E5124 / UNIT 1 / 1 UNIT 1 : PRINSIP ASAS PERHUBUNGAN DATA OBJEKTIF Objektif Am : Mengetahui dan memahami kepentingan perhubungan data dan penggunaan kod- kod perhubungan data. Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- mentakrif perhubungan data. menyenarai kepentingan perhubungan data. menerangkan sejarah perhubungan data. menyenaraikan kod-kod perhubungan data. membandingkan penggunaan kod-kod perhubungan data.
E5124 / UNIT 1 / 2 INPUT 1.0 Pengenalan Komunikasi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharaian. Jika tiada komunikasi bermakna hidup tidak sempurna. Bolehkah anda tinggal berseorangan berhari-hari tanpa bertemu dengan sesiapapun? Sudah tentu tidak! Komunikasi boleh dijelmakan apabila anda melakukan perbualan harian dengan seseorang, berutus surat, membaca buku, melihat televisyen, menghadiri kuliah dan sebagainya. Dengan ini menunjukkan komunikasi adalah penting dalam kehidupan.
E5124 / UNIT 1 / 3 Rajah 1.1 : Asas Komunikasi Selain daripada itu apakah perasaan anda jika pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang, tiba-tiba kaunter bank tersebut tutup?. Sudah tentu mengecewakan!. Tetapi perkara tersebut tidak menjadi masalah sekiranya anda mempunyai kad ATM untuk mengeluarkan wang. Ini menunjukkan kepentingan komunikasi walau dimana anda berada. Asas komunikasi yang lain adalah penggunaan kad kredit, e-mail, pembayaran bil dan sebagainya. Oleh yang demikian komunikasi dapat memberi kemudahan dalam tugas seharian. 1.1 Definisi Komunikasi Data Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi data? Secara umumnya komunikasi data merupakan pertukaran data/maklumat dalam bentuk elektronik antara lokasi yang mana melibatkan protocol iaitu set peraturan untuk komputer berkomunikasi. Dengan ini Komunikasi Data ditakrifkan sebagai penukaran atau pemindahan maklumat digit terkod antara dua peranti menggunakan sistem penghantaran elektronik. Pemindahan ini melibatkan pengumpulan, pemprosesan dan penghantaran maklumat berbentuk digis melalui saluran perhubungan. Ianya adalah tindakan menghantar bit 0 dan 1 daripada satu titik kepada titik yang lain. Talian Penghantaran Data Modem Modem Komputer 1 Komputer 2
E5124 / UNIT 1 / 4 Rajah 1.2 : Satu Sistem Komunikasi Data Rajah 1.3 : Sistem Komunikasi Data 1.2 Kepentingan Komunikasi Data Mari kita lihat apakah kepentingan Komunikasi Data dalam dunia sekarang yang digelar dunia tanpa sempadan dan maklumat dihujung jari. Sistem rangkaian komputer menyediakan kemudahan untuk seseorang berkomunikasi secara elektronik. Ini dapat dilakukan sama ada dengan menggunakan kemudahan mel elektronik, telesidang video dan sebagainya. Kemudahan sebegini banyak membantu dalam proses komunikasi dan juga penghantaran maklumat dari satu tempat ke tempat yang jauh dengan lebih pantas. Jika sistem rangkaian komputer ini pula disambungkan ke Internet, pengguna setempat juga akan dapat berhubung dengan pengguna lain diseluruh dunia. Apabila bercerita tentang urusan kewangan maka terbayang difikiran kita kemudahan penggunaan kad ATM. Walaupun kita mempunyai akaun yang berdaftar
