KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

dokumen-dokumen yang mirip
KAEDAH EKLEKTIK DAN ORAL-AURAL DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENGUASAI SUKU KATA KV DAN KVKV. Oleh. Liza Rozy Anak Ulok ABSTRAK

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BELAJAR SAMBIL BERMAIN. Oleh LINAH BINTI SUMMASE ABSTRAK

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

Panduan Guru. Unit 1 : Modul Guru

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BACALAH SAYANG. Oleh. Hilary Awan Sekolah Kebangsaan Tebakang, Serian, Sarawak. Abstrak

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

19 JANUARI 2010 BENGKEL PRABACAAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

LAMPIRAN B BORANG PENYERTAAN A. Judul Rencana. 1. Nama Penuh : Azura Binti Abu Bakar. 2. No. Kad Pengenalan :

Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT. Abstrak

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) MODUL PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

Sustainable Education 54

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS BACAAN MENGGUNAKAN MODEL JARI JEMARIKU MENARI. Pn Mazirah bt Abul Malik. Sekolah Kebangsaan Tanah Merah,

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PEMBELAJARAN MASTERI

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK. Nombor dan Operasi TAHUN 2.

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

Panduan mengajar bagi e-daya Bahasa Malaysia 5

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

. NlVE ITI I I I I I I I I I I I I I. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN loris PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/2016 ARAHAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Langkah Isi Kandungan Aktiviti Catatan Pendahuluan (3 minit)

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

SK (2) TAMAN KERAMAT

Hasil temu bual dengan murid ini akan digunakan untuk menjawab soalan kajian yang empat dan lima. 2. Bolah nyatakan sebab anda ke sekolah?

Transkripsi:

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN Oleh Cathy John ABSTRAK Kajian ini saya jalankan setelah mendapati Mark, seorang murid Tahun 3 masih belum dapat menguasai kemahiran membaca khususnya suku kata KVKV. Setelah menjalani praktikum selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan BK, maka timbul keinginan dan minat saya untuk mengkaji masalah ini. Mark boleh mengecam dan menyebut apakah gambar yang ditunjukkan tetapi tidak dapat mengeja, membunyikan, menyebut dan menulis jawapan yang tepat. Sebaliknya, beliau hanya menjawab jawapan tepat pada suku kata awalan atau akhiran. Kajian ini bertujuan untuk membantu Mark mengatasi masalah dalam kemahiran membaca. Saya mengambil tindakan seperti memberi bimbingan secara individu dan secara berkumpulan kepada Mark di dalam kelas. Setelah menjalankan bimbingan selama dua bulan, usaha saya menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Kini, Mark boleh mengeja, membunyikan, menyebut dan menulis suku kata KVKV dengan tepat. 1.0 Pengenalan Sekolah Kebangsaan BK merupakan sebuah sekolah yang terletak di tengah-tengah kawasan Taman BK. Ia terletak tiga kilometer dari bandaraya Kuching. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan mempunyai 12 buah kelas sekolah rendah dan dua buah kelas prasekolah. Pada tahun ini, bilangan murid adalah seramai 533 orang dengan 30 orang guru dan tiga orang kakitangan sokongan. Majoriti murid-murid yang berada di sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu dan Iban. Secara umumnya, sekolah ini juga menghadapi masalah murid-murid Tahap Satu yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran asas ini dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas kerana gagal melepasi ujian pelepasan KIA 2M atau dicalonkan oleh guru kelas dan guru besar ekoran daripada pencapaian yang kurang baik di dalam kelas. Keadaan yang amat membimbangkan saya ialah terdapat murid Tahun 3 yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca. Setelah tiga bulan saya menjalani praktikum di sekolah ini, maka timbul keinginan dan minat saya untuk membuat penyelidikan tentang masalah bacaan kerana saya menganggap ia sebagai satu tanggungjawab saya. 113

