3.1 Timbalan Pengarah (Geran Penyelidikan), RMC adalah bertanggungjawab menentukan garis panduan ini dipatuhi.

dokumen-dokumen yang mirip
SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

4.1 Penentuan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI)

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan permohonan hak harta intelek hasil penyelidikan UPM di dalam dan luar negara.

GARIS PANDUAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan permohonan hak harta intelek hasil penyelidikan UPM di dalam dan luar negara.

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/OPR/IDEC/P004

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

GARIS PANDUAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN UKM-SPKP-CRIM-PK05-GP01

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-HSL/P015 PROSEDUR PERLAKSANAAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSITI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SYARAT PERMOHONAN MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

OPERASI PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANCELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) KOD DOKUMEN: UPM/OPR/HEPA/P001

Garis Panduan Permohonan Mengelola Latihan Akademik oleh Pusat Tanggungjawab (PTj)

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT BURSAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/BEN-BJT/P002 PROSEDUR PERMOHONAN PINDAHAN PERUNTUKAN BELANJA MENGURUS

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT ISLAM UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/PIU/P002. PROSEDUR PENGENDALIAN MAJLIS ILMU Tarikh: 30/04/2013

BORANG PERMOHONAN MENGHADIRI * KURSUS / LATIHAN / PROGRAM PEMBANGUNAN STAF

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SOKONGAN PENENTUKURAN DAN VERIFIKASI PERALATAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA Kod Dokumen: UPM/OPR/CALC/P003

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SOKONGAN PENENTUKURAN DAN VERIFIKASI PERALATAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)


GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK Kod Dokumen: UPM/OPR/CADe/P002 PROSEDUR PELAKSANAAN KAJIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/OPR/PNC-BP/P001 PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN KE LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KE LUAR NEGARA (SPLN)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

BORANG PERMOHONAN MENGHADIRI LATIHAN

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001. Prosedur ini menerangkan cara perlaksanaan penyelenggaraan ICT.

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen: UPM/OPR/BEN-BJT/P002 PROSEDUR PERMOHONAN PINDAHAN PERUNTUKAN BELANJA MENGURUS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/OPR/PNC-BP/P001 PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN KE LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/OSH/P002

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) Kod Dokumen:UPM/OPR/HEPA/P007

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW-BYR/P009 PROSEDUR PEMBAYARAN TANPA PESANAN BELIAN

KUKTEM.BEND.10.12/3(2) 01 Ogos 2006 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2006

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P009

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

BORANG PENILAIAN KERTAS KERJA PERMOHONAN MENGHADIRI PERSIDANGAN DENGAN PEMBIAYAAN FAKULTI Senarai Semak

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK Kod Dokumen: UPM/OPR/CADe/P002 PROSEDUR PELAKSANAAN KAJIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEKELILING BENDAHARI BIL: 9/2006 PEJABAT BENDAHARI

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SUB SPECIALITY UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P016

BAB 9 PENGURUSAN PEMBAYARAN

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Transkripsi:

( & INOVASI) 1.0 TUJUAN Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan perjalanan ke luar negara untuk menghadiri seminar/konferensi/bengkel/lawatan teknikal dengan menggunakan peruntukan geran penyelidikan. 2.0 TERMINOLOGI DAN GLOSARI PTJ : Pusat Tanggungjawab iaitu Fakulti, Institut, Akademi dan Sekolah KP : Ketua Projek/Penyelidik RMC : Pusat Pengurusan Penyelidikan TPGP : Timbalan Pengarah (Geran Penyelidikan), RMC TNCPI : Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) JKKSKBL : Jawatankuasa Kerja Seminar / Konferensi / Bengkel / Lawatan Ke Luar Negara Event : Aktiviti yang dihadiri atau dilaksanakan di luar negara selain Malaysia Perjalanan : Perjalanan ke luar negara bermaksud untuk menghadiri seminar / konferensi / bengkel / lawatan teknikal / kongres / simposium / kolokium / persidangan yang berkaitan dengan projek penyelidikan yang dijalankan serta lawatan rasmi (yang diarahkan oleh pihak berkuasa). Geran penyelidikan 3.0 TANGGUNGJAWAB : Geran yang di bawah pengurusan RMC seperti Science Fund, geran Fundamental, geran Universiti Penyelidikan, SAGA, TORAY-MTSF, MAKNA, FELDA dan lain-lain geran yang mungkin diperoleh dari semasa ke semasa tetapi tidak termasuk geran antarabangsa atau menggunakan peruntukan tabung amanah 3.1 Timbalan Pengarah (Geran Penyelidikan), RMC adalah bertanggungjawab menentukan garis panduan ini dipatuhi. 3.2 Sesiapa yang terlibat dengan pengurusan permohonan perjalanan ke luar negara dengan menggunakan peruntukan daripada geran penyelidikan. 4.0 DOKUMEN RUJUKAN Kod Dokumen Tajuk Dokumen - Garis panduan penaja geran - Polisi Penyelidikan UPM - Pelan Strategi UPM TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 1 drp. 10

