Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya.

dokumen-dokumen yang mirip
KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

PENGAJARAN BERPASANGAN

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTRUMEN PENILAIAN KOMPETENSI KUMPULAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) (JURULATIH)

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Alat Berfikir PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

Unit 5 Pendekatan Tematik

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

TAJUK 7: TEKNIK-TEKNIK MEMBACA. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 2 MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF. Wan Hanim Nadrah Binti Wan Muda

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

Membudayakan Kemahiran Berfikir KEMENTERIAN 1 PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

EARLY RECOVERY KLINIK C&C 1MALAYSIA SG BESI

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

kita tidaklah selalunya seronok dengan keputusan yang telah kita ambil.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Teknologi Pengajaran (2 jam)

ARAHAN: ( )

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI

Laporan Komunikasi Efektif (LMCK1331 Set86) Nama : Ooi Kah Yen No. Matrik : A Tajuk Drama : Akulah Tanggang Peranan dalam drama : Watak Susan

Kementerian Pendidikan Malaysia 2013

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan

CHIA CHONG YANG A143398

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

KEMAHIRAN ASAS MENOLONG

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

Prestasi kerja = Motivasi Kebolehan Kekangan situasi

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Model Pembinaan Kurikulum (Model Objektif & Proses) Nordin Tahir JIP IPG Kampus Ipoh

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

15. Bagaimana pengetahuan yang fiqah dapat. Mengembangkan potensi murid ke tahap maksimum.

MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

MODEL UMUM PENGAJARAN. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

Psikologi kognitif. Sinopsis:

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

Pengurusan Bilik Darjah

Mengenai Kempen Penyertaan Semua Untuk Kemalangan Sifar

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PENDIDIKAN KESIHATAN

INSTRUMEN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS GURU

PENDIDIKAN KESIHATAN

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTRUMEN PENILAIAN KOMPETENSI KUMPULAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) (GURU AKADEMIK)

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

Pembangunan budaya keselamatan di tempat kerja. Sinopsis:

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Transkripsi:

METAKOGNISI (Metacognition) Pengenalan Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya. Contoh: Omar sedar yang dia sedang memandu ke tempat yang belum pernah dia sampai dan jalannya juga sukar, maka dia akan memperlahankan kelajuan pemanduannya untuk memastikan yang dia akan faham dan sampai ke tempat yang ditujunya dengan tepat dan selamat. Proses metakognitif membantu meningkatkan pembelajaran dengan cara membimbing pelajar atau seseorang itu berfikir, membantu seseorang itu menentukan tingkah laku yang akan diambil apabila dia cuba memahami sesuatu keadaan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Definisi Menurut Costa, A.L (1981) metakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui. Dalam pembelajaran metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. Salah satu langkah dalam pengajaran pembelajaran berdaya fikir (fikrah) yang menggunakan strategi penyebatian (infusion) ialah langkah metakognisi. Langkah ini biasanya dilakukan selepas langkah refleksi tentang isi pelajaran yang dipelajari. Langkah metakognisi memfokus kepada aktiviti pelajar untuk menjelaskan apa yang mereka fikir tentang pemikiran dari segi proses berfikir bagi sesuatu kemahiran berfikir yang khusus yang dialami dalam sesi pengajaran pembelajaran sebelumnya. Langkah ini membolehkan pelajar berfikir cara berfikir (students think about their thinking) Apa yang mereka harus huraikan bukannya tentang isi pelajaran dan konsep sesuatu kemahiran berfikir yang dipilih itu, tetapi memberi tumpuan kepada penerangan proses berfikir --- memperihalkan aturan cara berfikir menggunakan sesuatu kemahiran berfikir yang dialami itu sendiri --- thinking about thinking is metacognition

Cara Mengajar Metakognisi Metakognisi tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran. Metakognisi perlu disisipkan dalam kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan. Strategi Metakognisi Pelajar boleh menggunakan strategi metakognisi dan mengawal pembelajarannya melalui proses berikut: - Merancang apa yang hendak dipelajari - Memantau kemajuan pembelajaran diri. - Menilai apa yang pelajari Proses Metakognisi Proses Merancang Proses ini memerlukan pelajar : Meramal apa yang akan dipelajari, Bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan yang akan diperolehi apabila perkara itu dipelajari. Menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi Membuat perancangan dari semasa ke semasa untuk mendapat sesuatu perkara. Proses Memantau Dalam proses pembelajaran pelajar perlu bertanya pada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara berikut: o Adakah ini membawa makna kepada saya? o Apakah soalan yang boleh saya ajukan? o Mengapakah saya tidak memahami cerita ini? o Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? Proses Menilai Pelajar membuat refleksi Apakah tindakan pengubahsuaian yang harus saya ambil? Mengapa saya sukar/mudah menguasai? Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya? Dengan pengetahuan ini pelajar dapat memikirkan strategi yang lebih sesuai untuk menguasai pelajaran baru.

