BAB V KESIMPULAN. implikasi dapatan kajian, cadangan bagi kajian yang selanjutnya dan kesimpulan secara

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

ARAHAN: ( )

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

CHIA CHONG YANG A143398

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Model Pengurusan Strategik

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

2.0 PENYATAAN MASALAH

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

(LEARNING MANAGEMENT SYSTEM & COURSE MANAGEMENT SYSTEM)

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BLHL 1012 : BAHASA MELAYU I

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

Transkripsi:

BAB V KESIMPULAN 5.0 Pengenalan Bahagian ini akan menerangkan kesimpulan dari dapatan kajian yang dijalankan, implikasi dapatan kajian, cadangan bagi kajian yang selanjutnya dan kesimpulan secara keseluruhan. 5.1 Kesimpulan Kajian dan Dapatan Tujuan kajian ini dijalankan adalah: a) mengenalpasti orientasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Sepanyol, b) mengenalpasti motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Sepanyol, c) mengetahui hubungan di antara orientasi dan motivasi pelajar dengan pencapaian mereka, dan d) melihat perbandingan orientasi dan motivasi pelajar Melayu, Cina dan India terhadap pembelajaran bahasa Sepanyol Data dianalisis berdasarkan min, kekerapan, peratus, sisihan piawai, median, analisis varians (ANOVA) dan Pearson Correlation (r). Dapatan kajian menunjukkan bahawa: a) Orientasi pelajar di dalam pembelajaran BS adalah positif dan lebih dominan kepada orientasi instrumental (Mempelajari BS untuk mendapatkan kerja yang baik; Meningkatkan gred dan menamatkan pengajian; BS adalah salah satu bahasa asing yang penting di peringkat global maka saya akan perlukannya di masa hadapan kelak; Dianggap bijak sekiranya mengetahui BS dan ingin 121

mengunjungi negara yang menuturkan BS pada suatu hari nanti) berbanding orientasi integratif. Tiga item orientasi integratif (Belajar BS membolehkan saya memahami dan menonton filem Sepanyol dalam bahasa asal mereka; Belajar BS kerana nada bunyi menarik; kemahiran BS membantu untuk memahami budaya masyarakat Sepanyol) dipaparkan sebagai positif dan dua item lagi (Menguasai BS membantu saya untuk berjumpa dan berkomunikasi dengan penutur natif BS dan Saya mempelajari BS kerana ia membolehkan saya melibatkan diri di dalam aktiviti budaya komuniti BS) dipamerkan sebagai negatif. b) Tahap motivasi responden di dalam pembelajaran BS bagi kesemua item motivasi adalah tinggi (Belajar dan ikuti kelas BS di university; BS adalah sangat menarik berbanding subjek lain; Menggunakan kemahiran BS di dalam dan luar kelas, Tonton rancangan yang berkaitan dengan BS di kaca televisyen; Dengar dan hayati lagu BS sekiranya diputarkan di saluran radio; Cari sumber tambahan lain di laman web; Seronok mempelajari BS; Suka mempelajari BS, dan Bercadang untuk belajar BS ke tahap yang seterusnya). c) Tiada hubungan atau korelasi yang signifikan di antara kesemua pembolehubah orientasi dan motivasi dengan gred peperiksaan responden (r = 0, p >.05). d) Analisis ANOVA menunjukkan hanya dua dari lima item orientasi integratif (Belajar BS kerana membolehkan saya menonton filem Sepanyol dalam bahasa asal mereka dan Belajar BS kerana nada bunyi menarik) menunjukkan 122

