'Orang kuat' baru AMP Pengalaman beri bantuan guaman jadi pembuka mata

dokumen-dokumen yang mirip
Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Koperasi Pengangkutan

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN KOPERASI JABATAN PERDANA MENTERI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

SENARAI TUGAS GURU BESAR

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM 2016 PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

MENGEMBANGKAN KEKAYAAN A N DA DI KOTA SINGA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

SIARAN MEDIA PRESS RELEASE KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH :

Bab 7: Struktur Sistem

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

Puan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Kebangsaan. Profesor Madya Hadijah Rahmat, Pengerusi, Jawatankuasa Anugerah Persuratan

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

NO. SOALAN: 263 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA PERTANYAAN DARI PAD A BERTULIS DATO' IR. NAWAWI BIN AHMAD [ LANGKAWI]

Program Team Building dikalangan pegawai kanan UTM

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN INKLUSIF

Kesetiaan kepada Syarikat

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

TEKS UCAPAN OLEH: MAJLIS: SEMINAR PEMBANGUNAN KAPASITI USAHAWAN BUMIPUTERA PADA: TEMPAT:

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pencalonan Universiti Sains Malaysia

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM 2014 PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat am seperti berikut : 1.2 Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM);

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2017

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

PERSATUAN ALUMNI SMTI 88/89 NO.2 JALAN NOVA U5/92C TAMAN SUBANG BESTARI SHAH ALAM SELANGOR No. Pendaftaran: PPM

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 27 JULAI 2017

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis,

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

Pada tahun 2005 nama Anugerah ini telah ditukarkan kepada Anugerah Pendidik Sanjungan (APS). Tahun ini merupakan tahun kelapan pelaksanaan APS USM.

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

Satu hari nanti, semua kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik.

MEMBANGUNKAN BUDAYA KESUKANAN

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

Transkripsi:

'Orang kuat' baru AMP Pengalaman beri bantuan guaman jadi pembuka mata Seorang doctor gigi kanak-kanak dan seorang peguam dilantik sebagai anggota baru lembaga pengarah Angkatan Karyawan Islam (AMP) selepas mesyuarat agung tahunan ke-23 badan itu Disember lalu. NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) mewawancara mereka - Dr Md Badrun Nafis Saion dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim. DEKATI MASYARAKAT: Meskipun dalam tugas harian beliau banyak berurusan dengan syarikat korporat, Encik Zhulkarnain menganggap penglibatannya dalam kerja pro bono peluang mendekati dan menyumbang kepada masyarakat. - Foto-foto KHALID BABA, TUKIMAN WARJI 1/3 11 May 2015 NUR ADILAH MAHBOB BAK langit dengan bumi. Itulah perbezaan profil dua klien dalam kes berasingan yang ditemui peguam Encik Zhulkarnain Abdul Rahim di pejabatnya pada satu hari yang sama pada 2011. Seorang daripada mereka anggota kerabat diraja Brunei dan kesnya melibatkan jutaan dolar. Seorang lagi pula daripada Biro Bantuan Guaman dan kesnya ditangani Encik Zhulkarnain secara pro bono atau percuma. "Saya ingat lagi bahawa klien kedua itu hamper tidak ada duit pun untuk dating ke pejabat saya.

"Pengalaman itu menyedarkan saya bahawa meskipun ramai sudah berjaya, kita tidak harus lupa ada yang masih perlukan pertolongan, baik bantuan guaman mahupun bantuan sosial," kata Encik Zhulkarnain, rakan kongsi di firma Rodyk & Davidson LLP. Beliau, 34 tahun, lulus daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2005 dan pada 2009, mendapat sijil perbankan dan kewangan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Pada 2013 beliau lulus cemerlang dalam kursus Sarjana Undang-Undang (Perbankandan Kewangan Islam) dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan muncul dalam senarai dekan sebagai antara pelajar terbaik. Di Rodyk & Davidson, tugas khusus Encik Zhulkarnain ialah dalam bidang penimbang taraan dan pertikaian antarabangsa. Pada 2011 beliau mula tertarik menyumbang kembali kepada masyarakat dan melibatkan diri dalam kerja pro bono di Biro Bantuan Guaman di bawah Kementerian Undang-Undang. "Dalam tugas harian saya, saya lebih banyak berurusan dengan syarikat korporat. Oleh itu, tugas pro bono memberi saya peluang mengendalikan kes kemasyarakatan, termasuk kes di Mahkamah Syariah," ujarnya. Ternyata, tugas itu menjadi titik permulaan bagi pelibatan seterusnya dalam masyarakat. KLINIK GUAMAN Bersama beberapa peguam lain, Encik Zhulkarnain mengadakan klinik guaman setiap bulan di Masjid Al- Mukminin di Jurong East sejak 2011. Tahun kemudiannya pula beliau juga menjadi sukarelawan dalam Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan pernah menjadi anggota lembaga pengarahnya. Pada 2013 beliau mula melibatkan diri dalam Angkatan Karyawan Islam (AMP) hinggalah dilantik menjadi anggota lembaga persatuan tersebut pada Disember lalu. "Apa pun badan yang saya pilih untuk sertai, baik dalam aspek perundangan mahupun sosial, pendidikan dan perniagaan, perlu ada pengkhususannya, "ujar Encik Zhulkarnain. Selain itu, beliau juga merupakan anggota Jawatankuasa Amalan Syariah dalam Persatuan Undang- Undang. "Masa berharga kepada saya. Anda boleh katakana sebagai seorang peguam saya ini dalam perniagaan menjual masa kepada klien. "Dalam meluangkan masa bagi kerja kemasyarakatan, saya perlu ambil pendekatan strategic dan pastikan tidak ada duplikasi. "Oleh itu dalam soal memanfaatkan masa, saya berpegang kepada moto 'make money or make good' (buat baik atau buat kebaikan)," ujar bapa tiga anak berusia enamt ahun, empat tahun dan satu tahun itu. "Pelantikan anggota lembaga baru ini sejajar dengan konstitusi AMP mengenai pembaharuan sendiri dan memberina fas baru kepada lembaga badan ini. Kami juga ingin terus memandang kehadapandan fikirkan apa lagi yang kami boleh lakukan pada masa akan datang. Dua anggota lembaga baru kami juga boleh menyumbang dalam pelbagai cara untuk memperkukuhkan AMP. Encik Zhulkarnain Abdul Rahim

