Seni Visual (970) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

dokumen-dokumen yang mirip
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL Kertas 3 Februari Julai

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai 2611/3 TERHAD /3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3

Bahasa Malaysia (910)

Bahasa Malaysia (910)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SENI VISUAL KERTAS 1. ( Tiga Jam)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH SENI VISUAL TAHUN SATU

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MINGGU BIDANG/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN OBJEKTIF STRATEGI P DAN P 1 Menggambar Tajuk: Pemandangan Sawah Padi.

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

Reka Bentuk Visual (6 jam + 8 jam)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

3756/1 PRINSIP AKAUN

TAKLIMAT KEPADA JURULATIH UTAMA TENTANG PENGENDALIAN KERJA KURSUS SENI VISUAL 3 (KERTAS 970/3) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2011

KERTAS SOALAN CONTOH 946/1 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1. (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Ekonomi (944) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

SMJK HENG EE, PULAU PINANG PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 2

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH. 1. Memahami semua aspek unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka.

Apakah itu keindahan dalam seni visual?

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

OBJEKTIF TINGKATAN 4 & 5

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3 SEMESTER 1 MINGGU BIDANG HASIL PEMBELAJARAN OBJEKTIF STRATEGI P&P

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

TEKNIK & TIPS MENJAWAB PSPM AN025. Pengurusan perniagaan SESI 2016/2017

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR TAHUN 2

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

SENI KRAF MELAYU DALAM SENIBINA LANDSKAP

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN DUA

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

SULIT Manakah antara penyataan berikut benar tentang kontra? A Warna sewarna. B Warna panas. C Warna penggenap. D Warna sejuk.

Pengajian Perniagaan (946)

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN REKA CIPTA TINGKATAN EMPAT 2002

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

PENDIDIKAN SENI VISUAL

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

015/025/035 MATEMATIK

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB TUJUH RINGKASAN, IMPLIKASI, DAN PENUTUP. untuk menganalisis mekanisme pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam konteks

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

sepenuhnya modeniti, sebaliknya cuba mengubahsuai ciri-ciri modeniti untuk

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C29

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Pendidikan Seni Visual

Transkripsi:

Seni Visual (970) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun 2010, bilangan calon bagi kertas 1 ialah 6854 orang, bagi kertas 2 ialah 6853 orang, bagi kertas 3 ialah 6395 orang, dan bagi kertas 4 ialah 420 orang. Peratusan calon yang lulus penuh dalam mata pelajaran ini pada tahun ini ialah 86.03%. Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Gred A A B+ B B C+ C C D+ D F Peratusan 5.26 6.06 12.83 16.01 19.27 15.23 13.62 2.25 2.28 1.59 5.6 RESPONS CALON KERTAS 970/1 (TEORI SENI VISUAL) Secara keseluruhannya, mutu jawapan calon bagi kertas ini pada tahun ini adalah baik. Kekuatan calon ialah setiap jawapan yang dikemukakan mempunyai pendahuluan dan diakhiri dengan rumusan, manakala kelemahan calon ialah dari segi menghuraikan fakta. Komen soalan demi soalan Bahagian A Soalan 1 Soalan ini memerlukan calon menyenaraikan lima peranan reka bentuk grafik. Sebahagian calon dapat menjawab dengan baik. Namun ada sebahagian calon yang keliru dengan peranan reka bentuk grafik dengan elemen reka bentuk grafik. Peranan reka bentuk grafik adalah seperti penyampaian mesej, hiburan, atau pemujukan. Soalan 2 Soalan ini memerlukan calon menerangkan nilai praktikal dan nilai estetik dalam sebuah karya Seni Visual. Majoriti calon tidak dapat menerangkan nilai praktikal dalam sesebuah karya. Calon hanya dapat menerangkan nilai estetik secara umum sahaja, iaitu dari aspek keindahan. Mutu jawapan calon untuk soalan ini sangat rendah. Soalan 3 Soalan ini berdasarkan karya Paul Cezanne yang berjudul Still Life with Basket of Apples (1895). Soalan ini memerlukan calon menjelaskan bagaimana kesan visual seperti warna, ruang, dan kesatuan diolah dalam karya tersebut. Kebanyakan calon dapat menjawab dengan betul dari aspek warna tetapi dari aspek ruang dan kesatuan, calon hanya menjawab secara umum sahaja. 99 970[STPM Lapo 2010].indd 99 5/13/11 10:58:13 AM

