GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) (Pindaan 2016)

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia

KANDUNGAN. 1.0 Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi Definisi Latihan Industri Objektif Khusus. 4

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

DASAR LATIHAN INDUSTRI. Institusi Pengajian Tinggi

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

LATIHAN INDUSTRI STF3056

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA

BUKU PANDUAN PENEMPATAN PRAKTIKUM

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SESI 2010/2011

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

PANDUAN KEPADA PENYELIA ORGANISASI/INDUSTRI

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

GARIS PANDUAN PROGRAM SANGKUTAN STAF BAHARU (SKIM N) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

Panel Penilai Luar Item Peperiksaan boleh dilantik berdasarkan kewibawaan dan profesionalisme pegawai/ personel dari kalangan:

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pindaan 2013 (Bilangan 1)


PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

TAKLIMAT 1 LATIHAN INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P007

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH PROSEDUR PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P007

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Skop Tafsiran Penyelarasan Moderasi Tugas Dan Tanggungjawab 4

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CUTI GAP YEAR UNIVERSITI MALAYA

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

TAKLIMAT 1 LATIHAN INDUSTRI SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

Transkripsi:

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) (Pindaan 2016) 1. Pengenalan 1.1 Latihan industri adalah merupakan komponen kurikulum dalam program pengajian yang memberikan pelajar peluang untuk mendapatkan pengalaman praktikal, kemahiran insaniah serta sikap yang positif untuk melengkapkan mereka sebelum berdepan cabaran dunia kerjaya sebenar. Selain daripada itu, program latihan industri adalah direka untuk memperkasakan kompetensi dan kemahiran pelajar seterusnya dapat mempertingkatkan kebolehpasaran pelajar. 2. Penyata Dasar (Policy Statement) 2.1. Latihan industri adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam programprogram tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di institusi pengajian tinggi (KUIS) iaitu peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda bagi memenuhi syarat penganugerahan sijil, diploma dan ijazah sarjana muda masing- masing. Walau bagaimanapun, latihan industri ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut program-program pengajian di KUIS. 3. Definisi Latihan Industri 3.1. Latihan industri adalah merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal, latihan amali, atau latihan praktikum yang diselia dalam organisasi/industri luar KUIS yang dipilih dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum pelajar dianugerahkan diploma atau ijazah sarjana muda. 3.2. Latihan industri yang dimaksudkan adalah tidak termasuk latihan dalam kamar (chambering) serta latihan klinikal. 4. Objektif Objektif latihan industri ialah untuk: 4.1 Memberi peluang serta pendedahan kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar; 4.2 Memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk memperolehi 1

pengalaman bekerja di organisasi/industri berkatan bidang masingmasing; 4.3 Member peluanag dan pendedahan kepada pelajar tentang amalan spesifik dalam bidang pengkhususan masing-masing; 4.4 Mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran (terutamanya kemahiran insaniah) serta memberikan pengalaman bekerja dalam organisasi; 4.5 Melatih pelajar menyediakan laporan-laporan berkaitan dengan latihan industri yang dijalankan; 4.6 Melahirkan graduan yang berkompeten; 4.7 Mempertingkatkan peluang pekerjaan; dan 4.8 Merapatkan jalinan hubungan antara pihak KUIS dengan industri. 5. Objektif Khusus Objektif Khusus latihan industri ialah memberi peluang kepada pelajar untuk: 5.1. M emahami tanggungjawab alam pekerjaan yang sebenar; 5.2. Menghayati nilai etika profesional; 5.3. Mengasah kemahiran insaniah yang sesuai dengan persekitaran pekerjaan; 5.4. Meningkatkan kemahiran generik dan profesional seperti kemahiran interpersonal, bekerja secara berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran keusahawanan; 5.5. Menilai peluang kerjaya, pengetahuan dan keyakinan diri pelajar; 5.6. Mempertingkatkan kebolehpasaran pelajar supaya lebih berdaya saing; 6. Skop Latihan Industri 6.1. Setiap fakulti perlu merangka skop latihan industri berpandukan kepada kurikulum program akademik. 6.2. Skop tugas hendaklah memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari serta mendapat pendedahan amalan kerja dalam bidang pengkhususan masing-masing. 2

