Kod pengendalian perniagaan

dokumen-dokumen yang mirip
Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

DASAR ANTI RASUAH RGIS

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Polisi Privasi. Pengenalan

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Kesetiaan kepada Syarikat

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Tatakelakuan. Pembekal

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

BAB 14 AUDIT DALAMAN

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Tata Kelakuan Perniagaan

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

PENYEMAKAN TATAETIKA 2015 [KAJIAN SEMULA 1]

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

ROPER TECHNOLOGIES, INC.

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Toll Group Kod Amalan Membantu anda menghayati Cara Toll

Transkripsi:

KOD PENGENDALIAN PERNIAGAAN PRINSIP-PRINSIP TINDAKAN KITA PRINSIP-PRINSIP ORGANISASI KITA DASAR-DASAR KITA Kod pengendalian perniagaan Kod pengendalian perniagaan

Kandungan 01 Pengenalan 02 Pematuhan undang-undang dan peraturan 05 Mengelakkan konflik kepentingan 06 Perhatian kepada orang dan alam sekitar 08 Perlindungan aset-aset Kumpulan 09 Keadilan dalam pelaporan kewangan 10 Kepentingan kawalan dalaman/audit dalaman 11 Pelaksanaan prosedur dan pencabulan Prinsip-prinsip Tindakan Kita Prinsip-prinsip Organisasi Kita Dasar-dasar Kita > Dasar-dasar Kumpulan > Peraturan-peraturan Kumpulan > Kod pengendalian perniagaan Oktober 2004

PENGENALAN 1 Keberanian, ketulusan, komitmen, timbang rasa terhadap orang lain dan keprihatinan terhadap kepentingan Kumpulan merupakan asas falsafah pengurusan kita. Setiap pekerja to delete the words dan pegawai dikehendaki menunjukkan komitmennya kepada nilai-nilai ini. Ini adalah cara kita membina kepercayaan di semua peringkat organisasi. Dipetik daripada Prinsip-prinsip Tindakan. Sebagai lanjutan Prinsip-prinsip Tindakan, kod pengendalian perniagaan ini dibentuk untuk menetapkan standard kelakuan yang tertentu bagi semua pekerja dan pegawai Kumpulan Lafarge serta semua orang yang membekalkan barangan dan perkhidmatan bagi pihak Kumpulan atau pelbagai entitinya seperti wakil, agen dan perunding. Peraturan-peraturan ini tidak merangkumi semua isu yang mungkin timbul tetapi menetapkan prinsip-prinsip asas untuk memberi panduan kepada semua pekerja dan pegawai dalam melaksanakan kewajipan perniagaan mereka. Peraturan-peraturan ini haruslah disesuaikan, mengikut keadaan, berdasarkan undang-undang dan peraturan tempatan atau sama ada kod pengendalian perniagaan tempatan perlu digunakan. Walau bagaimanapun, sekiranya adat atau dasar tempatan bercanggah dengan Kod ini, pekerja atau pegawai mestilah mematuhi Kod. Jika terdapat manamana aspek Kod yang tidak jelas atau tidak cukup terperinci, pekerja haruslah bertanya penyelianya bagaimana mengendalikan situasi tersebut. Akhir sekali, disebabkan prinsip-prinsip tertentu yang ditetapkan dalam Kod ini berpunca daripada tugas-tugas perundangan dan peraturan, kegagalan mematuhi aspek tertentu Kod ini boleh mengakibatkan pesalah menghadapi liabiliti sivil atau jenayah. Semua pekerja dan pegawai, tidak kira apa jua jawatan mereka, mestilah mematuhi, dalam lingkungan tanggungjawab mereka, peraturanperaturan yang diterangkan di bawah, yang membentuk sebahagian daripada kewajipan biasa mereka iaitu kesetiaan dan kejujuran, dan memastikan peraturan-peraturan ini juga dipatuhi oleh semua orang dalam pasukan mereka atau yang berada di bawah penyeliaan mereka.

