BAB III METODOLOGI. Bab ini membincangkan pendekatan yang digunakan oleh pengkaji serta

dokumen-dokumen yang mirip
BAB V KESIMPULAN. Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang kedapatan atau

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

KAJIAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA DARAT DI PENEMPATAN KAWASAN BANDAR MEJAR AHMAD NORZAINI BIN BADRUN

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Kajian terhadap tahap kepuasan kerja adalah berdasarkan kepada Job

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB I PENDAHULUAN. Kerjaya ketenteraan adalah merupakan salah satu profesion yang tertua wujud di

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA. Analisis Data. 9.1 Sinopsis

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Model Pengurusan Strategik

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

ABSTRAK. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan sebuah organisasi yang. unik jika dibandingkan dengan organisasi/badan-badan beruniform yang lain

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini akan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan rekabentuk kajian,

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Kesetiaan kepada Syarikat

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

ISI KANDUNGAN HALAMAN TAJUK ABSTRAK PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN PERKATAAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Bab 11. JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER (Sumber Rujukan : Pekeliling KPUP 5/2002)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

015/025/035 MATEMATIK

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

FAKTOR-FAKTOR ORGANISASI YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN LATIHAN KELOMPOK: SATU KAJIAN DI REJIMEN ARMOR BAB 1 PENDAHULUAN

Sustainable Education 54

PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH

SOAL SELIDIK. Kurang dari 18 tahun [ ] 19 tahun [ ] 20 tahun [ ] 21 tahun [ ] 22 tahun [ ] 23 tahun [ ] 24 tahun [ ] 25 tahun [ ]

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

NO. K/P - - UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK KENAIKAN PANGKAT BAGI KUMPULAN SOKONGAN TAHUN 200

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

BAB III METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Bab ini membincangkan pendekatan yang digunakan oleh pengkaji serta metodologi yang perlu dilaksanakan di dalam sesuatu proses asas pengumpulan data untuk melaksanakan sesuatu kajian. Sehubungan itu, pengkaji menggariskan susun atur metodologi kajian yang dibangunkan serta kerangka teori yang menerangkan hubung kait samada terdapat hubungan yang signifikan atau sebaliknya terhadap setiap hipotesis yang diuji. Struktur metodologi ini pula dibahagikan mengikut kategori yang terdiri dari aspek seperti pra-ujian (pilottest), reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, prosedur kajian dan analisis data. Selain itu metodologi dari sorotan karya juga digunakan untuk mendapat gambaran yang sebenar terhadap dapatan yang lepas bagi mengukur kesesuaian data serta pembolehubah yang konsisten dapat digunakan di dalam kajian ini. Secara amnya susun atur bab ini adalah seperti di Rajah 3.1. Rajah 3.1 Susun Atur Kajian Metodologi Konsep Model & Hipotesis Reka bentuk Kajian Metod Kajian Analisis Data 31

3.2 KONSEP KERANGKA TEORI Konsep kerangka teori yang digunakan adalah berdasarkan kepada model Technology Mooney Problem Check List (Mooney dan Gordon, 1950) yang berjaya memperincikan masalah individu terutamanya masalah kesihatan dan perkembangan fizikal, masalah kewangan, keadaan hidup dan pekerjaan, masalah aktiviti sosial dan rekreasi, masalah hubungan sosial dan psikologikal, masalah hubungan peribadi psikologikal, masalah rumah tangga dan keluarga, serta masalah penyesuaian terhadap penugasan harian. Sehubungan itu, model ini telah mengenal pasti beberapa struktur teras yang boleh dijadikan sebagai pembolehubah bertahan seperti faktor kewangan, tekanan kerja, sosial dan keluarga yang mempengaruhi disiplin anggota TDM. Manakala pembolehubah bersandar yang paling tepat adalah penyalahgunaan dadah. Berpandukan kepada model teori ini, ianya jelas menunjukkan terdapat hubungan kolaborasi antara beberapa pembolehubah bertahan dengan pembolehubah bersandar di dalam mendapatkan hipotesis yang sebenar. Seterusnya, berasaskan kepada kerangka teori ini telah terhasil terdapat empat hubung kait yang perlu dibuktikan melalui hipotesis yang diuji dan ianya menjadi tumpuan utama dalam kajian ini. Rangka kajian teoritikal untuk kajian ini adalah seperti Rajah 3.2. 32

