihan kepada pengawalseliaan berteraskan penzahiran (DBR) adalah satu kemajuan yang perlu bagi menjadikan pasaran modal lebih cekap dan mencapai tahap sebuah pasaran yang unggul dan berwibawa setanding dengan pasaran antarabangsa. Dalam persekitaran MBR, Suruhanjaya Sekuriti mengawalselia penawaran sekuriti dengan membuat penilaian terhadap merit pelaburan dan harga sekuriti yang ditawarkan. Pengawalselia berperanan sebagai pelindung dalam menilai kemeritan sekuriti yang akan ditawar dan bertindak sebagai pengimbang antara pihak yang memerlukan dana dan pihak yang ingin melabur. Dalam persekitaran DBR, tanggungjawab menilai merit sesuatu sekuriti itu terletak atas para pelabur yang sedar akan risiko ke atas wang yang mereka laburkan. Para pelabur menilai dan menentukan merit pelaburan bagi sesuatu tawaran manakala Suruhanjaya Sekuriti mengawalselia penzahiran maklumat penting. Gambaran yang lebih jelas mengenai perbezaan antara MBR dan DBR ialah dalam aspek terbitan dan tawaran sekuriti di pasaran utama oleh syarikat-syarikat awam (lihat Jadual 1).

Jadual 1 : Perbandingan Penawaran Sekuriti di Pasaran Utama dalam Persekitaran MBR dan DBR. Rasional Pelaksanaan DBR Dalam usaha ke arah pelaksanaan DBR, Suruhanjaya Sekuriti terus memainkan peranan penting dalam memberi arah haluan berhubung perkara-perkara dasar dan dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan mengenai sekuriti. Peranan Suruhanjaya adalah untuk memastikan bahawa insentif dan struktur pasaran adalah selaras dengan kecekapan, kesaksamaan dan kestabilan. Selain dari penekanan yang lebih yang diberikan kepada perlindungan pelabur, peralihan kepada DBR akan: meningkatkan kecekapan pasaran dengan menghapuskan kelemahan yang wujud dalam persekitaran MBR; memupuk piawaian penzahiran, ketekunan wajar dan tadbir urus korporat yang lebih tinggi serta akauntabiliti di kalangan penganjur dan pengarah syarikat awam serta penasihat mereka kepada pelabur; dan menggalakkan disiplin pasaran dalam penetapan harga dan penilaian sekuriti. Matlamat untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan pasaran sekuriti boleh dicapai menerusi DBR dengan memastikan bahawa: Kemasukan syarikat-syarikat ke pasaran modal menerusi tawaran awal bergantung kepada penzahiran sepenuhnya dengan tepat berserta maklumat relevan dan kena pada masanya supaya para pelabur dapatmembuat keputusan yang berasaskan maklumat mengenai pelaburan tersebut; dan

pengaliran maklumat yang berterusan dan kena pada masanya mengenai hal-ehwal syarikat-syarikat yang saham diniagakan kepada awam supaya pasaran sekuriti sekunder beroperasi dengan cekap dan para pelabur mendapat maklumat yang secukupnya. Dalam mengawalselia penzahiran, Suruhanjaya Sekuriti akan terus memperkukuhkan fungsi pengawasan dan penguatkuasaan untuk memastikan pematuhan ke arah meningkatkan integriti pasaran dan perlindungan pelabur. Tiga Prinsip Asas DBR DBR mengandungi tiga prinsip asas yang, jika tersemai dengan kukuh dalam budaya korporat setiap syarikat awam, akan tentu menyumbang kepada kecekapan, kematangan dan kestabilan pasaran modal kita. Tiga prinsip asas DBR adalah: Penzahiran Ketekunan Wajar Tadbir Urus Korporat Pada asasnya, peralihan kepada DBR daripada MBR bermakna pasaran modal bergerak ke persekitaran yang sebahagian besar dikawal oleh pengawalseliaan sendiri, piawaian penzahiran dan ketekunan wajar serta amalan-amalan tadbir urus korporat yang tinggi. Penzahiran Adalah menjadi tanggungjawab para pengarah syarikat awam memastikan bahawa segala maklumat penting yang diperlukan oleh orang ramai untuk membuat keputusan mengenai pelaburan diberi dengan tepat, sepenuhnya dan kena pada masanya. Dalam menzahirkan maklumat tersebut, para pengarah hendaklah bertanya diri sendiri soalan-soalan berikut: Adakah terdapat sebarang maklumat penting yang tertinggal? Adakah mana-mana bahagian daripada maklumat itu mengelirukan? Adakah maklumat itu lengkap dan tepat? Para pelabur bergantung kepada maklumat yang disediakan apabila membuat keputusan di mana dan bila mereka harus melabur wang mereka. Maklumat diperlukan apabila sekuriti baru ditawar di pasaran utama. Maklumat juga diperlukan apabila berurusniaga dalam sekuriti yang sudahpun diniagakan di pasaran sekunder. Justeru itu, penzahiran maklumat memanfaatkan para pelabur dengan memudahkan keputusan dibuat mengenai pelaburan. Syarikat-syarikat yang berhasrat untuk menawarkan sekuriti kepada orang awam perlu menzahirkan sepenuhnya maklumat mengenai hal-ehwal syarikat dan sekuriti yang ditawarkan, dalam dokumen penawaran atau prospektus. Bagi syarikat awam yang tersenarai, kewajipan penzahiran ditetapkan melalui Peraturan Penyenaraian bursa-bursa saham.