2 PEMATUHAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN Pematuhan undang-undang ialah prinsip asas dalam dasardasar Kumpulan. Semua pekerja dan pegawai dikehendaki menghormati dan mematuhi undangundang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan mereka. Disebabkan oleh kehadirannya di banyak negara di seluruh dunia, operasi Kumpulan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan di banyak negara dan organisasi supranasional seperti Kesatuan Eropah. Disebabkan Lafarge ialah syarikat yang ditubuhkan di Perancis dan disenaraikan di Perancis dan Amerika Syarikat, undang-undang Perancis dan/atau Amerika Syarikat mungkin dalam keadaan tertentu, dilanjutkan kepada semua entiti Kumpulan di samping undangundang tempatan. Tambahan pula, Kumpulan telah membuat komitmen tertentu pada peringkat antarabangsa berhubung dengan pematuhan dan promosi garis panduan seperti perlindungan hak asasi manusia, kebebasan berpersatuan, penghapusan buruh paksa, penghapusan buruh kanakkanak, penghapusan diskriminasi dalam bidang buruh dan pembangunan mampan. Walaupun bukan semua pekerja dan pegawai dijangka akan mengkhusus dalam pelbagai undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan aktiviti perniagaannya, adalah penting untuk mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk mengetahui bila khidmat nasihat rakan-rakan sekerja atau pihakpihak ketiga diperlukan. Di samping mematuhi undangundang dan peraturan-peraturan yang berkaitan, semua kakitangan dan pegawai dikehendaki melaksanakan tanggungjawab mereka dengan tulus dan memenuhi standard tertinggi perlakuan profesional dalam urusan mereka dengan pelanggan-pelanggan, pembekalpembekal, rakan-rakan kongsi Kumpulan atau badan-badan kerajaan. Para pekerja dan pegawai haruslah memastikan bahawa semua rakan kongsi dan pembekal diberi layanan secara adil, kriteria pemilihan adalah objektif dan telus seperti kualiti, kos atau tarikh akhir penghantaran berhubung dengan pembekal tertentu.

PEMATUHAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 3 Kepatuhan kepada undangundang persaingan dan perdagangan Persaingan diperlukan untuk mencapai kecekapan ekonomi dan merupakan unsur penting ke arah perusahaan bebas yang menjadi pegangan Kumpulan. Kebanyakan negara telah melaksanakan undang-undang persaingan yang melarang amalan tidak adil seperti pakatan sulit, dominasi pasaran yang tidak adil, lambakan Lafarge telah menetapkan dasar Kumpulan untuk isu persaingan dan perdagangan yang mematuhi peraturan-peraturan berkaitan yang diamalkan di pelbagai negara di mana ia beroperasi. Dasardasar ini meringkaskan peraturanperaturan persaingan dan perdagangan yang wujud di tempat-tempat utama di dunia, menentukan prinsip-prinsip dan strategi-strategi yang dihasilkan oleh Kumpulan dan termasuk program-program latihan dan kajian semula sama ada aktiviti yang dilaksanakan oleh entiti-entiti Kumpulan mematuhi undangundang. Ringkasan peraturan-peraturan utama mengenai persaingan dan perdagangan boleh diperolehi di laman web www.lafarge.com. Sekiranya berlaku pelanggaran, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pekerja dan pegawai yang berkenaan mengikut undangundang dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. Semua pekerja dan pegawai yang terlibat dalam isu persaingan dan perdagangan mesti mengambil maklum tentang dasardasar Kumpulan mengenai undangundang persaingan dan perdagangan dan mematuhi dasar-dasar tersebut semasa menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Setiap pekerja dan pegawai mesti merujuk kepada penyelia berkaitan bagi sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan dasar-dasar berkenaan dalam situasi-situasi individu dan memaklumkan Jabatan Perundangan Kumpulan dengan segera sekiranya mereka menerima sebarang notis atau komunikasi lain daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap isu undang-undang persaingan dalam sesebuah negara atau di bawah sesebuah organisasi supranasional. Kepatuhan kepada undang-undang berkaitan amalan korup Adalah dilarang bagi sesiapa sahaja untuk menawarkan, menjanjikan atau memberi ganjaran kewangan atau kelebihan lain yang tidak wajar, sama ada secara langsung atau melalui orang tengah, kepada pegawai awam dan/atau swasta, untuk mendapatkan layanan istimewa atau mempengaruhi keputusan sesuatu perundingan yang Kumpulan menaruh minat. Perlakuan sedemikian menyalahi undang-undang di kebanyakan negara dan akan mencabuli konvensi antarabangsa untuk memerangi rasuah di kalangan pegawai awam asing yang berkuatkuasa di banyak negara. Pekerja atau pegawai yang memberi rasuah semasa bertugas boleh dikenakan penalti jenayah dan ditamatkan perkhidmatan.

