PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

dokumen-dokumen yang mirip
Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

ARAHAN: ( )

HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A NAMA PROGRAM KELAS TAMBAHAN SUBJEK KRITIKAL TAHUN 1 FTSM

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

CHIA CHONG YANG A143398

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Membudayakan Kemahiran Berfikir KEMENTERIAN 1 PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PENGAJARAN BERPASANGAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

Transkripsi:

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA Siti Nurul Jannah Fital 1, Mohamad Zaki Abdul Halim 2, Suhaidah Said 3 Universiti Malaysia Perlis, 1,2 & 3 jannah@unimap.edu.my zakihalim@unimap.edu.my suhaidah@unimap.edu.my ABSTRAK Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, terdapat empat kemahiran utama yang perlu dicapai. Empat kemahiran tersebut ialah kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Namun pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar bahasa bukan sahaja berkemahiran, malah seharusnya berketerampilan dalam berbahasa. Kajian ini dijalankan bagi mencapai dua objektif utama. Pertama untuk melihat dan menilai keberkesanan kaedah kolaboratif sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan keterampilan berbahasa pelajar. Objektif yang kedua pula ialah untuk menghasilkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dalam meningkatkan keterampilan berbahasa pelajar. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Tempoh masa yang diambil ialah selama 1 semester iaitu 14 minggu kuliah. Sampel diambil daripada pelajar-pelajar IPTA yang mengambil kursus bahasa Melayu Universiti pada semester 1 sidang akademik 2013/2014. 1

PENGENALAN Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) apa jua bahasa terdapat empat elemen yang ingin dicapai. Empat elemen tersebut ialah: i. Kemahiran Mendengar. ii. Kemahiran Bertutur. iii. Kemahiran Membaca. iv. Kemahiran Menulis. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kompenan dalam kemahiran lisan, manakala kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kompenan bukan lisan. Penguasaan keempatempat kemahiran di atas amat penting kerana menjadi kayu ukur keberkesanan proses P&P yang telah dijalankan, terutamanya sewaktu proses awal pembelajaran sesuatu bahasa. Namun pada peringkat yang lebih tinggi, seseorang itu seharusnya bukan sahaja berkemahiran dalam berbahasa, tetapi harus berketerampilan dalam berbahasa. Pelajar yang mempunyai kemahiran bahasa tidak semestinya terampil dalam berbahasa. Mohd Sharifuddin Yusof (2010) memberi tafsiran bahawa terampil membawa maksud cekap, serta mampu melakukan sesuatu dengan baik dan cermat. Dalam konteks keterampilan berbahasa ini bermaksud kecekapan seseorang menggunakan bahasa sama ada secara lisan atau bukan lisan pada aras yang tinggi. Jika seseorang itu dapat menyampai atau menerangkan sesuatu perkara kepada orang lain dengan jelas maka ia juga dikatakan terampil dalam berbahasa. Beliau 2

menyatakan, seseorang yang terampil dalam berbahasa mampu memujuk, meyakinkan atau mempengaruhi orang lain. Pengkaji merumuskan bahawa, untuk seseorang itu berketerampilan dalam berbahasa, empat kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis perlu dikuasi dengan sangat baik. Empat kemahiran asas itu perlu digabung jalin untuk menjadikan seseorang terampil dalam berbahasa. Pengkaji melihat pendekatan kolaboratif sewaktu sesi P&P mampu memantapkan kemahiran berbahasa pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan keterampilan berbahasa mereka. Kaedah Kolaboratif Pendekatan kolaboratif ialah satu situasi pembelajaran yang membolehkan para pelajar bekerja dalam satu kumpulan kecil yang saling berinteraksi, bantu membantu satu sama lain dalam usaha mencapai objektif pembelajaran. Damon dan Klemm seperti dipetik dalam Yahya Othman,2009, hlm. 45 mentakrifkan pembelajaran kolaboratif sebagai situasi yang memerlukan pelajar dalam kumpulan yang kecil bekerjasama sebagai satu pasukan yang saling membantu dalam pembelajaran mereka. Schrage dalam Mumtaz Begam Abdul Kadir, 2009, hlm. 52 menyatakan pelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama, kerana cara ini melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran baru. Dalam proses P&P bahasa Melayu kaedah ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa yang telah dirancang oleh pensyarah. Pelajar berasa dirinya penting dalam proses P&P jika mereka diberi peluang sama-sama untuk meningkatkan kemahiran berbahasa. 3