E5124 / UNIT 1 / 5 di sebuah bank tetapi melalui perkongsian komunikasi data kita boleh mengeluarkan wang di bank yang berlainan yang mempunyai `link dengan bank kita. Ini belum lagi kemudahan membeli-belah. Sekarang ramai pengguna tidak perlu lagi beratur, bersesak-sesak, mencari tempat letak kenderaan untuk `shopping, membawa wang tunai yang banyak dan sebagainya untuk mencari keperluan harian/ dapur. Dengan hanya `klik dihujung jari mereka boleh memesan barang yang diperlukan melalui siaran telekomunikasi seperti televisyen atau radio. Komunikasi data juga berlaku jika kita berurusan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalaraya (JPJ) dan sebagainya. Data yang dimasukan ke dalam pangkalan data boleh diakses dimana-mana cawangan atau daearah di seluruh negara. Jelas hal ini memberi kemudahan kepada orang ramai dan juga sesuatu organisasi. Sesungguhnya memang tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan sekarang banyak memerlukan teknologi komunikasi data bagi memudahkan urusan dalam kehidupan. 1.3 Sejarah Komunikasi Data Asalnya komunikasi data terhasil dari evolusi teknologi telekomunikasi dan kemajuan komputer. Gabungan dari kedua-dua sistem ini tercetusnya teknologi komunikasi data. Salah satu ciri yang biasa mengenai sistem komunikasi data ialah penggunaan peranti cerdik untuk menukar aksara atau simbol ke bentuk kod atau sebaliknya. Telecetak telah menjadi kaedah komunikasi data yang asas lebih dari 50 tahun. Telecetak adalah agak lambat sebab ia adalah terdiri dari sistem elektromekanik. Disebabkan penggunaan komputer yang berkembang pesat, banyak kemajuan dan perkembangan telah berlaku di dalam komunikasi data. Walaupun komputer telah diperkenalkan dalam tahun 1950an, ia tidak dapat mempercepatkan komunikasi data sebab sistem tersebut adalah sejenis pemprosesan kelompok.
E5124 / UNIT 1 / 6 Dalam tahun 1960an pemprosesan kelompok kebanyakannya telah diganti oleh pemproses dalam talian menggunakan terminal dalam bilik yang sama. Dalam tahun 1970an perkembangan dalam komunikasi data selanjutnya berlaku. Minikomputer boleh berhubung dengan komputer besar. Terminal talian dipasang di bangunan yang berlainan malahan berlainan Bandar atau bandaraya. Dalam tahun 1980an, perkembangan selanjutnya berlaku di dalam kaedahkaedah perhubungan, bukan sahaja minicomputer tetapi juga komputer peribadi berasaskan mikropemproses dan pengawal aturcara untuk kelengkapan yang mewujudkan keadaan di mana keupayaan perkomputeran menjadi tidak mahal. Terciptanya komunikasi satelit diikuti oleh komunikasi gentian optik menjanjikan kelajuan komunikasi data yang lebih pantas. Gabungan komputer dan komunikasi mempunyai pengaruh yang mendalam tentang cara sistem komputer ditubuhkan. Sistem komputer yang berasingan yang terletak berjauhan saling berhubung dipanggil Rangkaian Komputer atau Rangkaian Komunikasi Data. + = Rajah 1.4 : Sejarah perkembangan teknologi Komunikasi Data
E5124 / UNIT 1 / 7 AKTIVITI 1A Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya. Selamat Mencuba. SOALAN 1.1 Berikan definisi perhubungan data (komunikasi data). 1.2 Senaraikan DUA kepentingan perhubungan data (komunikasi data) dan terangkan dengan ringkas. 1.3 Terangkan secara ringkas sejarah komunikasi data. 1.4 Lukiskan gambarajah blok bagi suatu sistem komunikasi data.
E5124 / UNIT 1 / 8 INPUT 1.4 Kod-Kod Perhubungan Dalam komunikasi data setiap maklumat atau data perlu diwakilkan agar maklumat tersebut boleh difahami oleh sistem tersebut. Maka dengan ini diperlukan kepada suatu pengkodan. Pengkodan adalah suatu perwakilan simbol yang menggunakan satu set simbol yang lain sebelum diproses. Setiap data yang dicipta atau dimasukkan ke dalam komputer perlu dikenali oleh komputer. Kaedah untuk mewakili aksara-aksara dan perwakilan ini dinamakan Kod Aksara. Terdapat beberapa jenis kod aksara yang digunakan pada masa ini. Turutan evolusi kod adalah seperti berikut : Morse, Baudot, EBCDIC dan ASCII. Kod Perhubungan! Apa benda tu?