7. Tempoh Latihan Industri 7.1. Tempoh latihan industri adalah bergantung kepada program pengajian pelajar. Dicadangkan supaya tempoh terkumpul bagi latihan industri tidak kurang daripada tiga (3) bulan atau tempoh yang ditetapkan oleh mana-mana badan profesional yang mempunyai kuasa menganugerah akreditasi. Bagi pelajar antarabangsa, juga akan ditetapkan oleh manamana badan professional yang mempunyai kuasa menganugerah akreditasi. 8. Syarat Mendaftar Latihan Industri 8.1. Pelajar dibenarkan mendaftar latihan industri setelah memenuhi syarat berikut: a. Berada di semester terakhir pengajian, DAN/ATAU b. Telah mengambil serta lulus semua subjek prasyarat yang ditentukan oleh fakulti, DAN/ATAU c. Syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh fakulti. 8.2. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar lain-lain subjek kecuali dengan kebenaran fakulti ketika menjalani latihan industri. 9. Penempatan Latihan Industri 9.1. Pelajar mesti menjalani program latihan industri di organisasi yang disahkan oleh fakulti dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian; 9.2. Pelajar perlu mendapatkan tempat latihan industri berdasarkan keperluan bidang pengajian masing-masing; 9.3. Pelajar DIMESTIKAN menjalani latihan industri di organisasi/industri di luar KUIS tetapi berada di bawah lingkungan 200km dari KUIS; 9.4. Keutamaan penempatan Latihan Industri KUIS adalah di dalam KUIS berdasarkan keperluan bidang pelajar masing-masing dan tertakluk kepada penempatan yang dapat disediakan oleh KUIS dari masa ke semasa. 9.5. PENGECUALIAN untuk menjalani latihan industri di organisasi/industri di luar KUIS yang melebihi jarak 200km dari KUIS hanya diberikan kepada; 3

a. Pelajar yang menjalani latihan industri secara berkumpulan tertakluk kepada jumlah minimum 5 orang pelajar (tetapi tidak termasuk pelajar di bawah pengecualian di bawah subklausa (c) dan (d) di bawah), di dalam satu lokasi/kawasan yang berhampiran di dalam jarak 20km sahaja. Dalam hal ini, seorang penyelia layak membuat tuntutan pembayaran kos perjalanan dan penginapan tertakluk kepada Pekeliling Pentadbiran Bil.5/2008 bertarikh 1 April 2008 atau mana-mana pekeliling berkaitan terpinda yang berkaitan dan berkuatkuasa. b. Jika kumpulan pelajar kurang daripada 5 orang tetapi terhad kepada jumlah minima 2 orang (jika seorang pelajar sahaja tidak layak di bawah pengecualian ini), perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Pengurusan Fakulti dan lokasi/kawasan yang terlibat hendaklah berhampiran dalam jarak 20km sahaja. Pelajar tersebut perlu membuat akujanji dengan fakulti untuk menanggung sendiri semua kos penyeliaan terlibat kecuali kos lodging, dan ianya perlu diselesaikan sebelum penilai melakukan lawatan. KUIS akan menanggung kos lodging bagi penginapan Penyelia bagi tempoh 1 hari sahaja. KUIS tidak akan bertanggungjawab kepada ketidakakuran bayaran oleh pelajar. c. Semua pelajar Sarjana Muda Syariah Undang-Undang (d aripada Akademi Islam) yang DIMESTIKAN menjalani latihan industri di negeri masing-masing disebabkan keperluan untuk mendapatkan Lesen Tauliah Peguam Syariah yang tertakluk kepada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. d. Semua pelajar Diploma Pendidikan secara separuh masa (daripada Fakulti Pendidikan) yang DIMESTIKAN menjalani latihan industri di sekolah asal masing-masing disebabkan status pelajar. e. Penyelia yang menyelia pelajar di bawah sub klausa (c) dan (d) di atas adalah layak untuk membuat tuntutan pembayaran kos perjalanan dan penginapan tertakluk kepada Pekeliling Pentadbiran Bil.5/2008 bertarikh 1 April 2008 atau manamana pekeliling berkaitan terpinda yang berkaitan dan berkuatkuasa. 9.6. Semua pelajar TIDAK dibenarkan menukar tempat dan TIDAK dibenarkan menukar tarikh latihan industri melainkan setelah 4