OBJEKTIF KAJIAN i. Melihat dan menilai keberkesanan kaedah kolaboratif dalam meningkatkan keterampilan berbahasa pelajar. ii. Menghasilkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan keterampilan berbahasa pelajar. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Kajian ini juga melibatkan pengalaman pengkaji sendiri sebagai pensyarah. Tempoh masa yang diambil ialah selama 1 semester iaitu 14 minggu kuliah. Sampel diambil daripada pelajar-pelajar IPTA yang mengambil kursus bahasa Melayu.. HASIL KAJIAN DAN PERBICANGAN LANGKAH-LANGKAH MEMBENTUK PEMBELAJARAN KOLABORATIF Pembelajaran secara kolaboratif, memerlukan pelajar menilai dan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman personal, pembinaan bahasa untuk tujuan komunikasi sama ada lisan ataupun tulisan dengan penggunaan strategi P&P yang sesuai. Kaedah ini perlu mengambil kira sosiobudaya pelajar dalam sesuatu kumpulan. Hal ini bermakna dalam pembahagian sesuatu kumpulan tidak boleh didominasi oleh satu bangsa atau jantina sahaja. Jika dilihat dari sudut P&P yang menggunakan kaedah tradisi, pengajar bertanggungjawab menetapkan arah, memberi dan mengatur kerja, melihat perjalanan tugasan serta menilai apa yang telah diajar, berkemungkinan melalui kuiz, ujian atau peperiksaan. Hal ini 4

berbeza dengan pendekatan kolaboratif. Melalui pendekatan kolaboratif, pensyarah memberi peluang kepada pelajar untuk memahami kandungan pelajaran yang telah diajar dalam ruang lingkup yang ditetapkan. Pensyarah menggalakkan pelajar untuk menggembleng dan menggunakan pengalaman mereka sendiri, berkongsi strategi dan pengetahuan yang dimiliki, menghormati pelajar lain dengan menyokong dan menggalakkan penglahiran idea-idea yang bernas. Pensyarah juga memupuk dan menggalakkan pelajar-pelajar mengambil bahagian secara terbuka dalam menjana pemikiran yang kreatif dan kritis. Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil semasa sesi P&P dalam bilik kuliah untuk membentuk pembelajaran kolaboratif: i. Membina kumpulan kerja. ii. Membentuk peraturan. iii. Menentukan matlamat setiap kumpulan. iv. Membina tanggungjawab dalam kumpulan. v. Sistem mentor. Membina kumpulan kerja. Keadaan bilik kuliah yang kolaboratif juga penting bagi menjalankan kaedah ini. Pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Hal ini untuk memudahkan interaksi sesama pelajar dan juga bagi memastikan setiap individu dalam kumpulan mengambil bahagian, sekaligus dapat mengelakkan kewujudan pelajar pasif. Membentuk peraturan. Pensyarah menyediakan panduan tugasan yang perlu diikuti oleh setiap kumpulan. Setiap kumpulan mesti terdiri daripada pelbagai gender, kaum, etnik dan juga umur. Rasionalnya hal 5

ini akan mewujudkan kepelbagaian bentuk interaksi dan perkongsian pengalaman yang berlainan. Satu hal yang lebih nyata ialah, percampuran ini dapat membantu mengukuh dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat kepada pelajar bukan Melayu secara tidak formal. Menentukan matlamat setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberi topik yang berbeza-beza dan perlu mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan topik yang ditentukan. Pada hujung semester setiap pelajar akan mendapat maklumat lengkap semua topik-topik yang dibentangkan oleh kumpulan lain. Membina tanggungjawab dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi tanggungjawab dan peranan dalam perkongsian maklumat dan isu yang dikehendaki. Setiap individu dalam kumpulan pula perlu tahu peranan masing-masing. Ketua kumpulan perlu memainkan peranan dalam pembahagian tugasan. Melalui cara ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat ingin berkongsi dan sifat tanggungjawab pelajar. Sistem mentor. Sistem mentor bermaksud pensyarah bertindak sebagai individu yang memberi, garis panduan tentang apa yang perlu dilakukan oleh pelajar dan apa yang tidak perlu dilakukan. Pensyarah juga bertindak membetulkan isi-isi yang tidak tepat sewaktu pelajar membuat perkongsi idea, memberi pandangan yang bernas dan memainkan peranan untuk membangkitkan semangat ingin tahu dalam kalangan pelajar terhadap sesuatu isu. Sebagai mentor pensyarah akan menjadi 6