E5124 / UNIT 1 / 9 1.4.1 Kod Morse Kod Morse adalah antara kod aksara yang awal dicipta. Ianya begitu ringkas tetapi cukup memadai untuk penghantaran aksara melalui telegraph. Kod ini terdiri dari kombinasi dot dan dash ( dan ) di mana satu dot dikira satu unit masa manakala satu dash mengambil tiga unit masa. Satu masa selingan antara aksara. Di bawah disenaraikan kod morse dan perwakilan dotdash. Aksara Kod Aksara Kod A - 1 --- B - 2 --- C - - 3 -- D - 4 - E 5 F - 6 - G -- 7 -- H 8 --- I 9 ---- J --- 0 ----- K - -. - - - L -, -- -- M --? -- N - / - - O --- : --- P -- ; - - - Q -- - ( - -- -
E5124 / UNIT 1 / 10 R - ) - -- S ---- T - - - - U - $ - - V - - - W -- Y - -- X - - Z -- Jadual 1.1 : Kod Morse Dot ( ) short beep = 1 unit masa asas Ruang antara dot & dash = 1 unit masa asas Dash (-) long beep = 3 unit masa asas Ruang antara abjad = 3 unit masa asas 1.4.2 Kod Baudot Ruang antara perkataan = 7 unit masa asas Kod yang pertama dicipta untuk komputer. Kod Baudot menggunakan nombor 0 dan 1 untuk mewakili aksara. Setiap aksara atau symbol dalam 5 aksara. Di kenali juga dengan nama kod Murray, CCITT Alphabet No 2, International Alphabet No 2 atau Telex Code. Di bawah disenaraikan kod Baudot dan perwakilan aksara. AKSARA BAS DATA LOWER CASE UPPER CASE 5 4 3 2 1 A - 0 0 0 1 1 B? 1 1 0 0 1 C : 0 1 1 1 0 D $ 0 1 0 0 1 E 3 0 0 0 0 1 F! 0 1 1 0 1 G & 1 1 0 1 0 H # 1 0 1 0 0 I 8 0 0 1 1 0 J 0 1 0 1 1 K ( 0 1 1 1 1 L ) 1 0 0 1 0 M. 1 1 1 0 0 N, 0 1 1 0 0 O 9 1 1 0 0 0 P 0 1 0 1 1 0 Q 1 1 0 1 1 1 R 4 0 1 0 1 0 S BELL 0 0 1 0 1
E5124 / UNIT 1 / 11 T 5 1 0 0 0 0 U 7 0 0 1 1 1 V ; 1 1 1 1 0 W 2 1 0 0 1 1 X / 1 1 1 0 1 Y 6 1 0 1 0 1 Z 1 0 0 0 1 Shift to lowercase 1 1 1 1 1 Shift to Uppercase 1 1 0 1 1 Space 0 0 1 0 0 Carrige Return 0 1 0 0 0 Line Feed 0 0 0 1 0 Blank 0 0 0 0 0 1.4.3 Kod EBCDIC Jadual 1.2 : Kod Baudot EBCDIC atau Extended Binary Coded Decimal Interchange Code ialah aksara 8 bit yang dicipta oleh IBM. Dengan perwakilan menggunakan lapan bit, terdapat sebanyak 256 kombinasi berlainan yang mungkin. Di bawah disenaraikan kod EBCDIC. KOD EBCDIC Kedudukan bit 3 2 1 0 Kedudukan bit 7 6 5 4 0000 0001 0010 0011 0100 0101 0110 0111 1000 1001 1010 1011 1100 1101 1110 1111 0000 NULL DLE DS SP & _ \ 0 0001 SOH DC1 SOS / a j A J 1 0010 STX DC2 FS SYN b k s B K S 2 0011 ETX TN c l t C L T 3 0100 PF RES BYP PN d m u D M U 4 0101 HT NL LF RS e n v E N V 5 0110 LC BS EOP UC f o w F O W 6 0111 DEL IL PRE EOT g p x G P X 7 1000 CAN h q y H Q Y 8 1001 EM i r z I R Z 9
