DENDAM DISEBABKAN PERISTIWA LALU: KAJIAN KES MENGGUNAKAN MODALITI SENI. Oleh. Jonathan Ukab ABSTRAK

dokumen-dokumen yang mirip
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

MODALITI SENI: SATU INTERVENSI KEPADA PENOLAKAN KLIEN DALAM PROSES KAUNSELING. Oleh. Mohamad Azizi Bin Anding Khairul Annuar Bin Abdul Wahab ABSTRAK

PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUALITATIF

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

POLIMAS-PK-PS-17 Pengurusan Psikologi dan Kerjaya POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA POLIMAS PK PS-17

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

GARIS PANDUAN DAN ETIKA PERKHIDMATAN LATIHAN PRAKTIKAL PELATIH ( KAUNSELING )

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES KAJIAN. Nordin Tahir

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Unit 5 Pendekatan Tematik

MITOS & FAKTA KAUNSELING

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

11 Cerita Sosial Adab

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

UNIT PRAKTIKUM IPGKBL REFLEKSI

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 5)

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

ULTAN IDR!s..:>Lk1...1.:..00-' _'1 SULT.AN IDRIS EDUCATION UNIVERSI.TY KOD. : KKP3053 KURSUS : PENGURUSAN DAN KONSULTASISEKOLAH ARAHAN

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MELAKSANA (KUALITATIF) PENELITIAN TINDAKAN KELAS

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

Pengenalan kepada Kaunseling

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1913 Kaunseling Keluarga (Minggu 2)

Laporan Komunikasi Efektif (LMCK1331 Set86) Nama : Ooi Kah Yen No. Matrik : A Tajuk Drama : Akulah Tanggang Peranan dalam drama : Watak Susan

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

KEMAHIRAN ASAS MENOLONG

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Seterusnya? Memahami Kesedihan

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

OBJEKTIF KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PASIF. MANIPULATIF. AGRESIF CARA PERHUBUNGAN DAN CORAK KOMUNIKASI CORAK KOMUNIKASI

Kesetiaan kepada Syarikat

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

EARLY RECOVERY KLINIK C&C 1MALAYSIA SG BESI

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 2.0

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma Perguruan Pengajian Islam

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Transkripsi:

DENDAM DISEBABKAN PERISTIWA LALU: KAJIAN KES MENGGUNAKAN MODALITI SENI Oleh Jonathan Ukab ABSTRAK Kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji sejauh mana modaliti seni sebagai pendekatan tambahan membantu proses kaunseling terutamanya dalam penerokaan masalah klien. Klien ialah seorang murid Tahun 5 dari sebuah sekolah rendah di Kuching. Untuk mengumpul data, saya telah mengguna temu bual, pemerhatian, rakaman video dan audio, mengambil gambar dan hasil seni seperti sculpturing dan lukisan. Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik sculpturing dan melukis dapat membantu dalam penerokaan pemasalahan yang dihadapi oleh klien semasa menjalani sesi kaunseling. 1.0 Pengenalan Pengalaman pahit individu yang tidak diselesaikan boleh meninggalkan kesan yang mendalam terhadap emosi dan fikiran individu tersebut. Apabila emosi dan fikiran individu yang negatif telah menguasai dirinya, maka hal tersebut akan membuat individu tersebut tidak dapat berfikir secara rasional. Ini seterusnya akan mempengaruhi tindakannya seperti merancang untuk membalas dendam ataupun melakukan tindakan yang agresif yang mungkin akan membahayakan diri individu itu sendiri ataupun individu yang signifikan dalam pemasalahannya. Kes yang dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah berkaitan dengan peristiwa lepas yang pahit dan belum diselesaikan (unfinished business) yang dilalui oleh klien yang bernama Mat (nama samaran) sehingga menimbulkan perasaan marah dan dendam dalam dirinya. Pemasalahan yang dilalui Mat mengganggu dirinya dari segi kognitif, emosi dan tingkah laku. Dalam proses sesi kaunseling yang telah dijalankan, teknik sculpturing dan melukis digunakan bertujuan untuk meneroka isu atau pemasalahan yang dihadapi oleh Mat. 1.2 Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana terapi seni digunakan sebagai modaliti tambahan dalam menjalankan sesi kaunseling selain daripada mengkaji kesan penggunaan terapi seni dalam penerokaan pemasalahan Mat. 14