Rajah 3.2 Kerangka Teori Pembolehubah Pembolehubah Bersandar FAKTOR KEWANGAN H1 FAKTOR TEKANAN KERJA FAKTOR KEADAAN SEKELILING FAKTOR KELUARGA H2 H3 H4 PENYALAHGUNAAN DADAH Konsep kerangka teori ini juga diperkuatkan lagi dengan penggunaan pembolehubah yang berkecenderungan untuk menilai hubungan serta pengaruh pembolehubah bertahan sebagai pendorong kepada sesuatu dapatan di dalam hipotesis. Namun begitu, hipotesis ini terlebih dahulu perlu diperkukuhkan dengan dapatan yang jitu melalui soal selidik (survey) serta diskriptif data analisis yang sempurna. Keputusan atau dapatan hipotesis ini dianalisis bagi membuktikan sekiranya terdapat hubungan yang signifikan antara 33

pembolehubah bertahan dan pembolehubah bersandar seperti yang diterangkan di atas. Hipotesis-hipotesis yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:. Hipotesis Satu. Terdapat perkaitan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor kewangan. Hipotesis Satu adalah bertujuan untuk melihat perkaitan hubungan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor kewangan terhadap anggota TDM. Melalui kajian lepas memperlihatkan individu-individu yang mempunyai masalah kewangan dan keadaan hidup yang tidak selesa mempunyai risiko yang tinggi dalam penglibatan dengan dadah terutama dadah jenis berat (Bursik dan Webb, 1992). Di samping itu juga tindakan individu yang mengambil dadah dengan terlalu kerap turut mendatangkan masalah-masalah kewangan yang mana ia memberi kesan terhadap masalah kemerosotan disiplin seterusnya memberi kesan terhadap prestasi kerja (White, 1991).. Hipotesis Dua. Terdapat perkaitan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor tekanan kerja. Hipotesis Dua adalah bertujuan untuk melihat pertalian di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor tekanan kerja dalam organisasi TDM. Satinder (1980), menyatakan bahawa individu-individu yang 34

menghadapi masalah penyesuaian terhadap tugas biasanya gagal mengatasi cabaran hidup dan merasa akan lebih cenderung melibatkan diri dengan penggunaan dadah untuk mengatasi masalah. Dalam hipotesis ini juga, anggota TDM sering kali dikaitkan dengan masalah stress yang mana menurut Mashor (2003) stress di tempat kerja amat berkait rapat dengan masalah organisasi seperti ketidakhadiran, pusingganti pekerja, prestasi kerja, kemalangan dan kesilapan disebabkan oleh pengambilan alkohol dan dadah.. Hipotesis Tiga. Terdapat perkaitan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor sekeliling. Hipotesis Tiga adalah bertujuan untuk melihat pertalian di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor sosial di dalam organisasi TDM. Melalui kajian Hurlock (1973), kaum remaja akan mengalami gangguan emosi seperti kebimbangan. Gangguan emosi ini berlaku akibat dari kegagalan membuat penyesuaian semasa bertembung dengan situasisituasi baru. Apabila tidak ada penyelesaian yang memuaskan antara individu dengan persekitaran, maka mereka akan dipengaruhi dengan faktor-faktor sosial dan menyebabkan tingkah laku mereka berbentuk menyimpang sehingga boleh menimbulkan masalah kepada pelanggaran undang-undang serta disiplin kepada masyarakat dan negara. Menurut Harre dan Lamp (1983), remaja mula melakukan penyesuaian diri yang 35

lebih kompleks dengan keluarga, teman sebaya dan guru, melalui aktiviti seharian dan kehidupan sosial sesuai dengan perasaannya. Dalam hipotesis ini juga, anggota TDM yang masih baru berkhidmat terutamanya di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Kem Sirusa, Port Dickson yang kini sedang menjalani latihan asas ketenteraan amat terdedah dengan faktor sosial ini, apabila mereka memulakan perkhidmatan di pasukan baru yang mempunyai penempatan di kawasan bandar. Dipercayai faktor sosial akan memberikan impak culture shock kepada anggota-anggota ini dan sekiranya tidak dipantau serta dibimbing, mereka boleh terlibat dengan aktiviti-aktiviti negatif yang menjurus kepada kemerosotan disiplin.. Hipotesis Empat. Terdapat perkaitan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor keluarga. Hipotesis Empat adalah bertujuan untuk melihat terdapatnya hubungan di antara penyalahgunaan dadah dengan faktor keluarga di dalam organisasi TDM. Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak stabil dengan masalah sosial di kalangan remaja. Remaja yang datang dari keluarga yang taraf sosio ekonomi yang rendah antara faktor utama mereka terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah. Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak 36