mendapatkan kelulusan bertulis daripada fakulti DAN mendapatkan kelulusan bertulis daripada organisasi/industri. 9.7. Semua permohonan penangguhan hendaklah dibuat secara bertulis kepada KUIS melalui fakulti dengan menyatakan alasan yang kukuh dan munasabah. 9.8. Sebarang permohonan penukaran organisasi/industri untuk menjalankan latihan industri DIMESTIKAN dibuat secara bertulis kepada fakulti dalam tempoh sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pelajar melaporkan diri ke organisasi/industri. Permohonan perlu mendapat kebenaran bertulis dari fakulti. 9.9. Bagi pelajar yang telah melaporkan diri ke organisasi/industri, semua permohonan penukaran organisasi/industri untuk menjalankan latihan industri DIMESTIKAN dibuat secara bertulis kepada fakulti dalam tempoh 14 hari dari tarikh pelajar melaporkan diri ke organisasi/industri. Permohonan perlu mendapat kebenaran bertulis dari fakulti serta kebenaran bertulis dari organisasi/industri. 9.10. Sebarang permohonan penukaran organisasi/industri untuk menjalankan latihan industri hanya akan dipertimbangkan jika; a. Pelajar memberikan alasan yang kukuh dan munasabah serta mendapat sokongan organisasi/industri. b. pelajar telah mendapat organisasi/industri yang baru untuk menjalankan latihan industri untuk menggantikan organisasi/industri untuk menjalankan latihan industri yang ditukar. Pelajar perlu mengemukakan bukti penerimaan daripada organisasi/industri yang baru untuk menjalankan latihan industri semasa membuat permohonan bertulis kepada fakulti. 10. Imbuhan 10.1. Pihak organisasi/industri digalakkan memberi elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri dengan organisasi/industri mereka. 11. Takaful Berkelompok 11.1. Semua pelajar yang mengikuti latihan industri adalah dilindungi oleh Takaful Pelajar Berkelompok KUIS. 12. Peranan Dan Tanggungjawab 12.1. Penyelaras Fakulti bertanggungjawab untuk; 5

a. Menyediakan jadual kerja perlaksanaan latihan industri di fakulti; b. Memastikan pelajar memenuhi segala syarat bagi menjalankan latihan industry; c. Memastikan pelajar menjalani latihan industri mengikut skop yang telah ditetapkan; d. Memantau kesesuaian organisasi/industri tempat latihan industri; e. Menyelaras perlantikan penyelia fakulti; f. Menyediakan borang/dokumen/surat yang berkaitan dengan penempatan latihan industry (contohnya, format resume, garis panduan pembelajaran (learning guidelines, borang maklumbalas organisasi, maklumat peribadi pelajar, borang lapor diri program latihan industri, surat pengesahan pelajar, borang penempatan pelajar, buku laporan kemajuan pelajar, laporan ringkas lawatan latihan industry; g. Mengumpul borang-borang penilaian dan laporan pelajar bagi tujuan pemarkahan; h. Menyedia dan mengemaskini senarai organisasi/industri yang berpotensi untuk penempatan latihan industry; i. Memberi taklimat kepada pelajar dan penyelia fakulti berkaitan latihan industri; j. Menyediakan laporan perlaksanaan latihan industri kepada jawatankuasa akademik fakulti setelah tamat latihan industri pada semester yang berkenaan; k. Menyediakan laporan maklumbalas pihak organisasi/industri dan pelajar. 12.2. Penyelia Fakulti bertanggungjawab untuk; a. Memantau dan berhubung dengan pelajar seperti yang dijadualkan; b. Memastikan pelajar menjalani latihan industri dalam tempoh yang dipersetujui; c. Memberi khidmat nasihat kepada pelajar; 6