4 PEMATUHAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN Kepatuhan kepada undang-undang berkaitan perdagangan orang dalam Sebarang maklumat bukan awam yang mungkin mempengaruhi harga pasaran saham Lafarge perlu dirahsiakan sehingga diumumkan oleh orang yang diberi kuasa berbuat demikian mengikut peraturan-peraturan bursa saham yang berkenaan. Mana-mana pekerja atau pegawai yang berpeluang mengetahui maklumat bukan awam yang boleh mempengaruhi harga saham Lafarge mesti merahsiakan maklumat berkenaan dan elakkan daripada membuat sebarang transaksi saham-saham tersebut sama ada untuk akaun sendiri atau akaun pihak ketiga. Menggunakan maklumat bukan awam untuk tujuan faedah kewangan peribadi atau untuk memberi ramalan kepada orang lain yang mungkin membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat tersebut bukan sahaja bercanggahan dengan peraturan tingkah laku Kumpulan tetapi juga menyalahi undangundang. Peraturan-peraturan berkaitan perdagangan orang dalam merangkumi semua transaksi saham atau sekuriti lain bagi syarikat-syarikat dalam Kumpulan yang disenaraikan di bursa saham, tertakluk kepada sebarang peraturan tertentu yang mungkin digunapakai di bursa saham berkenaan atau diterbitkan oleh syarikat-syarikat tertentu. Sebagai sebahagian daripada dasar Kumpulan berkaitan perdagangan orang dalam, para pengarah, pekerja dan pegawai yang mungkin berpeluang mendapat maklumat istimewa semasa menjalankan tugas mereka dikehendaki menandatangani perjanjian khas untuk mematuhi peraturan-peraturan berhubung perkara ini, yang diamalkan oleh entiti-entiti dalam Kumpulan.

