SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

dokumen-dokumen yang mirip
JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

MELEPAK DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI JOHOR

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

BORANG SOAL SELIDIK (A) (untuk diisi oleh guru) Sila tandakan ( ) pada pilihan yang anda pilih dan isikan tempat kosong dalam ruangan yang disediakan.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

LAPORAN PENYELIDIKAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Siti Nor Azzila Amit

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

KAJIAN TINDAKAN 2011

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara Laman web sekolah: / E-mel:

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

2.0 PENYATAAN MASALAH

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

PROGRAM PEMULIHAN AKHLAK WANITA: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PUSAT PERLINDUNGAN WANITA MEMBANTU PROSES PEMULIHAN?

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Sustainable Education 54

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERENDAH POLISI SEKOLAH SELAMAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

KAJIAN KESESUAIAN WAJARAN PENTAKSIRAN DI PERINGKAT SEKOLAH DAN BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Transkripsi:

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI : MASALAH PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS SMK TUN TUAH DARIPADA : TAN SENG HUAT NG PHEI KHENG LEO SIEW LUAN MUHAMMAD FAUZI

ISI KANDUNGAN Bil. Tajuk M/S 1 Pengenalan 3 2 Pernyataan Masalah 4 3 Penghargaan 5 4 Objektif Kajian 6 5 Kepentingan Kajian 7 6 Batasan Kajian 8 7 Metodologi Kajian 9 8 Maklumat Penyelidikan 10 16 9 Rujukan 17 2

PENGENALAN Kokurikulum bermaksud aktiviti-aktiviti yang disertai oleh para pelajar selepas waktu persekolahan. Kegiatan kokurikulum boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu unit badan beruniform, sukan atau permainan, dan persatuan atau kelab. Kegiatan kokurikulum dapat memanfaatkan para pelajar. Pelajar akan menjadi cergas jika sentiasa terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Dengan badan yang sihat, pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar. Ini sesuai dengan kata pepatah otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Melalui kegiatan kokurikulum, pelajar dapat memanfaatkan masa lapang dengan lebih baik dan tidak berjinak-jinak dengan unsur negatif. Masa pelajar akan dipenuhi aktivitiaktiviti yang membawa kebaikan dan keuntungan. Keadaan ini mengurangkan risiko pelajar dipengaruhi oleh gejala yang bertentangan dengan norma masyarakat. Nilai-nilai murni seperti berdisiplin, bekerjasama, hemah tinggi, berdikari dan lain-lain dapat diterapkan dalam sanubari para pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Aktiviti yang dianjurkan biasanya membawa mesej tertentu. Hal ini bermakna pelajar turut melalui proses pembentukan peribadi yang sempurna. Kegiatan kokurikulum yang dijalankan juga dapat menjalin hubungan silaturahim antara pelajar. Para pelajar akan mengenali pelajar-pelajar lain serta berganding bahu untuk menghadapi segala kesusahan semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Dengan ini, perpaduan dan masyarakat penyayang dapat diwujudkan. Namun begitu, ada pelajar yang tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum. Mereka beranggapan bahawa aktiviti kokurikulum tidak membawa kebaikan dan membazirkan masa sahaja. Walau bagaimanapun, kegiatan kokurikulum penting untuk melahirkan generasi yang berkaliber, berwibawa, dan berintelek serta mewujudkan masyarakat makmur, aman, dan progresif. 3

Pernyataan Masalah Tingkah laku ponteng aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam Atas di SMK Tun Tuah disebabkan oleh pelbagai punca. Sesungguhnya, gejala ponteng aktiviti kokurikulum ini merupakan satu perkara yang amat serius serta harus diberikan perhatian oleh pelbagai pihak. Masalah ini bukan sahaja merosakkan nama sendiri malah akan merosakkan nama dan imej sekolah. Punca yang menyebabkan gejala ponteng aktiviti kokurikulum ialah pengaruh rakan sebaya. Gejala ini semakin meningkat selaras dengan peningkatan umur pelajar. Maksudnya, semakin senior seseorang pelajar itu semakin kerap kemungkinan mereka melakukan kegiatan ponteng. Pelajar yang selalu ponteng menganggap bahawa ponteng ialah perkara biasa bagi mereka. Selain itu, pelajar juga menganggap bahawa kegiatan kokurikulum itu adalah sesuatu perkara yang hanya membuang masa sahaja. Mereka sanggup ponteng aktiviti kokurikulum semata-mata untuk mengikuti kelas tuisyen di luar. Mereka juga mementingkan bidang akademik berbanding kokurikulum. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar juga tidak suka balik lewat ke rumah kerana masalah pengangkutan. Apabila aktiviti kokurikulum dijalankan, pelajar perlu balik pada masa yang telah ditetapkan iaitu pada pukul 4.00 petang. Pada waktu itu sudah tidak ada bas awam untuk pelajar balik ke rumah. Kesimpulannya, masalah ini semakin serius dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian. Oleh itu, kita harus bekerjasama untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini supaya tidak menjadi-jadi pada masa yang akan datang. 4

