PENGINTEGRASIAN PEMBELAJARAN TERADUN DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA (WORK BASED LEARNING)

dokumen-dokumen yang mirip
GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN PENYELIDIKAN

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

SO, KPI/PI DAN SASARAN CAP e-pembelajaran BAGI TAHUN 2013

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Topik Numerical Method

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Laporan. Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. LAPORAN SKPG 2015 (Graduan 2014)

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

PANDUAN PEMBANGUNAN PUTRAMOOC

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

(LEARNING MANAGEMENT SYSTEM & COURSE MANAGEMENT SYSTEM)

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

LAPORAN INOVASI INOVASI : FLIP NOTE

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMAHIRAN BERDIALOG TIGA BAHASA MENERUSI PEMBANGUNAN APLIKASI DIALOGUE TRILOGY GAME

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Sustainable Education 54

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

TAKLIMAT LATIHAN MENGAJAR

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

SISTEM PENDAFTARAN CITRA

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

GARIS PANDUAN E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

SOALAN DAN MAKLUMBALAS BERKAITAN PELAKSANAAN MPU

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENGENDALIAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

2. PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

2.0 PENYATAAN MASALAH

TAJUK : OPEN SOURCE SOFTWARE ( PERISIAN SUMBER TERBUKA)

SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Transkripsi:

PENGINTEGRASIAN PEMBELAJARAN TERADUN DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA (WORK BASED LEARNING) Hamimah Bt Hj. Salleh 1 & Marlina Binti Abdul Manaf 1 1 Politeknik Ungku Omar mimah@puo.edu.my Linmanaf.poli@1govuc.gov.my ABSTRAK Pembelajaran teradun atau dikenali sebagai blended learning adalah kaedah yang menggabungkan mod pengajaran bersemuka secara tradisional dengan mod teknologi atas talian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini adalah berpusatkan pelajar di mana mereka boleh mengawal kaedah pembelajaran dan disokong oleh penggunaan teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia. Kaedah pembelajaran teradun adalah salah satu komponen dalam e-pembelajaran politeknik yang menggunakan Learning Management System (LMS) sebagai pelantar dalam penyampaian bahan pembelajaran secara atas talian. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada pendekatan pembelajaran teradun yang di integrasikan dalam Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Based Learning - WBL) dapat membantu pembelajaran pelajar Diploma Lanjutan Rangkaian (ANS) yang berlokasi di tempat kerja. Kaedah ini membolehkan pelajar yang menjalani latihan kerja di industri dapat mengikuti pembelajaran bersemuka bersama tenaga pengajar di dalam kelas dan pembelajaran secara capture & rewind di luar kelas. Pendekatan capture & rewind adalah berbentuk video dan bahan multimedia telah banyak membantu pelajar untuk mendapatkan ulangan sesi pembelajaran pada bila-bila masa apabila mereka memerlukan rujukan pantas. Kajian ini telah melibatkan 20 orang pelajar Diploma Lanjutan Rangkaian, Politeknik Ungku Omar (PUO) sebagai responden kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa integrasi di antara kedua-dua kaedah pembelajaran ini dapat membantu pelajar untuk lebih fleksibel mengakses bahan pembelajaran serta membentuk pembelajaran kendiri (self-paced learning). Katakunci: Pembelajaran Teradun, Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Based Learning) 1. Pengenalan Sistem pendidikan negara terutamanya kaedah pengajaran, sering berubah seiring dengan arus perubahan dalam sistem pendidikan dunia. Bermula dengan kaedah pengajaran tradisional yang menggunakan papan hitam, diikuti penggunaan papan putih dan seterusnya penglibatan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam sesi pembelajaran, kini pengintegrasian teknologi maklumat serta pengaplikasian internet dalam sesi pembelajaran iaitu e-pembelajaran (e-learning) telah digunakan secara meluas (Juhazren Junaidi & Madihah Jailani). Dengan kecanggihan teknologi semasa menjadikan bidang pendidikan mengalami perubahan seiring dengan kemajuan teknologi terkini. Pada April 2015, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 telah dilancarkan. Pelan ini mengandungi 10 lonjakan utama dan lonjakan ke sembilan (9) ialah pembelajaran dalam talian tahap global. Lonjakan ini menjelaskan bahawa model pembelajaran teradun atau Blended Learning akan menjadi pendekatan pedagogi utama semua Institusi Pengajian Tinggi (Norasyikin & Mohd Isa, 2016). 16 J K T S S

