PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

dokumen-dokumen yang mirip
PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUALITATIF

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES KAJIAN. Nordin Tahir

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

MELAKSANA (KUALITATIF) PENELITIAN TINDAKAN KELAS

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

OBJEKTIF PENGENALAN

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Padankan. Padankan. Padankan

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGAJARAN BERPASANGAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN NORDIN TAHIR IPIP

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

Model Pengurusan Strategik

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

ARAHAN: ( )

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR. Nordin Tahir, IPG Ipoh

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR

Laporan Komunikasi Efektif (LMCK1331 Set86) Nama : Ooi Kah Yen No. Matrik : A Tajuk Drama : Akulah Tanggang Peranan dalam drama : Watak Susan

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Transkripsi:

TAJUK 7 PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA 7.1 Sinopsis Tajuk ini disusun bagi membolehkan pelajar mengetahui kaedah-kaedah yang boleh digunakan bagi mengumpulkan data dalam Kajian Tindakan. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kelemahan. Ia digunakan mengikut kesesuaian berdasarkan fokus kajian yang dijalankan. 7.2 Hasil Pembelajaran i. Menjelaskan kaedah-kaedah kajian tindakan ii. Mengaplikasi Kajian Tindakan dalam bidang pendidikan. 7.3 Kerangka Konsep Tajuk 7 DIARI PEMERHAT IAN DOKUMEN JURNAL TEMU BUAL SLAID KAEDAH PENGUMPUL AN DATA SENARAI SEMAK REKOD ANEKDOT RAKAMAN PORTFOLIO LOG FOTO NOTA LAPANGAN 63

7.3.1 Kaedah Pengumpulan Data Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan tindakan sperti yang terdapat di dalam kerangka konsep. 7.3.1.1 Pemerhatian Pemerhatian adalah suatu kaedah penyelidikan yang penting. Kaedah itu memerlukan pengkaji mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman situasi yang luas untuk membuat pemerhatian situasi yang sebenar. Lazimnya, pemerhatian melibatkan bukan sahaja aktiviti meneliti situasi atau kejadian tetapi juga aktiviti berfikir secara original dan kritikal. Ia memerlukan pengkaji yang mempunyai kecekapan mengesani peristiwa yang signifikan. Maka, ia adalah satu aktiviti di mana kemahiran tinggi pengkaji sangat diperlukan. 7.3.1.1.1 Kebaikan Menjalankan Pemerhatian (a) Aspek-aspek sahsiah yang penting biasanya dapat ditentukan dengan lebih berkesan melalui pemerhatian. Setiap tingkah laku seseorang secara langsung dibandingkan kajian melalui soal selidik atau temu bual. (b) Aspek-aspek fizikal sesebuah bangunan, seseorang pelajar, atau seseorang guru biasanya dapat dikaji dengan membuat pemeriksaan, ukuran, taksiran, dan bandingan dengan satu-satu piawai melalui pemerhatian langsung. (c) Pemerhatian secara langsung diperlukan bagi mengkaji aktiviti-aktiviti fizikal seperti permainan, sukan, dan kerja amali. (d) Pemerhatian bilik darjah boleh digunakan oleh penyelidik untuk membuat analisis terhadap keberkesanan sesuatu pengajaran dan cara memperbaikinya. 7.3.1.1.2 Pemerhatian secara langsung (direct observation) Pemerhatian boleh dilakukan tanpa atau dengan bantuan alatan teknikal seperti mencatatkan nota tentang pergerakan guru dan pelajar ataupun merakamkan pemerhatian dengan menggunakan alat instrumen seperti borang pemerhatian; alatan electronik seperti perakam video, kamera atau pita rakaman audio. Bahan sokongan atau bantuan pemerhatian itu boleh digunakan sebagai sumber 64