PENGHARGAAN Selaku ketua kumpulan, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu Ng Phei Kheng, Leo Siew Luan dan Muhammad Fauzi kerana sanggup berganding bahu untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih turut ditujukan kepada guru pembimbing kami iaitu Encik Micheal Dass kerana telah memberi panduan, bimbingan, dan bantuan yang tidak terhingga untuk memastikan kami menjayakan kajian ini mengikut prosedur yang betul. Di samping itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang lain kerana sanggup memberikan kerjasama kepada kami dengan memberi bimbingan yang membangun. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa kami yang sanggup memberikan sokongan moral dan kewangan kepada kami untuk menjayakan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada murid Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah kerana sanggup memberi kerjasama kepada kami dengan memberikan respon mereka semasa mengisi borang kaji selidik. Tanpa kerjasama daripada semua pihak tersebut, tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih diucapkan sekali lagi. Yang menjalankan tugas, (TAN SENG HUAT) Ketua Kumpulan. 5

Objektif Kajian Objektif menjalankan kajian bagi penyelidikan ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu objektif am dan objektif khusus. Objektif am penyelidikan ini adalah untuk mencari dan memahami penyebab utama pelajar Tingkatan Enam Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah kurang berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum. Manakala objektif khusus pula bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah ini. Melalui kajian ini, kami dapat lebih memahami tentang sebab-sebab pelajar-pelajar kurang berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum terutamanya dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah. Selain itu, kajian ini membolehkan pelajar menyedari kepentingan kokurikulum agar mereka lebih kerap menyertainya. 6

Kepentingan Kajian 1. Mengkaji punca-punca pelajar Tingkatan Enam Atas sekolah ini ponteng aktiviti kokurikulum sekolah. 2. Mengetahui statistik masalah ponteng aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar sekolah. 3. Membantu pihak sekolah memahami masalah ponteng aktiviti kokurikulum 4. Membantu pihak sekolah untuk mencari cara penyelesaian bagi menyelesaikan masalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 7

Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya pelajar Tingkatan Enam Atas. (1) Skop sasaran kajian Skop kajian kami hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar Tingkatan Enam Atas. Jika semua pelajar SMK Tun Tuah terlibat dalam kajian ini, tentulah akan menimbulkan masalah kerana skop kajian terlalu luas. (2) Kerjasama daripada pelajar Semasa soal selidik dijalankan, terdapat segelintir pelajar yang tidak memberi kerjasama. Mereka tidak mengisi borang soal selidik dengan lengkap kerana mereka menganggapkan kaji selidik ini tidak penting. (3) Tinjauan literature Selain itu, maklumat literature yang terkini agak susah didapati. Kami perlu membuat lebih banyak pembacaan kerana sumber daripada pihak sekolah agak terhad. 8

Metodologi Kajian Untuk menjalankan kajian ini, kami menggunakan satu jenis kaedah yang sesuai. Kriteria-kriteria bagi memilih kaedah yang akan digunakan termasuklah kos perbelanjaan untuk menjalankan kajian, masalah yang dihadapi dan lain-lain. Kaedah yang kami pilih hanya memerlukan perbelanjaan yang minimum dan dapat dijalankan dengan lebih lancar. Tinjauan / Kaji Selidik : (1) Dijalankan dengan menggunakan borang kaji selidik yang disediakan. (2) 12 soalan akan ditujukan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam kaji selidik ini. (3) Seramai 50 orang pelajar daripada Tingkatan Enam Atas akan menjadi sasaran kaji selidik ini. (4) Data-data yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk carta pai dan dianalisis. 9

Bahagian A Penyertaan Pelajar Dalam Bilangan Pelajar Aktiviti Kokurikulum Pernah Peratus Tidak Pernah Peratus % Terlibat % Terlibat Lelaki 22 44 2 4 Perempuan 19 38 7 14 Jumlah 41 82 9 18 Peratusan Pelajar Yang Pernah Terlibat Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah Lama Mereka Lelaki Perempuan Sebanyak 50 helai borang kaji selidik telah diedarkan kepada semua kelas bagi Tingkatan Enam Atas dan kami telah mendapat respon daripada semua pelajar yang terlibat. Selepas borang kaji selidik diedarkan kepada 50 orang pelajar Tingkatan Enam Atas, kami telah mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai sebab mereka kurang berminat dalam aktiviti kokurikulum. Dalam borang kaji selidik tersebut juga, kami mendapat tindak balas daripada pelajar tentang faktor yang menyebabkan mereka kurang berminat dalam aktiviti kokurikulum. Apabila semua borang kaji selidik dikutip balik, kami telah mengkaji dan menganalisis semua respon yang diperoleh. 10