wujud dalam sebilangan remaja berkenaan. Selain itu bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah yang semakin meningkat juga menyebabkan remaja merasa terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya. Dapatan yang dinyatakan ini adalah bertepatan dengan hujah-hujah dan dapatan kajian Athur & Ericson (1992), Kosterman (1996) yang jelas menunjukkan faktor keluarga merupakan alasan utama menyebabkan penyalahgunaan dadah. Justeru itu dalam hal ini ada kemungkinan bahawa anggota TDM yang masih baru di dalam perkhidmatan mungkin terlibat di dalam kategori ini. Sekiranya hipotesis-hipotesis yang dinyatakan ini dapat dibuktikan, maka satu andaian boleh dibuat supaya usaha-usaha dan langkah-langkah bersepadu yang lebih berkesan perlu dilakukan bagi membenteras kejadian-kejadian penyalahgunaan dadah ini daripada terus berlaku. Di samping itu juga penekanan harus diberikan oleh pihak pengurusan Tim Pemilihan Anggota Lain- Lain Pangkat (LLP) TD di Markas Tentera Darat iaitu di dalam aspek pemilihan remaja yang berkualiti dan ingin menceburi bidang ketenteraan sebagai kerjaya mereka. Selain daripada itu sekiranya proses pemilihan ini berjaya dilaksanakan dengan tepat dan adil, untuk tempoh jangka panjang ianya pasti akan mengurangkan beban setiap lapisan Pemimpin TDM terutamanya untuk mengelakkan faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin agar dapat dibendung dari peringkat awal lagi. 37

Sebaliknya jika hipotesis- hipotesis ini tidak dapat dibuktikan, maka hipotesis ini tidak boleh diterima dan kajian ini akan dijadikan satu penilaian bagi memperbaiki kajian-kajian untuk masa yang akan datang. 3.3 METODOLOGI Kajian ini merupakan suatu kajian deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai alat mengumpul data. Soal selidik ini menggunakan prosedur statistik deskriptif dan ujian korelasi. Kajian ini melihat samada terdapat hubungan antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah bertahan yang melihat kemerosotan disiplin berpunca daripada penyalahgunaan dadah atau sebaliknya. Di samping itu juga kajian ini mengambil kira data-data yang diperolehi dari Cawangan Provos Marsyal Angkatan Tentera Malaysia dan membuat penilaian sebab serta punca utama kenapa anggota-anggota TDM mudah terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan seterusnya pengkaji akan cuba mengkaji segala penyata-penyata yang berkaitan dengan isu tersebut terhadap kajian yang dilakukan ini. Pengkaji juga mendapatkan kombinasi antara data sekunder (Secondary) dan data asas (Primary). Data sekunder akan merangkumi hasil kajian yang lepas serta artikel yang melibatkan perkara-perkara yang hendak dikaji oleh pengkaji. Pengkaji kemudiannya akan menyarankan cadangan tindakan-tindakan yang lebih efektif di dalam usaha mengekang pemasalahan penyalahgunaan dadah ini. 38

3.4 KAEDAH KAJIAN Kajian ini dijalankan secara penyelidikan perpustakaan dan kajian soal selidik di samping menggunakan maklumat serta data-data yang sedia ada bagi melihat bagaimana gejala dadah ini boleh merebak di dalam TDM dan seterusnya membawa kepada kemerosotan disiplin di kalangan warga TDM. Untuk menentukan bahawa soalan-soalan kaji selidik ini sesuai dengan keadaan sampel kajian dan difahami, maka Kajian Perintis sepertimana yang disaran oleh Ananda (2007), dilakukan ke atas 30 sampel kajian yang dipilih di kalangan warga PUSASDA iaitu Perajurit Muda. Ini adalah membolehkan pengkaji mengubah beberapa arahan agar mudah difahami oleh sampel kajian di dalam menjawab soal selidik tersebut. 3.5 TEMPAT KAJIAN Kajian ini ditumpukan kepada anggota tentera yang sedang berkhidmat di kawasan bandar iaitu di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor meliputi beberapa buah kem tentera seperti seperti di Jadual 3.3. 39

