NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

dokumen-dokumen yang mirip
REFLEKSI ERLLEY LILLEY

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Laporan Komunikasi Efektif (LMCK1331 Set86) Nama : Ooi Kah Yen No. Matrik : A Tajuk Drama : Akulah Tanggang Peranan dalam drama : Watak Susan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

ARAHAN: ( )

Model Pengurusan Strategik

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Fokus Utama : 4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

Tajuk Ebook: Rahsia 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah. Ditulis oleh: Ummi Sofea

Membudayakan Kemahiran Berfikir KEMENTERIAN 1 PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

Polisi Privasi. Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9401. Set 5 Sesi /2014 : KETUA PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

LAPORAN PENYELIDIKAN

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BENGKEL 21ST CENTURY LEARNING DESIGN PERINGKAT DAERAH KUNAK, 2016 NAMA : CIK SAMSURIANI BINTI RUSLI SEKOLAH : SMK KUNAK, KUNAK

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Fokus Sampingan : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan. Aras 1 (i). Mengeja dan menulis perkataan dan ayat yang diperdengarkan.

Unit 5 Pendekatan Tematik

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SENARAI KANDUNGAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI RAJAH 1 PENGENALAN 1

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

(LEARNING MANAGEMENT SYSTEM & COURSE MANAGEMENT SYSTEM)

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan. pendapatan yang berterusan. Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS

PENGURUSAN ADUAN BAGI PETUGAS BARISAN HADAPAN SEKTOR AWAM Oleh Bahagian Perhubungan Korporat Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

KRITERIA PEMARKAHAN PERTANDINGAN MEMBINA LAMAN BLOG DAN BBM ONLINE

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

MAHUKAH KALAU SAYA TUNJUKAN PELUANG PERNIAGAAN DROPSHIP YANG BOLEH JANA PENDAPATAN 4 HINGGA 5 ANGKA SEBULAN. Kalau mahu, teruskan membaca,..!

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

LMCK2811 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (SET 36) Tajuk: PROJEK CUCI TELEKUNG. Pensyarah: Dr. HAZRUL IZUAN SHAHIRI

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

TAJUK 5: TEKNIK-TEKNIK MENINGKATKAN INGATAN. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

Kesetiaan kepada Syarikat

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

11 Cerita Sosial Adab

Transkripsi:

REFLEKSI Alhamdulillah, saya berjaya juga menyiapkan tugasan projek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran EDU3105 tepat pada masanya. Saya juga berasa bersyukur kerana mampu menyiapkan hampir 85% tugasan ini tanpa bantuan daripada Dr Tey dan rakan rakan. Hal ini sedikit sebanyak merangsang minat saya untuk menguasai kemahiran komputer. Pelbagai pengalaman baru yang telah saya perolehi hasil daripada melaksanakan tugasan projek ini. Pengalaman pertama yang telah saya perolehi ialah bagaimana mahu berkomunikasi dengan masayarakat luar apabila memerlukan bantuan mereka. Walaupun kita sering berkomunikasi dan bersosial dengan pelbagai jenis manusia, namun cara pergaulan dengan masyarakat terutama mereka yang bekerja di pejabat adalah lain. Saya sendiri berasa kurang yakin ingin meminta pertolongan mereka terutama dalam keadaan waktu kemuncak urusan perniagaan mereka. Walaubagaimanapun, saya cuba menyakinkan dan memberanikan diri untuk meminta kebenaran merakam proses urusan perniagaan perkhidmatan di pejabat Tabung Haji ini. Pada mulanya, saya berbincang dengan ahli keluarga saya tentang cadangan merakam urusan perniagaan perkhidmatan Tabung Haji bagi menyiapkan tugasan video Integriti. Ayah saya mencadangkan agar kami terus meminta kebenaran dengan pengurus Tabung Haji tersebut dan Alhamdulillah, mereka berbesar hati ingin membantu saya menyiapkan tugasan ini. Pengurus mereka membenarkan saya merakam sesiapa sahaja kakitangan yang saya sukai dan boleh mengadakan soal jawab. Memandangkan pada ketika itu adalah waktu kemuncak, saya membuat keputusan untuk hanya merakam proses perniagaan mereka bagi mengelakkan urusan perniagaan terganggu. Pengalaman ini cukup berharga bagi saya kerana ini kali pertama saya melibatkan syarikat korporat bagi menyiapkan tugasan projek dan saya mampu berkomunikasi dengan baik pekerja pekerja di situ. Pengalaman lain yang saya perolehi melalui tugasan projek ini ialah bagaimana mahu membina laman web dengan menggunakan pelbagai perisian baru. Saya akui kemahiran komputer saya adalah tidak begitu bagus dan sekiranya saya tidak mempelajari subjek ini, berkemungkinan besar saya langsung tidak tahu akan kewujudan pelbagai jenis perisian yang bagus dan cukup membantu tugasan harian saya. Walaupun pembinaan laman web ini hanya menggunakan perisian Microsoft Publisher, saya mendapati ada kawan kawan saya boleh menghasilkan laman web yang cantik dan bagus setanding dengan perisian membina laman web yang lain.