Saya juga prihatin terhadap murid-murid Tahap 1 secara umumnya dan murid-murid Tahun 3 secara khususnya yang masih lemah dalam menguasai kemahiran asas membaca. Ini mungkin boleh menyebabkan mereka ketinggalan dalam pembelajaran mereka berbanding dengan rakanrakan yang lain apabila berada di Tahap 2 kerana kemahiran asas suku kata tidak akan diajar seperti mana mereka diajar semasa di Tahap 1. 1.2 Keprihatinan Saya Kajian saya bermula apabila saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan BK, Kuching di mana saya mengajar kelas pemulihan Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun 3. Mark (nama samaran) merupakan murid Tahun 3 yang tidak memberi sebarang masalah kepada saya dari segi tingkah laku mahupun semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) dilaksanakan. Mark dapat menyelesaikan segala tugasan yang diberi dengan baik dan mendengar arahan yang diberikan. Dari segi kehadiran, Mark jarang ponteng sekolah kecuali bila beliau sakit. Justeru, Mark boleh dikategorikan sebagai seorang murid yang baik, berminat untuk belajar dan berkawan tetapi Mark memerlukan sedikit bimbingan dan arahan agar dapat mengurangkan tingkah laku suka mengganggu rakan-rakannya semasa belajar. Pada 2 Julai 2009, Mark menduduki ujian lisan untuk Bahasa Melayu Pemulihan. Ujian tersebut menunjukkan terdapat kelemahan-kelemahan yang dihadapi dalam menguasai kemahiran asas mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata seperti berikut. Kemahiran KV : ma. ta, ka, ca, bu, ja, sa, Kemahiran KVKV : buta, ratu, cuci, cuti, dadu, dahi, feri, gari, hari, jeti, tiga, naga, biru Pada 17 Julai 2009, ujian bertulis ditadbir untuk melihat aspek kelemahan Mark dan murid-murid Tahun 3 yang lain dalam Bahasa Melayu Pemulihan Bertulis. Dalam ujian ini, kemahiran yang diuji adalah kemahiran 1 hingga kemahiran 5. Markah lulus untuk ujian ini adalah 42 dan keputusan ujian tersebut yang diperoleh Mark ialah 59 / 84. Mark yang berusia 9 tahun didapati menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran membaca suku kata mudah khususnya suku kata KVKV. Apabila saya menjalankan ujian untuk mengenal pasti kelemahan Mark, saya mendapati beliau boleh mengecam dan menyebut gambar objek atau benda yang ditunjukkan tetapi masih belum dapat mengeja, membunyikan, menyebut, menulis dan membaca suku kata KVKV gambar objek atau benda tersebut dengan betul dan tepat. Sebaliknya, Mark hanya dapat menjawab tepat sama ada suku kata awalan atau suku kata akhiran. Jadual 114

1 menunjukkan kesilapan Mark semasa mengeja dan menulis bila ditunjukkan gambar objek atau benda berkaitan manakala Rajah 1 menunjukkan hasil kerja Mark sebelum tindakan diambil. Jadual 1: Kesilapan Mark semasa mengeja dan menulis Gambar diberikan Baju Tali Guli Dadu Dagu Kuda Murid-murid mengeja dan menulis baja Lili Juli DaDu, badu Bugu Duda Rajah 1: Hasil kerja Mark sebelum tindakan Pada awalnya, saya berpendapat Mark tidak dapat melihat dengan jelas gambar atau memahami arahan tetapi apabila saya menggunakan bahan bantu mengajar seperti LCD, saya mendapati Mark belum dapat menguasai kemahiran suku kata KVKV dengan baik. 1.3 Fokus Kajian Dalam kajian ini, saya merangka dan merancang tindakan untuk mengatasi kelemahan membaca Mark melalui latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata dan gambar. Pengunaan kad suku kata dan gambar dalam bentuk maujud ini kemudian dihasilkan dalam bentuk TMK untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (p&p) agar menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Namun begitu, dalam merancang suatu program atau rancangan pengajaran, saya perlu merenung kembali pendekatan-pendekatan dalam amalan p&p agar tidak tersasar daripada yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini dapat membantu saya membuat refleksi kendiri dan memperbaiki kelemahan yang ada agar dapat memantapkan strategi p&p saya kelak. Malah dalam merangka suatu program atau rancangan pengajaran, saya banyak merujuk kepada teori pembentukan konsep yang telah diperkenalkan oleh seorang Jerome Bruner. Mengikut Bruner (dalam Dita 115