E5124 / UNIT 1 / 12 1010 SMM CC SM! : 1011 VT CU1 CU2 CU3. $, # 1100 FF IFS DC4 < * % @ 1101 CR IGS ENQ NAK ( ) - 1110 SO IRS ACK + ; > = Jadual 1.3 : Kod EBCDIC 1.4.4 Kod ASCII ASCII adalah American National Standard for Information Interchange. ASCII terdiri dari aksara 7 bit = 128 aksara. Kod ASCII 0 0 0 0 1 1 1 1 0 0 1 1 0 0 1 1 0 1 0 1 0 1 0 1 Bit Bit Bit Bit Bit Bit Bit 7 6 5 4 3 2 1 0 0 0 0 NUL DLE SP 0 @ P \ p 0 0 0 1 SOH DC1! 1 A Q a q 0 0 1 0 STX DC2 2 B R b r 0 0 1 1 ETX DC3 # 3 C S c s 0 1 0 0 EOT DC4 $ 4 D T d t 0 1 0 1 ENQ NAK % 5 E U e u 0 1 1 0 ACK SYN & 6 F V f v 0 1 1 1 BEL ETB 7 G W g w 1 0 0 0 BS CAN ( 8 H X h x 1 0 0 1 HT EM ) 9 I Y i y 1 0 1 0 LF SUB * : J Z j z 1 0 1 1 VT ESC + ; K [ k l 1 1 0 0 FF FS, < L \ l : 1 1 0 1 CR GS - = M ] m ; 1 1 1 0 SO RS. > N ^ n ~ 1 1 1 1 SI US /? O - o DEL
E5124 / UNIT 1 / 13 Jadual 1.4 : Kod ASCII Oh! Kod kod perhubungan ialah kod Morse, kod Baudot, kod EBCDIC, kod ASCII. Baru saya tahu. AKTIVITI 1B Anda boleh meneruskan aktiviti 1b sekiranya sudah mendapat input dari bahagian Kod kod Perhubungan. Dengan melakukan aktiviti ini, anda dapat menguji setakat mana kefahaman anda. SOALAN 1.5 Namakan dua kod-kod perhubungan. 1.4. 1.6 Bandingkan penggunaan kod-kod perhubungan yang anda pilih pada soalan 1.7 Berikan perbezaan di antara kod EBCDIC dan kod ASCII.
E5124 / UNIT 1 / 14 1.8 Berikan perwakilan bagi aksara-aksara berikut dengan menggunakan kod EBCDIC i. Huruf B ii. Huruf M iii Nombor 5 1.9 Berikan perwakilan bagi slogan-slogan berikut dengan menggunakan kod ASCII. i USAHA ii SELAMAT MAKLUM BALAS 1A DAN 1B JAWAPAN 1.1 Definisi perhubungan data (komunikasi data) ialah penukaran maklumat di antara dua agen iaitu punca dan destinasi menggunakan sistem penghantaran elektronik. 1.2 Dua kepentingan perhubungan data ialah : Memudahkan urusan kewangan apabila berurusan dengan pihak bank iaitu tiada masalah mengenai masa dan tempat.
E5124 / UNIT 1 / 15 Menjimatkan masa dari segi urusan pembelian barang-barang keperluan tanpa mengharungi pelbagai masalah kesesakan. 1.3 Telecetak telah menjadi langkah utama selepas telegraf di dalam perhubungan data. Ia menjadi kaedah perhubungan data yang asas lebih dari 50 tahun. Walaupun komputer telah diperkenalkan dalam tahun 1950an, ia tidak dapat mempercepatkan komunikasi data sebab sistem tersebut adalah sejenis pemprosesan kelompok. Tahun 1970an hingga sekarang, minicomputer boleh berhubung dengan komputer besar. Terminal talian dipasang di bangunan yang berlainan bandaraya. Teknologi litar bersepadu telah bertambah besar dan penggunaan mikropemproses adalah sangat meluas. Aturcara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan dan juga pengenalan kepada cakera padat (CD ROM-Compact Disk Read Only Memory). 1.4 Rajah 1 menunjukkan gambarajah blok satu sistem komunikasi data. Talian Penghantaran Data Modem Modem Komputer 1 Komputer 2 Rajah 1 : Satu Sistem Komunikasi Data 1.5 Kod Morse dan Kod Baudot 1.6 Kod Morse digunakan untuk penghantaran aksara melalui litar telegraf. Kod ini terdiri dari kombinasi dot dan dash di mana satu dot dikira sat unit masa manakala satu dash mengambil 3 unit masa.