MENGELAKKAN KONFLIK KEPENTINGAN 5 Hubungan dengan pesaing, pelanggan atau pembekal Konflik kepentingan wujud apabila kepentingan peribadi seseorang bercanggah dengan kepentingan Syarikat dalam sesuatu urusan profesional. Konflik kepentingan timbul apabila pekerja, pegawai atau ahli keluarga mereka mempunyai hubungan perniagaan dengan pesaing, pelanggan atau pembekal Kumpulan dalam konteks perundingan atau prestasi sesuatu perjanjian atau semasa melaksanakan sesuatu tugasan untuk entiti Kumpulan. Penerimaan pendahuluan, pinjaman, jaminan atau perkhidmatan demi mempengaruhi sesuatu keputusan yang akan diambil oleh Kumpulan juga merupakan konflik kepentingan, begitu juga jika pekerja atau pegawai bekerja secara serentak untuk pesaing, pelanggan atau pembekal atau mempunyai kepentingan yang ketara dalam syarikat-syarikat berkenaan. Setiap pekerja dan pegawai mesti mengelakkan situasi-situasi konflik kepentingan dengan mengelakkan daripada memperolehi kepentingan kewangan secara tetap dengan pesaing, pelanggan atau pembekal Kumpulan di luar aktiviti profesionalnya. Oleh sebab konflik kepentingan tidak selalunya jelas, setiap pekerja atau pegawai perlu merujuk kepada Ketua Penasihat Undang-undang Unit Perniagaannya, Bahagian atau pada peringkat Korporat jika terdapat keraguan dalam situasi tertentu. Bayaran, hadiah dan faedah Pekerja dan pegawai tidak sepatutnya menerima sebarang hadiah, bayaran atau faedah lain daripada pesaing, pelanggan atau pembekal Kumpulan. Walau bagaimanapun, pekerja dan pegawai dibenarkan menerima hadiah yang nilainya tidak berlebih-lebihan, tidak terdiri daripada hadiah wang tunai, yang selaras dengan amalan perniagaan biasa dan tidak melanggar sebarang undang-undang atau peraturan. Penglibatan politik Kumpulan menghormati hakikat bahawa pekerja dan pegawainya, sebagai warganegara, menyertai atau mungkin berhajat untuk menyertai aktiviti komuniti. Walau bagaimanapun, semua pekerja dan pegawai berkaitan perlu mengelak daripada melibatkan Kumpulan, sama ada secara moral atau kewangan, dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Tambahan pula, pekerja atau pegawai yang terlibat dalam proses membuat keputusan oleh Kerajaan, agensi kerajaan atau badan awam mesti mengelak diri daripada mengambil bahagian dalam keputusan yang dibuat oleh badan tersebut yang membawa kesan kepada Kumpulan (seperti pemberian lesen, pemberian kuasa atau kontrak pemerolehan).

6 PERHATIAN KEPADA ORANG DAN ALAM SEKITAR Kesihatan dan keselamatan Kesihatan dan keselamatan pekerja dan pegawai merupakan keutamaan Kumpulan. Semua pekerja dan pegawai berhak untuk bekerja dalam persekitaran yang selamat dan sihat serta diharapkan dapat menyertai usaha-usaha sedemikian dengan bertindak secara bertanggungjawab. Dasar Kesihatan dan Keselamatan Kumpulan merangkumi semua pekerja, pegawai, subkontraktor dan pembekal perkhidmatan lain. Dasar sedemikian dikendali dan dipantau secara aktif untuk memperbaiki keadaan keselamatan dan kesihatan pekerja, pegawai dan sub-kontraktor secara berterusan. Setiap pekerja dan pegawai mesti menjalankan tugas mereka sejajar dengan peraturan-peraturan kesihatan dan keselamatan yang digunapakai di tempat kerjanya dan menyertai program latihan yang dianjurkan dari semasa ke semasa. Teks penuh dasar Kesihatan dan Keselamatan Kumpulan boleh diperolehi di laman web www.lafarge.com Mengelakkan tindakan berdiskriminasi dan gangguan Kepelbagaian pekerja dan budaya dalam Kumpulan merupakan aset yang penting. Sebagai sebahagian daripada komitmen majikan, Kumpulan berazam untuk menawarkan pekerja dan pegawainya peluang yang sama dari segi penghargaan, kemajuan dan laluan kerjaya, tidak kira tempat asal atau kepercayaan mereka dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang diskriminasi atau apa jua gangguan. Contoh-contoh termasuklah komen yang menghina berdasarkan kaum, etnik, ciri-ciri jantina, umur atau agama, atau pengamalan sikap tidak adil berdasarkan konotasi jantina. Sikap-sikap sedemikian dilarang dalam Kumpulan. Teks penuh dasar Penggajian Kumpulan boleh diperolehi di laman web www.lafarge.com.