Konsep pembelajaran teradun yang ingin diamalkan di semua Politeknik-Politeknik Malaysia akan memberi fokus kepada pedagogi abad ke-21 yang mengabungkan pembelajaran tradisional (bersemuka) dan pembelajaran secara atas talian. Bermula dari tahun 2014, Jabatan Pengajian Politeknik berdasarkan keputusan CAP e-pembelajaran KPM (2014) telah menetapkan bahawa 50% dari kursus yang anjurkan oleh IPTA mestilah berlaku secara atas talian menggunapakai pendekatan pembelajaran teradun (Buku Garispanduan Amalan Terbaik Konsep Pembelajaran Teradun Politeknik Malaysia). Pendekatan pembelajaran teradun adalah salah satu kaedah dalam e-pembelajaran. Pembelajaran teradun atau dikenali sebagai Blended Learning adalah kaedah yang menggabungkan mod pengajaran bersemuka secara tradisional dengan mod teknologi atas talian semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Mohd Azli Yeop, Noraini Mohamed Noh, Kung Tech Wong). Matlamat pembelajaran teradun adalah untuk memaksimakan pemahaman tentang sesuatu prinsip, teori dan pengetahuan. Pembelajaran teradun adalah pendekatan yang berpusatkan pelajar yang mana pelajar boleh mengawal sendiri kadar pembelajaran dan menggunakan pelbagai teknologi atas talian. Rajah 1 menunjukkan konsep pembelajaran teradun yang diamalkan di politeknik. Pembelajaran Bersemuka Pembelajaran Teradun Pembelajaran Atas Talian Rajah 1. Model Pembelajaran Teradun Politeknik 1.1. Latar Belakang Masalah Pembelajaran teradun memainkan peranan yang amat penting khususnya di peringkat politeknik Malaysia. Jabatan Pendidikan Politeknik, telah membangunkan portal e- Pembelajaran melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System LSM) seperti CIDOS (Curriculum Information Development Online System) untuk meningkatkan penggunaan e-pembelajaran di semua politeknik Malaysia. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Ungku Omar (PUO) telah menjadikan pembelajaran teradun sebagai salah satu alternatif terbaik kepada pelajar Diploma Lanjutan Rangkaian (ANS) yang menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan kerja atau dikenali sebagai Work Based Learning (WBL). WBL boleh didefinasikan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran berteraskan situasi pekerjaan sebenar atau On Job Training. Antara lain definasi WBL adalah suatu perancangan dan hubungan pengalaman di bilik darjah dengan jangkaan realiti di alam pekerjaan di mana pengalaman WBL menyediakan pelajar kepada peluang pembangunan pengetahuan, kemahiran, sikap kebolehkerjaan yang mendorong kepada pengetahuan pemilihan kerjaya yang lebih jelas (Wazli, Mohammad Hisyam, 2012). Kurikulum ANS dibangunkan secara terancang dan berstruktur dengan pihak industri. Melalui program ini, industri akan menyediakan peluang pembelajaran di tempat kerja, menyediakan latihan kerja atau peluang belajar yang sesuai serta menyediakan ruang untuk proses P&P. Ini bermaksud proses pembelajaran pelajar secara teori dan praktikal dilaksanakan sepenuhnya di industri mengikut kurikulum yang disediakan oleh politeknik. Justeru itu, program ANS mengintegrasikan pembelajaran teradun semasa pelajar menjalani 17 J K T S S