( & INOVASI) 5.0 PANDUAN PERMOHONAN PERJALANAN KE LUAR NEGARA 5.1 Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat permohonan yang berikut: 5.1.1 Pemohon adalah pegawai akademik atau felo penyelidik yang berjawatan tetap /kontrak. 5.1.2 Pemohon mempunyai geran penyelidikan atau peruntukan lain yang mencukupi untuk menampung kos perjalanan meliputi tambang pengangkutan, penginapan, yuran seminar dan yuran berkaitan. 5.1.3 Pemohon membuat perjalanan ke luar negara dengan tujuan untuk membentangkan kertas kerja atau poster, menghadiri mesyuarat/bengkel, atau membuat lawatan teknikal iaitu sebahagian daripada keperluan penyelidikan sebagaimana yang dinyatakan dalam cadangan asal penyelidikan (Proposal). 5.2 Pemohon hendaklah memenuhi kriteria atau kelayakan yang ditetapkan seperti berikut: 5.2.1 pensyarah muda lantikan baharu; 5.2.2 pegawai daripada sektor industri yang baru dilantik menyertai UPM (bidang akademik); 5.2.3 pegawai akademik UPM yang telah dipinjamkan oleh agensi di luar UPM / sektor industri dan kini berkhidmat semula di UPM; 5.2.4 pegawai bukan akademik UPM yang mempunyai pengalaman kurang daripada 3 tahun dan baharu menyertai bidang akademik di UPM. 5.2.5 pegawai akademik daripada IPTA/IPTS lain yang bertukar ke UPM dinilai mengikut kelayakan hasil penerbitan yang sedia ada selain mempunyai pengalaman di dalam bidang akademik. 5.3 Pemohon hendaklah memenuhi syarat perkhidmatan seperti yang berikut: 5.3.1 Pegawai yang berkhidmat melebihi 5 tahun mesti mempunyai sekurangkurangnya 3 hasil penyelidikan yang terdiri dari sekurang-kurangnya 1 jurnal penyelidikan dan hasil penyelidikan lain seperti paten pending / anugerah penyelidikan / bab dalam buku ilmiah penyelidikan yang berbeza / buku TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 2 drp. 10

( & INOVASI) ilmiah penyelidikan sebagai penulis dalam tempoh 3 tahun terakhir dari tarikh permohonan; 5.3.2 Pegawai yang berkhidmat 3 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun mesti mempunyai sekurang-kurangnya 2 hasil penyelidikan yang terdiri dari sekurang-kurangnya 1 jurnal penyelidikan dan hasil penyelidikan lain seperti paten / anugerah penyelidikan / bab dalam buku ilmiah penyelidikan yang berbeza / buku ilmiah penyelidikan sebagai penulis dalam tempoh 3 tahun terakhir dari tarikh permohonan; 5.3.3 Pegawai yang berkhidmat antara 2 hingga 3 tahun mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1 hasil penyelidikan yang terdiri dari jurnal penyelidikan / paten / anugerah penyelidikan / bab dalam buku ilmiah penyelidikan yang berbeza / buku ilmiah penyelidikan sebagai penulis dalam tempoh 2 tahun terakhir dari tarikh permohonan; 5.3.4 Pegawai yang berkhidmat kurang daripada 2 tahun boleh dipertimbangkan walaupun mereka tiada hasil penyelidikan. 5.4 Pegawai yang membuat perjalanan ke luar negara layak mendapat pembiayaan seperti berikut: 5.4.1 Bayaran tambang kapal terbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pada harga termurah mengikut zon yang telah ditetapkan bagi sesuatu negara kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada MAS untuk menggunakan syarikat penerbangan yang lain. Profesor layak mendapat tambang kelas perniagaan manakala pegawai lain mendapat kelas ekonomi atau tertakluk mengikut syarat syarat penaja geran. 5.4.2 Bayaran makan dan penginapan mengikut peraturan yang berkuatkuasa serta bayaran lain seperti tambang teksi, bas, keretapi, tol dan sebagainya 5.4.3 Perbelanjaan ke luar negara jika menggunakan sumber geran utama adalah seperti yang berikut: Geran Sciencefund (i) Had peruntukan yang layak diluluskan adalah 15% daripada jumlah keseluruhan peruntukan yang diterima atau RM30,000.00 mana mana nilai terendah. (ii) Penggunaan untuk perjalanan ke luar negara hanya layak digunakan sekali sahaja sepanjang tempoh projek maksimum dua orang ahli projek TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 3 drp. 10