yang berguna untuk menganalisis data selepas pemerhatian. aspek-aspek yang perlu sebelum melakukan pemerhatian 7.3.1.1.3 Tumpuan pemerhatian Beberapa persoalan perlu diambil perhatian sebelum melakukan pemerhatian. Antaranya ialah: Siapakah yang akan membuat pemerhatian? Siapa atau apa yang akan diperhatikan? Di tempat-tempat manakah pemerhatian akan dilaksanakan? (elok adakan pemerhatian di beberapa tempat dan situasi untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat) Bilakah pemerhatian akan dijalankan? (elok adakan pemerhatian pada masa-masa yang berlainan untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat) Bagaimanakah pemerhatian itu akan dicatatkan atau dirakamkan? Apakah prosedur yang patut diikut untuk memastikan pemerhatian itu boleh dipercayai (reliable) dan ada keesahan (valid)? Apakah teknik pemerhatian yang paling sesuai untuk keadaan bilik darjah yang dikaji? (Eloklah data-data penting yang dikutip semasa pemerhatian mesti dicatat dengan serta merta sekurang-kurangnya dalam bentuk nota) 7.3.1.1.4 Panduan Untuk Melaksanakan Pemerhatian Pengajaran Dalam Kelas. Terangkan dengan tepat perkara-perkara berikut: Apa yang dikatakan oleh guru atau pelajar? Apa yang dilakukan oleh guru atau pelajar? Apakah tugas-tugas yang diberikan kepada pelajar-pelajar dan muka surat buku teks yang diguna? Gunakan singkatan untuk perkataan yang sentiasa digunakan (contohnya: P untuk pelajar, G untuk guru). 65

Dalam kaedah ini, selalunya pemerhati menggunakan diagram atau borang tertentu. Contohnya pemerhati menyediakan borang tentang apa yang ingin diperhatikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada sikap pelajar, cara dan teknik guru mengajar atau sebagainya dan borang ini akan ditanda oleh pemerhati itu sendiri semasa tempoh P & P itu berlangsung. Selepas pemerhatian, semakan perlu dilakukan untuk membetulkan kesilapan yang dibuat atau untuk membuat komen. Nota tambahan nota dipelukan bagi menyatakan perasaan akan sesuatu peristiwa atau sesuatu idea baru. Bezakan catatan yang menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku dan tafsiran yang dibuat mengenai sesuatu situasi. 7.3.2 Dokumen Dokumen adalah segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu (Noeng, 2000; Nana, 2005; Sudarwan, 2005). Analisis dokumen digunakan untuk membantu penyelidik mendapatkan data secara objektif melalui dokumen serta tidak memerlukan kehadiran informan dan juga dapat memberikan data yang konsisten kerana segala data diperoleh secara tersurat dan dapat digunakan untuk memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang diperoleh daripada analisis soal selidik (Frankel, 2007). Penggunaan dokumen dalam penyelidikan adalah mendukung dan menambah bukti daripada sumber-sumber lain. Terdapat tiga penggunaan kaedah dokumen dalam penyelidikan:- a) Membantu memeriksa data-data yang telah dikumpulkan b) Dapat menambah rincian khas lainya guna mendukung maklumat daripada sumber-sumber lain, jika bukti dokumen bertentangan dan bukanya mendukung, penyelidik mempunyai alasan untuk mengkaji lebih jauh tentang kajian yang sedang dilaksanakan c) Inferensi dapat dibuat dari dokumen-dokumen (Robert, 1996). 7.3.3 Temubual Temubual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. 66

Seringkala dalam kajian, ada banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian, dokumentasi ataupun catatan dairi seseorang. Pengkaji perlu berhubung melakukan hubungan "face-toface" Dalam Kajian Tindakan, peserta-peserta yang penting ditemubual adalah 1. murid-murid sekolah, 2. guru-guru yang mengajar matapelajaran yang sama, 3. rakan sejawat yang sesekolah, 4. pihak pentabir sekolah (contohnya: guru besar, penolong kanan) dan 5. pemerhati yang turut serta dalam kajian. Mereka perlu ditemubual untuk mengetahui perasaan dan pendapat serta sikap mereka terhadap kajian dan tindakan yang diambil. Misalnya, apabila pengkaji ingin mengetahui perasaan pelajar-pelajar secara mendalam atau meneroka idea mereka, maka adalah penting pengkaji itu berhubung dengan peserta untuk tujuan soal jawab; berbual-bual ataupun berbincang. 7.3.3.1 Kebaikan Menjalankan Temu bual a. Sesuai bagi responden yang tidak boleh membaca atau yang mempunyai kecerdasan yang terhad. b. Seseorang itu biasanya lebih suka bercakap daripada menulis. c. Mudah bagi penyelidik menerangkan tujuan sesuatu soalan untuk mendapat jawapan yang tepat daripada responden. d. Keikhlasan seseorang responden memberi jawapan dapat dilihat daripada perbincangan berdepan. e. Responden tidak dapat membetulkan semula jawapan yang telah diberikan terdahulu jika soalan yang berikutnya boleh mendorong responden mengubahsuai jawapan yang telah diberikan. 7.3.3.2 Perancangan untuk Menemu Bual a. Tentukan tujuan dan maklumat yang hendak diperolehi daripada responden. 67