d. Melawat pelajar sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam tempoh latihan industri; e. Memupuk hubungan baik antara KUIS dengan organisasi; f. Menilai prestasi pelajar di sepanjang program latihan industri; g. Membuat pengukuran berlandaskan hasil pembelajaran (learning outcome) bagi menilai pencapaian hasilan yang ditetapkan oleh KUIS dan objektif latihan industri. 12.3. Penyelia Organisasi/Industri bertanggungjawab untuk; a. Menyediakan garis panduan pembelajaran (learning guidelines); b. Melantik penyelia untuk pelajar mengikut kelayakan; c. Menempatkan pelajar di jabatan/unit/seksyen yang sesuai; d. Memastikan skop tugas pelajar adalah lebih berfokuskan kepada bidang pengkhususan pelajar; e. Memberi panduan dan merangka serta menyelia tugasan pelajar dan memberi maklum balas kepada pelajar; f. Memberi peluang kepada pelajar untuk menjalani persekitaran tempat kerja sebenar; g. Memantau dan menilai prestasi kerja pelajar di sepanjang latihan industri; h. Melaporkan kepada fakulti sekiranya timbul sebarang masalah dengan pelajar; i. Menyemak buku log pelajar; j. Membuat penilaian prestasi pelajar di organisasi/industri; k. Menghantar laporan penilaian pelajar kepada fakulti sebelum/pada tarikh yang ditetapkan. 12.4. Pelajar bertanggungjawab untuk; Sebelum latihan industri: 7

a. Mencari dan mendapatkan penempatan latihan industry di organisasi/industri yang sesuai dengan bidang pengajian; b. Mendaftar untuk subjek latihan industri; c. Menghadiri sebarang taklimat/seminar/bengkel yang dianjurkan oleh pihak yang bertanggungjawab; d. Mengesahkan penerimaan tawaran penempatan latihan industri di organisasi/industri dalam tempoh yang dipersetujui dan tidak menukar tawaran tersebut tanpa memaklumkan kepada fakulti. Semasa latihan industri: a. Melaporkan diri di organisasi/industri pada tarikh yang dimaklumkan; b. Menjalani program latihan industri dengan bersungguh-sungguh; c. Mematuhi segala arahan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh organisasi/industri yang menawarkan latihan industry; d. Menjaga nama baik KUIS; e. Menghubungi penyelia fakulti atau penyelia organisasi (sekiranya perlu); f. Merekod aktiviti harian dalam buku laporan kemajuan latihan industri. Selepas latihan industri: a. Memastikan supaya penyelia di organisasi/industri melengkapkan laporan penilaian latihan industri dan diserahkan kepada penyelia di fakulti; b. menghantar laporan akhir industri kepada penyelaras latihan industri fakulti. 12.5. Pembantu Pejabat Fakulti yang ditugaskan membantu perjalanan latihan industri bertanggungjawab untuk; a. Bertindak sebagai urusetia kepada penyelia latihan industri di fakulti; b. Mengeluarkan surat-surat rasmi berkaitan urusan latihan 8

industri; Contohnya: borang pra-pendaftaran latihan industri, surat pengesahan pelajar, surat lantikan penyelia fakulti, borang penerimaan dari industri, borang menerima/menolak tawaran industri, borang lapor diri ke industri, borang penilaian pelajar dan borang penilaian organisasi/industri; c. Memasukkan markah latihan industri ke dalam sistem. 13. Lantikan Pensyarah Luar 13.1. Penyeliaan oleh Pensyarah luar yang bersesuaian/menjurus kepada bidang kepentingan seperti berikut: a. Lantikan Pensyarah luar untuk penyeliaan pelajar yang menjalani Latihan Industri KUIS di luar kawasan melebihi jarak 200km dari KUIS; b. Pertimbangan Pensyarah luar untuk penyeliaan pelajar yang menjalani Latihan Industri di daerah/negeri masing-masing atas keperluan mendapatklan Lesen Tauliah Peguam Syariah dan Praktikum di sekolah asal ( majikan) bagi pelajar separuh masa Diploma Pendidikan, Fakulti Pendidikan; c. Lain-lain sub-klausa yang bersesuaian. 13.2. Dalam hal ini, KUIS akan mempertimbangkan kos penyeliaan harian berdasarkan jam penyeliaan untuk kesemua pelajar bagi setiap lokasi/kawasan. Pembayaran kos penyeliaan Pensyarah luar tersebut berdasarkan Pekeliling Pejabat Bendahari Bil. 01/2010 bertarikh 20 September 2010 atau mana-mana pekeliling berkaitan terpinda yang berkaitan dan berkuatkuasa. 13.3. Jika sekiranya penyeliaan daripada pensayarah dalaman KUIS adalah lebih menjimatkan kos penyeliaan, maka KUIS berhak mempertimbangkan pelantikan penyelia daripada pensayarah dalaman KUIS. 14. Penilain 14.1. Penilaian latihan industri bertujuan mengukur prestasi kerja pelajar dan perkembangan kemahiran generik mereka. Fakulti boleh memilih kaedah penilaian bersesuaian dengan bidang pengajiian dan objektif yang hendak dicapai. Antara kaedah penilaian yang digunakan adalah: a. Laporan penilaian penyelia organisasi/industri. 9