1.3 Persoalan Kajian Kajian ini cuba menjawab soalan dalam kajian ini adalah seperti berikut. Sejauh mana penggunaan teknik sculpturing dan melukis dapat membantu saya dalam meneroka permasalahan atau isu yang dihadapi oleh Mat sebagai klien? 1.4 Perancangan Dan Prosedur Pelaksanaan Kaunseling Terdapat tiga prinsip yang perlu dipatuhi untuk memahami sesuatu lukisan apabila mengguna modaliti seni. Prinsip pertama adalah mencatat impresi terhadap lukisan yang dilukiskan oleh klien. Di sini, sebarang interpretasi terhadap lukisan perlu dielakkan. Tumpuan terhadap cara klien melukis hasil lukisan dan warna yang dipilih oleh klien perlu diberi perhatian. Prinsip kedua pula adalah berkaitan dengan peranan saya sebagai penyelidik. Saya perlu menggunakan pendekatan yang sistematik pada benda yang ingin dijadikan fokus kerana cara dan bahan yang digunakan untuk melukis mempunyai projeksi terhadap masalah klien. Selain itu, saya juga perlu beri perhatian pada warna, bentuk, cara lakaran klien dibuat serta membuat keputusan tentang bahagian yang ingin diberikan tumpuan. Manakala prinsip ketiga adalah saya harus menganalisis lukisan klien dan mengumpulkan semua maklumat agar menjadi satu maklumat menyeluruh yang berkaitan dengan keadaan klien. Maka, untuk memahami sesuatu lukisan, terdapat beberapa perkara yang perlu saya beri perhatian iaitu: memperhatikan objek yang menjadi penghalang dalam lukisan; benda yang telah tertinggal atau hilang dalam lukisan; kedudukan dan saiz sesuatu objek; objek yang dilukis secara berulangan; reka bentuk yang tidak terurus; perubahan warna (shading); perkataan yang telah ditulis pada lukisan; dan latar lukisan 2.0 Metodologi Kajian ini merupakan satu kajian kes tunggal (single kes design) yang mana seorang klien yang didapati unik dikaji. Saya menggunakan modaliti seni sebagai pendekatan tambahan dalam kaunseling untuk meneroka dan melihat perkembangan proses kaunseling. 2.1 Tempat Kajian Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah kebangsaan di Kuching semasa saya menjalani praktikum. Kajian tersebut dijalankan dalam bilik bimbingan dan kaunseling. 15