Bil Jadual 3.3 Pecahan Tempat Kajian Jumlah Kem Tentera Sampel Catatan 1. Kem Wardieburn (6 RRD) 150 2. Kem Batu Kentonmen (74 KOD) 70 3. Kem Sg Besi(1 RAMD) 150 4. Kem Sungai Buloh (MK 11 Bgd) 100 5. Kem Batu Kentomen (Pusat Tahanan Angkatan Tentera) 30 Jumlah 500 3.6 ALAT KAJIAN Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat pengumpul data. Untuk memenuhi keperluan dalam mengkaji topik ini, beberapa ujian dibuat untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap data-data yang dikumpulkan. Soal selidik ini menggunakan prosedur statistik deskriptif, faktor analisis, ujian statistik Korelasi Pearson, Anova Dua-Hala serta Regresi sebagai alat pengukurannya. Untuk memperolehi data dan maklumat tepat terhadap perkara ini atau sebaliknya dari segi persepsi oleh anggota tentera, soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian soalan telah digunakan dalam kajian ini. Teknik soalan kajian ini telah diadaptasikan dari model soal selidik yang pernah 40

dilaksanakan oleh Mooney, R.L. & Gordon L.V. (1950). Di mana dalam soal selidik tersebut telah dibahagikan kepada beberapa bahagian atau seksyen yang tertentu. Soal selidik yang ditadbirkan kepada responden adalah seperti di Lampiran A. Bahagian-bahagian yang dimaksudkan adalah seperti berikut: 3.6.1 Bahagian A - Soal Selidik Maklumat Peribadi. Bahagian soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang sampel kajian. Butir-butir peribadi yang dimaksudkan adalah seperti umur, etnik, agama, status pendidikan dan status perkahwinan. 3.6.2 Bahagian B - Soal Selidik Mengenai Maklumat Penggunaan Dadah. Bahagian ini mengandungi soalan-soalan mengenai penggunaan jenis-jenis dadah dan masalah-masalah yang menyebabkan sampel kajian mengambil dadah. Ukuran adalah dari segi prevalens, Insidens, dan pola-pola penggunaan. Prevalens pernah guna dadah yang merujuk kepada penggunaan dadah dalam jangkamasa sebelum dan selepas memasuki tentera. Jawapan-jawapan yang disediakan untuk prevalens pernah mengguna dadah adalah dalam bentuk Ya dan Tidak. Jawapan yang disediakan untuk prevalens penggunaan semasa dadah juga digunakan untuk melihat pola penggunaan semasa dadah. Ia berada dalam 7 demensi iaitu penggunaan setiap hari, beberapa kali seminggu, kira-kira sekali seminggu, kira-kira 12 bulan sekali dan tidak sama sekali. 41

Dimensi tidak sama sekali hanya digunakan untuk mengenalpasti sampel kajian yang tidak pernah menggunakan dadah. Ia tidak akan diambilkira oleh pengkaji dalam melihat pola penggunaan semasa dadah. 3.6.3 Bahagian C - Mooney Problem Check List (MPCL). Untuk mengukur masalah yang dihadapi oleh anggota tentera yang menggunakan dadah jenis ringan dan berat adalah berdasarkan kategori kategori bidang masalah dalam Mooney Problem Check List alat ini telah direkabentuk dengan bantuan Gordon pada tahun 1950. Alat ini telah diterjemahkan oleh Jabatan Psikologi UKM pada (1981) dan dibuat oleh En Halim Othman dan Wan Rafie Rahman dengan menggunakan metod Back Translation seperti yang dicadangkan oleh Brislin pada 1973. 3.7 SAMPEL KAJIAN Menurut Zulkifli (2004), kekuatan anggota TD yang sedang berkhidmat di kawasan Wilayah Persekutuan dan Selangor dianggarkan seramai 10,000 anggota. Justeru itu berdasarkan saranan Krejcie dan Morgan (1970), sekiranya populasi itu berjumlah 10,000 orang, maka jumlah sampel kajian yang wajar adalah terdiri daripada 370 anggota tentera. Namun begitu, bagi memastikan jumlah ini diperolehi apabila pungutan semula borang soal selidik dilakukan, pengkaji merancang untuk mengedarkan borang soal selidik ini sebanyak 500 42