WBL kerana pembelajaran teradun dapat membentuk pembelajaran kendiri serta memenuhi keperluan dan kemampuan pelajar. Masa dan tempat boleh disesuaikan berdasarkan kepada keadaan dan kemahuan pelajar. Selain itu, penyediaan dan penggunaan material multimedia adalah tidak terhad serta pelajar dapat mengulang kembali pembelajaran terdahulu dan membuat ulang kaji menerusi e-pembelajaran (Goltz-Wasiucionek, 2014). Konsep pembelajaran teradun yang dilaksanakan bagi program ANS diolah setelah mengambilkira keistimewaan politeknik sebagai institusi pengajian teknikal dan latihan vokasional (Technical Educational and Vocational Training-TVET). Memandangkan pembelajaran amali atau praktikal yang menjadi tunggak utama institusi TVET, maka ia masih dikekalkan pembelajaran secara bersemuka namun teori (konsep) akan dijalankan secara atas talian. Pendekatan ini bermaksud konsep pengajaran bersemuka tidak lagi diguna pakai sepenuhnya, tenaga pengajar tidak perlu untuk mengajar topik-topik teori secara syarahan bersemuka. Peranan tenaga pengajar kini adalah untuk membantu pelajar memahami konsep dan teori tersebut melalui sesi pembelajaran berteraskan pembelajaran berpusatkan pelajar (Student Centered Learning). 1.2. Penyataan Masalah Pelaksanaan program ANS yang menggunakan kaedah WBL bermula pada sesi pengajian Disember 2012. Tempoh pelaksanaan program ini selama 3 semester atau 1½ tahun. Pada semester 1, pelajar akan menjalani P&P di PUO manakala pada semester ke 2 dan ke 3 pelajar akan menjalani WBL di industri. Tempoh minimum menjalani WBL adalah 20 minggu setiap semester mengikut Kalendar Akademik Politeknik sesi semasa. Kurikulum WBL ANS telah dibangunkan secara berstruktur dengan pihak industri merujuk kepada model pelaksanaan seperti di Rajah 2. Ini bermaksud proses pembelajaran pelajar secara teori dan praktikal dilaksanakan sepenuhnya di industri mengikut kurikulum yang disediakan oleh PUO. Rajah 2. Model Pelaksanaan WBL Program Diploma Lanjutan Rangkaian Semasa di industri pelajar perlu menghadiri kelas teori dan praktikal secara bersemuka dengan tenaga pengajar. Kadangkala keadaan ini tidak berlaku kerana tenaga pengajar mempunyai komitmen lain yang harus dipikul terutama yang melibatkan pekerjaan. Selain itu, penangguhan kelas disebabkan tenaga pengajar perlu bekerja di luar kawasan dalam jangka masa yang lama turut menyebabkan tumpuan pelajar dan perancangan P&P terganggu. Pembelajaran semasa WBL memerlukan pelajar dan tenaga pengajar mengikuti kurikulum yang disediakan oleh PUO dan silibus kursus perlu diselesaikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh mana integrasi pembelajaran teradun yang dilaksanakan didalam P&P semasa WBL di industri dapat membantu pelajar mengikuti sesi pembelajaran dari segi capaian untuk mengakses bahan pembelajaran dan juga menilai kesediaan pelajar ANS terhadap pembelajaran teradun. 18 J K T S S