b. Laporan penilaian penyelia fakulti. c. Laporan akhir latihan industri oleh pelajar. d. Buku log/kehadiran. 14.2. Pelajar perlu menyelesaikan semua aspek penilaian yang ditetapkan oleh fakulti. Syarat utama untuk lulus latihan industri adalah pelajar mesti menyempurnakan tempoh latihan industri yang ditetapkan oleh fakulti berkenaan dan menyiapkan laporan dan lain-lain keperluan yang ditetapkan oleh pihak fakulti sebagai syarat lulus latihan industri. Pelajar akan diberikan gred A hingga F untuk latihan industri. 15. Pemberian Kredit 15.1. Bilangan jam kredit yang diberi adalah bergantung pada program di fakulti masing- masing. Bagaimanapun,jam kredit tersebut adalah tidak kurang daripada dua (2) jam kredit dan tidak lebih daripada dua belas (12) jam kredit. 16. Tatatertib Semasa Menjalani Latihan Industri 16.1. Sepanjang menjalani tempoh latihan industri, pelajar tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009); Akta KUIS; dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Pelajar juga dikehendaki mematuhi peraturan berikut semasa menjalani program latihan industri: a. Mematuhi masa bekerja dan segala peraturan di organisasi sama seperti kakitangan yang lain; b. Tidak mengambil cuti sepanjang masa menjalani latihan industri kecuali dengan kelulusan organisasi berkaitan; dan pemakluman bertulis kepada pihak fakulti dalam tempoh seminggu sebelum pelajar bercuti; c. Menghubungi pihak organisasi dengan segera sekiranya tidak dapat hadir kerana kecemasan atau cuti sakit; d. Menghubungi pihak organisasi sekiranya terpaksa sampai lewat kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan; e. Tidak membocorkan rahsia atau memberi maklumat sulit organisasi kepada mana-mana pihak semasa menjalankan latihan industri ataupun sesudahnya; f. Menggunakan sebarang harta kepunyaan organisasi dengan baik; 10

g. Sentiasa berpakaian kemas sesuai dengan keadaan dan peraturan pemakaian di tempat latihan industri; h. Hendaklah sentiasa berpakaian mengikut kehendak syariat. 1 7. Cuti 1 7. 1. Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti sewaktu menjalani latihan industri kecuali dengan kelulusan organisasi yang berkaitan dan pemakluman bertulis kepada pihak fakulti dalam tempoh seminggu sebelum tarikh bercuti. 1 7. 2. Pelajar yang tidak dapat menghadiri latihan industri bagi tempoh lebih daripada enam (6) hari perlu : a. b. Memanjangkan tempoh latihan industri jika mempunyai alasan yang munasabah. Mengulang latihan industri jika tidak mempunyai alasan yang munasabah. 18. Penutup 18.1. KUIS berhak mengubah dasar ini dari masa ke semasa. Dasar ini juga perlu disemak dalam tempoh lima (5) tahun sekali bagi mengambilkira keperluan semasa dan kehendak pihak-pihak berkepentingan. Kelulusan Pindaan Dan Penguatkuasaan : Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bil.1/2016 bertarikh 20 Januari 2016 11

STRUKTUR ORGANISASI LATIHAN INDUSTRI KUIS Dekan Fakulti / Akademi / Pusat Timbalan Dekan Akademik / Mahasiswa Pembantu Tadbir (N17) Ketua Jabatan Latihan Industri Penyelaras LI Jabatan 1 Penyelaras LI Jabatan 2 Penyelaras LI Jabatan 3 12