2.2 Subjek Kajian Mat yang berumur 11 tahun merupakan klien yang datang secara sukarela. 2.3 Alat modaliti seni dan kajian Dalam menjalankan kajian ini, saya telah guna alat-alat seperti tanah liat tiruan yang berwarna-warni, krayon, pensel warna, kamera, perakam audio serta kertas putih bersaiz A4. 2.4 Teknik Mengumpul Data Sepanjang proses kaunseling dijalankan, data dikutip melalui kaedah temu bual. Saya juga membuat pemerhatian semasa klien membentuk tanah liat tiruan dan membuat lakaran. Data juga dikutip dengan membuat rakaman video ketika sesi kaunseling berlangsung. Catatan laporan sesi kaunseling turut dirujuk. Melalui kaedah-kaedah tersebut, isu yang dihadapi oleh klien dapat diterokai dan membantu saya memahami isu yang dihadapi oleh klien. Proses intervensi juga dapat dirancang bersesuaian dengan keperluan klien pada masa tersebut. 3.0 Dapatan Kajian Semasa saya menjalankan kajian ini, saya dapati bahawa penggunaan modaliti seni iaitu teknik sculpturing dan melukis membantu saya dalam penerokaan masalah Mat sebagai klien. Saya mendapati bahawa Mat dapat menceritakan isu yang dihadapinya dengan lebih mudah dan baik. Hal ini juga membantu saya untuk memahami dan mendalami isu yang dihadapi oleh Mat dengan jelas melalui penjelasannya tentang hasil reka bentuk dan lukisan yang telah dihasilkan. Selain itu, ia memberi ruang sepenuhnya kepada Mat sebagai klien untuk membentuk serta melukis dengan bebas dan kreatif. Ini adalah kerana Mat dapat menyelami pemasalahannya serta meluahkannya dalam bentuk hasil seni. Dengan itu, Mat menceritakan hasil yang diciptanya dengan jelas dan seterusnya membantu saya meneroka dan memahami isu yang dihadapinya. Dapatan kajian ini saya bincangkan dengan lebih teliti melalui huraian kes berikut. 3.1 Latar belakang klien Mat adalah seorang murid Tahun 5 di sebuah sekolah di Kuching. Dia berumur 11 tahun dan merupakan anak ketiga daripada empat orang adikberadik. Mat tinggal di kawasan perkampungan yang agak jauh dari sekolah. Pada setiap hari, Mat dengan kakak (12 tahun) dan adiknya (8 tahun) yang belajar di sekolah yang sama akan berjalan kaki ke sekolah. Kakak sulungnya menuntut di Politeknik Cawangan Mukah. Kakak kedua pula belajar di sekolah yang sama dalam Tahun 6 dan baru sahaja habis menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala adik bongsu Mat pula belajar dalam Tahun 2 di sekolah yang sama dengan Mat. Bapa 16

Mat bekerja sebagai penjual tiket bas di Terminal Bas Kuching manakala ibunya pula merupakan suri rumah sepenuh masa. Mat menyatakan bahawa hubungannya lebih rapat dengan bapanya. Mat bercita-cita menjadi seorang ahli bomba kerana baginya, dia suka membantu orang yang berada dalam kesusahan seperti mangsa kebakaran, lemas dan sebagainya. Kerjaya pilihannya yang kedua ialah menjadi ustaz. Mat memilih kerjaya sebagai ustaz kerana dia ingin menyahut seruan agamanya iaitu membawa umat Islam yang kini ramai yang terpesong dan tidak mementingkan ajaran agama Islam kembali kepada jalan yang benar. Hobi Mat pula ialah memancing dan berenang. Aktiviti ini amat disukainya dan selalu dijalankan apabila ada masa lapang. Biasanya Mat melakukan aktiviti-aktiviti tersebut bersama-sama dengan keluarga dan rakanrakannya. Di sekolah, mata pelajaran yang diminatinya ialah Matematik. Aktiviti kokurikulum yang disertainya ialah Pengakap. Rakan yang paling rapat dengan Mat ialah Haizal (bukan nama sebenar). Dia telah berkawan dengan Haizal sejak tadika sehingga sekarang. Perkara yang paling dia sukai mengenai rakan karib tersebut ialah sikapnya yang jujur dalam persahabatan mereka. Bagaimanapun Mat tidak begitu menyenangi tabiat rakan karibnya yang agak pengotor. 3.2 Daptan Sesi Kaunseling 3.2.1 Sesi Kaunseling Pertama Saya telah menjalankan empat sesi kaunseling dengan Mat. Dalam sesi yang pertama, saya telah memulakan perbincangan dan perbualan yang biasa bagi membina rapport. Apabila Mat mula menunjukkan kepercayaan, saya cuba melakukan penstrukturan informed consent iaitu persetujuan bersama Mat sebagai klien. Mat sebenarnya pernah menjalani sesi kaunseling kelompok bersama dengan saya sebelum ini. Saya telah meminta persetujuan daripadanya untuk merakam sesi kaunseling dalam bentuk audio dan visual atas permintaan pensyarah saya untuk dijadikan kajian kes. Etika kaunseling dan isu kerahsiaan serta peranan saya sebagai guru bimbingan dan kaunseling dalam membantunya dijelaskan. Setelah memahami penstrukturan yang dijelaskan kepadanya, Mat bersetuju agar sesi kaunseling individu kami dirakam sehingga sesi penamatan. Dalam sesi pertama ini, peranan saya adalah membina hubungan dan mewujudkan kepercayaan Mat sebagai klien. Hubungan ini adalah berasaskan kepada rasa mengambil berat yang mendalam, melibatkan diri 17