E5124 / UNIT 1 / 16 Kod Baudot digunakan untuk komputer. Ianya menggunakan nombor 0 dan 1 untuk mewakili aksara. 1.7 EBCDIC i. Bilangan bit EBCDIC adalah 8 bit ii. Terbahagi kepada 2 zon iaitu zon aksara dan zon perwakilan. ASCII i. Bilangan bit ASCII adalah 7 bit ii. Terbahagi kepada 2 zon iaitu zon aksara dan zon alpha numeric. 1.8 i. 1100 ii. 1101 iii. 1111 1.9 i. = 010 0010 U = 101 0101 S = 101 0011 A = 100 0001 H = 100 1000 A = 100 0001 = 010 0010 ii. = 010 0010 S = 101 0011 E = 100 0101 L = 100 1100 A = 100 0001 M = 100 1101
E5124 / UNIT 1 / 17 A = 100 0001 T = 101 0100 = 010 0010 PENILAIAN KENDIRI Untuk memahirkan diri anda lagi mengenai unit ini, anda bolehlah mencuba menjawab soalan kendiri yang telah disediakan. Selamat Mencuba. SOALAN 1.10 Terangkan dengan ringkas kenapa perlu kepada komunikasi data.
E5124 / UNIT 1 / 18 1.11 Berikan dan terangkan dengan terperinci dan jelas 2 contoh komunikasi data yang sering digunakan pada masa sekarang. 1.12 Kenapakah kaedah penggunaan teknik digit lebih banyak / sering digunakan berbanding teknik analog? 1.13 Terangkan fungsi bagi setiap blok sistem asas perhubungan data. 1.14 Kodkan utusan berikut dalam kod ASCII dengan menggunakan perwakilan asas perenambelasan. i. 1001001 1001100 1011001 1000001 1001110 1000001 ii. 0111000 0100000 0100011 0100000 0110001 0111101 0111001 MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI 1.10 Secara ringkas kenapa perlu kepada komunikasi data ialah kerana komunikasi data perlu kerana data atau maklumat dapat dihantar dan diterima dengan pantas dan menjimatkan kos. 1.11 Dua contoh komunikasi data yang sering digunakan pada masa sekarang. i. ATM-digunakan untuk urusan penbankan dengan cepat dan berkesan
E5124 / UNIT 1 / 19 ii. E-mail-Dapat menghantar dan menerima maklumat rangkaian komputer dengan cepat. 1.12 Penggunaan teknik digit sering digunakan berbanding teknik analog kerana teknik digit lebih banyak digunakan kerana ia dapat menghasilkan bidang ruang yang besar dan ralat penghantaran adalah rendah. 1.13 Fungsi bagi setiap blok sistem asas perhubungan data. Secara umumnya sistem asas perhubungan data terdiri daripada seperti berikut: i. Penghantar-Stesen penghantaran seperti terminal, komputer dan sebagainya ii. Media Penghantaran-terdiri daripada talian,gelombang mikro, sitelit dan sebagainya iii. Penerima-Terminal yang menerima maklumat tersebut seperti komputer, terminal dan sebagainya. 1.14 Kodkan utusan berikut dalam kod ASCII dengan menggunakan perwakilan asas perenambelasan. i. I L Y A N A ii. 8 SP # SP A M 9 Tahniah diucapkan kepada anda kerana telah menjawab soalan penilaian kendiri. Sekiranya anda memerlukan maklumat jawapan dengan penjelasan yang lebih teliti sila merujuk kepada pensyarah anda.teruskan usaha anda dengan pergi ke Unit 2.Selamat Maju Jaya.