1.0 DISKRIPSI Prosedur ini merupakan cara pengukuran bagi analisis komposisi badan yang menggunakan mesin Inbody Biospace 720. Pengukuran ini memberikan bacaan jumlah lemak dan air di dalam badan, selain daripada mineral dan protein yang terkandung dalam badan. 2.0 BIDANG KUASA Kakitangan yang bertanggungjawab adalah Pegawai The Malaysian Cohort. 3.0 ASAS Merujuk kepada Arahan Ketua Projek dan pengurusan pentadbiran. 4.0 PROSEDUR 4.1 Sebelum pengukuran dijalankan : a. Pastikan mesin Inbody Biospace 720 (Rajah 1) berfungsi dengan baik. Pastikan juga semua kelengkapan peralatan mencukupi sebelum memulakan pengukuran. b. Pastikan kapasiti pangkalan data (Database) mesin untuk menyimpan data ID peserta mencukupi untuk peserta hari berkenaan. (Nota : Pangkalan data mesin mampu menyimpan sebanyak 700 ID. Jika kapasiti sudah mencukupi sehingga 700 ID, padam data lama supaya data baru dapat disimpan. Pastikan data lama sudah di simpan (back up) oleh petugas IT) Rajah 1 : Inbody Biospace 720 Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort Muka Surat 1 5
c. Lakukan kalibrasi dengan Hidupkan skala penimbang dengan memijak atau menekan sedikit pada permukaan alat tersebut. Biarkan bacaan skala menjadi 0.00. d. Lakukan kalibrasi dengan menimbang diri (petugas) dan mengambil bacaan timbangan tersebut. e. Letakkan pemberat 5 kg (calibrated weights) dan pastikan bacaan meningkat mengikut pemberat. Catatkan timbangan. f. Timbang berat petugas bersama pemberat 5 kg dan lihat bacaan samada ia bertambah secara selanjar. g. Sekiranya terdapat perbezaan ± 0.1 kg, alat penimbang akan dihantar pada pengilang untuk dikalibrasi. h. Timbang berat petugas di atas mesin Inbody. Pastikan berat petugas adalah sama dengan berat yang ditimbang menggunakan Seca. i. Jika terdapat perbezaan berat pada mesin Inbody, lakukan pembetulan nilai perbezaan pada SETUP di skrin Inbody. j. Catatkan keputusan kalibrasi pada Borang Manual Pengukuran Analisis Komposisi Badan (Inbody) Rajah 2. Rajah 2 : Borang Manual Pengukuran Analisis Komposisi Badan (Inbody) Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort Muka Surat 2 5
4.2 Semasa rekrutmen, petugas akan memulakan pengukuran dengan : a. Ambil dan panggil nombor giliran peserta pada kotak yang diletakkan di ruang menunggu. Jemput peserta untuk masuk ke dalam stesen pengukuran. b. Serahkan semula angka giliran kepada peserta. Perkenalkan diri kepada peserta c. Ambil borang senarai semak daripada peserta dan imbas kos SID pada borang tersebut. Semak samada nombor SID yang tertera pada skrin adalah sama dengan yang dicetak pada Borang Senarai Semak Peserta. d. Minta peserta menanggalkan kasut, jaket, dan tali pinggang serta mengeluarkan semua barang berat di dalam poket, seperti dompet dan kunci dan simpan dalam beg yang disediakan. e. Pastikan peserta : i. Masih berpuasa 8 jam. Jika peserta telah makan atau minum, pastikan peserta berpuasa sekurang-kurangnya 2 jam. ii. Telah menghantar urin. Jika peserta adalah wanita dan sedang haid, minta peserta untuk mikturisi terlebih dahulu. iii. Tidak melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 8 jam sebelum pemeriksaan. iv. Tidak memakai perentak/bateri jantung (pacemaker). v. Tidak mengandung (wanita sahaja). f. Rekodkan data di dalam Borang Manual Pengukuran Analisis Komposisi Badan (Inbody) - Rajah 2 dan dalam Borang Senarai Semak Peserta. g. Rekodkan waktu mula pengukuran pada Borang Senarai Semak Peserta. 4.3 Petugas akan mula melakukan pengukuran tekanan darah berdasarkan SOP yang ditetapkan : a. Minta peserta untuk mencuci atau mengelap tapak tangan dan tapak kaki dengan tisu pembersih tanpa alkohol yang telah disediakan. b. Minta peserta untuk berdiri di atas platform dengan bahagian tapak dan tumit kaki mengenai pada kawasan logam di platform. c. Secara automatik, penimbangan berat pada mesin Inbody akan diukur. Minta supaya peserta berdiri tegak dan tidak bergerak. d. Selepas nilai berat dipaparkan pada skrin Inbody, catatkan nilai berat pada borang senarai semak pengukuran dan bandingkan dengan nilai berat yang telah dilakukan pada stesen antropometri yang tercatat pada borang senarai semak peserta. e. Pastikan nilai perbezaan berat antara keduanya adalah tidak melebihi daripada ± 0.5kg. Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort Muka Surat 3 5
f. Sekiranya terdapat perbezaan yang lebih daripada ± 0.5kg, timbang semula berat peserta secara manual dengan menggunakan penimbang Seca. Jika berat adalah sama seperti di dalam Borang Senarai Semak Peserta, maka lakukan pembetulan nilai perbezaan pada SETUP di skrin Inbody. g. Masukkan SID, umur, tinggi dan jantina peserta (berdasarkan pada Borang Senarai Semak Peserta) ke dalam alat pengukuran. h. Minta peserta untuk mengangkat dan memegang hand probe berdasarkan pada rajah yang akan dipaparkan pada skrin alat pengukuran. Lihat Rajah 3. Rajah 3 : Peserta melakukan pengukuran komposisi badan Inbody secara berdiri i. Minta peserta untuk berdiam diri semasa pengukuran dilakukan. Tekan punat START untuk memulakan pengukuran. j. Selepas pengukuran, minta peserta untuk turun daripada platform dan duduk semula di kerusi untuk memakai semula stokin dan kasut. k. Pada paparan komputer, masukkan nombor SID peserta. l. Bacaan komposisi badan peserta akan dipaparkan dan klik pada SAVE. Secara automatik data telah disimpan dan keputusan pengukuran akan dicetak. m. Serahkan keputusan pengukuran kepada peserta. Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort Muka Surat 4 5
4.4 Selepas selesai semua pengukuran : a. Semua pengukuran perlu dilakukan dengan tepat dan dicatatkan di dalam Borang Manual Pengukuran Analisis Komposisi Badan (Inbody). b. Segala insiden yang berlaku semasa pengukuran dijalankan pe rlu dicatatkan di dalam Borang Manual Pengukuran Analisis Komposisi Badan (Inbody) selain dimasukkan di dalam Borang Senarai Semak Peserta (Rajah 4). c. Catatkan masa tamat pengukuran. Rajah 4 : Borang Senarai Semak Peserta d. Minta peserta ambil semua barang dan hantar peserta ke stesen seterusnya. Ucapkan terima kasih kepada peserta kerana sudi memberikan kerjasama dan bersedia untuk mengambil no giliran peserta seterusnya. Dokumen Ini Adalah Hak Milik Projek The Malaysian Cohort Muka Surat 5 5