PERHATIAN KEPADA ORANG DAN ALAM SEKITAR 7 Alam Sekitar Sebagai sebahagian daripada komitmennya berhubung dengan pembangunan mampan, Lafarge telah, untuk beberapa tahun, mengintegrasikan aspek alam sekitar dalam strategi dan budayanya. Komitmen Kumpulan dalam hal ini merangkumi aspek-aspek mengurangkan perubahan iklim, pemuliharaan alam semula jadi, penggunaan tenaga dan sumber semula jadi yang lebih cekap, mengurangkan penghasilan buangan, pelepasan gas berbahaya dan pembuangan air, mengekalkan warisan, landskap, dan kepelbagaian biologi. Dasar Alam Sekitar Kumpulan mentakrifkan komitmen Kumpulan terhadap operasinya, pembangunan tapak greenfield dan projek pengubahsuaian utama, sumber-sumber, latihan dan penyelidikan, pemerolehan, pengawasan produk dan hubungan dengan para pemegang amanah. Setiap pekerja dan pegawai mesti, dalam lingkungan tugasnya, menyertai usahausaha dan komitmen Kumpulan dengan mematuhi peraturan-peraturan yang dikenakan dan dasardasar alam sekitar Kumpulan. Setiap pekerja atau pegawai mesti melapor kepada orang yang bertanggungjawab untuk urusan-urusan ini, sebarang kegagalan mematuhi atau pendedahan yang mungkin berlaku mengikut pengetahuannya. Teks penuh dasar Alam Sekitar Kumpulan boleh diperolehi di laman web www.lafarge.com

8 PERLINDUNGAN ASET-ASET KUMPULAN Ketepatan dan perlindungan maklumat Pengurusan yang baik bagi Kumpulan memerlukan maklumat yang boleh dipercayai disampaikan kepada penerima yang dibenarkan, untuk membolehkan mereka melaksanakan analisis dan kawalan yang objektif. Ia juga bererti maklumat sedemikian harus dilindungi dan dikekalkan sebagai sulit. Maklumat sulit termasuklah semua maklumat strategik, teknikal kewangan atau perniagaan seperti formula, proses, kepakaran industri, rancangan-rancangan industri atau perniagaan, rancangan-rancangan kewangan dan strategik, unjuran kewangan, perundingan perniagaan, kajian pemasaran atau fail-fail pelanggan dan pembekal yang bukan awam di mana pendedahannya boleh membawa kesan buruk kepada Kumpulan. Begitu juga maklumat peribadi mengenai pekerja dan pegawai Kumpulan, pelanggan dan pembekal mestilah diurus dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang pindaan atau pendedahan tidak wajar, mengikut undang-undang yang digunapakai. Kewajipan untuk memelihara maklumat sulit juga dikenakan atas maklumat yang diterima daripada rakan kongsi Kumpulan, dan ia berterusan walaupun selepas tamat perkhidmatan. Perlindungan aset dan sumber Kumpulan Setiap pekerja dan pegawai bertanggungjawab terhadap penggunaan aset dan sumber Kumpulan secara teliti dan melindungi aset dan sumber tersebut.. Ini termasuklah harta intelektual seperti rahsia perdagangan, paten, cap dagang serta pemasangan, peralatan dan aset serta sumber-sumber kewangan Kumpulan. Aset-aset dan sumber-sumber ini mestilah digunakan sejajar dengan aktiviti perniagaan syarikat atau dalam set rangkakerja, oleh pelbagai entiti dalam Kumpulan. Mereka tidak boleh digunakan untuk perniagaan bukan-syarikat kecuali dalam kes di mana penggunaannya telahpun dibenarkan secara eksplisit mengikut prosedur-prosedur yang mantap. Akhirnya, setiap pekerja dan pegawai perlulah berazam untuk melindungi aset Kumpulan agar tidak bertambah buruk, diubahsuai, ditipu, hilang atau dicuri.