tempat rujukan para pelajar sewaktu menyediakan tugasan dan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran dijalankan. DAPATAN KAJIAN Pengkaji mendapati setelah langkah-langkah bagi membentuk pengajaran dan pembelajaran dijalankan, kaedah tersebut dapat memantapkan keempat-empat kemahiran bahasa pelajar. Kemahiran bahasa yang mantap akan menjadi tunjang utama untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam berbahasa. Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan seseorang itu mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi seperti perbualan, syarahan, ucapan, soal jawab dan sebagainya. Kemahiran mendengar juga diertikan sebagai kemampuan pendengar memahami maklumat-maklumat yang diungkapkan oleh penutur melalui lambang-lambang bunyi. Dalam hal ini dua perkara yang memainkan fungsi dan peranan yang besar ialah pancaindera pendengaran dan juga daya konsentrasi. Melalui pemerhatian pengkaji, kemahiran mendengar ini dapat dilatih dan dipertingkatkan melalui sesi soal jawab sewaktu perkongsian informasi atau pembentangan oleh setiap kumpulan. Semasa pembentangan dijalankan para pelajar lain boleh mencelah dengan mengemukakan soalan tambahan bagi mencari pencerahan maklumat. Pelajar juga boleh mencelah untuk menyatakan sokongan atau bantahan. Setiap individu dalam kumpulan yang 7

membentang perlu memberi tumpuan kepada bentuk celahan spontan yang dilakukan oleh audien. Jadi mereka perlu sentiasa bersiap sedia dengan sebarang bentuk soalan atau bantahan yang tidak dijangka. Audien pula perlu memberi penumpuan terhadap topik perbincangan, agar dapat memberi komentar dan persoalan yang bersesuaian. Melalui kaedah kolaboratif ini, kemahiran mendengar bukan sahaja menjurus kepada pembentang tetapi turut melibatkan kemahiran mendengar audien. Ini dikatakan sebagai mendengar secara interaktif melibatkan tindak balas aktif daripada kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Kemahiran Bertutur Penguasaan kemahiran bertutur amat ditekankan dalam pengajaran bahasa Melayu. Melalui kemahiran ini pelajar dapat memperbaiki kemahiran berkomunikasi mereka untuk menyampaikan sesuatu idea dengan mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa yang dirancangkan. Yahya Othman (2005) menyenarai salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran bertutur seseorang itu adalah dengan melakukan semua aktiviti berbahasa di dalam kelas. Tugasan secara berkumpulan yang dilakukan oleh pengkaji di dalam bilik kuliah merupakan salah satu aktiviti berbahasa dalam meningkatkan kemahiran bertutur para pelajar, sekaligus menjadikan mereka berterampilan dalam berbahasa. Melalui pemerhatian dan pengalaman, pengkaji mendapati sewaktu ahli kumpulan membuat perkongsian idea atau pembentangan kemahiran komunikasi mereka dapat dapat dilatih dan dipertingkatkan. Sewaktu pembentangan mereka perlu berkomunikasi dengan yakin dan jelas, supaya dapat menarik perhatian audien. Pelajar perlu mengemukakan hujah yang tepat dan menyakikan. Dalam hal ini kawalan suara, mainan intonasi, dan jeda dapat dilatih. Bukan itu sahaja, seiring dengan keyakinan sewaktu bertutur satu lagi perkara yang memainkan peranan 8