Arini S. Nim, 2008), pembelajaran dihuraikan sebagai perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Bruner menjelaskan pembelajaran merangkumi pengalaman optimal dan penstrukturan optimal. Secara ringkasnya, murid perlu dibimbing dalam memahami sesuatu bermula daripada yang khusus kepada yang kompleks dengan memberi kesempatan kepada murid untuk menemui sesuatu melalui contoh-contoh yang digambarkan. Melalui teori pembentukan konsep ini, saya cuba mengaplikasikannya kepada Mark untuk melihat perkembangan dan mengenal pasti kelemahan beliau. Ini membolehkan saya merancang rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan kebolehan Mark. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu Mark mengeja, membunyikan, menyebut dan menulis suku kata KVKV di samping menambah baik amalan kendiri dalam sesi p&p murid pemulihan melalui latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata dan gambar. Pendekatan yang diguna adalah berasaskan aktiviti bimbingan individu. 2.0 Perancangan Tindakan Bagi mencapai objektif kajian saya, saya telah merancang satu aktiviti bimbingan individu yang intensif yang melibatkan jangka masa selama dua bulan iaitu daripada 17 Julai 2009 hingga 17 September 2009. Dalam aktiviti ini yang dilaksanakan pada waktu Bahasa Melayu Pemuihan, saya memperuntukkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk Mark mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata KVKV berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Seterusnya, saya memperuntukkan sesi satu jam bagi aktiviti berkumpulan dengan memberikan latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata dan gambar. Kaedah latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata dan gambar yang dihasilkan dalam bentuk TMK dilaksanakan untuk mempelbagaikan dan meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid dalam bentuk visual yang lebih jelas selaras dengan teori pembentukan konsep. Murid-murid dibimbing dalam memahami sesuatu bermula daripada yang khusus kepada yang kompleks. Program ini diadakan di dalam bilik darjah dan bilik tayangan yang lebih luas serta mempunyai LCD dan skrin yang lebih besar. 3.0 Kaedah dalam mengumpul data Bagi mengumpul data kajian ini, saya menggunakan beberapa kaedah berikut. Kaedah pemerhatian dan penilaian: dilaksanakan sepanjang sesi p&p yang dilakukan di dalam kelas. Kaedah latih tubi: dilaksanakan semasa atau di akhir sesi p&p dalam bentuk kuiz, latih tubi, kertas kerja dan ujian. 116

4.0 Pelaksanaan Tindakan Dan Dapatan Kajian Perancangan tindakan bermula dengan menunjukkan keputusan dan hasil kerja Mark dalam ujian yang telah dijalankan pada 17 Julai 2009 di mana saya telah menunjukkan semula gambar dan meminta Mark mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata yang telah ditulis olehnya. Mark dapat mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata yang ditulisnya tetapi dia tidak tahu bahawa jawapan yang dieja olehnya adalah salah. Oleh itu, saya menjelaskan bahawa jawapan yang diberikan olehnya adalah salah dan saya memberikan cop muram yang bermaksud kurang tepat kepada Mark. Saya telah menulis jawapan yang betul dan meminta Mark mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata KVKV yang telah diberikan.. Kemudian saya meminta Mark mengeja, membunyikan dan menyebut kad suku kata KV bermula dari ba, be, bi, bo, bu hingga za, ze, zi, zo, zu secara individu di dalam kelas sebelum sesi p&p bermula. Saya juga menyediakan kad suku kata yang merangkumi keseluruhan suku kata dari suku kata asas A,E,I,O,U hingga konsonan untuk dibaca secara latih tubi oleh individu seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2. Aktiviti ini dilakukan secara berulang-ulang dalam agar murid-murid dapat menghafal dan mengingati suku kata yang telah dipelajari. A e i o u ba be bi bo bu ca ce ci co cu da de di do du fa fe fi fo fu ga ge gi go gu Rajah 2: Kad suku kata asas dan konsonan Selepas itu, saya meminta Mark melihat gambar yang ditunjukkan dan menyebut apakah gambar yang dilihatnya. Melalui sebutan yang diberikan, saya memintanya mengulangi sebanyak tiga kali dan mendengar sebutannya sendiri sebelum mengeja dan membunyikan suku kata. Tindakan mengeja dan membunyikan terlebih dahulu akan menyebabkan Mark memberikan suku kata yang salah Proses ini berjalan dalam minggu pertama iaitu hari Khamis dan Jumaat. Pada minggu berikutnya, saya telah mengambil masa selama 30 minit untuk menguji Mark dengan menunjukkan kad suku kata terlebih dahulu dan meminta Mark memberikan jawapan. Saya mendapati Mark dapat menjawab setiap suku kata KV yang ditunjukkan dengan cepat dan tepat. Selepas itu, saya memberikan sekeping kertas putih dan sebatang pensel 117