KEADILAN DALAM PELAPORAN KEWANGAN 9 Ketulusan dalam pelaporan kewangan penting untuk memastikan pengurusan teliti dalam Kumpulan serta keadilan dan ketepatan dalam pendedahan kewangan. Rekod, buku dan akaun serta penyata kewangan pelbagai entiti Kumpulan mestilah memberi gambaran tepat mengenai transaksi yang dilaksanakan oleh entiti-entiti tersebut dan mematuhi keperluan perundangan yang berkaitan, prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum dan sistem kawalan dalaman Kumpulan. Begitu juga dengan maklumat perakaunan dan kewangan yang disediakan di bawah prosedur pelaporan Kumpulan yang mesti menunjukkan pendedahan penuh dan tepat kedudukan kewangan entiti-entiti yang berkaitan. Pekerja dan pegawai yang menyediakan rekod perakaunan mestilah berbuat demikian dengan tepat, jujur dan memastikan setiap catatan didokumenkan seperti yang sepatutnya. Setiap dan semua pekerja dan pegawai dikehendaki mematuhi peraturan dan garis panduan yang berkaitan dengan tempahan dan dokumentasi invois, perbelanjaan dan perkara-perkara lain yang memerlukan penerangan dalam buku. Dana atau aset yang tidak direkodkan tidak harus dikekalkan kecuali dibenarkan oleh undangundang atau peraturan yang berkaitan, dan dikaji semula oleh juruaudit luar, mengikut prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum. Peraturan dan prosedur yang berkaitan dengan rekod perakaunan diterangkan dalam dasar-dasar kewangan Kumpulan. Laporan berkala yang diterbitkan oleh Lafarge atau entiti-entiti lain dalam Kumpulan atau laporan yang disediakan untuk pihak kerajaan mestilah memberikan pendedahan penuh, adil, tepat, menurut masa dan boleh difahami tentang situasi Kumpulan atau entiti-entitinya.

10 KEPENTINGAN KAWALAN DALAMAN/AUDIT DALAMAN Kawalan dalaman memainkan peranan yang penting dalam syarikat. Ia bertujuan memberi jaminan yang wajar kepada pengurusan Kumpulan mengenai kebolehpercayaan maklumat kewangan dan perniagaan, perlindungan aset, pematuhan peraturan dan peraturan dalaman dan prosedur serta kecekapan dan kerelevenan pengurusan dan pemantauan operasi Kumpulan. Tanggungjawab terhadap penubuhan, pelaksanaan dan pengurusan berterusan proses kawalan dalaman terletak pada pengurusan setiap Unit Perniagaan serta pengurusan Kumpulan. Proses-proses ini termasuklah pengekalan keadaan kawalan yang sewajarnya, penilaian risiko umum dan kewangan, penyempurnaan kawalan, pengkongsian maklumat di dalam dan di luar Kumpulan serta pemantauan umum proses tersebut. Audit dalaman menjalankan penilaian bebas ke atas proses kawalan dalaman dan memantau pelaksanaan syor-syor pada setiap entiti Kumpulan. Prinsip dan prosedur yang mentadbir kawalan dalaman dan audit dalaman diterangkan dalam dasar Kumpulan dan Piagam Audit yang berkaitan. Semua pekerja dan pegawai Kumpulan mesti bekerjasama dengan orang yang melaksanakan kawalan dalaman atau prosedur audit dan memberi maklum balas yang sewajarnya kepada permintaan maklumat. Selanjutnya, adalah dilarang untuk menghalang proses kawalan dalaman dan audit dalam apa jua keadaan, termasuk proses yang dilaksanakan oleh juruaudit luar, atau untuk menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan perkara ini.