Ketekunan Wajar Dalam menyediakan maklumat untuk penzahiran kepada orang ramai, para pengarah syarikat awam perlu mengendalikan kajian ketekunan wajar bagi mengesahkan bahawa maklumat yang akan dikeluarkan adalah tepat dan kena pada masanya. Ketekunan wajar adalah satu proses di mana penyiasatan dijalankan bagi memastikan segala maklumat yang bakal dizahirkan adalah benar, mencukupi dan kena pada masanya. Perhatian yang wajar hendaklah diberi untuk memastikan bahawa tiada maklumat penting yang tertinggal. Maklumat penting yang dimaksudkan adalah maklumat yang munasabah diharap oleh pelabur rasional bagi memudahkan membuat keputusan tentang pelaburan. Maklumat yang boleh menjejas aktiviti perdagangan dan harga sekuriti syarikat hendaklah diumumkan serta merta. Sehubungan itu, tanggungjawab terletak ke atas pelabur untuk menimbang dan menilai maklumat yang diberikan sebelum membuat sebarang keputusan. Berikutan pindaan-pindaan yang dibuat kepada Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA) pada tahun 1995, yang meletakkan piawaian yang lebih tinggi terhadap tanggungjawab bagi para penganjur, pengarah dan penasihat berkaitan dengan penzahiran, Suruhanjaya Sekuriti telah menerbitkan risalah mengenai Amalan Ketekunan Wajar pada bulan Ogos 1996. Penerbitan tersebut bertujuan menerangkan betapa pentingnya ketekunan wajar, terutamanya memandangkan liabiliti jenayah yang terletak ke atas mereka yang bertanggungjawab bagi mengemukakan cadangan-cadangan kepada Suruhanjaya Sekuriti di bawah Seksyen 32 SCA. Pada bulan Mac 1999, satu lagi risalah mengenai "Garis Panduan Ketekunan Wajar Mengenai Penyerahan Cadangan Kepada Suruhanjaya Sekuriti" telah diterbitkan. la diterbitkan bersama Persatuan Bank?Bank Saudagar di Malaysia, Persatuan Syarikat-Syarikat Awam Tersenarai, MIA, MACPA, dan MAICSA. Risalah ini, dalam menghuraikan proses ketekunan wajar, memberi penerangan kepada soalan-soalan berikut: Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kajian ketekunan wajar? Siapakah yang perlu dimasukkan dalam sesuatu Kumpulan Kerja Ketekunan Wajar (DDWG)? Apakah sepatutnya bidang tugas dan peranan DDWG? Apakah metodologi yang dipakai dalam mengendalikan kajian ketekunan wajar? Risalah tersebut juga menyertakan satu senarai semak ketekunan wajar bagi tawaran awam permulaan dan menerangkan dengan jelas peranan dan tanggungjawab berbagai pihak yang terlibat dalam kajian berkenaan.

Tadbir Urus Korporat Penzahiran maklumat penting yang kena pada masanya, tepat dan telus merupakan satu komponen penting bagi memastikan tadbir urus korporat yang tinggi. Lembaga pengarah syarikat perlu mengamalkan sikap terbuka mengenai perniagaan-perniagaan yang dikendali mereka, termasuklah ketelusan dalam aktiviti-aktiviti dan urusniaga korporat. Ini adalah penting supaya para pemegang saham dapat melaksanakan hak mereka secara membina. Bagaimanapun, mereka hanya dapat melakukan demikian jika mereka diberi maklumat yang relevan. Selain dari pematuhan undang-undang dan peraturan yang menjadi salah satu aspek bagi memastikan para pengarah memenuhi tanggungjawab fidusiari mereka dengan betul, terdapat juga kod-kod amalan terbaik yang harus dipatuhi oleh para pengarah. Antara kod-kod yang perlu dipatuhi adalah Kod Mengenai Tadbir Urus Korporat Malaysia, yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Kewangan Mengenai Tadbir Urus Korporat, dan Kad Etika Pengarah Syarikat yang diterbitkan oleh Pendaftar Syarikat. Jangka Masa Peralihan kepada DBR Peralihan kepada DBR akan mengambil masa selama lima tahun di bawah tiga fasa, bermula pada tahun 1996, dengan DBR sepenuhnya dijangka dicapai menjelang tahun 2001. Garis kasar mengenai jangka masa dan tumpuan peralihan ini diterangkan di bawah: Jadual 2: Jangka Masa bagi Peralihan daripada MBR ke DBR.