dan meminta Mark menuliskan suku kata berdasarkan 10 kad gambar yang ditunjukkan kepadanya. Saya mendapati Mark memberikan 8 jawapan yang betul dan 2 jawapan yang salah. Oleh itu, pada sesi p&p seterusnya, saya mengadakan kuiz dan aktiviti berbentuk pertandingan untuk Mark dan empat rakan-rakannya yang mempunyai kelas pada hari Khamis dan Juma at. Saya kerap membimbing Mark secara individu di dalam kelas pada minggu seterusnya yang mana saya cuba memperkembangkan penguasaan dan pengetahuannya dengan memberikan latihan-latihan berbentuk kemahiran KVKV seperti memadankan kad-kad suku kata berdasarkan gambar atau tanpa gambar. Tujuannya adalah membolehkan Mark belajar dan mengingati suku kata yang diberikan. Kaedah ini dijalankan secara berulang-ulang. Hasilnya, saya mendapati terdapat perubahan yang positif dalam perkembangan penguasaan dan pengetahuan Mark dalam kemahiran membaca. Oleh yang demikian, saya meningkatkan tahap pembelajaran Mark kepada satu tahap yang lebih sukar untuk meningkatkan penguasaan dan pengetahuannya pada minggu berikutnya. Aktiviti yang saya lakukan kepada Mark adalah memberikan latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata tanpa gambar. Aktiviti ini dilakukan dengan memberikan beberapa kad suku kata dan dilekatkan pada papan putih. Saya kemudiannya meminta Mark dan rakan-rakan sekelasnya memadankan dua kad suku kata menjadi satu perkataan yang bermakna. Hasilnya, Mark dapat memadankan 10 suku kata menggunakan kaedah yang telah diajar kepadanya iaitu menyebut terlebih dahulu secara berulang-ulang sebelum mengeja dan membunyikan suku kata. Pada minggu seterusnya, saya meningkatkan penguasaan dan pengetahuan Mark dengan menggunakan kad suku kata dan gambar dalam bentuk maujud (TMK) yang mana saya menggunakan pendekatan yang sama tetapi penggunaan bahan bantu mengajar yang berbeza. Hasilnya adalah seperti rajah 3 berikut. Rajah 3: Hasil kerja Mark selepas tindakan 118

Secara keseluruhannya, didapati Mark berjaya menguasai kemahiran mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata KVKV dengan baik. Hasil kerja terkini Mark boleh dilihat berdasarkan Rajah 4. Rajah 4 Hasil terkini Mark 5.0 Refleksi Setelah dua bulan menjalankan penyelidikan dan program tindakan ke atas Mark, saya mendapati pendekatan bimbingan secara individu, diikuti secara kumpulan berkesan terhadap masalah yang dihadapi Mark. Malahan Mark didapati dapat mempraktikkan kaedah sebut dahulu dan eja dan bunyikan kemudian semasa membaca suku kata KVKV. Hasil kerja yang diberikan menunjukkan Mark sudah boleh menguasai kemahiran KVKV dengan baik. Tindakan memberi bimbingan khusus kepada murid-murid yang lemah seperti Mark memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Sehubungan itu, saya amat bersyukur apabila mendapat peluang ini untuk menimba pengalaman dan pengetahuan serta dapat mengaplikasikannya di dalam situasi yang sebenar. Malah saya sedar bahawa tugas sebagai seorang guru pemulihan khas bukan hanya mengajar tetapi ia juga merupakan satu tanggungjawab sosial yang memerlukan saya membimbing dan memberikan perhatian kepada murid-murid yang lambat agar mereka dapat membaca dan tidak dilabelkan dengan sesuatu yang negatif. Di samping itu juga, saya banyak belajar untuk memperbaiki kelemahan diri dari segi komunikasi dan penerapan nilai di dalam bilik darjah. Saya menyedari bahawa kedua-dua elemen ini penting dalam sesi p&p dalam bilik darjah. Harapan saya ialah saya akan dapat memantapkan dan menambah baik amalan kendiri serta terus menggunakan kaedah cepat membaca saya ini dalam kalangan murid-murid pemulihan khas yang lain dalam sesi p&p. Malah keprihatinan dan penerapan nilai-nilai murni semasa sesi p&p akan saya cuba pertingkatkan agar objektif pengisian kandungan pelajaran yang ingin disampaikan tercapai sekaligus dapat membantu murid-murid mengatasi masalah mereka. Jika diberi peluang, saya akan meneruskan kajian saya terhadap masalah-masalah murid seperti mana yang dilakukan 119

saya kepada Mark tetapi pada tahap yang lebih tinggi seperti kemahiran KVKV yang melibatkan kemahiran membaca petikan. Bibliografi Dita Arini S. Nim. (2008). Pembelajaran menurut aliran kognitif. Dimuat turun daripada http://teoripembelajaran.blogspot.com/2008/04/pembelajaran-menurut- aliran-kognitif-ja.html pada 24 Oktober 2009. Roziah Binti Abdul Halim. (2005). Meningkatkan kemahiran membaca murid-murid tahun satu dengan latih tubi menggunakan suku kata dan gambar. Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Di muat turun daripada http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article 32.pdf pada 19 September 2009. Zainora Binti Mohd Man. (2005). Meningkatkan kemahiran membaca murid tahun 5 melalui latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata dan gambar. Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Dimuat turun daripada http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/ article51.pdf pada 19 September 2009. 120