unit dengan melibatkan 5 buah pasukan. Mereka ini terdiri daripada pelbagai kor dalam TD yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Sampel kajian dipilih di kalangan anggota-anggota berpangkat Koperal kebawah, berdasarkan dengan keutamaan kepada anggota yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah, anggota yang sedang menjalani hukuman tahanan dan anggota yang tidak pernah mempunyai sebarang rekod kesalahan berkaitan disiplin dan dadah. Selain daripada itu sampel kajian yang dipilih juga terdiri daripada anggota yang pernah mempunyai rekod bahawa mereka pernah terlibat dengan kesalahan pelanggaran undang-undang semasa dalam perkhidmatan. Sungguhpun demikian perkara yang dikawal ialah dari segi pangkat, etnik, umur, taraf pendidikan dan pendapatan bulanan. Kesemua sampel kajian terdiri daripada kaum lelaki sahaja yang berbilang bangsa dan agama serta jawatan dan tugasnya. Pada keseluruhannya mereka berumur antara 18 hingga 25 tahun. Untuk mendapatkan faktor-faktor yang dikehendaki, soal selidik akan ditadbirkan kepada responden berdasarkan keutamaan kepada anggota yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah, anggota yang sedang menjalani hukuman tahanan dan anggota yang tidak pernah mempunyai sebarang rekod kesalahan berkaitan disiplin dan dadah. Untuk mendapatkan bilangan sampel kajian yang diingini, soal selidik akan diedarkan kepada 500 anggota tentera yang berpangkat Koperal, Lans Koperal dan Prebet. Pengkaji membawa kertas soalan kajian dari satu kem ke kem yang lain dan responden menjawab soalan yang diedarkan serentak. Ini adalah untuk 43

mengelakkan daripada kertas soal selidik tidak dikembalikan dengan ke tangan pengkaji sendiri. 3.8 PRA-UJIAN Bagi menentukan bahawa soalan yang akan ditadbirkan adalah sesuai dengan keadaan sampel kajian dan difahami oleh setiap responden, suatu pra-ujian telah buat ke atas dilakukan ke atas 30 responden yang dipilih di kalangan anggota Perajurit Muda, PUSASDA. Mereka ini telah dipilih daripada kalangan populasi kajian. Hasil ini adalah untuk membolehkan pengkaji memperbaiki beberapa arahan atau soalan yang diberikan dalam soal selidik. Selain daripada itu sekiranya terdapat kekeliruan atau kenyataan yang kurang faham sampel boleh bertanyakan terus kepada pengkaji dan soal selidik tersebut dapat diperbetulkan serta-merta. 3.9 PUNGUTAN DATA Soalan kaji selidik adalah merupakan salah satu alat atau instrumen untuk mengumpul data dengan berpandukan kepada beberapa model yang telah dinyatakan di perenggan di atas. Kaedah ini terdapat beberapa kelebihan dalam mengumpul data. Kelebihan yang dimaksudkan adalah mudah untuk mengenal pasti punca sebenar masalah penyalahgunaan dadah terhadap kemerosotan disiplin kepada organisasi TDM. Dalam sesi temuduga pula responden dapat meluahkan pandangan mereka secara peribadi terhadap 44