Berdasarkan maklumat yang kami terima, seramai 41 orang pelajar yang menyatakan mereka pernah terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Daripada jumlah tersebut, kami mendapati 22 orang daripadanya ialah pelajar lelaki dan 19 orang ialah pelajar perempuan. Dengan ini, peratusan pelajar lelaki yang menyertai aktiviti kokurikulum adalah lebih banyak berbanding bilangan pelajar perempuan yang menyertai aktiviti kokurikulum iaitu masing-masing ialah 44% dan 38%. Daripada 50 orang yang mengisi borang kaji selidik, kami mendapati seramai 9 orang tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Peratusan pelajar yang menyatakan mereka tidak pernah terlibat dalam aktiviti kokurikulum ialah sebanyak 18 %. Ini dibahagikan kepada 4 % pelajar lelaki dan 14 % pelajar perempuan. Bilangan bagi pelajar lelaki yang tidak pernah melibatkan diri ialah 2 orang manakala pelajar perempuan adalah seramai 7 orang. Ini bermakna pelajar lelaki lebih banyak menghadirkan diri dalam aktiviti kokurikulum berbanding dengan pelajar perempuan. 11

Bahagian B Bilangan Pelajar Sebab Bil.Pelajar Menyatakan Ya Peratus % Bil.Pelajar Menyatakan Peratus % Tidak Pengaruh Rakan Sebaya 38 76 12 24 Kurang Pengetahuan Agama 10 20 40 80 Ingin Mencabar Peraturan Sekolah 17 34 33 66 Masalah Pengangkutan 38 76 12 24 Kelas Tuisyen 41 82 9 18 Peratusan Pelajar Yang Menyatakan Ya dan Tidak Bagi Faktor Mereka Tidak Menghadirkan Diri ke Aktiviti Kokurikulum Ya Tidak Kurang pengetahuan agama Ingin mencabar peraturan sekolah Masalah pengangkutan Pengaruh rakan sebaya Kelas tambahan Selain itu, kami turut menyediakan beberapa faktor yang menpengaruhi pelajar ponteng aktiviti kokurikulum dalam borang kaji selidik. 12

Kami menyatakan faktor yang pertama iaitu faktor rakan sebaya yang menjadi penyebab utama pelajar kurang berminat dalam aktiviti kokurikulum. Kami mendapat tindak balas yang amat baik iaitu sebanyak 38 orang atau 76 % bersetuju dan 12 orang atau 24 % kurang bersetuju. Secara tidak langsung, peratusan pelajar yang bersetuju bahawa rakan adalah faktor kepada masalah ini adalah lebih besar berbanding pelajar yang tidak bersetuju. Faktor kedua ialah kurangnya didikan agama yang mendorong pelajar ponteng aktiviti kokurikulum. Namun bagi faktor ini, ramai pelajar tidak menganggap faktor in sebagai punca utamanya. Ini dapat dilihat apabila 40 orang atau 80 % tidak bersetuju bahawa kekurangan agama sebagai faktornya dan terdapat sebahagian pelajar yang menganggap faktor kekurangan didikan agama sebagai puncanya iaitu seramai 10 orang atau 20 % sahaja. Faktor yang ketiga ialah sikap seseorang itu sendiri. Sikap pelajar yang ingin mencabar peraturan sekolah yang mewajibkan para pelajar terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini menyebabkan pelajar tidak menghadirkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Namun apa yang sering kali dilihat, guru kokurikulum tidak mengambil sebarang tindakan. Akibatnya, mereka menganggap bahawa aktiviti kokurikulum tidak berfaedah. Seramai 17 orang atau 34 % bersetuju kepada faktor ini dan 33 orang atau 67 % menyatakan tidak bersetuju. Faktor keempat ialah faktor masalah pengangkutan yang menyebabkan pelajar tidak dapat hadir ke aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar yang hadir ke sekolah dengan menggunakan pengangkutan yang berbeza. Ada yang menaiki bas, kereta, motosikal, basikal atau berjalan kaki ke sekolah. Namun begitu, ada segenlitir pelajar yang menumpang kereta orang lain untuk datang ke sekolah. Ini mendatangkan kesulitan 13