perbezaan yang signifikan (p<.05) di antara kumpulan responden. Bagi kesemua item orientasi instrumental menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara kumpulan responden. Dapatan kajian ANOVA juga menunjukkan lima dari sembilan item motivasi iaitu Belajar dan ikuti kelas BS di universit;, Gunakan kemahiran BS di dalam dan luar kelas; Tonton rancangan yang berkaitan dengan BS di kaca televisyen; Dengar dan hayati lagu BS sekiranya diputarkan di saluran radio; dan Cari sumber tambahan lain tentang BS memiliki perbezaan yang signifikan di antara kumpulan responden. 5.2 Implikasi Dapatan Kajian Hasil dari kajian oleh pengkaji ke atas orientasi dan motivasi responden terhadap pembelajaran BS adalah sedikit sebanyak memberikan implikasi kepada guru, pelajar dan institusi pengajian tinggi dalam menjayakan pembelajaran dan pengajaran bahasa asing di Malaysia. 5.2.1 Guru Bagi menjadikan proses pembelajaran bahasa lebih menarik tenaga pengajar harus mewujudkan program-program tertentu bagi mengekalkan minat pelajar dan tercapainya matlamat jangka pendek (Holt, 2001). Guru juga perlu mencipta suasana pembelajaran yang menarik melalui pembentukan dan pemilihan pelbagai aktiviti yang menarik dan baru seperti tekasilangkata, penyelesaian masalah dan sebagainya (Dornyei, 1994). Ia bertujuan memperolehi perhatian dan minat dari pelajar. Menggalakkan pelajar untuk lebih melibatkan diri di dalam kelas kadangkala boleh membantu mereka memperbaiki kemahiran komunikasi dalam bahasa sasaran mereka. Komunikasi yang 123

berjaya menggunakan bahasa sasaran seharusnya melahirkan perasaan tercapainya sesuatu matlamat (Holt, 2001). Dalam kajian ini, para pelajar didapati lebih dominan kepada orientasi instrumental berbanding integratif. Oleh itu, guru perlu menekankan dan menyelitkan komponen budaya di dalam pembelajaran seperti filem, lagu dan memperkenalkan beberapa jenis makanan negara natif. Usaha ini serba sedikit membantu mendedahkan para pelajar kepada budaya dan cara hidup masyarakat luar walaupun, mereka tidak berpeluang berada di dalam situasi sebenar. Dornyei (1994:281) sendiri mengesyorkan agar guru melibatkan komponen sosio-budaya di dalam silabus pengajaran bahasa kedua melalui perkongsian pengalaman yang berkait dengan bahasa kedua di dalam kelas, menayangkan filem-filem atau rakaman TV, memutarkan muzik yang relevan dan menjemput beberapa orang penutur natif ke dalam kelas. Selain itu, membuat pertemuan di antara pelajar dengan penutur bahasa kedua, menganjurkan lawatan atau pertukaran program ke komuniti bahasa kedua atau mencari pen-friends untuk pelajar (Dornyei, 1994:281). Penggunaan teks yang menarik juga membantu meningkatkan tahap motivasi pelajar di dalam kelas. Kebanyakan teks yang terdapat di dalam buku bahasa asing telah dibentuk untuk EFL (English Foreign Language) di mana ia mengandungi topik yang melibatkan interaksi di dalam kelas. Secara tidak langsung ia dapat membantu memotivasikan pelajar dalam meningkatkan kemahiran bahasa mereka (Holt, 2001). Pengajar seharusnya memanipulasikan topik yang terkandung di dalam buku teks dan membantu menarik minat pelajar untuk melibatkan diri di dalam aktiviti tersebut. Walaupun, mereka mungkin merasakan tidak ada kepentingan untuk menguasai bahasa kedua, pembelajaran bahasa kedua dan budaya lain dapat membantu meluaskan persepsi dan pemahaman budaya lain oleh pelajar. 124

5.2.2 Pelajar Pelajar merupakan responden utama dalam kajian ini. Hasil kajian menjadi input dan gambaran kepada pelajar tentang sikap mereka terhadap pembelajaran BS iaitu sebagai bahasa asing mereka. Bagi mencapai keputusan yang baik di dalam pembelajaran bahasa, pelajar perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Mereka tidak seharusnya bersikap negatif dan tidak memandang rendah terhadap keupayaan diri sendiri semasa mempelajari bahasa asing. Pelajar juga disarankan agar tidak bersikap negatif dan menolak pembelajaran bahasa asing terutamanya terhadap budaya dan cara hidup masyarakat komuniti lain. Pada hari ini memiliki pengetahuan lebih dari satu bahasa selain bahasa Inggeris adalah menjadi satu bonus kepada pelajar berbanding yang lain terutamanya di dalam pencarian kerjaya kelak. Oleh itu, pelajar harus mengambil peluang ini untuk mempelajari salah satu bahasa asing yang utama. Pelajar juga seharusnya mengambil inisiatif sendiri dalam meningkatkan kemahiran bahasa Sepanyol melalui sumber-sumber lain seperti di dalam laman-laman web tertentu di internet yang mengandungi pelbagai aktiviti bahasa. 5.2.3 Institusi pengajian tinggi Institusi pengajian tinggi merangkumi elemen-elemen yang melibatkan pelajar, pensyarah dan golongan pentadbir termasuklah strategi pengajaran, bahan-bahan yang disediakan serta aktiviti-aktiviti sokongan yang merangsang pencapaian pelajar. Bagi memastikan matlamat melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing tercapai, pihak pengurusan tertinggi seharusnya menyediakan guru-guru yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran berbahasa yang tinggi. Guru-guru juga semestinya 125