Soalan 4 Soalan ini merujuk kepada karya Syed Ahmad Jamal yang berjudul Tulisan. Karya ini berkonsepkan abstrak dan memerlukan calon menjawab dari segi makna yang tersurat dan makna yang tersirat. Soalan ini agak mencabar kerana kebanyakan calon tidak dapat menjawab makna yang tersirat kerana tidak dapat dijangka oleh pemikiran mereka. Kebanyakan calon menjawab secara umum dan mengikut kefahaman mereka sahaja. Makna yang tersirat bagi karya ini adalah mencerminkan kecenderungan penulis terhadap tulisan Jawi. Makna yang tersurat pula ialah mencari identiti, mendukung Islam, dan ekspresi budaya. Soalan 5 Soalan ini menghendaki calon menjelaskan aspek pendekatan sejarah seni untuk memahami sesebuah karya. Sebahagian besar calon tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Jawapan yang diberikan oleh calon adalah umum dan tersasar daripada kehendak soalan. Jawapan yang diberikan sepatutnya berkaitan dengan kronologi peristiwa, karya, pengkarya atau tokoh, dan aliran. Soalan 6 Soalan ini menghendaki calon menghuraikan bagaimana sumber daripada peristiwa dan pengalaman dapat mempengaruhi pembentukan idea dalam penghasilan sesebuah karya. Sebahagian besar calon dapat menjawab soalan ini dengan baik dan memuaskan. Antara jawapan yang sepatutnya diberikan termasuklah peristiwa semasa, sejarah, pengalaman peribadi, dan sosial. Bahagian B Soalan 7 Soalan ini berdasarkan gambar hasil karya Dzulkifli Buyong yang berjudul Murid Sekolah (1962). Soalan ini menghendaki calon menghuraikan aspek psikologi yang terdapat dalam karya tersebut. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana mereka dapat memahami kehendak soalan yang berkaitan dengan aspek psikologi. Sebahagian calon dapat menghuraikan aspek psikologi seperti emosi, ekspresi, sensitiviti, dan kreativiti dengan baik. Soalan 8 Soalan ini memerlukan calon membincangkan bagaimana pengalaman intelektual dapat diperluas menerusi proses eksperimentasi penghasilan karya. Mutu jawapan calon agak rendah. Soalan ini memerlukan calon membincangkan fakta dan menghuraikan fakta secara kukuh. Antara jawapan yang perlu dibincangkan termasuklah dari aspek idea yang meliputi konsep, falsafah dan rujukan, pengolahan komposisi, iaitu melibatkan unsur dan prinsip rekaan, eksperimen media yang melibatkan alat dan bahan, serta eksperimen teknik. Soalan 9 Soalan ini menghendaki calon menjelaskan bagaimana unsur persekitaran dapat mempengaruhi proses penghasilan karya. Mutu jawapan calon amat baik. Calon dapat menjawab soalan ini dengan memberikan penekanan terhadap aspek sumber alam semula jadi, buatan manusia, fenomena alam, kegiatan sosial, peristiwa, dan sebagainya yang dapat mempengaruhi proses penghasilan karya. Jawapan yang diberikan juga disertai dengan contoh. 100 970[STPM Lapo 2010].indd 100 5/13/11 10:58:13 AM