2. Objektif Kajian Objektif kajian yang dijalankan adalah seperti berikut: 1. Mengenalpasti status capaian pelajar terhadap bahan e-pembelajaran. 2. Mengukur faktor mobiliti, pengunaan multimedia dan kekerapan capaian e-pembelajaran. 3. Menilai kesediaan pelajar terhadap pembelajaran teradun. 3. Metodologi 3.1. Rekabentuk kajian Rekabentuk kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif. Kajian ini menggunakan pendekatan soal selidik sebagai instrument kajian untuk mendapatkan data dari sampel. Borang soal selidik yang digunakan mengandungi tiga (3) bahagian; Bahagian A: Demografi Responden, Bahagian B: Capaian terhadap bahan e-pembelajaran dan Bahagian C: Penilaian kendiri pelajar. Instrumen borang soal selidik yang dibangunkan menggunakan skala likert berdasarkan lima skala tahap persetujuan responden. Lima skala yang digunakan dalam borang soal selidik ini adalah seperti berikut: Penyataan Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat Item Setuju Setuju Pasti Setuju Skor 1 2 3 4 5 Nota: Skala dari 1-3 = tidak setuju Skala dari 4-5 = setuju Jadual 1. Pengkelasan Skala Likert Soal Selidik Borang soal selidik telah diedarkan melalui email kepada 20 orang responden yang mengambil program Diploma Lanjutan Rangkaian (ANS). 3.2. Sampel kajian Kajian ini dijalankan oleh Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, PUO. Seramai 20 orang pelajar Diploma Lanjutan Rangkaian (ANS) yang sedang menjalani WBL telah dipilih sebagai sampel kajian. 3.3. Rekabentuk Komponen Pembelajaran Teradun Pembelajaran teradun di politeknik Malaysia mengandungi beberapa komponen pembelajaran yang dikenali sebagai komponen pembelajaran teradun antaranya adalah Learning Object (LO), e-notes, Collaborative Classroom, e-contents dan Praktikal. Setiap komponen ini mempunyai peranan yang tersendiri dalam memastikan pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan. Ini merujuk kepada Buku Garispanduan Pembelajaran Teradun, Jabatan Pendidikan Politeknik. Program ANS menggunakan komponen Learning Object (LO) bagi membangunkan kandungan pembelajaran teradun bagi kursus AFC 7013- Technoprenuership dan AFN 9125-IP Networks Troubleshooting. LO adalah satu sesi pembelajaran yang lengkap yang boleh dipelajari oleh pelajar secara atas talian. Ia dalam bentuk video syarahan atas talian berserta teks, animasi dan grafik berkaitan dengan topik yang dipilih. Setiap LO ini dibina dengan menggunakan perisian Lecture Maker yang mempunyai keupayaan dengan SCORM (Sharable Content Object Reference Model). LO yang dibina melalui teknologi SCORM boleh dipantau kegunaannya oleh pelajar melalui CIDOS. Rajah 3 menunjukkan antaramuka LO untuk kursus AFN 9125-IP Networks Troubleshooting yang dibangunkan sebagai bahan pembelajaran pelajar ANS. 19 J K T S S

Rajah 3. Antaramuka Learning Objects (LO) 4. Analisa Dan Dapatan Kajian 4.1. Demografi Responden Jadual 2 menunjukkan dapatan berkenaan dengan latar belakang responden. Didapati seramai 65% responden adalah lelaki dan 35% responden adalah perempuan yang dalam lingkungan umur 20 hingga 23 tahun. Jantina Umur Bangsa Profil Demografi Lelaki Prempuan 20-23 tahun 24-26 tahun > 26 tahun Melayu Cina India Lain-lain. Jadual 2. Demografi Responden Bilangan 13 7 11 8 1 19 1 0 0 4.2. Capaian Pelajar Terhadap Bahan e-pembelajaran Bahagian ini berkaitan dengan peratus mudah capai responden terhadap bahan e- Pembelajaran. Ini adalah pemahaman pelajar tanpa mendapat bantuan dari tenaga pengajar secara bersemuka. Hasil dapatan adalah seperti di Jadual 3. 20 J K T S S