Melalui tugasan membina laman web ini, saya merasakan saya semakin mahir dalam penggunaan Microsoft Publisher yang mempunyai pelbagai fungsi yang lain. Saya juga belajar bagaimana mahu menghasilkan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan di dalam kelas apabila saya berjaya menyiapkan satu laman web yang berkaitan dengan subjek Rekabentuk dan Teknologi. Penggunaan laman web yang mudah dan tidak kompleks ini amat mesra kanak kanak yang tidak mungkin boleh menguasai kemahiran berkomputer dengan cekap lagi. Saya juga belajar bagaimana mahu menggunakan pelbagai jenis perisian lain seperti Hot Potato yang membantu menjadikan laman web saya lebih interaktif. Penggunaan perisian yang hebat ini telah diajar secara teliti oleh Dr Tey di dalam kelas dan sekiranya saya tidak dapat menangkap apa yang diajar oleh Dr Tey, saya akan mengkaji sendiri penggunaan perisian itu. Perisian yang diberikan oleh Dr Tey ini adalah amat penting dan boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar yang bagus. Perisian seperti ini cukup membantu dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang luar biasa dan boleh menarik minat murid dengan baik. Terdapat juga perisian perisian yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan projek bagi subjek lain. Oleh itu, saya amat bersyukur dapat mempelajari cara menggunakan perisian ini dengan baik. Saya juga telah memperolehi pengalaman belajar benda baru dan dapat berkongsi ilmu ilmu yang berkaitan dengan kemahiran komputer dengan kawan kawan yang lain. Perisian perisian yang berkaitan dengan video juga turut membantu saya mengedit dan menambahbaik keadaan video yang telah saya rakam sebelum ini. Saya juga menggunakan perisian untuk video pada subjek subjek yang lain dan hal ini sangat memudahkan saya menyiapkan kerja kerja harian. Pengalaman lain yang saya perolehi melalui tugasan ini ialah bagaimana mahu membahagikan masa dengan baik. Bebanan tugasan projek yang lain, kerja kerja seharian dan aktiviti luar kampus sedikit sebanyak telah menganggu jadual waktu yang telah saya tetapkan untuk menyiapkan tugasan projek EDU 3105 ini. Penangguhan demi penangguhan telah dilakukan bagi membolehkan tugasan lain yang perlu dihantar segera dapat disiapkan secepat mungkin. Hal ini menyebabkan tugasan projek EDU 3105 yang mempunyai terlampau banyak komponen soalan ditangguhkan dan diberhentikan dahulu kerjanya. Ini sedikit sebanyak membebankan saya kerana masih ada banyak lagi tugasan lain yang perlu disiapkan serentak dengan tugasan ini.

Walaubagaimanapun, saya belajar menguruskan masa dengan lebih baik apabila saya mula berbincang dengan rakan tentang apa yang perlu disiapkan di dalam tugasan projek ini dan saya cuba membahagikan masa mengikut keutamaan kehendak tugasan yang ada. Pengalaman seperti ini mengajar saya menjadi seorang lebih bertanggungjawab dan berdikari dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang telah diberikan kepada saya. Pembahagian masa ini turut boleh difleksibel bagi mengelakkan berlakunya keletihan yang melampau terjadi. Saya juga menekankan aspek rehat sebentar bagi mengelakkan stress dan tekanan berlaku yang juga boleh menyebabkan saya berasa putus asa untuk menyiapkan tugasan. Pelbagai lagi pengalaman yang diperolehi dan dikutip hasil daripada perlaksanaan tugasan projek EDU 3105 ini. Tidak kira pengalaman manis atau pahit, saya belajar mengakui kesilapan dan kekhilafan diri sendiri yang tidak serius dalam menyempurnakan sesuatu perkara. Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan ialah kekangan masa yang melampau. Sepatutnya tugasan dihantar setelah pulang daripada program PBS namun kami meminta penangguhan kerana pada masa tersebut terdapat banyak tugasan yang perlu dihantar serentak. Saya mendapati perlaksanaan tugasan projek EDU 3105 ini agak rumit dan saya kurang memberikan keutamaan kepada subjek ini. Selain daripada kerana terlampau banyak tugasan projek yang lain, kekangan masa berlaku kerana kami sering terjebak dengan aktiiti luar kampus. Kami telah terpaksa menjalani aktiviti perkhemahan selama 4 hari dan setelah pulang ke kampus, saya lebih banyak berehat berbanding menyiapkan tugasan. Pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan pada masa yang serentak adalah satu kesulitan yang agak sukar untuk diatasi. Saya mengatasi masalah ini dengan cuba menyiapkan sebahagian kecil tugasan setiap hari agar tidak terbeban di saat saat akhir. Saya telah menetapkan beberapa tarikh akhir bagi sesuatu perkara yang ingin saya lakukan dalam tugasan projek ini. Hal seperti ini cukup membantu saya mengatur tugasan yang ada mengikut keutamaan. Saya juga telah membahagikan bahagian bahagian tugasan projek mengikut tahap kesukaran dan keutamaan bagi membolehkan saya menguruskan masa dengn lebih baik.saya juga mengisi waktu waktu terluang dengan cuba menambahbaik bahagian bahagian yang tidak begitu elok atau memuaskan hati saya.