dan menganggap Mat itu unik. Suasana yang teraputik ditekankan. Saya membina hubungan yang positif dengan mendengar, memberi tindak balas dan menghormati kepercayaan Mat sebagai klien. Mat membuat perkongsian tentang latar belakang diri, keluarga dan pergaulannya dengan rakan di sekolah. Maklumat tentang diri Mat telah dinyatakan pada bahagian latar belakang klien dalam penulisan kajian kes ini. 3.2.2 Sesi Kaunseling Kedua Semasa sesi kedua, saya cuba meneroka isu yang dihadapi oleh Mat melalui pemahaman, kepercayaan, perasaan matlamat dan motif Mat. Saya menggunakan teknik sculpturing iaitu dengan meminta Mat membentuk apa sahaja jenis bentuk bebas, misalnya, orang, binatang, peralatan, tumbuhan dan sebagainya yang ingin dikongsikannya dalam sesi kedua. Bahan yang digunakan dalam teknik sculpturing ini ialah plastisin atau tanah liat tiruan yang berwarna-warni. Tujuan saya menyediakan plastisin pelbagai warna ini ialah supaya Mat sebagai klien bebas memilih warna, membentuk atau mencampurkan plastisin secara bebas. Saya meneroka pengalaman Mat yang menimbulkan masalah yang dihadapinya pada masa kini berdasarkan plastisin yang telah dibentuknya. Prosedur ini digunakan untuk mengenal pasti kesilapan asas dan membuat interpretasi bagaimana ia mempengaruhi Mat pada masa kini. Antara temu bual yang di lakukan ialah: Bertanya kepada klien apa yag telah dibentuknya. Meminta klien menceritakan setiap hasil ciptaannya Bagaimana peristiwa tersebut bermula? Apakah perasaannya tentang peristiwa tersebut? Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap emosi, kognitif dan tingkah lakunya pada masa kini? Gambar 1: Hasil semasa `membentuk tanah liat 18

Gambar 2: Hasil yang dibentuk oleh klien sebelum penerokaan masalah Semasa Mat membentuk plastisin, terdapat 4 bentuk yang dihasilkan iaitu: dua bentuk orang selipar kayu burung helang Dua bentuk orang yang dihasil oleh Mat ialah dirinya sendiri dan orang yang signifikan dengan pemasalahan yang dihadapinya pada masa kini. Peristiwa berlaku pada tahun lepas iaitu di kampung, di mana basikal yang dibeli oleh Mat dengan duit yang dikumpul sejak tadika, telah dicuri oleh rakan sekampung yang berusia setahun lebih tua daripadanya (merupakan kawan sekampung klien). Walaupun Mat telah membuktikan bahawa basikal tersebut miliknya dengan menunjukkan tanda pelekat di bawah tempat duduk basikal kepunyaannya dengan pencuri tersebut, namun pencuri tersebut menyatakan bahawa dia baharu sahaja membuat tanda tersebut di bawah tempat duduk basikal itu. Pencuri itu, telah melemparkan selipar ke arah Mat dan memukulnya menggunakan kayu lalu melarikan diri dengan basikal tersebut. Kini, pencuri basikal tersebut berada di Miri dan tinggal di sana bersama dengan keluarganya bersama basikal yang dicuri itu. Kejadian itu, membuatkan Mat berasa amat marah dan berdendam dengan pencuri basikalnya (digambarkan dalam bentuk burung helang). Kejadian curi itu telah dilaporkan oleh Mat kepada emaknya supaya diambil tindakan. Namun demikian, ibu Mat tidak membuat apa-apa tindakan selanjutnya dan menyebabkan Mat bertambah marah dan kecewa. Mat menyatakan bahawa dia akan berdendam dengan pencuri basikalnya sampai bila-bila dan akan membalas perbuatan yang sama seperti apa yang telah berlaku pada dirinya apabila pencuri basikal itu balik semula ke 19