No Item 1 2 3 4 5 Item Saya mendapati pembelajaran teradun lebih mudah kerana bahan pembelajaran boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja (mobiliti). Pembelajaran teradun membolehkan saya mengulang kembali pembelajaran terdahulu dan membuat ulang kaji (mobiliti). Saya boleh mengikuti kuliah secara atas talian semasa ketiadaan tenaga pengajar (mobility) Bahan-bahan e-pembelajaran berupaya menarik minat saya untuk belajar daripada hanya bahan-bahan bercetak. (penggunaan multimedia) Saya kerap menggunakan bahan e- Pembelajaran untuk mengukuhkan kefahaman setelah mengikuti pembelajaran secara bersemuka (kekerapan). Peratus Mudah Capai Peratus Sukar Capai 85% 15% 75% 25% 80% 20% 75% 25% 70% 30% Jadual 3. Capaian pelajar terhadap bahan e-pembelajaran Nota: Skala yang digunakan untuk mengukur capaian bahan e-pembelajaran dari segi mobiliti, penggunaan multimedia dan kekerapan. Peratusan yang melebihi 50% adalah bermaksud bahan e-pembelajaran mudah dicapai. Sukar capai Mudah capai 0% 49% 50% 100% Item 1, 2 dan 3 merupakan soalan berkaitan mobiliti terhadap capaian bahan e- Pembelajaran. Analisis item 1 mendapati 85% responden mendapati pembelajaran teradun lebih mudah kerana bahan pembelajaran boleh diakses tanpa mengira masa dan tempat. Analisis item 2 menunjukkan 75% responden menyatakan bahan pembelajaran boleh dicapai berulangkali. Ini memudahkan responden untuk mengulang kembali pembelajaran terdahulu tanpa halangan. Manakala analisis item 3 mendapati 80% responden menyatakan mudah untuk mengikuti kuliah secara atas talian walaupun tanpa bersemuka dengan tenaga pengajar. Item 4 merupakan soalan berkaitan dengan penggunaan multimedia dalam bahan pembelajaran. Analisis item 4 menunjukkan 75% responden menyatakan bahan e- Pembelajaran lebih menarik minat untuk belajar. Penggunaan elemen multimedia seperti grafik, audio, animasi dan video menjadikan kandungan bahan pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan. Bagi analisis item 5 yang merupakan soalan berkaitan dengan kekerapan capaian. Didapati 70% responden menyatakan kerap menggunakan bahan e- Pembelajaran untuk mengukuhkan kefahaman selain bersemuka dengan tenaga pengajar. Rumusan daripada analisis mendapati pelajar bersetuju bahawa penggunaan bahan e- Pembelajaran yang di muat naik menggunakan platform CIDOS mudah dicapai. 21 J K T S S

4.3.Penilaian Kendiri Pelajar Graf 1 menunjukkan hasil analisis penilaian kendiri pelajar terhadap pembelajaran teradun. Penilaian Kendiri Pelajar 100 80 60 40 20 0 90 Pembelajaran yang lebih anjal 70 Kesediaan pengguna epembelajaran 85 85 Mengawal waktu pembelajaran Pemilihan topik 75 Pengalaman pembelajaran teradun menyeronokkan Graf 1. Penilaian Kendiri Pelajar Nota: Peratusan melebihi 50% adalah bermaksud pembelajaran teradun adalah sesuai untuk pelajar ANS dari segi penilaian kendiri. Analisis data mendapati item Pembelajaran yang lebih anjal mempunyai peratusan tertinggi iaitu 90%. Ini menunjukkan responden bersetuju bahawa pembelajaran teradun menyediakan suasana pembelajaran yang lebih anjal. Keadaan ini amat sesuai bagi pelajar ANS yang menjalani WBL kerana pelajar lebih fleksibel untuk mengikuti pembelajaran bergantung kepada kesesuaian masa, tempat dan tahap penerimaan pelajar. Bagi item Kesediaan pengguna e-pembelajaran sebanyak 70% responden menyatakan bersedia untuk menggunakan aplikasi e-pembelajaran. Bagaimanapun peratusan ini agak rendah berbanding dengan item yang lain. Oleh itu, di cadangkan tenaga pengajar memberikan pendedahan yang lebih kepada penggunaan aplikasi e-pembelajaran dengan mempelbagaikan aktiviti seperti kuiz dan forum. Analisis bagi dua item iaitu Mengawal waktu pembelajaran dan Pemilihan topik, mendapati 85% responden bersetuju bahawa waktu pembelajaran boleh dirancang dan dikawal mengikut kesesuaian masa dan mengikut tahap kelajuan pembelajaran mereka. Selain itu responden bebas memilih topik atau bahan pembelajaran yang bersesuaian untuk dipelajari. Bagi item yang terakhir iaitu Pengalaman pembelajaran teradun menyeronokkan, hasil analisis mendapati 75% peratus responden bersetuju pembelajaran teradun menyeronokkan. Integrasi diantara pembelajaran bersemuka dan e-pembelajaran memberikan pilihan dalam melaksanakan proses P&P. Rumusan daripada analisis ini, mendapati pembelajaran teradun dapat membantu pelajar yang menjalani WBL di industri mengurus masa pembelajaran dengan bijak dan membentuk pembelajaran kendiri (selfpaced learning). 6. Kesimpulan Dan Cadangan Hasil dapatan daripada kajian yang dijalankan menunjukkkan bahawa pengintegrasian pembelajaran teradun di dalam WBL dapat membantu pelajar dan tenaga pengajar dalam melaksanakan P&P. Penggunaan bahan e-pembelajaran melalui platform CIDOS memudahkan pelajar untuk mengakses bahan pembelajaran yang disediakan. Pembelajaran boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian pelajar, pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Dapatan kajian juga mendapati penggunaan elemen multimedia dalam bahan pembelajaran turut menarik minat pelajar untuk menggunakan bahan pembelajaran yang disediakan. Kajian ini juga mendapati pembelajaran teradun dapat membentuk pembelajaran 22 J K T S S