Soalan 10 Soalan ini berdasarkan gambar foto hasil karya Wan Seng Yip yang berjudul Cross Road (1963). Calon dikehendaki memberikan tafsiran terhadap imej dalam karya tersebut. Kebanyakan calon dapat menjawabnya dengan baik. Namun begitu, calon menjawab secara tidak teratur dan tersusun. Faktafakta diberikan secara berselerakan. Antara jawapan yang boleh diberikan termasuklah kesibukan di bandar, masa, identiti lokasi, gaya hidup, reka bentuk bangunan, dan kenderaan yang terdapat dalam gambar tersebut. Bahagian C Soalan 11 Soalan ini menghendaki calon menghuraikan bagaimana imejan bendera Malaysia dapat dijadikan sebagai satu sumber penerokaan idea untuk menghasilkan sebuah karya yang bertemakan Kemerdekaan Malaysia. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Calon memberikan jawapan berbentuk fakta seperti warna, maksud, dan perlambangan imej yang terdapat pada bendera Malaysia. Soalan 12 Soalan ini berdasarkan karya Hashim Hassan yang berjudul Pencerobohan (1987). Calon dikehendaki menilai keberkesanan makna dan teknik karya tersebut. Kebanyakan calon dapat menjelaskan karya tersebut dari aspek makna dan teknik yang baik. Antara jawapan yang boleh diberikan termasuklah persekitaran dan peristiwa pergaduhan dua ekor burung, flora dan fauna, perlambangan, teknik titik, dan teknik batik canting. KERTAS 970/2 (LUKISAN) Kertas ini mengemukakan soalan berdasarkan seting yang disediakan. Calon diuji dalam kemahiran melukis mengikut faktor dan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Secara keseluruhannya mutu soalan bertambah baik, manakala mutu hasil lukisan calon bagi kertas ini sedehana berdasarkan aspek seni reka (jalinan) yang lebih mencabar kepada calon. Calon juga memerlukan kecekapan pengurusan masa memandangkan bilangan objek yang bertambah. Kelemahan calon yang dapat dikesan ialah calon masih kurang berupaya dalam kemahiran menggunakan teknik lukisan yang sesuai, penggunaan ruang, kadar banding yang sepatutnya, serta penggunaan prinsip rekaan. Komen soalan Soalan ini menghendaki calon membuat satu lukisan dengan menggunakan media kering dan teknik yang sesuai berdasarkan seting yang diberikan. Calon dikehendaki melukis dari sudut pandangan calon bagi seting yang telah disusun. Setingnya ialah di atas meja yang beralaskan plastik lut sinar terletak seikat sayur berdaun hijau seperti sawi atau kangkung. Berhampiran sayur di sebelah kiri, terletak sebiji buah tomato, sebiji buah terung bulat, sebiji buah nanas, dan senaskhah surat khabar yang dalam kedudukan terbuka serta sebahagian surat khabar tersebut terjuntai jatuh dari meja. Sayur-sayuran kelihatan segar kerana dibasahi air. Sebahagian air dapat juga dilihat di atas plastik lut sinar yang digunakan sebagai alas meja untuk himpunan benda tersebut. 101 970[STPM Lapo 2010].indd 101 5/13/11 10:58:13 AM