b. Sediakan rangka soalan dengan teratur dan komen-komen yang boleh meransang responden mengeluarkan maklumat c. Tentukan cara mencatat jawapan yang diberikan. 7.3.3.3 Perkara yang Dititikberatkan Semasa membuat Temubual a. Mendapatkan kerjasama daripada kumpulan atau orang perseorangan yang ditemubual. Oleh itu penyelidik perlu memupuk hubungan baik dengan responden. Ini memerlukan kemahiran dan kesenian seseorang. b. Mengemukakan soalan-soalan yang menarik dan yang boleh meransang responden member komen dan penerangan c. Alat yang digunakan merakam jawapan sepatutnya tidak mengalih perhatian responden. 7.3.3.4 Cara Mencatat Atau Merakam Jawapan Temu bual a. Menggunakan alat rakaman yang boleh mengekalkan keaslian jawapan responden seperti memperdengarkan nada suara seseorang samada beremosi atau tidak. b. Catatan jawapan boleh dibuat secara serentak atau selepas temubual dilakukan. Kedua-dua cara mempunyai kebaikan dan kelemahan. Cara pertama boleh member catatan yang lengkap tetapi boleh mengganggu responder sementara cara kedua boleh memberi kesan sebaliknya. Walau apa cara pun, penyelidik harus membuat berapa latihan. c. Penemu bual mungkin tidak perlu mencatat jawapan-jawapan yang diberikan oleh responden tetapi membuat penilaian terhadap pendapat mereka. Dalam hal ini, adalah baik jika penilaian dibuat selepas temubual dijalankan atau seiepas mendengar semula rakaman yang dibuat. 7.3.3.5 Jenis-jenis Teknik Temubual Lazimnya, terdapat dua teknik temubual iaitu temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur. i. Teknik Temubual Berstruktur Temubual berstruktur adalah aktiviti perbualan dan soaljawab di mana bentuk dan kandungan soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang yang tertentu 68

sahaja. Misalnya, satu sin soalan yang bertujuan mendapatkan maklumat tentang cara guru membetulkan kesilapan ejaan pelajar dibentuk atau gubah terlebih dahulu agar pengkaji dapat menyoal peserta atau respondan secara sistematik. Contohnya: adakah anda membetulkan semua kesilapan ejan pelajar adakah anda pernah mendenda pelajar yang membuat kesilapan ejaan? jika ada, apakah denda yang anda gunakan? siapakah pelajar yang selalu didenda? ii. Teknik Temubual Tidak Berstruktur Temubual tidak berstruktur merupakan aktiviti perbualan dan soaljawab yang mementingkan penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapatkan fakta-fakta tertentu. Soalan-soalan terbuka (open-ended questions) dikemukakan dan pelbagai jawapan boleh diperolehi dan peserta atau respondan. Contohnya: adakah apa-apa yang anda hendak beritahu kepada kami apakah perasaan anda pada masa itu? mengapa anda rasa begitu? apakah pandangan atau pendapat anda? Kelebihan teknik temubual tidak berstruktur ini adalah is memberi peluang pengkaji meneroka secara mendalam dan memberi kesempatan kepada peserta mengambil masa berfikir, berbualbual dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri. Adakalanya, peserta boleh meminta penjelasan dan pengkaji ataupun menyoal pengkaji. 69