Masalah lain yang saya hadapi semasa menjalankan tugasan ini ialah saya tidak begitu tahu bagaimana mahu mengedit video menjadi lebih baik. Pada hakikatnya, saya hanya tahu mencantum beberapa video menjadi satu melalui perisian Windows Live Movie Maker dan perkara ini juga memakan masa yang agak lama sebelum saya mahir mencantum video. Saya juga tidak tahu apakah kandungan yang sesuai untuk ditambah ke dalam video yang telah saya rakam. Saya bagaikan kekeringan idea untuk mengedit video saya menjadi lebih menarik apatah lagi dengan tiada pengalaman dalam perkara perkara sebegini. Walaupun terdapat perbincangan yang berlangsung antara saya dan rakan rakan, saya mendapati idea idea yang dikemukakan tidak menepati cita rasa dan kemahuan saya dalam video tersebut. Apa yang saya lakukan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan melihat contoh contoh video yang menarik di laman YouTube. Pelbagai jenis video yang dipaparkan sama ada secara formal atau tidak formal mempunyai jalan cerita dan bahan yang sangat menarik. Saya juga ada melihat video video yang telah dihasilkan oleh rakan rakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih baik daripada mereka. Saya juga ada belajar secara persendirian dengan rakan yang telah mahir menggunakan Windows Live Movie Maker. Belajar secara persendirian ini sebenarnya membantu menjana idea dengan lebih berkesan memandangkan saya tidak begitu gemar belajar secara berkumpulan yang lebih banyak membuang masa pada pendapat saya. Masalah lain yang telah saya hadapi ialah kekurangan sumber berkaitan dengan tajuk yang saya pilih. Saya lebih banyak menggunakan buku teks berbanding menggunakan rujukan lain memandangkan tajuk ini agak sukar untuk dirujuk pada internet. Walaupun begitu, saya terpaksa menggunakan buku teks ini dalam tempoh yang sekejap kerana terdapat kelas lain yang ingin menggunakan buku teks itu. Buku teks Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan adalah terlampau sedikit bagi jumlah pelajar RBT membuat rujukan. Saya berasa agak sedih dengan situasi ini berlaku kerana saya tidak dapat mengkaji dan menggunakan buku teks ini semaksimum yang boleh. Saya mengatasi masalah kekurangan sumber ini dengan mengimbas muka surat yang saya perlukan bagi mengelakkan saya tertinggal butir butir penting topik tersebut. Saya juga berusaha mencari maklumat di dalam internet dan hanya menjumpai sebahagian kecil sumber yang boleh membantu saya. Segala maklumat yang saya perolehi telah saya kumpulkan dalam satu file bagi memudahkan saya membina laman web dan membuat rujukan. Saya juga mendapatkan maklumat melalui Buku Panduan Guru Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan

bagi menyalin data data tentang sesuatu topik dengan lebih baik. Penggunaan buku ini sedikit sebanyak membantu saya menyiapkan tugasan projek laman web ini. Pengalaman saya menjalankan tugasan ini sangat mampu meningkatkan kefahaman saya tentang penghasilan media untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, dengan belajar cara pembinaan laman web, saya telah memperolehi ilmu baru yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar interaktif saya sendiri. Saya juga boleh mengaplikasikan ilmu ini dalam semua mata pelajaran di sekolah dan bahan bantu mengajar seperti ini adalah lebih menarik dan lebih kedepan berbanding bahan bantu mengajar yang lain. Selain itu, ilmu dalam merakam dan mengedit video adalah sesuatu yang baru bagi saya namun masih lagi boleh digunakan dalam penghasilan media untuk pengajaran dan pembelajaran muid murid. Saya belajar bagaimana mahu menghasilkan satu paparan video yang dapat menarik perhatian semua dan ini akan membantu melancarkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya. Walaupun terdapat kesulitan dalam menyiapkan tugasan projek EDU 3105 ini, saya berjaya juga menyiapkan sebaik yang boleh saya laksanakan. Saya berharap apa sahaja yang ada di laman ini boleh dimanfaatkan dan dikongsi sesama kita. Terima kasih daun keladi. NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1