punca sebenar masalah yang wujud di kalangan rakan-rakan sejawatan dengan mereka. Semua responden dikehendaki menjawab semua soalan yang diajukan. Ini adalah bertujuan agar data mentah yang dikumpulkan dapat diterima dengan baik dan seterusnya untuk dianalisis. 3.10 PROSEDUR KAJIAN Soal selidik akan ditadbirkan kepada responden-responden kajian secara rambang dan terpilih daripada kalangan anggota tentera berdasarkan keutamaan kepada anggota yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah, anggota yang sedang menjalani hukuman tahanan dan anggota yang tidak pernah mempunyai sebarang rekod kesalahan berkaitan disiplin dan dadah. Sampel kajian diberi tempoh masa yang bersesuaian untuk menjawab semua soalan tersebut. 3.11 ANALISIS DATA Soalan-soalan yang digunakan adalah merupakan sebagai alat pengukur seperti yang terdapat dalam rangka kajian juga telah dinyatakan dalam bab ini. Untuk tujuan kajian, terdapat 65 soalan dan tatacara pemberian skor adalah 0 diberikan kepada item yang tidak digaris dan dibulat, skor 1 akan diberikan kepada item yang digaris dan skor 2 diberikan kepada item yang digaris dan dibulatkan. Ini bermakna skor maksimum bagi tiap-tiap kategori masalah kepada 45

anggota ialah 130, manakala skor yang minimum ialah 0. Semakin tinggi skor yang diperolehi, semakin tinggi darjah masalah yang dihadapinya. Hasil skor yang telah diperolehi dari responden akan dimasukkan secara manual ke dalam sistem SPSS Version 12, dengan berpandukan kepada item yang terdapat dalam soal selidik untuk dianalisiskan. Bagi memenuhi objektif kajian, segala data akan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian kesahan analisis, pekali regresi dan analisis kepada varian seperti yang ditunjukkan di jadual 3.4. 46

Jadual 3.4 Ringkasan Analisis Statistik JENIS ANALISIS TUJUAN 1. Deskriptif Analisis: Mean & STD Dev Frequency dan Peratusan Normality Q-Q-Plot - Melihat sifat dan kelakuan responden tentang data yang dikutip melalui peratusan, min, median dan sebagainya. - Mengetahui profil responden. - Melihat taburan sifat data. - Untuk menguji data secara pendekatan statistik. Boxplot - Mengimbas nilai data yang hilang (missing values) dan data yang terkeluar dari julat (outliers). 2. Analisis Faktor (Factor Analysis) KMO Barlett Test - Untuk menentukan kesahan dalaman setiap item di dalam pembolehubah bersandar /bertahan. 3. Ujian Kesahan (Reliability Test) - Untuk mengesahkan kebolehpercayaan dan kesahan item-item pengukur pembolehubah. - Untuk menentukan kebolehpercayaan pembolehubah bersandar dan bertahan. 47

Sambungan Jadual 3.4 JENIS ANALISIS TUJUAN 4. Bivariate Analysis Korelasi Anova - Untuk menganalisis hubungan yang terdapat di antara dua pembolehubah berskala. - Untuk menentukan hubungan faktor-faktor yang menyumbang/mempengaruhi kepada penggunaan dadah oleh anggota TDM dan kemerosotan disiplin. - Untuk melihat dan mendapatkan perbandingan satu pembolehubah bertahan dari segi dua atau lebih pembolehubah bersandar. Dalam kajian ini pembolehubah seperti kewangan, tekanan kerja, keadaan sekeliling dan keluarga merupakan pembolehubah bertahan manakala penyalahgunaan dadah adalah sebagai pembolehubah bersandar. 5. Regresi - Untuk menentukan terdapat dua atau lebih pembolehubah bertahan untuk meramal satu pembolehubah bersandar. 6. Ujian Kualitatif - Secara temuduga bagi mengesahkan ujian kepada hipotesis dan regresi. 3.12 KESIMPULAN Kesimpulannya di dalam bab ini pengkaji telah menerangkan bagaimana sesuatu proses untuk dianalisis iaitu dari data asas (raw) hingga data dimasukkan ke SPSS untuk dianalisis. Dalam bab ini juga diterangkan bagaimana sesuatu responden itu dipilih dan instrumen yang digunakan sebagai alat pengukuran bagi menilai faktor-faktor yang boleh mempengaruhi anggota TDM seperti 48

kewangan, tekanan kerja, sosial dan keluarga yang boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah. Justeru, terdapat empat hipotesis yang boleh dikaji dan dihasilkan untuk dianalisa dalam bab ini berpandukan kepada beberapa pembolehubah bersandar dan bebas. Dalam Bab IV kita akan melihat hasil kajian yang telah dibuat melalui proses SPSS. Hasilnya nanti, kita akan dapat melihat samada pembolehubahpembolehubah tersebut mempunyai kaitan atau sebaliknya. 49