( & INOVASI) (Ketua dan ahli) sahaja yang boleh pergi menghadiri satu konferensi yang sama pada tarikh dan tempat yang sama. Geran Fundamental (i) Had peruntukan yang layak diluluskan adalah 20% daripada jumlah keseluruhan peruntukan yang diterima atau RM15,000.00 mana mana nilai terendah. (ii) Perjalanan ke luar negara dibenarkan tertakluk kepada kecukupan dana yang telah dipohon. (iii) Hanya KP sahaja dibenarkan menggunakan peruntukan tersebut bagi tujuan perjalanan ke luar negara sepanjang tempoh projek. (iv) Ahli penyelidik yang ingin menggunakan peruntukan Fundamental untuk tujuan perjalanan ke luar negara perlu mendapatkan surat kebenaran daripada KP dan seterusnya dimajukan kepada TPGP bagi mendapatkan kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi. Geran geran lain (i) Kelulusan peruntukan tertakluk pada syarat yang telah dinyatakan dalam kertas cadangan atau pihak penaja geran yang berkenaan. 5.4.4 Pegawai yang menerima peruntukan universiti untuk menampung kos perjalanan ke luar negara boleh mengambil peruntukan penyelidikan masingmasing (sekiranya ada) bagi membiayai kekurangan kos tersebut; 5.4.5 Kekerapan perjalanan ke luar negara adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh penaja geran penyelidikan yang berkenaan. 5.5 Tempoh perjalanan adalah mengikut tarikh event yang berlangsung 5.5.1 Tambahan 1 hari jika perjalanan kurang daripada 12 jam. 5.5.2 Tambahan 2 hari jika perjalanan melebihi 12 jam. 5.5.3 Tambahan hari yang diperlukan semasa perjalanan boleh diluluskan sekiranya pemohon mengemukakan permohonan semasa menyerahkan permohonan menghadiri event. 5.5.4 Tambahan hari yang diperlukan untuk lawatan teknikal / lawatan TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 4 drp. 10

( & INOVASI) penyelidikan selepas event berlangsung (selain lawatan) boleh diluluskan sekiranya pemohon mengemukakan permohonan semasa menyerahkan permohonan menghadiri event. 5.5.5 Aktiviti rasmi sebelum persidangan boleh diambil kira dalam kelulusan penyertaan seperti lawatan, perjumpaan, mesyuarat pra-bengkel dan sebagainya. 5.5.6 Mengemukakan bukti serta dokumentasi tentang aktiviti jaringan yang telah dibuat dengan pakar luar negara termasuk senarai nama, curriculum vitae pakar luar, database contacts dan sebagainya. 5.6 Mana-mana penyelidik atau pegawai akademik yang ingin menghadiri lebih daripada satu persidangan di luar negara perlu memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi: 5.6.1 Penyelidik yang akan menghadiri dua persidangan/ seminar yang berasingan tetapi di satu tempat yang sama dalam masa yang terdekat antara konferensi tersebut; 5.6.2 Kelulusan kewangan terhad kepada syarat-syarat di dalam peruntukan geran penyelidikan dan garis panduan yang sedia ada; 5.6.3 Tempoh 6 hari maksimum boleh dilanjutkan sehingga 14 hari dengan kebenaran Naib Canselor; 5.6.4 Tempoh melebihi 14 hari perlu mendapatkan kebenaran pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT); 5.6.5 Kebenaran hanya diberikan untuk menghadiri satu konferensi bagi satu projek penyelidikan sahaja 5.7 Mana-mana penyelidik atau pegawai akademik yang ingin menghadiri persidangan secara video perlu memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi: 5.7.1 Pemohon terlebih dahulu perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak penganjur untuk memilih kaedah persidangan melalui video atau perbualan telefon; 5.7.2 Pemohon hanya dikehendaki membayar yuran pendaftaran untuk menerbitkan kertas kerja tetapi tidak menghadiri persidangan ke luar negara; 5.7.3 Pemohon mempunyai prasarana, teknologi atau kemudahan yang baik untuk mengikuti persidangan secara video atau atas talian; TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 5 drp. 10