Temubual tidak berstruktur itu lazimnya diadakan dalam situasi yang tidak formal. Pada masa temubual itu, pengkaji boleh juga melakukan pemerhatian tentang tingkahlaku peserta dan memberi komen serta menyoal secara spontan iaitu tidak menggunakan soalan yang telah disediakan terlebih dahulu. 7.3.3.6 Cara Merekod Temubual Semasa mengadakan temubual adalah penting pengkaji mengambil tindakan merekod dialog atau perbualan melalui cara-cara tertentu. Pengkaji boleh menggunakan rakaman audio kalau pita rakaman itu tidak mengganggu aktiviti atau situasi temubual. Pengkaji boleh juga mengambil masa membuat catatan rengkas kata-kata atau jawapan peserta dan jika perlu transkrip temubual boleh diperolehi kemudian sebagai bahan sokongan kajian temubual yang lebih teliti. Rekod-rekod mengenai tarikh, situasi dan kandungan soalan dan jawapan dalam temubual itu eloklah disimpan dalam diari pengkaji. Boleh berlaku samada secara individu iaitu pemerhati dengan pelajar atau pun guru atau secara berkumpulan iaitu terdiri daripada 3 atau 4 orang untuk memudahkan sesi temubual. Sebaiknya rakaman perbualan dilakukan atau pun boleh hanya dicatat pada kertas. 7.3.4 Senarai Semak, Soal Selidik Dan Inventori Senarai semak merupakan satu lagi contoh borang siasatan. Senarai semak mengandungi satu senarai butiran untuk diperiksa oleh responden. Responden tidak perlu memberi pertimbangan. Mereka hanya perlu memberi fakta sebenar. Senarai semak ialah satu rangkaian jawapan kepada soalan. Senarai semak yang sesuai digunakan harus bersifat terbuka dan kurang berstruktur. Soal selidik pula adalah satu set soalan yang diberikan kepada orang lain dan meminta mereka menjawabnya. Dalam soal selidik tersebut terdapat beberapa soalan dan pilihan jawapan atau pertanyaan. Manakala inventori ialah senarai pernyataan tentang situasi yang mungkin bersetuju atau tidak. Antara kategori yang terdapat di dalamnya ialah seperti : sangat setuju - setuju - tidak yakin - tidak setuju - sangat tidak bersetuju. 7.3.4.1 Panduan membina senarai semak 70

a. Kaji beberapa senarai semak yang telah dirancang oleh penyelidik yang lepas dan tentukan butiran yang diperlukan dalam kajian. b. Susun butiran itu mengikut kategori yang dikelaskan berdasarkan struktur logikal atau psikologikal. Butiran yang berkaitan dikelaskan bersama. c. Empat cara menyusun butiran senarai semak ialah: Menyenaraikan semua butiran yang terdapat dalam satu-satu. Misalnya: Tandakan (^) di ruang kosong bagi aktiviti yang terdapat di sekolah tuan.sukan, kebun, pementasan, muzik, perbahasan dan sebagainya. Minta responden memberi jawapan ya/tidak. Misalnya: "Adakah sekolah anda mempunyai Persatuan Pelajar? Ya! Tidak" Minta responden memberi tanda (^) bagi kenyataan positif. Misalnya: "Sebahagian pelajar wanita di sekolah ini beragama Islam... ( )" Bulatkan atau gariskan jawapan yang sesuai bagi kenyataan yang diberikan. Misalnya: "Persatuan muzik mengadakan perjumpaan: setiap minggu, dua minggu sekali, setiap bulan, tidak tentu masa". (c) Butiran yang mempunyai ciri pengasingan (diskriminasi), misalnya: "Adakah sekolah anda mempunyai perpustakaan?" Diperbaiki menjadi: "Adakah sekolah anda mempunyai perpustakaan yang mengandungi sekurang-kurangnya sebuah buku bagi seorang pelajar?" (d) Senarai semak mestilah lengkap dan komprehensif. 7.3.5 Rakaman Pita Video Dan Transkrip Rakaman sangat berguna apabila memerlukan rakaman data yang spesifik iaitu seperti butir-butir percakapan komunikasi antara pelajar dan guru semasa sesi pembelajaran. 71

Penggambaran video untuk Kajian Tindakan memerlukan bantuan seorang rakan kajian (research partner) untuk melaksanakan sesi penggambaran. Penggambaran video dapat mengesan data-data yang berupa perlakuan guru, perlakuan pelajar atau fakta-fakta lain yang gagal dikesan oleh guru. Rakaman Pita juga berguna untuk mengukur dan menilai kegiatan seseorang individu atau kumpulan dalam sesuatu aktiviti. Transkrip perbualan pelajar-pelajar merupakan petunjuk yang berkesan untuk menilai kefahaman pelajarpelajar mengenai pemahaman sesuatu konsep. Cadangan Untuk Membuat Transkrip Dengar segala rakaman untuk mendapatkan gambaran menyeluruh. Dengar rakaman untuk kali kedua dan buat nota ringkas dan catatkan nombor pada kaunter tape/pita supaya mudah membuat rujukan sernula. Daripada nota ringkas, pilih bahagian yang penting kepada persoalan kajian dan membuat transkrip yang lengkap. 7.3.6 Log Log ialah catatan peristiwa atau aktiviti mengikut turutan kronologi yang dicatatkan seara ringkas dan bersifat fakta. 7.3.7 Nota lapangan Catatan yang dibuat semasa menjalankan temubual atau pemerhatian. 7.3.8 Foto Rakaman gambar sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti untuk dilihat perbezaannya. 72