yang penting ialah ekperesi wajah dan penampilan pelajar. Seseorang yang mampu menarik perhatian dan tumpuan audien semasa dia bertutur, ialah seseorang yang berterampailan dalam berbahasa. Kemahiran Membaca Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek yang penting diberi penekanan ialah aspek bacaan, kerana membaca merupakan pemangkin kepada kejayaan penguasaan bahasa dan juga pelajaran lain. Aktiviti membaca ialah satu aktiviti mencari maklumat yang aktif. Pembaca perlu mengaitkan apa yang dibaca dengan pengetahuan yang sedia ada. Melalui aktiviti membaca para pelajar dapat meningkatkan ilmu dalam bahasa seperti aspek tatabahasa. Tatabahasa ialah satu aspek yang penting dalam komunikasi sama ada secara lisan mahupun tulisan. Namun budaya membaca dalam kalangan pelajar tidak hadir tanpa ada faktor yang mendorong mereka untuk membaca. Terdapat pelajar yang malas dan kurang member perhatian semasa membaca, terutamanya teks yang kompleks. Mereka tidak suka membaca teks yang sukar seperti teks akademik. Yahya Othman (2005), menyataakan, membaca teks akademik bukanlah proses yang mudah. Oleh sebab itu, pembaca perlu menggunakan strategi membaca yang dapat membantu memudahkan proses membaca. Antara strategi yang dinyatakan oleh beliau ialah pembaca perlu menetapkan matlamat membaca. Kemudian persoalan mengapa guru anda meminta tugasan itu dibuat?. Apakah yang akan anda perolehi daripada teks tersebut? Pembaca juga perlu mencatatkan pemikirannya semasa membaca terutama bagi mendapatkan maklumat berkaitan persoalan yang dikemukakan. 9

Melalui pendekatan kolaboratif yang digunakan pengkaji, dapat membantu para pelajar meningkatkan kemahiran membaca mereka. Tugasan berkumpulan yang diberikan kepada para pelajar akan mendorong setiap pelajar untuk membaca bagi mencari maklumat. Pelajar akan membuat tinjauan sebelum membaca, bagi mencari bahan bacaan yang bersesuaian dengan tugasan yang diberikan. Pelajar perlu bijak memilih bahan bacaan. Memandangkan aktiviti membaca merupakan satu aktiviti yang bukan mudah, dan memerlukan daya konsentrasi yang tinggi, jadi para pelajar boleh membahagikan tugasan untuk mencari maklumat yang boleh membantu mereka menyiapkan tugasan. Setiapi ahli kumpulan akan memahami kandungan teks dan berkongsi sesama ahli kumpulan mengenai bacaannya. Sekiranya dalam satu kumpulan ada lima orang, jadi dalam satu masa setiap pelajar akan mendapat sekurang-kurangnya lima bahan bacaan. Lima bahan bacaan tersebut akan disatukan menjadi satu tugasan. Hal ini bermaksud dalam satu tugasan mengandungi lima bahan bacaan atau kemungkinan lebih daripada itu. Kemudian, setiap kumpulan akan membentangkan tugasan mereka. Dalam kelas tersebut terdapat sepuluh kumpulan. Sekiranya semua kumpulan melakukan cara membaca yang sama, maka pada akhirnya setiap pelajar akan mendapat 50 hasil bacaan yang telah dikenal pasti isi-isi pentingnya sesuai dengan kehendak isu yang diberi. Kemahiran Menulis Yahya Othman (2005) menyenaraikan beberapa strategi bagi meningkatkan kemahiran menulis. Antaranya ialah, dapatkan orang bagi menilai penulisan anda. Ramai orang yang tidak Nampak kesalahan sendiri. Justeru lebih baik mendapatkan pandangan orang lain bagi menilai apa yang ditulis. Jika penulis menulis menggunakan bahasa kedua seeloknya minta penutur natif untuk menyemak hasil tulisan tersebut. Namun sebenarnya tidak semua penutur natif yang mampu 10