Soalan ini menguji calon untuk menghasilkan lukisan yang dapat membezakan aspek bentuk dan sifat objek pada seting yang disediakan. Ini akan menguji kemahiran calon terhadap kefahaman dan pengetahuan tentang aspek formal, garisan, rupa, bentuk, jalinan, pencahayaan dan suasana. Secara keseluruhannya, mutu lukisan yang dihasilkan oleh calon adalah sederhana. Calon masih kurang berupaya dalam kemahiran menggunakan teknik lukisan yang sesuai, penggunaan ruang, kadar banding yang sepatutnya, serta penggunaan prinsip rekaan. Namun begitu, terdapat calon yang menggunakan media kering seperti pen dan ini dapat menimbulkan sifat objek yang dramatik. Calon juga menggunakan teknik campuran media yang berkesan. Kelemahan calon dikesan ialah kurang berupaya melukis bentuk objek dengan baik terutamanya yang melibatkan penggunaan ruang. Terdapat calon yang tidak memahami keutamaan. Justeru, mereka tidak memberikan fokus kepada objek yang utama. Terdapat calon yang menitikberatkan latar belakang melebihi set objek. Sedangkan calon sepatutnya menggunakan aspek formal seni visual untuk menimbulkan sifat-sifat objek dalam karya. KERTAS 970/3 (PROJEK PENGHASILAN KARYA: KERTAS ARAHAN KERJA KURSUS) Kertas ini berbentuk projek atau kerja kursus yang memerlukan bimbingan guru Seni Visual. Guru pembimbing memainkan peranan penting dalam penghasilan karya calon. Projek ini memerlukan calon membuat portfolio dan hasil karya. Secara keseluruhannya, prestasi calon pada tahun ini adalah sederhana. Namun demikian, terdapat juga calon yang menghasilkan karya dengan kreatif dan unik hingga tahap yang sangat tinggi. Mutu portfolio pula bertambah baik daripada tahun lepas. Komen soalan demi soalan Soalan 1 Soalan ini menghendaki calon menghasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan dunia teknologi digital dan nilai kemanusiaan. Soalan ini memerlukan calon menjawab dua persoalan yang berbeza, iaitu teknologi digital dan nilai kemanusiaan. Persoalan tema yang dikemukakan dalam soalan ini adalah meluas dan mencabar serta skop tema ini perlu dihalusi dan diberi fokus oleh calon. Kebanyakan calon memberikan fokus kepada imej telefon bimbit sebagai kandungan persoalan teknologi digital. Soalan 2 Soalan ini memerlukan calon menghasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan kesantunan. Calon dikehendaki menghasilkan karya tersebut dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D) dengan menggunakan media yang sesuai. Soalan ini memerlukan calon mentafsirkan konsep kesantunan. Calon dapat juga menghasilkan karya kesantunan dengan menggunakan teknik batik dan motif sendiri. Namun terdapat juga calon yang tidak memahami kehendak soalan pengkaryaan ini dan hanya membuat kraf batik. Soalan 3 Soalan ini menghendaki calon menghasilkan sebuah rekaan logo yang menonjolkan identiti korporat bagi sebuah syarikat perdagangan bertaraf antarabangsa yang mengeksport barang kraf tangan tempatan. Majoriti calon yang memilih soalan ini dapat menghasilkan kerja dengan baik dan dapat menjawab mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Penghasilan portfolio juga menunjukan peningkatan daripada tahun lepas. 102 970[STPM Lapo 2010].indd 102 5/13/11 10:58:14 AM