Kuching. Pencuri tersebut mesti dihukum dengan perbuatan yang sama seperti yang dilakukan terhadap dirinya. Selain itu, kesan terhadap Mat ialah, dia rasa malas jika diminta untuk membeli barang kerana jauh dan dia malas untuk berjalan. Mat juga terpaksa berjalan kaki ke sekolah setiap hari sejak peristiwa basikalnya dicuri oleh rakan sekampungnya itu. 3.2.3 Sesi Kaunseling Ketiga Dalam sesi ketiga, saya meminta Mat melukis harapannya terhadap peristiwa kecurian basikalnya. Mat telah melukis sebuah basikal dan harapannya ialah untuk memiliki sebuah basikal baru. Tujuan saya meminta Mat melukiskan harapannya ialah untuk mengenal pasti apakah matlamat utamanya yang diingini oleh Mat selepas peristiwa yang berlaku pada dirinya. Gambar 1: Harapan Mat yang ingin memiliki basikal baru Sebelum saya meneruskan penerokaan dan mencari alternatif untuk mencapai matlamat atau harapan Mat, saya meneruskan perbincangan tentang masalah yang dikongsikan oleh Mat dalam sesi kedua yang lepas. Saya telah mengenal pasti pemikiran tidak rasional yang dihadapi oleh Mat yang menyebabkan emosinya terganggu sehingga merancang untuk membalas dendam dengan si pencuri tersebut. Pemikiran tidak rasional yang dikenal pasti ialah Orang yang kejam dan jahat mesti dihukum. 3.2.3.1 Activating event Basikal kesayangan Mat telah dicuri oleh rakan sekampungnya. 3.2.3.2 Belief Saya (Mat) mesti membalas balik perbuatan yang dia (si pencuri) lakukan terhadap saya dahulu. Dia mesti dihukum pada bila-bila masa saya berpeluang berjumpa dengannya. 20

3.2.3.3 Consequence (kesan terhadap emosi dan tingkah laku) Mat berasa amat marah dan selalu berfikir tentang peristiwa tersebut serta tidak mahu apabila disuruh ibu pergi ke kedai untuk membeli barang. Selain itu, Mat terpaksa berjalan ke sekolah setiap hari. 3.2.3.4 Disputing intervention Saya menggunakan kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional. (a) Jika Mat menghukum si pencuri itu dengan membuat tindakan yang sama iaitu membalas balik perbuatan lalu dengan mencuri basikal si pencuri, adakah perbuatan tersebut menunjukkan apa-apa perbezaan antara Mat dengan si pencuri dan menyelesaikan masalah tersebut? (b) Adakah dengan tiada basikal, hidup Mat tidak berguna dan akan musnah selama-lamanya? (c) Adakah tindakan mencuri dibenarkan dari segi agama? Jika tidak apa yang Mat akan lakukan? 3.2.3.5 Effect Selepas berhujah dan mencabar fikiran Mat sebagai klien, dia mendapat celik akal di mana perbuatan membalas dendam adalah salah terutamanya di sisi agama Islam dan berdosa. Perbuatan membalas dendam tersebut tidak menyelesaikan masalah dan tidak menunjukkan apa-apa perbezaan antara diri Mat ataupun si pencuri. Mat sendiri mencadangkan bahawa perbincangan merupakan jalan penyelesaian yang sesuai dan memaafkan perbuatan rakannya yang telah mencuri basikal tersebut. Apabila ditanya bila dia akan melaksanakan tindakan tersebut, Ma menyatakan bahawa dia akan melakukannya pada bila-bila masa individu yang mencuri itu balik ke Kuching dari Miri. Mat dilatih menggunakan teknik role-play untuk berterus terang dengan rakannya dengan baik dan asertif. Mat pada mulanya berasa agak malu, tetapi selepas berlatih beberapa kali, Mat berasa lebih yakin. Bagi memenuhi harapan Mat untuk memiliki basikal baru, Mat memberitahu bahawa dia terpaksa mengumpul semula duit saku untuk membeli basikal baru. 3.2.3.6 F (New feeling) Mat menyatakan bahawa dia berasa lebih tenang selepas menjalani sesi kaunseling dan gembira kerana ada jalan penyelesaian yang lebih baik daripada menyimpan perasaan dendam. Mat menyatakan bahawa dia akan 21