menguasi kemahiran menulis dengan sempurna. Sungguhpun demikian sekurang-kurangnya penutur natif mempunyai kemahiran bahasa tersebut lebih baik daripada penutur kedua. Beliau turut menyatakan bertukar-tukar kertas dengan pelajar yang lain juga dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis. Apa yang dijelaskan oleh Yahya Othman tersebut, merupakan salah satu elemen pendekatan kolaboratif. Pelajar diminta untuk menyediakan satu esei mengenai isu-isu semasa. Esei tersebut akan disemak oleh pensyarah dari pelbagai aspek seperti tatabahasa, retorik, penanda wacana, ejaan dan sebagainya. Setelah siap disemak, pensyarah akan membuat salinan setiap kumpulan untuk edaran kepada kumpulan-kumpulan yang lain. Pada minggu berikutnya, kesemua kelemahan dan kesilapan bahasa yang dilakukan oleh setiap ahli kumpulan dalam penulisan mereka akan dibincang bersama. Melalui kaedah ini, secara tidak langsung, setiap pelajar bukan sahaja melihat kesilapan kumpulan sendiri, malah turut belajar daripada kesilapan kumpulan-kumpulan yang lain. Jika dalam satu kelas terdapat 10 kumpulan, maka setiap pelajar akan mendapat 10 esei yang telah disemak sebagai rujukan mereka. Yahya Othman turut menyatakan meniru juga merupakan salah satu cara dalam meningkatkan kemahiran menulis seseorang terutamanya bagi penutur kedua. Jadi pengkaji berpendapat kaedah yang kolaboratif yang digunakan seperti di atas, amat bersesuaian, kerana pelajar bahasa kedua boleh meniru gaya penulisan yang telah dibetulkan oleh pensyarah. Bukan itu sahaja, sewaktu ahli kumpulan menyediakan tugasan ini secara bersama, hal ini memberi lebih peluang kepada penutur bahasa kedua untuk belajar dengan lebih mudah. Inilah antara sebab mengapa percampuran entik dijadikan syarat bagi membentuk kumpulan kolaboratif. 11

KESIMPULAN Melalui kajian tinjaun yang dilakukan dalam tempoh 1 semester pengkaji mendapati kaedah kolaboratif mempunyai kelebihan berbanding kaedah konvensional. Perbandingan dua kaedah ini boleh dilihat melalui Jadual 1. KAEDAH KOLABORATIF Pensyarah memberi peluang kepada pelajar untuk memahami kandungan topik yang diajar dalam ruang lingkup yang ditetapkan. Menggalakkan pelajar menggembeng dan menggunakan pengalaman mereka sendiri, berkongsi pengetahuan dan strategi, menyokong rakan-rakan lain dalam penglahiran idea baru. Pelajar belajar secara berkumpulan. Antara pelajar bekerjasama. Kejayaan atau hasil input yang diperoleh bergantung kepada kejayaan rakan-rakan lain terutama dalam kumpulannya sendiri. KAEDAH KONVENSIONAL Pensyarah menetapkan arah, memberi dan menilai apa yang diajar melalui ujian/kuiz/dll. Pelajar belajar secara individu. Antara pelajar bersaing Kejayaan bergantung kepada diri sendiri. Mendapat nilai tambah melalui interaksi Mendapat nilai tambah melalui transmisi bersama rakan-rakan. daripada pensyarah kepada pelajar. Jadual 1 Pengkaji juga merumuskan bahawa pendekatan kolaboratif yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran memang dapat memantapkan kemahiran asas bahasa pelajar iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa yang mantap akan menjadi tunjang utama dalam membentuk pelajar yang berketerampilan dalam berbahasa tidak kira sama ada melalui lisan mahupun tulisan. 12

Bibliografi Yahya Othman (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Pahang: PTS Professional Sdn.Bhd. Awang Sariyan (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mumtaz Begam Abd Kadir (2009). Learning organization: Membetuk budaya belajar dalam organisasi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Sdn Bhd. Yahya Othman (2009). Pemerkasaan pendidikan bahasa Melayu dari teori ke praktik. Kuala Lumpur: Utusan Publications and distribution Sdn. Bhd. Mohd Sharifudin Yusop (2010). Ketrampilan berbahasa. Selangor: UPM Holdings Sdn.Bhd Ruhcitra (2008). Pembelajaran kolaboratif versus kooperatif. Diakses pada 15 Disember, 2013, daripada http://ruhcitra.wordpress.com/2008/08/09/pembelajaran-kolaboratif/ 13