Teori-teori Metakognisi Menurut Howard Gardner (1992), kebolehan mengawal proses berfikir dalam strategi metakognitif ini adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seperti contoh, pelajar yang lebih tua dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari, mengawal dan mengamalkan strategi berfikir berhubung dengan satusatu masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya. Manakala seorang lagi pakar dalam bidang metakognitif iaitu, Beyer di dalam model Functional Thinking nya menyatakan bahawa metacognition adalah merangkumi kebolehan seseorang merancang (planning), memantau (monitoring) dan menilai (assessing) satu-satu keputusan atau idea yang hendak diutarakan. Semakin terkawal proses pemikiran seseorang, semakin baik keputusan yang akan seseorang perolehi. Strategi Meningkatkan Metakognisi Sebagai seorang guru, anda perlu mengetahui strategi-strategi yang boleh diaplikasikan di dalam kelas untuk meningkatkan metakognitif pelajar. Berikut disenaraikan strategi-strategi yang boleh anda gunakan (Sumber: myschoolnet.ppk.kpm.my): 1. Merancang Terdapat 3 peringkat yang perlu dilaksanakan dalam merancang strategi meningkatkan metakognisi iaitu sebelum, semasa dan selepas. Sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dimulakan, guru perlu mengajar atau menunjukkan peraturan yang patut dipatuhi dan strategi serta langkah untuk menangani masalah dan hala tuju yang harus diikuti. Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberikan peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengalaman, proses berfikir dan pandangan tentang tingkah laku mereka. Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta pelajar menilai sejauh mana peraturan yang diajarkan itu dipatuhi.

2. Menyoal Pada Semua Peringkat Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran seseorang. Sebagai guru, anda boleh menggalakkan pelajar agar mengemukakan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu. 3. Memilih Secara Sedar Guru perlu berbincang dengan pelajar tentang pemilihan yang dibuat oleh pelajar dari segi kesan baik dan buruknya sebelum keputusan dibuat. 4. Menilai Berdasarkan Beberapa Kriteria Metakognisi boleh dikembangkan dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka berdasarkan dua atau lebih penilaian. 5. Mengambil kredit Guru meminta pelajar menilai kesan positif dari apa yang mereka lakukan. Melalui cara ini, pelajar akan menyedari tingkah laku yang baik dan akan menerapkan tingkah laku tersebut dalam situasi yang berlainan. 6. Mengelak dari menyatakan Saya tidak boleh Cara yang boleh diaplikasikan ialah pelajar memikirkan beberapa soalan seperti: a) Apakah informasi yang diperlukan? b) Apakah alatan yang diperlukan? c) Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tingkah laku berkenaan? Soalan-soalan ini akan menimbulkan kesedaran tentang pengetahuan batasan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Kesedaran ini akan membangkitkan keyakinan pelajar bahawa mereka boleh melakukannya. 7. Menggalakkan idea daripada pelajar Guru boleh membantu pelajar dengan mengubah pernyataan yang diutarakan oleh pelajar. Contohnya, Apa yang ingin anda katakan ialah... Melalui cara ini, pelajar dibimbing agar menjelaskan, memikirkan semula atau memikirkan idea mereka dengan lebih mendalam.

8. Memberikan label bagi sesuatu tindakan Guru boleh menyedarkan pelajar mengenai tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan yang diambil. Contohnya, guru boleh memuji pelajar dengan ayat berikut, Bagus, anda sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi... 9. Menjelaskan maksud perkataan tertentu kepada pelajar Sebagai seorang guru, pastikan anda menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan setiap perkataan agar pelajar lebih sedar dan bertanggungjawab terhadap impak kata-kata mereka. 10. Main peranan dan simulasi Dengan kaedah main peranan, pelajar dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkah laku secara metakognitif terhadap peranan tersebut. Simulasi pula memberi peluang kepada pelajar untuk memikirkan bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi berlainan. 11. Menyimpan jurnal Galakkan pelajar mencatat pengalaman harian mereka di dalam diari/buku log. Ini dapat membantu mereka mensintesis dan menterjemah fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbol dan grafik. 12. Memberikan teladan Guru hendaklah memberikan teladan yang baik dengan merancang, mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah laku beliau supaya pelajar dapat mencontohinya.