terus berusaha mengumpulkan wang saku untuk membeli sebuah basikal yang baru. 3.2.4 Sesi Kaunseling Keempat Dalam sesi keempat, saya bertanyakan bagaimana keadaan Mat setelah menjalani tiga sesi kaunseling yang lepas. Mat menyatakan bahawa dia berasa gembira kerana masalahnya dapat diselesaikan dengan cara yang lain iaitu dengan cara berbincang dan memaafkan individu yang mencuri basikalnya. Walaupun individu yang mencuri basikalnya masih berada di Miri, Mat akan menunggu apabila individu tersebut kembali ke Kuching pada bila-bila masa. Mat menyatakan bahawa dia tiada lagi isu sampingan yang ingin diceritakan dan mahu menamatkan sesi kaunseling individu. Setelah membuat rumusan tentang proses keseluruhan sesi kaunseling bersama Mat, sesi kaunseling dengan Mat sebagai klien ditamatkan. Daripada pemerhatian yang saya lakukan, Mat menunjukan perubahan dari segi penampilan dirinya menjadi ceria dan tenang. Kekuatan yang saya perhatikan pada diri Mat ialah dia seorang murid yang tabah, tidak cepat putus asa dan dapat membuat keputusan sendiri dengan cara yang baik dalam menyelesaikan masalahnya. 4.0 Rumusan Kajian kes ini menitikberatkan pendekatan proses di mana kesan perubahan perlu dilihat hasil selepas sesi dijalankan. Orientasi teori yang digunakan dalam sesi kaunseling perlu dinyatakan dan diperincikan. Selain itu, pendekatan teori REBT menjadi rujukan penting untuk saya dalam membuat pertimbangan dan rawatan yang betul dan sesuai. Dalam mengendalikan kes ini, saya cuba menggunakan teknik lain dalam meneroka masalah klien iaitu teknik sculpturing dan teknik melukis. Teknikteknik yang saya aplikasikan ini dapat membantu saya untuk meneroka masalah Mat selaku klien yang tidak dapat menceritakan pemasalahannya dengan lancar seperti individu remaja atau dewasa. Teknik ini dapat memberi peluang kepada Mat untuk mengalami dan mendalami situasi yang dihadapinya. Saya juga perlu mempunyai sikap sabar dan teliti dalam meneliti serta memahami hasil reka bentuk atau lukisan Mat. Dari segi limitasi yang saya hadapi, semasa saya menjalankan sesi kaunseling pada sesi pertama, terdapat masalah dari segi perakam visual di mana keseluruhan sesi pertama gagal untuk dirakam. Namun demikian, saya dapat merakam secara audio keseluruhan sesi pertama tersebut. Selain itu, terdapat gangguan bunyi bising dari luar bilik kaunseling yang agak mengganggu proses kaunseling. Secara keseluruhan, saya telah 22

menjalankan empat sesi kaunseling bersama klien dan objektif kajian saya telah tercapai. Rujukan Corey, G. (2005). Counseling A Comprehensive Profession. United States of America: Brooks/Cole. Gladding, S. T. (2004). Counseling A Comprehensive Profession. United States of America: PearsonMerrill Prentice Hall. 23