mendapat latihan, memiliki personaliti perguruan, keupayaan mengajar asas bahasa dan berupaya menggalakkan pelajar mempelajari dan berkomunikasi dalam bahasa asing yang dipelajari (Gardner, 2001). Selain itu, pihak pengurusan tertinggi di setiap institusi pengajian tinggi di Malaysia disarankan agar menggalakkan dan mempromosikan kepada pelajar akan kepentingan mempelajari salah satu bahasa asing global yang utama di dalam era globalisasi hari ini. Ia boleh dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti seperti pameran, ceramah, pementasan teater, tayangan filem, pertandingan menulis esei pendek, nyanyian dan sebagainya. 5.3 Cadangan Kajian Lanjutan Kajian ini memberi penekanan kepada orientasi dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran BS di FBMK, UPM sahaja. Ianya dilakukan ke atas 73 responden yang dipilih secara rawak dan mengambil subjek BS pada tahap I sahaja. Kajian ini merupakan kajian kes sahaja. Segala dapatan kajian ini tidak boleh dijadikan sebagai inferens untuk populasi responden bagi universiti yang menawarkan subjek BS. Antara kajian lanjutan yang wajar difikirkan ialah: (i) Kajian ini hanya melibatkan 73 orang responden bagi tahap I di FBMK, UPM sahaja. Dicadangkan agar jumlah responden yang diambil kelak ditambahkan lagi dan sampel kajian turut melibatkan universiti-universiti lain yang menawarkan subjek BS. Selain itu disyorkan agar kajian dilakukan ke atas tahap II, III, IV dan seterusnya. Oleh itu, perbandingan dapat dibuat lantas memperkukuhkan kepastian tentang orientasi dan motivasi responden. (ii) Kajian perbandingan antara orientasi dan motivasi pelajar Melayu, Cina dan India terhadap BS dengan bahasa asing lain seperti Jepun, Perancis dan sebagainya. 126

(iii) Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Dicadangkan pengkaji akan datang menggunakan teknik temu bual dan pemerhatian. (iv) Kajian ini hanya melibatkan item orientasi (integratif dan instrumental) dan motivasi (keinginan untuk mempelajari bahasa, kesungguhan motivasi dan sikap terhadap pembelajaran bahasa) dari Attitude and Motivation Test Battery (AMTB) Gardner (1985). Disyorkan agar kajian seterusnya meliputi item-item lain seperti minat di dalam bahasa asing, sikap terhadap situasi pembelajaran (penilaian guru dan kursus), kebimbangan bahasa dan sebagainya. 5.4 Kesimpulan Pada hari ini individu yang menguasai salah satu bahasa asing seperti Sepanyol, Perancis dan Jepun berkebolehan untuk memperolehi pemahaman yang tinggi terhadap budaya lain dan meningkatkan kesedaran mereka tentang kepentingan kemahiran bahasa asing di peringkat global. Apa jua motivasi yang mendorong pembelajar atau pelajar untuk mempelajari bahasa asing adalah ditentukan oleh mereka sendiri. Orientasi integratif dan instrumental boleh menjadi faktor yang mendorong mereka untuk mempelajari bahasa asing. Walaubagaimanapun ia adalah bergantung kepada sikap dan persepsi mereka terhadap pembelajaran bahasa asing. 127