kendiri (self-paced learning) pelajar. Pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembelajaran dan mempunyai kebebasan untuk memulakan pembelajaran pada bila-bila masa yang bersesuaian tanpa perlu bersemuka dengan tenaga pengajar. Ini mengurangkan kebergantungan pelajar pada tenaga pengajar dan pembelajaran adalah bersifat pembelajaran berpusatkan pelajar (Student Centered Learning). Seterusnya dicadangkan agar kaedah pembelajaran teradun dilaksanakan bagi kursus-kursus yang sedia ada di dalam program ANS. Selain itu, diharap kaedah pembelajaran teradun dapat diperluaskan lagi kepada program pengajian di politeknik yang menggunakan kaedah WBL kerana kaedah ini didapati lebih efektif untuk P&P yang dilaksanakan di industri. Rujukan Abdul Rasid Abdul Razzaq, Mohamad Zaid Mustafa, Mohd Yusop Hadi, Jamalludin Hashim, Ahmad Rizal Madar & Farah Syahida bt Mohd Kamal (2012). Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Tempat Kerja (Work Based Learning): Perspektif Industri Yang Terlibat. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Garis Panduan Amalan Baik: Pembelajaran Berasaskan Kerja (GGP:WBL), Edisi 2016. Azian Ismail, Zuliana Aliman, PMM. Pengenalan Kepada Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Based Learning) Faizatul Hafilah binti Abdul Halim, Nor Syahilia binti Aris, Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Teradun (Blended Learning), Journal Of Technical and Vocational Education, Volume 1. Garispanduan Amalan Terbaik Konsep Pembelajaran Teradun Bagi Politeknik Malaysia (2014), Jabatan Pengajian Politeknik. Garis Panduan Pelaksanaan Work-Based Learning Diploma Lanjutan Rangkaian Politeknik Ungku Omar, Edisi Jun 2013. Goltz-Wasiucionek, D. (2014). Blended learning in Foreign Language Teaching. Sino-US English Teaching, 11(6), 419-426. Juhazren Junaidi & Madihah Jailani (2016 ) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Journal UTM. Mohd Azli Yeop, Noraini Mohamed Noh, Kung Tech Wong (2016) Pembelajaran Teradun: Satu tinjauan literatur terhadap faktor- faktor penerimaan guru melalui model-model penerimaan, Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education Vol. 6, No. 1, June 2016, 67-85. Muhammad Rafie Bin Hamzah, Sarawati Binti Ahmad (2017), Kesediaan Pelajar Terhadap E-Pembelajaran: Kajian Terhadap Pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Muadzam Shah, Pahang, eproceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (icompex 17). Norasyikin Binti Osman, Mohd Isa Bin Hamzah (2016) Hubungan Kesediaan Pelajar mengikuti Pembelajaran Berasaskan Blended Learning Berdasarkan Jantina dan Program, Journal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik April 2016, Bil. 4, Isu 2 juku.um.edu.my Roziah Abdul Latif, Nor Sham Hasan, Zarian Che Amin, 2010). Persepsi Institusi Pengajian Dan Industri Terhadap Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Secara Work Based Learning (WBL). Wazli Bin Watisin dan Mohammad Hisyam Bin Mohd Hashim (2012), Cabaran Pelaksanaan Program Pembelajaran Berasaskan Kerja Di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. 23 J K T S S