Soalan 4 Soalan ini menghendaki calon menghasilkan model reka bentuk hiasan dalaman bagi ruang sebuah restoran yang moden yang mempunyai unsur-unsur budaya tempatan yang boleh membangkitkan selera pengunjung. Soalan ini memerlukan kemahiran yang teliti dan kreatif. Unsur budaya tempatan yang ditonjolkan perlulah bersesuaian dengan penggunaan ruang restoran. Secara keseluruhannya, calon dapat menjawab dengan baik. Namun demikian, terdapat karya yang dihasilkan tidak kemas atau tidak kukuh. KERTAS 970/4 (TEORI PENGHASILAN KARYA) Kertas ini menguji calon dalam aspek teori penghasilan karya seni visual dalam bentuk pengkaryaan dan perekaan. Secara keseluruhannya, mutu jawapan calon adalah sederhana. Antara kelemahan calon yang utama yang menjejaskan calon termasuklah tidak menguasai pengetahuan asas bidang seni visual dan tidak dapat menunjukan penguasaan perbendaharaan kata seni visual yang baik. Mutu lakaran pada umunya adalah sederhana. Walaupun calon dapat memahami maksud soalan dengan baik, namun mereka masih tidak begitu berjaya menampilkan pengetahuan dalam bidang seni visual seperti yang dikehendaki oleh soalan. Kelemahan calon menguasai pengetahuan asas bidang seni visual adalah punca utama yang menjejaskan mutu jawapan. Komen soalan demi soalan Soalan 1 Soalan ini menguji kebolehan calon mengemukakan cadangan bagi menghasilkan satu karya seni cetak yang bertemakan Malaysia Indah bersempena dengan Tahun Seni Rupa Malaysia. Calon dikehendaki menghasilkan lima lakaran perolehan hal benda. Calon dikehendaki memilih satu daripada lakaran terbaik dan membuat lakaran secara terperinci serta memberikan huraian tentang pemilihan imej yang bertepatan dengan tema, cadangan media dan teknik serta justifikasi, gaya penampilan karya dan justifikasi, kemasan, dan persembahan. Kebanyakan calon gagal mengemukakan huraian yang jelas tentang bentuk lakaran yang dicadangkan mengikut teknik cetakan dalam soalan pengkaryaan. Justifikasi tentang penggunaan teknik tidak dinyatakan dengan baik kerana kekurangan pengetahuan dalam bidang seni cetak. Terdapat calon yang tidak memahami maksud seni cetak, lantas menjelaskan teknik dan prosedur catan. Penggunaan perbendaharaan kata dan istilah calon tidak tepat dan amat terhad. Calon sepatutnya menghasilkan lima lakaran yang menggambarkan imej yang dapat diserasikan dengan bahan dan teknik yang dicadangkan untuk karya tersebut di samping menepati isi tema. Kemudian satu lakaran yang dipilih daripada lima lakaran itu perlulah diterangkan secara terperinci bagaimana lakaran itu menterjemahkan tema Malaysia Indah. Di samping itu, calon perlu mengemukakan alasan tentang bahan dan teknik yang akan digunakan untuk menyokong penonjolan imej, kesesuaian, dan cara persembahan. Soalan 2 Soalan ini menguji calon dalam bidang perekaan dengan mencadangkan rekaan produk sabun. Calon dikehendaki menyatakan analisis visual mereka tentang rekaan bentuk sabun yang sedia ada dan kemudian mencadangkan satu rekaan bentuk baharu yang sesuai dengan cita rasa golongan remaja. Calon perlu mengemukakan empat penyataan permasalahan rekaan berkaitan dengan rekaan bentuk sabun supaya menarik dan mempengaruhi cita rasa pembeli daripada golongan remaja. Kemudian, calon perlu menyatakan analisis dari aspek kebaikan dan kelemahan ciri rekaan 103 970[STPM Lapo 2010].indd 103 5/13/11 10:58:14 AM

yang sedia ada. Calon perlu mengemukakan empat lakaran bagi mencari bentuk rekaan baharu sabun itu. Daripada empat lakaran itu, calon perlu memilih satu lakaran sebagai cadangan kepada bentuk baharu rekaan berserta empat alasan tentang keistimewaan bentuk rekaan tersebut. Secara keseluruhannya, mutu jawapan calon bagi soalan ini adalah baik berbanding dengan soalan satu. Calon dapat menampilkan pengolahan idea yang jelas dan tepat melalui tulisan dan persembahan lakaran yang bermutu dan berunsur penerokaan. Terdapat calon yang menunjukkan daya kreativiti yang tinggi melalui huraian yang meyakinkan dan kelainan lakaran yang dikemukakan. Calon juga dapat menyenaraikan empat permasalahan yang dikehendaki oleh soalan. Kelemahan calon dikesan pada kegagalan calon membezakan maksud visual bentuk dan ciri bentuk. 104 970[STPM Lapo 2010].indd 104 5/13/11 10:58:14 AM