Langkah-langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Sekuriti Suruhanjaya Sekuriti kini berada dalam Fasa 2 peralihan kepada DBR. Semasa Fasa 1, perubahan paling ketara adalah kelonggaran yang diberi untuk penentuan harga sekuriti di bawah tawaran awam permulaan dan terbitan hak berasaskan faktor pasaran yang ditetapkan oleh syarikat, serta para penasihat dan penaja jamin mereka. Di bawah Fasa 2, Suruhanjaya Sekuriti terus menilai cadangan-cadangan korporat seperti yang diamalkan di bawah Fasa 1, hanya is tidak campur tangan dalam perkara-perkara berikut, asalkan prinsip-prinsip dan keperluan yang ditetapkan di bawah "Polisi dan Garis Panduan Terbitan/Tawaran Sekuriti" dipatuhi: Penentuan harga sekuriti untuk kebanyakan jenis cadangan korporat; Penilaian aset, sama ada bagi tujuan memasukkan lebihan penilaian semula ke dalam akaun atau sebagai asas untuk pertimbangan pembelian bagi menyokong perolehan; dan Penggunaan hasil yang diperolehi daripada penerbitan segala jenis sekuriti untuk aktiviti teras syarikat. Dalam Fasa 3, Suruhanjaya Sekuriti akan menilai cadangan cadangan korporat berdasarkan perspektif mutu maklumat yang dizahirkan dalam dokumen-dokumen awam. Perlindungan pelabur akan terus menjadi tanggungjawab utama Suruhanjaya Sekuriti, dan dalam hal ini, penekanan yang lebih akan diberikan kepada pematuhan dan penguatkuasaan. Berikut adalah langkah-langkah utama yang diambil sehingga kini oleh Suruhanjaya Sekuriti dalam peralihan kepada DBR sepenuhnya : Pindaan kepada Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 Pindaan kepada Akta Perindustrian Sekuriti 1983 Pindaan kepada Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 Pengenalan, dan seterusnya pindaan kepada, "Polisi dan Garis Panduan Terbitan/Tawaran Sekuriti" (1995, 1997 dan 1999) Penerbitan Garis Panduan Amalan Ketekunan Wajar (1996) Pengenalan Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia (1998) yang baru Pengenalan Peraturan Suruhanjaya Sekuriti (Skim Unit Amanah) 1996, dan Garis Panduan Dana Unit Amanah (1997, dengan Nota Amalan pada tahun 1998 dan 1999)

Penubuhan Bursa Dagangan Sekuriti & Sebut Harga Automasi Malaysia (MESDAQ) yang beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip DBR sepenuhnya (1997) Penubuhan Jabatan Pengawasan dan Pematuhan Pelaporan Kewangan dalam Suruhanjaya yang bertanggungjawab memantau piawaian pelaporan kewangan syarikatsyarikat awam tersenarai (1998); dan Penerbitan Laporan Tadbir Urus Korporat oleh Jawatankuasa Kewangan yang merangkumkan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (1999). Tanggungjawab Pengarah di bawah DBR Peralihan ke arah DBR bermakna tanggungjawab syarikat syarikat dan para pengarah dan penganjur mereka akan meningkat. Mereka dikehendaki membuat penzahiran maklumat yang sepenuhnya, tepat dan keno pada masanya kepada para pelabur, menerima pakai amalanamalan terbaik tadbir urus korporat dan mempunyai pemahaman mendalam mengenai dasar, kaedah dan peraturan Suruhanjaya Sekuriti. Para pengarah syarikat awam dikehendaki menjalankan kewajipan mereka dengan lebih integriti dan lebih berhati-hati, memandangkan tanggungjawab jenayah yang diletakkan kepada mereka jika didapati bersalah kerana melanggar undang-undang sekuriti. Pada dasarnya, mereka bertanggungjawab bagi sebarang pelanggaran undang undang dan peraturan sekuriti. Di bawah Seksyen 32B (4) SCA, sesiapa yang melanggar subseksyen (1) atau subseksyen (3) dianggap telah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah. Subseksyen (1) menyentuh tentang penzahiran maklumat yang tidak benar atau yang mengelirukan serta penyorokan maklumat penting manakala subseksyen (3) menyentuh tentang keperluan untuk memberitahu Suruhanjaya tentang maklumat yang mengelirukan atau tidak lengkap yang telahpun dikemukakan.