7.3.9 Portfolio Satu koleksi bahan-bahan termasuk contoh dan sampel kerja merangkumi skop program atau aktiviti. 7..3.10 Rekod Anekdot Rekod anekdot adalah rekod tentang satu sahaja peristiwa. Ia juga merupakan satu catatan ringkas tentang suatu kejadian atau tingkah laku yang penting sahaja. Ia menerangkan secara fakta di mana, bagaimana, bila, apa, dan siapa secara objektif akan peristiwa/kejaidian yang berlaku. Antara maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan,cadangan atau tindakan oleh guru. Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menulis: a) Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang. b) Pelajar yang diperhatikan tidak perlu ditentukan. c) Perkara tersebut penting dan signifikan dalam aspek perkembangan pelajar. Contoh: perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagainya. 7.3.11 Slaid Slaid yang menunjukkan perubahan yang telah berlaku dalam tempoh penyelidikan seperti perkembangan pembelajaran. 7.3.12 Jurnal Jurnal ialah catatan berkala dan berterusan mengikut persepsi seseorang berfokus kepada sesuatu isu tertentu, maklumat yang dicatatkan bukan hanya perihal peristiwa penting tetapi juga merangkumi segala pemerhatian, perasaan, reaksi, pandangan, interpretasi, hipotesis, hasil refleksi, analisis dan komen. 73

7.3.13 Menulis Diari Catatan diari adalah satu cara yang penting untuk mengutip data dalam Kajian Tindakan. Catatan mengenai pemerhatian, perasaan, tindakan, hipotesis dan penyelesaian sesuatu situasi boleh dibuat. Kita boleh menggunakan cara tersendiri untuk catatan diari. Terdapat dua jenis catatan dairi: diari guru dan diari pelajar. Berikut adalah panduan untuk menulis diari: 1. Catatan Diari Guru Catatan diari harus sentiasa dilakukan. Contohnya, selepas sesuatu pengajaran yang satu strategi khas telah digunakan atau selepas bermesyuarat dengan kelas yang bermasalah. Dalam amalan catatan diari, tinggalkan margin yang leas untuk merekodkan segala perubahan, tambahan nota atau rujukan kepada bahagian lain di diari. Setiap catatan diari mesti ada:tarikh peristiwa berlaku dan tarikh catatan dibuat. Maklumat tentang masa, lokasi, responden, fokus kajian dan lain-lain yang penting kepada kajian. Catatan diari harus ada tajuk besar, tajuk kecil dan gariskan bahagian-bahagian penting untuk menyenangkan silang rujukan. Bahan-bahan penting seperti gambar, salinan dokumen, kerja pelajar dan lain-lain boleh dilekat dalam diari untuk rujukan. Dari semasa ke semasa analisis catatan diari harus dilakukan untuk mengetahui sama ada isu kajian itu dapat dijawab melalui data yang dikutip dan apakah data yang masih perlu dikutip. Analisis catatan yang dilakukan akan membantu dalam rancangan tindakan susulan Perbincangan catatan diari dengan seorang rakan kajian akan membolehkan kita mendalami situasi / isu yang dikaji. 2. Catatan Diari Pelajar Catatan diari pelajar merupakan sumber yang menarik sebagai data atau makiumat. 74

Catatan pelajar akan memberi pandangan yang berbeza daripada pandangan guru mengenai isu yang sama. Catatan diari pelajar juga membekalkan guru dengan maklum balas yang ikhlas untuk mengetahui tentang suasana bilik darjah dan kemajuan pelajar-pelajar. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar akan menulis tentang guru-guru secara bebas sekiranya mereka percaya pada guru itu. 7.4 KESIMPULAN: Kejayaan sesuatu penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja bergantung kepada pelaksanaan yang telah difikirkan dengan teliti, tetapi juga bergantung kepada penyelarasan dan pengawasan setiap aktiviti dengan baik. LATIHAN 1. Jelaskan bagaimanakah kajian tindakan dilakukan melalui kaedah pemerhatian. 2. Bincangkan apakah kekuatan kaedah pemerhatian OLL Hasilkan dalam bentuk grafik kekuatan dan kelemahan menggunakan kaedah mengumpul data melalui catatan diari. 75

76