PELAKSANAAN PROSEDUR DAN PENCABULAN 11 Pelaksanaan Pelaksanaan peraturan pengendalian perniagaan adalah berdasarkan organisasi dan prosedur-prosedur yang menggabungkan kefleksibelan dan konsistensi. Setiap entiti Kumpulan bertanggungjawab untuk melaksanakan peraturan-peraturan ini dengan mengambil kira sebarang kekangan tempatan yang boleh dikenakan akibat daripada undangundang dan peraturan-peraturan tempatan atau status perundangan pekerjanya. Sebagai tambahan, program-program latihan dan prestasi dirancang berhubung dengan topiktopik tersebut di peringkat Kumpulan. Kumpulan juga berusaha untuk memulakan persekutuan perniagaan/perkongsian dengan pelanggan, pembekal dan rakan industri yang mempunyai prinsip yang sama. Kewaspadaan Pekerja perlu pastikan bahawa peraturan-peraturan ini dipatuhi oleh diri mereka dan pekerja lain. Satu talian khas disediakan untuk membolehkan pekerja melaporkan pencabulan Kod yang diperhatikan. Sekiranya perlu, identiti pekerja yang melaporkan pencabulan akan dirahsiakan. Tiada entiti dalam Kumpulan dibenarkan mengambil tindakan balas terhadap pekerja yang melaporkan pencabulan tanpa sebarang niat buruk. Pendekatan yang dicadangkan jika terdapat keraguan Dalam situasi tertentu, keperluan untuk membuat keputusan yang mematuhi peraturan-peraturan pengendalian perniagaan Kumpulan mungkin didapati sukar atau rumit. Dalam situasi begini, adalah penting untuk mempunyai cara tertentu untuk mengendalikan isu-isu yang berbeza: (colon mark) Pastikan anda mempunyai semua fakta: adalah lebih baik untuk mempunyai maklumat sepenuhnya sebelum membuat keputusan. Tanyalah diri anda apa sebenarnya yang diharapkan daripada anda: ini membolehkan anda membezakan antara objektif dan kaedah untuk mencapai objektif tersebut serta mempertimbangkan pilihan yang anda ada. Jelaskan peranan dan tanggungjawab anda: dalam kebanyakan situasi, terdapat tanggungjawab yang dikongsi bersama. Bincangkan isuisu dengan rakan sejawat anda. Bincangkan masalah dengan penyelia anda: ini merupakan panduan asas untuk semua situasi. Ingat, penyelia anda bertanggungjawab untuk membantu menyelesaikan masalah. Dapatkan bantuan daripada sumber Kumpulan: jika anda ragu-ragu tentang pelaksanaan undangundang atau peraturan tertentu, anda boleh berhubung dengan sumber perundangan Kumpulan. Tanyalah penyelia anda, jabatan perundangan yang mana anda perlu hubungi dalam situasi anda. Oleh kerana Kumpulan adalah tertakluk kepada pelbagai undangundang dan peraturan, anda mungkin diarahkan kepada penasihat undang-undang luar.

12 PELAKSANAAN PROSEDUR DAN PENCABULAN Pencabulan Kod Kod ini menetapkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pekerja dan pegawai dalam lingkungan tugas mereka. Keterangan lanjut prinsip-prinsip tertentu dalam Kod ini dihuraikan dalam dasar-dasar, piagam-piagam and kod perlakuan lain yang disediakan oleh Kumpulan atau entiti-entitinya mengikut topik tersebut. Pekerja dan pegawai digalakkan membaca dasar-dasar ini dan dikehendaki berbuat demikian jika mereka terlibat dalam mana-mana topik tersebut semasa menjalankan tugas mereka. Jika terdapat sebarang soalan berkenaan pelaksanaan peraturan pengendalian perniagaan dalam situasi tertentu, pekerja dan pegawai dikehendaki berhubung dengan penyelia mereka yang akan memaklumkan Jabatan Perundangan. Dalam kes di mana situasi menyukarkan pekerja untuk berhubung dengan penyelianya, talian khas yang disediakan hendaklah digunakan. Kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Kod akan dianggap sebagai salah laku dan pekerja atau pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan undangundang menurut undang-undang dan peraturan yang berkaitan.