kepada mereka untuk mengikuti aktiviti kokurikulum. Seramai 38 orang atau 76 % menyatakan ini sebagai sebab mereka tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum dan 12 orang atau 24 % tidak bersetuju bahawa pengangkutan ialah puncanya. Faktor yang terakhir ialah faktor kelas tuisyen. Kebelakangan ini, banyak pelajar terlibat dalam pelbagai kelas tuisyen. Ini menyebabkan mereka tiada masa untuk menyertai aktiviti kokurikulum dan lebih rela untuk menghadiri kelas tuisyen yang dianggap lebih penting. Seramai 41 orang atau 82 % yang setuju dan hanya 9 orang atau 18 % tidak setuju terhadap faktor ini. Terdapat lima faktor yang dikemukakan dalam mencari punca pelajar kurang berminat untuk menyertai atau mengikuti aktiviti kokurikulum. Namun begitu, respon dalam borang soal selidik menunjukkan seramai 38 orang atau 76 % yang menyatakan masalah pengangkutan ialah punca utama mereka tidak dapat hadir ke aktiviti kokurikulum. Faktor kedua ialah faktor rakan sebaya. Seramai 38 orang atau 76 % menyatakan mereka dipengaruhi oleh rakan sebaya. Diikuti dengan faktor kelas tuisyen yang menghalang mereka untuk menghadiri aktiviti kourikulum iaitu 41 orang atau 82 %. Di samping itu, hanya sejumlah kecil pelajar yang menyatakan masalah kekurangan didikan agama dan sikap pelajar sebagai faktornya. 14

Bahagian C Lokasi Yang Dituju Apabila Ponteng Aktiviti Kokurikulum Bilangan Pelajar Lelaki Peratus % Perempuan Peratus % Pusat Permainan Komputer 10 20 2 4 Pusat Beli-belah 6 12 8 16 Rumah Kawan 4 8 5 10 Pusat Snuker 5 10 0 0 Lain-lain 5 10 5 10 Jumlah 30 60 20 40 Carta Pai Mengenai Peratusan Lokasi Yang Dipilih Oleh Pelajar Perempuan Dan Pelajar Lelaki Pelajar Perepuan Pelajar Lelaki Pusat Permainan Komputer Pusat Membelibelah Rumah Kaw an Pusat Snoker Lain-lain Maklumat tambahan yang turut diperoleh oleh kami ialah tempat utama yang akan dituju oleh pelajar yang ponteng aktiviti kokurikulum. 15

Setelah menilai semua respons yang telah diberikan, kami mendapati lokasi yang menjadi pilihan utama pelajar yang ponteng aktiviti kokurikulum ialah pusat beli-belah. Sebanyak 14 orang yang terdiri daripada 8 orang pelajar perempuan atau 16 % dan 6 orang pelajar lelaki atau 12 % daripada jumlah keseluruhan yang memilih lokasi ini. Kami juga mendapat maklumat bahawa seramai 12 orang pelajar akan ke pusat permainan komputer atau kafe siber. Daripada jumlah tersebut, seramai 2 orang pelajar atau 4 % ialah perempuan manakala bilangan pelajar lelaki ialah lima kali ganda bilangannya iaitu sebanyak 10 orang atau 20 %. Lokasi seterusnya yang menjadi pilihan para pelajar yang ponteng aktiviti kokurikulum ialah tempat lain lain seperti perpustakaan. Seramai 10 orang pelajar memilih lokasi ini. Daripada 10 orang tersebut seramai lima orang pelajar lelaki atau 10 % dan 5 orang pelajar perempuan atau 10 % yang memilih tempat lain sebagai tempat mereka untuk ponteng aktiviti kokurikulum. Rumah kawan-kawan juga menjadi lokasi dituju oleh para pelajar yang ponteng aktiviti kokurikulum apabila tidak menghadirkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Seramai 4 orang atau 4 % pelajar lelaki yang menjadikan rumah kawan mereka sebagai lokasi mereka melepak manakala 5 orang atau 10 % pelajar perempuan memilihnya. Kita mendapati bahawa 9 orang pelajar memilih untuk memilih rumah rakan mereka sebagai lokasi dituju apabila ponteng aktiviti kokurikulum. Lokasi seterusnya ialah pusat snoker. Hanya segelintir pelajar sahaja yang memilih lokasi ini. Terdapat 5 orang atau 10 % pelajar yang memilihnya dan semuanya terdiri daripada pelajar lelaki. 16

SUMBER RUJUKAN 1. MEDIA CETAK ~ SURAT KHABAR ;BERITA HARIAN ~ MAJALAH PELITA 2. INTERNET ~ www.google search.com ~ www.wikipedia.my ~ www.yahoo.com.my 3.RUJUKAN DARIPADA GURU ~ Cikgu Ismail Ali ( Guru Kokurikulum SMK Tun Tuah ) ~ Cikgu Zuraini Binti Idris ( Guru Pembimbing ) ~ Cikgu Micheal Dass ( Guru Pembimbing ) 17

18