daripada latar belakang guaman, jadi beliau boleh menggunakan kemahirannya menyumbang kepada AMP dalam aspek guaman. Dr Md Badrun Nafis Saion pula daripada sector kesihatan. Dengan kepakarannya dalam isu kesihatan, beliau boleh menyumbang kepada AMP dalam bidang itu. Dari semasa kesemasa apabila kami melantik anggota baru, kami juga melihat pada kemahiran dan bakat mereka selain bagaimana mereka boleh menyumbang kepada usaha kami." - Pengerusi AMP, Encik Azmoon Ahmad.

'Orang kuat' baru AMP Turut sumbang melalui sukan angkat berat Seorang doctor gigi kanak-kanak dan seorang peguam dilantik sebagai anggota baru lembaga pengarah Angkatan Karyawan Islam (AMP) selepas mesyuarat agung tahunan ke-23 badan itu Disember lalu. NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) mewawancara mereka - Dr Md Badrun Nafis Saion dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim. IMBANGI MASA: Dr Badrun terus memastikan beliau mengimbangi masa bagi meluangkannya bersama keluarga sambil menyumbang kembali kepada masyarakat dan terus bergiat dalam sukan angkat berat. 1/2 11 May 2015 NUR ADILAH MAHBOB DR Md Badrun Nafis Saion boleh dikatakan sekarang antara 'orang kuat' yang memikul beberapa tanggungjawab berat. Sejak dilantik sebagai anggota lembaga Angkatan Karyawan Islam (AMP) Disember lalu, doctor gigi kanak-kanak itu kini perlu lebih bijak mengimbangi masanya untuk keluarga, kerjaya dan sebagai jurulatih sukan angkat berat. Dr Badrun, 40 tahun, pendaftarkanan di Unit Pergigian Pediatrik Pusat Pergigian Nasional Singapura (NDCS), aktif dalam sukan tersebut sejak 2000. WAKIL SINGAPURA DALAM PERTANDINGAN Beliau kini melatih sekitar 12 orang berusia antara 18 tahun dan 40 tahun yang giat bertanding. Baru tahun lalu, Dr Badrun sendiri mewakili Singapura dalam satu pertandingan sukan itu di Hongkong.

"Saya melihat pelibatan saya dalam AMP sebagai menyumbang kembali kepada masyarakat Melayu/Islam. Pelibatan dalam sukan angkat berat pula untuk menyumbang kembali kepada masyarakat sukan dan di peringkat nasional," ujarnya. Dr Badrun lulus ijazah sarjana muda pergigian dari Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2000. Beliau kemudian meraih biasiswa SingHealth untuk meneruskan pengajian dalam doctor pergigian klinikal dengan pengkhususan dalam pergigian kanak-kanak di Universiti Melbourne di Australia. Beliau pulang ke Singapura pada 2009. Pelibatannya dalam AMP bermula pada 2011 apabila beliau menghadiri satu siri perbincangan fokus yang diadakan menjelang Konvensyen AMP pada 2012. Sejak dilantik menjadi anggota lembaga AMP, beliau berharap dapat menyumbang sejajar dengan kepakarannya dalam bidang penjagaan kesihatan. "Saya berharap dapat memberi perspektif sebagai seorang karyawan penjagaan kesihatan," ujarnya. Antara lain, Dr Badrun berharap dapat bekerjasama dengan AMP bagi memupuk kesedaran tentang kesihatan gigi dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak prasekolah. Selain itu, beliau ingin melihat lebih banyak dilakukan untuk pendidikan bagi kanak-kanak, khususnya yang berasal daripada keluarga kurang bernasib baik. "Sebagai doctor gigi kanak-kanak, saya kadangkala merawat kanak-kanak yang boleh dikatakan terbiar dan tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada keluarga mereka, baik dari segi pendidikan mahupun pemakanan. Ini boleh menjejas masa depan mereka," ujar Dr Badrun, yang juga Ketua Perkhidmatan Pergigian Masyarakat SingHealth yang membantu menyelia klinik pergigian di bawah kumpulan itu. Beliau sendiri bapa lima anak berusia antara 11 tahun dan empat tahun dua daripada perkahwinan lepas beliau, seorang hasil perkahwinan sekarang, dan dua anak tiri. Oleh itu, Dr Badrun terus memastikan beliau mengimbangi masa bagi meluangkannya bersama keluarga sambil menyumbang kembali kepada masyarakat dan terus bergiat dalam sukan angkat berat. "Saya berlatih tiga kali seminggu dan amat tegas menjaga masa dan memanfaatkan setiap waktu," ujarnya.