( & INOVASI) 5.7.4 Perlu meneliti faktor kos peruntukan tambahan elaun kerja lebih masa bagi bantuan khidmat sokongan di luar waktu bekerja rasmi (jika diperlukan); 5.7.5 Meneliti kemudahan staf sokongan yang sedia ada dan bantuan teknikal yang diperlukan daripada PTJ yang berkaitan; dan 5.7.6 Pemohon harus mematuhi polisi ICT yang telah disediakan oleh UPM. 6.0 KELULUSAN PERMOHONAN 6.1 Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Hadiri Seminar/ Konferensi/ Bengkel/Lawatan Luar Negara (PU/PY/BR30/SKBL) dan hendaklah mendapat sokongan dan pengesahan terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan/TDP (P&I) dan Ketua PTJ berkenaan. 6.2 Sekiranya projek berkumpulan, pegawai hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada KP bagi memastikan baki peruntukan sentiasa mencukupi dalam satu-satu masa 6.3 Pegawai hendaklah mendapatkan pengesahan baki peruntukan penyelidikan mereka daripada Bendahari Zon masing-masing seperti yang diperlukan dalam borang permohonan sebelum mengemukakan permohonan ke RMC. 6.4 Pegawai hendaklah membuat pemindahan di antara Siri-J ke RMC atau MOSTI jika peruntukan Siri-J berkenaan tidak mencukupi. 6.5 Jika pemindahan Siri-J tidak diluluskan, segala perbelanjaan berkaitan dengan perjalanan tersebut adalah atas tanggungan pegawai. 6.6 Permohonan SKBL dihantar melalui PTJ seawal dua (2) bulan sebelum tarikh ke luar negara, kecuali bagi kes-kes khas seperti pemohon mendapat surat arahan daripada penaja untuk pergi ke konferensi berkenaan, maka borang permohonan akan diproses walaupun JKKSKBL menerima borang permohonan lewat dari jangkamasa yang ditetapkan. 6.7 Borang permohonan hendaklah dihantar kepada Urus Setia JKKSKBL selewatlewatnya dua (2) hari sebelum tarikh Mesyuarat JKKSKBL diadakan supaya pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa dapat diperolehi. 6.8 Pemohon akan dimaklumkan keputusan melalui surat dalam tempoh 7 hari bekerja selepas pengesahan Pengarah RMC diperolehi. TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 6 drp. 10

( & INOVASI) 6.9 Pegawai/pemohon perlu mendapatkan kelulusan Naib Canselor / Kementerian Pengajian Tinggi yang mana berkenaan mengikut kategori menggunakan borang Permohonan Ke Luar Negara. 7.0 TUNTUTAN PERJALANAN 7.1 Borang tuntutan perjalanan hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 10 hari bulan pada bulan berikutnya ke Pejabat Bendahari atau Pejabat Zon Kewangan di peringkat PTJ; 7.2 Dokumen yang perlu disertakan ialah: (i) kelulusan borang permohonan ke luar negara, (ii) surat kelulusan RMC (iii) salinan laporan seminar / konferensi / bengkel / lawatan (Borang Laporan Perjalanan Ke Luar Negara (PU/PY/BR31/LAPORANSKBL)) (iv) resit bayaran asal dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. 7.3 Permohonan tuntutan perjalanan pegawai tidak akan diproses jika kesemua dokumen yang diperlukan tidak disertakan atau tidak lengkap. 8.0 LAPORAN PERJALANAN KE LUAR NEGARA 8.1 Pegawai hendaklah mengemukakan laporan dalam tempoh sebulan setelah kembali ke tanah air. 8.2 Laporan perjalanan ke luar negara bermaksud pegawai telah menghadiri seminar/ konferensi/ bengkel/ lawatan teknikal/ kongres/ simposium/ kolokium/ persidangan yang berkaitan dengan projek penyelidikan yang dijalankan serta lawatan rasmi (yang diarahkan oleh pihak berkuasa) yang perlu dilaporkan kepada pihak universiti. 8.3 Borang Laporan Perjalanan Ke Luar Negara (PU/PY/BR31/LAPORSKBL) yang telah lengkap dan salinan kertas kerja yang telah dibentangkan di luar negara hendaklah dihantar kepada Urus setia SKBL, Pusat Pengurusan Penyelidikan dengan kadar segera. 8.4 Satu salinan kertas kerja juga hendaklah dihantar kepada Ketua Seksyen, Unit Perolehan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM untuk tujuan koleksi bahan rujukan perpustakaan. TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 7 drp. 10

( & INOVASI) 8.5 Kegagalan pegawai mengemukakan laporan akan menjejaskan permohonan bantuan menghadiri seminar ke luar negara pada masa akan datang. 9.0 MENGADAKAN SEMINAR DALAMAN 9.1 Pegawai dikehendaki membentangkan satu seminar mengenai penyertaannya di event berkaitan dalam tempoh sebulan atau mengikut kesesuaian masa masingmasing setelah kembali ke tanah air. 9.2 Ketua PTJ hendaklah: 9.2.1 memastikan setiap pegawai yang telah membuat perjalanan ke luar negara dengan menggunakan geran supaya mengadakan satu seminar selepas pulang ke tanahair; 9.2.2 menentukan tarikh, masa dan tempat seminar dan perlu memaklumkan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan; dan 9.2.3 memaklumkan kepada semua ahli di PTJ berkaitan seminar tersebut agar ia dapat dihadiri oleh pegawai dan pelajar dan boleh dibuka kepada kakitangan PTJ lain yang berminat. 9.3 Bagi memastikan pelaksanaan seminar sebagaimana yang dirancang, pegawai hendaklah: 9.3.1 menentukan tempoh pembentangan seminar sekurang-kurangnya 30 minit (tertakluk kepada perbincangan dan budi bicara Ketua PTJ); 9.3.2 menerangkan secara ringkas tajuk event yang dihadiri, tarikh, tempat dan nama penganjur; 9.3.3 memaklumkan tentang peserta yang terlibat di dalam event tersebut (peserta dari UPM, Malaysia dan negara lain); 9.3.4 menyampaikan secara ringkas kertas kerja yang telah dibentangkan di luar negara (jika ada); 9.3.5 menerangkan faedah / dapatan daripada event tersebut (idea baru, networking dan sebagainya) kepada penyelidikan yang dijalankan, kesan kepada UPM dan masyarakat umum; TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 8 drp. 10

( & INOVASI) 9.3.6 mengemukakan cadangan berkaitan penganjuran, penyertaan serta galakan (jika perlu) bagi menggalakkan penyelidik lain menyertai event tersebut pada masa hadapan atau lain-lain cadangan yang berkaitan; dan 9.3.7 memberikan peluang kepada para hadirin untuk mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan event tersebut. 9.3.8 menghantar satu salinan pembentangan / nota perbincangan / program seminar kepada Urus setia JKSKBL, Pusat Pengurusan Penyelidikan untuk keperluan rekod kualiti fail projek yang berkaitan. Salinan boleh dalam bentuk softcopy atau hardcopy. TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 9 drp. 10

( & INOVASI) 10.0 REKOD KUALITI Bil Kod Fail, Tajuk Fail dan Senarai Rekod 1. UPM/(kod PTJ)/100-36/2/2/(Nama atau Kod Geran)/(Kod Projek) Tempat dan Tempoh Simpanan RMC Tanggungjawab Menyenggara PT Kuasa dan Cara Melupus Pengarah RMC Permohonan SKBL Borang Permohonan Hadiri Seminar/Konferensi/Bengkel/Lawatan Luar Negara (PU/PY/BR30/SKBL) 5 tahun Rincih / Arkib (jika berkaitan) 2. UPM/(kod PTJ)/100-36/2/2/(Nama atau Kod Geran)/(Kod Projek) PTJ PT Ketua PTJ Permohonan SKBL Borang Permohonan Hadiri Seminar/Konferensi/Bengkel/Lawatan Luar Negara (PU/PY/BR30/SKBL) 5 tahun Rincih / Arkib (jika berkaitan) 3. UPM/(kod PTJ)/100-36/2/1/(aktiviti) Pengurusan SKBL Borang Permohonan Hadiri Seminar/Konferensi/Bengkel/Lawatan Luar Negara (PU/PY/BR30/SKBL) Borang Laporan Perjalanan ke Luar Negara (PU/PY/BR31/LAPORSKBL) Minit Mesyuarat JKKSKBL Surat-surat dan dokumen berkaitan RMC 5 tahun PPT Pengarah RMC Rincih / Arkib (jika berkaitan) 11.0 SEJARAH SEMAKAN No. Isu No. Semakan No. CPD Kelulusan Mesyuarat Disemak Oleh Disahkan Oleh Tarikh Kuatkuasa 02 00 - Keluaran Pertama untuk satu persijilan WP Naib Canselor 03/01/2011 TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 10 drp. 10